Selasa, 26 Ogos 2014

CHOLA: BERTELUR SEBIJIK RIUH SEKAMPUNG!






Bendera Pandyan




Saya ingin berbicara sedikit mengenai sejarah orang Tamil dan kerajaan Pandya atau Pandyan. Mungkin ada yang tidak perasan bahawasanya kerajaan Pandya juga sebenarnya adalah sebuah kerajaan Tamil di selatan India. Berbeza dengan Chola, kerajaan Pandya semasa era kegemilangannya tidak pernah menjalankan dasar perluasan kuasa hingga ke Asia Tenggara setakat yang saya tahu. Paling jauh yang pernah mereka tawan adalah utara Sri Lanka. Kerajaan Pandya juga sering bermusuh dengan kerajaan Chola walau mereka dari bangsa yang sama.


Era Kejatuhan Chola


Malah dalam banyak peristiwa sejarah di selatan India dan Sri Lanka, kerajaan Pandya banyak kali mengadakan pakatan dengan Sri Lanka dan Srivijaya bagi mengalahkan Chola. Ibu kota kerajaan ini adalah terletak di Madhurai yang masih wujud hingga kini. Boleh dikatakan kerajaan Pandya ini kurang aggressive berbanding Tamil Chola. Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, kerajaan Srivijaya juga pernah membantu kerajaan Pandya untuk mendapatkan semula ibu kota mereka Madhurai dari cengkaman Chola.


Sebuah kuil di Madurai, Ibu Kota Pandyan


Satu persoalan disini ialah mengapa tiada orang-orang Tamil di Negara kita yang menyebut tentang raja-raja dari kerajaan Pandya ini? Mereka juga Tamil bukan? Seolah-olah hanya kerajaan Chola sahajalah kerajaan Tamil yang pernah wujud di dunia ini. Malah kerajaan Cherras juga sebuah kerajaan Tamil yang kerap bermusuhan dengan kerajaan Chola juga tidak disebut oleh mereka. Tidakkah mereka tahu menjelang kurun ke 12 Chola hampir tidak wujud lagi kerana ditawan, diserang dan dimusnahkan dengan teruk oleh Pandya? Nampak sangat bahawa segolongan Tamil yang heboh mengklaim pelbagai sejarah Melayu ini tidak arif malah mungkin tidak tahu tentang sejarah dinasti-dinasti bangsa mereka sendiri, tetapi ada hati untuk mengubah sejarah bangsa lain.

Empayar Melayu Srivijaya
Hinggakan ada yang mendakwa Raja Raja Cholan adalah Raja yang paling hebat yang pernah wujud di dunia malah dialah yang membina kerajaan Kedah Tua itu. Sehebat manakah Raja Raja Cholan ini? Lebih hebat dari Hammurabi Raja Babylon atau Ramsis 3 kerajaan Mesir kuno? Adakah sehebat Julius Caesar dari Rom dan Alexander The Great dari Macedonia? Setahu saya empayar Chola tidaklah sebesar mana dan tidak pernah pun berjaya melawan atau menyekat kemaraan kerajaan-kerajaan orang Kannada di Timur India dan orang Indo-Aryan dari utara India. Tetapi lagaknya bagai ‘ayam, bertelur sebijik riuh sekampung’! Tambahan pula catatan Dinasti Song ada menyebut bahawa RajaRaja Cholan telah menghantar sembah dan ufti kepada Maharaja China, inikah yang dikatakan Raja terhebat dunia?  Sebaliknya empayar Srivijaya pernah menaungi hampir seluruh Asia Tenggara, malah pernah membuka koloni hingga ke Madagaskar dan Afrika timur. Sekian.


~ASJ~


Sumber:

·         History, Religion and Culture of India, Volume 2, edited by S. Gajrani.

·         An Atlas and Survey of South Asian History, Karl J. Schmidt.

14 ulasan:

  1. Biasalah..golongan2x ultra tamil ni byk kat malaysia..dia kalau boleh nak je melayu ni sembah dia..mcm dialah nenek moyang kita pulak..tak ingin aku..dorang bolehlah berdebat dgn ultra nasionalis indonesia...sebab semua tamadun hindu budha di indonesia pun tamil2x ni klaim dorang yg punya & nenek moyang dorang yg perkenalkan...haah apa lagi ultra nasionalis indonesia vs ultra nasionalis tamil...lawan

    BalasPadam
  2. Saya setuju bahawa kebanyakan orang Tamil di Malaysia tidak arif tentang sejarah mereka. Kerana inilah mereka tidak sebut pasal Pandya, Chera ataupun Pallava. Mereka juga tidak mempunyai pengetahuan yang dalam tentang kerajaan-kerajaan kecil seperti Ai, Vel, Sethu.

    Tetapi tidak wajar kita memperkecilkan Rajaraja Chola untuk tujuan ini. Walaupun kerajaan-kerajaan Tamil tidak sebesar kerajaan Mughal ataupun Mughal, walaupun kerajaan-kerajaan Tamil tidak mempunyai 24 ribu pulau seperti Srivijaya ataupun Majapahit, mereka mempunyai kehebatan tersendiri.

    Kehebatan sebuah kerajaan tidak boleh dinilai dengan hanya melihat saiznya. Kita juga harus melihat kebolehan mereka dari pelbagai aspek lain. Misalnya kebolehan tentera mereka dan pencapaian mereka dalam bidang falsafah dan pembinaan.

    Walaupun Srivijaya pada satu ketika dahulu merupakan sebuah empayar Melayu yang lebih luas dari empayar Chola pimpinan Rajaraja ataupun anaknya Rajendra, akhirnya Srivijaya ditumpaskan oleh armada Chola. Saudara boleh membaca artikel dibawah ini.

    Artikel ini juga menerangkan puncak konflik Chola-Srivajaya.

    http://www.academia.edu/7768167/The_Military_Campaigns_of_Rajendra_Chola

    BalasPadam
    Balasan
    1. cayalah bro, cara youbcukup cool... hebat2. taklah seperti kawan serumah kita yang lagi satu tu. sangatlah bongkak.

      Padam
    2. Yupp setiap dinasti ada kelebihan mereka.. tapi ada yang takdapat menerima fakta nusantara itu alam melayu.. sehingga cuba twist sejarah..

      Padam
    3. Yupp setiap dinasti ada kelebihan mereka.. tapi ada yang takdapat menerima fakta nusantara itu alam melayu.. sehingga cuba twist sejarah..

      Padam
  3. Sejarah harus di lihat secara terbuka....jgn gunakan sentiment atau emosi....
    Satu lagi ....ulasan harus di beri dgn kajian Dan fakta yg Bernas....kita tak mahu masyarakat malaysia beremosi sahaja Dan tidak berakhlak.

    BalasPadam
  4. siapa kata orang india tidak tahu tentang chera n pandya.. tanya la bodoh.. tak payah la u baca n u tulis sendiri orang tamil lagi tahu la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beradab dan bertamadun sungguh ye cara awak jawab? Judge tree from its fruit. If you culture to be judged fro your comment, it is uncivilised indeed.

      Padam
  5. dasar x de agama sendiri, tulisan sendiri, adat sendiri..

    BalasPadam
  6. Hindu menciplak agama yazidi dari iraq,tulisan dari iraq ngaku2 agama sendri dn tulisan sndri๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

    BalasPadam
  7. ini tanah melayu..milik bangsa melayu..nusantara milik bangsa nusantara..bukan tamil chola..itu fakta.

    BalasPadam
  8. Perkataan melayu pun asalnya dri tamil ,haha x caya?,p selidik asal usul MU..malay,malai,Mksud ny gunung. X tau asal usul, hampir smua perkataan bhs melayu, pinjaman dri tamil n sanskrit, x malu ke?

    BalasPadam