Isnin, 3 Oktober 2011

PIRAMID BERASAL DARI NUSANTARA?





Sebenarnya sudah ada kajian yang dibuat oleh para arkeologis barat dan dari negara jiran yang menunjukkan bahawa budaya piramid sebenarnya berasal dari Nusantara. Lebih tepat lagi ianya dikaitkan dengan sebuah benua yang telah tenggelam iaitu Sundaland. Sudah lama sebenarnya saintis-saintis barat mengeluarkan teori mereka mengenai Sundaland. Namun demikian sebahagian besar ahli-ahli arkeologi , geologi dan Sejarah aliran perdana masih meraguinya kerana menurut mereka ini semua pseudo-science dan arkeologi terlarang. Namun yang benar tetap akan tersingkap walau bagaimana carapun kita menutupnya bak kata orang Melayu bangkai gajah kalau ditutup akan berbau juga.



Di negara jiran kita Indonesia beberapa Ahli arkeologi dan geologi ternama mereka sedang giat untuk membuktikan bahawa sememangnya tanah Nusantara ini wujud sebuah ketamadunan purba yang tinggi teknologinya. Salah satu teknologi tamadun purba ini adalah pembinaan piramid. Professor Robert Schoch dalam kajian beliau ada menyatakan bahawa sebenarnya ilmu pembinaan piramid bukanlah asli dari Mesir tetapi sebaliknya milik bangsa yang lebih tua yang berasal dari timur di sebuah benua yang telah tenggelam. Menurut beliau lagi Sundaland yang tenggelam lebih kurang 70000 tahun yang lalu telah memperlihatkan penghijrahan satu kaum yang maju yang membawa ilmu pembinaan piramid ke serata dunia termasuklah Mesir.



Kajian yang dibuat beliau bukan sahaja menyetuh tentang bukti-bukti arkeologi tetapi juga bukti linguistik, antropologi, DNA, dan geologi. Oleh itu adalah sukar untuk menyangkal teori yang dibuat beliau tanpa pengetahuan dalam bidang-bidang tersebut. Tambah beliau lagi tamadun-tamadun utama dunia seperti Sumer, China, Bolivia, Peru dan lain-lain mendapat ilmu mereka dari orang-orang Sundaland yakni Nusantara. Menurutnya lagi manusia dari Sundaland ini mempunyai ilmu pelayaran yang hebat dan telah berlayar ke seluruh pelusuk dunia untuk menyebarkan tamadun mereka. Adakah anda pernah menonton filem 10 000 b.c? jika belum sila tonton kerana dalam filem itu ada maksud tersembunyi. Jika kita teliti betul-betul dalam babak akhir filem tersebut setelah kesemua hamba-hamba itu memberontak para penguasa yang mengarah untuk membina piramid tersebut cuba melarikan diri dengan sebuah kapal besar yang disembunyikan di belakang Piramid. Filem ini dengan jelas cuba memberi clue kepada kita bahawa Pembina piramid datang dari wilayah asing yang jauh.



Mungkin maklumat ini terlalu asing bagi kalian semua namun sebenarnya kenyataan Prof Robert ini ada asasnya. Seperti yang telah saya katakana Ahli-ahli arkelologi Indonesia sedang giat mencari piramid-piramid di seluruh Nusantara dan hasilnya mereka berjaya menemui beberapa buah piramid dan step piramid yang berusia beribu tahun lebih tua dari piramid Mesir! Salah satu tapak yang telah dikenal pasti oleh geologis dan arkelologis Indonesia ialah di gunung Lalakon, Bandung. Menurut mereka setelah mereka mengadakan unjian batuan secara saintifik mereka mendapati dibawah permukaan Gunung lalakon terdapat bentuk batu-batuan yang seakan-akan dibina manusia dan bukan terbentuk secara semulajadi. Jika ini benar bermakna Gunung Lalakon adalah salah satu piramid yang terbesar dan tertinggi di dunia. Pasukan yang digelar Turangga Seta ini mengklaim masih ada ratusan piramid lain yang tersebar di seluruh Indonesia. Mereka mengatakan bahwa piramid-piramid itu tersebar di Sumatera, Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi dan Papua. Secara geomorfologis, bentuk Gunung Lalakon di Bandung mahupun Gunung Sadahurip di Garut memang memiliki bentuk yang mirip dengan piramid. Mereka memiliki empat sisi yang ternyata simetri.


BENTUK GUNUNG LALAKON ADALAH TIDAK UBAH SEPERTI PIRAMID. MAMPUKAH ALAM SEMULAJADI MEMBENTUK PIRAMID SEBEGINI?

Adakah penemuan ini sama seperti penemuan di Bosnia. Saya juga mendapat maklumat bahawa penggalian di Bosnia telah dihentikan kerana kurang bukti ditemui dan dihalang oleh lembaga Arkeologi yang berpengaruh di dunia. Mengapa mereka betul-betul takut jika piramid ditemui di Bosnia atau di Indoneisa agaknya?

PUNDEN BERUNDAK DI JAWA BARAT YANG BERBENTUK PIRAMID


Selain daripada Gunung-gunung yang disebutkan diatas sebenarnya ada banyak lagi tapak lain terutama tapak megalitik di Indonesia yang mempunyai binaan berupa piramid dan step piramid. Antaranya ialah Candi Sukuh yang amat terkenal itu. Jika kita lihat betul-betul Candi ini tidak ubah seperti piramid kaum Maya dan Aztec di Amerika tengah! Selain Candi Sukuh satu lagi candi yang hampir serupa ialah Candi Cheto. Semua ini terletak di Pulau Jawa. Sebenarnya jika kita membuat kajian lebih mendalam ciri-ciri pembinaan candi-candi di Nusantara adalah amat unik. Hal ini kerana ianya berasaskan kepada binaan step piramid. Contoh yang paling nyata ialah candi Borobudur sendiri. Selain Borobudur candi-candi lain seperti Candi pasemah di Sumatera selatan dan Candi Prambanan terutama di bahagian atasnya yang melambangkan Gunung Mahameru juga mempunyai asas step piramid. Jadi pada pendapat saya adalah logik sekiranya kita katakan bahawa pembinaan piramid adalah tidak asing sebenarnya di Nusantara.


CANDI SUKUH SALAH SATU CANDI UNIK YANG BERBENTUK PIRAMID




CANDI CHETO JUGA BERBENTUK SEPERTI PIRAMID AMERIKA TENGAH



PUNDEN BERUNDAK, SALAH SATU TAPAK MRGALITIK BERBENTUK STEP PIRAMID



CANDI BORUBUDUR JUGA DIBINA DENGAN ASAS PIRAMID




Masjid kampung laut.



Masjid Minang.

Rumah  kaum Melayu Merina di Madagaskar juga mengekalkan bentuk 3 segi dan piramid.

Para pengkalji dari UKM sendiri pernah membuat kesimpulan bahawa di sekitar Tasik Chini ada bukit-bukit yang berbentuk seperti piramid yang mempunyai empat bucu yang lurus. Tambahan lagi jika kita lihat senibina rumah-rumah Melayu di seluruh nusantara maka akan kita lihat tidak hilangnya tradisi piramid dalam masyarakat kita. Apakah yang saya maksudkan? yang saya maksudkan adalah senibina bumbungnya yang berbentuk piramid dan antara contohnya ialah Masjid kampung laut. Apakah semua ini? adakah benar piramid berasal dari Nusantara? Adakah benar Sundaland adalah Atlantis yang dicari-cari selama ini? Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda semua fikirkan. Wallah hu a’lam.



75 ulasan:

  1. Very nice job!

    Ingat Semantani Jones,bahasa kita ada sebilangan kosakata Phoenicia dan Mesir Purba.Kemudian Sanskrit.Kemudian bahasa-bahasa Eropah.The ancient people still alive!

    Nenek moyang kita adalah pengembara dan pelaut yang lasak.

    Anda sebagai pelajar sejarah kena kaji hubungan bahasa Mesir Purba dan Phoenicia ke atas bahasa Melayu.Juga tulisan Rencong.Saya sudah sebut dalam ATBM ver2.0 tapi ini tugasan untuk anda.I want more from you.

    Go..go...my Semantani Jones!!

    ;)


    ~CS

    BalasPadam
  2. fakta menarik, saya juga pernah terbaca artikel (dr santos?)mengenai sundaland menyebut wujudnya struktur bangunan seumpama piramid yang menjadi sembahan dan pusat pemujaan mistik masyarakat purba yang tenggelam didasar laut antara india dan nusantara. apa yang sedang disorok oleh mreka, dan apa sebabnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dengki, cemburu dan takut. klau saudara tnya kenapa dengki dan cemburu, saya rasa saudara tau sbb apa mereka dengki dan cemburu. takut? takut Melayu bangkit membela bangsa. mereka baca sejarah kita. semua sejarah kita. bagaimana kita bangkit, sifat kita dan sebagainya. itulah yg digeruni mereka.

      Padam
  3. ya cik siti trimas kerana menjenguk...

    saya ada membuat ulasan mengenai kaitan bahasa mesir purba dan pheonecian dengan bahasa melayu dalam artikel tanah punt sebelum ini. Insyaallah saya akan cari lagi clue-clue yang lain dalm masa terdekat ini.

    Al semantani "jones"

    BalasPadam
  4. Saya perasan dalam Catatan Srikandi VIII blog Mistisfiles. Dalam dialog Srikandi ada menyebut tentang puncak satu piramid dalam foto lama Inggeris tentang negara kota Melayu di pedalaman Semenanjung Tanah Melayu. Persoalan saya, adakah ini mempunyai sebarang kaitan?

    Lagi satu, saya ada mendengar yang kerajaan Malaysia memang mengetahui tentang negara kota Melayu yang masih wujud berada jauh di pedalaman. Jadi tempat-tempat sebegitu telah dijadikan sebagai kawasan larangan dan dikawal rapi oleh tentera kita. Apakah ini benar?

    Apakah benar juga kesan-kesan ketamadunan Melayu secara sengaja dimusnahkan oleh para penjajah terutama Thai dan Inggeris atas sebab-sebab tertentu?

    Srikandi/Al Semantani boleh ulas?

    BalasPadam
  5. go go power ranger . :p


    -FAF

    BalasPadam
  6. Langkah pertama yang boleh dilakukan oleh peminat sejarah di Malaysia, ambil gambar bukit atau gunung yang berbentuk piramid dan hantar ke blog ini untuk disiarkan beserta nama dan lokasinya.

    BalasPadam
  7. tanpa nama

    tgk2lah nape tasik banding temenggor ade base tentera

    chini berkaitan dgn gelanggi

    sy bkn ahli sejarah tapi suke melihat sesuatu dari pandangan yg lain

    BalasPadam
  8. satu persoalan?..bangsa apakah yg membina piramid2 itu..adakah org asli?..proto malay?atau suatu bangsa lain?..

    BalasPadam
  9. juz 4 ur info saya baru dpt dari kuliah... lecture ade bgtau yang duit dari negeri perak iaitu tampang mirip piramid... duit ini dibuat dari timah asli dibuat sekitar abad ke-18
    maknaya unsur2 piramid masih kukuh dari segi matawang hingga abad ke-18

    ps:dasyat2

    BalasPadam
  10. video penggalian gunung lalakon..http://us.bola.vivanews.com/isl/read/13433-penggalian-gunung--piramida--lalakon_1

    BalasPadam
  11. sebenarnya usaha2 penjajah dlm menghapuskan bukti2 sejarah di nusantara terutama di semennjung melayu x lain x bukan adalh kegusaran dajal dn konco2nya yg telah mengetahui jawapn dari persoalan umum janji tuhan yg akan lahirnya tentera panji hitam diakhir zaman..

    mereka(dajal dn konco2)tak berkuasa menghalang janji tuhan tetapi berusaha melambatknnya...

    BalasPadam
  12. Salam..

    Persoalannya,siapakah DIRI ini??.........

    BalasPadam
  13. Dalam sejarah, kronologi waktu merupakan satu perkara asas dalam menceritakan kisah.

    Namun apa yang saya dapati, waktunya mencecah puluhan ribu tahun sebelum masihi. sedangkan, kita umat islam yakin bahawa ketamadunan era bani Adam adalah di bawah lingkungan 15 000 tahun S.M kan??

    Adakah sebenarnya ini juga membawa erti, generasi bangsa Melayu-nusantara juga berasimilasi dengan bangsa sebelum nabi Adam mcm bangsa Mera???

    Saya agak terkeliru sedikit tuan.

    BalasPadam
  14. السلام عليكم...تروسكن كاجين اڬر قوم ملايو كيت تيدق برميمڤي لاڬي

    BalasPadam
  15. Salam semua,

    Piramid, memang memerlukan ilmu kejuruteraan geologi,binaan yang sangat tinggi.Tetapi siapa sangka ianya dibina manusia yang hidup pada 50 ribu atau mungkin 100 ribu tahun yang lalu.Apa yang kita lihat struktur fizikal yg berdiri megah itu hanya 'hardware'nya bagaimana pula 'software' nya?Maksud apakah fungsinya?Sebagai Makam?Kuil? atau pun penjana tenaga?
    Saya mahu berkongsi pendapat dengan blogger2 semua,sila lihat photo untuk kulit album sebuah kumpulan muzik barat ini :sila klik http://www.youtube.com/watch?v=-ZtCRJld08c

    dan ini pula pandangan seorang lagi blogger berkenaan falsafah piramid itu dalam konteks keagamaan,sila klik http://nusanaga.blogspot.com/search?q=Piramid
    Sila tonton filem Lara Croft :Tomb of the Rider terdapat satu subliminal message untuk member 'Order of the Craft' babak tersebut mengandungi narrator sedang bercerita tentang 'Key of the All Seing Eyes' yang terpecah ke empat penjuru 'Hujung Dunia' dan dalam babak itu juga menunjukkan seorang Pendeta sebuah Kerajaan yang hebat memegang Kunci All Seeing Eyes dalam bentuk tiga segi atau 'Piramid' lalu di dalam bulatan di tengah kunci digambarkan 'Kerajaan itu lebur musnah akibat salah guna ilmu@pengetahuan memnipulasi 'KUNCI'(yang berbentuk 'Piramid'akhirnya mengundang bala bencana itu.Cerita dalam babak tu macam kisah pertelagahan antara Atlantis dan Kerajaan Atlantis Timur yakni Lamuria@MU.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SALAM... Tuan GEMPiTA... :)

      ambe dari blog
      http://militaryofmalaysia.net/2012/06/discovery-channel-2-hawa-dingin-dalam-terowong-komunis/#more-1078

      tadi...

      jalan punya jalan... sampai la kat sini...

      beh jgak layan lagu gambaq 'PiRAMiD Terbalik' tu bro...

      Tu aje lah nak gitaw pun... heheh...

      dah AZAN ZOHOR dah ni...

      ps: ari ni SABTU , 30 JUN 2011 bersamaan SEPULUH (10) SYA'ABAN 1433H... kan? heheh... :)

      Padam
  16. mengarut x msuk akal

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau xpercaya.......tpi benda nie betullll

      Padam
    2. Step piramid gunung padang ,cianjur,jawa barat.menurut team pengkaji setelah analisis karbon dating,umur binaan tersebut sekitar 13000 sm-23000 sm ribu tahun,usia yang sangat tua dari binaan piramid tua dimesir,di bina dan diteruskan pembinaan oleh setiap era yang berbeza serta mengguna semen pelengkat yang sangat hebat seolah-oleh dizaman moden sekarang,mengikut cacatan dari penulis dizaman kerajaan sunda,ianya telah pun wujud di waktu awal kubangkitan sunda purba...renungkanlah sejarah bangsa nusantara cukup tua

      Padam
  17. Salam.

    Saya ada menyimpan senaskah dokumen (pdf) hasil kajian Turangga Seta mengenai Candi Cetho dan Candi Penataran. Jika berminat, boleh email kepada saya:

    rushmurad@hotmail.com

    *pengkaji 'senyap' Tamaddun Nusantara...

    BalasPadam
  18. ia akan menjadi mengarut dan tak masuk akal sekiranya anda tidak menggunakan akal anda untuk membuat analisis

    ;)

    al semantani

    BalasPadam
    Balasan
    1. Step piramid gunung padang ,cianjur,jawa barat.menurut team pengkaji setelah analisis karbon dating,umur binaan tersebut sekitar 13000 sm-23000 sm ribu tahun,usia yang sangat tua dari binaan piramid tua dimesir,di bina dan diteruskan pembinaan oleh setiap era yang berbeza serta mengguna semen pelengkat yang sangat hebat seolah-oleh dizaman moden sekarang,mengikut cacatan dari penulis dizaman kerajaan sunda,ianya telah pun wujud di waktu awal kubangkitan sunda purba...renungkanlah sejarah bangsa nusantara cukup tua

      Kajian telah di jalankan oleh team bencana dan kesan kepada tamadun purba dibawah jabatan presiden republik indonesia,di harapkan team ini ,kekal wujud selepas era presiden susilo bambang yudhoyono tamat tempoh doa-doakan lah...

      Padam
    2. Adakah anda memerlukan bukti-bukti kajian yang lebih power dengan hanya duduk membaca saja di internet tanpa membuat sebarang tindakan,contohnya lawat dan lihat sendiri....kesan pada diri lebih besar serta mafaat lebih hebat....

      Padam
  19. Muhammad Fadzuan Razali6 Oktober 2011 pada 7:08 PG

    Salam Al Semantani

    Saya adalah seorang 'enthusiast' Sejarah cuma nasib saya tidak bekerja dalam bidang yang berkaitan Sejarah...kalau tidak...saya adalah orang pertama yg menawarkan diri untuk membantu anda mencari dan terus meneroka misteri sejarah bangsa Melayu Musantara dengan segala upaya saya,Insya Allah.

    Saya rasa anda mungkin sudah pun membaca buku yang bertajuk Tamadun Alam Melayu karya Mohd Arof Ishak yang menceritakan secara 'detail' tentang sejarah orang Melayu dimana dalam buku tersebut mengatakan bahawasanya Melayu adalah bangsa yang tertua di Asia (malah mungkin didunia) dan tamadun mereka adalah yang paling luas tersebar di dunia.

    Saya membaca buku itu selepas kesinambungan menelaah hasil pena Cik Srikandi yang manis dan juga hasil pena anda yang sering saya tunggu-tunggu kerana ada nilai-nilai 'boom' yang tersendiri. Pemahaman saya terhadap Melayu semakin mendalam berbanding ketika saya belajar masa sekolah dulu.

    Dalam buku itu menceritakan tentang perihal banjir besar yang berlaku di Asia Tenggara,mengenai Sundaland dan juga mengukuhkan hujah-hujah bahawasanya tamadun dari Asia Tenggaralah yang mempengaruhi tamadun luar seperti China dan India cuma jarak masa kemajuan Tamadun China dan India yang begitu hampir dengan masa kini agak hampir oleh itu peralihan tamadun menjadi terbalik iaitu dari China dan India ke Asia Tenggara pula.

    Bukti yang menyokong hujah diatas ialah ditemukan artifak-artifak seperti patung wanita bertatu di Iraq dan dikatakan ia berasal dari timur jauh dan sememangnya budaya bertatu adalah dari kepulauan Asia Tenggara. Mereka juga mengatakan bahawa Tamadun Mesopotamia berasal usul dari guru yang datang dari timur jauh iaitu dari kawasan kepulauan Asia Tenggara.

    Hujah mengenai teknolgi pembinaan piramid dan asal usulnya dari Sundaland ada diceritakan oleh cik Srikandi dalam tulisannya yang menyamakan teori asimilasi Melayu di Mesir lebih kurang sama dengan asimilasi Melayu di Madagascar yang melahirkan bangsa Merina.

    Saya ada membaca mengenai penyatuan Mesir Atas dan Mesir Bawah yang disatukan oleh raja Mesir yang pertama-tama sekali iaitu Narmer seperti mana yang diceritakan dari Plate Narmer yang berbentuk ikan.Dalam plate tersebut menunjukkan burung Helang yang sedang menarik tali yang dicucuk pada seorang tawanan.Dikatakan burung Helang itu adalah lambang sebagai wakil Dewa Horus di muka bumi.

    Maafkan saya kalu saya tersilap,Cik Sri pernah mengatakan Dewa Horus itu sebenarnya ada kaitan dengan Melayu dan burung Helang juga ada kaitan dengan Melayu ..dimana Pulau Langkawi mendapatkan nama dari burung helang jadi piramid di Mesir mungkin ada kaitan dengan Melayu...apa pun ini hanyalah tafsiran saya sahaja ...huhuhu

    --->Enthusiast Sejarah Dunia<---

    BalasPadam
    Balasan
    1. Analisis yang hebat dari saudara Enthuasiast,semoga pemahaman terus kukuh dan sebarkan ilmu itu kerana ianya lebih manis....

      Padam
  20. salam semantani jones

    sedikit pelurusan dr sy, tanpa mengurangi rasa hormat pada orang2 yang terus berusaha menulis ulang sejarah, mengenai piramid gunung lalakon sampai saat ini blm ada kepastiannya, hanya saja publikasi yang sudah terlanjur dibesar2kan dengan bukti yang teramat sedikit.
    Peneliti LIPI menyatakan bahwa masih jauh dan perlu penelitian panjang untuk menyimpulkan bahwa di bawah lalakon terdapat piramid (walaupun bukan berarti tidak mungkin).

    Tim Turangga seta sendiri mendasarkan temuan BUKAN pada metode ilmiah, tetapi berdasar pada metode "menyan" atau berdiskusi dengan leluhur.

    sekian
    gospi, Indonesia

    BalasPadam
  21. Salam.

    Mengenai bangsa luar yg datang membina piramid, mengapakah bangsa itu tidak mungkin bangsa dari tanah India atau China?

    BalasPadam
  22. salam Muhammad Fadzuan Razali,

    anda berada di trek yang betul...tahniah! teruskan usaha anda maka anda akan terus mendapat pencerahan demi pencerahan.

    semua yang anda katakan tidak lari dari teori sebenar.

    kepada tanpa nama...anda bertanya mengapa bangsa luar itu bukan dari china atau india? jawapannya ada dlm artikel saya yang seterusnya. sila tunggu. malah muhamad fadzuan dah beri clue.

    ;)

    al semantani 'jones'

    BalasPadam
  23. malon idiot,....indonesia bukan melayu semuanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. rim me sucker

      Padam
    2. Kita ini serumpun anak keturunan Qaturah dari bangsa Mala yang berasal dari kemboja purba(bukan kemboja kuno dizaman Angkor)
      Kita Keturunannya yang tersebar Dari selatan Thailand,selatan Vietnam,beberapa kawasan kemboja, Semenanjung tanah Melayu,sumatera,jawa Borneo/Kalimantan, Sulawesi, Kepulauan Maluku,Papua,Kepulauan Pasifik,Hawaii, pulau EASTER, Madagascar,Australia hingga New Zealand dan banyak lagi tempat yang mungkin terhapus jejaknya bangsa Mala-Uir(Bangsa Gunung)ini ya.

      Padam
  24. Lembah Bama ada kesinambungan dengan Charok To’Kun (Tinggalan lama di Cherok To’Kun-Salah satu daripada Ancient Malay Cities Site-Pelabuhan/Pekan Tepi Laut)

    Di Cherok To’Kun ini ada gereja baru dan gereja lama. Artifak sejarah di tutup halus.

    Lihat batu-batu lama yg ada tulisan PALI/ Lihat dinding batu dan tangga.
    http://albertko.asia/2011/02/st-annes-church-bukit-mertajam.html

    (Nota: Charok To’Kun ada hubung kait dengan Gua Gunung Runtuh, satu lagi kota lama)

    Semua orang berebut tempat ini termasuk Komunis. Kenapa?
    (Baca Komunis: Laluan bawah tanah)
    http://www.penang-vacations.com/st-anne-church.html
    Teogok batu-batu yang di gunakan, tangga bentuk piramid pun ada.

    Tengok batu-batu lama (batu hitam) batu bulat2 yg ada tulisan PALI
    http://www.my-island-penang.com/St-Anne-Church.html

    Gambar Tulisan PALI abad ke3
    http://www.southeastasianarchaeology.com/2009/07/24/the-ancient-sanskrit-inscription-in-a-church/

    Tulisan Pali pada abad ke-3.
    http://www.my-island-penang.com/Cheruk-Tokun-Relic.html

    NOTA: Orang PALI kaya dengan Emas (Golden Chersonese? Rujuk Peta Ptolemy)

    Harap dapat SEGERA di kaji. Gereja St.Anne (Roman Khatolik) dah lama tahun tentang ini semejak tahun 1800 lagi. Sekarang 2011. Hampir 200 mereka menyimpan rahsia. Ada emas dan harta dan artifak lama di bawah sana. Gereja St.Anne ini direkodkan sebagai gereja yang tertua di asia tenggara.

    KAJI SEGERA SEBELUM DITUTUP

    T.kasih.

    -Beliung Purba

    BalasPadam
  25. catatan pada batu bersurat tersebut bertulis nama raja Ramaunnibha. ramaun adalah panggilan purba bagi bangsa Mon sama seperti rammanadesa tempat asal orang mon dan daerah reman di pattani sempena nama orang mon.

    siapa raja ini dan adakah dia salah seorng raja kedah tua atau tidak saya tak tahu. adakah dia melayu tulin atau melayu-mon pun sayan tidak tahu.yang saya pasti dia bukan tamil atau india.sebab raja2 india tiada nama begitu.

    al semantani

    BalasPadam
  26. cuba perhati sepanjang highway menuju ke Johor.. anda akan nampak terdapat 3 bukan bukit/gunung seakan2 piramid dan kedudukanya seakan2 susunan piramid Giza Mesir.

    sepanjang jalan dari dari Grik ke Banting pun ada gunung yang meninggi seakan piramid..

    :)

    -Sea Gypsy-

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum Al Semantani, mungkin kau boleh rujuk fail ini tntang gunung lalakon,

    http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&cd=1&sqi=2&ved=0CCoQFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.lakubecik.org%2Findex.php%3Foption%3Dcom_content%26view%3Darticle%26id%3D12%3Ateka-teki-keberadaan-piramida-di-gunung-lalakon%26catid%3D1%3Aartikel%26Itemid%3D2&rct=j&q=gunung%20lalakon&ei=pwmaTty6KcbXrQfJj6SCBA&usg=AFQjCNGhXqDRofuYMzPzunb8OAEIUXziVw&cad=rja


    harap kamu dapat buat lebih banyak pembongkaran misterinya manusia berbangsa melayu ini, terima kasih

    BalasPadam
  28. Sunda Land merujuk kepada kerajaan/benua Atlantis yang tenggelam dan hilang.
    Bangsa Melayu salah satu cabang rumpun Nusantara adalah dari keturunan bangsa Atlantis yang maju dan moden dan menyebarkan ketamadunan di seluruh pelosok dunia.
    Semua tamadun - tamadun besar dan awal di dunia ini mengambil blue print dari bangsa melayu/atlantis.

    the late Prof. Arysio Santos'(Ph.D.) seminal discoveries on Atlantis.
    His book: Atlantis - The Lost Continent Finally Found {The Definitive Localization of Plato's Lost Civilization}.

    GUNUNG HIMALAYA(EVEREST) yang tertinggi didunia adalah landmark Gunung Orang Melayu.

    BANGSA MELAYU SELURUH AKAN DISATUKAN DENGAN AGAMA ISlAM DAN KEMBALI MENJADI BANGSA AGUNG DUNIA.

    BalasPadam
  29. Rumpun Melayu yang mula bina piramid???
    hmmm mungkin. tapi harus di ingat, dengan geografi Malaysia & Indonesia sedia ada.. seharusnya membina piramid di sini bukanlah sesukar di Mesir.

    1. sebab kita ada banyak gunung dan bukit. spt di Lalakon, knp perlu mereka bina batu2 granit seperti di Mesir jika mereka hanya perlu modified bukititu, letakkan asas batu dan bentukannya saja.

    2. berbalik kepada kepercayaan rumpun melayu zaman dahulu, adakah sebelum Hindu kita betul2 animisme sahaja?? jika ya, tak mungkin kita bina piramid. jika tidak, adakah Zorester?? @ ra?? agama2 tamadun kuno yg gemilang kebanyakan merujuk kepada sembahan kepada langit/matahari (berlainan inimisme yg menyembah pokok, gunung, sungai & alam ghaib semata2) kerana konsepnya dari langit inilah rezeki mereka perolehi (bercucuk tanam/belayar). jadi munasabahlah jika piramid dibina coz mungkin pada awalnya piramid dibina untuk menunjukkan/mendekatkan diri mereka dgn tuhan.. cuma masa berlalu menyebabkan makin lama makin terpesong. contoh agama Kristian.

    3. untuk anon 8 Oktober 2011 10:11 PTG, saudara mungkin adalah rakyat Indonesia. walaupun Indonesia bukan semuanya melayu, tapi kita semua serumpun, malahan bahasa kita juga sama, bahkan bahasa Jawa juga adalah cabang bahasa melayu.. bahasa indonesia saudaa guna itu juga adalah bahasa melayu. Perkataan Indonesia adalah rekaan penjajah yg keliru tak tahu nak menamakan apa bangsa berkulit sawo matang, punya latar belakang agama Hindu-Buddha ini.. maka dikatanya kita bersifat Indianise.. so dipanggilnya kelompok yg menghuni kepulauan nusantara itu Indonesia.. then pemimpin kamu terima je bulat2.. padahal sebenarnya kebodohan penjajah yang kamu intiraf.. tidak pernah wujud kata Indonesia sebelum abad 19!! maaf tapi itu fakta.. semua bangsa di asia tenggara kecuali Tai & Hmong adalah serumpun yang sama..dahulunya mengunakan lingua franca yg sama, walau apa suku kaum mereka baik melayu kelantan, melayu trg, melayu kedah, jawa, aceh, minang etc

    BalasPadam
  30. 4. buat islamic neutron , kaji sejarah kaji la jugak. tapi kembali kita kepada Islam dan kepercayaan kita sebenar. apabila bicara tentang manusia, perkara asas adalah MANUSIA 1 DITURUNKAN IALAH, NABI ADAM. tidak timbul soal bangsa mera sebelumnya etc. cumanya, kalau nak diikutkan kajian sebagaimana Nat Geo dokumentari tu hari, ADAM OF SCIENCE..manusia terawal (homo sapiens) dikesan dlm sekitar 40 - 50 ribu tahun dahulu. so sebarang ketamadunan seharusnya selepas tahun tersebut. tapi tu dia cakap, mana tau sedar2 sebenarnya Nabi Adam wujud 100 ribu tahun dahulu lagi, so munasabahlah bila cakap tamadun lemuria 70000 tahun dahulu...

    5. asas pada bumbung tak semestinya menyebabkan idea Piramid, sebab semua bangsa bertamadun baik kuno mahupun moden tahu, jika ingin buat bumbung bangunan, perlu ambil kira beban dari langit (etc hujan, salji, angin) jadi mahu tak mahu semua bangsa ada bentuk bumbung yang pointing ke atas. cumanya yg saya tertarik bentuk bertingkat adalah sebenarnya bentuk piramid. setiap tingkat itu mewakili perjalanan kerohanian ke sesuatu peringkat dlm ritual masing2. semua bangsa kongsi pandangan ini. etc Tuhan-raja-pembesar-rakyat-hamba-haiwan&tumbuhan

    - sebenarnya apa yg ada pada bentuk piramid ini yang menyebabkan ia menarik perhatian semua manusia & digunapakai sebagai simbol FM??? apa maksud piramid bagi org kuno & apa pula maksud bagi org moden kini??

    - sy tak faham, sebenarnya apa yg fhm kenapa Malaysia tak mahu mendedahkan bukti arkeologi @ kota2 lama malahan piramid lama kita. siapa yg kita takutkan??? kalau tak nak dedahkan sebab faktor kewangan, ok sy fhm..ni sengaja sembunyikan..dunia mungkin akan menolak, sengaja tidak menerima, tapi kesan kepada setiap bangsa Melayu di Malaysia sangatlah esar dari segi psikologi jika kita dedahkan semua ini. apa nak malu, dah terang lagi bersuluh sememangkan kita ini dahulunya beragama Hindu & Buddha.. tak semestinya ianya milik India @ cina. agama bukan milik bangsa2 tertentu.. barulah ALTER TERAHSIA betul2 terbuka

    p/s - walau apepun bangsa kita, sejarah silam kita, itu semua adalah petunjuk kepada manusia sebagai pengajaran agar yg salah tidak diulangi, yg benar dijuangkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukankah bangsa melayu ni asal dari agama nabi ibrahim?? agama hindu 2 asalnya nabi ibrahim..sbb 2 ada nama tuhan brahma(ibrahim) dan isterinya saraswathi(siti sarah)

      tgk la org hindustan..diorang 2 asal dari dari ketrunan nabi ibrahim..sbb 2 la diorang cantik dari tamil yg datang ke malaysia ni..

      byk sejarah kita dicedok dari penajajah laknat..sbb 2 la kita sndiri tak tau sejarah kita yg sangat hebat ni..salah satu fitnah dajjal adalah sejarah melayu..diorang tau yg orang melayu ni hebat..dan diorang sgt takut..semasa melaka diserang, 60% kuasa tentera melaka hilang kerana konflik laksamana dan sultan..sbb 2 la sultan kena upah org jawa..masa 2 dah guna meriam dan pistol dah...tapi penjajah cakap kita guna keris lawan diorang yg guna pistol..matilah org melayu kalo ikut logik akal..

      nabi ibrahim wasiatkan kepada isteri ketiga dan 6 anak dia..suruh pergi jauh ke hujung timur..sbb 2 la nabi ibrahim digelar rasul ulul azmi sbb dia tinggalkan semua isterinya demi perintah Allah..iaitu Tanah Melayu..cari dalam genesis
      bila dah sampai, diorang tak ada nabi untuk bimbing diorang..
      sbb 2 agama hindu wujud..setelah beratus tahun diorang ke agama budha pula..

      setelah lama duduk diam2 di the promised land, diorang jumpa agama warisan nabi ibrahim, agama nabi Muhammad SAW..sbb 2 terjadi nya rekod umat paling ramai masuk islam setelah datangnya islam

      bukan sbb diorang ikut raja tukar agama seperti yg diceritakan dalam BUKU TEKS SEJARAH yg byk penyelewengan..cuba fikir..kalo skrg juga agong kita tukar agama, rasanya orang melayu nak ikut tak?? walaupun org 2 buat byk dosa pun dia takkan sesekali tinggalkan islam..

      400 tahun kita dijajah, tp islam masih tetap di hati kita..walaupun kristianisasi begitu kuat semasa penjajah datang..bukan seperti filippina yg completely ubah budaya,agama, dan bahasa melayu pun sudah pupus..penjajah cuba padamkan kalimah Ilahi di tanah melayu, tp kuasa Allah mereka tidak berjaya..

      bangsa melayu bangsa penyabar mewarisi nabi IBRAHIM AS..sbb 2 pada tahyat akhir ada nama nabi Ibrahim..

      folowmystylero@gmail.com

      Padam
  31. salam, nama saya dzulkarnain taib dan minat saya dalam kajian eschatology, sejarah yang berkaitan dgn islam dan alam melayu. ingin sekjali bertemu dan berbincang dgn sdr. sila hubungi sy di talian 019 221 6486 atau emel alecdt@gmail.com

    BalasPadam
  32. Sebenarnya memang ada peramid kat malaysia.....nanti kita kongsikan bersama!!

    BalasPadam
  33. salam ma'al hijrah buat semua....subjek sejarah ini sememangnya minati sejak dibangku nsekolah lagi....tapi apalah ertinya....tak kemana pun....setelah membaca blog saudara dan juga minat saya yang mendalam kembali semula..harap dapat hubungi saya di 0127239295..atau email saya di
    zies1154@gmail.com saya ada sesuatu untuk dibincangkan..sekian terima kasih..

    BalasPadam
  34. salam,,sy jg pengamat dan pemerhati sejarah scr global..hal ini sngat tidak mustahil bhwa sblum masa hindu-budha sebelum masehi bangsa nusantara telah percaya dgn kekuatan roh,arwah leluhur dan politheisme. dan peradaban pun telah maju jauh sbelum peradaban mesir agung. salah satu hipotesa yg sangat dahsyat bahwa sbelum borubudur di pugar mjd candi budha oleh wangsa syailendra di magelang-jawa tengah. ia merupakan kuil solomon/nabi sulaiman (sulaeman dan ratu saba) yg dibangun hanya dlm tempo semalam dgn bantuan jin. kisah ini di abadikan dlm relief2 di didinding candi borobudur, dmn wujud2 raksasa dlm kgiatan membina bangunan.

    BalasPadam
  35. Maklumat terbaru dari website, blog, majalah al-islam dan akbar menyatakan bahawa Piramid di mesir dicipta dengan memanaskaan tanah liat. Sesuai dengan maklumat Al-Quran sendiri Al-Qasas ayat 38.

    Soalan saya ialah adakah candi borobodur, angkor wat atau mana2 binaan besar di nusantara juga dibina dengan menggunakan tanah liat?

    BalasPadam
  36. Amat menarik.Kawasan pendalaman contohnya di Lenggong Perak masih banyak misterinya.Laluan Grik melalui Klian Intan ke Pengkalan Hulu ada gunung yang berbentuk piramid.Ada significantnya atau kebetulan kerja alam ?

    BalasPadam
  37. Salam...walaupun keturunan saya ada campur cina dan india sikit,saya tetap berasabangga jadi orang melayu...heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya ramai kot orang Melayu Deutro yang macam tu :) Sebab tu rupa dan warna kulit kita pun macam-macam.

      Tapi yang paling menarik ialah definisi Melayu dalam perlembagaan Malaysia. Kalau fikir balik definisi tu, memang nampak sangat budaya orang Melayu yang mudah menerima orang lain seadanya (budaya kongsi).

      Padam
  38. Assalamualaikum wbt...

    Saya mengsyorkan supaya lungsuri juga blog CATATAN SI MERAH SILU dan blog Mari Ke Alam Jin & Bunian - Tuan Kelarias Bhrata untuk dapatkan maklumat-maklumat tambahan.

    terima kasih.

    BalasPadam
  39. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  40. Assalamu'alaikum wbt
    Untuk mengkaji tentang asal-usul piramid, pada pendapat saya, tidak perlulah meredah ke zaman terlalu tua. Apa yang lebih tua dari Tamadun Mesir ialah Kota Ravana/Rawana(Ramana Desa?) yang menurut Hikayat Merong Mahawangsa terletak di Langkapuri(Langkawi bagi orang Kedah yang mengetahui tentang Hikayat ini). Dalam HMM diceritakan tentang tempat Garuda tinggal telah tidak dihuni sejak zaman perang Anduman(hanuman). Perang ini ialah perang antara Ravana dan Rama kerana dikatakan Ravana telah 'menculik' Sita (versi lain, Ravana itu sebenarnya ayah Sita!)

    Batu Bersurat Cerok Tok Kun mungkin menceritakan sesuatu tentang hal ini menyebabkan penjajah sedaya upaya mahu menyembunyikannya dari rumpun Melayu Islam. Mereka memberi alasan kononnya ingin membantu pihak muzium menjaga 'relic' itu tetapi sebenarnya mereka tahu apabila berada dalam kawasan gereja, orang Islam sudah tentu tidak akan pergi menziarahinya.

    Islamnya Melayu menyebabkan sejarah bangsa Melayu disembunyikan kafir sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. lagi.

    Sejak tahun lepas, saya membuat kajian tentang kebenaran cerita Nabi Sulaiman a.s. dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Setakat ini sudah ada 11 pos. Harap saudara Semantani dan semua di sini menjenguknya. Terdapat banyak kejutan yang mungkin dapat sedikit sebanyak mengubati kekecewaan bangsa Melayu dalam mencari asal-usulnya. WAllahua'lam.

    Bermula dari 'Mengapa HMM asal perlu didedahkan' hingga pos terakhir setakat ini; 'Kerajaan Islam Melayu Kedah yang disembunyikan'.

    hmm-asal.blogspot.com

    BalasPadam
  41. pernahkah kita dengar ribuan atau mungkin jutaan tahun dahulu bahawa bumi ialah benua yg 1 dan kemudian dipisahkan. saya menemui logika yg baru dan yakin atlantis ialah nusantara. jadi, benua atlantis tidak tenggelam tetapi beralih tempat dan disangkakn tenggelam.

    BalasPadam
  42. Assalamualaikum.. Alhamdulillah, semakin ramai MELAYU (bangsa yang berbilang keturunan, kaum, suku, darah, etc.) yang ambil berat, ambil tahu, mencari dan terus mencari siapa kita, MELAYU yang sebenarnya. Pengalaman saya sendiri, 4 tahun (2008) saya pernah bertemu dengan seorang pensyarah kanan di universiti, beliau mengatakan bahawa WILAYAH KEPULAUAN 'NUSANTARA' akan wujud semula. Saya sendiri berminat dalam bidang SEJARAH TANAH MELAYU, apabila usia meningkat, bila mahu mencari diri. Apabila konsep dokumentari saya di terima oleh RTM untuk mencari WARISAN, saya berpeluang bertemu dengan ramai pakar sejarah dari universiti mahupun persatuan sejarah cawangan setiap negeri. Maaf bercakap, Ahli Akademi dan Cerdik Pandai berbangsa MELAYU kurang mahu menonjolkan diri, mungkin tak suka glamour, atau tak mahu nak bertekak dengan ahli akademik universiti lain. MELAYU bukan MELAYU kalau buta sejarah, itu antara kata-kata seorang pensyarah sejarah. Yang malang dan kesian adalah apabila generasi muda MELAYU layu di bumi bertamadun dan terhebat ini. Saya amat berminat untuk mendokumentasikan MELAYU secara audio visual, sila hubungi saya jika anda perlukan perkhidmatan itu. Ada lagi yang menarik, seorang pensyarah universiti di Utara Semenanjung memberitahu saya bahawa di satu kawasan pendalaman PERANCIS dekat dengan PARIS, ada dokumen penting tentang MELAYU. Semakin saya mencari pengetahuan tentang MELAYU, semakin saya berbangga menjadi MELAYU kerana nenek moyang kita sangat hebat, bijak, berteknologi. Wasalam *Qash Aris*

    BalasPadam
  43. http://penatintapemikir.blogspot.com/2012/05/2012-sejarawan-pendidikan.html

    BalasPadam
  44. tolong follow n klw xpon jd members sy. at penatintapemikir.blogspot.com

    BalasPadam
  45. mane ade piramid kt malaysia ni.. piramid dgn bukit pun x boleh beza ke? jgn taksub sgt dgn kehebatan melayu ko tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. adelaaa cikgu aku dah pegi ponnn

      Padam
    2. Bagaimana mungkin,dikatajan tiada sedang tiada pun usaha-usaha mengkaji dan meneliti yang di bentuk samaada oleh pemerintah atau pemburu(sendirian berhad).
      Terus di ulasan tiada tanpa usaha....

      Padam
  46. tertanya-tanya mengenai " The Lost Tribe" yang dikatakan bangsa Melayu adalah orangnya....

    BalasPadam
  47. Whoа! Thіs blog looks exасtly like my
    оld onе! ӏt's on a completely different subject but it has pretty much the same layout and design. Superb choice of colors!

    Here is my site ... frank mcgrath steroids

    BalasPadam
  48. Spot οn with thiѕ wrіte-up, I actually belіeve that thiѕ sitе neeԁs a lot more attention.
    I'll probably be returning to read more, thanks for the info!

    Here is my web page :: what is hcg

    BalasPadam
  49. certaіnlу liκe уоuг web site hοwevег you have tο
    take a lοok аt the sρеlling on quite а feω of your postѕ.
    Mаny of thеm are rife ωith spelling issues and I in fіnding іt vегy
    botherѕome to inform the reality hoωever I ωill
    cегtainly come back agаin.

    Fеel free to suгf to my website :: hcg drops

    BalasPadam
  50. karak n piramid serta harta karun n emas banjaran titiwangsa..mnjadikn KARAK ANGKER????? HMMMM....

    BalasPadam
  51. Nenek Moyang kita bukanlah berasal dari Cina Selatan!
    http://www.bradshawfoundation.com/journey/

    BalasPadam
  52. kajilah lagi tentang pakaian orang melayu..seperti baju melayu,songkok dan sebagainya..anda pasti takkan kecewa dan pasti terkejut tentang pakaian2 ini...

    BalasPadam
  53. Mungkin benar ada unsur penipuan dlm sejarah yg kita belajar di peringkat sekolah dulu...semua tu keja penjajah,sepertimana mereka telah menghanyutkan ribuan kitab2 ilmuan islam disebatang sungai sehingga digmbarkan air sungai tersebut drpd jernih bertukar kpd hitam kerana dakwat masa islam kalah perang salib ke-2 dulu...begitu jgak mereka telah berjaya memadamkan semua bukti kemajuan tamadun kita...kita lngsung tak sedar,selama ni apa yg kita pelajari kita pikirkan betul....

    BalasPadam
  54. salam...semua pecinta bangsa melayu hebat.....yg pertama cuba kita lihat seorang lelaki yg berdiri seperti potret HANG TUAH yg seperti memakai baju pengantin....baju n seluar + samping + tengkolok + capar or kasut dan keris lengkap hulu dan sarung...ok....cuba kita lihat pula sebilah keris yg diletakan berdiri...cuba anda perhatikan ada tak persamaan?cuba lihat hulu keris melayu. ...nampak macam tengkolok tak...cuba lihat sarung keris di bahagian tengah nampak macam samping kan....dan kita cuba fikir kenapa meriam itu asalnya bgsa melayu yg cipta...cuba kita fikirkan...apabila syawal menjelma budak2 kampung kebanyakan mesti bermain meriam buluh....saya ini adalah permainan bgsa melayu berkurun lamanya...knp tradisi ini tidak hilang dan kekal ke hari ini apabila tibanya syawal mnjelma.....mungkin meriam buluh ini trcetusnya dari meriam besi yg pada mula yg di lihat....oleh kerana meriam besi ini susah dibuat dan meriam buluh mudah dibuat dan mudah di tiru dari generasi ke genarasi....saya rasa macam ada satu kisah la......sebab meriam buluh ini cuma BANGSA MELAYU SAHAJA YG MMBUATNYA.....ok setakat ini saja tulis dr saya.....cuba anda semua yg pecinta warisan bangsa yg huraikan.......

    BalasPadam
  55. Masih terfikirkan tentang seorg puteri turkey yg dtg atau dihantar oleh kerajaan uthmaniniah yg tumbang..mngkin ade sbb tertentu atau kebetulan.

    BalasPadam
  56. assalammmualaikom...

    secantik cantik kaca,
    lagi cantik si delima,
    di cantik kan si kaca
    di sorokkan delima. tak kan melayu hilang didunia

    BalasPadam
  57. Cuba kaji manuskrip sayar ul okli tentang seorang anak raja melayu brnama adivikram.manuskrip ditemui dlm kaabah dan di tulis diatas kepingan emas.

    BalasPadam
  58. hehehe, ternyata banyak temen2 negri jiran yang termakan isu hoax dan belum bs membedakan mana hoax mana yg tidak hoax, apa lagi ada yg memakai data dari turangga seta, mereka (turangga seta) melakukan pencarian piramid dengan mempraktekan perdukunan/bomoh.

    BalasPadam
  59. Negara eropah n rusia dh lm tau sejrh rahsia melayu.cr la sdiri

    BalasPadam