Isnin, 12 Ogos 2013

Runtuhnya Kerajaan Melayu Singgora



lambang wilayah singgora

Salam aidilfitri saya ucapkan kepada pembaca semua. Pada kali ini saya ingin memaparkan satu artikel mengenai sebuah kerajaan Melayu yang telah lama lenyap dari peta tanah semenanjung emas. Pada masa dahulu kerajaan ini pernah menjadi salah satu daripada kerajaan yang terkuat dan terkaya di utara semenanjung emas. Namun kegemilangannya tidak bertahan lama akibat dari dengki dan dendam kerajaan yang berjiran dengannya nun jauh  di utara. Dalam beberapa tahun sahaja kerajaan ini berjaya dimusnahkan. Sehingga hari ini orang Melayu bukan lagi penduduk majoriti di Singgora atau Songkla. Sebaliknya lebih ramai orang Thai yang mendiami negeri ini. Malahan ramai anak-anak Melayu Singgora yang tidak lagi fasih berbahasa Melayu Jawi.

 
kota singgora.


Sebenarnya sejarah awal Singgora sudah terdapat pada catatan awal China pada abad ke 6 dan 7 M lagi. Selain itu Singgora juga disebut Singor, Sanjura, Sanjur, Senggora, Sung-kra dan Sung-Ch’ia. Tersebut dalam Salasilah Sultan Sulaiman (Sai Sakun Sultan Sulaiman) dikisahkan tentang seorang saudagar Parsi bernama Datuk Muzaffar yang datang dari Jawa Tengah (ada catatan lain menyebut Datuk Monggol) telah bermastautin di Sitingpra, Singgora.

 


Rombongan ulama Parsi ini kemudiannya berpindah ke Teluk Singgora pada tahun 1603 M dan mendirikan kerajaan Singgora Darussalam (Hua Khoa Deng). Ulama tersebut dilantik pengikutnya sebagai pemerintah bergelar Sultan Muzaffar Syah yang mentadbir Singgora. Beliau juga dikatakan adalah seorang panglima tentera yang fasih selok-belok ketenteraan dan bijak dalam strategi pentadbiran. Tidak mustahil wilayah jajahan baginda semakin meluas meliputi Patalung (Pathalung) Terang (Trang) dan Setul (Satun). Ketika zaman ini Singgora menjadi tumpuan pra pedagang dari Eropah, Arab, Parsi, China, Jepun dan seluruh nusantara.

 


Apabila Sultan Muzaffar Syah mangkat pada tahun 1618, baginda diganti oleh putranya Sultan Sulaiman Syah. Sultan Sulaiman meneruskan usaha-usaha ayahandanya dengan membina tembok-tembok pertahanan dan bedil-bedil. Baginda sadar, kemakmuran dan kemasyhuran Singgora akan mendatangkan cemburu musuh-musuhnya. Baginda juga berusaha menggali terusan yang menghubungkan Teluk Singgora di pantai timur dengan Laut Andaman di pantai barat. Namun usaha juga gagal kerana adanya banjaran gunung yang besar.

 

Sepanjang pemerintahan Sultan Sulaiman, Siam (Thai) tidak henti-henti melakukan serangan dan pencerobohan untuk menawan negeri makmur ini. Namun semuanya gagal dengan izin Allah. Apabila baginda sultan muzaffar mangkat, baginda diganti pula oleh putranya Sultan Mustaffa Syah. Ketika pemerintahan baginda, Siam menyerang Singgora habis-habisan lagi. Angkatan Siam telah diketuai oleh Phraya Ranchodo dan raja Siam ketika itu Raja Narai Maharaj yang baru berjaya membebaskan Ayuthia dari jajahan Burma. Siam turut dibantu tentera upahan Portugis dan Belanda. Kerajaan Singgora akhirnya dapat ditewaskan pada tahun 1687 M. Ramai Orang Melayu-Islam Singgora ditawan dan dibawa ke Ayuthia. Siam juga merampas sepucuk bedil kepunyaan Sultan Sulaiman.

 
Duit kerajaan Islam Singgora.


Sultan Sulaiman dan dua adindanya Hassan dan Hussein dipindahkan ke Chaiya (Cahaya). Sultan Sulaiman kemudian dilantik menjadi pemerintah wakil Siam di Chaiya dengan gelaran Phraya Picit Phalodi Sipicai Songkram, Hussein pula dilantik sebagai Raja Muda Chaiya. Putra mahkota Singgora, manakala Taufik dibawa ke Ayuhtia dan Hassan dilantik sebagai laksamana tentera Siam oleh raja Narai Maharaj. Hal ini menunjukkan bahawa raja narai bersifat belas berbanding leluhurnya dan keturunannya kemudian yang bertindak kejam membunuh kaum kerabat kerajaan yang ditawannya.


sebuah loceng besar yang dihadiahkan oleh sultan terengganu kepada seorang pemerintah yaring yang berada dibawh singgora.
 
Melalui Salasilah Sultan Sulaiman, baginda menyatakan terdapat kerabat dan waris baginda yang dipaksa dan terpaksa menganut agama Buddha ketika berada di bawah tekanan Siam. Hal ini terjadi pada tahun 1687, titik tolak keruntuhan kerajaan Singgora oleh kerajaan Siam laknatullah. Terdapat  catatan daripada seorang penulis Cina bernama (1782) Hsieh Ch’ing Kao tentang penduduk Songkhla, yang asalnya kerajaan Singgora, sebuah negara Melayu-Islam. Dikatakan bahawa penduduk Melayu tidak memakan daging babi dan ketika berjalan sentiasa membawa senjata keris tersisip di pinggang. Kaum wanitanya bertutup kepala dan lelaki berseluar. Semasa bekerja mereka menutup tubuh sampai ke tubuh dengan pakaian yang dipanggil sha-long ( sarung ). Pada abad ke 19, orang Melayu telah hampir pupus di Singgora ( Songkhla ) dan hanya meninggalkan bekas-bekas zaman kegemilangannya yakni Hua Khao Deng dan pelabuhan Lem Son sebagai kenang-kenangan.

 
senjata melayu singgora di muzium songkla.


Pernah berlaku satu peristiwa pada zaman Singgora telah berjaya ditawan Thai dan berada dalam pentadbiran ligor. Pemerintahnya terpaksa tunduk dengan hasutan LIGOR yang menjadi sekutu kuatnya dan kemudian terpaksa pula mengikut arahan supaya melancarkan serangan keatas KEDAH dan PATTANI. Selain itu dalam tahun 1808M Singgora diarahkan untuk menyerang Pattani yang bangkit memberontak yang diketuai oleh Datuk Pengkalan, SIAM mengarahkan Kedah membantu Singgora melanggar Pattani, angkatan Kedah berkumpul di daerah Padang Terap namun para pembesar Kedah dan panglima bertelagah kerana ada yang tidak rela mengkhianati bangsa seagama sendiri iaitu orang-orang Pattani, jadinya hanya satu 'team' saja yang masuk ke Yala untuk membantu Singgora namun angkatan kedah terbabit dah terlambat kerana angkatan Singgora dah berjaya mengusir dan mematahkan pemberontakan Dato Pengkalan tanpa bantuan Kedah. Jadi pemerintah Singgora marah dan menahan angkatan Kedah dari pulang.

 
lela rentaka milik tentera Melayu Singgora.


Setelah dimaklumkan kepada Sultan Kedah maka dihantar pembesar untuk berunding dengan Singgora mengatakan ada salah faham berlaku dan memohon maaf, lalu diberi peluang oleh Singgora dan dilepaskan angkatan Kedah untuk pulang. Selain itu Singgora juga amat cemburukan Kedah sama seperti Ligor kerana Raja Siam memuji kehandalan Kedah semasa mematahkan serangan Burma di Phuket awal 1813M dimana angkatan Ligor dan Singgora hanya memerhati disisi dan dibelakang angkatan Kedah, dan apabila angkatan Burma tewas dibedil dan dirodok panglima-panglima Kedah mereka pon menerpa masuk dan membunuh semua saki baki tentera Burma, pandai depa nak dapat nama, depa ni berani sebab ramai saja.

 
prajurit singgora dan pattani di muzium songkla


Terdapat sebuah peninggalan kerajaan Islam Singgora yang masih wujud hingga kini yang amat unik ceritanya. Ia adalah mengenai sebuah bedil atau meriam milik Sultan Suleiman. Almarhum Amin Sweeney pernah menterjemahkan syair yang ditulis dalam bahasa Arab (ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Syah tahun 1618) pada bedil baginda. Bedil itu sekarang tersimpan di hadapan Royal Chelsea Hospital, London. Riwayat bedil tersebut berada di London adalah seperti berikut. Semasa tentera Siam mengalahkan Singgora pada tahun 1689 M, bedil tersebut telah dirampas dari Sultan Sulaiman dan dibawa ke Ayuthia. Bedil tersebut digunakan oleh Siam untuk memerangi Burma (Myanmar) sehingga Ayuthia ditewaskan oleh Burma pada tahun 1767.

 
potret sultan sulaiman.


Bedil itu kemudian dibawa ke Burma sebelum dirampas pula oleh Inggeris dalam perang Inggeris-Burma. Pada tahun 1886, bedil itu dibawa pulang ke England. Begitulah bangsa-bangsa yang kononnya bijak dan kuat berebutan bedil buatan Melayu tersebut yang pada hemat saya bukanlah sebesar bedil Sri Pattani atau bedil turki Uthmaniah pun. Di atas permukaan Bedil itu terpahat tulisan arab jawi yang unik. Ukuran berat yang tercatat pada larasnya ialah 1 bandar, 2 pikul dan 4 kati. Bertarikh Isnin 4 Zulkaedah 1063 H bersamaan 26 September 1653 M.

 

Terdapat juga catatan dalam bahasa Burma yang bertulis ‘Diperolehi semasa menawan Dwarawati (Siam) pada tahun 1125 H atau 1766 M’. Keistimewaan inskripsi pada bedil ini ialah ianya ditulis dalam bentuk syair Melayu-Arab dan diyakini merupakan syair tertua pernah tercatat pada sebuah bedil. Menurut sejarahnya bedil itu dipunyai Singgora selama 34 tahun, di Siam selama 79 tahun, di Burma 120 tahun dan di England lebih 120 tahun. Demikianlah keagungan Melayu-Islam Singgora yang cuba dihapuskan sejarahnya oleh penjajah-penjajah kafir laknatullah, namun keindahan dan kehebatan bedil atau meriam tersebut akhirnya menawan hati mereka untuk menyimpan bedil tersebut dan tidak mencairkannya atau memusnahkannya. sekian wallah hu a'lam.

Berikut adalah terjemahan Alm. Amin Sweeney syair yang terdapat pada bedil tersebut.

ya dha l-awwali wa’l-ilm
ya dha l-haqqi wa’n-ni’am
ya dha l-jadli wa’l-kiram
ya dha l-ba’si wa’n-niqam

Hadrat Ahmad Arabi nasab
Akan Tuhan dhatnya amat ajaib
Dengan bahasa ia ‘ilmu dan adab
Maha ketika dengan bahasa Arab

Ya man ghafurun wa ghaffar
Ya man shakurun wa saffar
Wa ‘lishurna ma’a ‘l-abrar
Subhana Allah, Allhu Akbar

Bedil diperbuat adalah sudah
Menyucap syukur ke hadrat Allah
Jadikan tanda meninggalkan mannah
Akan membunuh kafir ‘alayhi ‘l-la’nah

Ingat-ingat engkau hai anak dagang
ke tanah juga kita akan pulang
tuntuti olehmu ghazi berperang
janji Tuhan ke jannat datang

Darus-salam jannat juga
jannat tempat rahmat juga
penuh dengan nikmat juga
duduk kekal dengan suka juga

Daulat tuanku sebagai datang
seperti sabak air yang pasang
di taufiqi ‘Llahi rabbi l’-alam
dan binuri ‘l-iman tatkalanya datang

Jahat bebal hamba latehan
berbuat meriam dihadirkan
akan kafir syirik zalim ke neraka jahanam
akan dipandang sahabat meninggalkan zaman.

 

 

Sumber ;  

  1. S.M. Zakir
  2. jejakwaris.com
  3. Nusa Centre , Pusat Kajian Budaya Dan Sains.
  4. History Of The Malay Kingdom Of Patani.

 

40 ulasan:

  1. melayu kalah lagi dan lagi dan lagi.kalah kalah dan terus kalah.baik ambik bangsa dayak menentang siam.agi idup agi ngalaban.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kuatla sangat kamu dayak, negara pun takda. takda negara bernama dayak.

      Padam
    2. dayak tu kelmpok melayu juga lah..apelah ngutuk bangsa sendiri..tak tahu sebuk nk ckp

      Padam
    3. Ntahnya...DNA pun sama...cuma beza budaya sikit je pun

      Padam
  2. Hanya ucapan terima kasih boleh diucap untuk tuan atas usaha kajian bangsa melayu...harap ada wakil kerajaan yang baca artikel ni...janganla asyik nak fikir politik je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah dengan orang melayu diorang kaki politik sampai serahkan sejarah kat bangsa asing, kita pun tahu yg orang kafir akan rebut apa yang ada pada orang islam bila tiba akhir zaman (la ni)

      Padam
  3. Tanpa Nama12 Ogos 2013 6:53 PG

    Saya pasti anda ada masalah 'inferiority complex' apabila bercakap mengenai Melayu. Saya rasa anda adalah orang yang sama yang komen Melayu asyik kalah dalam artikel sebelum ini.

    Benar Melayu kalah; tapi Melayu pernah banyak kali juga menang. Melayu juga tidak kalah hanya dalam beberapa hari berperang. Penjajah mengambil ratusan tahun untuk menundukkan Melayu tetapi Melayu masih lagi wujud tidak terhapus seperti bangsa lain yang mempunyai tamadun hebat.

    Sedikit sejarah,
    1. Sultan Babullah Ternate pernah mengalahkan dengan teruk Portugis sehinggakan raja Portugal perlu meminta maaf. Dia juga telah menghantar wakilnya ke Lisbon untuk menyaksikan hukuman bunuh ke atas gabenor Portugis kerana khianat. 2. Pahlawan Perak pernah menghalau Belanda dari Pulau Pangkor dan memusnahkan kota Benalada di sana.
    3. Aceh telah mengalahkan Portugis di Sungai Bentayan Muar dan memusnahkan kota segitiga Portugis di sana (rujuk peta lama Muar oleh Portugis)
    4. Ingat kisah Mahsuri, suaminya telah berjuang dalam angkatan Kedah mengalahkan Thai yang menyerang Kedah semasa mati dibunuh akibat fitnah.
    5. Seperti dalam artikel di atas, angkatan Melayu telah membantu Thai untuk mengalahkan Burma yang lebih hebat daripada Thai.

    Banyak lagi sejarah yang membanggakan kita orang Melayu cuma kita nak tahu atau tidak, usaha nak cari atau tidak. Kita yang boleh pilih untuk hina bangsa sendiri atau kita nak bangkitkan alter bangsa Melayu.

    Cuma yang terbalik sekarang, kita dulu kuat bila menentang penjajah asing untuk kekal merdeka tapi menjadi lemah bila dijajah bangsa sendiri selepas merdeka.

    Harap tuan rumah terus membangkitkan sejarah kegemilangan Melayu walaupun 'dibenci' oleh segelintir Melayu itu sendiri! Terima kasih atas kajian sejarah-sejarah Melayu yang disorokkan. Ya, saya percaya masih banyak yang disorokkan tentang sejarah sebenar Melayu dan ada pihak yang tidak mahu ia didedahkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. btul tu..dan selalunya kalau ramai tak persan dlm apa-apa bidang pun..musuh utama org melayu bukanlah bangsa lain..tpi org2x dlm bangsa melayu tu snediri..tgokalah fenomena msyrkat kita kalau ada yg berjaya pasti ada yg dengki..dan skrg ni pun dlm mana2xz organisasi baik syrkt ato apa2x pertubuhan..kalau ketua dia melayu percayalah dia mesti cenderung utk memandang rendah bangsanya sendiri..tak percaya pd kebolehan anak bangsa sendiri..kalau bangs alain cepat je dia percaya..itulah melayu kita..kita tak boleh slahkan bangsa lain kalau dorang ambik peluang rebut kuasa..kita yg melemahkan diri sendiri.

      Padam
  4. emm org yg memebuka n kemudian menjdi sultan singgora pun dtg dr parsi bkn melayu.melayu yg hebat adalah melayu berdarah campuran bkn melayu asli.melayu menang perang pun sekejap n kalah teruk kemudian.kalah pula di halaman rumah sendiri.tgk melaka kecut dgn siam hingga kena minta pertolongan dari dinasti ming cina. maka dtg laksamana cheng ho memeberi amaran kpd siam supaya jgn menyerang melaka.laksamana cheng ho cina muslim ye beb bkn melayu.melayu ada laksamana hang tuah yg kesahihannya entah ke tidak malah mngkn hang tuah sebenarnya hang too wah.patut pantas seni belanya krn hang tuah berkungfu bkn bersilat.org cina bangsa besar pernah ada empayar besar.tamadun yg tinggi.ada tembok besar cina hinnga boleh namapak dari bulan.armada laksamana cheng ho cukup besar.klu armada perang melayu pakai sampan je.bahkan tentera melayu pun tak berbaju sedangkan tentera cina,siam dan burma berbaju besi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuatu bangsa bermula dari sesuatu gabungan puak-puak yg kecil...bangsa cina pun berkembang hasil gabungan berbagai puak di sepanjang sungai yangtze..rome sendiri adalah hasil gabung puak2x yg lebih lama di semananjung itali..org arab juga dr kabilah yg berbagai..jepun skrg adalah gabungan bangsa austronesia dan pendtg dr tanah besar cina dan semenanjung korea...jawa pun byk campuran..org thai lagilah dgn darah mon-khemer, lao ,melayu cina dan mcm2x.

      Bile bercampur barulah mereka maju..ya memang cina bangsa hebat sehinggakan dlm catatn mereka mereka mengelar semua manusia dr luar cina sebagai kaum gasar barbarian..tpi tidak bermakna kaum lain lemah..melayu adalh golongan pelaut hidup sentiasa berkait dgn laut..dlm catatn org cina juga mengatakan mereka pelayar handal..itu kelebihan mereka..malah ada kajian yg mencatakan kapal2x laut dr china mengunakan teknologi bangsa kunlun(barbarian selatan ato org melayu..kerana sblum tu armada cina hanya oleh mnegairi sungai yang tze tapi tidak laut luas yg bergelora..mereka tiada pengalaman berlayar di laut lepas..semua aktiviti perlayaran adlah mengunakan jurumudi kunlun ini..byk kunlun2x ni di ambil bekerja sebagi pelayar dan pembuat kapal org org cina sebelumnya. sami-sami yg ingin megunakan jalan laut juga selalaunya membyr pelayar nusantara ato kunlun melayu ni. jadi kalo guna ko kata perang pakai sampan tu teori palsu je..sampan sesuai utk air cetek mcm kat paya bakau..kalau nak serang hendap bolehlah. laut luas kene pakai kapal layar juga.

      Pendek kata kalo ko kata melayu asli lemah samalah dgn bangsa yg lain..yg aslinya juga lemah...dorang berkembang sebab berasimilisasi sama ada melalui paksaan atao rela..contoh berkahwin campur..dari situ memreka menjadi lebih kuat..tidak timbul soal melayu asli lemah & melayu campur kaut..melayu tetap melayu..ada yg lebih ada yg kurang bangsa lain pun sama..hakikatnya org tmptn lebih dominan tu pasal kaum pendtg yg asimilasi budaya org lokal..guna bahasa org temptan bukannya bahasa org lain..sultan2x otoman pun bukan semua berbangsa turki asli dr asia tengah..mereka majoriti berdarah campur greek anatolia..byk budaya turki adalh budaya setempat org greek anatolia yg diadaptasi oleh turki pendtg dr asia tengah ni..lagi satu teori anai2x hang too wah tu takde basis sejarah..hang tuah sebenarnya keturunan org laut.

      Padam
    2. He he he...

      Hang Tuah sebenarnya hang too wah?

      Keh keh keh...

      Armada Melayu pakai sampan je?

      Kah kah kah...

      Ko tengah buat lawak slapstik ke hapa ni?

      Padam
    3. tiada Hang Tuah, Tiada melaka, ingat tu

      Padam
  5. dr ann wang seng seorg cina muslim di malaysia pernah menulis buku berjudul biar cina pimpin islam.ini adalah sesuatu yg menarik dan sy bersetuju dgn dr ann wang seng.islam msti di pimpin oleh sebuah bangsa yg besar dan mempunyai tamadun yg tinggi.moga lebih ramai gadis melayu bertemu jodoh dgn jejaka cina dan ini akan menambah lagi jumlah cina yg beragama islam.melayu akan layu dan tidak boleh di harapkan utk memimpin islam.biar india muslim dan cina yg memimpin islam.tuan guru nik aziz nik mat sendiri tidak memperjuangkan konsep melayu krn melayu sememangnya tidak relevan lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. melayu tak boleh pimpin islam ke?
      Islam tu kan dalam diri. sendirilah yg memimpin. Islam dah ada seluruh dunia, pandai2 kitalah nak cari. Kalau bangsa besar sekalipun menipu, bagi rasuah, jual pempuan, bukak kedai nombor. Boleh ke mereka nak memimpin? Agama bukannya pasal nombor, bilangan yg banyak, tamadun yg tinggi. Agama utk kebenaran.
      Firaun yg hebat tamadun pun tenggelam dalam laut. Apa makna kehebatan dia?

      Padam
    2. sokong kamu..bangsa besar apenyer..silap tu.ptut ckp antara populasi bangsa terbesar di dunia.bru betul.ceh..mmg lah klu sebut nma islam org yg ikut al quran dan sunnah patut jadi pemimpin tak kira bgsa apa pun..yg penting jgn org bkn islam jd pemimpin

      Padam
    3. Racist kau 2 ekoq ni. brader tu cakap dari segi berat kat konteks agama walopon dier cina. Melayu pon bole juga pimpin islam, tapi tok najib kau tu...dan geng2 ultrabangsa dier tu...degil. hahahaa...mcm kau juga...

      Padam
    4. Iini mesti mamak ni haha...

      Padam
    5. Mane ade bangsa besar ke bangsa kecik ke apelah...orang melayu jugaklah yg ajar org cina buat kapal..dalam catatan sejarawan barat ade tu

      Padam
  6. memimpin islam?..terus terang aku ckp memimpin islam yg engko maksudkan selalunya mendatangkan kemudaratan melampau..kalau kau kaji sejarh..bangsa arab lihatlah akibatnya apabila isu memimpin islam dijadikan perkara utama..dipolitikkan..isu agama kalau dipolitikkan memang haru birulah.

    Lihat parahnya org arab skrg kerana doktrin agama dan politik lihatlah jatuh bangsa parsi psl doktrin agama dan politik..kalau tak kerana bantuan rusia dorang pun tak mampu ada teknologi nuklear..org turki menjadi lemah setelah doktrin agama kolot bercampur kepentingan politik menjadi dominan dlm pemerintahan otoman ditambah dgn korupsi birokrasi otoman sendiri..kalau tak kerana mustafa kamal yg di benci oleh yg BERAGAMA ni...sah-sah nasib org turki mcm org kurdish..hilang negara dan tanah.

    So aku naik menyampah dgn idea politikal islam...itu bukannya perkara pokok pun dan bukan tuntutan agama, islam sebenar menuntut umatnya bersikap adil, amanah dan segala sifat mulia yg universal yg ada dlm setiap diri manusia..bukannya yg ada dlm bangsa tertentu spt yahudi ke, arab ke dll..dan selalunya org fanatik gila kuasa je yg sukakn politik keagamaan melampau ni..cukuplah melayu menjdi penjaga hak warisan dan sejarah melayu..baik dr era animisme, hindu budha dan islam..jgn dijadikan politik keislaman ni perkara pokok..merosakkan bangsa sebenarnya mengikis sejarah kita dan menjadikan kita dijajah idea arabism teokratik secara tak sedar..sebaiknya islam dijadikan amalan spiritual serta digabungkan dgn budaya meneroka dan mencipta teknologi...kalau setakat nak memimpim islam kononya...aku tak kisah bangsa lain nak pimpin..ambik jelah.

    BalasPadam
  7. SEMUA DILAHIRKAN UNTUK BERJUANG
    PELBAGAI RAGAM BERGANTUNG KEHIDUPAN
    TIDAK AKAN SAMA UNTUK SETIAP ORANG
    SKRIP DIBACA MASING MASING TUJUAN

    SEMUA DICIPTA ADA FUNGSINYA
    TERANG DAN GELAP JELAS BUKTINYA
    TELITILAH SEMUA KEMUNGKINAN HIKMAHNYA
    PILIH YANG BERKENAN AGAR DIRI SEMPURNA

    BalasPadam
  8. IBLIS DAN SYAITAN ADA TUGASNYA
    MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB TANPA DERHAKA PADA TUHANNYA
    TIDAK PERNAH LEKA SENTIASA MENGINTAI PELUANGNYA
    MENGAPA KITA SENTIASA DIPERDAYAKANNYA

    TIDAK MEMAKSA UNTUK PERCAYA
    HATI DISENTUH SENDIRI MERASA
    SELERA KITA TIDAK MUNGKIN SAMA
    BEREBUT YANG SATU BERWUJUD DIMANA MANA

    Main problemo
    YANG HAKIKI ATAU DUNIAWI
    BUKANKAH DUNIAWI
    BERITA TERKINI HIBURAN SENSASI
    HAKIKI YANG KEKAL ABADI

    BalasPadam
  9. jangan terlalu prejudis terhadap bangsa sendiri...kebanyakan sejarah yg kita belajar di sekolah hanyalah cebisan kecil sahaja dari sebuah ice berg yg besar, bnyk sejrah negara yg diseleweng untuk keentingan ekonomi golongan dagang dan golongan politikus. akibatnya anak bangsa tak tahu sejarah. kalau dulu kita kalah maka belajarlah dari kegagalan itu. jgn dicemuh dan dicerca org yg telah meninggal.

    BalasPadam
  10. emmm saya menunggu komen cik srikandi pula.apa komen srikandi klu membaca komen sy yg melayu selalu kalah.kpd al semantani jones terima kasih krn memberi ulasan kpd komen sy.

    BalasPadam
  11. Apabila fakta sejarah digelap dan diselewengkan oleh pihak yang berkepentingan, maka jadilah seperti yang kita lihat pada hari ini. Anak Melayu lebih mudah menerima dan mengagungkan budaya asing dan menganggap budaya dan kepercayaan bangsa sendiri sebagai ketinggalan dan lemah. Jika mereka ini memegang tampuk politik, mereka akan meremehkan kejayaan bangsa, termasuk anutan bangsa sendiri, sambil mempromosi budaya asing yang kononnya lebih maju. Misalnya, K-Pop lebih dibanggakan dibanding dengan lagu Melayu asli.
    Inilah sebenarnya kejayaan penjajah barat, walaupun sudah diberi kemerdekaan, warganegara jajahanyanya sudah tidak lagi mempunyai jati diri. Sebenarnya usaha melenyapkan sejarah Melayu telah lama dibuat, hasilnya boleh kita saksikan pada hari ini.

    BalasPadam
  12. hari ini sy ke masjid sembahyang jumaat.ajk masjid pun dh bertukar tgn.yg pegang pula puak2 yg kuat berpolitik.antara isi kandungan khutbat ialah org3 melayu di sarankan buang semangat kemelayuan.alasan agama di guna klu kita mati dlm kubur bkn malaikat nk tanya apa bangsa kita.yg penting ibadat kita shj.buat apa nk ada slogan hidup melayu.yg penting islam cukuplah.malang sekali kita org2 melayu ada ahli agama kita yg mengajar bangsa kita sebegini.alangkah elok jika islam dan semangat bangsa melayu berjalan seiring.bkn bermakna kita bermusuh dgn bangsa2 bkn melayu.alangkah malang di tanah melayu sendiri kita di larang berckp hal melayu.mengapa masyarakt india muslim boleh membuat masjid india muslim n menggunakan bahasa ibunda mereka malah masyarakt cina muslim skrg juga ada masjid sendiri tp malang kita melayu di larang berckp ttg melayu oleh guru2 agama kita.malang sekali melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin anda slh pham,tgk lh pemimpin yg perjuang kn melayu, apa sda jd msia skrng? Bila agama tdk di atas menyerupai lh kita dgn org2 kafir...cer pk skt ley x???

      Padam
  13. As salam. Ada sedikit pembetulan di dalam blog ini yang perlu pencerahan sebenar. SIAM yang disebut perlulah ditukar kepada SIAM KEDAH, sebuah empayar Islam yang berpusat di Ayuthia. Nama SIAM perlu diubah kepada Thai jika ia berkaitan dengan kafir laknatullah yang menyerang SIAM KEDAH. Harap maklum.

    BalasPadam
  14. Nota tambahan kepada komentar di dalam blog ini.

    Sila rujuk dan belajar semula tentang asal-usul sebenar Melayu dan Sejarah Gugusan Nusantara/Melayu Lama Kedah/Langkasuka.

    Reinvent yourself, and immerse into a whole new knowledge before all those corrupted comments are given. CLEAR THE MINDFUL OF RUBBISH, GET THE REAL BY READING THE HISTORY AND LEARN FROM IT. IQRA. Allahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf saudara...agaknya saudara belum pernah baca artikel-artikel lama saya ttng pendirian saya terhadap siam kedah dan ayuthia islam. sekali lagi saya cakap setelah beratus2 kali saya tulis dlm blog ini yg saya tidak bersetuju dgn pendapat pendapat tersebut. tidak wujud kerajaan islam ayuthia dan orng kedah dan melayu segenting kera bukan siam islam tetapi MELAYU. sila buat kajian dan rujuk silang semula untuk memperbetulkan kefahaman anda.dari kajian terperinci yg telah dibuat ternyata fakta ayutia islam itu dogeng semata.`al semantani

      Padam
  15. http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130602/re_03/Suatu-hikayat-buat-renungan-bersama

    BalasPadam
  16. apa kerajaan Melayu lama yang paling keutara ye?? atas drp Grahi ada lagi ke??

    BalasPadam
  17. apa kerajaan Melayu lama yang paling keutara ye?? atas drp Grahi ada lagi ke??

    BalasPadam
  18. As-salam Al-Semantani...

    Ada satu hipotesis baharu...

    Orang Greek mendiami kaki Gunung Jerai @ Lembah Bujang seawal abad ke-9 sebelum Masihi...

    Anak-anak kapal angkatan putera Raja Rum yang diserang Garuda!

    Ada kemungkinan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat sini ha...

      The Lost Greeks Civilization in Kedah http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2013/09/untold-history-lost-greeks-civilization.html#comment-form

      http://hmm-asal.blogspot.sg/2011/04/mengapa-hikayat-merong-mahawangsa-asal.html

      http://hmm-asal.blogspot.com/2011/05/peneliti-peneliti-hikayat-merong.html

      Padam
  19. ENTAHLAH BENAR ATAU TIDAK ORANG GREEK PERNAH DATANG SINI..TETAPI TAK MUSTAHIL SEBAB PTOLOMY YG BUAT PETA TU DAH LUKIS PETA SEMENANJUNG TANAH MELAYU SEKALI SEBAGAI SEMENANJUNG EMAS. TAPI APA YANG SAYA TAHU SELAIN GREEK ORANG EROPAH TERAWAL YG BERJEJAK DI ASIA TENGGARA ADALAH ORANG ARMENIA. MEREKA MULA2 MEMBAWA AJARAN KRISTIAN DISINI MALANGNYA AJARAN MEREKA TIDAK MENDAPAT TEMPAT DIHATI MASYARAKAT SETEMPAT YG LEBIH SUKA DGN AJARAN BUDDHA, HINDU DAN KEMUDIAN ISLAM.

    BalasPadam
  20. WAHAI MELAYU SEMUA
    KITA BENARNYA ADALAH BANGSA YG BAGUS, RAJIN BIJAK KREAT KUAT POWER DLL. HINGGA DIJELOUS. TAPI SYG DENGKI DENDAM YG MELAMPAU SGT SAMA BANGSA KITA,HATI/JANTUNG YG KOTOR, ISLAM HANYA WAYANG MAKA ITULAH KITA DIJAJAH DLL. KUAT KAN SEMULA JIWA KITA, SAYANG DAN ISLAM PASTI BANGKIT SEMULA DIGERUNI KWN DAN LAWAN LUAR DAN DLM NEGARA

    BalasPadam
  21. Trima Kaseh Tuan kerna sudi meluangkan masa anda yg amat berharga ini utk berkongsi cerita ttg hikayat sejarah melayu purba kala yg telah hilang dek arus masa.
    Semoga ianya menjadi satu tauladan buat kita semua generasi melayu yg tidak kemelayuan nya lagi di dunia yg fana ini.

    BalasPadam
  22. Salam,

    1. Siam dan Thai dua kumpul bangsa/etnik berbeza. Siam berasal dari selatan manakala Thai dari utara. Asalnya, tanah negara Thailand dikuasai oleh Siam sehinggalah dikalahkan oleh org Bumar.

    2. Empayar yg hebat tak semestinya membina tamadun. Tamadun adalah puncak kemajuan yg dicapai oleh sesetengah bangsa hingga mengasaskan satu tata budaya tersendiri, termasuklah asas bahasa. Empayar hebat seperti Macedonia, Monggol dan Manchu antara contoh yg diketahui umum.

    3. Melayu ada tata budaya tersendiri dan kekal hingga hari ini walaupun sudah lama empayar2 silam terhapus. Ketamadunan lebih penting berbanding kewujudan empayar kerana tamadun kekal tetapi empayar silih berganti.

    BalasPadam