Sabtu, 4 Januari 2014

KEPALA PATUNG DEWA VISHNU BERUSIA 4,000-3,500 DI VIETNAM.




 

 
Kepala Dewa Vishnu Purba


Terdapat laporan dari Vietnam bahawa adanya penemuan sebuah ukiran patung Vishnu purba. Mengikut laporan yang dibuat oleh Jawatan Kuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, patung Vishnu tersebut digambarkan sebagai patung kepala Dewa Vishnu dari kebudayaan Oc Eo yang berusia lebih kurang 4000 hingga 3, 500 tahun. Sejak kebelakangan ini walaupun kerajaan Vietnam adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan doktrin Komunis, namun terdapat perkembangan dalam pengkajian serta projek yang melibatkan sejarah zaman purba yang melibatkan agama lain seperti Bramanism atau Hinduisme. Kajian arkeologi yang dibuat adalah secara professional dan sahih serta dapatan akhirnya dikatakan adalah berautoriti.

 
Tablet purba berukir dewa Vishnu


Penemuan artifak berusia 4 ribu hingga 3 ribu lima ratus tahun ini adalah salah satu penemuan sejarah ulung yang dapat memberikan pencerahan dan gambaran awal tentang agama Hindu di Vietnam dan juga dunia amnya. Setakat ini menurut mereka tiada lagi jumpaan rasmi artifak Vedik yang berusia setua itu yang pernah dicatatkan di dunia. Hal ini menjadikan Vietnam satu-satunya negara buat masa ini yang mempunyai artifak Vedik purba yang tertua di dunia. Walaupun terdapat banyak penemuan artifak purba lain yang menggambarkan dewa yang sama, namun ianya bukan berbentuk budaya Indik dan tidak dapat dikelaskan sebagai dewa Vishnu budaya Indik Vaishanava.

 

 Artifak purba tersebut ditemui diwilayah selatan Vietnam yakni berdekatan Delta Mekong. Nama sungai Mekong sebenarnya dinamakan sempena nama Ma Gangga iaitu sungai Ganges di India. Kawasan tersebut pernah menjadi pusat kemunculan beberapa tamadun Vedik purba dan banyak artifak-artifak berunsur Vedik pernah dujumpai di wilayah tersebut. Artifak kepala Vishnu tersebut telah dipamerkan secara rasmi semasa Festival Warisan Quang Nam kali ke lima yang dibuka pada jun 21, 2013 di Kota Hoi An. Festival ini mempamerkan banyak objek purba dari zaman Dong Son-Sa Huyn serta Oc Eo di Vietnam. Terdapat lebih dari 1000 artifak purba dipamerkan yang diperolehi dari seluruh Vietnam terdiri daripada tembikar, barangan tembaga atau gangsa, barangan perhiasan, alat pertanian dan lain-lain.

Anting-anting Lingling-o dari kebudayaan Sa Hunyn. Kebudayaan ini dipercayai adalah kebudayaan Melayu Cham yang tertua , sama waktunya dengan Kebudayaan Dong son. Anting-anting ini unik untuk bangsa Austronesia dan ia terdapat di Filipina dan Taiwan selain Champa.
 

Jika konklusi mengenai penemuan ini diterima umum , bermakna sejarah agama Hindu di Asia tenggara mungkin perlu disemak semula. Mengikut sejarah agama Hindu dan kebudayaan vedik aliran perdana, agama vedik atau Hindu tidak wujud sebelum orang-orang berketurunan Aryan masuk ke india 1500 tahun sebelum masihi. Malah ajaran Vaishnavism di perkirakan oleh ahli sejarah bermula lebih lewat berbanding jumpaan patung tersebut. Sebelum ini India sering disebut sebagai tempat berkembangnya budaya Vedic atau kebudayaan Hindu.

 
Gendang Dong Son


Setakat ini tiada lagi pengkaji yang cuba untuk membuat sebarang kajian atau hipotesis bahawa tamadun Hindu mungkin berasal dari tanah besar Asia Tenggara. Namun saya percaya jumpaan seperti ini bukanlah yang terakhir, dan jika kerajaan Vietnam begitu komited untuk memulihara warisan silam kerajaan Hindu Champa, pasti banyak lagi jumpaan-jumpaan purba seperti ini akan timbul. Namun jumpaan ini sahaja belum cukup untuk membuktikan bahawa tradisi Vedik sebenarnya berasal atau berkembang disini. Apa yang perlu dilaksanakan adalah kajian demi kajian supaya teka-teki patung Vishnu berusia 4000 tahun ini terjawab. Sekian wallah hu ‘lam

 Al-Semantani

Sumber: Communist Party of Vietnam Online Newspaper

 

43 ulasan:

  1. org2 tamil yg beragama hindu di malaysia tak nak tuntut yg mereka kaum asal vietnam ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. tanpa nama kat atas... i like..

      Padam
    2. Tak lama lagi depa claim la tu...tak lama lagi dahh...wahahaha...

      Kerajaan dan NGO perlu menambah giatkan lagi usaha pemuliharaan sejarah. kemudian, perlu dikaitkan dengan perkembangan agama Islam. kerana, jika tidak, akan timbul hujah "sejarah bangsa Melayu tak penting berbanding Islam".walhal, boleh dilihat, perkembangan bangsa Melayu dari segi menguasai ilmu lebih teratur, berkembang dan kehadapan apabila menganut agama Islam. tak gitu?

      Dengan itu, saya mencadangkan agar tuan rumah boleh kaitkan sejarah bangsa Melayu dan pengaruh Islam dengan lebih jelas dan terang.

      Padam
    3. separuh sejarah melayu adalah islam...tapi jangan sampai bagi argumen yg mengarut spt kes sekumpulan pengkaji sejarah islam di indonesia mengaitkan borobudur diasaskan oleh nabi sulaiman...nampak sangat sesat...kalau nak kait mcm ni baik tak payah..buat malu je.

      Lagi pula spt yg dikatakan oleh prof nik hasan apa yg berlaku pada era pra islam adalh pembumiputraan budaya india..dan kita sendiri boleh lihat proses asimilasi dgn cara yg sama itu berterusan berlaku dlm era pasca islam..pembumiputraan budaya islam/arab...tpi isu ni akan menjadi sensitif bagi yg berfahaman ortodoks dan konvervatif..budaya luar di sesuaikan dgn suasana tempatan..baik dr segi budaya, seni bina dan ilmu teologi..jgn terkejut teologi ulamak dulu tidak seekstrim ulamak sekrg yg bersifat puritanical.

      Padam
    4. Jika Hindu, Budha dan Islam di Indonesia masa lalu dikonversi ke budaya lokal memang betol ... tetapi beza sekali di semenanjung .... tak ada konversi tersebut .. bahkan terjadi proses konversi dimana lokal cenderung berubah menjadi budaya India dan Arab. Bahkan proses Wahabisasi bangsa melayu yang beragama islam dapat dengan mudah kita lihat sekarang ini ... Contoh eketrem lainnya adalah Philipinna yang mengkonversi budaya lokalnya menjadi budaya katolik spain ....

      Padam
    5. haha tanpa nama 6 januari 9:16 kamu perasan tak dangkalnya komen kamu?...bagaimana proses konversi tidak berlaku di semenanjung tapi berlaku di sumatera atau jawa..sedangkan kemasukan pedagang dr benua kecil atau di panggil india dlm istilah negara modennya adalah pada masa yg sama..dulu org di sumatera boleh saja datang balik hari ke semenanjung begitu juga orang di semenanjung boleh datang balik hari ke sumatera..mana ada imigresen nak tahan diorang..kesimpulannya mereka dtg dr kumpulan yg sama..org yg sama..kebudayaan mereka juga tidak byk beza..jadi mana logiknya pendpt kamu yg mengatakan tidak berlaku konversi di semenanjung dan mengatakan org semenanjung ikut bulat2x dri india..kau pernah tgok mek mulung atau mak yong atau wayang kulit kelantan?..byk isi persembahannya adalh adaptasi cerita epik ramayana dan mahabharata yg disesuaikan dgn dgn versi tempatan dlm budaya islam kamu tau zapin..mana sama zapin melayu dgn arab..pakaian melayu spt baju kurung, kebarung dll adalah hasil adaptasi fahaman modesty dlm berpakaian yg dianjurkan islam...masjid2x di pantai timur kelantan byk ciri tempatan...kuala besut terkenal dgn pengukir2x kayu tradisional melayu...mau tgok senibina melayu pergi ke kuala besut terutama kampung raja..begitu juga yg terdpt di melaka..jadi mana logik atau benarnya kamu mengatakan org di semenanjung ikut2 bulat2x budaya india dan arab tanpa adaptasi selara tempatan..mintak maaflah aku rasa kamu kurang pengetahuan..ya benar fenomena wahabisasi di kalangan org melayu semakin menjadi-jadi tpi ia hanya mula berlaku secara drastik pada tahun 80-an...malah org melayu pada era 60-an hingga 70-an msih byk berbaju kurung dgn selendang kepala bukannya saja pakaian niqab atau tudung spt skrg..jadi fakta kamu itu palsu

      Padam
    6. tanpa nama 6 januari 2014 kalau pun kamu kecewa dgn arah tuju bangsa melayu sekarang yg terlebih sanjung budaya arab badwi janganlah membuat pernyataan palsu dan tiada asas..

      proses indianisasi dan islamisasi yg berlaku di seluruh asia tenggara berkongsi latar belakang yg sama..iaitu pengadaptasian budaya luar mengikut acuan tempatan atau lokal...bukan indonesia saja..apa kamu lupa srivijaya, majapahit, kesultanan melaka dan johor juga kesultanan brunei dahulunya mempunyai daerah takluk yg menjangkau melebihi sempadan negara moden asia tenggara zaman sekrg...jadi apabila di bawah satu kuasa pemerintahan sudah tentu pembudayaan dan tradisinya juga sama...jadi mana mungkin dakwaan kamu di semenanjung orgnya mengikut budaya luar secara bulat2x...yah tak perlu pergi jauh tgok majlis perkahwinan org melayu dgn org india atau arab...apa seratus persen sama?...tidak bukan..persamaan ada hanya sedikit kerana pertukaran budaya..fenomena pertukaran budaya atau penyerapan budaya berlaku di mana-mana..org jepun byk terima idea dan budaya cina...org arab byk ambil idea org parsi dan yahudi...org turki byk ambil dr org yunani dan arab...org inggeris byk menerima idea org perancis..perancis byk terima idea roman...ianya normal..di zaman moden dipanggil globalisasi...org melayu sudah lama global dan bersifat kosmopolitan sentiasa terbuka.

      cuma sekrg melayu mula terjangkit penyakit fahaman sempit agama..atau sekterian..kalau tidak di bendung mungkin melayu di malaysia akan jadi mcm org arab suni dan arab shia yg asyik berteelagah...org2x melayu ni perlu kembali kepada ajaran islam nenek moyang mereka yg lebih toleran dan matang.

      Padam
    7. http://themalaysianinsider.com/opinion/zaid-ibrahim/article/how-indonesia-got-it-right

      Tulisan yang menarik ... tampak benar bahwa proses wahabisasi berjalan dengan baik di Malaysia karena difasilitasi oleh pijak kerajaan ....tak heran jika Malaysia nanti akan menjadi lebih "Arab" daripada negara Arab ...

      Kecenderungan terakhir ini membuktikan bahwa proses serupa juga pernah terjadi di masa lampau di tanah melayu ini ..,,,seperti proses melayunisasi penduduk asli tanah melayu (orang Mon-Khmer) oleh Sriwijaya Sumatera dari abad 4 hingga abad ke 12 ....

      Padam
    8. fakta kamu byk yg salah dan kamu semcm cuba memberikan gambaran palsu dengan mengaitkan dua perkara yg berbeza dan tiada kaitan sama sekali tapi cuba dipaksakan kaitannya utk menampaknya releven..tpi yg pasti gambaranya tidak jelas.

      apa kaitan proses wahabisasi dgn melayunisasi?...sebenarnya memang tiada kaitan..kalau nak bercakap peran pemerintah yg menentukan identiti negara atau bangsa contoh ada di mana-mana...kenapa perlu wahabi dipasang banding denagn melayu?..apa hanya kamu yg ada masalah mengenal?..kalau pun mahu membuat banding antara 2 contoh berbeza biar logik dan ada persamaan diantaranya..biar aku tolong cara mengenal supaya kamu tahu bezakan.

      wahabinisasi adalah doktrin agama yg keras dan satu lagi proses pembentukan bangsa dan budaya. utk mengaitkan perkembangan doktrin agama/sekterian yg keras dr arab saudi dgn proses pembentukan bangsa dan budaya yg mempunyai jalan sejarahnya yg lebih beragam dan berbeza iaitu melayunisasi adalah spt pepatah inggeris comparing apples and oranges.

      dan bercakap tentang melayunisasi yg pd kamu dilakukan srivijaya dan berakhir dgn srivijaya saja..dan apa betol ianya berakhir di situ?...seolah-olah melayunisasi sudah mati?...smpi skrg masih berjalan sriwijaya yg pertama mengembangkan proses melayunisasi dan diteruskan oleh melaka..kemudian johor dan negeri2x melayu yg lain yg kita tahu wujud di sumatera, kalimantan(borneo) dan semenanjung(termasuk di selatan thai)..tetapi yg tinggal sekrg cuma yg ada di semananjung dan brunai..yg lain mati akibat pergolakan era moden spt yg berlaku di revolusi sosial sumatera timur atau masih berjuang melepaskan diri dr penjajahan spt di patani.

      Satu lagi kesalahan fakta kamu dgn mengatakan org mon khemer adalh natives semenanjung sama sekali salah fakta..mon khemer memang antara natives asia tenggara tapi pusatnya di tanah besar indo-china..di kawasan semenanjung penduduknya adalh dr rumpun org proto melayu spt org laut yg byk hidupnya bertumpu di kawasan sungai yg merupakan jalan utama zaman dulu dan juga bertumpu di kawasan pesisir pantai.

      Padam
    9. Proses melayunisasi sudah lama mati di semenanjung ....

      Proses yang terjadi sekarang adalah proses Arabisasi .... merubah melayu menjadi arab dengan segala aksesorisnya dengan mengatas-namakan Islam ....lebih tepatnya penyalah-gunanan nama Islam tetapi untuk kepentingan lain yang terselubung .... Betol?

      Perlu saya ulangi lagi di sini bahwa perubahan melayu sumatra tidak sama dan sangat berbeza dengan proses arabisasi di semenanjung ... Melayu Sumatra saat ini sedang mengalami proses pencerahan yaitu proses mencari jati diri melayu dalam konteks ke- Indonesia-an dengan cara-cara yang adil, bermartabat dalam iklim demokrasi yang jauh lebih baik daripada Malaysia saat ini ....

      Akibat proses yang berbeza di kedua negara tersebut ... saya yakin profil melayu di Malaysia dean Indonesia 20 tahun lagi akan sangat berbeza ... melayu di Indonesia akan lebih inklusif, terbuka dan mengahargai pluralitas dibandingkan melayu di Malaysia yang akan lebih dogmatiis dan narrow minded ...

      Padam
    10. Setuju dengan pendapat anda sebab melayu di semenanjung sejak dahulu kala tidak pernah menjadi "pusat tamadun melayu" yang sebenarnya seperti yan g terjadi di Sumatra. Melayu di semenjang selalu menjadi "objek" perubahan .. bukan sebagai "subjek" perubahan seperti yang dilakukan oleh melayu di sumatra ...

      Klaim-klaim kehebatan Melaka sebagai empire melayu adalah terlalu berkelebihan (over rate) .... Klaim-klaim kehebatan Melaka sengaja dibuat terutama semenjak Malaysia merdeka tahun 1957 lebih untuk keperluan 'nation pride" saja ....,

      Padam
    11. utk tanpa nama 4.55ptg 7 jan sejarah melaka bukan klaim..tapi fakta..fyi aku bukan golongan nasionalis membabi buta yg hanya kaji sejarah base on rasa megah tpi base on proof..kalau terbukti benar kita katakan benar..yah memang ada tokok tambah dalam hal kemegahan...org jawa juga berlebihan dgn majapahitnya smpi mengatakan sudah menakluk daerah papua..walhal byk historian ragu dgn negarakertagama dan bermcm teks jawa kuno yg mengangkat sejarah majapahit yg di anggap the apex of javanese history secara berlebihan..samalah hal melaka...semua kerajaan mempunyai dokumen yg mengangkat kegemilangan mereka.

      Tapi yg pasti melaka memang pusat asia tenggara suatu ketika dulu tidak mau percaya pergi baca catatan portugis yg dtg menakluk...apa yg overrated kalau org dr eropah yg jauh sendiri dtg menakluk kota utamanya...sepanjang selat yg di panggil selat melaka (obviously diberi nama sempena kemegahan nama kerajaan melaka) byk kota pelabuhan lain tapi kenapa portugis mahu melaka sudah tentu kerana prestijnya yg sedia wujud.

      pusat tamadun melayu sumatera adalh yg terawal...tpi jgn dilupa si parameswara berpindah ke singapura kemudian keturunannya sampai ke melaka..jadi golongan bangsawan ni meneruskan perjuangan mereka dan menjadikan melaka pusat peradaban melayu seterusnya...tpi spt di sumatera tiada apa yg kekal samalah di melaka...stelah kejatuhan melaka ianya berpindah ke johor, brunei dan lain2x..semuanya membawa warisan melayu.

      tapi yah terpulang kalau mahu percaya atau tidak pendapat boleh diberi berdasar bukti...jadi kalau setakat kamu kata kehebatan melaka itu klaim kosong sebenarnya hanyalah sentimen kamu yg bias yg pasti sejarah melaka sudah di dokumentasikan di catatan china dan malah eropah..kalau tidak suka catatan melayu atau kamu meragukannya kerana ia mungkin bias boleh rujuk catatan lain.

      dan keperluan nation pride itu resmi negara moden spt di indonesia mereka guna majapahit dan sriwijaya..tpi saya sendiri tahu ada org sunda yg tidak suka majapahit..samalah di malaysia ada yg tidak suka dgn melaka.

      Padam
    12. Utk tanpa nama 4.46ptg proses melayunisasi belum mati cuma jalannya semakin menuju penamat akibat ditelan doktrin agama sendat..apa yg kamu panggil arabisasi atau wahabisasi atau apa2x sasi adalah fenomena yg masih baru..dan politik moden yg menentukannya..bukan sejarah melayu dr era melaka atau sebelumnya..jgn disalahkan melaka atau melayu dulu hanya kerana ada melayu berotak arab yg semakin mencengkam hala tuju org melayu di malaysia skrg. sy yakin org spt itu tidak mahu ambil tahu sejarah melayu sebenar maknya sejarah dr era animis,hindu,budha dan Islam..harus diingat islam melayu dulu bukan spt islam skrg yg sempit dan rigid..kalau kau tgok gambar atau foto org2x melayu dulu sebelum tahun 80-an adakah aku rasa dorang berfaham wahabi?...tgok filem melayu era p Ramlee adakah kau rasa mereka berfaham wahabi?

      dan jangkaan kamu dalam masa 20 tahun akan dtg melayu di indonesia dan malaysia akan berbeza..ya perbezaan sudah lama ada sejak wujudnya malaysia dan indonesia...tetapi kalau hanya mengambil kira situasi politik skrg sebagai ukuran masa depan bagi saya kurang bijak. kita boleh planning masa depan kita dgn mengkaji situasi atau keadaan semasa.

      jgn risau mengatakan melayu malaysia akan jadi narrow minded dan melayu indonesia lebih terbuka SEKARANG mungkin btol tpi tidak semua begitu..dan tidak semua di indonesia itu terbuka..contohnya front pembela islam..di malaysia pulak tidak semua melayu itu yg mengagungkan kebudayaan arab secara berlebihan selagi ada org mcm saya yg sedehana bukan liberal tpi sederhana tidak semua melayu akan jadi narrow minded..sy tahu byk lagi mcm sy yg tidak suka kearaban keterlaluan yg semakin trending di malaysia..tetap saja melayu..pantang menyerah sebelum kalah.

      Padam
  2. kalau vietnam tu maju & kaya, silap2 Vietnam pun ada org India Malaysia (India dari India x kecoh pun) nak tuntut yg diorg adalah org asal Vietnam..nasib Vietnam x kaya & makmur mcm Malaysia

    BalasPadam
  3. Boleh saya tahu bagaimana mereka lakukan 'dating'/ pentarikhan untuk patung itu? Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak silap......pakai 'perkarbonan'...betul ke ayat ni....???????
      sebab...tulang dinosor pun pengkaji periksa umur pakai karbon...
      nak tau apa itu karbon...bagaimana ia effect cer tengok blog Tuan Nusanaga...

      Padam
  4. Apakah proses Arabisasi bangsa melayu yang terjadi sekarang ini merupakan tanda-tanda awal untuk mempercepat lahirnya Imam Mahdi dari bangsa melayu di Tanah Melayu?

    Selain itu saya juga mendukung pendapat dan klaim selama ini ...bahwa bangsa melayu di tanah melayu adalah bangsa terpilih dan paling mulia di mata Allah ...Imam Mahdi dan Ketuanan Melayu adalah sebuah takdir yang memang sudah direncanakan Allah dan rasulnya kepada bangsa melayu...

    “Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam atau Imam Mahdi yang (benar-benar) berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula dari bangsa terpilih dari bangsa Melayu di Tanah Melayu, kemungkinan besar agama Islam ini akan (bangkit kembali dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni semua mahadi2x ni khayalan je ni..tulah belajar agama dr sumber yg sesat...apa perlu tuhan jadikan melayu bangsa terpilih?...mana nas dlm quran pasal mahadi dan bangsa terpilih?..ni semua pengaruh politik arab je ni...kalau aku ckp fahaman bangsa terpilih ni ada persamaan dgn fahaman yahudi ortodoks dan evangelist kristian yg percaya adanya messiah atau the returning of jesus marah pulak..

      ni bukan takdir Allah tapi semua adalh propaganda ideologi keras agama politik bersadur agama...satu elemen yg sudah sebati dlm sejarah timur tengah..di tambah dgn meningkatnya sumber kewangan saudi yg membawa ideologi keras hasil duit minyak petroleum maka penyebaran idea islam versi keras mereka pun merebak di stiap institusi pembelajaran agama di seluruh dunia yg mana ianya menerima dana dr mereka..satu faktor lagi persaingan teologi dan idea dgn shia yg di sokong iran yg mencapai kejayaan dlm revolusi iran...semua politik arab..janganlah melayu pulak nak sibuk lebih2x.

      Padam
    2. orang x pernah belaja tauhid macam ni la jadi... imam mahdi pun x percaya... padahal banyak dalam hadis sebut tntang imam mahdi ni....

      Padam
    3. Allah SWT hanya melihat tingginya kemuliaan seseorang itu hanya dari sisi ketaqwaan.
      Allah SWT berfirman dalam kitab suci Al-Qur'an pada surat Al-Khujurat ayat 13 yang berbunyi:
      إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
      Yang artinya adalah:
      “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu”.

      Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk, rupa dan harta benda kalian, tetapi Allah memperhatikan hati dan amal-amal kalian”. (HR. Muslim no. 415

      Padam
  5. Yup ... I agree with you 100%...

    Sejalkan dengan lahirnya Imam Mahi yang berbangsa Melayu .... maka Malaysia yang saat ini dipimpin oleh pemimpin-pemimpin dari bangsa melayu memang sudah ditakdirkan oleh Allah dan Rasul Muhammad SAW untuk menjadi gergasi dunia mewakili bangsa melayu ....

    Hidup Melayu .... Hidup Bangsa Melayu, Bangsa Terpilih dan Paling Mulia dimata Allah dan Rasul Muhamad SAW ... Hidup Tanah Melayu, tempat dimana akan lahir Imam Mahdi yang akan membawa kembali semua kejayaan dan kebesaran Islam ........

    "Back in 2001, economist Jim O’Neil coined the term BRIC to describe the four economic powerhouses that the world should watch out for. The abbreviation, which stands for Brazil, Russia, India, and China, has since become a buzzword on the global economy stage and has sent investors flocking to these four countries to get a slice of the metaphorical pie; but not anymore. Things have started changing this year for many reasons. The rapid growth of the past has stalled and now the BRIC are seeing investors fleeing in search of better places.

    So where are all these investors heading off to? The answer seems to be to the frontier markets, a category which consists of economies smaller than the BRIC’s. Once again, O’Neil has devised a catchy abbreviation for it: MINT, which stands for Malaysia, Indonesia, Nigeria, and Turkey.

    So, move over BRIC, here comes the newly MINTed hope for the future!"

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni lagi tahyul moden baguslah nak memperkasakan bangsa tapi apa perlu dikaitakan dgn ramalan yg berakar umbi dr fahamn yahudi iaitu returning of the messiah yg akan lead the people sebagi pedoman org melayu...imam mahadi hanyalah off shot from that orginal jewish idea yg di adaptasi oleh pak arab..skrg melayu pulak nak pakai teori ni..ooh kalao tang ni bolehlah tak marah pulak ada unsur yahudi...habis kebijakan teknokrat saintis berketurunan yahudi tak ikut plak...arab barbarik meletup diri sendiri itu yg di sanjung..perang di zaman moden asyik kalah je..ape korang punya mindset ni?..perasan tak byk masalh?...ni katanye bangsa terpilih yg akan mempengaruhi dunia?...sudah-sudahlah tu..ekonomi di tempat sendiri pun asyik terkapai dan asyik ditipu oleh politikus bangsa sendiri ada cita2x nak jadi bangsa pilihan dunia...merapu...lepas tu kaitkan imam mahadi tuk sedap diri menafikan realiti sendir dan teurs hanyut dlm khayalan..ekonomi malaysia bukan ekonomi melayu pun tapi ekonomi org cina malaysia.

      Padam
    2. mesiah tu bkn imam mahdi tpi nabi isa la...

      Padam
    3. isa atau jesus tidak pernah diiktiraf oleh org yahudi sebagai messiah hanya yg beragama kristian percaya jesus adalah the messiah..sampai hari ni yahudi yg beragama judaism tidak mengiktirafnya

      Padam
  6. Welcome .... Sultan Melaka ke 44 yang telah diktiraf oleh Mahkamah Agong Antar Bangsa (ICJ) - Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah
    ;
    ”Adalah dengan ini, Beta DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah Shah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya beta telah berjaya mendapat pengiktirafan dari Mahkamah Agong Antarabangsa tentang tuntutan Beta sebagai Sultan Melaka,”

    Menurutnya, beliau akan mengadakan sidang media khas untuk memaklumkan perkara itu kepada umum tidak lama lagi.Salinan surat daripada mahkamah antarabangsa (gambar bawah) itu diterima pada 25 Disember lalu.

    Semoga pengiktirafan Empire Melaka ini akan segera membawa kembali empire melayu terbesar di alam melayu ini seperti semula ... AMIN

    http://www.nescafeais.com/sultan ... -icj/#ixzz2pg2Zz6I1

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inikah IMAM MAHDI yang ditunggu-tunggu selama ini?

      Padam
    2. hahahah Encik Mahadi kot bukan imam mahadi.

      Padam
  7. empayer melayu terbesar adalh sri wijaya bukan melaka.

    BalasPadam
  8. Please note that not all Malay Peninsula are Tanah Melayu ,,,, Penang island and/or "Holy land of Penang" is owned and controlled by Chinese. Currently, Penang is the richest state in Malaysia after Chinese manage the island....

    So, only Chinese can transform Malaysia into a developed country (similar with Singapore). Malays still can't be trusted because they think that they are the owner of Tanah Melayu, but actually not ...

    I am still confidence that Penang will be similar with Singapore if we can separate as an independent state soon ...



    BalasPadam
    Balasan
    1. Republik Penangpura adalah nama yang tepat ketika nanti berpisah dari Malaysia dan menjadi negara merdeka ....

      Padam
  9. Penang is belong to Kedah..

    BalasPadam
  10. Ini sumenyerrr poyo....haktuihhhhh

    BalasPadam
  11. Melayu punya cerita hebat di masa lalu (walaupun sering mengada-ada), tetapi tetap saja Cina yang mendapat berkah kemakmuran itu dengan menguasai dan mengendalikan ekonomi (Tauke tokoh-tokoh politik melayu )....

    Itulah melayu sebenarnya ..... terlihat pintar tetapi bodoh mudah diperdaya ...

    BalasPadam
  12. Ini sumernyer poyo... haktuihhhhh

    BalasPadam
  13. dan yang mengata poyo pun poyo.....haktuihhhhh

    BalasPadam
  14. Ini sume nyer poyo.... haktuihhhh lagi

    BalasPadam
  15. ASKM.Nampaknya umat Islam kena berpegang teguh kepada 4 mazhab feqah dan 2 mazhab akidah dan tokoh-tokoh mazhab tasauf/akhlak yang diperakui sebagai Imam-Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu, Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie, Imam Hambali, Imam Abu Hasan Al Maturidi, Imam Abu Musa AlAshaari, Imam Ghazali, Syeikh Abdul Qadir Al Jailani dan yang sefaham dengan mereka seterusnya ke bawah sehingga Pejuang Bani Tamim, Nabi Isa dan Imam Mahdi dan ke atas Para Imam TabiutTabiin, Tabiin, Para Sahabat RA dan Rasulullah SAW.Semoga selamat. Wallahuaklam

    BalasPadam
  16. semoga cepat sembuh saudara Al Semantani.....

    BalasPadam
  17. Jikalau kita nak berkata-kata tentang kehebatan bangsa Melayu, biarlah berdasarkan fakta yang telah diiktiraf dunia. Orang Kemboja, Siam dan Myanmar tidak teruja untuk menulis-nulis tentang kehebatan bangsa mereka. Saya telah pergi melawat angkor, ayuthia dan bagan, saya sendiri terpaksa akur dengan kehebatan senibina bangsa mereka. Sesiapa sahaja boleh menulis, biarlah bercanggahkan kepada fakta. Menurut pakar2 kedah sebenarnya dibina oleh orang india. Orang melayu di kedah ada lebih kurang 20.8% darah india, jauh lebih tinggi daripada bangsa2 Melayu lain di Malaysia. Itulah buktinya. Kalau kita hendak menulis, janganlah ibarat menepuk tangan untuk diri sendiri. Yang keduanya, agama Hindu memang berasal dari India, bukan dari nusantara. Tiada pakar mempertikaikan perkara itu. Gambar patung yang ditunjukan sebenarnya berasal dari abad ke 10 Masihi. Saya pernah membaca tentangnya. Kalau nak menulis biarlah jujur ya...

    BalasPadam
  18. Nak tanya, mungkinkah orang Melayu juga pencipta bintang dan bulan di langit? Saya sungguh teruja dengan kehebatan bangsa melayu ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah...xde keje lain kot. Nak menyibuk pasal budaya orang lain. Orang melayu ni xde budaya sendiri ke? Asyik nak mencuri budaya india, vietnam, myanmar...bla bla bla. Mana tamadun kau yang hebat dan gah tu...wahai bangsa melayu?

      Padam
  19. Tanpa nama 14 Jun 2016 7:16 PG ,ni lagi merepek bila masa pulak org kedah ada darah India pariah tu hahaha

    BalasPadam
  20. Tanpa nama 14 Jun 2016 7:16 PG ,ni lagi merepek bila masa pulak org kedah ada darah India pariah tu hahaha

    BalasPadam