Jumaat, 2 Ogos 2013

ADRUJA WIJAYAMALA SINGA - SRIKANDI MELAYU YANG DILUPAKAN.






Salam semua, sebab dah lama tidak mengupdate blog, maka sekarang terkapai-kapailah saya hendak menulis semula. Jadi sebelum saya menyampaikan artikel-artikel saya yang banyak dah tergantung, saya lampirkan dahulu artikel yang saya jumpa ini. Artikel ini sesangatlah menarik bagi saya dan ada banyak kaitan dengan kajian yang dibuat oleh moderator MF sekarang. Ianya mengenai seorang puteri yang tersangatlah misteri, lebih misteri dari Vampire of Grahi kot. Kisahnya memang tiada dalam buku-buku sejarah aliran perdana apatah lagi buku teks sekolah. Dia adalah Cik siti wan kembang satu, atau namanya Adruja Wijaya Mala singa! Oh ya dan sebelum tu saya nak ucapkan selamat membaca dan selamat menyambut hari lebaran yang akan tiba beberapa hari saja lagi, maaf zahir dan batin dari saya kepada semua pembaca setia.

 
Adruja Wijayamala Singa (1335-1345 Masihi) berasal dari Grahi - sebuah negara kota dan negara persekutuan Melayu yang terletak di utara Semenanjung Tanah Melayu. Baginda merupakan puteri kesayangan kepada Raja Sang Tawal atau Sultan Muhammad (1267-1335), Maharaja Grahi yang ketiga. Tahun kelahiran dan nama bonda puteri Melayu ini tidak diketahui. Adruja dilahirkan dan membesar di Kota Grahi, iaitu ibu kota kerajaan Grahi.

Adruja mempunyai empat orang saudara kandung, iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Mereka ialah Raja Bharubhasa, Raja Singhadiraja, Puteri Cendana dan Puteri Linang Cahaya. Oleh kerana Adruja memiliki sifat keperibadian yang tegas dan garang, rakyat Grahi yang berketurunan Melayu-Hindu telah menggelar puteri Melayu ini sebagai ‘Dewi Durga’.


Lebih menarik lagi, Adruja merupakan keturunan Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa, Maharaja Srivijaya-Malayu (Palembang-Jambi) dari dinasti Mauli. Menurut manuskrip Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin), nama sebenar maharaja tersebut ialah Demang Lebar Daun. Nama 'Adruja Wijayamala Singa' dikatakan berasal dari bahasa Sanskrit, di mana:

  • ‘Adruja’ ialah kependekan bagi sebutan “adhi raja” yang bermaksud raja yang besar, mulia, tinggi darjatnya, yang utama, yang terbaik dan pemuka pasukan perang;
  • ‘Wijayamala’ pula merujuk kepada sejenis bunga seroja sakti yang dikatakan dapat menghidupkan orang mati; manakala
  • ‘Singa’ pula merupakan satu variasi bagi sebutan “simha” yang bermaksud singa - raja segala haiwan.


KEHIDUPAN AWAL

Adruja dilahirkan pada zaman di mana Grahi sedang menghadapi ancaman perang dari kerajaan Siam Sukhothai yang diperintah oleh Raja Rama Khamhaeng (1237/47-1317). Raja yang berketurunan Siam (atau Thai) ini merupakan seorang yang sangat zalim.



Kedudukan Grahi (atau juga dikenali sebagai Jawaka)

terletak di kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu.

Raja Rama Khamhaeng dikatakan mahu meluaskan tanah jajahannya ke arah selatan (Semenanjung Tanah Melayu) tetapi telah dihalang oleh nenda Adruja yang bernama Raja Sakranta atau Raja Aminuddin (1253-1267). Setelah Raja Sakranta mangkat, takhta kerajaan Grahi telah diserahkan kepada ayahanda Adruja yang bernama Raja Sang Tawal (Sultan Muhammad).


Sebagai Maharaja Grahi yang baharu, Raja Sang Tawal telah mengarahkan supaya dibina sebuah kota yang teguh demi menghalang tentera Siam Sukhothai dari menceroboh masuk ke Semenanjung Tanah Melayu. Setelah siap, kota tersebut diberi nama Kota Grahi.

Sejak dari usia kanak-kanak lagi, Adruja dikatakan pandai menunggang kuda dan bermain senjata seperti kelewang. Meskipun perilaku baginda menyerupai lelaki, namun Adruja dikatakan amat menyukai wangian kayu cendana yang telah dicampurkan ke dalam minyak wangi yang diperbuat daripada bunga melur. Ia adalah satu kesukaan khas yang menunjukkan bahawa Adruja masih ada sifat kewanitaan.

 
PEMBAWA BENDERA GRAHI


Setelah umurnya mencecah belasan tahun, Adruja sentiasa menjadi pembantu ayahandanya di medan perang. Puteri tersebut biasanya dibenarkan membawa bendera kerajaan Grahi ketika Raja Sang Tawal pergi berperang dengan tentera Siam Sukhothai. Pengalaman berada di medan perang telah membantu Adruja membiasakan diri dengan melihat keganasan perang dalam segala aspek.

Setelah perang berakhir, Adruja akan membantu membalutkan luka dan memberi minuman kepada mana-mana tentera ayahandanya yang cedera. Melihatkan keadaan tentera Grahi yang kurang semangat juang serta rakyatnya yang sentiasa berundur, maka tergeraklah di hati puteri tersebut untuk membentuk satu pasukan khas yang terdiri dari kaum wanita.

Selain untuk membantu kaum lelaki di medan perang, tujuan pasukan khas wanita tersebut ditubuhkan adalah untuk membela nasib kaum wanita Melayu di Grahi yang sering diperkosa oleh tentera Siam Sukhothai tatkala mereka menyerang kampung-kampung yang jauh dari Kota Grahi. Selain itu, Adruja juga mahu membuktikan bahawa kaum wanita juga setanding dengan kaum lelaki walaupun di medan perang.

 

SYARAT PERKAHWINAN


Cadangan Adruja untuk membentuk satu pasukan khas wanita telah diusulkan kepada ayahandanya, Raja Sang Tawal. Pada mulanya, Raja Sang Tawal enggan memperkenankan cadangan puterinya itu kerana tugas kaum wanita pada zaman tersebut hanya terhad kepada kerja memasak dan membantu merawat kecederaan tentera di medan perang sahaja.

Namun begitu, Raja Sang Tawal berubah fikiran dengan serta-merta setelah mengenangkan tindakan puteri kesayangannya itu yang pernah beberapa kali mempertahankan bendera kerajaan Grahi ketika di medan perang. Raja Sang Tawal akur lalu memperkenankan cadangan Adruja itu.

Pada masa yang sama, baginda cuba untuk menyelamatkan Adruja dengan mengahwinkan puteri tersebut. Walau bagaimanapun, Adruja terus menolak rancangan ayahandanya itu dengan berkata:

"Ayahanda mahu kahwinkan anakanda? Tidak! Sesiapa yang mahukan

anakanda, sila bertarung senjata satu lawan satu. Jika menang, boleh".

Melihatkan ketegasan dan kedegilan puteri tersebut, akhirnya Raja Sang Tawal terpaksa mengalah dan mengikut sahaja kehendak puterinya itu.

 

LAHIRNYA PASUKAN SERI WIJAYAMALA

Setelah cadangan tersebut diperkenankan oleh Raja Sang Tawal, maka Adruja pun berusaha untuk membentuk sebuah pasukan khas yang dianggotai kaum wanita. Baginda mula mencari mana-mana perempuan yang mahu menyertainya.

 

Oleh kerana golongan perawan telah menolak ajakannya, maka dicari pula segala janda muda yang kematian suami di medan perang. Ada di kalangan kumpulan janda muda tersebut yang membantah atas alasan - berperang bukanlah kerja kaum wanita. Jawapan tersebut telah membuatkan Adruja murka, lalu menengking mereka dengan berkata:

 

“Cis! Semua kamu nak serahkan kepada lelaki. Sekarang, apa dah jadi kepada kamu?
Hidup tercungap-cungap, merempat, harapkan belas kasihan orang. Bagaikan pengemis!
Lebih baik kalian ku latih agar dapat berperang. Bahkan lebih berani daripada bapa-bapa
dan abang-abang kamu yang takut menghadapi gajah Sukhothai hingga kecut pelir mereka.
Inilah masanya kalian menuntut bela agar tenteram roh mereka yang sudah pergi.
Beta tak dapat memberikan harta kepada kalian. Tetapi ingat! Ketika kalian mati,
kalian akan mati syahid kerana mempertahankan agama dan negara kalian.
Itulah janji bagi orang Islam, agama yang baru kamu anuti sekarang.

Insyallah, kalian akan dikenang sebagai bunga-bunga suci

di medan perang di dalam sejarah Grahi.”

Setelah mendengar kata-kata puteri tersebut, maka kumpulan janda muda tersebut akhirnya bersetuju untuk menyertai pasukan khas yang dipimpin dan dilatih sendiri oleh Adruja. Pasukan khas tersebut diberi nama Seri Wijayamala.


Adruja telah berusaha mendapatkan segala bekalan senjata untuk pasukan khasnya. Baginda telah menempah senjata ringan dengan mengarahkan agar dibentuk busur panah yang kecil tetapi lebih cekap. Selain itu, puteri tersebut juga telah membeli puluhan ekor kuda, kain serta keperluan wanita dari para saudagar Arab dan Turki di pelabuhan yang berhampiran dengan Kota Grahi. Dari mereka jugalah, Adruja mempelajari bahasa Arab dan Turki.


Selain itu, Adruja juga telah membeli seekor kuda putih untuk dirinya sendiri. Kuda tersebut diberi nama Halilintar dan ianya sentiasa mendahului sesiapa sahaja, termasuklah pelatih Adruja yang berbangsa Turki bernama Inologlu.

 

SERI WIJAYAMALA BERSEDIA

Pada suatu hari, Adruja Wijayamala Singa masuk menghadap Raja Sang Tawal yang sedang sibuk bermesyuarat dengan para panglima perang. Ketika itu, mereka sedang melihat selembar peta. Setelah salam diberi, Adruja terus membuka daun-daun tingkap istana lalu mengajak Raja Sang Tawal dan para panglima perang supaya melihat ke luar tingkap. Puteri itu seraya berkata:


“Itulah pasukan khas patik. Hanya 41 orang. Kebanyakannya janda dan
hamba abdi serta budak suruhan, untuk berperang bersama ayahanda kelak”.

 
Setelah melihat pasukan khas tersebut, para panglima bertanya kepada Adruja tentang kemampuan mereka - sama ada mereka mampu memikul tombak serta memanah atau pun tidak. Malah, ada juga di antara mereka yang memperlekehkan kemampuan pasukan khas tersebut dengan tersengih-sengih dan ketawa kecil.

Tindakan para panglima tersebut telah membuatkan dada Adruja membara, lalu ditariknya salah seorang dari kumpulan panglima tersebut dan membawanya ke ruang tingkap. Adruja segera memberi arahan kepada Puspa, salah seorang pengikutnya yang berdiri puluhan ela di bawah istana supaya terus memanah panglima tersebut.


Anak panah yang dilepaskan Puspa berdesing membelah udara lalu melekat pada daun tingkap - hanya sejengkal dari muka panglima tersebut. Adruja lantas berkata kepada para panglima yang memperlekehkan pasukan khasnya:


“Jika itu belum memuaskan kalian, silalah tunggu di tingkap itu untuk perintahku yang kedua”.

Tindakan berani Adruja dan pengikutnya, Puspa telah menyebabkan semua orang terdiam. Adruja terus menyembah Raja Sang Tawal lalu turun dari istana. Menurut catatan sejarah, peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1317 Masihi.

SERI WIJAYAMALA BERTINDAK

Pada suatu hari, angkatan tentera Siam Sukhothai telah mula bergerak ke arah selatan untuk menyerang kerajaan Grahi dan ibu kotanya, Kota Grahi. Pada asalnya, penduduk Kota Grahi sememangnya sudah lama bersedia untuk menghadapi serangan dari tentera Siam Sukhothai. Walau bagaimanapun, penantian yang terlalu lama telah menyebabkan mereka menjadi leka.


Kedudukan Kota Grahi dipercayai terletak

di daerah Chaiya, wilayah Surat Thani, Thailand.

Namun begitu, Adruja dan pasukan khas Seri Wijayamala sentiasa bersiap sedia. Sifat waspada mereka telah berhasil apabila pada suatu malam, salah seorang pengawalnya telah ternampak panah berapi menembusi angkasa. Pengawal tersebut lantas memaklumkan kepada Adruja mengenai sebuah kampung di sebelah utara yang mula diserang oleh tentera Siam Sukhothai.


Dengan serta-merta, Adruja dan semua anggota pasukan khas Seri Wijayamala berlengkap lalu menunggang kuda mereka dan menyerbu keluar mengikut rakan-rakan yang membawa obor. Setelah tiba, Adruja mendapati tentera Siam Sukhothai sedang mengganas. Mereka membakar kampung, membunuh segala lelaki dan mengheret wanita keluar dari kampung itu.

Seorang panglima Siam Sukhothai telah merebahkan seorang perempuan muda ke tanah untuk mencabulnya. Melihat keadaan tersebut, Adruja segera menebas leher panglima tersebut dengan kelewang panjang miliknya yang dinamakan Kilatan. Kemudian, baginda seraya memberi arahan kepada pasukan Seri Wijayamala:


“Bunuh kesemuanya! Jangan biarkan seekor pun terlepas! Cincang yang masih bernafas!”

 
Arahan tersebut segera dipatuhi. Ada di kalangan para pengikut Adruja yang mengalami muntah-muntah serta pengsan setelah melihat darah, kepala musuh terpelanting dan terdengar jeritan tatkala musuh disembelih.


Pada malam itu, Adruja berjaya menyelamatkan ramai wanita Melayu. Tiada seorang pun tentera Siam Sukhothai yang berjaya pulang ke markas mereka. Adruja dan para pengikutnya pula hanya mengalami luka-luka kecil. Mereka berjaya membuktikan kecekapan mereka di medan perang.


DENDAM RAMA KHAMHAENG

Semua pihak di negeri Siam Sukhothai telah mula berasa gentar setelah angkatan perang mereka tidak pulang ke markas. Namun begitu, tidak sedikit pun terguris di hati Raja Rama Khamhaeng walaupun telah kehilangan ratusan tenteranya.

Sebaliknya, raja zalim itu telah mengambil keputusan untuk menyerang Grahi dan Kota Grahi sekali lagi. Pada kali ini, baginda sendiri yang akan mengetuai bala tenteranya.


Patung Rama Khamhaeng, Raja Siam Sukhothai
yang dibina di wilayah Sukhothai, Thailand.

Sementara di Kota Grahi pula, Raja Sang Tawal telah mendapat maklumat mengenai bala tentera Siam Sukhothai yang sudah menghampiri sempadan Grahi. Baginda segera mengarahkan semua menteri dan panglima perang (kecuali Adruja Wijayamala Singa) datang berunding.

Selesai mesyuarat, Raja Sang Tawal telah menitahkan supaya Adruja tinggal di dalam Kota Grahi sementara baginda dan para tentera Grahi keluar menentang musuh. Arahan ayahandanya itu telah membuatkan Adruja berasa begitu geram kerana tidak dibenarkan untuk turut serta berperang.

Selepas Raja Sang Tawal dan para tenteranya keluar dari Kota Grahi untuk menentang tentera Siam Sukhothai, seorang perempuan penduduk kota yang mengenali Adruja datang bertanya:

 

“Wahai Dewi Durga, kenapa tidak turut serta?”

“Raja fikir aku perempuan biasa. Layak menunggu di dalam kota sahaja”.

Kata Adruja kepada perempuan tersebut. Lantas perempuan tersebut berkata:


“Tapi… kami dengar cerita dari orang Tuan Puteri sendiri,

banyak kampung di utara Grahi telah Tuan Puteri selamatkan”.

Setelah mendengar kata-kata perempuan tersebut, maka tersenyumlah sang puteri seorang diri. Adruja mula menyedari bahawa perihal itu tidak pernah dilaporkan kepada Raja Sang Tawal dan sememangnya ingin dirahsiakan.

 

KOTA GRAHI DISERANG LAGI


Sepanjang pagi tersebut, Adruja berasa gelisah. Tatkala tengah hari pula, nalurinya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Lalu diarahnya Puspa supaya pergi selidik di luar Kota Grahi.

Alangkah terkejutnya Puspa apabila melihat tentera Siam Sukhothai telah berjaya mencerobohi kota. Mereka membunuh dan bertindak ganas terhadap orang-orang tua, kanak-kanak dan wanita di dalam Kota Grahi.

Ternyata Rama Khamhaeng seorang yang licik. Raja tersebut telah membahagikan angkatan tenteranya kepada dua ketumbukan - satu untuk berperang dengan angkatan tentera Raja Sang Tawal di medan perang manakala yang satu lagi pula untuk menyerang Kota Grahi secara senyap dan mengejut.


Puspa segera memaklumkan kepada puterinya. Adruja lantas mengarahkan semua anggota Seri Wijayamala bertindak. Kehadiran mereka telah mengejutkan pihak musuh.

“Jahanamkan mereka! Bunuh semuanya! Anak haram jadah! Binatang! Cincang habis!”


Jerit Adruja seraya menghayunkan kelewang panjangnya (Kilatan) sambil memecahkan kepala serta memutuskan tubuh-tubuh musuh. Kemudian, arahan diberikan kepada dua orang rakan seperjuangannya yang bernama Seroja dan Sundari:


“Kau Seroja, panah dari atas kota sana. Kau Sundari, suruh para abdi siapkan kuda kita”.


Pencerobohan itu akhirnya berjaya dihindari dan Kota Grahi terselamat. Namun begitu, itulah pertama kali hati Adruja berasa amat hiba dan remuk-redam kerana perbuatan pihak musuh yang amat zalim terhadap orang-orang yang lemah.


Pasukan Seri Wijayamala menangis teresak-esak, sambil mendakap para wanita dan kanak-kanak yang meraung. Air mata Adruja jatuh berlinangan. Adruja mengetapkan bibirnya. Tiba-tiba, datang seorang lelaki tua bertongkat menuju ke arah puteri tersebut lalu berkata dengan sebaknya:

“Tuan Puteri, hamba sudah tua… Tiada tenaga lagi memerangi musuh kita.
Bawalah tasbih hamba ini. Semoga Tuan Puteri mencapai kemenangan
yang luar biasa… Insyallah…. Ucaplah, ‘Ya Jabbar Ya Qahhar’…”.


Lelaki tua bertongkat itu mengucup tangan Adruja lalu pergi dari situ. Belum sempat sang puteri mengucapkan terima kasih, para anggota Seri Wijayamala sudah mengerumuninya dan bersiap-sedia. Adruja memberi arahan kepada pasukan Seri Wijayamala:

“Wahai pasukanku, Seri Wijayamala… Lilitlah rambutmu dengan kain hijau
seperti serban yang dipakai ayahmu, suamimu atau saudaramu yang pergi berjuang
demi agama dan tanah air. Aku tahu, tentera ayahanda sedang terpukul teruk.
Aku juga tahu, hari ini Rama Khamhaeng turut memimpin tenteranya.

Hari ini hari penentuan! Puspa, lilitkan serban kuning ini ke kepalaku.”

Tiba-tiba, kedengaran laungan azan berkumandang di atas kota. Suara seorang tua - dipercayai lelaki tua bertongkat yang memberi tasbih kepada Adruja sebentar tadi. Adruja segera memakai tasbih tersebut di lehernya dan terus menunggang kuda putihnya yang bernama Halilintar.


Selesai sahaja azan, Adruja melaungkan ungkapan “Allahuakbar” yang kemudiannya disambut oleh semua yang hadir. Semua wirawati Seri Wijayamala terus memecut kuda yang menderu keluar dari kota bagai angin taufan. Tanpa menoleh ke belakang lagi, pasukan khas tersebut terus memacu kuda di belakang ketua mereka - Adruja Wijayamala Singa.

 

TUMBANGNYA RAMA KHAMHAENG
 

Benarlah jangkaan Adruja. Di medan perang, segala pasukan bergajah Siam Sukhothai sedang meredah dan merempuh apa sahaja di hadapan mereka. Orang dan kuda habis dibelit dengan belalai, dipijak dengan kaki atau dirodok oleh gading gajah. Lima anggota Seri Wijayamala telah bersiap-sedia dengan tombak bercangkuk. Mereka turut dibantu oleh pasukan berpanah dan pasukan yang memakai kusa - sejenis alat yang ditakuti gajah.

 


Contoh gambar kusa - sejenis alat yang digunakan
pada zaman dahulu untuk mengawal dan menakutkan gajah.

Sementara itu, Puspa pula diarahkan untuk memegang bendera khas Adruja Wijayamala Singa, iaitu corak helang merah berlatarkan kuning. Tiba-tiba, mata Puspa terpandang ke arah pasukan bergajah Siam Sukhothai yang juga mengibarkan bendera pihak musuh.

 

“Tuan Puteri! Itu dia, Rama Khamhaeng!”


Adruja terus memecut kuda putihnya ke arah gajah hitam khas milik Rama Khamhaeng tanpa menghiraukan segala hiruk-pikuk di sekitarnya. Api kemarahan dari lubuk hati Adruja telah mengalir ke tangannya yang menggenggam erat Kilatan yang berkilauan disambar matahari petang.

Adruja mengarahkan pasukan berpanahnya supaya memanah semua askar di sekeliling Rama Khamhaeng. Setelah kesemuanya mati terbunuh, baginda lantas mengarahkan pengikutnya supaya membaling tombak ke arah Rama Khamhaeng. Beberapa tombak telah terkena pada tubuh raja tersebut lalu meragut nyawanya. Jasadnya terkeluar dari rengga gajah lalu jatuh rebah ke bumi.


Setiap gajah perang biasanya dilengkapi dengan

rengga gajah yang dipasang di bahagian belakang.

Adruja dengan pantas terus merodok pusat Rama Khamhaeng dengan Kilatan, lalu ditusuknya ke atas hingga ke tenggorok. Pecahlah jantung dan terburailah segala tali perut dengan semburan darah membuak-buak. Kelewang dicabut, lalu leher raja tersebut ditebas hingga terpisahlah kepalanya dari tubuh. Kemudian, Puspa mengambil kepala Rama Khamhaeng dan menancapnya pada hujung tombak lalu diberikan kepada Adruja.


“Heret bedebah ini ke laut! Cincang sesiapa yang cuba menghalang!”

Jerit Adruja kepada pasukan Seri Wijayamala. Dua orang wirawati segera mengangkat kedua-dua belah kaki Raja Siam Sukhothai itu lalu mengheretnya dengan kuda menuju ke pantai.


Perbuatan tersebut telah menyebabkan tentera Siam Sukhothai bersikap seperti orang gila. Mereka cuba untuk mendapatkan kembali kepala Rama Khamhaeng. Adruja dengan segera mencantas dan menebas mereka. Para tentera Siam Sukhothai yang cuba mendapatkan badannya pula terus dipanah oleh pasukan berpanah Seri Wijayamala.


“Seroja, bawa balik kepala ini. Biar beta selesaikan saki-baki anjing-anjing ini.”

Para tentera Siam Sukhothai mula hilang semangat setelah menyaksikan kematian raja mereka. Tiada apa yang boleh mereka lakukan selain berlutut meratap menyembah bumi. Itulah hari bencana besar bagi bangsa Siam (Thai) dari negara Sukhothai kerana tidak menjangka yang mereka akan mati dibunuh oleh seorang puteri raja dengan pasukan khas wanitanya yang bengis.

 

KATA-KATA KERAMAT ADRUJA

Adruja mengarahkan semua wirawati supaya mencantas belalai gajah-gajah milik tentera Siam Sukhothai. Pada mulanya, mereka tidak sampai hati hendak membunuh haiwan-haiwan tersebut. Setelah melihat Adruja sendiri mencantas belalai gajah hitam milik Rama Khamhaeng, akhirnya mereka turut berbuat demikian.


Habis semua gajah jatuh merempuh pihak musuh. Barisan hadapan tentera Siam Sukhothai yang berlutut meratapi kehilangan raja mereka turut diranap oleh gajah mereka sendiri. Saki-baki tentera Siam Sukhothai yang lainnya habis dibunuh oleh Adruja dan pasukan khas Seri Wijayamala.

Sementara itu, badan Raja Rama Khamhaeng yang sedang diheret ke pantai pula terus ditombak dan dicincang sepanjang jalan sehingga hanya tinggal rangka dan cebisan daging sahaja. Setelah tiba di tepi pantai, badannya dicampak lalu dihanyutkan ke Laut China Selatan.


Perbuatan tersebut dilakukan di hadapan tentera Siam Sukhothai yang mengiringi mayat raja mereka. Akibat terlalu takut, maka larilah saki-baki tentera musuh untuk menyelamatkan nyawa mereka. Inilah kata-kata keramat Adruja Wijayamala Singa:


“Dengan tertebasnya kepala si bedebah ini (Raja Rama Khamhaeng),

maka ku harap bangsa ini (Siam atau Thai) akan tersekat dan tidak

melanda tanah bangsa Melayu (Semenanjung Tanah Melayu) seterusnya,

agar kekallah bangsaku (Melayu) dan agamaku (Islam) zaman-berzaman”.

 
Setelah berakhirnya perang, pasukan khas Seri Wijayamala membantu rakan-rakan mereka yang tercedera dan membawa mereka pulang ke Grahi. Adruja adalah orang terakhir yang meninggalkan medan perang, ketika merah senja mewarnai langit di sebelah barat. Menurut catatan sejarah, peristiwa Adruja memenggal kepala Raja Rama Khamhaeng ini berlaku pada tahun 1317 Masihi.


Beberapa bulan kemudian, datanglah rombongan dari negara Siam Sukhothai untuk menebus kembali kepala raja mereka. Rombongan tersebut terdiri daripada puluhan sami berjubah kuning pinang masak, berkepala botak, berkaki ayam sambil membawa 10 pedati berisi emas dan perak. Mereka memohon kepada Raja Sang Tawal untuk bertemu dengan Adruja.


Setelah Raja Sang Tawal tiba di halaman istana bersama Adruja, semua sami berkenaan berlutut lalu menyembah kedua-dua raja dan puteri tersebut. Ketua sami terus menyampaikan hasrat mereka. Setelah kepala Raja Rama Khamhaeng diberikan, mereka terus pulang ke negara Siam Sukhothai sambil meratap.

 

 
 
RUNTUHNYA GRAHI DAN KOTA GRAHI

Ketika saat kemangkatan Raja Rama Khamhaeng, puteranya yang bernama Loethai sedang berada di tanah besar China untuk menghadap Maharaja China. Alangkah terkejutnya Loethai setelah mengetahui ayahandanya mangkat dibunuh oleh seorang puteri Melayu. Setelah pulang ke tanah air, Loethai telah ditabalkan sebagai pemerintah yang baharu dengan gelaran Raja Loethai.

Meskipun mengalami kekalahan teruk, namun pihak Siam Sukhothai tidak pernah belajar dari kesilapan. Sebaliknya, Raja Loethai dan bangsa Siam (Thai) telah bersumpah akan menghapuskan seluruh bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Mereka nekad mahu menjajah Grahi serta bumi Semenanjung demi menuntut bela di atas kematian Raja Rama Khamhaeng.

Setiap kali pasukan tentera dari kedua-dua belah pihak bertembung di medan perang, tentera Siam Sukhothai sentiasa mencabar pahlawan Melayu untuk beradu ketangkasan satu lawan satu di hadapan kedua-dua angkatan perang. Adruja adalah individu yang sering dicabar keluar kerana pihak musuh sememangnya berniat mahu membunuh puteri tersebut demi menuntut bela di atas kematian bekas raja kesayangan mereka. Setelah pertarungan hebat satu lawan satu berakhir, hanya Adruja seorang sahaja yang tinggal dengan Kilatan berlumuran darah.


Setelah sekian lama bertahan dari serangan tentera Siam Sukhothai, akhirnya kerajaan Grahi dan Kota Grahi jatuh juga pada tahun 1325. Kekalahan tersebut menandakan bermulanya zaman pencerobohan bangsa Siam (Thai) di bumi Semenanjung Tanah Melayu.

 

PELARIAN PERANG

 

Kejatuhan kerajaan Grahi dan ibu kotanya, Kota Grahi telah memaksa Raja Sang Tawal berundur ke arah selatan. Pengunduran secara besar-besaran itu turut disertai oleh seluruh kerabat diraja Grahi, para menteri, panglima perang, rakyat jelata dan juga pasukan khas Seri Wijayamala.


Raja Sang Tawal telah membina Kota Mahligai di Langkasuka
sebagai pusat pemerintahan yang baharu setelah tumbangnya
Kota Grahi ke tangan penjajah Siam Sukhothai.

Dari Kota Grahi, Raja Sang Tawal dan rombongan pelariannya telah berundur ke Merdalong. Setelah tiba di Merdalong, mereka menuju pula ke Sanjura. Ketika di Sanjura inilah, Raja Sang Tawal telah mengarahkan supaya dibina sebuah kota di Langkasuka untuk dijadikan sebagai pusat pemerintahan yang baharu.Setelah siap, kota tersebut diberi nama Kota Mahligai. Raja Sang Tawal dan seluruh ahli keluarganya telah berpindah ke Langkasuka lalu bersemayam di Kota Mahligai.

 

Baginda telah ditabalkan sebagai Raja Langkasuka dan memerintah negeri tersebut selama 10 tahun.Sebelum Raja Sang Tawal mangkat pada tahun 1335, baginda telah menyerahkan takhta kerajaan Langkasuka kepada salah seorang puteranya iaitu Raja Bharubhasa. Di bawah pemerintahan Raja Bharubhasa inilah, Langkasuka telah bertukar menjadi sebuah kerajaan Islam dan semakin ramai penduduknya yang memeluk Islam.

 

Pada masa yang sama, Raja Sang Tawal juga telah menganugerahkan sebuah negeri kepada Adruja sebagai mengenang jasa puteri kesayangannya itu yang telah berperang demi tanah air serta mencantas kepala Raja Rama Khamhaeng. Negeri tersebut diberi nama Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga. SEKIAN DAHULU…J

 

KREDIT; sejarahbangsamelayuyanghilang.blogspot.

46 ulasan:

  1. Salam Ramadhan Tuan,

    Teramat bagus penulisan ini. Meremang & ada yang "terbangkit di dalam" masa baca. Rasa nak menggenggam sesuatu & gi menebas pulak.

    Catatan mcm ni harus dimasukkan di dalam silibus sejarah/mana-mana kursus peningkatan jatidiri/pembakar semangat ke medan perang.

    Mudah-mudahan ada pembaca blog ni dari pihak Kementerian Pendidikan / mana-mana 'decision maker'.

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. Persoalan

    Wayang purba KEMBALI terbaca
    HARUMAN bonda menusuk sukma
    Tidakkah tersentuh KETURUNAN yang ada
    Mengapa catatan dulukala kembali menjelma

    Hint
    CARILAH SANG PEMEGANG SEGALA KUNCI RAHSIA
    SENTIASA BERSEMBUNYI DALAM TERANG
    TEKA DAN TEKI SEJUTA PEMBAYANG
    SEMOGA BERBAHAGIA DIHARI MENDATANG

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah terdengar teguran ini:
      Pergi satu tempat tak jauh tak dekat tak ada org tapi tak sunyi, ada Org Tua sedang tunggu. Anak asal dari mana?

      Padam
  3. hmmm...memang takde langsung dalam buku teks sekolah..
    penyapu punye budak kementerian..
    chit!..

    BalasPadam
  4. Memang laa lambat update,asyik layan fb je kerjanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala sorry la...bulan2 pose ni biasala...nafsu banyak sangat, sampai kemalasan pon berpanjangan..huhu. komen kat fb takyah fikir sangat tu laa yang ralit sangat tu. tapi dah nak dekat lebaran ni insyaallah artikel akan menjelang tiba...:)

      Padam
  5. sy amat2 berharap semua entry blog ini dijadikan buku.. sy org pertama beli..

    BalasPadam
  6. thai, aduh berdarah balik...

    BalasPadam
  7. mengapakah kita sering di buli oleh thai?alang2 jika seluruh semenanjung melayu shj bersatu menentnag thai kita bkn setakat menahan serangan thai bahkan kita jajah thai.org2 melayu patut ada semangat menjajah.biar semua lelaki thai di bunuh dan wanita thai di perkosa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Astarfirullah, kamu bercakap seperti orang yang tidak mempunyai akal wahai saudara. Islam tidak pernah mengajar kezaliman apatah lagi penindasan. Go back to Al Quran and Hadith and refer to ASWJ. Be good to other human beings means we are a good ummah to our Prophet Muhammad.

      Padam
  8. org2 viet pernah mengalahkan thai dgn teruk.burma pernah menawan thai.tp kita sering di buli thai.di manakah kesilapan kita??

    BalasPadam
  9. ...sebabnya ialah laki kita suka ke Hatyai..bukanya mau merogol dan memancung kepala lelaki Thai tetapi meniduri para sundal jalanan dengan harga yg murah..jadi secara automatik kita telah kalah akibat "tunduk" dicelah kangkang wanita Thai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahahah·····ambo sokong kata2 mun tuuuuu·····hik3x

      Padam
  10. artikel yang sangat baik dan penuh fakta. memang ada 'semangat' dalam artikel. hati berkobar2 semasa membaca artikel ini dan seakan dapat merasai perit jerih Adruja mempertahankan bangsa melayu. perasaan yg bercampur2 sedih dan terharu. tak dapat digambarkan. Tahniah Al Semantani, artikel ini on par with Srikandi, if not better. terima kasih banyak2

    BalasPadam
  11. terimakasih semua...walaupn yg buat kajiaan ttg ini bukan saya tetapi pihak lain spt yg saya kreditkan di bawah artikel. saya buat intro dan olah sikit2 je. memng artikel mCAMNI SESUAI DIBACA ANAK MUDA. tapi janganlah sampai nak pancung dan rogol semua pompuan depa. cukup setakat jajah je. tapi memang pernah ada kesatuan diantara kedah, kelantan, pattani,pahang dan terengganu pergi menyerang hingga ke ligor dan grahi dan menghalau semua org thai ke utara. tak silap saya hingga 50 ribu tentera melayu menyerang ayuthaya tetapi berjaya dipukul mundur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setahu saya penulisan atau maklumat ttng urduja ni boleh didapati lanjut dlm buku 1001 puteri-puteri melayu. bukunya tebal dan harganya agak mahal. aya sempat membacanya beberapa tahun dahulu di universiti, mmng bnyk mklumat dlm artikel ini diambil dari situ.

      Padam
  12. dh bersatu tp tetap di kalahkan?mngkn ini bukti tentera melayu mmg lembik.kan kita melayu lemah lembut.melayu bangsa yg tidak pernah menang berperang bkn hanya dgn kuasa barat tp dgn bangsa asia tenggara juga.kesultanan melayu melaka pun kecut telur dgn siam.itu sebuah empayar yg melayu cukup banggakan.walhal burma yg berperang dgn kauh shan,karen dlm masa yg sama mampu mengepung siam.klu burma berperang dgn melayu sekali burma hembus melayu dh gugur.

    BalasPadam
  13. org melayu silam mmg otak singkap.penjajah adalah perlu utk survival.penjajah lebih bermaruah dari yg kena jajah.itu hakikat.tp melayu zaman silam tahu nak bagi saudagar asing khasnya dr india dan arab anak dara mereka.mana kala pompuan melayu skrg suka pelir nepal,bangla,negro dan lain2 bangsa pendtg.klu yg artis suka dgn jejaka mat salleh bekas tuan mereka.melayu kan lemah lembut.pelir pun lembut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah dia akhir zaman yang rendah akhlaknya dan lebih nafsunya. Menegakkan benang yang basah. Yang benar dikata dusta, penipu pula dipuja. Merasa diri benar segala.

      Padam
  14. maafkan saya semantani jones.kadang kala saya agak kecew bila baca sejarah melayu.asyik kalah dan di buli aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bangsa tu lemah sebab tiada kesatuan antara mereka..itu hakikat sejarah melayu..sekrg ni pun berpuak-puak...tpi jgnlah kecewa sgt..melayu masih survive dan wujud di zaman moden ni..byk lgi bangsa yg hilang negara dan sejarah.

      Padam
  15. ya....warisan dan titisan sentiasa ''hidup''. titisan ini akan menjelma nanti,, petanda kebangkitan yg tidak akan pernah kalah.kekuatan spiritual dan kerohaniaan yang dianugerah oleh Illahi..itulah senjata yg tidak terjangkau oleh akal.kebangkitannya nanti berseiringan kebangkitan para ''kerohaniaan'' di seluruh nusantara.

    BalasPadam
  16. hmm.

    1. sumber rujukan nya bro?

    2. Bapa, Datuk nama ada nama Islam, Adruja sendiri agama apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. seperti yg saya kata artikel ini bukan hak cipta saya. tetapi saya tahu dimana ia dirujuk yakni dlm buku 1001 puteri melayu.

      Padam
  17. Saya sebelum ni terjumpa cerita ni dalam blog http://sejarahbangsamelayuyanghilang.blogspot.com/2011/12/adruja-wijayamala-singa-puteri-wirawati.html

    Tanpa Nama 4 Ogos 2013 5:08 PG/5:12 PG/10:31 PG - sedih dengan anda. Orang putih kata "pathetic"! Anda hanya tahu mengutuk Melayu tapi tak pernah terfikir bagaimana pahit getir Melayu untuk bertahan daripada dulu sampai kini.

    Fikirkan, dikala bangsa lain kehilangan raja dan negeri, negeri-negeri Melayu masih wujud dengan bilangan raja teramai di dunia. Legasi Melayu memungkinkan Melayu itu wajib beragama Islam dan terakam dalam perlembagaan Malaysia.

    Apakah Melayu itu sentiasa kalah perang? Sila baca sejarah. Sewaktu Portugis mahu menawan Melayu, mereka telah kalah kali pertama. Menang kali kedua disebabkan pengkhianatan. Setelah Melaka dijajah, pernah beberapa kali Melaka ditawan oleh Johor dan Aceh silih berganti walaupun sekejap. Belanda tidak boleh menawan Melaka jika tanpa bantuan Johor. Semasa pemerintahan Ratu Hijau Patani, Johor dan sekutu pernah menewaskan Siam malah mengejar Siam hingga ke negerinya. Patani sendiri mampu menahan banyak kali serangan Siam sebelum dikalahkan.

    Banyak sebenarnya kisah perjuangan Melayu yang sebahagian besar daripadanya digelapkan atau diberi intepretasi pengecut. Baru sekarang ni orang Melayu mahu mengorek semangat perjuangan bangsa yang banyak tersembunyi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya mmng itu sumbernya...dan dari buku 1oo1 tu pun ada...

      Padam
  18. selalu bersikap defensif akan menyebabkab kita lama kelamaan akan tewas.menyerang juga adalah perlu.penjajahan adalah perlu.org2 melayu patut menyerng siam bkn asyik bertahan shj.kekejaman jika kita berjaya menjajahn siam adalah perlu seperti yg pihak monggol lakukan.itu adalah 1 faktor pengerun kpd musuh.pedulikan peri kemanusiaan.yg penting adalah survival bangsa melayu.ini yg ada dlm sejarah kita kalah dgn kuasa barat.kalah dgn siam,melayu champa kalah dgn org2 viet.tajendra chola si raja tamil berjaya menyerang byk kota2 melayu dan mengalahkan kita bahkan srivijaya pun di tewaskan.jadi berikan bukti melayu itu gagah.mana kegagahan melayu??dlm kamus peperangan kita cuma yg ada kalah,tewas,tumpas,di pukul mundur.

    BalasPadam
  19. Saya pernah membaca kisah urduja ini.. x ramai yg tahu kisahnya.. memang bersemangat membaca kisah2 begini.. tahniah tuan alsemantani.. biarkanlah org yg merendahkan bangsanya kerana kalau diajak bertempur dialah yg kebelakang.. yg penting kisah ini mengcungkil sejarah yg ramai x tahu.. ramai yg mengambil iktibar dan menginsafi diri dan berbangga sbgi anak melayu yg perjuangkan agama dan bangsanya.. syabas tuan alsemanyani

    BalasPadam
  20. kalau menang perang bkn melayu bangsanya.melayu kalau perang harus sentiasa kalah.tunggu saja saat malaysia jatuh ke tangan bangsa lain.cina jadi pemerintah bersama2 tamil anak2 cucu rajendra chola.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau melayu mcm kau yg memerintah memanglah kene jajah..lemah mental dan fizikal..layak jadi hamba je...kalah dan meanang perang tu biasa dlm mana2x bangsa pun..melayu amsih wujud lagi zaman moden abad 21 ni...yg penting belajar teknologi sains..itu yg penting utk survival bangsa..kalo ko hantar mengaji kat al azhar jadi copy paste arab yg ntahapehape skrg ni memang lemahlah kau...jadi dunggu mcm arab jugak bergaduh sesama sendir..israel yg kecil tu pun tak boleh nak kalahkan

      Padam
  21. siam itu raja melayu itu hamba siam mulia melayu hina siam penjajah melayu kena jajah.

    BalasPadam
  22. MENGAPA KECEWA
    JIKA NIAT TULUS SUCI
    BUKANKAH HIDUP DUNIA
    PENUH TIPUDAYA
    PERMAINAN DUNIAWI
    MENGAPA RAGU
    JIKA ADAT BUDAYA
    DIGENGAM PADU
    BUKANKAH TERLAHIR
    MENYANYI MENARI
    PENUH BERSENI....

    BalasPadam
  23. MENGAPA SOMBONG
    JIKA KETIDAKTAHUAN KEKAL BERSELUBUNG
    BUKANKAH NASIHAT AGAMA
    AGAR MENCARI ILMU HAKIKI
    SEBAGAI PELINDUNG DIRI
    SUMPAH HAKIKI SUMPAH TERBUKTI
    TERKENA DAULAT
    HILANG MARUAH
    HILANG HARGA DIRI

    BalasPadam
  24. salam tuan...sy ingin bertanya..adakah kerana ingin mengingati..atau sebagai tanda kehebatan perang silam dewi urduga memenggal keher raja siam itu dengan kelewang..maka rumah2 lama terengganu dan kelantan mempunyai pemeleh kelewang? mohon pencerahan tuan...salam

    BalasPadam
  25. muang thai beat silat.

    BalasPadam
  26. menyimpan klewang bukn saja adat orng kelantan terengganu tapi org banjar juga simpan parang panjang dan orang betawi simpan golok. itu budaya melayu sejak turun temurun sbg persediaan mempertahankan diri.

    BalasPadam
  27. Kenapalah disempitkan dunia Melayu sesempit Semenanjung Malaysia saja....Sriwijaya tu melayu Juga....kekuasaannya melangkau sempadan suku bangsa....sampai sekarang Empayar Sriwijaya adalah empayar terhebat dan terbesar di Asia Tenggara dan Bahasa Melayu adalah banasa yang paling ramai penutur di Asia Tenggara 280juta dan ketiga terbesar di Asia dan paling ramai penutur ke4-5 di dunia. Jangan fikir melayu tu diam duduk kat Malaysia saja.....tapi seantero Asia Tenggara.

    BalasPadam
  28. 3 pulau terbesar di dunia dimiliki dan dikuasai oleh rumpun Melayu....Pulau New Guniea ke-2 terbesar di dunia, Pulau Borneo ke-3 terbesar di dunia dan Pulau Sumatra ke4 terbesar di dunia. Kuasa Ekonomi Rumpun Melayu iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei adalah terbesar di Asia Tenggara ke-4 terbesar di Asia dan antara top20 di dunia. Wilayah Melayu Nusantara pengeluar Sawit, Getah, Bijih Timah, Koko, gas cecair asli terbesar di dunia.

    BalasPadam
  29. Nak minta pndangan admin..mengikut pengamatan sya brdasarkan kronologi sejarah bangsa Melayu ni, ketika zaman Sri Wijaya penguasaan Melayu begitu luas hampir meliputi seluruh asia tengara..adakah disebabkan Melayu ketika itu belum lagi Islam,Oleh itu boleh brtindak kejam tanpa batasan ketika menjajah utk meluaskan kuasa...?
    Tapi apabila Melayu mula beragama Islam, dilihat seolah2 bertukar kpd strategi Defensif..klu nk luaskan kuasa pun sesama kerajaan yg serumpun...seprti yg kita tau klu nk menjajah ni kena bersifat ganas dn kejam tnpa belas...dn nilai2 murni Islam itu sndiri menghalang perlakuan sperti itu..
    Adakah ini mmg tkdir utk kita ataupn ada hikmah besar yg tidak kita ketahui melalui perancangan driNya utk kita..?

    BalasPadam
  30. sesuatu penjajahan itu tidak bermakna kita perlu bertindak kejam. kalau kita kata begitu bermakna kita juga mengiyakan kata2 orientalis barat yang berkeras mengatakan bahawa islam itu dibina atas mata pedang sebab pada zaman islam pun banyak negara2 yg bukan serumpun dgn Arab yang diserang dan dijajah seperti Sind, Mesir, Anatolia dan banyak lagi. pada zaman islam di Nusantara penguasaan orang melayu terhadap asia tenggara berkurangan bukan sebab agama islam itu sendiri tetapi disebabkan kelemahan politik dan hegemoni melayu. pada zaman hindu buddha kita dapat berkuasa dengan meluas kerana satu sebabya ialah kita mempunyai anutan agama yang sama dengan bangsa2 lain yang dijajah tersebut dan yang kedua kerana waktu itu belum ada campurtangan barat yang memberikan saingan kepada kekuasaan Melayu. mungkin benar kata anda ada hikmahnya mengapa Melayu zaman hindu buddha lebih meluas penguasaannya bebanding Melayu islam. tetapi kita jangan lupa semasa penguasaan Melaka, negara islam tersebut banyak menghantar ulama-ulama ke seluruh nusantara untuk mengislamkan mereka dan menjalin hubungan perkahwinan dengan mereka jadi ia adalah salah satu bentuk penjajahan yang berlainan. kalau nak diikutkan zaman melaka pon berlaku peperangan untuk penjajahan seperti serangan melaka terhadap Pahang, Kelantan, Siak dan rokan. akhirnya semua negeri ini terpaksa tunduk dgan melaka setelah mereka kalah perang dan raja2 mereka dibunuh atau digantikan.

    BalasPadam
  31. i could not understand why these tears come when reading this story of Adruja. Felt it deep in my heart the sorrow and the torment of people of Grahi being massacred brutally. I guess the heart understand what the mind could not comprehend, thus tears are the way to express the understanding of the heart. I can't explain why but my heart felt it. No words...just tears. Thank you for sharing this info about Adruja. SubhanAllah. Lahaula wala quwwata illa billah.

    BalasPadam
  32. Salam tuan
    Terimakasih atas ilmu yang dikongsikan

    BalasPadam