Salam para
pembaca semua. Pada kali ini saya ingin memaparkan sebuah artikel pengiring
yang bagi saya cukup menarik walaupun ringkas. Semoga artikel yang saya
perolehi dari portal UKM ini memberi pengajaran dan peringatan kepada kita
betapa pentingnya sejarah itu dipelihara dan dikaji selidik sebaiknya. Jangan sampai
orang luar lebih tahu sejarah kita berbanding kita sendiri, malu rasanya saya
tak tahulah anda malu ke tidak.
Seorang
sarjana Portugis mendedahkan Kerajaan Melayu-Islam bukan saja berkembang di
Melaka, Johor dan Aceh malah juga di Ambon, Ternate dan Tidore sekitar
tahun-tahun 1500-am.Dr Gijs L Koster dari Universiti of The Minho, Braga, Portugal,
juga berkata semua kesultanan Islam itu di samping kerajaan Pasai, Minang dan
Maluku turut sama memberi tentangan hebat terhadap penjajah Portugis selepas
kejatuhan Melaka pada 1511.
Sebelum ini
kesultanan itu turut menjalin kesepakatan seperti di antara Johor dengan Melaka
atau dengan Aceh walaupun kadangkala ketiga-tiga kuasa itu bersengketa dalam
perebutan kuasa pada abad itu.Pada saat-saat perpecahan terutama di kalangan
pembesar kerajaan Melayu itulah, kata sarjana Portugis itu, armada
Feringgi dengan mudah mengalahkan Aceh
terkenal sebagai pendekar Islam Asia Tenggara, pada 1629.Sebelum ini, sekitar
1540 akibat kerajaan Melayu di Pasai menjadi berpuak-puak Portugis juga
melancarkan serangan lantas menguasai wilayah itu.
Dr Koster,
66, memberikan fakta-fakta itu pada satu wacana bertajuk “Reaksi Sastera Melayu
Terhadap Kehadiran Portugis di Nusantara” anjuran Institut Alam dan Tamadun
Melayu (ATMA) UKM di institut itu Jumaat lalu.Beliau yang fasih berbahasa
Melayu-Indonesia pernah bertugas sebagai Profesor Madya di Universiti Sains
Malaysia dari 1993 hingga 2000 sebelum ke Universiti Indonesia, Depok, Riau,
mengajar sastera Melayu/Indonesia Tradisional dan Moden dan Perbandingan.Dalam
ceramah ringkas itu, Dr Koster turut mendedahkan beberapa perkara menarik:
Hikayat Tanah Hitu dikarang oleh Imam Besar Ambon Saipul Hijali mengandungi
banyak kisah perjuangan kesultanan Melayu-Islam di rantau ini.
Sultan Ambon
melancarkan Perang Sabil terhadap Portugis yang didapati menggalakkan
paderi-paderi memurtadkan penduduk Islam selain cuba campur tangan dalam
kerajaan di Utara Ambon. Dua helai surat dipercayai tertua ditulis dalam bahasa
Melayu, tulisan Jawi kini tersimpan di
arkib di Lisbon. Pertama daripada Sultan Baadullah dari Ternate kepada Raja
Juan III mengadu mengenai sikap buruk orang Portugis yang mencuri, mabuk dan
bergaduh di pelabuhan dilawati di rantau ini. Begitu juga surat ditulis oleh
Sultan Zainol Abidin dari Pasai mengenai perkara yang sama.Mengenai kerjasama
kerajaan Melayu itu, Dr Koster berkata Melaka, Johor dan Aceh membentuk jalinan
tiga segi dan kadangkala di antara dua kerajaan saja seperti Aceh dengan Johor
dan Johor dengan Melaka.
Pada satu
ketika, armada Aceh dilengkapi meriam besar dibeli dari Turki dibantu oleh
berpuluh kapal dari Johor membedil kota Melaka untuk menangkap seorang kapitan
Portugis yang kejam dan bengis.“Orang Portugis menganggap kapitan yang berjaya
ditangkap itu sebagai mati ‘syahid’ kerana rela dibunuh saja daripada murtad
iaitu menukar agama daripada Nasrani kepada Islam,” kata Dr Koster.Turki pada
zaman itu, kata Dr Koster, dianggap sebagai Amirul Mukminin dan turut sama
memberi bantuan kepada Aceh adalah kerajaan Gujerati di India.
INI ARKIB DI LISBON. JOM PERGI! CIK SRI SPONSER...:)
Pada ceramah
itu, Dr Koster turut memaparkan gambar-gambar lukisan Portugis belum pernah
dilihat di sini menceritakan pelbagai kisah menarik dan wajah bandar Melaka dan
tanah jajahan lain.Selain membina kubu dan benteng, Portugis memastikan ‘felorina’ iaitu sebatang
tiang tempat hukuman mati dilaksanakan dibina dekat tengah kota termasuk di
Melaka. Felo Penyelidik Utama ATMA, Prof Dr Ding Choo Ming mengakui bahawa
Hikayat Hitu belum pernah diselidiki oleh sarjana-sarjana Melayu-Nusantara
malah banyak perkara didedahkan oleh Dr Koster adalah kisah-kisah yang perlu
dikaji yang kini tersimpan di arkib-arkib di Portugal.
Menarik sungguh!!
BalasPadamAssalamulaikum,
BalasPadamPerpecahan?
Benar, mmg itu penyebabnya. Sekarang Zaman Moden, Datang baliklah dah penyakit ini. Politik Dan Kenegrian, smeakin menjadi2.
Sekarang musuh spt Feringgi namun dlm bentuk moden, mula nak mengatur alngkah anak2 'chess'. Mula2 dikeluarnya Queen, Kemudian kudanya, castle menjadi pertahanan, anak2 tentera menjadi korban.
Namun ketika kita sedang membunuh satu2 anak2 buah,kuda,castle,bioshop, queennya, kita telah lupa satu sahaja.
Satu sahaja...
Satuu sahajaa...
Org Itu hanya satu sahajaa..........
Yang pandai mencantas musuhnya...
Mencari kelemahannya...
JERATlah TUANNYA.
Jeratlah TUANnya.
Maka, Jika Kita pandai, nescaya seluruh para pengikutnya mati....
CHECK MATE!!!
Semut2 mask sarang Ada yang nak lalu Yakut terpijak ....
BalasPadamSEMUT APE TU...
BalasPadamKhabarnya sekitar tahun lepas sehingga kini disebabkan krisis ekonomi Eropah menyebabkan kerajaan Portugal hampir muflis.
BalasPadamBolehkah kita menggunakan kesempatan ini sebagai contohnya memberi bantuan ekonomi atau melabur ke sana dengan syarat kita dibenarkan membawa pulang manuskrip Melayu yang ada di sana atau sekurang-kurangnya kita diberikan akses dan dibenarkan membuat salinan kepada semua manuskrip atau maklumat yang ada mengenai Melaka.
Yup..
BalasPadamJelas lagi nyata..
Untuk sekalian lamanya..
The Great Succesful Old METHODE..
"Retak , pecah & kalah"
Portugal sentiasa negara yang paling teruk ekonominya di Eropah Barat. Tapi sekarang ni Itali lebih teruk, Sepanyol pun boleh tahan teruknya sekarang.
BalasPadamKoi tahun 2003 dulu pernah 3 hari di Lisboa, naik bas dari Madrid. Bandar lama dan menarik, tetapi sayang masa tu belum minat sejarah, kalau tak boleh juga meragas pustaka-pustaka di sana.
Apapun, perpecahan memang punca hampir semua kejatuhan kerajaan.
Al-Andalus pun sebab berpecah dari khalifah, kemudian membentuk negara kota ynag kecil-kecil.
Blog ni tak mengecewakan saya,kalau sangtawal dan penditas agak lama jugak nak tunggu siap artikelnya baru boleh baca.Tahniah ya Al - Semantani...
BalasPadamArruuummuuu...
BalasPadamSiapa Akan gumbiraaaa....
Salam.blog & penulisan yg menarik,umpama buku sejarah underground.info yg kebanyakannya berada diluar kotak pemikiran biasa...keep up the good work saudara!jemput ke blog saya yg tidak seberapa ~ Tekok Beriuh : Bahan Bakar Dari Air - Satu Realiti Yang Disembunyikan?
BalasPadamSelagi umat Malayu berpuak-puak,bangsa kafirun mudah pijak kita macam pijak semut.
BalasPadamAsalamualaikum tuan al-Semantani.Saya ni sebenarnya peminat no.1 blog tuan.terbaikkkkkkkkkk sangat!
BalasPadamasalam blog ada tak al kisah mengenai kehebatan bahtera kita setakat yang saya tahu di sebuah candi jawa terukir sebuah kapal gah yang hebat mengikut usia candi sudah beribu tahun ada mungkin di sebalik ceritanya sudah cukup di ketahui
BalasPadamsaya pernah menulis mengenai teknologi perkapalan melayu. sila rujuk balik artikel saya yg lama dlm blog ini ya....
PadamAllah menjadikan kita pelbagai suku, kaum dan puak untuk kita saling kenal mengenal dan menjadikan perbezaan2 ini untuk kita saling lengkap memperlengkapi menjadikan alam ini tempat yang aman untuk didiami melalui ajaran Islam yang syumul.
BalasPadamDan kesan dari itu, maka semoga kita memperolehi taqwa dan dinilai mulia di sisi Allah.
Pada rasullullah itu terdapat contoh terbaik bagaimana dia mencintai, mengekalkan budaya atau kebiasaan bangsanya selagi mana tidak bertentangan dengan Islam dan meninggalkan kesyirikan dan assobiyyah(berkerjasama atas nama bangsa dan budaya demi kebathilan) yang merosakkan.
Perbezaan di antara kita tetap berlaku walaupun kita dari rumpun yang sama. Kita berevolusi kepada pelbagai kesukuan dan menjadi pelbagai bangsa berbeza kerana ianya kehendak ALLAH. Janganlah jadi perbezaan ini sebagai alasan untuk kita menindas / menyesatkan / merendahkan bangsa yang lain.
Pada masa yang sama janganlah kita biarkan bangsa sendiri tertindas / sesat / dihina. Berjuanglah atas jalan2 yang diredhoi peliharalah bangsa kamu semoga mereka selamat di dunia dan akhirat.
bimbinglah perbezaan yang wujud menuju jalan Taqwa dan Mardhatillah.
terima kasih al semantani kerna balas mengenai bahtera dan saya dapat beberapa maklumat yang di cari walaupun saya perna lihat di museum kapal melaka dahulu,saya merupakan seorang pengusaha kayu ukir dan minat dengan pengkajian serbagini dan penting bagi kita menyusuri asal usul bangsa agung ni walau saya berdarah jawa cerebon,ia juga termasuk dalam golongan rumpun melayu seluas alam.
BalasPadamumpama salah satu ciptaan agung bangsa kita (gobek api)ada sesetengahnya tahu dan ada tidak tahu sekarang kita panggil pemetik api tetepi gobek api berlainan bentuk ia seperti kayu larik sahaja tetapi ia boleh mengeluarkan bara api,pandaikan....
apa yang saya kongsikan disini hanya barang saje yang biasa tapi ilmunya besar sehinggakan negara barat meniru ilmu ini dan di baharukan di cantikkan bentuknya (fire piston)sehinggalah terciptanya piston kenderaan yang kita gunakan pada hari ini,elokkan ilmu kita..malah banyak lagi ilmu orang melayu yang sudah di ambil sehingga kita leka dengan hayalan mat saleh tanpa mengembali kekeutan diri kita sendiri.sekian wes
Maaf..
BalasPadamIbadah hanya diterima jika suci dari najis dan kotoran...
Untuk mendapatkan SINAR/NUR cemerlang gemilang terbilang...
Najis dan Kotoran yang ada perlu disental...
yang terdapat/terlekat pada ******NYA
ITULAH YANG SATUNYA DITERIMA DARI PERTAMA DAN TERAKHIR....
SELAINNYA HANYA FATAMORGANA....
DISISI PEMILIKNYA....
AKAN....
TERPANCARLAH PURNAMA....
SEKIAN LAMA GELITA....
BERBAHAGIALAH SANG BONDA....
MOGA KEKAL SELAMA WUJUD ALAM DAN SEGALA ISINYA...
-MADMAN-
Betul le ibadah itu hanya di terima jika ikhlas. Maksud ikhlas itu apa? Ikhlas tahap mubtadi, mutawasit, muntaha tu macam mana? Syirik jali, khafi, atau khafi ul khafi tu pulak macam mana? Tauhid Af'al, Asma, Sifat Dan Zat tu macam mana? Cerita tu biar jelas, supaya aku dan para pembaca kat sini boleh faham. Cerita sekerat2 macam ni bagi aku, bukan nak tolong Bangsa Melayu atau Bani Mim jadi kuat jati dirinya. Tapi sekadar syok sendiri bercerita aje.
PadamBab sejarah Bangsa Melayu dibahaskan disini sebab ada manfa'at kepada Bangsa Melayu. Sebab membahaskan bab kekuatan dan kelemahan Bangsa Melayu. Sebab tak mau sejarah kemusnahan bangsa Melayu berulang. Dan semua kekuatan Melayu tu akhirnya ada pada ilmu tasauf Orang Melayu juga. Ada kaitan dengan Perang Akhir Zaman juga.
Salam.
BalasPadamTuan minta pautan dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam SENARAI BLOG SEJARAH DAN AGAMA. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai. Hanya gambar-gambar dan Fakta-fakta yang menarik. Terima kasih kerjasama tuan
Sebenarnya punca perpecahan bangsa Melayu bermula dari dalam bangsa Melayu sendiri.Kaji dan selidikilah kembali sejarah kerajaan-kerajaan diNusantara untuk melihat siapa pembelot dan pengkhianat sebenar bangsa Melayu.Adakah Pak Awang pesawah diYan,Kedah atau Pak Hamid nelayan diKuala Muda atau Wak Seman pengusaha sagu diBatu Pahat? Kaji dan selidikilah siapa yang gila kuasa,gila pangkat dan darjat,gila harta senang dan gila betina dari kalangan bangsa Melayu. Adakah Tok Mat nelayan diMersing atau Pak Mail pesawah diBagan Serai. Bangsa asing seperti Portugis,Belanda,Sepanyol dan Inggeris yang mulanya datang untuk berdagang melihat pada kesempatan politik yang ada untuk membolot segala kekayaan dan khazanah bumi Nusantara demi mengaut keuntungan sebanyak mungkin. Setelah habis licin dikaut dan diangkut balik ke negeri mereka barulah mereka berikan kemerdekaan sepertimana India,Nigeria,Zimbabwe,Burma,Malaya dan terakhir merdeka,Afrika Selatan.Kenapa Afrika Selatan negara yang terakhir merdeka?Kerana EMAS dan INTAN BERLIANnya masih banyak dan belum habis lagi dikaut dan diangkut keluar.Lepas tu mereka buat pula KOMAN WELL.Dan bangsa-bangsa bekas anak jajahan ini pun ikut jadi ahlinya.Dah kena jajah ratusan tahun ikut lagi telunjuk bekas TUAN PENJAJAH.Bodo ke pandai ni...??
BalasPadamSalam...tuan blogger boleh ke tuan buat satu perjumpaan sesama kita utk membincangkan lebih mendalam lagi perihal ketuanan dan kehebatan bangsa melayu suatu ketika dahulu dari sudut perpekstif islam,kerana bagi saya walaupun ianya cuma tinggal sejarah tapi kalau diperbincangkan dengan hati yang lebih terbuka manalah tahu dengan hasil usaha kita ini akan timbul kesedaran dikalangan generasi sekarang dan juga masa depan akan pentingnya sejarah satu bangsa yang sentiasa menjunjung islam sebagai panduan hidup.
BalasPadamkabare...asalam kepada pemikir semua, apa yang di harapkan pada bangsa kita ni bukanlah hanya untuk bercakaran sesama sendiri tetapi sebagai usaha untuk kita maju kehadapan walaupun sejarah kita agung semana pun kita cuba bantu sesama islam dan serumpun kita.lihat sahaja piramid yang tersergam gah malah kerana berlainan mazhab atau sebaliknya meraka bermusuh sesama bangsa seeloknya kekuatan dan cerdik pandai orang melayu terdahulu perlu kita pelajari bukannya kita ambik ilmu yang tidak elok tetapi kita cuba ambil pekara yang boleh kita guna di zaman serba moden ini.saya amat berterima kasih kepada rakan2 yang mahu (membangun)bersama dan berterima kasih kepada pemilik blog ini kerna dapat mencungkil segala khazanah yang mungkin kita terlepas pandang bahawa sejarah sesuatu yang amat penting kepada waris yang akan datang nanti.
BalasPadamSalam semua. Aku tengok blog ni dah lama tak update. Bila aku baca macam2 komen tu, memang ada yang boleh melemahkan semangat. Kalau aku penulis blog ini pun aku boleh kecik ati.
BalasPadamBegitulah, yang melemahkan Bangsa Melayu kita, adalah Bangsa Melayu kita sendiri. Yang tolong Portugis serang Melaka tu, adalah para pengkhianat Melayu juga. Itulah kepakaran bangsa Melayu kita. Meremehkan usaha memartabatkan perjuangan Melayu, yang berhak atas segala rantau Nusantara ini. Patut sangat la Singapura boleh rampas Pulau Batu Putih dari Malaysia dengan hujah2 sejarah. Sikit lagi berjayalah kaum Cina pula rampas Malaysia dari Orang Melayu, dengan hujah2 sejarah pula. Habis le Raja2 melayu, hak istimewa Orang Melayu dan tanah2 rizab kampung Melayu diambil kaum Cina. masa tu nak cakap bab Islam dah tak guna dah. Sebab Malaysia dan jadi Singapura, dikawal Cina. Azan solat pun tak boleh kuat, hanya boleh dengar dalam Masjid aje.
Aku harap Tuan al-Semantani teruslah tulis sejarah Melayu lagi. Jangan dilayan sangat komen2 yang tak membina tu. Susah sangat, delete aje komen2 tu. Dah namanya Bangsa Melayu ni memang kerjanya nak meruntuhkan Bangsa Sendiri. Apa nak heran sangat.
salam...saudara pun janganlah emosi sangat...tuduhan bangsa Melayu kerjanya nak meruntuhkan bangsa sendiri sangat berat saudara..seolah-olah semua yang berbangsa melayu ni memang kerjanya meruntuhkan bangsa sendiri...saudara ingat bangsa lain tu tak meruntuhkan bangsa sendiri la macam tu maksud saudara?nampaknya saudara macam meludah ke langit, menepuk air didulang
PadamSaudara Tanpa Nama18 Februari 2013 6:57 PTG...
BalasPadamSingapura menang Batu Puteh tu pasal bukti dokumen yang kuat menyokong tuntutan...
Kalau saudara ikuti siaran langsung hujah penghakiman ICJ tempoh hari, 80% yang pertama mengesahkan kedaulatan Johor ke atas pulau-pulau di perairan sekitarnya...
Pada ketika itu saya lihat Menteri Luar (kot? - tak pasti menteri apa) Singapura dah tersandar di kerusinya seolah-olah dah pasti Batu Puteh milik Malaysia...
Tiba-tiba pada baki 20% terakhir hujah penghakiman tersebut baharulah bukti dokumen yang dikemukakan Singapura mula menunjukkan "bisanya"...
Jadi, bagi saya hujah-hujah sejarah tidak membantu Singapura dalam kes tuntutan ke atas Batu Puteh...
Wallaahu a'lam bissawaab.
Saudara diatas...
PadamHamba setuju hujah2 sejarah tentang kedaulatan Johor keatas kepulauan2 itu tidak membantu sepenuhnya. Meskipun tidak membantu, namun tuan hamba sendiri mengatakan, 80% sudah membantu. Malah seorang Menteri Singapura pun sampai duduk tersandar. Maknanya, hujah2 sejarah itu sudah berjaya menjana serangan psikologi. Yang hamba maksudkan, hujah2 sejarah secara umum. Bahkan "dokumen berbisa" itu pun termasuk hujah2 sejarah juga.
Menurut tilik hamba, sudah sewajarnya Tuan al-Semantani dibiarkan menulis dengan bebas. Tak perlulah kita mempertikaikannya. Konon usahanya itu tidak ada nilai dari segi ibadah dan sia2. Atau kita menuntut agar penulisannya itu dari segi perspektif Islam, atau menurut kehendak kita, dan bukan menurut kehendak dia. Sebab blog ini dia yang punya. Bila penulisannya dihentikan, siapa yang untung? Tentulah kaum Cina yang bersungguh-sungguh mau menuntut Malaysia dengan hujah2 sejarah. Kekadang hamba terfikir juga, jangan2 ramai pembaca Cina menyamar sebagai pembaca Melayu di sini, dan berusaha menulis komen memperlekehkan penulisan Tuan al-Semantani. Allahu 'alam.
AKU BERJANJI PADAMU,.. MENJUNJUNG TANAH AIRKU,... TANAH AIRKU INDONESIA,....
BalasPadamSyabas Tuan Al Semantani....saya nak share dgn blog saya....Sejarah Warisan Seberang Perai..bagaimana tuan ???
BalasPadam