Salam. Mungkin perkara yang hendak saya sampaikan ini agak pelik bagi sesiapa yang tidak arif tentang sejarah ketamadunan Melayu, namun bagi yang suka membaca buku sejarah maka kehadiran orang Melayu di China adalah perkara yang tidak dapat disangkal. Ketika membuat kajian tentang hubungan China dengan Negara-negara kota Melayu saya telah terjumpa satu perkara yang amat menarik. Semuanya berkait dengan perkataan Kunlun.
Sebelum saya meneruskan cerita mengenai pendekar tersebut , perlu rasanya untuk saya menjelaskan satu istilah yang penting.Kunlun adalah sebutan atau gelaran orang cina terhadap orang yang berkulit gelap. Jika kita cari didalam kamus-kamus cina lama maka akan dijumpai perkataan ini. Namun demikian, perkataan Kunlun ini pada awalnya bukanlah umum bermaksud orang yang berkulit gelap. Hal ini kerana perkataan tersebut terbit daripada sebutan cina terhadap raja yang memerintah kerajaan Funan dan kerajaan-kerajaan di Semenanjung tanah Melayu yakni di bahagian timur.
Tidak diketahui bila bermulanya perkataan Kunlun ini digunakan untuk menggambarkan setiap bangsa yang berkulit gelap menggantikan bangsa Melayu. Sememangnya Kunlun adalah khas panggilan orang china terhadap bangsa Melayu yang kemudiannya termasuk sekali bangsa Khmer. Ada pihak-pihak tertentu yang ingin menafikan perkara ini dengan mengatakan bahawa Kunlun merujuk kepada bangsa Negrito atau Afrika. Pada saya pernyataan ini adalah tidak tepat, malahan kurang hujah serta bukti yang kukuh. Orang Melayu sebagai Kunlun telah saya jelaskan sebelum ini bahawa ia bermula daripada pelat orang-orang Cina menyebut gelaran raja-raja purba Melayu di Indochina yang dipercayai sesetengah sejarawan sebagai kurung atau kulun atau gunung! Iching dan Su Kung dalam buku pengembaraannya pernah menyatakan bahawa bunga cengkih banyak ditanam di negeri Kunlun. Jadi tak mungkin Kunlun itu Afrika. Manakala dalam kamus sanskrit China pada zaman Tang Kunlun bermakna Dvipantara yakni Semenanjung Asia Tenggara!
Mengukuhkan lagi hujah ini, masyarakat cina melalui catatan-catatan pengembara mereka turut merekodkan tentang aktiviti pelayaran dan perkapalan serta perdagangan yang dijalankan oleh orang-orang Kunlun. Turut direkodkan kehebatan kapal-kapal buatan orang-orang Kunlun yang dipanggil sebagai Kunlun po. Perkara ini mengesahkan lagi bahawa Kunlun adalah orang Melayu kerana orang Melayu memang mengamalkan aktiviti kelautan sejak dari awal lagi. Pada zaman dinasti Tang juga ada direkodkan bahawa seorang pedagang Kunlun yang membunuh gabenor Guangzhou kerana gabenor itu cuba menipu dalam urusan perdagangan dengannya. Pada zaman dinasti Yuan pula ada tercatat dalam buku sejarah China bahawa lokasi Kunlunguo atau kerajaan Kunlun terletak di laut selatan dan lebih selatan dari Lin yi atau Champa. Ternyata pernyataan ini menunjukkan Kunlun itu terletak di Semenanjung Melayu.
Penuntut kung fu aliran Wudang dikatakan mampu melakukan teknik terbang melayang seperti yang dilakukan oleh hamba Kunlun. Adakah teknik Wudang ini berasaskan dari hamba Kunlun tersebut yang merupakan seorang pendekar Melayu?
Namun tidak saya nafikan bahawa memang pernah wujud orang-orang Afrika yang dijadikan hamba dibawa ke China untuk dijual. Kebanyakan hamba-hamba ini dimiliki oleh orang-orang asing yang berniaga di China seperti di Xian dan Canton yang memang terdapat banyak penempatan orang asing seperti Arab dan Parsi. Untuk mengatakan bahawa orang negrito ini datang sendiri dan menetap di China adalah agak mustahil kerana diketahui bahawa mereka adalah agak primitive berbanding bangsa lain terutama dalam soal pelayaran dan perdagangan antarabangsa berbanding orang Melayu dan Arab. Walaubagaimanapun mereka tetap digelar sebagai Kunlun oleh orang-orng cina dan hal ini menyebabkan perkataan Kunlun bukan lagi khusus untuk bangsa Melayu. ini menyukarkan dan mengelirukan ahli-ahli sejarah yang ingin mengkaji tentangnya.
Perkataan Kunlun juga dikatakan berasal daripada banjaran gunung yang berada di Tibet yakni Kunlun shan. Namun ada pengkaji mendapati Kunlun juga panggilan orang-orang china bagi gunung yang berada di Pulo Condor (baca pulau kundur). Sejak beratus tahun yang lampau pulau ini telah dikenali para pedagang dengan nama tersebut yang terang-terang adalah bahasa Melayu. Para pedagang china juga sering menamakan Asia Tenggara terutama kepulauanya sebagai kunlun. oleh itu tidak dapat disangkal lagi bahawa orang kunlun merujuk kepada orang-orang Asia Tenggara.
Berbalik kepada persoalan pendekar Melayu di china itu tadi sebenarnya tidak ada record sejarah yang betul-betul dapat mengesahkan bahawa lelaki ini memang wujud pada zaman tersebut. Namun demikian wujudnya Novel Kunlun Nu atau The Kunlun Slave yang dikarang pada zaman dinasti Tang menunjukkan bahawa masyarakat China telah terdedah dengan kedatangan atau kehadiran orang-orang bangsa Kunlun atau Melayu.
Dalam novel tersebut yang berlatarbelakankan Kerajaan China dinasti Tang, wujud sebuah keluarga bangsawan yang mempunyai seorang hamba berbangsa Kunlun. Dipendekkan cerita. Pada suatu hari anak lelaki daripada keluarga bangsawan telah tertarik hati dengan salah seorang perempuan istana atau puteri raja. Mereka telah tertearik hati diantara satu sama lain dan jatuh cinta. Untuk bertemu dengan sang puteri atau gundik tersebut si pemuda bangsawan terpaksa memanjat kota yang tinggi melebihi 20 kaki.
Dengan bantuan hambanya si orang Kunlun, beliau telah berjaya melepasi tembok tersebut. Si pemuda telah membawa lari perempuan istana tersebut dengan dibantu oleh hamba Kunlun. Hamba Kunlun ini digambarkan mempunyai kuasa mistik. Dia dikatakan telah menggunakan kuasa mistiknya bagi membunuh para pengawal Istana dan membawa lari si puteri dengan cara terbang melepasi tembok dan melompat dari satu bumbung ke satu bumbung bangunan yang lain (seperti dalam cerita-cerita kung fu). Si hamba juga dikatan boleh menghilangkan diri dan mempunyai kuasa untuk menyembuh dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam perubatan.
Apa yang menariknya ciri-ciri hamba Kunlun ini sama seperti gambaran orang Cina terhadap orang-orang Asia tenggara atau Melayu. Orang cina menggelarkan orang-orang Kunlun sebagai bangsa yang gasar dan berkulit gelap dengan rambut yang beralun atau kerinting. Seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini, Kunlun merujuk kepada orang Melayu. Jadi persoalannya adakah hamba ini seorang Melayu? Saya berkesimpulan bahawa dia memang seorang Melayu. Seperti yang kita tahu pada zaman dahulu lagi bangsa Melayu memang mempunyai kehebatan dalam ilmu beladiri yang mistik. Kehebatan untuk terbang dari satu pokok ke pokok oleh pendekar-pendekar Melayu pada zaman dahulu sehinggalah zaman jepun kasih bermain di bibir masyarakat Melayu. Tetapi adakah orang Afrika mempunyai kemahiran sebegitu. Jawapannya tentulah tidak. Tidak ada dalam sejarah mereka ilmu mistik dan pertahanan diri sebegitu rupa. Tetapi ilmu persilatan orang Melayu memang ada sejak beribu tahun lagi. Ilmu-ilmu kebatinan orang Melayu memang sangat kuat diamalkan pada zaman Hindu-buddha. Jadi adalah tidak mustahil jika saya katakan bahawa hamba Kunlun tersebut adalah seorang Melayu yang tinggi ilmu kebatinannya.
Menurut sejaraawan China, novel tersebut adalah diantara novel Wushia atau kependekaran yang terawal di China yang membuka ruang kepada novel-novel dan cerita-cerita kependekaran yang lain di china. Hal ini menunjukkan bahawa ilmu terbang melayang seperti yang kita sering lihat dalam filem-filem China sebenarnya berasas daripada cerita pendekar Melayu yang tinggi ilmu batinnya. Dalam novel tersebut si hamba Kunlun kemudiannya menghilangkan diri dan beberapa tahun kemudian dilihat menjual ubat-ubatan di pasar. Jika kita telitikan dapat diketahui bahawa sebahagian besar daripada rempah ratus dan ubat ubatan China adalah bersumberkan dari hutan-hutan Asia Tenggara jadi tidak mustahil si hamba tersebut balik semula ke kepulauuan Melayu dan menjadi pedagang. Satu lagi ciri yang dapat memberikan gambaran bahawa si hamba Kunlun adalah seorang Melayu ialah nama beliau. Namanya dalam pelat cina ialah Mole atau Mohe. Jika kita cuba padankan dengan bahasa Melayu boleh jadi Molek atau Mula atau Malin. Tambahan lagi beliau juga dikatakan sering membawa sejenis dagger atau pisau yang menjadi satu-satu hartanya yang dibawa kemana-mana. Mungkinkah ianya keris?
Nampaknya kemisteriusan kisah ini hampir sama seperti Kisah Henry The Black atau Panglima Awang. Namun persamaan kedua-dua cerita ini adalah mereka tidak lain tidak bukan adalah dari kepulauuan Melayu. Terpulang kepada anda samaada untuk menyetujui kesimpulan saya yang meletakkan si hamba sebagai melayu atau tidak. Diharapkan anda memberikan komen masing-masing dan mungkin pandangan lain tentang topik ini. Sekian wallah hu a’lam.
Salam bapanyak.
BalasPadamNyaman hajak ceritanyak.
Hehehe.. Betul ke bunyinye tu?
Takpe lah.. Janji ada bunyi...
Hm, penulisan yang amat baik. Lebih baik sekiranya anak-anak muda di zaman ni mengikuti penulisan sedemikian rupa. Lebih-lebih lagi orang Malayu. Sesungguhnya, ilmu sejarah harus disampaikan ke generasi seterusnya mengikut kaedah terkini. Ada gambar-gambar, dan lebih baik lagi disertai video.
Bila balik kampung je, saya pasti akan mengorek cerita-cerita lama dari atok. Ada satu masa tu dia memberitahu saya perihal Panglima Awang tu.
Kunlun. Boleh jadi Ku Long. Kunlunguo boleh jadi Kuala Lumpur. Hm, sekadar sedap bunyi mulut saya menyebut je kot...
Hehehe...
Teruskan menyampaikan.
Wassalam.
salam,, mgkin ade benarnya,, kerna mengikut kitab dalam aliran persilatan gayong panglima ulung,, ade diceritakan perihal pendekar melayu bersama - sama dengan pendekar cina berperang, dan meniaga,, kalu tuan ade kelapangan silalah rujuk ke blog, gayong panglima ulung,, ade cerita nya,,dan juga dalam novel berlatar belakangkan kisah di terengganu, ade diceritakan perhubungan melayu dengan tanah besar cina,, saya lupa tajuk novel itu,,, salam
BalasPadamSalam,
BalasPadam1. Novel ini perlu diterjemahkan jika belum. Di mana boleh mendapatkannya?
2. Saya nak tahu, apakah kita mempunyai pengkaji sejarah yang mahir bahasa Cina? Adakah orang kita sedang mengkaji sumber/manuskrip dari China? Rasanya, banyak maklumat dapat diraih.
3. Tertera gambar Bhodidharma. Ada sesuatu yg tuan hendak sampaikan? Tapi pendapat popular mengatakan dia orang Tamil. Saya sudah sampai ke tempat dia mengajar Shaolin. Baru saya tahu seni mempertahankan diri ini bukan diasaskan oleh org Cina. Tapi ramai yang tak tahu.
Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat. Teruskan membongkar...
AM
cuba tuan cari dan baca novel bumi harapan, ada diceritakan perihal hubungan melayu dengan cina tersebut,,
BalasPadamsalam
Tidaklah mustahil bagiku..sebab aku mendapat penceritaan yang ada kebenarannya..sebab adanya bermula Melayu adalah di Kedah..iaitu Kedah Tua..dan di negeri China ada Kampung Kedah.
BalasPadamKampun Kedah di China?? kat bahagian mana tu??? kalau pergi China, rasa nak melawat jugak kalau betul.
BalasPadampertamanya, harus diakui, sejak sblm masihi China adalah kuasa besar di timur. Malahan Srivijaya juga menjalinkan hubungan dengan China utk memajukan negara mereka. cumanya, sumber dari china ni kadang2 ajinamoto. yelah, benda tu sumber sehala. Kunlun tu disebut sebagai Hamba, saya tak bersetuju kerana hamba tidak akan sesekali dibiarkan lari sebegitu sahaja, malahan siap jadi penjaja ubat lak tu. mungkin kunlun tu adalah sahabat dia. eg, tokey2 korporat barat yang berbaik2 ngan pak menteri sebab nak meniaga Malaysia.
seni pertahanan diri cina dikatakan ada sejak 4000 tahun dahulu, dan dipopularkan oleh Maharaja kuning 2000bc yg lepas. atikel bertulis pasal wushu ada dlm tahun 5bc. jadi jika nak dibandingkan dengan silat, juga sebagaimana wushu. teknik langkah silat banyak meniru gaya binatang spt harimau, ular, jengking, etc. kemudian ia dilengkapkan dengan tari budaya melayu yg terpengaruh agama hindu pada waktu itu.
dengan mengamil kira kaftor geografi, binatang2 buassemestinya lebih banyak terdapat di aisa tenggara dan china. serta china denga keluasan tanah mereka, peperangan adalah mudah dan tidak begitu memerlukan peperangan jarak terlal dekat, asia tengara pula denga kawsan berbukit bukau serta penuh haiwan2 liar, mungkin adalah origin sebenar kepada seni pertahanan diri ini.
hehehe..
Hmm...kalau hamba kunlun tu terer dalam seni mempertahankan diri dan ada kuasa mistik dsbnya dan boleh membunuh pengawal istana, macam mana dia boleh jadi hamba? Hamba ni terjadi sebab tak berdaya melawan dan tidak boleh lari dari orang yg lebih kuat.
BalasPadamBodhi Dharma kedengaran dia asal dari Melayu Tua yg pergi ke India dan pulang nya singgah ke China.Dan juga General Wei juga beragama Islam.
BalasPadamsetuju.saya pernah terbaca bahawasanya bhodidharma ni adalah seorang melayu dari nusantara,dimana pada zaman kegemilangan hindu-buddha para sami buddha mempelajari ilmu dari tanah jawa&srivijaya.selepas kedatangan islam,tanah nusantara juga menjadi tempat tumpuan ilmuan islam serata dunia.bangsa melayu telah terlibat dalam pelbagai aktiviti perubahan ketamadunan sepanjang kewjudan bangsa ini.semoga bangsa melayu dapat bersama-sama dalam kebangkitan islam kedua kelak.amin
Padamthe swallow bowl dari keturunan dinasti mana?tolong selidik boleh?
BalasPadamsaya banyak terfikir tentang ketamadunan Melayu dan bertambah mengagumkan bila membaca catatan Cik Sri dalam riwayat melayu di http://riwayatmelayu.blogspot.com/ ...mungkin inilah sebabnya kenapa puak chauvinis cuba menidakkan sejarah Hang Tuah dan Hang Li Po ...sejarah Melayu tak kurang hebatnya ...
BalasPadamI do not know if it's just me or if everyone else encountering problems with your site. It appears like some of the text on your content are running off the screen. Can somebody else please provide feedback and let me know if this is happening to them as well? This might be a problem with my internet browser because I've had this
BalasPadamhappen previously. Cheers
Have a look at my page - cures for ringworms
Corticosteroids can cause avascular necrosis, diabetes, facial puffiness, and spleen.
BalasPadamSo far, no two cases of lupus through co-counseling, since both are rheumatic illnesses
and conditions will also want to reduce the inflammation of the skin can become.
Thyrotoxicosis Graves disease is the best way to learning
how best to get pregnant most of them. Belimumab
trade name Darvocet, and can collapse. Skin rash from acute kidney failure.
Read MoreComments 0PermalinkShareTuesday February
3, 325 of the patient with lupus from world-renowned lupus medical
and neurodevelopmental problems in the immune system.
my website ... Idamay lupus doctor
Nevertheless, brainpower stimulus also carried a as many
BalasPadamas your doc subsequently linear nimble and easygoing tests.
Or to get it easier the stove then run out the threshold.
Unluckily, to the highest degree products do not state you how a good deal
trans fat it get-up-and-go parallel bars, snack cakes, biscuits, cracked, pastries, breads and muffins.
Processed foods created for convenience and enticement Thus if you want tolower cholesteroltry a intelligent diet and increase exercise.
Also visit my web blog; cholesterol and treatment high herbal
e'er view max serve these questions. As societal media and the internet itself carry on to turn by blogging, I powerfully cheer that you try this for one month and see if you need to stick to blogging or not. I opine more you are simply pickings reward unequalled visitors should be touchstone for any page tabulator table service you choose. The conception of blogging appeared in the 1990's subject matter is not saving on the earpiece for
BalasPadamguard and privacy of the users VMS substance.
Have a look at my web blog :: click here
silat tiru wushu
BalasPadamekekekekek...bruce lee pn mampos dlm tangan Dato' Meor ada hati nak kata silat tiru wushu, meh sini aku seligi kpala ko tu! kasi sel2 otak kau bergabung!
PadamMasanori takahashi aku sokong ko bro.betul tu kalu wushu tu handal takkan bruce lee tewas dgn dato meor hehehe
BalasPadamsalam... kdang saye terfikir. salah 1 seni bela diri yg terhebat adelah seni buah pukol mersing dsini jika d perhatikan ade persamaan dgn teknik yg d guna pakai dlm filem brucelee
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamPi dah mabuk!
BalasPadamIa lah tu, semuanya melayu.
Mula Parameswara melayu. Sekarang Bodhi Darma pun melayu. Apa kata kita ishtiharkan semua India tu melayu.... boleh dapat status Bumi!
jangan buat lawak. Hangpa ni kalau nak build self confidence orang melayu, carilah cara lain. Jangan declare sebarang! Mengaku benda orang lain sebagai melayu punya. Cis! Tak malu.
Sejarah lama orang Raja Chola menajajah Malaysia korang dah tukar dah. Budak sekarang tak tahu pun hal itu. Saya rasa lagi lima puluh tahun korang akan ajar budak sekolah bahawa orang melayu menjajah UK.
Inilah cara korang nak bina semangat melayu muda.
Pi dah mabuk
1- Parameswara memang orang melayu lah... cuma agamanya Hindu.
Padam2- Sapa nak isytiharkan India tu Melayu??.. itu hak dan bahagian mereka, kita tak kacau, kita cuma nak related dr aspek pensejarahan shj.
3- Raja Chola tak pernah menjajah Malaysia bang long.. kalau Chola attack malaysia dah lama saya rasa abang dah calit tande dan. Chola mengganas dan menyerang empayar srivijaya terutamanya di kedah tua tahun 1025.
p/s: pakailah tongkat sejarah kalau andainya sudah 'buta'.
Haha. Bodhidharma adalah putera yang berasal dari pallava yang ada di India Selatan.Dia seorang India.kalau tak percaya tolong Tengok Wikipedia bodhidharma.jangan buat blog sesuka hati Tanpa kaji selidik.this is why important to study history.true history not upgraded history.
BalasPadamadoi.. mula2 panas baca komen mamat nih. dia marahkan kajian org utk mencari kebenaran.. tp bila dia sebut sumber wikipedia terus aku tergelak.. hahahahah wikipedia sumber nye.. hahahahahah .. esok nanti aku edit wiki tu ye.. hahaha
BalasPadamHahaha stupid fool....later he will say the first man to moon was also them....Laurent you tired of taking credits even thoug ur fake.....hmmmm wait lu mana Ada otak dan perasaan
BalasPadamCakap la sidharta gautama, nabi muhammad, neil armstrong, bob marley, kamen rider black semunya melayu belake.. tak baik do, tukar2 sejarah.. even hindu n budha tu pun asal dari india, dia melalui kepuauan melayu naik ke china melalui vietnam.. kenapa mesti lalu indonesia atau malaysia? sebab laluan atas tu kene lalu banjaran himalaya, tinggi doo.. baik seberang laut.. dalam perjalanan dia dia sempat ajar orang melayu bersilat, orang thai tomoi sampai ke china dia ajar shaolin.. tak best la tukar-tukar sejarah ni. even sebelum malaysia dibuka, orang tamil dah sampai ke nusantara kita.. buktinya, orang yang buka melaka namanya parameswara, penganut hindu.. hindu dah masuk ke indonesia sebelum tanah melayu ditemui lagi.. route tu dah ada.. jalan laut menuju indonesia, dan bodhidarma ni guna laluan yang sama untuk menuju ke cina.. tujuan asal dia untuk capai tahap nirvana dalam agama budha..
BalasPadamParameswara org tamil ??? Waduh . Gawat . . Haha . Parameswara tu pewaris sriwijaya , sebelum parameswara datang melaka , semenanjung sudah berkerajaan sperti langkasuka , chih tu. kedah tua , tambralingga , javaka , gangga negara , ko nak letak mana semua kerajaan tu ?? Haha . Prasasti han chey pun menulis mala iva malayam , yg diterjemahkan pnkaji raja mala dari malayur , Raja funan memakai gelaran slendra dik , slendra tu keturunan raja mala , dalam riwayat pali dan prasasti di sri lanka menyatakan kerajaan tambralingga pernah menyerang srilanka , dhulunya melayu juga figelar javaka . . Krajaan tambralingga tu memakai gelaran sri maharaja yg diguna gelaran taja melayu sperti sriwijaya , chih tu , dll . . Tolong hadam riwayat pali yah . Haha .
Padambangsa melayu bangsa yang suka sangat cipta auta..memalukan diri sendiri saja..pikirlah sama,jangan asyik nak menjatuhkan martabat bangsa sendiri di mata bangsa lain...semua benda hebat,tokoh hebat nak claim melayu punya,islam punya!
BalasPadamAsyik dok klaim saja, tak malu ke keorang? Bodhidharma tu dari Indialah. Dia membawa agama Buddha dan ilmu batin ke Negara China, melalui jalan sutra di Asia Tengah. Kunlunguo tu pula sebuah wilayah di Yunan, China. Wilayah Yunan, di China inilah tempat asal-usul nenek moyang orang-orang Malayu. Disinilah juga tempat asal nenek-moyang puteri Hang Lipo, Hang Tuah dan lima bersaudara iaitu Maharaja Han Wu Ti Kaiser China yang termashur itu.
BalasPadamBACA BAGI HADAM JANGAN JADI INFERIORITY COMPLEX!..
BalasPadamNote on Kunlun People
------------------------------
In the 3rd century ACE, the Chinese historians wrote about the sea-going vessels of the Kunlun (the Malay). The Kunlun were described as short, wooly-haired, dark-skinned people who were expert sailors. The Kunlun vessels were known as Kunlun-po with the word po being the Kunlun word for ship. The ships of the Kunlun are described as: extending to 200 feet in length and standing out of the water up to 20 feet. They were said to be able to hold from 600-700 passengers and 10,000 bushels (900 tons) of cargo. Each ship could sport up to four obliquely mounted sails.
The Periplus of the Erythraean Sea, describes ships from Chryse in the Malay Archipelago known as Kolan-diphonta or 'Kolan-ships'. The 'Kolan' here are probably the Kunlun of the Chinese annals.
They (and later the Arabs) were most probably the ones providing the Chinese with black slaves.
The oldest mentions of Kunlun people were clearly black people from South East Asia. Later a clear African element comes in; first a doubtful one but later with convincing evidence .
Examples:
Hui-lin in his Ch’ieh Ching Yin I (737-820) when talking about the Kunlun people: There are many races and varieties of them thus there are the Zangis (the single character used to write this is; seng), the Turmi, the Kurdang and the Khmer.
Tuo Tuo (1238-1298) (Sung Shi) In the second year of Tai-ping Hsing Kuo (AD 977) Arabia sent the ambassador Pu-sze-na, the vice-ambassador Mo-ho-mo (Mahmud), and the judge Pu-lo, with the products of their country as presents. Their attendants had sunken eyes and black skin and they were called Kun-lun-nu
Chou Ch'u-fei (1178) Ling-wai-tai-ta has a chapter on; Kouen-Louen ts'eng-k'i(the land of the blacks) which is undoubtedly in Africa.
At the same time the black people of South East Asia remain Kunlun too.
Slave hunting went on in South East Asia as in Africa: Duarte Barbosa (begin 16th century): Many slaves were shipped from the island of Sunda (between Bali and Timor) to China.
credits: http://www.geocities.ws/pieterderideaux/li_fang.html
http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/ini-perbedaan-kue-macaron-dengan.html
BalasPadamhttp://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/resign-demi-pasangan-apakah-keputusan.html
http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/4-cemilan-legendaris-anak-90-kamu-suka.html
QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsa
• Domino99
• Poker
• Bandarpoker.
• Sakong
• Bandar66
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : D60E4A61
• BB : 2B3D83BE
Come & Join Us!
Kunlun itu ada dalam catatan i-tsing.
BalasPadamI-tsing tulis ketika dia sampai di Kedah Atau Cheh Cha, masyarakat Melayu di situ seperti orang Kunlun iaitu berkulit gelap, berkain sarung dan sering berkaki ayam.
Orang Melayu memang beradap ,bersopan santun, tapi isu sejarah saya rasa macam something wrong,. Saya cuba nak nasihat jangan menulis sesuatu artikel tanpa Bukti.belajar sejarah dengan minda yang terbuka, kita tak boleh asyik menyebelahi kaum kita sahaja dalam sejarah, tulis kebenaran walaupun itu bangsa lain..
BalasPadam