Khamis, 23 Januari 2014

MALAYSIA TIADA PAHLAWAN NASIONAL!



 

 


 


Saya tergerak untuk menulis artikel ini kerana terdapatnya tohmahan dari sesetengah pihak atau individu tertentu dari negara jiran yang mengatakan bahawa bangsa Malaysia tiada pejuang atau penentang terhadap penjajahan British. Mereka beranggapan bahawa bangsa Malaysia ini lemah dan lembik kerana Malaysia merdeka dengan cara yang aman dan tidak berklakunya konflik yang menumpahkan darah anak watan seperti negara mereka. Ternyata dakwaan bahawa kita tiada pejuang ini adalah spekulasi rambang semata-mata. Kita sebagai rakyat Malaysia sudah sedia maklum bahawa memang wujud penentangan terhadap pendudukan British di Tanah Melayu ini sejak awal lagi. Seharusnya orang seberang harus peka dengan sejarah negara serantau dan tidak membuat tuduhan melulu bagaikan orang tidak bersekolah.

 

 Apa yang tidak difahami oleh masyarakat luar seperti dari negara seberang adalah mereka menganggap penjajahan Brtish di negara ini adalah penjajahan total sepertimana yang dilaksanakan oleh pemerintah Belanda di negara mereka. Di Malaysia British pada awalnya hanya meletakkan seorang residen yang bertindak sebagai penasihat kepada sultan dan tidak menggantikan sultan itu sendiri. Walaupun British menguasai ekonomi tempatan, namun mereka masih memelihara Institusi Kesultanan di Tanah Melayu. Hal inilah yang menyebabkan penjajahan British di Tanah Melayu lebih unik dan terkecuali berbanding dengan jajahan-jajahan kolonial yang lain di seluruh dunia.

 

 Oleh sebab itu penentangan yang berlaku di Tanah Melayu dilihat sedikit berbeza dan terpencil berbanding dengan tanah-tanah jajahan yang lain contohnya Indonesia. Hanya apabila British mahu menubuhkan Malayan Union barulah berlakunya penentangan secara bersepadu dan menyeluruh oleh orang Melayu kerana institusi beraja mahu dihapuskan. Namun demikian, penentangan yang dibangkitkan orang Melayu tetap secara aman kerana pemimpin Melayu tahu bahawa perjuangan dengan cara kekerasan pasti akan merugikan semua pihak terutamanya orang Melayu sendiri.               

                                                                                                                           

Bagi membuktikan bahawa wujudnya penentangan terhadap penjajajahan British di Tanah Melayu maka kali ini saya akan menulis mengenai salah seorang pejuang nasional yang terkenal di Malaysia iaitu Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, atau lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman yang merupakan Orang Besar atau golongan bangsawan yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu yang juga merupakan tempat saya dibesarkan. Ketika orang Aceh dan beberapa lagi wilayah lain di Indonesia masih sedang hebat berperang dengan penjajah Belanda secara gerila. Tokoh ini juga melancarkan perangnya terhadap penjajah British di kawasan pentadbirannya di Semantan, Temerloh, Pahang.

 


Dato Bahaman ialah anak kepada pasangan Tuanku Imam Nuh dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan. Beliau merupakan seorang yang pandai bersilat dan dikabarkan melalui sumber lisan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan sebagai 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.

 

 Dato Bahaman pernah berkahwin sebanyak enam kali. Isteri pertamanya ialah Cik Mukut anak seorang Cina kaum Taicu yang dipelihara oleh Bendahara Ali. Manakala isteri keduanya pula adalah seorang perempuan dari Kg. Penjom, Raub iaitu Cik Bibah. Anaknya,Encik Awang Mohammad atau Awang Nong meninggal di Batu Hampar ketika  bertempur dengan pihak Inggeris dalam gerakan Raja. Perkahwinan ketiga adalah dengan anak Encik Buang, orang Tembeling, Jerantut yang bernama Cik Nik. Anaknya, Encik Muhammad telah dilantik menjadi Penghulu Semantan dan Awang Ahmad menjadi penghulu di Padang Tengku.

 

 Isteri keempat pula adalah dengan anak seorang Rawa yang bernama Cik Ba’iyah binti Malim Kuning. Yang Burbah, anak Tok Setia Lela Kerdau adalah isteri Datuk Bahaman yang kelima dan mendapat anak diberi nama Jantan yang menjadi guru tetapi telah mati dibunuh semasa pemerintahan Jepun. Seterusnya, isteri yang keenam pula ialah orang Kelang dari Permatang Pasir yang bernama Yang Chik binti Aman. Anak gadis ini adalah hadiah dari Tengku Kudin bagi membalas jasanya dalam perang Kelang. Anak dari perkahwinan itu telah meninggal dunia sebelum dewasa.

 

Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya. Beliau bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan Sultan Ahmad. Hubungan mereka sangat rapat pada ketika itu. Beliau telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.

 


Perang Semantan

Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan. Namun demikian tindakan ini sebenarnya bukanlah kehendak Sultan Ahmad sendiri kerana Dato Bahaman adalah rakan karib Baginda. Sebenarnya sultan telah dipaksa oleh pihak British dan diugut.

 

Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar Temerloh. Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan penentang-penentang Melayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.

 

Tempat-tempat lain yang pernah berlaku pertempuran sepanjang Perang Semantan adalah seperti di Pasir Rawa Mentakab, Batu Hampar dan Kuala Dal dan Linggam di Rantau Panjang. Selain itu pertempuran juga berlaku di Jeram Temeriak tidak jauh dari Bentong. Jeram Temeriak sekarang terletak tidak jauh dari Sungai Dua, sungai di situ sempit dan terletak berhampiran lereng bukit yang curam. Orang-orang Bahaman telah menggolekkan batu-batu besar, apabila perahu mata–mata Inggeris melalui jeram tersebut. Tektik perang gerila ini digunakan oleh pengikut Bahaman apabila berdepan dan tahu mata-mata Inggeris hendak menyerang.

 

Bahaman juga mempunyai pembesar atau ketua tempatan sendiri untuk membantunya dalam urusan penentangan di daerah-daerah tertentu kekuasaannya ,seperti Penglima Besar Abd Majid ( Rantau Panjang ),Imam Perang Yaman ( Kuala Kaung ), Penglima Raja Awang Sabak ( Mempateh ) Imam Perang Weh ( Chempaka ), Tok Muda Bidin ( Teris ) , Tok Pemangku Din ( Bolok ). Dikatakan bahawa Imam Perang Weh dan Khatib Bidin telah syahid dalam peperangan di Kelubi, Batu Lima.

 

 

 

Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan “Gerakan Sultan” telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjat api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap.

 

Terdapat sumber yang mengatakan bahawa orang-orang Melayu dalam pasukan British ini sebenarnya sengaja membawa tentera dan pasukan mereka ke arah yang bertentangan dengan tempat sebenar Dato Bahaman dan para pengikutnya berada. Hal ini kerana mereka dan juga Sultan Ahmad dengan senyap-senyap ingin membantu Dato Bahaman. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.

 

Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris. Pada Mei 1892, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris. Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100 orang pengikutnya.

 

 

Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Dato Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.

 

Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan operasi secara besar-besaran yang menelan belanja yang sangat banyak untuk memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan. Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1895 apabila Dato Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1896, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu. Kebangkitan Dato’ Bahaman selama 4 tahun dari 1891-1894 telah menyebabkan pihak Inggeris menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak 7200.00 dollar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

 


Memandangkan keadaan tidak selamat di Kelantan, Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan itu, iaitu Dato’ Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok Janggut).

 

Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah ke Kelantan semula manakala Mat Lela pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. Pada tahun 1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjung Medang, Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehinggalah kematiannya.

 

Jelas melalui penulisan ini ahawa tohmahan busuk individu tertentu dari seberang yang mrngatakan bahawa orang melayu di Malaysia tiada pahlawan atau pejuang nasional adalah satu tuduhan yang tidak berasas. Dato Bahaman hanyalah salah seorang sahaja daripada ramai lagi pejuang-pejuang nasional Tanah Melayu yang telah bersusah payah memimpin rakyat tempatan untuk menentang ketamakan dan kerakusan penjajah mengaut hasil mahsul bumi Tanah Melayu ini untuk kepentingan mereka. Ramai dikalangan pengikut-pengikut Dato Bahaman yang juga terdiri dari orang biasa dan pemimpin masyarakat, yang syahid dibedil senapang British laknatullah. Adakah mereka ini bukan pejuang yang mempertahankan tanah air mereka dan menumpahkan darah mereka? Ya, mungkin benar bahawa Indonesia mempunyai lebih ramai pejuang nasional yang menentang Belanda, namun hal tersebut tidak boleh disamakan dengan Malaysia atau Tanah Melayu kerana Indonesia wilayahnya lebih luas, lebih bermacam dan lebih banyak penduduknya. Adalah tidak adil untuk membandingkan kedua-dua negara ini kerana latar geopolitiknya juga adalah sangat berbeza. Sekian. Wallah hu a’lam.

 

~ASJ~

 


26 ulasan:

  1. Caya lah Tuan Seman hansem. Perbanyakan artikel berasaskan Tanah melayu kita ni. Kalau boleh ada nukilan yang lebih mendalam mengenai Kerajaan purba di tanah semenanjung, sabah dan sarawak, atau catatan sumber luar yang kurang kita ketahui. Sekadar cadangan.

    BalasPadam
  2. Tuan, adakah Mamat Kelubi yang dimaksudkan Tok Janggut itu, Tok Janggut Kelantan ??

    BalasPadam
  3. Aduh .... mengapa begitu simplenya pengertian anda mengenai kolonialisme Inggris di Tanah Melayu, sehingga karena begitu pintarnya mereka bahkan banyak dari kita tidak merasa dijajah oleh mereka .....

    Perlu anda kertahui bahwa motivasi untuk menjajah berbeza antara satu negara negara lain ... Belanda karena miskin ... amat tergantung kepada hasil produksi negara jajahannya utuk tetap hidup makmur, sehingga tak heran mereka begitu keras dan kejam. Beza degan Inggris, mereka adalah negara kaya dan dan saat itu sudah maju industrinya .... mereka menjajah bukan untuk menguras kekayaan Malaysia, tetapi mereka menjajah untuk keperluan memasarkan produk industri mereka saat itu ... Itulah hebatnya Inggris ,,,Mereka menyakiti Tanah Melayu, tetapi pihak yang disakiti tetap merasa tidak disakiti ....karena Inggris berhasil "MENGKADANGKAN" Status Quo keistimewaan hewan-hewan peliharaan mereka yaitu Sultan-Sultan Melayu di Tanah Melayu ...... Hahahahaha

    Dengan penjelasan di atas, dapatlah dimengerti mengapa tidak ada perlawanan yang bersifat massal terhadap kolonialisme Inngris di Tanah Melayu ....Semua Happy karena Inggris memberikan makan hingga Perut mereka menjadi Kenyang ..... It is very simple explanation .... bahkan situasi Malaysia sekarang hampir sama dengan masa kolonilisme Inggris .... Modus yag sama tetapi degan pelaku yang berbeza .... Hehehehehe






    BalasPadam
    Balasan
    1. Hey masjoko..... kalau orang lain mengatakan "hewan - hewan atau pun binatang - binatang peliharaan penjajah" kepada Presiden negara kamu, adakah kamu marah atau tidak ???

      Bahkan juga, jika sekiranya ada orang lain mengatakan yg negara indonesia sekarang ini, situasinya hampir sama dengan masa kolonial Belanda. Adakah kamu marah atau suka ??

      BOHONG LAH sekiranya kamu menidakkan ataupun menafikan perasaan marah itu... kita semua percaya akan perkara tersebut. Sekiranya kamu tidak suka orang lain berbuat sesuatu yg buruk kpd kamu, kamu juga mestilah jgn berbuat buruk kpd orang lain. Itu adalah perkara asas dalam kehidupan bermasyarakat. Kehidupan bermasyarakat pula akan menjurus kpd kehidupan bernegara. Ada faham ???

      Saya pernah terfikir, sekiranya kamu rasa yg bangsa atau pun negara kamu itu sangat- sangat
      hebat, superb, supreme, KENAPA tidak saja mereka2 itu pergi menjajah atau pun menduduki tanah besar Australia yg dekat dgn negara kamu itu di zaman purba dahulu ???

      Apabila tiba pula zaman kedatangan lanun - lanun Inggeris dan Eropah di Australia, kamu pula berebut dan berperang dengan mereka. Kenapa org2 bangsa kamu atau pun bangsa indonesia kamu tidak mahu berbuat yg sedemikian ???

      Yang jelas kelihatan adalah, org2 dari negara kamu itu suka pula menyempit dan menyemak pula di tanah Malaysia ini. Sudah mendapat rezeki lumayan, mau diberakkan pula tempat itu.
      Memang dasar tidak bersyukur dan tidak tahu malu...

      Sebab itulah agaknya banyak bangsa2 di indonesia sendiri yg mahu keluar, mau bernegara sendiri dan tidak suka kepada dasar pemerintahan berPRESIDEN kamu itu. Takkan kamu tidak tahu ?? org Acheh, Riau, Papua adalah yg paling jelas kelihatan. Yg berjaya keluar adalah Timor timur. Sebab apa terjadinya yg sedemikian ?? Sebab perangai sombong, angkuh, bongkak, kekerasan tidak bertempat, sikap suka memperlekehkan org lain dan juga sikap suka menindas kamu itu..... Dasar tak sedar diri. Huh

      Padam
    2. Halo mat joko. Mengapa kamu masih mengatakan penjajah itu pintar? Sememangnya kamu belum mengenali bangsa kamu dan minda kamupun masih terjajah

      Padam
    3. 1000% agree with your argumentation.

      There will be no fundamental change in Malaysia if we still retain our malays sultanates. Currently, only stupid malays who still want to retain them as a monument of feudalism in Tanah Melayu.

      Padam
    4. mr. 7:04 ptg, if you don't happy to live in this lovely Malaysia, then you should leave. If you are the foreigner, then you should never come here. You should aware by yourself, MALAYS is the landlord of the SOUTH EAST ASIA region.. Then, now and forever... Only the enemies of the Malays love to think negatively, or " bad stuff " about them (Malays)...

      Who are you ??.. Who do you think you are ??.... Oh, the STUPID, SAD AND PATHETHIC of the Malays' enemies.. ANTI-MALAYS

      Padam
    5. Kita semua ketahui.. kebanyakan CINA di Malaysia kini yang tidak berasimilasi dengan TUAN TANAH (MELAYU) di MALAYSIA ini.. sifat kurang hajar, biadap, sesetengah kaum ini jelas di suntik oleh semangat KOMUNISME dan CLEANSING PURE ETHNIC MAJORITY!!

      Kenapa mereka ingin hapuskan kedaulatan KESULTANAN DIRAJA-RAJA MELAYU??

      Mereka semakin berani bersuara..
      Adakah kita akan mendabik dada tanda setuju?? (jawapannya TIDAK!!!)

      Bila SUARA mereka (CINA) sudah tahap menjadi LALAKAN (seperti ANJING) suatu hari nanti, ketahuilah bahawa masa itu akan tiba.

      Jangan ingat kami diam kami setuju.
      Kami adalah kaum yang bertoleransi dan masih boleh bersabar..
      Bila tiba waktu DARAH MENDIDIH..
      Ketahuilah bahawa kamu akan siapa MELAYU sebenarnya.
      Kami sikit tak gentar..
      Kami sikit tak goyang..
      Jika Bruce Lee boleh kecundang dengan SILAT!!
      tidak mustahil kamu juga begitu..

      Hargailah toleransi kaum MELAYU terhadap kamu.
      Kami bangsa yang sentiasa menentang penjajah..

      Ingatlah baik-baik..

      Pekong kamu kami sudah nampak..
      Hati hitam kamu jelas meleleh dicelah-celah tangan-tangan kamu..

      SYUKURLAH MALAYSIA MASIH AMAN!!!

      Padam
  4. kedua negara serumpun melayu sama sama pernah terjajah hendaknya saling menghargai karena masing masing punya kelebihan dan kekurangan.tak ada yang sempurna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumpun Melayu???? Kepala lu peyang?? kenapa sih org Malaysia selalu ngotot dengan kemelayuan mereka yang tidak lebih tinggi dan tidak lebih rendah dari bangsa lain?? tolong hargai org lain juga, jangan hanya klaim sepihak saja

      Padam
    2. Indon indon terserlah kebodohan kamu sedihhhhh

      Padam
  5. Salam Tuan, sy nak tahu Mat lela anak Dato` bahaman dari isteri yang mana?

    BalasPadam
  6. Salam tuan.

    Saya seorang peminat sejarah. Melalui sumber saya yg terhad, saya suka membaca sejarah diseluruh dunia. Tidak terkecuali sejarah bangsa saya sendiri iaitu bangsa melayu.

    Sewaktu d sekolah dulu, saya juga keliru dpd mana asalnya org melayu. Bukan stkat kaum lain, malah org melayu sendiri byk kata kita berasal dari indonesia. Namun terima kasih kepada pejuang2 internet melayu samada melalui blog ataupun youtube, termasuk blog lokalgenius ini, kekeliruan saya mula terjawab. Segala penipuan mula dibongkarkan, dan gambaran tentang tamadun melayu yg hebat terutamany pada abad ke15 semakin jelas.

    Byk persoalan yg saya cuba mencari jawapannya. Dan alhamdulillah walaupun sumber yg terhad, namun melalui sumber yg saya yakini dan percayai saya mampu mgambarkan tamadun saya sendiri dgn lebih jelas.

    Antara yang saya gemari sudah tentulah kesultanan melayu melaka abad ke 15. Walaupun cuma berusia 100 tahun namun kisah2 yg saya dididik dpd kecil bagaikan sudah sebati dalam diri.

    Tentang kesultanan melayu melaka, saya ada soalan kalau tuan tidak keberatan. Berkenaan tun ali.

    Tun Ali ialah bendahara melaka yg ke4. Salah satu sumber menyatakan beliau meninggal dunia pada 1456 dan digantikan oleh tun perak. Sumber yg lain pula menyatakan apabila tun ali sudah berbaik dgn tun perak, beliau menerima pelantikkan tun perak sebagai bendahara melaka dan beliau menjadi penghulu bendahari melaka. Melalui kisah hang tuah pula, tun ali ialah salah seorang yang terlibat bersama2 patih karma wijaya untuk menjatuhkan laksamana hang tuah. Adakah tun ali ini ialah org yg sama dengan bekas bendahara melaka itu?

    Harap boleh menjawab persoalan ini, tak kisah samada di sini, atau kalau tidak keberatan boleh juga email saya d finalboey@gmail.com

    Terima kasih tak terhingga dpd saya untuk tuan, semoga tuan dikurniakan kesihatan yg baik dan umur yg panjang.

    BOEY

    BalasPadam
  7. Abaikan segala kata-kata dari Sana.mereka cuba memecahbelah dan memutarkan kita.kita tak penah sibuk pun tentang sejarah mereka,kenapa mereka hendak2 sibuk2? Apa2 pun syabaq kepada Blogger ini.aku mmg sentiasa baca post terbaru kau.ilmu sejarah yang harus anak melayu tahu ni.

    BalasPadam
  8. Dato Bahaman terikat dengan kesetian sultan tetapi membenci kepada inggeris..Sultan perlukan inggeris atas sebab tidak ketahui..Mgkn ada ramai pahlawan lain lagi yg masih setia dengan sultan menyebabkan Dato'Bahaman tidak berani bertindak sewewenangnya.. Tetapi prinsip pahlawan melayu setia pada sultan begitu juaga Dato' Bahaman. Cuma situasi selalu di manupulasikan oleh inggeris ketika itu dan sultan menurut tanpa ada bantahan. Sekiranya sultan sealiran dengan Dato; Bahaman tentu pahlawan -pahlawan lain yg berperang Di Klang selama 2 kali itu akan berpihak kepada sultan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengikut cerita bahwa sultan pahang pernah diculik oleh inggeris untuk dibunuh..tetapi diselamatkan oleh seorang panglima..Lambang pahang yg ada sekarang ada kaitan dgn kejadian itu..

      Mgkn ada gunting dalam lipatan dlm komplot tersebut. Kalau tidak masakan inggeris berani mengambil tindakan melulu..Mgkn kita kena tgk sejarah sultan pahang dalam perebutan tahta sebanyak dua kali yang mana keturunan sultan pahang memerintah sampai sekarang.

      Padam
    2. Kemungkinan pada waktu itu semua hasil timah dan hasil-hasil lain itu dijual kepada Inggeris..Dan pada waktu itu eropah dalam revolusi industri..Dan inggeris menjual hasil-hasil org melayu ke negaranya dengan harga berlipat ganda berbanding harga perah keringat org melayu pada masa itu..Perebutan kuasa atau perbalahan golongan bangsawan yg menentang dianggap penderhaka dan dijatuhi hukuman mati..Kebergantungan hanya Inggeris sahaja yang membantu membangun ekonomi ini telah menyakinkan golongan raja dan bangsawan tanpa mengira kebiadapan org inggeris dan idealogi inggeris mahu menguasai semua hasil tanah org melayu pada waktu itu.

      Mana-mana bangsawan yg menentang akan dianggap penkhainat..Betap liciknya bangsa inggeris ini memanipulsikan keaadan..

      Tetapi satu persoalan, bolehkah melayu maju sekira tidak bergantung kepada Inggeris. Kepada siapa bahan mentah boleh dijual dengan banyak kalau tidak pada Inggeris..Bagaimana pula dengan Siam/Thailand pada waktu itu adakah berlaku seperti mana di Tanah Melayu.

      Padam
  9. gunakan otak bukan otot....yang menggunakan otak akan maju dan yang menggunakan otot akan menjadi kuli....

    BalasPadam
  10. the KING, the SULTANATE, is the LORD of the landlord ( malays )...

    LONG LIVE THE KING..... DAULAT TUANKU



    BalasPadam
  11. tulah pasal tanpa bangsa china dan india yang menentang british
    barulah negara ini dpt merdeka

    tanpa dorg, melayu sendiri mampu ke
    i dont think so
    dulu sultan-sultan melayu ramai yg jadi pembodek british
    lepas tu bila jepun masuk
    brp ramai sultan-sultan melayu yg jadi pembodek jepun
    siap ckp jepun masa tu nak tolong melayu bina sebuah negara melayu
    puik
    bodoh

    kebanyakan melayu mmg camni
    siapa jadi tuan dorg akan bodek siapa
    sama juga skang umno yg jadi tuan
    tak payah ckp nak perang
    cuma pakai undi je pon dah tak mampu

    contoh cam sedara aku
    dorg sgt benci umno
    tapi tetap undi umno
    pasal dorg takut nanti umno jatuh dorg tak dpt project

    ekceli iolz rasa ampir 90% org melayu dah sedar umno tak mungkin lagi memajukan melayu
    tinggal 10% tu makcik pelda yg dah nyanyok
    ramai dah kecewa dgn umno tapi tetap undi dia
    takut nanti tak dpt cari duit

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah ! keciknyer otak ko... hebat !

      Padam
  12. Saya rasa Tuan Semantani perlu ceritakan perjuangan kite melawan penjajahan adalah bermulanya kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511 sehingga 1957..sebenarnye kite org Melayu berjuang menentang penjajahan selama 446 tahun..cuma kita pade mase itu terpisah kerana belum disatukan menjadi Persekutuan Malaysia seperti hari ini..

    Mungkin 50 tahun terakhir sblm tahun 1957 corak perjuangan kite lebih kepada cara lebih halus melalui perundingan kerana banyak pemimpin2 kite pade mase itu berpendidikan Inggeris..walaupun berpendidikan Inggeris, tapi jiwa mereka tetap Melayu sejati..seperti Dato Abdul Rahman Andak, Dato Mohd Salleh bin Perang,Dato Jaafar bin Muhammad dll..walaupun skop perjuangan mereka pade mase itu hanye tertumpu pade negeri Johor sahaja..tp dgn kecerdikan dan kepintaran mereka menyebabkan British begitu susah hendak mengembangkan kuasanye ke Johor sehingga Dato Abdul Rahman Andak disingkirkan oleh Sultan Ibrahim..atas sbb inilah mereka layak digelar Pahlawan Nasional Malaysia..begitu juga yang lain2..Mat Kilau,Dato Bahaman,Tok Gajah,Tok Janggut, Yamtuan Antah, Dato Maharajalela, Sipuntum, Tunku Kudin, Panglima Salleh Batu Pahat dll..mereka2 ini juga layak digelar Pahlawan Nasional Malaysia..dengan cara dan pendekatan masing2..ade yang menggunakan cara peperangan dan ada yang melalui cara perundingan..

    Wahai orang2 muda masa kini..jangan kamu sekali2 mempersoalkan cara perjuangan datuk2 dan nenek2 mereka..kamutidak akan tahu dan faham kerana tidak hidup lagi pada zaman itu..apa yang penting baik cara peperangan atau perundingan..'outcome' nya kita pada hari ini dapat hidup dengan aman damai hingga ke hari ini..kite sebenarnya pada hari ini hidup atas titis-titis darah perjuangan datuk2 dan nenek2 kita yang pergi dahulu menghadap Ilahi..

    Hargailah jasa dan perjuangan para pendahulu kita walau apa pun cara perjuangan mereka..kerana yang penting adalah outcome dari perjuangan mereka inilah kita pada hari ini hidup aman dan damai hingga ke hari ini kerana setiap dari mereka berjuang mereka pasti akan teringatkan kita,anak cucu mereka supaya mereka tidak mahu kita semua hidup dalam keadaan tidak ketahuan seperti zaman mereka dan perjuangan mereka tidak akan sia2..Terima kasih kepada para pejuang2 dahulu..Semua apa yang dimilik kami pada hari ini adalah kerana hasil titik peluh, darah dan keringat kamu pada masa lalu..kerana perjuangan kamu semualah kami generasi kini dapat menuai hasil benih2 keamanan yang kamu tanamkan dahulu..Al-Fatihah kepada mereka semua dan semoga mereka semua ditempatkan bersama orang2 beriman..Amin Ya Rabbal alamin..

    Bukti orang Melayu berperang selama 446 tahun tanpa henti..sila lihat di sini..

    http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2012/01/untold-history-malays-and-their.html

    BalasPadam
  13. Bukan disingkirkan tapi dipencenkan dari perkhidmatan dengan pencen bernilai 1000 pound sterling setiap bulan..Harap maklum..

    Tanpa nama, 8 Februari 2014, 11:35 ptg

    BalasPadam

  14. Tentara babu inggris dijadiin pahlawan
    Cem leftenan adnan tu laaarrr yg kononnya tentera melayu tapi tentara melayu yg masuk kategori tentara babu inggris
    Kekeke

    BalasPadam
  15. Bila indon cakap bahasa melayu..hancur! Indon mmg xtahu apa2 yg diorang tahu negara diorangla yg paling hebat padahal berjuta2 jadi kuli disini tak kurang juga yg dtg secara haram..

    BalasPadam