Isnin, 14 Mei 2012

HANG TUAH AND KNIGHT OF THE ROUND TABLE




Salam hormat kepada semua pembaca. Kali ini saya hanya hendak menulis satu artikel sampingan sahaja sebelum saya start menulis artikel utama saya yang insyaallah akan siap sehari dua lagi. Maaf, saya agak sibuk dan terkekang sejak beberapa bulan yang lepas dan tidak dapat menulis atau menjenguk ruangan komen di blog kesayangan ini.



 
Sejak beberapa bulan yang lepas saya sering terbaca di laman-laman sesawang tentang isu Hang Tuah dan lima saudaranya. Wujud atau tidak wujud? Itulah persoalan yang sering dimainkan. Bagi saya, samaada Hang Tuah itu wujud atau tidak sebenarnya bukanlah perkara yang paling utama. Saya tahu ini adalah suatu kenyataan yang pelik bagi seorang yang berlatar belakangkan pendidikan sejarah. Namun inilah realitinya. Apakah sebabnya saya berpendapat sedemikian?



 
Kita sering mendengar tetang lagenda King Arthur dan Knight Of The Round Table bukan? Saya pasti tidak ada anak-anak atau orang dewasa yang mendapat pendidikan modern dan mempunyai television di rumah masing-masing tidak pernah dengar tentang raja Arthur dan pembantunya Merlin si ahli sihir. Malahan sudah beberapa kali kisahnya difilemkan dari pelbagai sudut dan pelbagai tafsiran oleh penerbit-penerbit barat yang amat yakin bahawa mereka ini wujud.




Padahal sebahagian besar daripada masyarakat yang berpendidikan tinggi tahu bahawa ia hanyalah lagenda semata-mata. Namun adakah ini akan memberhentikan para peminat fanatik lagenda tersebut daripada terus mencari bukti kewujudan sang raja misteri ini.Tentulah tidak! Mengapa agaknya ini berlaku? Ini semua kerana sences of pride atau rasa kebanggaan atau kemegahan yang dibawa oleh kisah-kisah lagenda Merlin dan Raja Arthur ini.



 
Ianya memberikan kesan yang sangat mendalam dalam sanubari masyarakat barat terutama yang berketurunan Inggeris. Bagi mereka Arthur adalah lambang kehebatan bangsa Inggeris dan Arthur adalah hero bangsa Inggeris yang berjuang demi rakyatnya untuk keamanan dan lambang pengorbanan seorang raja  adil yang mewujudkan sebuah kerajaan yang aman makmur yakni Camelot dan lambang good vs evil.



 
Nah, inilah yang berlaku dalam masyarakat Melayu! Apa yang mereka dahagakan adalah perasaan bangga atau pride terhadap kewiraan Hang Tuah sepertimana kebanggaan orang Inggeris terhadap Arthur. Mereka perlukan seseorang yang boleh dilihat dan dipandang sebagai Hero bangsa yang sentiasa menang dalam setiap pertarungan dan sentiasa lucky atau bernasib baik dalam setiap rintangan. Setiap bangsa di dunia ini mempunyai hero sedemikian bagi pendapat saya.



 
Sehingga hari ini masih ada ahli sejarah yang tercari-cari bukti-bukti arkeologi di sekitar wilayah Cornwall dan sekitarnya untuk membuktikan bahawa Arthur dan Kerajaan Camelotnya pernah wujud suatu ketika dahulu, dan ada diantara mereka telah menjumpai beberapa bukti yang memberansangkan. Namun adakah penemuan ini menandakan Arthur benar-benar wujud ? wallah hu a’lam. Namun ia membangkitkan persoalan bahawa adakah semua fairy tales itu dogeng belaka atau sebenarnya ia bermula daripada satu kisah  benar yang telah ditokok tambah? Nah! Inilah yang kita harus fikirkan.




Kita sepatutnya mempunyai  semangat ingin tahu dan ingin kaji yang tinggi seperti ahli-ahli sejarah terpinggir ini dalam mencari bukti-bukti kewujudan Hang Tuah dan Rakan-rakannya. Sebenarnya kalau dibandingkan Kisan King Arthur dengan kisah Hang tuah , kita berada dihadapan sedikit dengan bahan-bahan rujukan yang lebih banyak terutama dari segi manuskrip-manuskrip seperti sulalatus salatin dan Hikayat Hang Tuah sendiri.  Jadi adalah tidak mustahil sekiranya Hang Tuah sebenarnya wujud. Hal ini ada diceritakan sendiri di dalam Sulalatus salatin yang memang telah diyakini oleh sejarawan kita bahawa mempunyai banyak unsur sejarah yang ternyata benar. Malahan di dalamnya juga ada tercatat salasilah Hang Tuah sehinggalah ke anak cucunya. Salah seorang anaknya kalau tak silap saya adalah Hang Nadim yang sememangnya wujud dan memainkan peranan yang penting dalam penyerangan balas terhadap pihak portugis dalam zaman empayar Johor –Riau.



 
Jadi saya tinggalkan persoalan mengenai Hang Tuah ini setakat ini sahaja. Terpulanglah kepada anda untuk membuat keputusan dan analisa masing-masing samaada Hang tuah Lima Bersaudara itu wujud atau tidak. Namun saya berharap anda tidak putus asa dan rasa kecewa dengan kenyataan seorang sejarawan veteran kita yang pernah mengungkapkan bahawa Hang tuah tidak wujud. Itu hanya pandangannya sahaja. Masih banyak kajian yang boleh dibuat dan saya pasti suatu hari nanti kebenaran akan muncul jua, wallah hu a’lam.


38 ulasan:

  1. Puaih Hati~~ semula otai sejarah dah kembali!! yuhuuu~~ trimas!!

    BalasPadam
  2. Pelik betul orang Melayu mengagungkan tokoh orang Asli secara berlebih-lebihan. King Arthur kepada orang Inggeris tidak sekali-kali sama dengan Hang Tuah kepada orang Melayu. King Arthur sama bangsa dengan orang Inggeris tetapi Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli (Andaya, 2002 dan
    Skeat, W.William and C.O. Blagden, 1906).

    Seorang lagi tokoh yang berkeyakinan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli ialah Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai. Hang Tuah sebenarnya ialah Orang Jakun (Windstedt, 1935).

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam,

      jeng...jeng...jeng...hihih..:)maaf, saya ter excited sikit sebb dah lama tak menulis.

      apa yang dapat saya lihat dari komen anda ialah anda telah membangkitkn dua persolan.

      1. Hang Tuah bukan orang melayu tetapi orang asli.

      2. Anda haira mengapa orang melayu mengagungkan tokoh orang asli secara berlebihan...:)

      Bagi persoalan pertama, anda mengatakan bahawa hang tuah adalah orang asli. sumber rujukan anda adalah dari andaya dan juli edo. sebenarnya saudara,perkara ini telah dibangkitkan sejak bertahun-tahun dahulu, jadi ini bukan perkara baru. banyak hipotesis dan teori yang dikeluarkan tentang siapa hang tuah sebenarnya. namun semuanya masih tiada bukti kukuh!

      tetapi apa yang pasti beliau ialah seorang pelaut yang handal. saya rasa anda kurang faham dengan apa yang anda baca atau andaya juga kurang mengerti tentang lagenda Hang tuah. dalam alam melayu pelaut-pelaut yang handal adalah terdiri daripada kaum orang laut atau orang selat. tidak tahu pula saya bahawa orang jakun dan semai adalah bangsa pelaut. setahu saya mereka adalah bangsa agrarian atau orang melayu menyebutnya sebagai orang darat atau orang hulu, jauh dari laut.

      jangan cepat melatah dan menerima bulat2 apa-apa yang ditulis dalam buku sejarah walaupun yang menulisnya adalah seorang sejarawan terkenal. seperti kes Khoo Kay kim yang mendakwa Hang Tuah adalah orang Cina, mengapa anda tidak menyokongnya? bukankah beliau lebih pakar dalam sejarah masyarakat tanah Melayu berbanding Andaya?

      Saya percaya jika ditemukan kubur Hang Tuah yang sebenarnya dan jika dibenarkan untuk dilakukan ujian DNA maka misteri siapa Hang Tuah dapat dirungkai. Tapi sebelum tu rungkai dahulu samaada HAng Tuah itu wujud atau tidak..ok..:)

      persolan kedua pula jika benarpun hang Tuah itu dari suku Jakun atau Semai, adalah tidak salah lansung jika orang melayu mengagungkan mereka . Mengapa? keraja kedua-dua etnik orang Asli ini adalah Melayu juga yakni Melayu Proto!!...lol..takkan anda tidak tahu? mereka dalam kelompok austronesia sama seperti orang melayu lain di seluruh nusantara.

      Padam
    2. Jakun adalah gelaran untuk org yg mahir dgn pelayaran, dgn ertikata lain org laut...tp kita skrg ni salah tafsir dgn menyatakan jakun ini sbg satu istilah yg kurang menyenangkan. jakun, semai, negerito, kadazan, iban, minang, jawa, acheh, dayak, sulu, atau apa pun suku kaum adalah serumpun. tq

      Padam
  3. Bila masa orang Asli boleh menyamar jadi Melayu?

    BalasPadam
  4. Saya percaya Hang Tuah dan lima bersaudara berasal dari keturunan melayu..

    Saya ada info pasal Hang Jebat.Hang Jebat pernah mengaku berasal dari garis keturunan cucu cicit Wan Empok Wan Melini dari Bukit Seguntang Mahameru asal usul Raja Suran

    Malim Demam-

    BalasPadam
  5. saya pun percaya hang tuah wujud dan hang tuah orang melayu. orang asli ada adat cara berpakaiannya dan begitulah juga dengan orang cina. jadi logik akalnya takkanlah orang cina pantas cekap bermain silat nya orang melayu?? ha ha ha

    BalasPadam
  6. Tiada ujud yang Hak melainkan ALLAH Ta'ala. Allah yang Maha Mengetahui wujud atau tidaknya Hang Tuah 5 bersaudara. Apakah bukti seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Tamim ad-Dari wujud? Buktinya ada hadis yang dicatatkan oleh sahabat lebih 1,400 tahun lalu...ada bukti bertulis. Bukti bertulis tentang Hang Tuah ada? memang ada, jd wujudnya Hang Tuah bersaudara insyaAllah benar adanya dan zamannya kurang dari 600 tahun lalu. Sama-samalah kita kaji dan fikir-fikirkan. Wallahu'alam.

    BalasPadam
  7. Selamat menulis kembali... semoga diberkati Allah ta'ala.

    BalasPadam
  8. Semoga anda sentiasa dalam kerahmatan ALLAH saudaraku AlSemantani. Teruskan perjuanganmu..

    BalasPadam
  9. Kepada TANPA NAMA -

    1)Anda perlu banyak membaca sejarah melayu dan dari bangsa apa ia berasimilasi..
    2)Bacalah sajak Usman Awang berkenaan ORANG MELAYU..anda pasti akan ketemu jawapannya..
    3)Sewaktu sejarah Hang Tuah, Datuk Temenggung adalah keturunan MAMAK, dan dikatakan dia berasal dari Pulau Pinang.Nama klasiknya saya dah lupa...dan dia bukan Melayu..Oleh yang demikian, apakah salahnya jikalau Hang Tuah itu berasal dari bangsa lain..tq

    BalasPadam
  10. http://alamjin-tuankelarias.blogspot.com/2010/02/dialog-dengan-laksamana-hang-tuah.html

    BalasPadam
  11. i think hang tuah ni asalnya dari suku2 kaum laut. maybe kaum2 laut melayu seperti seletar atau bajau yg dlu penah menetap kat perairan melaka-johor-riau tapi peperangan portugis-melaka, perang segi tiga acheh-belanda-johor, kemasukan daeng2 bugis, dan kedatangan british menyebabkan kaum2 ni berhijrah mmbawa bersama bukti2 lisan dan cerita nenek moyang mereka.

    BalasPadam
  12. selamat kembali tuan semantani..

    BalasPadam
  13. Saya rasakan jangan2 hang tuah ni suku-sakat pirates of the caribean x...hehehee gurau je tuan admin.....leh ler layan site ni yer...http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2012/01/untold-history-pirate-of-karribean-ii.html

    org Melaka....

    BalasPadam
  14. Dalam isu Hang Tuah ne,bagi saya wujud atau tidak Hang Tuah ini tidak menjadi isu sangat. Yang menjadi isunya, adalah MORAL Hang Tuah itu, boleh rujuk dalam Buku Hikayat Hang Tuah itu sendiri. Peristiwa bagaimana Hang Tuah membawa lari (menculik) seorang anak perempuan orang dan juga perempuan itu tunang kepada orang lain,Tun Teja.Pekara ini dilakukan semata-mata untuk memuaskan hati tuannya (Sultan pada masa itu,sultan Melaka yg bermasalah,sedangkan sultan2 Melaka sebelum itu amat Mulia ahklaknya). Apakah hukumnya disisi agama Islam dan dari segi undang-undang dunia Melayu pada masa itu dan sekarang? Peristiwa penculikan ini juga dilakukan hang Tuah seorang diri, tanpa sokongan dan bantuan 4 orang lagi rakannya.Berbeza dengan lain-lain peristiwa,Hang Tuah mendapat bantuan dari 4 orang rakannya.Ini menunjukan 4 orang rakannya mempunyai moral yang tinggi dan tidak besetuju dengan kejadian menculik Tun Teja itu. ,Bagi saya Hang Tuah tidak boleh dijadikan ikon orang Melayu kerana isu moralnya yang tidak baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama16 Mei 2012 7:52 PTG

      beb lu melayu ker?
      aper spec moral lu..7 sky punyer level ker?
      sejarah tamadun melayu dah brape kali lu khatam?

      Padam
    2. kepada Tuan yang komen diatas.

      1- saya orang melayu,keturunan melayu patani,asal sebahagian dari kerajaan kedah tua yang hancur dan dipisahkan oleh penjajah ingeris dan siam.
      2- Bab spefikasi moral itu, 7 tingkat langit itu tidak sesiapa dapat capai kerana ini hanya milik Allah,kita manusia hanya boleh bertapak di bumi ini saja. Persoalan, adakah bagi tuan,seseorang yang mempunyai moral yang baik melakukan pekara seperti menculik dan membawa lari anak perempuan yang juga merupakan tunang kepada orang lain? Bagi saya itu adalah pekara yang salah besar dan orang yang melakukannya adalah orang tidak bermoral.
      3-saya belajar sejarah melayu dari saya tahu membaca hinggalah sekarang dan tidak pernah khatam kerana sejarah melayu terlalu banyak dan bagi saya sampai ke mati pun saya tidak akan dapat khatam sejarah melayu.

      Padam
    3. aku rasa tampa nama tu tak perna baca sejarah
      mungkin hari2 dia tu bca komic shi can je
      sehinggah sejarah bangsa sendiri pun tak tau,,

      Padam
  15. aku paling menyampah orang buta sejarah bila bagi komen..nampak sangat dungunya..sampai orang asli sendiri selaku nenek moyangnya pun tak kenal..dungu,dungu..

    apapun etnik hang tuah..tetap termasuk dalam BANGSA MELAYU..berbangga kita sebagai satu bangsa..bukan dari segi etnik..sikap2 menagungkan etnik ni saya boleh nampak pada orang2 jawa,bugis dan tausug..hentikanlah sikap gitu..

    walaupun apa pendapat korang..aku percaya hang tuah wujud..

    dari melayu kedah..
    pusat peradaban tertua di asia tenggara

    BalasPadam
    Balasan
    1. benarkah kedah pusat peradaban tertua di asia tenggara???
      http://www.singaperbangsa.com/2010/12/nomer-urut-dan-nama-kerajaan-serta.html

      Padam
  16. carilah kebenaran yg sebenar selagi anda mampu....

    "barangsiapa dapat menguasai sejarah maka dia akan menguasai masa depannya"

    Masa depan yg bagaimana yer? Itu lah masa hadapan utk anda alaminya selepas mati.

    Kenalilah MELAYU dahulu sebelum anda hendak menolak seseorang itu bukan dari kalangan MELAYU.

    zaim zaiman

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum,

    Selamat kembali. Persoalan ini lagi. Robin Hood, King Arthur, hercules, Maharaja Kuning, Sri Rama etc yang ntah wujud atau tak tu puntakda orang persoalkan. Kenapa tiba2 Hang Tuah diserang lagi.

    Apepun, kewujudan watak Hang Tuah nie rasanya kita semua faham, mitos atau sejarah tetap tak merubah watak Tuah & sahabat berlima ni banyak menaikkan semangat bangsa Melayu. Dlm bentuk penulisan nama Hang Tuah disebut 128 kali dlm Salalatus Salatin yg ditulis sekitar 1537. Hikayat Hang Tuah pula muncul diantara 1641 & 1726. Dek kerana ada unsur tahyul nie la org duk cakap mereka nie watak mitos, manakala yg 100% percaya kewujudan pula cakap Tun Sri Lanang nie la pemusnah sejarah sebab tambahkan unsur karut marut dlm Hikayat Hang Tuah.
    Padahal, kan ker salalatus salatin tu hanya cerita yang dikumpul sahaja, bukan dia yang tulis pun. Dan Hikayat H. Tuah lak macamana TSL nak tulis, buku ni wujud 100 tahun lepas salaltus salatin ditulis, tak ker panjang nor umur TSL??

    Menurut Prof Dr Nik Hasan Shuhaimi, mereka yang berpangkal nama Hang memang ada di alam Melayu, kebanyakanya menetap di sekitar Padang Lawas, Sumatera. Di Padang ada Hotel Hang Tuah, di Pekan Baru, Riau ada jalan Hang Tuah..ini bermaksud lagenda Hang Tuah ni bukan setakat dikenali di Melaka & semenanjung sahaja, malahan terkenal di Sumatera!! Diorg ckp dlm buku Sumo Oriental, Tom Pires yakni seorg Portugal yg duk di Melaka menulis, Kalaulah Hang Tuah masih ada di Melaka, Portugis tidak akan berani menyerang..betul ke tak tak tahu sebab sy pun belum baca buku tu...hehe

    Tiada sesiapa mampu menafikan kewujudan kuburan2 abad 15 yang di dakwa milik Tuah & sahabat di sekitar Bintan. Ada seorg Dr Rabiah ke sape nama dia (ntah wujud atau tak dr nie, katanya bekas kurator muzium) kononnya cakap dia ada buat kajian terhadap penulisan2 dari india, cina, bangla, mesir?? hingga kan kajian DNA dia buat (ntah kubur Islam mana yg dikoreknya ntah), kesimpulan nya dia ckp Hang Tuah ni sebenarnya berlapan, dan Hang Tuah bukan yang paling handal dan kesemua mereka bukan Melayu tapi nepal???? Tu belum masuk Hang Tuah berlima kononnya Orang Asli..aduhai, terang dan nyata kan ke TuaH ber5 kan ke General & Laksamana Laut kerajaan Melaka, pakar silat & orang asli lak kalau yg di semenanjung nie semuanya orang gunung/hutan, sebab tu persatuan keturunan Hang Tuah yakin Tuah nie keturunan orang laut sekanak ape ntah, yg asal dr kwsn sekitar Bintan/Duyong.. Hahahaha pelik, macam2 cara manusia buat nak menunjukkan ego masing2 kn.

    BalasPadam
  18. Pastu ada pulak teori kononnya Hang Tuah berlima nie orang Cina la pulak, konon mereka semua nie pengiring Hang Li Po. Ish ish, habis tu kalau Hang Tuah = Hang Toh Wah, Hang Kasturi apa lak namanya dlm bahasa cina.. yang kat temasik tu Hang Nadim dari mana lak datang nya?? Memang la nampak pelik, dlm budaya Melayu dan Cina kedua2 budaya nie dlm adat perkahwinan Lelaki yg akan meminang, merisik dan menhantar. Pastu kahwin lak dibuat di rumah wanita. Tapi kuasa harta & wang mana2 raja pun kadang2 tewas...Dlm kes Sultan Mansur nikah Hang Li Po..kononnya Hang Li Po yg datang kat Sultan Mansor.. munasabah ke Puteri Maharaja dari Cina datang sembah Sultan Melaka??? nama Hang Li Po sebenarnya yg mitos, selang masa antara konon kewujudan H.Li Po & penulisan Salalatus Salatin dekat 100 tahun jugak. Dah la org zaman dulu kuat gila percaya mitos2, tahyul etc, dgn lidah melayu rasanay munasabah la mereka semua lupa terus nama asal H. Li Po, mana tau kot dah kawin dgn sultan islam nie namanya di tukar jd Aminah ke, melati ke, tun teja ker etc..rekod dr cina setakat ini tiada dijumpai..mungkin H.Li Po ni anak gundik je kot. Setakat rekod yg ada, Melaka pernah hantar 3 konvoi ke cina. Dan pada waktu itu, walaupun cina telah maju, tetapi raja di lautan masih lagi bangsa asia tenggara ini. nak tak nak perdagangan laut mesti melalui selat melaka, dan melaka dianggap antara negara terkaya di dunia waktu itu, malahan portnya lebih kaya dari Venice menurut catatan anak Albuquarqe. Jadi mungkin ada munasabah jugak la Maharaja melaka mahukan hubungan 2 hala antara cina & melaka tak terputus..

    Hang Tuah ni sinonim dgn kehebatan Melaka.kalau takda Tuah, maka kurang la prestij Melaka. Melaka di zaman gemilang nya, mampu berdagang dengan 120 negara yg dtg ke melaka, 45 bahasa dituturkan di port, bahasa melayu jadi bahasa utama, dan sebagaimana dinyatakan oleh Alfonso, persenjataan melaka bukanlah asing dengan senapang dan meriam, malahan banyak dr yg dimiliki portugal. Penulis kontroversi Gavin Menzies pula ckp sebelum cina mampu mengelilingi dunia pd 1421, org melaka & melayu dahulu yang telah lama mampu belayar ke lautan lepas dgn muatan anak kapal lebih 500 orang!!!!

    Mat Saleh mula2 dtg melaka dah dgr akan lagenda kehebatan tuah nie, mereka juga mungkin ada terbaca dlm buku2 melayu selain yg kita kenal. Sehingga Sir R. Winstedt sengaja cari alasan untuk menafikan kewujudan Hang Tuah dgn ckp kisah Tuah yg disembunyikan oleh bendahara ni hanya versi yg lebih islamic kisah Ramayana, di mana Laksamana disembunyikan oleh Hanoman sementara menanti Rama pulih jiwanya.

    Bukan tu je, nama hang Tuah juga disebut dlm buku lama jepun (kerajaan ryukyu - Rekidai Hoan 1679) yang disusun kembali oleh orang jepun skrg, nama kobito kot, ada sebut akan keberanian Hang Tuah yg ceroboh pelabuhan Kemboja waktu perang sedang berlaku semata2 untuk mengambil air minuman dgn bot kecil jer.

    BalasPadam
  19. Sekarang, dek kerana ramai yg nak ambil kredit dlm pencarian sejarah, dgn tak langsungnya ramai juga yg jumpa maklumat baru, contohnya buku Hikayat Raja Raja yang dijumpai di Muzium Portugal menceritakan kewujdan bomoh / pawang yg sangat hebat yg hidup 200 tahun sebelum Tuah lagi (kalau 200 tahun sblm tuah, maksudnya kewujudan Melaka 1264 tu betul lah!!!!!!?????) bernama Tun Ledang Shah. Mungkin pasni adajugak yg nafikan..hehehe apakata suruh mak saleh disgrace & downgrade mitos Merlin mereka pulak!!

    Yang pastinya, kewujudan Melaka banyak kita tahu setakat ini hanya dari maklumat dari buku Tom Pires, tu pun dia menulis berdasarkan kaedah wawancara lisan dengan penduduk tempatan pada tahun 1514 dulu. Bukan dari sumber tepat. Melaka wujud abad 12 mungkin juga benar sebab walaupun abad 12 Srivijaya masih ada dlm bentuk kerajaan lebih kecil Dharmasraya, cuba lihat peristiwa Pamalayu.. mungkin jua ada suku sakat dr Jambi & Palembang sana yg merantau ke Melaka..

    Dari kacamata Melayu diri ini, sy merasakan kerajaan Malaysia seharusnya menyalur lebih dana untuk dibuat kajian akan watak Hang Tuah & 5 saudaranya ini. Kerana kecuaian dan acuh tak acuh kita dlm sejarah kini maruah bangsa di persoal. Yer Tuah ckp “takkan hilang Melayu di dunia”..tapi apa guna jika wujud hanya sekadar cukup kuota manusia je..tiada harga diri & sumbangan & budi pada bumi.

    banyak pulak aku bebel ni..hehe gian bro, lama tak menyemak kat sini.


    Penduga Arus

    BalasPadam
    Balasan
    1. penduga arus.. i like.. nk tanye lg.. bile nak bukak belog? hehe

      Padam
  20. salam sejahtera semua,

    sekalipun Hang Tuah itu tak wujud di dunia nyata,
    dia tetap wujud dalam hati saya...
    apatah lagi jika beliau itu benar2 wujud...:)

    semuanya tak menjadi masalah bg yg mereka yg kuat jati dirinya...

    tapi apa yg tuan tanah katakan sy sokong...cuma bg mereka yg cuba memutar belit sejarah,saya cuma boleh katakan,saya tak kisah anda nak cakap apapun,sebab Hang Tuah wujud dalam hati saya...dan wujud itu sikitpun anda tak dapat nak usik...sbb sy percaya apa yg saya nak percaya,dan saya takkan percaya apa yg saya taknak percaya...kata2 putar belit itu semua sikit pun tak berbekas dalam hati saya jika saya ttp dgn pegangan sy...

    salam perkenalan buat semua...:)

    BalasPadam
  21. Assalamaulaikum...
    Ye Hang Tuah tetap wujud dalam setiap hati anak Melayu bani Jawi.
    Wassalam.

    BalasPadam
  22. Assalammualaikum tuan Semantan
    Salam seluruh ummat Melayu para Blogger
    Salam seluruh ummat manusia

    Salam khas pada sang Puteri Srikandi. Rasa rindu tanah daratan,ada mutiara sipersembahkan...MINTA LINK SEANDAINYA TUAN SEMANTAN TIDAK KEBERATAN PADA SANG PUTERI.

    Hang@pang(Laksamana)..Allihoo

    BalasPadam
  23. Hang lima bersaudara
    Menjalar mengharum nama
    Sebuah Vanua Mallaka(Melaka)
    Zamannya tidak terkalah melintasi sempadan vanua
    Tubuhnya cuma berbeza
    Pada gelaran melayu purba

    Sempena HangLima bersaudara
    Kalis@Keris itulah jiwanya
    Tumbang durjana taat tak terkira
    Menjadi idola serata Vanua

    Keperwiraan Hanglima bersaudara jenama purba
    Aliran zaman kealpaan jenama
    Gerangan manusia miliki ilmu segala
    Pendekar menjadi Panglima
    Melayu masih wira

    Nukilan Hang@pang(Laksamana)...ALLIHOO.
    bersambung

    BalasPadam
  24. RO Winstedt mengatakan Hang Tuah ialah Orang Jakun

    BalasPadam
  25. Apakah jakun pada hari ini..sama dengan jakun yg diperkatakan RO Winstedt ni..

    Apakah motif RO Winstedt

    BalasPadam
  26. Khoo Kay Kim yang tak wujud sebenarnya..haa.haa.haa(gurau jer)

    BalasPadam
  27. Salam semua. Maaf menyampuk Tuan Blog. Saya memang meminati sejarah, apatah lagi sejarah bangsa sendiri. Dalam pembacaan saya tentang sejarah Melayu, saya membuat kesimpulan bahawa perkataan 'hang' di ertikan sebagai orang lelaki kebanyakkan (orang awam). Golongan bangsawan bergelar 'Tun' ,'Raja' 'Puteri' 'Putera' ataupun berkenaan jawatan mereka. Kalau lelaki atau wanita peringkat ibu dan bapa di gelar 'pak' atau 'mak'. Golongan Pengasuh Istana, 'Inang'.
    Gelaran untuk wanita muda pulak disebut 'Dang' Itu yang saya faham dalam pembacaan saya dan tidak ada kena mengena dengan 'hang' kaum cina. Sedangkan orang utara pun menyebut 'hang' untuk 'anda' dan orang Perak menyebut 'awak' untuk 'saya'. Wallahuaklam, Mungkin sdr AlSemantani boleh beri sedikit pencerahan. Sekian

    BalasPadam
  28. nak tulis tp Allah x izinkan...aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

    BalasPadam
  29. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  30. Salam Al-Semantani,
    Saya baru membeli jurnal MALAY LITERATURE, Vol. 25, Number 2 2012, terbitan DBP Ada 6 artikel ditulis semuanya tentang Hang Tuah. Petikan menarik di halaman Intro:

    "...On April 29th., 2012 Associate Professor Dr John N Miksic, an archeologist at the National University of Singapore, spoke on... In the speech, he explicitly voiced the view that Hang Tuah did exist, citing Japanese Okinawa records and 'Commentaries of the Great Alfonso d'Alboquerque' (1557) as his sources."

    Sahaja berkongsi...

    AM

    BalasPadam