Assalmu'alaikum Semua, selamat sejahtera dan sihat diharapnye. kali ini Saya mahu posting sesuatu yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran kita. Ianya adalah sambungan perjalanan kita ke Candi Penataran tempoh hari. Banyak bukti sejarah menyatakan bahwa peradaban kita dahulu zaman nenek moyang kita, berkemungkinan jauh lebih maju dari pada apa yang banyak orang ketahui. Salah satu yang mungkin boleh dijadikan bukti adalah dengan adanya Candi Cetho. moh... kita mengembara ke alam misteri.
Candi Cetho terletak di lereng Gunung Lawu, berada di Dusun Ceto, Desa Gumeng, Kecamatan Jenawi, Kabupaten Karanganyar, Jawa Tengah, pada ketinggian 1400 m di atas permukaan laut. dulu saya ada menyentuh tentang candi ini dalam artikel saya mengenai pembina piramid di Nusantara. ya...candi ini berbentuk piramid. saling tak tumpah seperti piramid kaum Mayan dan Aztec.
Beberapa arkeologis Indonesia mengatakan bahawa Candi Cetho dibuat pada zaman Majapahit, tepatnya pada masa pemerintahan Prabu Brawijaya ke V. Jika memang demikian maka ada banyak keganjilan yang patut dipertanyakan. Antara lain, batu candi yang terbuat dari batu kali, padahal pada era Majapahit, batu candi dibuat dari batu bata merah. Pelik bukan? Kemudian, dilihat dari bentuk relief di Candi Cetho, tahap ketepatan dan kerapian pemahatannya masih sangat sederhana. Tidak seperti di era Majapahit yang jauh lebih detail menggambarkan figurin-figurin patung ataupun relief yg cantik. Hal ini mengindikasikan usia Candi Cetho lebih tua dari era Majapahit.
Demikian juga
patung-patung yang ada di Candi Cetho banyak menunjukkan klu yang jauh lebih
tua dari zaman Majapahit. Ada beberapa patung yang tidak menggambarkan orang
Jawa yang ada pada masa itu, patung tersebut justru lebih mirip dengan rupa orang
Sumeria. Padahal kebudayaan Sumeria dikatakan sebagai kebudayaan tertua di
dunia dan berada jauh dari sini...ini satu lagi kepelikan yang tak mungkin
terjawab. Selain itu ada dikalangan ahli arkeologi Indonesia yang juga pengamal
ilmu kebatinan dan p-aranormal mengatakan mereka dapat mengesan satu gelombang
yang terpancar terus dari puncak piramid tersebut. Dikatakan Nasa juga telah
berjaya merakamkan cahaya putih keluar dari tempat yang sama suatu ketika
dahulu. samaada benar atau tidak wallah hu a'lam.
Dari wajah dan potongan rambutnya tidak lansung menunjukkan orang Jawa tetapi memiliki kesamaan dengan orang Sumeria, Viking, Romawi, atau Yunani. Namun dari sisi pembentukan mata sangat serupa dengan patung Sumeria.
Dari wajah dan cara berpakaian serta perhiasan yang dikenakan bukan ciri orang Jawa
melainkan ciri khas tamadun Sumeria, tetapi mengapa patung ini ada disini?
Bila diperhatikan dari sigi perhiasan, untuk telinga biasanya orang Jawa menggunakan
Sumping, sedangkan pada patung ini hanya menggunakan anting-anting. Pada lengan tangan
biasanya menggunakan kelat bahu dan pada patung ini tidak, juga pergelangan tangan orang
awa biasanya memakai gelang keroncong, tetapi pada patung ini terlihat menggunakangelang yang sangat mirip dengan jam tangan, gelang sejenis ini merupakan gelang ciri khas dari tamadun Sumeria.
Pada gambar di atas merupakan gambar orang Sumeria yang di ambil dari internet. Dalam gambar tersebut terlihat bahawa bentuk perhiasannya seperti yang terlihat dipatung yang ada di Candi Cetho. Kebiasaan di Sumeria, perhiasan berupa gelang menyerupai jam tangan, hanya digunakan oleh mereka yang dari kalangan bangsawan dan ksatria. Begitu juga dengan bentuk mahkota, rambut dan janggut yang serupa, dari sudut cara berpakaian agak lain dengan yang di gambar ini. Namun bentuk mata sangat mirip, kerana digambarkan mata yang besar dan lebar.
Bila kita
perhatikan lebih jauh, mengapa ada patung yang pada dasarnya sangat mirip
dengan orang Sumeria di Candi Cetho. Sedangkan orang Sumeria yang menggunakan pakaian
seperti itu menurut sejarah ada di zaman 3000 - 4000 tahun sebelum Masehi.
Kalau mereka dikatakan manusia pertama yang mempunyai peradaban dan tata sosial
yang sudah bagus, mengapa mereka melutut di Candi Cetho ?.Jadi adakah bangsa
kita tidak ada peradaban pada waktu itu ataukah peradaban kita sudah
lebih maju dari mereka ? Atau mungkin peradaban yang mereka kecapi dicedok dari
kita?
Selain kaitannya
dengan orang Sumeria, pada relief di Candi Cetho juga tergambar ukiran prajurit
Jawa di mana gambar tersebut juga terdapat di relief yang ada di Candi Sukuh
dan di Villahermosa, Mexico. Sekali lagi kita perhatikan, patung yang diduga
adalah orang Sumeria yang berada di Candi Cetho dengan sebuah relief yang
berada di Monte Alban, Qaxaca, Mexico yang menunjukkan sebuah kemiripan.
WTF!!...huh sorry..:)
Pada kedua gambar di atas, kedua-duanya tergambar orang yang sedang dalam ketakutan, dan menyembah atau menghormati seseorang. Apakah hubungan peradaban bangsa kita dengan peradaban bangsa Maya atau Inca di Amerika Latin dalam menghadapi bangsa Sumeria ?
Begitu juga beberapa patung yang terdapat pada Candi Sukuh yang letaknya tak jauh dari kompleks Candi Cetho yang sama-sama terletak di lereng Gunung Lawu dengan ketinggian 1186 m diatas permukaan laut, berada di Dusun Berjo, Desa Sukuh, Kecamatan Ngargoyoso, KabupatenKaranganyar, Jawa Tengah. Candi Sukuh sebuah candi dengan bangunan yang unik, karena terdapat kesamaan bentuk dengan bangun-bangunan yang ada di Saqqara Mesir, Chichen Itza dan Tenochticlan di Mexico, serta Copan di Honduras. Selain itu apa yang menariknya adalah candi ini seperti juga Candi-candihebat lain seperti Borobudur dan Prambanan ianya dijumpai oleh peminat tegar sejarah Nusantara Sir Thomas Stamford Raflles pada tahun 1815 pada dalan masa pengumpulan data untuk penulisan buku “The History of Java.”. Yang saya tahu beliau adalah seorang Masonic...puzzle disini.
Selain itu terdapat patung yang sekilas mirip makhluk Hindu Jatayu, dalam legenda Jawa Hindu yang digambarkan sebagai manusia garuda. Perdebatan kembali muncul dengan perbezaan-perbezaan dalam pakaian dan tutup kepala. Ternyata banyak yang menilai bahwa makhluk tersebut lebih dekat dengan Annunaki atau Pazuzu dalam tamadun Sumeria daripada bentuk Jatayu.
Melalui kajian dan penemuan yang telah dibuat ini saya ingin memberikan satu hipotesis mengapa wujud keganjilan-keganjilan ini. Pertama sekali kita perlu ingat bahawa masyarakat nusantara atau Austronesia adalah pelaut yang unggul. Setiap pelaut yang unggul perlu ada ilmu tentang navigasi. Ilmu navigasi yang terdapat pada para pelaut ini diperolehi dengan membuat pemerhatian terhadap langit, yakni bulan, bintang malahan planet. Pengetahuan ini semuanya memerlukan pengiraan matematik yang jitu. Oleh itu seorang pelaut selain jadi jurumudi dia juga ahli astronomi dan matematik. Mereka juga mahir dalam membina bangunan dari batu dengan ketepatan ukuran yang menakjubkan. lihat sahaja Borobudur dan Prambanan.
Sekarang anda fikir sendiri, bagaimana suku kaum yang tinggal di tengah-tengah hutan belantara dan padang pasiaq pelajari ilmu-ilmu ini? sebenarnya mereka telah beri kita banyak klu.Satu klu yang tak boleh kita terlepas pandang ialah kebanyakan tamadun-tamadun hebat ini mengaku bahawa ketamadunan dan ilmu-ilmu sains dan matematik yang mereka ada diperolehi dari orang luar atau orang asing yang mengajarkan kepada mereka!Siapakah orang asing ini!....ini misteri yang perlu anda fikirkan sendiri:) Dalam kajian yang dilaksanakan oleh beberapa ahli antrophologi dan , didapati bahawa terdapatnya ras Austrik atau satu ras yang termasuk dalam ras Austronesia dalam DNA orang Sumeria. Mana datang ras ini sedangkan mereka dalam kelompok Assyrian. Selain itu siapa annunaki si makhluk yang bermuka macam naga tapi berbadan manusia! ini satu lagi kepelikan yang berlaku dalam setiap tamadun-tamadun purba yang hebat seperti Mayan dan Sumerian. Kedua-dua tamadun ini menyatakan adanya kedatangan orang luar atau makhluk lain yang digarbarkan seperti ular, biawak, buaya atau....NAGA!
Nah... ternyata begitu banyak misteri yang tersimpan tentang peradaban akan nenek moyang kita, tidak hanya dari segi budaya, dari bidang senibina pun nenek moyang kita tidak kalah dengan bangsa-bangsa lain di dunia, maka sepatutnya kita bangga dan menjadikan pelajaran buat kita, jangan sampai kita kalah dengan nenek moyang kita, yang hidup dizaman yang teknologinya masih minimum tapi mereka mampu menciptakan pelbagai karya besar untuk perkembangan di masa mendatang. Adakah mereka ini yang dibangga-banggakan sebagai Mastermason oleh orang-orang Freemason dan illuminati? adakah dari peradaban nenek moyang kita orang Yahudi zionis askenazi mendapat ilham dan motivasi untuk menguasai dunia. Ini semua hanya teori, dan setiap teori ada kelemahan masing-masing. Namun tidak boleh tidak kita harus cuba dan terus mencuba mencari kebenaran disebalik segala misteri ini...hal ini kerana ianya adalah warisan nenek moyang kita. jika bukan kita siapa lagi. we are son's of the Eden! sekian wallah'hu a'lam.
Salam boleh saya bg pendapat..saya rasa zaman sebelum banjir besar nabi Noh geografik dunia masa itu berbeza dengan sekarang dan mungkin peradaban mereka dekat dengan yang lain..
BalasPadamSatu pendapat baru yang menentang pendapat yang bersifat konservatif.
BalasPadamApa yg saya ada baca, watak 'orang luar yg bijak' yg selalu muncul dlm peradaban yg berbeza2 & bina piramid ni sebenarnya Dajjal. Wallahualam..
BalasPadamDajjal dah wujud pada zaman Nabi Musa,dan Nabi Musa wujud di zaman dinasti Firaun.
PadamMenurut riwayat,Dajjal sejak Kecil dibesarkan di sebuah Pulau..tak pernah kemana2.
So persoalannya adakah anda mahu mengatakan Firaun adalah Dajjal?
Pernah baca Kisah Lembu samiri?
Pernah baca kisah Laut Merah?
SALAM...
BalasPadamPADA SANG BONDA DAN KELUARGA...
ANAKANDA SENTIASA SIHAT SEJAHTERA...
RUMAH KITA... APA CITE...???
Bagus,tapi saya nak lebih lagi dari ini.Jangan malas mengkaji.u can do it!Cuba kaji lagi kenapa ada kebudayaan Sumeria tertinggal di sini.Jangan tunggu ATBM v4 habis baru nak kaji.
BalasPadamsalam sejarah,
~SK
FB cik Sri.....real ke tak?
PadamHmmmm..ini semua salah UMNO.
BalasPadamwakaka..
He he...
PadamBukan salah UMNO la...
Ini semua salah Anwar....
He he...
adoyai cik sri...nak lebih lagi ker? ok..ok i will try my best.memang penin la jugak nak kaji tentang sumerian ni. perlu banyak baca lagi ni...
BalasPadamI nampak message "Khas untuk Cik Inner circle..:)"
BalasPadamTak rugi berada dalam Inner Circle.
Yes yes - Teruskan baca lagi Al-Semantani.
Saya menadah lagi.
Semoga kalian semua dipanjangkan umur. Kami juga moga panjang umur untuk dapat belajar dan tahu.
Kalu silap Tok Guru masih ada lagi untuk perbetulkan atau meneguhkan.
Mcm mane boleh ada orang sumerian kat sinih???
BalasPadamini semua salah umno...
Dah gi berambus dengan politik ko tu.
PadamHe he he...
PadamBukan salah umno la...
Ini semua salah Anwar....
He he he.
Sikit2 salahkan UMNO, bosanlah....nak berpolitik gi tempat lain....Srikandi pun dah sikit2 kena demam politik...bosan. Asyik2 nak hentam UMNO...bosan.
PadamAssalamualaikum,
BalasPadamAl Semantani, Dah Download Link Pdf saya bagikan? Saya nie pengkaji bebas, Banyak lagi encik semantani perlu bagi kat peminat2 n pengkaji sejarah.
En Semantani Belum Lagi ceriata pasal tentera Jawa Ke? Invading The Land Of XXXXXX. Harap dgn ulasan En Semantani bolehlah pemuda2 bangsa kita mempelajari serba sedikit ilmu2 sejarah.
Kalau encik semantani ingin hamba bekerjasama boleh, kalau encik mahulah?
Apa2 pun Ulasan yg pendek dan sangat tajam!
waalaikumsalam,
Padamterima kasih dgn maklumat yg anda beri.Pasal tentera jawa? yg mana satu tu? adakah berkaitan dgn wakwak? atau mungkin saudara ada maklumat lain. jika ada apa salahnya kita kongsikan bersama untuk anak bangsa. tak perlu tunggu saya tulis pun tak pe, saudara sendiri boleh tuliskan dalam blog saudara kan lebih bagus.
demi perkongsian ilmu tak perlu minta kebenaran. kalau saudara ada maklumat yang saya tiada maka silalah lampirkan. atau kalau saudara tak mahu tulis link kan kepada saya. tapi lebih baik saudara tulis sendiri sebab menggalakkan lagi banyak blog berunsur sejarah bangsa beredar di maya ni. lebih meriah dunia sejarah kita...:)
saudara ada email ke tak? Hamba nie tak pandai buat ayat, lebih baik publish kat sini sbb pemuda2 selalu park kat sini. :)
Padamhehe...tak pandai buat ayat? eh saya baca elok je blog yg saudara tulis tu, kenapa tak teruskan? saya rasa ayat saudara power ape. email ada; semantani@gmail.com ...jika belum ke facebook silalah kesana boleh hantar mesej melalui facebook juga. facebook saya taip saja Al Semantanijones mesti ada.
Padamoh ye ttng tentera jawa tu silalah hantar, boleh saya tengok ape yang patut...nanti saya kreditkan artikel khas untuk saudara. tapi artikel tu bukan dalm masa terdekat kot saya tulis sebb skang saya sibuk dgn pengkajian lain untuk inner circle...:)
TQ, tapi penangan saudara lagi senang pembaca khatam :) Saya nie pnegumpul evidence namun taklah confirm. Kawan2 dari seberang pun belum lagi update cite.
PadamKalo masa luang saudara boleh cek email, hamba dah send :)
as salam Malayu Sarawak,
Padamsaya dah visit blog MS - Bencana Akhir Zaman
sangat bagus ada orang yg memberi peringatan ttg hari kiamat dan kaitkan dgn peristiwa2 terkini
teruskan menulis ya....
as salam Al Semantani Jones,
Padamsaya nak communicate dengan sdr Malayu Sarawak
harap dia baca
sorry bro...terpaksa guna ruangan komen sini
saya dah baca artikel terbaru
terima kasih dan amat dihargai - satu peringatan yg sgt diperlukan kepada manusia2 yg sering lupa seperti saya
bro tak ada ruangan komen ke?
kepada kengkawan, satu artikel yg sgt baik dari Malayu Sarawak
BENCANA DI BULAN APRIL 2013
http://malayusarawak.blogspot.com/2013/05/bencana-di-bulan-april-2013.html
terima kasih
" Srikandi7 Mei 2013 5:58 PTG....... kenapa ada kebudayaan Sumeria tertinggal di sini....."
BalasPadam- Jawabnya ialah Nabi Ibrahim a.s berasal dari Sumeria datang ke Nusantara!!! Cuma hipotesis sahaja...
Nabi ibrahim hidup pada zaman Babylon yakni selepas hilangnya tamadun sumeria.
Padamhttp://blogs.discovermagazine.com/gnxp/2012/10/ancient-dna-and-sumerians/
BalasPadamA few months ago someone asked me (via email) which populations I would love to get typed (genetically that is). There is one population which did not come to mind at the time: the Sumerians. Why? Because these are arguably the first historic nation. The first self-conscious ethnic group which operated by the rules which we define as the fundamentals of literate civilization. Strangely, they are an ethno-linguistic isolate. My own assumption until lately has been that this is not too surprising, in that prior to the rise of expansive civilizations (Sargon of Akkad) there was much more linguistic and ethnic diversity than we currently see around us. Or, was evident even in the early Iron Age. In other words, the ancient Fertile Crescent may have resembled the highlands of Papua, with Hurrians, Akkadians, Gutians, Elamites, Sumerians, etc., all speaking mutually unintelligible dialects which diverged very far back in the mists of antiquity.
cik srikandi dh lama senyap je.nk msk blog misticfile pun dh tak boleh.napa jadi begitu?
BalasPadamsebb cik sri dah private kan blog mistisfile. skang hanya org tertentu yg bleh masuk yaitu inner circle dan kami x dibenar sebar kandungan blog tersebut pada awam untuk keselamatan kru mistisfile. mereka sedang diperhati skang ni. so kalau nk tau bayang-bayangan artikel dlm mistis boleh lawat blog saya atau riwayat srikandi dan fb srikandi...tapi bayang2 je la tak boleh isi penuh nnti kene mrh dgn cik sri or geng inner circle lain. ok...:)
PadamTersilap, sebenarnya Nabi Nuh a.s dikatakan berasal dari Sumeria dan datang ke Nusantara...sebab tu kot ada peninggalan Tamadun Sumeria
BalasPadammak oii sampai begitu sekali.siapa yg perhatikan?/cia??m16??mossad?apa pun saya dokan srikandi n semua krn misticfile terus berusaha n di lindungi allah selalu joga kpd semantani jones truskan perjuagna anda demi agama n bangsa.
BalasPadamKerajaan Malaysia je...Relaksla....
Padammistisfile x leh masuk ini sume salah ameno kehkeh..
BalasPadamSalam
BalasPadamSemoga sejarah kajian mistisfile dapat disebarkan dan dipelajari