Jumaat, 26 November 2010

KOTA MELAKA YANG SEBENAR




Adakah replika istana Melaka ini menepati senibina asalnya?

 

Salam para pembaca semua, seperti yang telah saya janjikan, kali ini saya akan memaparkan sebuah artikel berkenaan binaan kota Melaka pada zaman kegemilangannya. Sebahagian besar daripada lakaran ini belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak di negara kita kerana ianya boleh dikatakan fresh dari sumber utama yang diperolehi dari Belanda dan Portugal. Oleh itu anda bertuah kerana dapat menatapnya disini. Namun ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada banyak lakaran yang berjaya dibawa pulang oleh team Pengkaji Universiti. Diharapkan artikel saya kali ini dapat membuka kotak pemikiran kita dengan lebih luas tentang ketamadunan bangsa Melayu pada zaman silam.


Lakaran menunjukkan Kota Melaka pada zaman pemerintahan penjajah portugis. Lakaran diatas dibuat bagi merakamkan serangan Armada Acheh Darussalam ketika mengepung kota tersebut selama lebih kurang setahun. Dalam lakaran ini juga ada kelihatan sejenis senjata pelontar yang digunakan oleh tentera Acheh.


Sebenarnya para pembaca sekalian, semasa seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara tahun 1506 hingga 1510 pihak Portugis sering menghantar pengintip mareka ke Melaka untuk mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan,, masyarakat dan kerajaan Melaka. Antara maklumat penting yang dibawa oleh portugis yang datang ke Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah tentang strategi pertahanan Melaka. Beberapa lakaran tentang rupa bentuk dan binaan kota, istana dan kedudukan Bandar pelabuhan Melaka berjaya direkodkan. Antara lakaran tersebut ada menunjukkan bentuk tembok kota Melaka dan pintu gerbangnya yang kukuh dan dibina daripada bahan binaan tempatan seperti batu laterit. Bahan binaan ini sememangnya banyak terdapat di Melaka. Kedua dua pengembara tersebut iaitu Jorge Mello yang datang pada tahun 1507 dan Jorge De Aguilar yang datang pada tahun 1508, telah menghantar maklumat kepada sejarawan kerajaan Portugal iaitu Joan De Barros.



Dari lakaran yang dibuat, ia membuktikan tentang teknologi Melayu pada zaman tersebut. Pembangunan fizikal dan infrastruktur Melaka ternyata mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mantap dan setanding dengan keududkan kota di Negara Asia lain. Dalam hal ini kemungkinan juga kerajaan Melaka mendapat tenaga buruh daripada orang gujerat yang memang terkenal bukan sahaja sebagai pedagang tetapi juga sebagai tukang pembina rumah dan bangunan. Hal ini juga menggambarkan wujudnya semangat kerjasama yang erat diantara tukang-tukang Melayu dan India Islam di Melaka dari aspek pembangunan kota dan pelabuhan yang pentadbiranya berpandukan hukum Islam.



Maklumat yang diperolehi daripada lakaran yang diterbitkan di Belanda pada tahun 1508 itu juga menunjukkan bahawa pintu gerbang ke kota Melaka yang ada sekarang sebenarnya bukanlah dari bahan binaan asal portugis. Berdasarkan lakaran yang ditemui melalui penelitian yang telah dibuat, mendapati asal binaan Melayu Melaka yang dimusnahkan Portugis telah diganti serta diubahsuai mengikut senibina Portugis. Senibina yang sama dilihat di Goa, Macao dan Ternate. Maklumat ini cukup membanggakan orang melayu khasnya dan Nusantara amnya kerana lakaran ini menjadi bukti nyata tentang ketamadunan Melaka pada waktu tersebut. Bermakna bahawa lakaran tersebut melambangkan betapa keupayaan orang Melayu mempamerkan kemampuan yang menjadi kemegahan bangsa dan negerinya yang setanding dengan bangsa lain. Dalam hal ini maklumat yang dicatat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah mampu merakamkan pencapaian peradaban dan Tamadun Melayu pada ketika itu.



Lakaran portugis juga turut merakamkan peristiwa peperangan yang berlaku diantara armada Portugis dengan Melaka. Dari lakaran tersebut diperlihatkan bahawa meriam-meriam daripada kapal Portugis dapat merosakkan benteng-benteng pertahanan orang Melaka dan juga kapal-kapal yang dimiliki oleh saudagar Islam. Dalam lakaran tersebut juga terlihat dikejauhan bangunan –bangunan yang terdapat di dalam kota Melaka dan di pelabuhan Melaka. Jelas daripada lakaran tersebut terdapatnya sebuah banggunan yang mempunyai kubah dan menara yang berkemungkinan adalah masjid Melaka atau mungkin juga istana. Terdapat juga beberapa buah lagi bangunan yang berderet-deret yang kelihatan diperbuat daripada batu atau konkrit dan mempunyai lebih daripada dua tingkat, bangunan ini berkemungkinan adalah istana sultan atau sebuah bangunan yang terpadat di dalam kompleks kota pelabuhan Melaka.


Lakaran diatas adalah menunjukkan serangan armada Portugis terhadap Kota Melaka. Banyaknya bilangan kapal dalam lakaran menunjukkan bukan sahaja askar Portugis yang terlibat dalam penyerangan tersebut, malahan mungkin juga askar upahan.

Jika anda semua perhatikan betul-betul lakaran penyerangan armada Portugis ini, anda akan dapat melihat dari kejauhan di pelabuhan Melaka deretan bangunan-bangunan yang besar, bertingkat-tingkat dan juga berkubah serta mempunyai beberapa menara. Mungkinkah ini bentuk Istana atau masjid Melaka yang sebenar?


Peristiwa peperangan Melaka juga ada dirakam dengan lakaran yang dibuat oleh orang Portugis. Lakaran tersebut menunjukkan strategi serangan orang Portugis terhadap Bandar Melaka dan juga bagaimana strategi orang Melaka mempertahankan bandar mereka yang memperlihatkan barisan pejuang dan hulubalang malahan gajah-gajah perang. Dalam konteks ini, suatu alat berupa carriage diikat pada gajah-gajah tersebut dan ditempatkan hulubalang-hulubalang untuk melakukan serangan terhadap askar-askar Portugis yang sedang bersedia untuk menghadapi serangan orang Melaka. Lakaran ini juga memperlihatkan bagaimana perbezaan strategi serangan yang digunakan oleh Portugis dan orang Melaka. Pihak Portugis kelihatan menggunakan taktik serangan manakala orang Melayu lebih bersifat bertahan. Berdasarkan lakaran tersebut juga kita dapat lihat persenjataan yang digunakan oleh kedua-dua pihak. Portugis menggunakan lebing panjang yang lazimnya digunakan di Eropah, manakala orang Melayu mengunakan lembing atau tombak yang lebih pendek. Apa yang menarik ialah kelihatan tembok kota Melaka yang telah dibina dengan bahan-bahan tempatan seperti batu bata dan laterit. Reka bentuk tembok tersebut juga menunjukkan struktur pembinaan yang dilengkapi dengan tempat-tempat peninjau pada sudut-sudut tertentu. Manakala bahagian dalam kota kelihatan senibina rumah-rumah Melayu yang dimiliki oleh para pentadbir dan saudagar.


Lakaran menunjukkan peristiwa penyerangan tentera Portugis keatas kota Melaka. Lakaran sebegini adalah julung-julung kalinya ditemui oleh sejarawan kita. Selama ini kebanyakan lakaran yang kita dapati hanyalah gambaran pelukis. Namun lakaran ini dipercayai adalah lakaran sezaman dengan peristiwa sebenar. Oleh itu kita dapat mengandaikan bahawa lakaran ini adalah gambaran seorang pelukis yang berada diwaktu tersebut.



Terdapat sebuah lagi lakaran yang berjaya diperolehi oleh mahaguru saya dari arkib dan peprustakaan di Lisbon dan Belanda. Kunjungan wakil pedagang Portugis iaitu Lopez De Sequeiraa pada 1509 ke kota Melaka disambut menurut adat kebesaran tetamu kenamaan dari negeri luar ada dilakarkan. Dalam lakaran ini beliau telah diberi penghormatan untuk menunggang gajah yang menjadi salah satu pengangkutan resmi kerajaan Melayu. Dalam perarakan menuju ke istana Melaka, De Sequera diiringi rombongan Portugis. Lakaran ini juga memperlihatkan senibina tembok kota dan pintu gerbang istana sultan Melaka yang diperbuat daripada bahan-bahan binaan yang kukuh. Berdasarkan kepada lakaran ini, bahan binaan tembok adalah daripada batu putih tempatan. Manakala Istana Sultan Melaka juga diperbuat daripada bahan binaan yang sama. Oleh itu istana Melaka yang terdapat di Melaka sekarang tidak menepati senibina istana asal yang diperbuat hampir keseluruhan dari batubata. Perarakan tersebut menarik perhatian sebilangan penduduk Melaka yang hairan dengan kedatangan Portugis. Dalam lakaran tersenut juga memperlihatkan pengawal-pengawal dan hulubalang yang berada di luar pagar Melaka membawa tombak dan busur panah yang amat besar. Mereka juga memakai pakaian yang melebihi separas lutu dan melilit pinggang dengan lain bercorak. Pakaian mereka tak ubah seperti pakaian zaman Rom. Istana Melaka yang dilakarkan tersebut mempunyai balkoni atau berandah yang menghadap ke arah pelabuhan dan sultan dilihat sedang duduk diatas balcony sambil menunggu kedatangan utusan Portugis bersama para menteri dan hulubalang. Istana ini juga bertingkat-tingkat seperti yang dikatakan dalam Sejarah Melayu.



Lakaran menunjukkan perarakan utusan Portugis ke Istana Melaka dengan disaksikan oleh penduduk Melaka. Apa yang menariknya keadaan penduduk melaka yang hairan melihat Benggali Putih ini turut dicatatkan dalam Sejarah Melayu. Yang lebih menarik perhatian ialah binaan Istana Sultan Melaka.

Maka para-pembaca sekalian, sekarang telah terjawab mungkin suku daripada persoalan-persoalan tentang kehebatan kota Melaka yang sering digembar-gemburkan dalam catatan-catatan pengembara luar dan dalam. Kita juga dapat melihat secara lebih terperinci bagaimana pesat dan membangunnya Bandar Melaka dan system pertahanannya daripada lakaran yang telah saya paparkan. Semoga ia member manafaat kepada anda semua. Wallah hu a’lam.

135 ulasan:

  1. artikel yg baik....membuka mata anak bangsa yg selama ini lena memikirkan bangsanya mundur dan ketinggalan. tahniah.

    BalasPadam
  2. Muhammad Fadzuan Bin Razali26 November 2010 pada 6:13 PG

    Al Semantani

    Saya terharu melihat zaman keagungan Melaka dahulu...benar,kita pernah mencipta SEJARAH YANG TERSENDIRI

    BalasPadam
  3. moga tuan semantan meneruskn pengkajian sejarh agung melaka yg jelas telah digelap oleh penjajah..
    malangnya kbanyakn sumber sejarah trsebut brada di balik pintu2 kebal negara penjajah itu juga..

    BalasPadam
  4. andai difilemkan peperangan melaka peringgi ni,dengan dentum dentam meriam istinggar mesti best kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. filem2 mcm ni kurang dpt sambutan... sbb ramai rakyat malaysia yg lebih terhibur dan lebih memilih filem2 sampah seperti hantu kak limah balik kg, karipap2 cinta, dan sehubungan dengannya... kesian kan...

      Padam
  5. Alhamdulillah.. artikel yang ditunggu-tunggu telah keluar. Terima kasih saudara Semantani. Diharapkan saudara dapat menyertakan lebih banyak lakaran-lakaran(jika ada) yang tak pernah dilihat oleh rakyat Nusantara sebelum ini.

    BalasPadam
  6. salam

    Sdr Al Semantani, kalau bukan kerana Kota Melaka tu kuat, Sultan dan pemerintan Melaka tu bersistematik serta Melaka tu sendiri makmur, tak payah lah portugis tu terpaksa pasang spy, study, dan buat strategi utk kalahkan melaka.
    tak payah nak hantar batalion askar yg banyak termasuk askar upahan.
    bukan setakat tu, perancangan mereka ialah - robohkan kota melaka, ganti dgn design baru dan sorokkan semua dokumen penting ttg kota melaka.
    lebih teruk lagi, lupuskan terus sistem kesultanan melaka, convert melaka jadi negeri2 selat - sampai sekarang susah nak imagine melaka tu ada sultan.
    yg lebih sadis, melaka sbg bandar bersejarah, org melawat nak pergi tengok "kota a famosa" dan gereja2...sorry nak sebut.....tak "bengong" ke dibuatnya...
    melaka tapak terakhir tamadun melayu di"tapau" menjadi negeri2 selat tanpa sultan senasib dgn singapore - proksi zionis dan p.pinang yg kononnya dibuka oleh francis light
    padan la....kita semua dah hilang jati diri
    pi ke melaka - terpaksa ngadap a famosa, pi singapore - terpaksa ngadap ultra-kiasu yg tak habis2 tu, pi penang - now depa nak promote legasi dr sun yat sen pulak...
    adus sungguh pening kepala ku..??!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju dgn bro di atas, tau takpe... org pi melaka nak tgk ketamadunan melaka ni tidak dok ngadap kota A famosa dgn stadhuys building tu buat pe! agaknya hebat sungguh tamadun bangsa melayu sampaikan ramai sungguh org2 tertentu yg menggelapkan sejarah sebenar bangsa melayu. aku harap kebenaran akan terserlah satu hari nanti.. kebenaran itu pasti berlaku!!

      Padam
    2. ada yg gbenar ada yg tidak boleh diterima dgn statement itu... yg xleh diterima adalah motip zionis pun nk terlibat dlm part2 mcm ni... haiyooo...
      kalau nk tahu tamadun melayu sebenar pergilah ke riau....lagi satu dari aspek penulisan dan dokumen2 penting... hmmm... rasanya bangsa melayu pada waktu itu hanya berapa kerat je kot yg boleh menulis mahupun yg membaca... dlm seribu org tu, mungkin hanya 5 org sahaja yg boleh menulis dan membaca... jadi tidak dirasakan bahawa penjajah tu 'dapat' memusnahkan dokumen2 tersebut... cuma mereka tidak mencari beberapa dokumen tersebut... jadi memudahkan utk mereka 'mewujudkan' satu sejarah kehebatan penjajah di melaka kepada semua manusia sehinggalah sekarang....
      walaubagaimanapun, perenggan pertama itu saya setuju... kota melaka mmg tidak kuat. dgn bala tentera yg tidak punyai alatan peperangan yg kuat dan canggih. plus perangai bangsa melayu itu sendiri yg busuk hati, tamak, dan iri hati (yang membawa sampai ke hari ini) adalah faktor utama kejatuhan kota melaka kepada penjajah... hah... kesian....

      Padam
    3. sangat setuju..ada yg nak melawat malaysia kene melawat melaka..apa yg ada di melaka bdr bersejarah hanyalah tinggalan penjajah yg di agongkn..yg memang sejarah melaka itu sendiri di mana??perlu di ingatkn..bukan di melaka sahaja, hampir keseluruhan tanah melayu ini kebanyakannya memperlihatkn sejarah si penjajah...bkn dipertontonkn kegemilangan empayar melayu itu sendiri..kadang2 tertanya juga..apakah fungsi ahli pengkaji sejarah..arkib negara..muzium negara..entahlah..

      Padam
    4. kemerdeka kita sudah kecapi...tetapi mengapa sejarah penjajah yang lebih banyak ketahui...tidak kira sama ada bertulis atau dlm bentuk binaan..??

      Padam
    5. ..satu ulasan yang tepat dan berfakta dari Wangsa. itulah kebenaran yang ditenggelamkan dan mmg sukar untuk dibawa ke permukaan kembali..

      Padam
    6. Sebenarnya Portugis (Alburqueque) ada agenda yg lebih besar selain drp hendak memusnahkan kota Melaka dan perdagangan nya dan meluputkan segala trace tentang Kesultanan Melayu Melaka...kalau dikaji Alberqueque merupakan seorang Templar yang telah bertapak di Portugal dan Tempalrs sejarahnya berasal dari zaman Salahuddin Al-Ayubi di Palestin...beliau bercita-cita hendak menyerang kota Mekah dan Madinah....

      Padam
  7. hebat,hebat,hebat... semoga ada lebih banyak lagi pembongkaran tentang ketamadunan Melayu.. bukan sahaja Melaka, tapi kesemuanya.

    BalasPadam
  8. terima kasih atas sokongan anda semua...insyaallah pembongkaran akan diteruskan.

    ~Al Semantani~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Allah swt panjangkan umur Tuan dan teruskan pembongkaran, yang benar tetap benar, buktinya kelak jadi sejarah (Senikata salah satu lagu Ahmad Jais)

      Padam
  9. Hati-hati Pak Seman, nanti ada pulak puak anai-anai kata gambar itu semua adalah tipu semata-mata kerana mereka adalah penjajah. Macam teori mereka tentang Inggeris tu yang mewujudkan istilah Melayu setelah menjajah Malaya.

    BalasPadam
  10. Sejarah ditulis oleh mereka yang menang, dan akan dibaca mengikut siapa yang menulisanya ...

    Marilah kita menjadi Bangsa yang menang, yang akan menebus bayar semula kekalahan yang lepas ...

    Terima kasih Al Semantani, jasa anda pada Nusa dan Bangsa, Melayu itu berdaulat.

    PB2W

    BalasPadam
  11. Sekiranya nenek moyang jurai keturunan kesultanan melaka mampu membina monumen batu iaitu Candi Burobudor... maka tentulah janggal sekiranya Istana Melaka dari kayu seperti replika sekarang...

    BalasPadam
  12. mohon kalau boleh mintak tuan dapat emailkan kepada saya gambar beresolusi tinggi untuk koleksi sejarah anak murid ni.... email saya elzindar3(at)gmail.com

    BalasPadam
  13. salam al-semantani..gud job utk peta yg dibawa balik tu..brapa diorg charge utk m'sia amik balik? spttnya kita boleh dpt semua ni..cam merayu kt perompak suh pulangkan brg kita plak kan..sy nak tanya..dlm artikel lepas awak ada bg satu komen cam ni..

    "kerajaan Ayuthia tu kerajaan siam/Thai yg wujud lebih kurang 1400 hingga 1700-an di thailand"

    so moralnya si anai2 n the gang tu sedara mara raja thai yg skrg ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapa si anai2 and the gang tu? kalo melibatkan thai mahupun org thai, mereka mempunyai satu prinsip dlm hati mereka, sejak dulu sehinggalah generasi sekrang... prinsip itu adalah 'kami tidak akan mengambil hak org lain, kerna itu adalah hak mereka... tetapi sekiranya hak kami disentuh, kami akn bermati-matian utk tidak diambil oleh org lain...' *org thai bukan org melayu yg menetap di thailand seperti pattani, yala etc... mereka adalah bangsa melayu yg berwarganegara thailand.... ramai yg kompius di situ...*

      Padam
  14. assalamualaikum...
    mohon kalau boleh mintak tuan dapat emailkan kepada saya gambar beresolusi tinggi untuk koleksi sejarah.... email saya, adisarwajagat@gmail.com
    wassalam.

    "Tamra di Benua Terengganu"
    "persiapan dari Bhumi al-Madinah Timur"

    BalasPadam
  15. Assalamualikum....
    Den nok minto jugok gambo HD bagi posting pok Seman kali ni...
    email den ke' sini..
    timur_syah@yahoo.com

    -Al Minangkabawi-

    anai-anai kato puok den derhako pado rajo Siam..
    haha..den patuh sultan melayu jo

    BalasPadam
  16. kerajaann Melaka memang mempunyai ketamadunan yang tinggi,salah sebuah kuasa besar selain siam dan majapahit,berjaya membuktikan kekuasaan,mempunyai hubugan secara langsung dgn khalifah uthumaniah tetapi serangan portugis telah menyebabkan jatuhnya empayar Melaka.

    tahniah diatas artikel yg tuan hamba siarkan,ia membangkitkan semangat saya sebagai Melayu ISLAM.

    pelik betul bagaimana tiada satu pun tinggalan monumen atau binaan kerajaan Melaka tetapi binaan portugis dan penjajah lain ada pulak....bila tengok binaan portugis kat melaka tu rasa macam nak pegi ambik tukul pecahkan saja lagi bagus.....

    BalasPadam
  17. den pun nk yo gamba tu..mintak jaso baik pak seman..emailkan ke sini ibnfikree_1987@yahoo.com

    BalasPadam
  18. takkan melayu hilang di dunia...

    BalasPadam
  19. Salam tuan..

    Terima kasih diatas perkongsian ini...
    satu pendedahan yg dinanti2kan..
    semoga anak melayu sedar akan sejarah sebenar..

    doakan semoga tuan n team2 sejarah lain beroleh kesihatan yg baik dlm memperjuangkan islam dari skop sejarah...

    mohon di emailkan juga bahan kajian tuan seperti pic2 ini sebagai simpanan saya...

    terima kasih sekali lagi..

    tentera313@gmail.com
    -pejuang islam-

    BalasPadam
  20. Saya kira ini adalah satu bentuk pencerahan dan usaha yang baik. Ingin saya membawa pembaca sekelian untuk merenungi situasi yang sezaman mahupun sedikit awal dari ketika itu.

    Kalau para pembaca mentoroti cerita sejarah seperti mana disiarkan di KBS world korea, tentang King Dae Joyong yang mengasaskan Balhae dari runtuhan Gogureo oleh Dinasti Tang anda akan dapat memahami budaya pemikiran tentang penjajahan, pembangunan negara, suasana politik aristokrat, pencapaian ketamadunan yang seiring dengannya. Kenapa cerita DJY? kerana ini adalah peristiwa dizaman perkembangan Islam ke China dan juga nusantara. Semasa itu sistem pembentukan Kota dan kompleks sebagai pusat sosial telah sedia ada.

    Apakah maksud kota dan kompleks ini. Dari satu sudut kita melihat tentang kebolehan bakat dan pencapaian penduduknya. Sudut lain pula kita melihat tujuan bagi maksud penanda sempadan, kawasan tadbir jajahan. Sudut lain kita melihat ia sebagai pusat pertemuan dan perdagangan. Selanjutnya kita melihat sebagai benteng dan markas ketenteraan.

    Sistem kota ini menyeluruh bukan setakat di China, terlebih awal dari itu sistem ini dipraktikkan dalam kebanyakan tamadun awal dunia. Jadi Melaka sememangnya telah mencapai satu standard peradaban, bangun sebagai empayar.

    BalasPadam
  21. Empayar! apakah ertinya. Kalau saudara mengikuti cerita yang saya sebutkan saudara akan dapati bahawa pusat pentadbiran itu boleh sahaja berubah ubah dari satu kota ke kota lain. Ini adalah dinamik suasana. Bola satu kota utama diserang, kemudiannya ditembusi, empayar masih ada, selagimana penerusnya dan keseluruhan institusinya masih beroperasi melalui kota yang lain. Disini maksud saya ialah, selain dari Kota pelabuhan melaka, ada banyak lagi kota lain seperti di Jeram, Muar dan Kota Tinggi. Cerita DJY menunjukan pusat pentadbiran Goguryo (Kemudiannya Balhae, Gorueyo dan Sejong)ialah Pyongyang, dan benteng tenteranya ialah Ansi. NILAIKAN bangaimana Tang meranapkan Gogureyo, dan kaedah melenyapkan ketamadunan, dengan merampas semua sumber manusia berbakat, dan memusnahkan semua dokumentasi peradabang Gogureyo. Kemudia nilaikan bagaimana Balhae ditubuh, dalam artikata tuntutan pewarisan atas takhta, bagaimanakah ia dilaksanakan. iaitu memahami aspek 1.perakuan dari jiran 2. Wasiat yang diperakukan 3. Jalur darah keturunan atas sokongan kerabat -iaitu ketua kaum yang bersatu untuk menubuhkan negeri. Ini aldalah pelajaran sejarah! tatapilah dalam suasana sezaman Melaka.

    BalasPadam
  22. Adalah baik juga bagi saudara pembaca sekeluan mengikuti Great King of Sejong, iaitu cerita fakta bersejarah yang sezaman dengan melaka bang memahami standard pemikiran, dan kemajuan yang dicapai oleh Melaka. Begini malaysia negara membangun, Jerman negara maju. beza antara keduanya sedikit sebanyak boleh dibayangkan. Begitu juga Ming, Sejong adalah empayar maju, Melaka mungkin sahaja empayar membangun berdasarkan bentuk hubungan keduanya.
    Mudah mudahan analogi ini akan membukan pemikiran kita tentang apa yang telah hilang! dan juga kesedaran tentang tamadun kita yang tak boleh digula-gula dengan pandangan dari catatan pelawat yang ada kepentingan lain.

    Untuk ini saya sudahi dengan satu persoalan. Pertempuran hebat dan sengit berlaku, banyak korban jiwa. menjelang malam kedua pihak berehat. Esoknya armada Portugis dapati kota melaka telah dikosongkan. Kota melaka jatuh, portugis masuk ke kota tanpa ada pertandingan. Portugis hanya menawan KOTA PELABUHAN MELAKA. Mungkinkah kota pelabuhan bukan pusat tadbirnya sebaliknya adalah Kota *****i?

    Maaf jika komen ini menggangu
    `Annon of all annon

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak tulispun main2 teka2 simpan je la dowh!

      Padam
    2. ye lah.... ape lak main teka2....

      Padam
  23. Inilah sejarah yang digelapkan, akibatnya anak bangsa sekarang terpinga-pinga dek hilangnya arah...

    Mohon jasa baik pihak tuan untuk menghantar gambar-gambar yang ada di tangan pihak tuan untuk kebaikan bersama. Benda ini hendaklah disebarkan agar anak bangsa dapat bangkit dan menintakan kembali sejarah yang benar.

    Jasa baik tuan amat-amat dihargai:
    beta.srisakti@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..sejarah kita berjaya digelapkan tapi xmampu dipadamkan penjajah..mereka juga x berjaya buang kalimah islam dari hati kita..kerana kita ni asalnya dari nabi ibrahim..baginda mewasiatkan anaknya dan isteri ketiga, Keturah utk cari The Promised Land iaitu tanah melayu..ptolemy semasa melukis peta dunia menamakan semenanjung malaysia sbg golden chersonese bermaksud semenanjung emas...manuskrip india menyebut suvarnabumi(tanah emas)..sebab itula ada airport dkt thailand yg bernama suvarnabumi..

      sejarah kita byk ditulis di luar dari nusantara..
      saya ada masuk satu web..dia cerita psal apa kaitan yahudi dgn melayu kerana byk persamaan..yahudi ni tgh cari salah satu saudara mereka dari 12 puak yahudi yg telah hilang..
      mereka suspect melayu adalah puak yg hilang 2..dlm bahasa melayu juga ada perkataan yg sama dgn yahudi..

      lepas itu saya baca ada seorang dari madagascar..dia komen yg dia nak tahu asal usul kaum dia adakah dari malaysia atau israel..asalnya mereka adalah dari sini, malaysia..bangsa melayu ni selalu mengembara ke dunia..mereka sgt2 hebat dlm ilmu pelayaran..kenapa org2 hawaii gelap dari org amerika..ada juga mereka yg claim asal mereka dari nusantara

      sejarah melayu cuba di korek oleh profesor khoo kay kim..beliau ckp hang tuah 2 x wujud..itu lah mereka yg cuba merampas tanah emas ni..
      beliau pernah komen "ada sesuatu dengan tanah ini"...apa kah maksud profesor khoo itu??

      Padam
  24. boleh saya share artikle dan blog nie kt facebook?

    BalasPadam
  25. Tahniah kpd kerja buat ikhlas tuan ini. Ketika bertandang ke replika istana sultan Melaka itu, saya terfikir takkan istana sultan yg hebat masyhur itu mcm itu shj, maka terjawablah sekarang bahawasanya sejarah tamadun kita telah digelapkan sebegitu rupa. MASALAHNYA DLM KEADAAN ORG MELAYU SEDANG BANGKIT SEKARANG, ADA PETUALANG DGN KONCO2NYA SDG GIAT MENJATUHKANNYA SEMULA DEMI KEPENTINGAN DIRI DAN TERMAKAN HASUTAN.......MASYAALLAH.HEBATNYA DUGAAN ORG MELAYU ISLAM DI BUMI MELAYU INI.

    BalasPadam
  26. menatap beberapa lukisan yang saudara paparkan secara tiba-tiba membuat airmataku tergenang. terima kasih saudara.

    BalasPadam
  27. alsemantani....
    Bagi la gambar hi-res skali. rasa pelik la ngan gambar2 tu. Camne hulubalang kerajaan antara yg terhebat bleh x pakai baju plak nie.Nampak cam ada pokok pine.
    Hi-res pic pleaseeee...

    BalasPadam
  28. Apa yang di tuliskan adalah benar.Kota Melaka meliputi dari Semabok (tempat paling lemah...paya bakau),hingga ke Limbungan,terus ke Durian Daun dan terus balik ke Semabok.Yang ada sekarang Kota A Formosa !!!,kota Portugis.Kota Melaka telah di hancurkan olih Lord Minto dan Wiliam Farquhar pada tahun 1800 an !!!.Mereka meninggal kan Kota Portugis tetapi meruntoh kan Kota Melaka yang di buat olih Tun Perak !!!.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi heran bila merdeka kota portugis masih hendak dikekalkan ....kadang kadang terfikir untuk apa....ya...masih mengagungkan penjajah ke...

      Padam
  29. Assalamualaikum saudara alsemantani dn pemikir2 sejarah melaka yg lain...

    Saya teringat ada satu ulasan di suratkhabar (x ingat BH or UM)dlm tahun 90an dulu. Terdapat penemuan dlm satu watikah risikan yg berbahasa portugis. Di dlmnya terdapat perkataan "Lassemane Huwang Tuwah" (x brapa igt ejaan sebenar)
    kandungannya risikan menyatakan Hang Tuah telah keluar dari Kota Melaka kerana ada urusan rasmi kerajaan. Inilah masa yg sesuai untuk serang Melaka.
    Maaf...saya sendri dh x brp ingat initipatinya kerana time tu baru skolah rendah. Perkara ini sentiasa bermain di fikiran saya sampai sekarang. Masa skolah menengah penah tanya cikgu sejarah tapi dia sendri pn x tau.
    Sahabat2 sekelian pernah terdengar x tentang perkara tersebut???

    BalasPadam
  30. Dalam gambar-gambar tersebut digambarkan hulubalang Melaka menggunakan senjata lembing atau senjata-senjata tangan. Bagaimana pula dengan rekod Portugis yang mengatakan Melaka telah mempunyai beribu meriam dan menggunakan senjata api. Mengapa lakaran kota tidak dilakarkan kedudukan meriam di tembok-tembok pertahanan? Adakah terdapat lakaran sedemikian yang menunjukkan orang Melaka telah menggunakan senjata api?

    BalasPadam
  31. salam..boleh saya tahu saudara ni seorang profesor universiti @ seorang pengkaji sejarah..

    BalasPadam
  32. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  33. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  34. Salam tuan punya Blog..
    Bole tak encik emailkan gambar-gambar dan peta lama kota melaka kepada saya metal_xia@yahoo.com. Ini adalah kerana sy hendak menulis sebuag tesis yg membuktikan bahawa kota melaka ini wujud bukan kota belanda yg org kita agung-agungkan skg. Hrp pihak tuan dapat memberi pertolongan kepada saya..

    BalasPadam
  35. Assalamuaikum, saya sangat menyukai tulisan saudara mengenai sejarah alam melayu ini, khususnya mengenai kota malaka ini, tulisan ini setidaknya memberikan gambaran penting mengenai malaka sebelum kejatuhnya.

    kita dapat melihat desaign yang cantik dan bangunan yang mengangumkan, namun kalau boleh shering, ada yang menarik saat saya melihat lengkara atau gambar kota malaka ini, jika gambar-gambar ini memang merupakan perwujudan dari gambaran peperangan pada waktu tersebut, saya jadi bertanya-tanya mengenai sistem pertahanan kota malaka.

    seperti yang pernah saya baca pada blog-blog sebelumnya milik saudara samantani dan miliki saudari Srikandi, seperti yang kita ketahui malaka disebut2 memiliki ratusan meriam berat menjaga kota itu, para askarnya terampil menggunakan pamoras maupun istingar, namun jika diperhatikan khususnya pada gambaran penyerangan kota melaka tidak satupun kita menemukan gambaran serangan balik meriam-meriam dari perbentengan malaka, pada gambar yang lain kita juga tidak menemukan askar yang menggunakan pamoras dan istingar yang disandang di bahu mereka bahkan didepan gerbang istana.

    mengapa meriam, Istingar dan Pamoras seolah tidak berfungsi saat itu, apakah meriam-meriam tersebut memang tidak stanbay di bastiaon-bastion kota melaka? apakah saudara mempunyai sketsa yang lebih jelas mengenai sistem pertahanan kota melaka. mungkin saudara samantani bisa menjelaskan pada saya mengenai fenomena sejarah jatuhnya kota melaka saat itu? terimaksih. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam..maaf menganggu...memang melaka menpunyai meriam dan sebagainya...kembali kepada sejarah itu sendiri...tentera melaka pada masa itu adalah tentera upahan...rakyat melaka itu sendiri telah berpecah kepada beberapa puak akibat kelemahan pemimpin..termasuk hasutan dan pembelotan org melaka sendiri...

      Padam
    2. tidak unknown. ada suatu misteri yang melanda kota melaka waktu itu. bkn hanya sekadar hasutan,rasuah,belot. tp lebih dr itu. suatu misteri hingga mampu ditumbangkan melaka itu.

      Padam
  36. Assalamualaikum wbt.

    Saya hendak mewarwarkan satu konvensyen iaitu Konvensyen Kejatuhan Empayar Melayu Melaka 1511 (KEMM 1511) bersempena 500 tahun kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka yang gagah nan perkasa itu.

    Konvensyen ini bertujuan untuk menyedarkan Umat Melayu Islam akan jatidiri mereka yang asalnya dari bangsa yang gagah, hebat dan terbilang. Mereka melemah akibat dari penyelewengan sejarah dan agenda barat.

    Konvensyen ini dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

    Bertempat di Universiti Teknikal Melaka (UTeM) bertarikh 29 Januari 2011.

    Maklumat lanjut boleh didapati di:

    http://kemm1511.net/melaka/

    Moga dapat disebarkan kepada teman teman yang lain.

    "Melayu Sepakat, Islam Berdaulat"

    Wallahua'lam.

    BalasPadam
  37. Gambar kecik sangat,tak nampak.
    Boleh mintak tolong Al-Semantan hantar hi-res pic kat saya?

    kat putrax_57(at)yahoo.com

    BalasPadam
  38. inilah yang menyebabkan islam itu terpecah belah, dikarenakan selalu mengedepankan suku dan bangsa bukan karena persamaan akidah/keyakinan yang sama kepada Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya rasa tidak bersetuju dgn statement anda.... anda lihat sendiri bangsa anda yg beragama islam... adakah mereka benar2 islam dlm kehidupan mereka..? mereka tidak mementingkan bangsa mereka pun.. tetapi akn menggunakan nama bangsa mereka utk tujuan tertentu sahaja... anda tny kepada bangsa arab... adakah mereka mendepankan suku dan bangsa mereka berbanding persamaan akidah/keyakinan yg sama kepada Allah..? jawapan mereka adalah "Ya...".

      Padam
  39. terima kasih untuk artikel yang begitu menarik dan membangkitkan semula semangat dan jati diri pada semua orang melayu..tapi saya pelik berkenaan salah satu gambar yang saudara kepilkan itu..sebagaiman kita ketahui Kesultanan Melayu Melaka adalah suatu kerajaan yang agung di nusantara pada waktu itu dan mengamalkan ajaran agama islam sepenuhnya termasuk menjalankan hukum hudud.. tetapi di dalam gambar itu ada menunjukkan yang tentera melaka memakai pakaian seakan orang rom yang berkain seakan skirt dan berselempang sahaja..tidakkah janggal jika mereka bersolat menggunakan pakaian sedemikian rupa?(sahkah solat mereka dengan hanya memakai kain atas paras lutut dan tidak berbaju? ). Malahan di pinggang tenteranya tiada senjata yang menyerupai keris yang kita ketahui keris adalah senjata tradisi orang melayu..saya bukan cuba menafikan tentang artikel ini tetapi saya berapa sedikit janggal dgn gambar itu sahaja..berkenaan dengan senjata pada zaman itu ,saya tidak menafikan bahawa sememangnya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,orang melayu pada zaman itu memang memiliki senjata yang setanding bahkan lebih hebat dari negara luar..semoga tulisan saya ini tidak dijadikan sebagai penghalang untuk saudara penulis untuk meneruskan penggalian tentang keagungan bangsa melayu dan kesultanannya suatu ketika dahulu..

    BalasPadam
  40. Salam,
    Pasti banyak lagi rekod-rekod dalam bentuk lukisan dan surat-surat yang tidak pernah kita lihat berada di muzium-muzium di Eropah terutamanya di Belanda,Potugal dan Britain yang kita tidak pernah lihat. Pihak berkenaan patut meneruskan usaha membawa pulang salinan rekod-rekod ini bagi tatapan jenerasi sekarang di Malaysia.Dokumentari filem dan tv patut diterbitkan oleh pihak universiti,kerajaan dan syarikat swasta.

    BalasPadam
  41. Salam,
    Dan bina semula replika istana Melaka yang ada sekarang menggunakan batu putih dan bukan kayu dan batu bata yang ada sekarang. Patutlah kawan tengok lain je rekaan dan replika Istana Melaka sekarang.Adakah batu putih itu sandstone yang banyak terdapat di India sehingga sekarang?

    BalasPadam
  42. Ketika saya melawat masuk dalam replika Istana Melaka, memang saya dapat rasakan itu bukan seprtimana gahnya istana melaka. Rasa malu pun ada pabila pelawat asing mengandaikan begitulah istana Melaka zaman kegemilangan Sultan Melaka yang kaya raya hasil perdagangan yang hebat.

    Hm..what to do, when bangsa Melayu sendiri yang tak buat kajian yang terbaik, maka martabat Raja diperkecilkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul ke org Melayu xbuat kajian yg terbaik?..Atau pun Ada sesetengah pihak yg mahukan Melayu di pandang bercawat dan xbertamadun?..Mengapa pemimpin kita yg bijak pandai xrobohkan Istana palsu dan dirikan yg sebenar?..

      Padam
  43. Pernah satu ketika saya di bandar Melaka, tiba2 bagaikan semangat Tun Fatimah menyerap dalam badan, tiba2 saya rasa betapa marahnya dan sakit hatinya Tun Fatimah apabila dia melihat kota Portugis dan replika kota De La Mar. Dapat saya rasakan betapa menyirap darah rasa marah Tun Fatimah melihat warisan peniggalan penjajah di agong kan sebagai tourist attractions yang memaparkan kelemahan dan kecundang bangsa Melayu abad 15. Dapat saya dengar bisinkan suara Tun Fatimah berkata dengan nada tegas & marah, "MELAKA TAK AKAN HEBAT & GEMILANG SELAGI KOTA A'FARMOSA DI JADIKAN BAHAN GAMBAR DI PAPAN TANDA DAN BAJU UNTUK TARIK PELANCONG. MENGAPA REPLIKA ISTANA MELAKA TIDAK DIBESARKAN? MENGAPA TIDAK DIBUAT KAPAL BAHTERA HULUBALANG MELAYU? MENGAPA KAPAL PORTUGIS YANG DI BUAT REPLIKA? HARUSKAH HAL INI DI AGONGKAN? INI SUNGGUH MENYEDIHKAN!"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju dengan anda,kenapa tidak kapal replika Mendam Berahi dijadikan replika mengantikan kapal flor de la mar,ini kerana ada sejarahwan merekodkan kapal Mendam Berahi sangat hebat dan besar menggalahkan kapal flor de la mar

      Padam
    2. aarrgghhhh...! ini semua propa... perlu la Tun Fatimah serap masuk dalam badan bagai... x perlu berdrama kat sini hokey....

      Padam
  44. Assalammualaikum Tuan

    Saya baru singgah dan membaca blog tuan ini. memang sya mencari artikel2 yg berkenaan dgn melaka. InsyaAllah sya akan terus menziarahi blog tuan . ok oleh kerana dah hampir subuh ni sya nak komen sedikit saja. adakah istana sultan melaka itu begitu hampir dengan pintu gerbang, tembok dan kawasan luar kota? kenapa tidak berkedudukan di atas bukit? tidakkah sultan merasakan kedudukan baginda tidak 'kelas' kerana istananya tidak berkedudukan 'tinggi' ? saya rasa gambar ini imiginasi pelukis saja. Saiz orang juga tidak sepadan.
    Saya tidak menyebelahi mana2 pihak sebaliknya sya mencari dan menyokong mana2 pihak yg berusaha mengkaji sejarah melayu. Tahniah kepada tuan yang memaparkan gambar dan artikel ini. Memang kita patut berterima kasih pada tuan. saya rasa ada baynk artikel dan gambar berkenaan kerajaan melayu ini.
    Kalau tidak keberatan saya juga mohon untuk mendapat gambar ini dalam resolusi tinggi sebagai kajian saya. Terima kasih. hubungilah saya di tokpakehtemenggong@gmail.com

    -/kalaulah saya mampu pergi ke Eropah dan membawa pulang semua dokumen sejarah kerajaan melayu...

    BalasPadam
  45. tokpakehtemenggong2 Mei 2011 pada 10:11 PTG

    Assalammualaikum

    Saya ingin komen berkenaan gambar askar Portugis di atas kapal yang menyerang bandar Melaka. Kalau diperhatikan latar belakang bandar Melaka itu terdapat bukit atau lebih tepat gunung yang sangat tinggi. dalam geografi Melaka sekarang ini tidak terdapat gunung atau bukit tinggi itu. Yang ada ialah bukit Melaka yang kurang 100 meter tinggi.

    tokpakehtemenggong

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukit melaka kat mana? tok pakeh temenggong org mane?

      Padam
    2. Bukit melaka tu yang dibuat kota a famosa..
      -tpt-

      Padam
    3. ?..pada pendapt sya kapal besar tak boleh berlabuh di pantai melaka sebab pantainya cetek dan berbatu bahaya. Jadi kalu kapal portugis berlabuh jauh sikit adakah tembakan meriam mereka mampu sampai ke bukit melaka itu..?

      -tpt -

      Padam
  46. Gambar2 lain yg saya dptkan dkt website portugis

    http://www.flickr.com/photos/31566015@N07/3421854643/in/photostream/

    Mungkinkah mesjid kubah mesjid tu mcm dlm gambar ni?

    http://www.google.pt/imgres?imgurl=http://4.bp.blogspot.com/_Pgb9_GVYb9c/RrTRoNp5-3I/AAAAAAAABS0/pEp1k3_V1QI/s1600/Conquista%2Bde%2BMalaca%2B-%2BCondeixa.jpg&imgrefurl=http://fragmentosculturais.blogspot.com/2008/07/malaca-patrimnio-mundial.html&usg=__2Hi2MTdOh-pBGDO7GiU2tPg-jlY=&h=548&w=342&sz=338&hl=pt-PT&start=0&zoom=1&tbnid=m5qWEYl-67NuRM:&tbnh=160&tbnw=100&ei=xGHLTdaJAs3RrQf68diKBA&prev=/search%3Fq%3Dconquista%2Bde%2Bmalaca%26um%3D1%26hl%3Dpt-PT%26biw%3D1366%26bih%3D631%26tbm%3Disch&um=1&itbs=1&iact=hc&vpx=120&vpy=53&dur=135&hovh=284&hovw=177&tx=103&ty=167&page=1&ndsp=20&ved=1t:429,r:0,s:0


    http://www.google.pt/imgres?imgurl=http://danieldeavila.com/conquista_de_Malaca.jpg&imgrefurl=http://danieldeavila.com/templarios.htm&usg=__QLbL3h4zkUvtCd9XIcNi3LoIfEs=&h=602&w=433&sz=87&hl=pt-PT&start=0&zoom=1&tbnid=LpIObzq7Y-N4pM:&tbnh=160&tbnw=115&ei=xGHLTdaJAs3RrQf68diKBA&prev=/search%3Fq%3Dconquista%2Bde%2Bmalaca%26um%3D1%26hl%3Dpt-PT%26biw%3D1366%26bih%3D631%26tbm%3Disch&um=1&itbs=1&iact=hc&vpx=243&vpy=63&dur=2&hovh=265&hovw=190&tx=127&ty=129&page=1&ndsp=20&ved=1t:429,r:1,s:0


    http://purl.pt/4781/1/e-398-v_JPG/e-398-v_JPG_24-C-R0072/e-398-v_0001_1_p24-C-R0072.jpg

    http://portugalnatailandia.blogspot.com/2007_06_01_archive.html

    BalasPadam
  47. Dgn itu saya andaikan negeri2 lain pon menggunakan bata putih yg sama utk membina tembok kota dan istana(Pd zaman melaka dan sebelum melaka)...tpi syang catatan tentang negeri lain sgt sedikit jika dibandingkan dgn melaka..apa pendapat saudara/saudari smue?

    BalasPadam
  48. ha ha nak tau apasal istana melaka sekarang digambarkan dengan kayu kayan jo...

    itu pasal kesulatanan melayu dan pemimpinya dari dulu dah melaksanakan hukum kapitalis...memangler kubu dan istananya batubatuan,

    tapi rakyat jelatanya papa kedana rumah kayu kayan jo sapa buat rumah batu kene pancung wooo, segala ilmu tak diturunkan kat rakyat jelata abis abis kat bangsawan jo...bila portugis badai melaka, habis kota melaka dimusnahkan termasuklah istana melaka...puak puak bangsawan plak cabut melarikan diri...yang tinggal rakyat jelata biasa jo...ilmu apa yang dia ada nak bangunkan melaka...so inilah melayu yang ada skang...bangsa yang tido apanyo...nasi dah jadi bubur...sapa nak kejut, ilmu tak ada dongki jo lebih he he...

    bila ada cerita turun temurun selepas itu yang ada hanyalah cuma teknologi kayu kayan dari sang petani dan nelayan

    harap sejarah yang aku kaji ni salah...hahahahaha....jangan marah ahhhh gurau jo...

    BalasPadam
  49. tidak mustahil kayu adalah bahan binaan istana melaka .kalau kita baca sejarah pertikaman hang tuah dan hang jebat ada hulubalang melaka yang menikam dari bawah lantai,ini menunjukkan istana itu dibuat dari kayu. Lagi pun kayu hutan yang bermutu tinggi tersangat banyak semasa itu yang mana kayu2 tersebut boleh tahan beratus tahun.

    BalasPadam
  50. salam
    bagi para pembaca yang tertanya ttng kemana perginya meriam, istinggar dam pemuras melaka yg seprti digenbar-gemburkan sebelum ini saya sendiri juga masih buntu.

    mengapa agaknya tiada gambar senjata api? mungkin ia sengaja tidak dilukis kerana askar portugis yg menyerang juga hanya memakai tombak. jika dikatakan tidak ada adalah mustahil kerana catatan dan bukti2 ttg kewujudan senjata2 tersebut adalah sahih. mungkin juga kerana melaka tidak bersedia kerana menurut catatan portugis kebanyakan senjata melaka yg dirampas portugis adalah di istana dan tidak diguna lansung.mungkin senjata tersebut hanya diguna untuk lambang status, lagipun melaka aman damai dan tidak menyangka akan diserang ketika itu.

    hal ini pernah terjadi di pattani dimana selama pemerintahan ratu kuning yg aman selama berpuluh tahun kesemua senjata api pattani telah berkarat dan tidak dapat digunakan untuk melawan serangan siam. akibatnya pattani kalah.

    al-semantani

    BalasPadam
  51. As salam..
    artikel yang menarik, baru semlm terbaca hari ni masih terus membaca kerana sangat menarik dan banyak yang dikupas. Sememangnya banyak persoalan yang bermain diminda saya ada yang menemukan logik dari penjelasan tuan. Tentang meriam kecil dan senjata melaka tersebut mungkin boleh saya kongsikan apa yang saya lihat sendiri di Melaka awal tahun ini semasa membawa anak anak saya menyelusuri asal keturunan mereka sebagai cucu cicit orang melaka. Semasa meneliti antara meriam meriam yang dipamerkan berhampiran A-Famosa ada antara meriam yang tertulis lebih kurang begini... tidak diketahui asal usul meriam sebegini kerana dipercayai bukan milik Portugis. Dipercayai meriam ini didatangi oleh pihak lain...saya terlupa selebihnya. Apabila terbaca artikel tentang senjata melayu saya rasa itulah jawapannya, mmg bila difikirkan tentang ilmu pelayaran hang tuah, hebat dan gahnya peradaban dan ilmu mereka ditambah dgn pedagang pedagang yang datang ke kota melaka, mana mungkin sesuai gambaran penjajah seolah olah melayu itu bodoh, tak berilmu dan lemah....thanks a lot...

    BalasPadam
  52. Kalau diperhati pada gambar tersebut, gambaran kita (saya) tentang hulubalang Melaka dan kota Melaka amat meleset sekali. Kebanyakan hulubalang jika dilihat memakai perisai dibadan dan bukannya tak berbaju atau berbaju Melayu bagi ketua. Saya rasa perisai dibadan itu mungkin seakan perisai bugis, atau mungkin orang bugis meniru perisai Melaka kerana bugis naik selepas kejatuhan Melaka.

    Dan kota pula, bukannya atap nipah tetapi lebih mirip kepada binaan atap orang arab/afrika/turki/cina lebih kurang. Saya rasa itu masuk akal kerana bagi sebuah negeri yang berhubung dengan empayar dunia lain, mustahil penduduknya tidak mengambil elemen dari bandar lain, yang menariknya saya pernah melihat lukisan kota Melaka diera Belanda/British dan kebanyakkan atap ketika itu adalah atap nipah, bermakna satu perubahan sosial telah berlaku di kota Melaka itu sendiri yang dulunya dihuni orang kaya-raya kepada rakyat biasa. Atau mungkin, binaan rumah Melayu yang ada sekarang ini mengikut binaan orang Minangkabau yang menggunakan kayu lalu dipopularkan sebagai standard binaan Melayu semenanjung, tetapi orang Melaka yang lebih menggunakan binaan batu dilupakan. Jurus terdekat kerjaan Melaka adalah Johor, tiadakah Istana johor lama yang boleh dijadikan perbandingan?

    BalasPadam
  53. bagus tntg sej2 ni,,,dpt mmbantu sy dlm subjek tamadun melayu,,ulasan yg bgus,,dpt mnambah lg ilmu pengetahuan para pljar,,

    BalasPadam
  54. salam al-semantani dan pembaca sekelian....terima kasih kerana catatan2 anda semua...amat mengagunkan saya...disini saya ada satu cerita..(dongeng?)..saya ringkaskan disini satu kisah yang tak pernah disebut orang....kisahnya begini..

    Sewaktu Hang Tuah terjun kelaut untuk mengambil dastar tuanku yang jatuh..beliau telah dibawa oleh seekor buaya putih kesuatu tempat dibawah laut...(mungkin seperti akua screen?)dan dipertontonkan padanya satu gambaran yang menggambarkan kota melaka sedang terbakar....Adi Putra, yang berada didalam mulut buaya tersebut telah berkata...'Akan bangkitlah bangsa mu setelah 500 tahun '.....
    Gambaran tersebut tidak dipersembahkan Tuah pada kebawah duli tuanku kerana ianya petanda buruk yang akan menimpa Melaka....

    Saya kira 500 tahun tersebut ialah tahun 2011 ini..tapi apa pun saya sangat berbangga kerana akhir2 ini sejarah bangsa yang hilang telah mula menanpakan sinar...syabas pada sejarawan sekelian....teruskanlah usaha2 anda semua..moga2 di suatu hari nanti segala persoalan akan terjawab.....

    salam dari saya...

    BalasPadam
  55. Mengenai senjata2 yang dipertikaikan penggunaannya pada waktu itu memang ada di sebutkan dalam catatan sejarah rasanya..

    Sila rujuk :

    http://www.facebook.com/note.php?note_id=126134634092601

    Misteri kejadian malam kejatuhan Melaka ke tangan Portugis yang disembunyikan....

    ------

    Maaf sekiranya ter'repost' perkara2 yang sudah diulas oleh tuan punya blog ini..

    BalasPadam
  56. Salam.

    Elok kiranya kita merujuk Sejarah Melayu mengenai binaan Istana Raja. Berikut petikan dr buku Sejarah Melayu Ms Raffles No. 18, terbitan MBRAS. Istana ini dibina selepas Hang Kasturi/Hang Jebat dibunuh. Malangnya, terbakar hangus. Diharap pembaca yg arif dapat membuat tafsiran/gambaran drpd deskripsi di bawah:

    “Pada antara itu diberinya berkok, maka pada segala kok itu diberinya gajah menyusu itu, diberinya bumbungan melintang, sekaliannya bersayap layang-layang, dan sayap-sayap layang-layangnya itu semuanya berukir; pada antara tingkap itu, diperbuatnya belalang bersagi, sekaliannya berjurai dan bergegunungan. Adapun segala tingkap istana itu, sekaliannya dicatnya dengan air mas, kemuncaknya kaca merah, apabila kena sinar matahari, bernyala-nyalalah, rupanya seperti api. Maka dinding istana itupun sekalian berumbai-umbai, maka ditampalnya cermin Cina yang besar-besar; apabila kena panas matahari bernyala-nyala rupanya, kilau-kilauan, tiada f-a-t (??) behena dipandang orang. Adapun rasuk istana itu kulim, sehasta lebarnya, sejengkal tiga jari lebarnya; akan birainya dua hasta lebarnya, sehasta tebalnya, diukirnya rembatan pintunya itu, puluh banyaknya, sekaliannya dicatnya dengan air mas. Terlalu indah-indah perbuatan istana itu, sebuah pun istana raja-raja dalam dunia ini tiada sepertinya pada zaman itu. Istana itulah yang dinamai orang mahligai: atapnya tembaga dan timah disirap.”

    Ada satu bahagian yg menceritakan tiang sepemeluk dan bertingkat-tingkat. Tapi saya tak ingat halaman mana. Akan saya cari semula.

    BalasPadam
  57. Tentang pos di atas, terdapat RALAT.

    "...sejengkal tiga jari lebarnya" sebetulnya "...sejengkal tiga jari tebalnya."

    Harap maaf.

    BalasPadam
  58. Usul Bangsa

    Sejarah Melayu Kisahnya Dahulu
    Untuk Kita Tahu Sangatlah Perlu
    Berlambang Perahu Mula Dari Hulu
    Suratan Di Batu Adinya Di Terenganu

    Terenganu D Iman Tempat Bekalan > (Rujuk Hikayat Tamim Ad Dari)
    Kedah D Aman Gunungnya Tempat Beriman > (Rujuk Hikayat Merong Mahawangsa)
    Bawah Naungan Bulan Wajah Jadi Tilikan
    Susul Kebawah Berjalan Perak D Riduan

    Perak D Riduan 3 Saudara Usahakan > (Rujuk Misa Melayu)
    Buat Penempatan Membina Pengkalan
    Jalan Membawa Teman Susul Keselatan
    Membawa Impian Mengijabkan GABUNGAN

    Gabungan Ledang Meresmikan Bangsa > (Rujuk Salatus Salatin-Sejarah Melayu)
    Naungan Ledang Menyatukan Bangsa
    Dendangan Ledang Hai Budaya Bangsa
    Titisan Ledang Mendaulatkan Bangsa

    Mengagung Illahi Menjunjung Duli
    Bumi Menari Di Tanah Jawi
    Negeri Tempat Sumpah Di SAKSI
    Negeri Tumpah Darah Di PAKSI

    Negeri Melaka, Acheh Dan Jawa
    Bugis Melata, Agih Dan Bawa
    BENUA TERENGANU Maka TERCIPTA
    Bila MELAYU Duduk BERTAKHTA
    MELAYU BERTAKHTA-MELAYU BERTAKHTA

    (Maka dari sinilah hasilnya melahirkan NUSANTARA)
    P/S : Sumber- Dendang Anak Terengganu

    BalasPadam
  59. Melayu itu Usulnya Agama, Budaya Raga Bangsa, Bahasa Jiwa Bangsa dan Adat yang Memartabatkan Bangsa

    BalasPadam
  60. TAK MELAYU HILANG DI DUNIA

    WAHAI ANAK BANGSAKU
    KEMANA ARAH TUJUMU
    WAHAI ANAK BANGSAKU
    INGATLAH KAMU MELAYU

    WAHAI ANAK BANGSAKU
    INGAT ASAL USUL MU
    INGAT ADAT INGAT KUASA
    INGATLAH KITA MELAYU

    KITA DICIPTA OLEH TUHAN
    KITA ADA PERJALANAN
    KITA ADA WAWASAN
    WAWASAN AKHIR ZAMAN

    BERMULA DI TERENGGANU – DARULIMAN
    BERMULA AGAMAMU – AMBIL INGATAN
    BERMULA MELAYU MELAKA DIRESMIKAN
    BENUA MELAYU JADI WAWASAN

    TAK MELAYU HILANG DIDUNIA
    TAK MELAYU HILANG AGAMA
    TAK MELAYU DERHAKA PADA RAJANYA
    TAK MELAYU HILANG DIDUNIA

    JAGA ADAT JAGA MARTABAT
    JAGA SYARAK JANGAN BERPUAK
    JAGA BUDAYA KITA KAYA
    JAGA USUL KITA MENYUSUL

    WAHAI ANAK BANGSAKU
    KEMANA ARAH TUJUMU
    WAHAI ANAK BANGSAKU
    INGATLAH KAMU MELAYU

    WAHAI ANAK BANGSAKU
    INGATLAH KITA MELAYU

    BalasPadam
  61. Samb kpd deskripsi Istana Sultan Mansur Syah:

    "Besar istana itu 17 ruang, ruangnya tiga-tiga depa, besar tiangnya sepemeluk, 7 pangkat; kemuncaknya pula tujuh."

    BalasPadam
  62. Salam, saya baru melawat replika istana seperti dalam gsmbar di atas yang dijadikan muzium. Maklumat yang saya dapati replika istana di atas adalah berdasarkan rekaan Istana Sultan Mansur Syah Melaka iaitu bukan sewaktu serangan Portugis. Istana Sultan Mansur Syah merupakan istana tercantik dan disebut "Mahligai" telah terbakar.
    Oleh itu gambar istana yang terdapat dalam catatan Portugis di atas pastilah bukan istana Sultan Mansur Syah. Pasti catatan Portugis tersebut menunjukkan kota Melaka di waktu serangan Portugis zaman Sultan Mahmud. Maka istana Sultan Mahmud tentu lain daripada istana Sultan Mansur.
    Pembinaan replika istana Sultan Mansur adalah usaha yang baik. Namun saya berpendapat ia tidak menepati gambaran yang diberikan oleh Sejarah Melayu sebagai istana terhebat yang digelar Mahligai. Setelah melihat bongkah ukiran batu dalam muzium bangunan Stadhuys saya yakin istana Sultan Mansur jauh lebih hebat daripada replika tersebut.

    BalasPadam
  63. Setuju dengan Aliff W.
    Hang Jebat dibunuh dalam istana Sultan maka Sultan tidak mahu mendiami istananya. Istana yang baru dibina selepas pembunuhan Hang Jebat.

    Istana baru itu disebut Mahligai. Istana tersebut ada 17 RUANG sebesar 3 depa setiap ruang. Tiangnya sebesar SEPEMELUK. Ruang-ruang itu ada bumbung tambahan (Kapa-kapa). Kemudian disambung dengan bangunan tambahan (Gajah menyusu). Setiap bangunan tambahan mempunyai bumbung tambahan (Sengkuap)dan sayap layang-layang (Gable). Setiap sengkuap dan sayap layang-layang daripada ukiran kayu bercat emas. Ada 7 PUNCAK istana. Puncak istana dibina dengan KACA MERAH. Dinding istana ada KAMBI (Skirting, Corbel dan Cornice). Dinding tersebut ditampal CERMIN CHINA bersaiz besar. Ada 40 pintu dipasang kayu palang pintu (rembatan) yang diukir dan bercat emas. Rasuk (kayu antara tiang) dari jenis Kulim. Penggunaan kaca merah dan cermin besar memantulkan pancaran cahaya matahari menyebabkan silau mata memendangnya. Istana ini ada rumah dapur (Penanggahan).

    Setelah istana Mahligai terbakar, Sultan Mansur membina istana ketiga yang diperincikan dalam Sejarah Melayu sebagai kompleks istana yang terdiri dari Istana Besar, 2 buah istana sampingan, Balai Penghadapan, Balairung, Balai Jawatan, Balai Apit Pintu, Balai Kendi, Tempat Permandian, Bangsal Gajah, Masjid, Pagar dan Kota. Istana ini lebih baik daripada istana Mahligai.

    BalasPadam
  64. Saya lihat dalam Stadhuys ukiran batu yang diperolehi pihak muzium dari tapak istana. batu tersebut berwarna hitam dan seakan-akan kaki gajah bahagian tapaknya. Mungkin itu antara batu yang digunakan untuk membina "gajah menyusu" pada istana tersebut.

    BalasPadam
  65. sebarkan lah berita ini kepada seluruh tanah air,nusantara,dunia,biar cina cina dan keling paria malaysia tahu.

    BalasPadam
  66. Salam..


    Tanpanama 11/Mei/2011 telah bagi satu link yang sungguh menarik :

    http://purl.pt/4781/1/e-398-v_JPG/e-398-v_JPG_24-C-R0072/e-398-v_0001_1_p24-C-R0072.jpg


    tajuk gambar : conquista de malaca affonso albuqueque - manda solemnemente pregoa r a nova moeda en nome de d manoel, rei de portugal, algarves E de malaca (Conquest of malacca affonso albuqueque - send solemnemente pregoar the new currency on behalf of d manoel, king of portugal, algarves AND malacca --> PANDAI2LAH TRANSLATE KE BM YER)


    gambar dlm link nih sangat bersesuaian dengan tulisan semantani BEZANYA Semantani nyatakan de sequera..tp gambaq ni pulak Affonso. Semantani maybe boleh semak balik, De Sequira ke Affonso sebenarnya dlm pernyataan di bawah...

    "Terdapat sebuah lagi lakaran yang berjaya diperolehi oleh mahaguru saya dari arkib dan peprustakaan di Lisbon dan Belanda. Kunjungan wakil pedagang Portugis iaitu Lopez De Sequeiraa pada 1509 ke kota Melaka disambut menurut adat kebesaran tetamu kenamaan dari negeri luar ada dilakarkan. Dalam lakaran ini beliau telah diberi penghormatan untuk menunggang gajah yang menjadi salah satu pengangkutan resmi kerajaan Melayu. Dalam perarakan menuju ke istana Melaka, De Sequera diiringi rombongan Portugis. Lakaran ini juga memperlihatkan senibina tembok kota dan pintu gerbang istana sultan Melaka yang diperbuat daripada bahan-bahan binaan yang kukuh. Berdasarkan kepada lakaran ini, bahan binaan tembok adalah daripada batu putih tempatan. Manakala Istana Sultan Melaka juga diperbuat daripada bahan binaan yang sama. Oleh itu istana Melaka yang terdapat di Melaka sekarang tidak menepati senibina istana asal yang diperbuat hampir keseluruhan dari batubata. Perarakan tersebut menarik perhatian sebilangan penduduk Melaka yang hairan dengan kedatangan Portugis. Dalam lakaran tersenut juga memperlihatkan pengawal-pengawal dan hulubalang yang berada di luar pagar Melaka membawa tombak dan busur panah yang amat besar. Mereka juga memakai pakaian yang melebihi separas lutu dan melilit pinggang dengan lain bercorak. Pakaian mereka tak ubah seperti pakaian zaman Rom. Istana Melaka yang dilakarkan tersebut mempunyai balkoni atau berandah yang menghadap ke arah pelabuhan dan sultan dilihat sedang duduk diatas balcony sambil menunggu kedatangan utusan Portugis bersama para menteri dan hulubalang. Istana ini juga bertingkat-tingkat seperti yang dikatakan dalam Sejarah Melayu."


    tapi pada pandangan saya, sy dapat rasakan pengawal yang berpakaian sperti skirt bukanlah panglima melayu tp mungkin askar2 portuguese sendiri..

    cuba tgk link atas, bila di buka tentang kemasukan si albuqueque naik gajah, orang melaka semua hairan dengan kedatangan benggali putih..lihat dlm gambar tu, bangunan dr batu (simen) dan rakyat jelata berpakain melayu, dengan seluar selepas paras lutut, tak berbaju, ada head gear (mcm pelakon pelakon dulu selalu pakai dlm citer hitam putih) dan separuhnya pegang tombak (maybe panglima melayu)...



    Ruginyaaaa kita ditipu hidup-hidup


    im-chommell

    BalasPadam
  67. Itu adalah gambaran sahaja mungkin dr pihak portugis yg akn memberi gambaran kepada pihaknya saja sewaktu penaklukan kota melaka..Tetapi tidak boleh dikatakan kerana kota melaka sudah dirobohkan..Begitulah sesuatu kuasa seperti mananya kota melaka, akibat kelemahan dari segi politik dalaman yg dengki sesama sendiri, negeri jadi taruhannya.. Lihat saja dalam hikayat hang tuah.. percubahan membunuh org yg setia pada raja dan seorg yg menjadi tonggak seperti Hang Tuah banyak kali dan sampai kemuncaknya apabila bendahara sendiri mendurhakai titah perintah raja..

    Mengenai stuktur istana raja melaka..tentu la ia dibina sesuai sebagai kota yg gah dengan tembok dan paritnya..Jika dibaca didalam hikayat..jika raja ingin berkawin,.akan dikerah rakyatnya untuk mempaiki kota tembok dan paritnya..Istana tempat pusat pemerintan negeri bukanlah calang binaan,, Lagipun tukang melayu sangat seni orgnya dan terlalu pintar, hingga membuat seseuatu binaan tidak perlu gambarajah ataupun pelan struktur..semuanya mengikut amalan dan petua2 yang diwarisi dari turun temurun. Saat ini jarang ditemukan tukang seprti org dulu..cuma ada beberapa kerat sj yang tingal terutama sekali diterengganu yang mahir dari segi pertukangan dan pengukir seni melayu yang ternashur sekali. Di kg sy pun hanya tinggal dua tiga kerat sj org2 yg tidk menggunkan lukisan plan rumah apabila ingin membina sesuatu binaan. Begitulah warissan melayu dari turun temurun yang sekarang makin pupus akibat arus kemodenan.

    Melayu dahulu akan bangkit sekiranya kerajaan samaada raja atau panglimanya hebat dan kuat. Diharap pada masa sekarang kerajaan melayu terutama sekali Perdana Menteri Malaysia serta pemimpin melayu lain dapt bangkit dalam arus pembangunan moden walaupun kita ketinggalan jauh berbanding negara maju sekarang. Mungkin kita dapt bangkit dari segi lain atau cara tersendiri bebanding negara lain2.

    BalasPadam
  68. wow....sangat menarik.. nk lagi..

    BalasPadam
  69. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
    Mohon di paut ke blog kami,
    Tuan teruskan usaha menggali sejarah, kami juga meneruskan usaha penganalisaan dan akan turut sama membantu dengan bekalan yg ditingglkan yang serba sedikit ini.
    Salam hormat dari kami. :)

    BalasPadam
  70. Salam tuan,

    Kenapa replika istana diperbuat dari kayu? Kenapa dalam lukisan-lukisan lama ada gambar istana melaka diperbuat daripada batu? Jawabnya adalah kerana zaman yang berbeza. Replika istana yang dibina sekarang adalah berdasarkan istana zaman sultan Mansur Syah. Dalam Sulalatus Salatin ada diperincikan pembinaan istana tersebut daripada kayu (Istana Mahligai). Istana Mahligai yang dibina daripada kayu inilah yang ditiru jadi replika sekarang.

    Zaman berubah, teknologi dan citarasa berubah. Lebih-lebih selepas istana Mahligai terbakar, Sultan membina istana lain yang terdiri daripada beberapa bangunan yang terpisah.

    Ketika Portugis datang, sultan yang memerintah adalah Sultan Mahmud. Zaman sudah berubah. Jangan lupa bangsa Melayu sendiri ada kepandaian membina bangunan daripada batu, contohnya Kota Kuala Kedah di Kedah masih boleh dilihat sekarang.
    Pengaruh asing masuk ke Melaka sama ada dari segi bangsa penduduk, bahasa, pakaian, makanan, senibina dan sebagainya. Melaka menerima kunjungan pedagang antarabangsa. Masyarakat Melaka pelbagai bangsa. Lebih-lebih lagi banyak bangsa asing turut menjadi orang penting dalam istana. Banyak nama bangsa asing disebut dalam buku sejarah Melayu. Tidak mustahil istana zaman Sultan Mahmud mempunyai pengaruh binaan dari Parsi atau Arab atau Jawa atau India atau China. Begitu juga dalam soal pakaian. Walaupun ada pengaruh antarabangsa senibina tersebut menjadi senibina khas Melaka.
    (Contoh perbandingan masjid shah alam adalah dibina dengan mencontohi seni bina masjid Turki. Di turki tak ada masjid seperti masjid shah alam. Masjid shah alam adalah senibina Malaysia yang dipengaruhi senibina turki).

    Portugis adalah bangsa eropah yang menjarah negara orang. Bukan sekadar Melaka yang diserang. Sebelum Melaka, portugis telah menakluk Goa di India. Melaka adalah negara Islam yang secara tradisinya negara Islam dimusuhi oleh negara kristian eropah. Istana sultan dihancurkan. Benteng Kota Melaka diambil alih dan dijadikan Kota Portugis. ( Contoh perbandingan Sepanyol mengambil laih kota alhambra dan menjadikannya seolah-olah dibina oleh kristian sepanyol).

    Sehingga kemudiannya Portugis di Melaka diserang oleh Belanda untuk tempoh yang sangat lama sehingga Portugis menyerah. Belanda membina bangunan lain. Setelah Belanda keluar dari Melaka, Inggeris mengambil alih dan memerintahkan supaya benteng kota Melaka dirobohkan dengan dibom.

    Sebab itulah Kota Melaka yang dibina oleh kesultanan Melaka hilang lenyap dari tempatnya.

    BalasPadam
  71. Saya setuju dengan Pak Long. Portugis merampas kota Melaka portugis menjadikan seolah olah kota itu portugis yang buat. Bila Belanda ambik kota Melaka dari Portugis, Belanda buat seolah olah Belanda yang bina kota tu.. Sila tuan-tuan melawat baki kota itu, buktinya pada atas pintu kota yang masih tinggal di Melaka ada ditulis VOC.
    VOC adalah singakatan dari perkataan Belanda "Vereenigde Oost-Indische Compagnie" bermaksud "Dutch East India Company" atau "Syarikat Hindia Timur Belanda". Sebab itu pelik kita diberitahu itu kota Afomosa tetapi ditulis padanya perkataan VOC milik Belanda.
    Itulah pekerjaan penjajah memadamkan sejarah Melayu.

    BalasPadam
  72. Orang Melayu Semenanjung memang sudah bijak membina. Sila baca tentang kota Gangga Negara dalam Sulalatus salatin:-

    Maka adalah daripada banyaknya rakyat berjalan itu, se¬gala hutan belantara pun habis menjadi padang, dan bumi pun bergentar seperti gerupa, dan gunung pun bergerak, dan segala tanah yang tinggi-tinggi itu pun menjadi rata, dan batu pun habis berpelantingan, dan segala sungai pun habis kering, jadi seperti lumpur, kerana dua bulan perjalanan itu tiada ber¬putusan lagi; jikalau pada malam yang gelap sekalipun, men¬jadi terang seperti bulan pumama pada ketika cuaca, daripada kebanyakan kilat cahaya Senjata; jikalau halilintar di langit sekalipun tiada kedengaran, daripada kesangatan tempik segala hulubalang dan sorak segala rakyat, bercampur dengan gajah, kuda, tiadalah sangka bunyinya lagi. Maka segala negeri yang bertemu dengan Raja Suran itu habislah dialahkannya, maka sekalian negeri itu semuanya habis takluk kepada baginda.

    Setelah berapa lamanya, maka Raja Suran pun sampailah kepada sebuah negeri Gangga Negara namanya, Raja Gangga Syah Johan nama rajanya. Maka adapun negeri itu di atas bukit, dipandang dari hadapan terlalu tinggi, dan dari belakang rendah juga; ada sekarang kotanya di darat Dinding, ke sana Perak sedikit. Setelah Raja Gangga Syah Johan mendengar khabar Raja Suran datang, maka baginda menyuruhlah meng-

















    10


    hlmpunkan segala rakyatnya, nan menyuruh menutupipintu kotanya, dan bangunan-bangunan pun disuruh tunggui, dan parit pun dipenuhi dengan air. Maka segala rakyat Raja Suran pun datanglah mengepung kota Gangga Negara itu, maka di¬lawan berperang oleh orang di atas kota itu. Maka segala rakyat Raja Suran pun tiada boleh tampil; kenaikan baginda gajah meta. Maka beberapa ditikam dan dipanah orang dari atas kota, tiada diendahkannya; maka tampil juga ia menghampiri pintu kota Gangga Negara, dipalunya dengan cokmamya, maka pintu Gangga Negara pun robohlah. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam kota Gangga Negara dengan segala hulu balangnya.

    Setelah . Raja Gangga Syah Johan melihat Raja Suran itu datang, maka Raja Gangga Syah Johan pun berdiri memegang panahnya; maka segera dipanahnya, kena gumba gajah Raja Suran, gajah itu jatuh terjerumus. Maka Raja Suran pun me¬lorupat serta menghunus pedangnya, diparangkan kepada Raja Gangga Syah Johan, maka kenalah lehemya, putus ke-palanya, terpelanting ke tanah. Maka Raja Gangga Syah Johan pun matilah. Setelah rakyat Gangga Negara melihat rajanya mati itu, maka sekaliannya pun lari; maka ada seorang saudara raja itu perempuan, Puteri Dara Segangga nama¬nya; tcrlalu baik parasnya, maka diambil bagindalah akan isteri. Setelah negeri Gangga Negara sudah alah, maka Raja Suran pun berjalanlah dari sana.

    BalasPadam
  73. Ini pula serangan Raja Suran ke atas Kerajaan Langgiu (di hulu Sungai johor):-

    Hatta berapa lamanya berjalan itu datanglah ke negeri Langgiu; dahulu negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, sekarang lagi ada kota itu di hulu Sungai Johor. Adapun nama asal Langgiu itu dengan bahasa Siam ertinya per¬bendaharaan permata, maka adalah nama rajanya Chulan; akan baginda itu raja besar, segala raja-raja yang di bawah angin dalam hukumannya.

    Demi Raja Chulan mendengar Raja Suran datang itu, maka Raja Chulan pun menghimpunkan segala rakyat; dan segala raja-raja yang takluk kepada baginda, semuanya berkampunglah. Maka Raja Chulan pun mengeluarilah akan Raja Suran; maka rupa segala rakyat itu seperti lautan, rupa gajah dan kuda pun demikian juga, seperti pulau rupanya, dan tunggul panji-panji seperti hutan, dan segala Senjata pun berlapis-lapis. Sekira-kira empat gorah bumi jauhnya berjalan, setelah datang-

    11


    lah pada suatu sungai, maka kelihatanlah rakyat Raja Suran seperti hutan rupanya. Maka kata Siam, "pangkali" ertinya "sungai", maka dinamai orang sungai itu Sungai Pangkali. Maka bertemulah rakyat Siam dengan rakyat Keling, lalu berperanglah, tiada sangka bunyinya lagi; segala yang bergajah berjuangkan gajahnya, dan yang berkuda bergigitkan kuda¬nya, dan yang berpanah berpanahanlah dianya, dan yang ber¬lembing bertikamkan lembingnya, dan yang berpedang ber¬tetakan pedangnya. Maka rupa segala Senjata seperti hujan yang terlalu le bat, tidaklah lagi tarupak awan di langit, oleh kebanyakan kilat Senjata itu; gegak gempitalah bunyi tempik sorak orang berperang itu, maka berbangkitlah lebu duli ke udara, kelam-kabut, siang menjadi malam seperti gerhana matahari. Maka segala rakyat antara kedua belah pihak itu pun jadi campur-baurlah, tiada berkenalan lagi waktu ber¬perang itu. Mana yang mengamuk di amuk orang pula, ada yang menikam ditikam orang pula. Maka kedua pihak itu pun banyaklah mati dan lukanya, darah pun banyaklah tum pall mengalir ke bumi seperti air sebak. Maka lebu duli itu pun hilanglah, maka kelihatanlah orang berperang itu, beramuk¬amukan terlalu ramai; sama-sama tiada mahu undur lagi. Maka Raja Chulan pun menampilkan gajahnya menempuh ke dalam rakyat Raja Suran yang tiada terpermanai banyaknya itu, barang di mana ditempuhnya bangkai bertimbun-timbun; maka segala rakyat Keling pun banyaklah matinya, lalu undur.

    Setelah dilihat oleh Raja Suran, maka baginda pun tampillah mengusir Raja Chulan itu. Maka adapun kenaikan Raja Suran, gajah tunggal lagi meta, delapan hasta tingginya; tetapi gajah Raja Chulan itu terlalu berani. Maka bertemulah kedua gajah itu, lalu berjuang, maka bunyi kedua gading gajah itu seperti bunyi petir yang tiada berputusan. Maka kedua gajah itu pun tiada beralahan; maka berdiri Raja Chulan di atas gajahnya menimang-nimang lembingnya, lalu ditikamkannya kepada Raja Suran, maka kenalah ke baluhan gajah itu, sejengkal menjunjung ke sebelah. Maka Raja Suran pun segera memanah Raja Chulan, kena dadanya terus ke belakang; maka jatuhlah ia dari atas gajahnya ke tanah, lalu mati. Maka segala rakyat Raja Chulan melihat rajanya mati itu, maka sekalian¬nya pun pecah belahlah, lalu lari cerai-berai; maka diikuti oleh segala rakyat Keling mana yang dapat habislah dibunuh-

    12

    nya. Maka segala rakyatkeling pun• masuklah ke dalam kota Langgiu itu, lalu merampas, tiada terkira banyaknya beroleh rampasan itu. Maka ada seorang anak Raja Chulan itu perem¬puan, Tuan Puteri Onang Kiu namanya; terlalu baik parasnya. Maka dipersembahkan orang kepada Raja Suran, maka oleh baginda diambillah akan isteri. Setelah itu maka Raja Suran berjalanlah, maka baginda pun teruslah ke Temasik.

    BalasPadam
  74. Ini berkenaan istana ke-3 Sultan mansur Shah direkodkan dalam sulalatus salatin:-
    Maka Sultan Mansur Syah pun memberi titah pada Ben¬dahara menyuruh berbuat istana dan balairung. Dalam sebulan itu juga dikehendaki sudah. Maka Bendahara pun mengerah¬kan orang membuat istana dan balairung. Orang Ungaran ber¬buat istana besar, orang Sugal sebuah istana, dan orang Buru sebuah istana, dan orang Suir sebuah istana, dan orang Pancur Serapung membuat balairung, orang Sudir membuat balai penghadapan, dan orang Merba membuat penanggahan, dan orang Sawang membuat balai jawatan di sisi balairung, orang Kundur membuat balai apit pintu keduanya, dan orang Suntai berbuat balai kendi, orang Melai berbuat pemandian, orang Upang berbuat bangsal gajah, orang Tungkal membuat masjid, orang Bintan membuat pagar istana, orang Muar membuat kota wang. Adapun istana itu baik pula daripada dahulu. Setelah sudah sekaliannya, maka Sultan Mansur Syah. pun diamlah di istana baharu itu kararlah selama-lamanya,

    BalasPadam
  75. Ini rekod sulalatus salatin tentang istana No.2 sultan mansur syah:-
    Adapun besar istana itu tujuh belas ruang, pada seruang tiga-tiga depa luasnya; besar tiangnya sepemuluk, tujuh pangkat kemuncaknya. Pada antara itu diberinya berkapa-kapa, pada antara kapa-kapa itu diberinya bumbungan melintang dan bergajah¬menyusu; sekaliannya bersayap layang-layang, sekaliannya itu diukir dan berscngkuap. Pada antara Serigkuap itu diper-buatnya belalang bersagi; sekaliannya dicat dengan air emas. Kemuncaknya kaca merah, apabila kena sinar matahari, bemyala-nyala rupanya seperti manikam. Akan dinding istana itu sekaliannya berkambi, maka ditarupali dengan cermin China yang besar, apabila kena panas matahari bemyala-nyala rupanya, kilau-kilauan tiada nyata benar dipandang orang. Adapun rasuk istana itu kulim, sehasta lebamya, dan sejengkal tiga jari tebalnya. Akan birai istana itu dua hasta lebamya, dan tebalnya sehasta, diukimya rembatan pintu istana itu empat puluh banyaknya, semuanya bercat dengan air emas. Terlalu indah perbuatan istana itu, sebuah pun istana raja yang di bawah angin ini tiada sepertinya pada zaman itu.

    BalasPadam
  76. Ini rekod sulalatus salatin tentang ramainya penduduk Melaka:-
    Adapun pada zaman itu negeri Melaka terlalulah ramainya, segala datang pun bertambah-tambah berkampung; dari se¬belah Kampung Keling datang ke Kuala Penajuh, rapat rumah; orang pergi-pergian dari Melaka hingga datang ke Jugra tiada membawa api; barang di mana ia berhenti, di sana adalah kampung orang. Dan dari sebelah sini datang ke Batu Pahat, demikian juga; kerana rakyat Melaka sembilan belas laksa banyaknya yang dalam negeri juga itu.

    BalasPadam
  77. saya rasa majoriti generasi y skrg tak tahu ape itu sejarah dan mungkin generasi z akan tak nak ambil tahu apa itu sejarah.

    BalasPadam
  78. kerajaan malaysia sepatutnya 'concern' tentang penemuan ini.. sila bagi fakta sejarah yang sebenar kepada generasi muda..

    BalasPadam
  79. Tahun depan,jika ada lagi program Himpunan Belia Negara,perbanyakkan program2 yang berunsurkan sejarah..pementasan,pameran,dll.......pertandingan silat,dll.

    BalasPadam
  80. Andai kata semua tu tak terjadi, pasti kita bangsa yang megah di dunia hingga kini

    BalasPadam
  81. duk cite sal melaka mesti ada hang tuah...
    hang tuah plah g menuntut ilmu di rata2 tempet katanya sampai ke kelantan..
    abe ape negeri2 len buat time tu?
    mcm xda peranan jer?cer ulas skit bijak pandai

    BalasPadam
  82. Saya setuju dengan pandangan tuan mengenai Kota Melaka dibuat dari batu literit... Kalau kita lihat..baru2 ini terjumpa lagi sisa tertimbus kota berhampiran Bangunan Merah Sthydust .. sisa runtuhan itu terdapat juga perigi... kalau kita lihat juga pintu gerbang A Formosa di Banda Hilir .. lambangnya bukan lambang Portugis..tapi Belanda punya Coat of Arm... jadi.. pada saya ianya diubah mengikut zaman.. lagi satu.. kalau dilihat banyak pedagang dari India dan Cina..mereka telah lama maju dalam pembuatan bangunan tersohor ditanah air mereka.. ada juga penempatan untuk pedagang cina dan India.. di tapak sisa runtuhan Istana Melaka juga.. ada sisa Tiang dari runtuhan..termasuk beberapa barangan seperti bekas celak melayu.. Tahniah kepada tuan yang merungkai persoalan ini... gambaran Istana Kesultanan yang dibina sekarang ini datangnya dari pembacaan rujukan Sulalatus Salatin...bukan dari lakaran sezaman itu

    BalasPadam
  83. dhsyat.. very intrsting news.. haha.. thre are mny hitory tht r barely we know .. this site is very knowladgeable site.. hahaha

    BalasPadam
  84. KENAPA JADI BEGITU ? SEBAB NYA AHLI AHLI POLITIK MELAYU HAMPIR SEMUA NYA TAK TAHU SEJARAH , YANG DIA ORANG PIKIR PROJEK ,DUIT , RUMAH BESAR DAN KERETA BESAR SAHAJA .AKIBAT NYA SEBAGAI JALAN MUDAH IKUT JE LAH APE KATA MAT SALEH , KALAU DIA KATE JANGAN BASUH BERAK ,DEPA SURUH KITE JANGAN BASUH BERAK

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2.. kebanyakkan ahli politik dr PR yg mcm tu. buta sejarah. bodoh.

      Padam
  85. TU SUMUA AUTA LAH ..BANYAK YANG KITA TAK TAHU SEBAB CERITA BETUL DAH KENA PADAM..
    KALU LAKARAN MANA BOLEH PERCAYA, BCAAN PULAK DIORG BOLEH PUTAR BELIT..

    BalasPadam
  86. Melayu dan Islam kuat teguh hanya bila bersatu. Sedihnya skrg, adapula golongan yang beranggapan dia lebih Islam dan mengkafirkan orang Islam lain. Malahan sanggung berkerja dengan kafir harbi sedangkan dulu mereka jugalah yang mengharamkan berkerjasama dengan kafir.

    BalasPadam
  87. Salam tuan pengarang terima kasih kerana pencerahan ini.Selama ini bermain dibenak saya kenapa sebuah kerajaan yang begitu hebat dan terkenal seluruh dunia menjadi pusat perdagangan antarabangsa tiada tinggalan istana,tiada tinggalan kota pertahanan yang ada hanya replika istana kayu yang tidak mengambarkan kekuatan sesebuah empayar itu.Masakan tiada asimilasi pertukaran pengetahuan,perkembangan ilmu dan teknologi khususnya dalam teknologi binaan bangunan dan sebagainya.Kenapa kita masih boleh melihat tinggalan Candi Prambangan dan Borobudur di Indonesia?Apa dah jadi dengan tinggalan Istana Melaka dan Kota pertahanan Melaka?

    Kita dimomokkan sejarah dari zaman sekolah hinggalah ke saat ini dengan tewasnya Melaka adalah kerana kita berperang menggunakan silat,keris dan tombak.Amat lekeh dan koman(kata orang utara membawa maksud lemah dan mundur outdated) sekali Melaka,sebuah empayar yang hebat tidak bersedia melengkapi sistem pertahanan sendiri dengan teknologi terkini yang dimiliki Portugis ketika itu.Masakan dapat Melaka menaungi negeri-negeri yang bersekutu dengannya tanpa teknologi pertahanan hebat?Tidak terjangkau dek akal kemana menghilangnya kapal-kapal pertahanan Melaka ketika ianya diserang?Mustahil sebuah empayar maritim hebat seperti Melaka tidak memiliki armada perang yang juga hebat.Jawatan Laksamana pula bukan calang-calang jawatan,masakan Laksamana Hang Tuah hanya menjadi laksamana untuk angkatan tentera yang menggunakan sampan dan perahu sahaja.

    BalasPadam
  88. Salam.. kisah yang menarik.. terima kasih sudi mengkongsikan kisah. InsyaAllah saya akan menghebahkannya menggunakan gambar-gambar yang ada. Harap tuan tidak keberatan.... Sekian Wassalam.

    BalasPadam
  89. Hebat tulisan ini. Saya amat kagum dengan penemuan lakaran pelukis-pelukis.

    Tetapi masih tidak dapat di jawab lagi di mana kah istana melaka / kota melaka yg sebenar?

    BalasPadam
  90. Tahniah atas penulisan ini.

    Ada sedikit kesangsian fakta.
    Joan De Barros (João de Barros) dikatakan lahir pada tahun 1496.

    Jika ini benar:
    Kedua dua pengembara tersebut iaitu Jorge Mello yang datang pada tahun 1507 dan Jorge De Aguilar yang datang pada tahun 1508, telah menghantar maklumat kepada sejarawan kerajaan Portugal iaitu Joan De Barros.

    Maka, de Barros baru berumur sekitar 12 tahun.

    Mohon pencerahan.
    Karim
    akarimomar.wordpress.com

    BalasPadam
  91. taming sari itu pun sebenarnya sebuah pistol, bukan keris.

    BalasPadam
  92. saya berasa gembira kerana dapat mencari maklumat dengan mudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya juga berasa gembira kerana lulus dalam ujian.Balas

      Padam
  93. dlu tiada rekod apa semua.sistem skrg canggih.semua leh simpan..apa2 pun secara kasar kita tahu sejarah tersebut.gambaran kasar kita tahu.masa berperang dgn portugis tu kalah sbb salah sbb tak tahu strategi.patut guna anak panah atau berenang ke kapal ..bakar kapal portugis tu.

    BalasPadam
  94. Dendam nasrani & yahudi terhadap islam x pernah padam. Itulah tujuan utama mereka ingin melenyapkan Kerajaan Melaka.

    BalasPadam
  95. Replika istana Melaka yang dapat kita lihat di Melaka sekarang memang benar sebagaimana ia diambil dari keterangan penulis Sejarah Melayu. Namun rekabentuk itu adalah diawal zaman pemerintahan kesultanan Melaka. Sudah tentu kesultanan melayu Melaka yang seabad umurnya telah mengikut peredaran zaman pada waktu itu. Serupa dengan zaman kita sekarang, yang mana rekebentuk bangunan sekarang sudah jauh maju berbanding 57 tahun dulu semasa awal kemerdekaan.

    Maka agak mustahil bangunan di zaman Parameswara masih lagi kekal sama dengan zaman Suitan Mahmud Shah yang seratus tahun kemudian. Sudah tentu ianya mengikut peredaran zaman lebih-lebih lagi diplomat-diplomat kesultanan Melaka sudah merata ceruk melihat empayar-empayar yang maju ketika itu seperti Uthmaniah, Cina, India dll lalu mereka pun mempunyai keinginan untuk tidak ketinggalan dari arus peredaran zaman. Sudah tentu para saudagar dari negara maju lain mengambil keuntungan 'kontrak' membina bangunan-bangunan dan kota-kota yang lebih kukuh dan moden. Adat perniagaan dulu pun serupa juga dengan sekarang.

    BalasPadam
  96. Salam
    Kehilangan Kota Melaka sehingga hamper tiada kesan sangat mungkin disebabkan pembinasaan yang dilakukan oleh Sir William Farquhar sehingga tinggal satu pintu A Fomosa sahaja. Pemusnahan tersebut menggunakan bom. Adalah pelik usaha meruntuhkan Kota Melaka dibuat oleh orang Inggeris sedangkan orang Inggeris biasanya memelihara bahan sejarah.
    Selain Kota Melaka, terjadi juga pembinasaan Kota Kuala Kedah.
    Mungkin kerana usaha memadamkan sejarah Melayu di dunia. Dalam zaman penjajahan Inggeris jugalah negeri Melayu lain seperti Singgora dan Pattani luput dipaksa masuk ke dalam Thailand.

    BalasPadam
  97. sapa boleh bagi tau saya apa maksud "balai kendi" sebenarnya?? boleh hantar jawapan anda ke sir.man71@gmail.coom. sekian terima kasih

    BalasPadam
  98. Saya fikir balai kendi adalah bangunan tempat menyimpan air bersih untuk minum dan memasak.
    Kalau zaman sekarang diumpamakan rumah tangki air.

    BalasPadam
  99. Terharu aku rasa , rupanya bangsa kita ni sangat2 hebat. Sambil aku baca , tenung gambar lakaran ni sempat lagi berangan ade kat dalam waktu gambar tu, jika aku mampu buat ' TimeMachine ' aku akan pergi .

    BalasPadam
  100. langkasuka pun bukan calang2 jgak. beratus ribu pasukan siam mati kena tembak dengan meriam

    BalasPadam
  101. Alhamdulillah, saya berharap agar saudara meneruskan kajian tentang kehebatan Kerajaan Melaka dari permulaan, keagungan dan akhirnya kejatuhnya. Masyarakat perlu difahamkan corak kebanyakkan kerajaan lama. Kebanyakkannya bersifat Negara Kota, City State. Bukan seperti sekarang, keluasan kekuasaan kerajaan adalah berdasarkan luasnya pengaruh dan kesediaan komuniti setempat untuk setuju berada di bawah naungan dan lindungan sebuah kesultanan.

    Mungkin kajian saudara nanti dapat menceritakan kronologi sebenar episod kejatuhan Kota Melaka dan merungkai banyak persoalan sejarah yang masih belum terungkai. Seperti di mana bala tentera laut Melaka ketika Melaka dikepung? Siapa tentera upahan yang menyertai Portugis di dalam serangan tersebut (sebagaimana yang diusulkan saudara). Di mana sekutu Melaka ketika serangan berlaku? Adakah negara lain memutuskan hubungan diplomatik dengan Melaka sehinggakan pertahanan Melaka mudah jatuh ke tangan Portugis? Atau sebenarnya ada taktik lain yang digunakan oleh Sultan Melaka yang tidak menjadi? Persoalan-persoalan ini perlukan jawapan yang penuh. Setakat ini semua telaahan sahaja yang diutarakan sedangkan sejarah memerlukan kepada bukti kepada setiap teori yang diutarakan.

    Saya berharap saudara teruskan mengkaji dan seterusnya satu hari nanti dapat merungkaikan persoalan-persoalan tersebut.

    BalasPadam
  102. artikel nya bgus tpi knp x bgi org copy.#sharingiscaring

    BalasPadam
  103. Assalamualaikum, artikel yg menarik! Blh saya tahu sumber untuk artikel ini dari mana? Saya ingin menjadikan istana Melaka sebagai topik assignmnet

    BalasPadam
  104. Kami Hadir Untuk Menjalin Tali Silatuh Rahmi,Guna Untuk Membantu Para Masyarakat Di Muka Bumi Ini ,Dengan Segala Permasalahan Yang Ada,Karena Di Dalam Masyarakat Yang Kita Tahu Saat Sekarang Ini,Masih Banyak Masyarakat Yang Hidup Dibawah Garis Kemiskinan,Untuk Itu,Izinkan Saya Mbah Karwo Untuk Memberikan Solusi Terbaik Untuk Anda Yang Sangat Membutuhkan.Ada Berbagai Cara Untuk Membantu Mengatasi Masalah Perekonomian,Dengan Jalan ; 1,Melalui Angka Togel Jitu ; Supranatural 2,Pesugihan Serba Bisa 3,Pesugihan Uang Balik/Bank ghaib 4,Ilmu Pengasihan 5,DLL HANYA DENGAN BERMODALKAN KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN,INSYA ALLAH ITU SEMUANYA AKAN BERHASIL SESUAI DENGAN KEINGINAN ANDA... Dunia yang akan mewujudkan impian anda dalam sekejab dan menuntaskan masalah keuangan anda dalam waktu yang singkat. Mungkin tidak pernah terpikir dalam hidup kita untuk menyentuh hal hal seperti ini. Ketika terpikirkan kekuasaan, uang dalam genggaman, semua bisa dikendalikan sesuai keinginan kita.Semua bisa diselesaikan secara logika.Tapi akankah logika selalu bisa menyelesaikan masalah kita. Pesugihan Mbah Karwo Mbah memiliki ilmu supranatural yang bisa menghasilkan angka angka putaran togel yang sangat mengagumkan, ini sudah di buktikan member bahkan yang sudah merasakan kemenangan(berhasil), baik di indonesia maupun di luar negeri.. ritual khusus di laksanakan di tempat tertentu, hasil ritual bisa menghasilkan angka 2D,3D,4D,5D.6D. sesuai permintaan pasien.Mbah bisa menembus semua jenis putaran togel. baik itu SGP/HK/Malaysia/Sydnei, maupun putaran lainnya. Mbah Akan Membantu Anda Dengan Angka Ghoib Yang Sangat Mengagumkan "Kunci keberhasilan anda adalah harus optimis karena dengan optimis.. angka hasil ritual pasti berhasil !! BERGABUNGLAH DAN RAIH KEMENANGAN ANDA..! Tapi Ingat Kami Hanya Memberikan Angka Ritual Kami Hanya Kepada Anda Yang Benar-benar dengan sangat Membutuhkan Angka Ritual Kami .. Kunci Kami Anda Harus OPTIMIS Angka Bakal Tembus…Hanya dengan Sebuah Optimis Anda bisa Menang…!!! Apakah anda Termasuk dalam Kategori Ini 1. Di Lilit Hutang 2. Selalu kalah Dalam Bermain Togel 3. Barang berharga Anda Sudah Habis Buat Judi Togel 4. Anda Sudah ke mana-mana tapi tidak menghasilkan Solusi yang tepat Jangan Anda Putus Asa…Selama Mentari Masih Bersinar Masih Ada Harapan Untuk Hari Esok.Kami akan membantu anda semua dengan Angka Ritual Kami..Anda Cukup Mengganti Biaya Ritual Angka Nya Saja… Apabila Anda Ingin Mendapatkan Nomor Jitu 2D 3D 4D 6D Dari Mbah Karwo Selama Lima Kali Putaran,Silahkan Bergabung dengan Uang Pendaftaran Paket 2D Sebesar Rp. 300.000 Paket 3D Sebesar Rp. 500.000 Paket 4D Sebesar Rp. 700.000 Paket 6D Sebesar Rp. 1.500.000 dikirim Ke Rekening BRI.Atas Nama:No Rekening PENDAFTARAN MEMBER FORMAT PENDAFTARAN KETIK: Nama Anda#Kota Anda#Kabupaten#Togel SGP/HKG#DLL LALU kirim ke no HP : ( 0852-3162-7267 ) SILAHKAN HUBUNGI EYANG GURU:0852-3162-7267

    BalasPadam
  105. Tahniah usaha tuan menulis .saperti penulis lain juga isi karangannya.
    Cuma saya tergerak hati nak tau dimana pengakiran kapal jonk kesultanan melaka berakhir. Dimana bangkainya atau Ada catitan sejarah membuktikan jong itu sudah dimusnahkan.

    BalasPadam
  106. Alhamdulilah,harap Malaysia tk kn berulang lagi kesilapan Yang pernah dialami para zaman kegemilangan Kota melaka

    BalasPadam
  107. Pelabuhan melaka.. Sampai hari ni tak dapat di buktikan tapak sebenar pelabuhan entrepot melaka sebenar. Benarkah melaka yg penuh bersjarah itu adalah melaka yang hari ni?? Haha

    BalasPadam