Salam kepada
pembaca semua, sebagai mengisi kekosongan sebelum saya menyiapkan artikel berat
seterusnya, hari ini mari kita bersama berkongsi dan menyebarkan pengetahuan
tentang salah satu daripada senjata Melayu yang juga kerap kali kita lupa.
Senjata yang dimaksudkan ialah Pedang atau Sundang. Jarang kita dengar dalam
kisah-kisah sejarah terdapatnya orang Melayu yang berperang dengan Pedang dan
Sundang bukan. Namun ini tidak bermakna ianya tidak wujud. Sebenarnya kedua-dua
senjata ini merupakan sejenis pedang yang lurus dan panjang yang digunakan
dengan dua belah tangan (seperti pedang samurai Jepun). Ia
popular di Filipina, Borneo, dan Sulawesi. Di Malaysia, ia dihasilkan di
Terengganu, Kelantan, Patani dan Utara Semenanjung Malaysia.
Sundang, sama
ada jenis biasa atau sundang lipas biasanya digemari oleh pelaut. Saiznya lebih
besar dan berat dari pedang biasa. Walau bagaimanapun bagi pelaut yang sentiasa
berkayuh dan mendayung berat dan saiz sundang ini alah bias tegal biasa bagi
mereka, cuba kita bandingkan saiz dayung dengan sundang, mana yang lebih besar.
Sundang biasanya menggunakan bahagian tengah bilah untuk menangkis serangan
pedang, bukannya bahagian tepi yang tajam. Manakala bagi jenawi pula jenis
pedang seperti ini adalah berasal dari China dan mendapat pengaruh dari pedang
Jian. Di semenanjung tidak banyak pedang seperti ini kecuali di pulau Jawa dan
Sumatera kerana disemenanjung Sundang lipas lebih terkenal dan banyak
digunakan. Walaupun Nampak sama namun terdapat perbezaan diantara sundang lipas
dan pedang jenawi. Jenawi lebih tirus manakala Sundang lipas lebih lebar.
Sundang Keris Moro tidak digunakan untuk
menikam seperti keris, ia lebih kepada menetak dan melibas. Saiz matanya agak
besar dan lebih berat berbanding keris biasa. Hulu sundang juga lebih mirip
kepada hulu pedang berbanding hulu keris. Sundang lipas pula digunakan untuk
menyerang dalam sebarang keadaan. Senjata ini tidak belaga bila bertempur tidak
seperti permainan parang atau pedang.Teknik permainan ini kena bergerak pantas
menyababkan sentaja ini tidak akan belaga apabila diserang atau menyerang
musuh.
Dalam silat
gayong tidak semua gurulatih yang dapat belajar permainan ini kerana ia
dianggap sebagai senjata tertinggi. Selain daripada seni sundang lipas satu
lagi senjata yang masih sebahagian jurulatih tua miliki adalah seni “Serampang”
sama ada Serampang Laut atau Serampang Barat. Permainan ini dianggap amat
menggerunkan dalam segala permainan senjata. Kelebihan senjata ini adalah ia
dapat melakukan serangan terhadap musuh yang ramai, lagi ramai adalah lagi
baik. Sebenarnya bayak lagi senjata kuno yang belum lagi terungkap oleh kita
sekarang yang masih manjadi rahsia dalam Ilmu Persilatan guru-guru tua. Oleh
itu sekian artikel ringkas dari saya, wallah hu a’lam.
Assalamualaikum,
BalasPadamHamab Tak Sangka Rupa-rupanya dalam rumah hamba ada sebilah sundang lama.
Sekarang tengah belek2 sundang lama nie. Ingatkan pedang panjang biasa. Namun apabila tengok betol sama jenis dgn sundang.
Kat kampung hamba byk sundang lama disimpan oleh orang2 tua. Ingatkan tompol sekali kena isi pedih betol!
Kenapa2 ada jenis sundang boleh bergetar2 dan bergerak macam kena control makhluk halus?? Sbb kwn hamba pernah bapak dia nak turunkan ilmu tu, tapi badan dia tak 'ngasi'dgn ilmu tu. Bapak dia rilek ja suruh sundang tu terbang.
Mungkin kwn saya tu tak sembahyang kot.
#PSS: 'Ngasi' adalh bhsa malayu borneo kuno. Maksudnya tak diterima,tak layak,tak setanding. Ilmu pun perlu ada syarat2nya bukan...
kalau di semenanjung dipanggil raksi. sundang tu ada khadamnya tu. lebih baik sebelum ayah kawan tu meninggal dilepaskan je sebb nnti takut ank die tak pndai jaga. hanya org yg kuat pegangan agama sahaja akan boleh kawal khadam. kalau kwan ayah anda tu dah tiada nnti mungkin khadam tu akan balik kampung juga dan kemudian syaitan akan gantikan tempat khadam tu. ini bahaya! sebb dia menyamar jadi khadam dan mintak yg bukan2. percayalah sebb dah jadi dekat saya...
BalasPadamalamak napa tak boleh nak msk dlm misticfile??
BalasPadamTerima kasih Al-Semantani..
BalasPadammengkala aok ander masa moh la ke blog koi..
Baru update pagi tadi atas permintaan rodonc koi Tongkat Ali tuan kebunketereh.com
Terima kasih sekali lagi rodonc..
best..best...mklumat yg best. tahniah...
BalasPadambest tu untuk Don balon tau...
BalasPadamsalam.kalau nak cari sundang,carilah sundang lama.sundang baru bukan apa,besinya bukan terpilih bila digenggam di tangan,semangatnya tiada.saya ada dua bilah sundang lama yg jika dipegang,semangat diri akan naik.just menumpang semangat aura pendekar2 yg telah menggunakannya dalam pertempuran sebenar.tak dinafikan sundang2 lama ni ada khadamnya
BalasPadambesenya sundang ni digunakan untuk mengamuk lebih kpd melibas..
BalasPadamSaya ada sebilah sundng lipas nie..ini adalah pedang pusaka.mmg benar ia tajam dan pedih bila terkena kulit.seab dah byk kali kena..wakawaka..pedang nie mmg berkhadam.hampir 13 tahun ia hilang dari saya.alhmdulilah akhirnya saya ketemui jugaks maybe saya adalah pewarisnya yg berhak.kini pedang tur sudh smpurna sepeeti azalinya setelah di mandikan 7x yakni bersamaan 3 bulan..apa pun pada pemilik atau waris sundang nie jgn ikutkan hati sebab pedang pusaka nie panas..kena tenang dari segi hati.bahaya jika di salah gunakan..skrg sundang nie telah pun berbalot kain kuning dn tergantung di dinding..bagi waris yg mmiliki senjata tajam..jika ianya berkhadam jgn di simpan di dalam almari atau di letakkan di tempat tertutup..takot nnti anak bini tak senang tidor..
BalasPadamPunya Alm bapak saya ada, tapi dipinjam kawannya haji yg tak amanah,
BalasPadamPinjam 1 tahun tapi sudah 5 tahun tak di kembalikan. Alasannya hilanglah, ditangkaplah dah tu katanya terakhir dipinjam kawannya. Sblm Alm bapak saya meninggal dia bagi amanah pada saya untuk memintanya kembali. Tapi itu haji bnyk alasan... Haji itu sekarang tinggal di Malaka Malaysia..
Bagaimana saya mau mendapatnya kembali.. Sundang itu keturunan dari datuk saya pada zaman Datuk Laksamana di Bukit Batu Bengkalis yg bersahabat dgn Raja malaka... Sampai saat ini saya sedih karena ada seorang Haji yg penipu...
jom kita sma dptkan
PadamSaya ada sundang morro antik utk dilepaskan..kpd yg berminat sila contact/wassap sy ditalian 0172298302 tq shah perak..
BalasPadam