Ahad, 9 Januari 2011

HUBUNGAN SRIVIJAYA DENGAN PARSI, KHILAFAH DAN KINGDOM OF PRESTER JOHN






Salam,dalam artikel ini kita akan lihat sebesar mana dan sejauh mana pengaruh Srivijaya dalam lembaran sejarah dunia. Bukanlah tujuan saya untuk berlebih lebihan dalam memaparkan sejarah Srivijaya. Namun demikian semua kenyataan saya dalam artikel ini bukanlah didapati dari mimpi, wasiat tok nenek atau alamat ghaib, tetapi sebaliknya ada sokongan daripada sumber-sumber dari kajian yang telah dibuat oleh sejarawan tempatan dan luar. Mungkin ada yang akan mempersoalkan, mengapa mempercayai kajian dari luar? Tujuannya bukanlah untuk mengagungkan kajian mereka, namun sebenarnya kerana terpaksa. Mengapa? Kerana adalah agak sukar untuk kita mencari catatan tentang Srivijaya dalam hikayat atau catatan tempatan, hal ini mungkin kerana kurangnya kesedaran dikalangan rakyat marhaen Srivijaya untuk menulis . Mungkin juga kerana tulisan-tulisan mereka telah musnah atau belum dijumpai dan masih tertimbus dimana-mana, atau telah dicuri! Namun tak usah kita risau kerana bangsa-bangsa luar memang banyak menceritakan tentang kerajaan ini. Dari timur hinggalah ke barat, dari dataran rendah hinggalah ke bumbungan Asia di Tibet. Dari hutan belantara Indochina hinggalah ke Padang pasir di Baghdad dan Parsi. Mereka semua ada mencatat mengenai sebuah bangsa dan kerajaan yang sangat besar dan hebat yakni SRIWIJAYA, SRIBHOJA, SHAMBALA, SAYABIGA, SIBOLGA, SABAG, ZABAJ, SHAVAKA, JAVAKA, CHEVAKA, SVIYAGA…




Sayabiga

Pada tahun 656 masihi dalam catatan Arab di Baghdad ada menyatakan bahawa khalifah telah mengupah sekumpulan puak yang bernama Sayabiga untuk menjadi pengawal  Baitulmal atau harta kerajaan. Sarjana hari ini masih tidak dapat memutuskan dari mana asalnya mereka ini. Malahan catatan Arab juga tidak mengetahui asal usul perkataan Sayabiga kerana ia bukan bahasa Arab mahupun Parsi . Namun mereka sependapat bahawa puak ini berasal dari pantai utara al Sind atau al hind. Dalam catatan Arab dan Parsi mereka juga terkenal sebagai penanam Padi dan penternak Kerbau. Kawasan Basra pada suatu masa dahulu terutama pada zaman kerajaan Sasanid , Bani Ummayyah serta Abbasiah pernah menjadi pembekal beras kepada seluruh Jajahan Empayar . Namun dari mana asalnya padi atau beras ini? Ada sarjana berpendapat bahawa padi dan Kerbau dibawa masuk ke Iraq atau Basra oleh Puak Sayabiga. Siapa sebenarnya puak Sayabiga ini?


Kajian terbaru menyatakan bahawa mereka ini adalah tentera upahan daripada tak lain dan tak bukan orang-orang Nusantara dari kerajaan SRIVIJAYA. Ini dapat menjelaskan unsur persamaan diantara perkataan Srivijaya dan Sayabiga yang berasal daripada sebutan Arab Sabag atau Zabaj, Zanj, Zanaj. Apa yang menarik lagi adalah, puak Sayabiga ini dikatakan sebagai Sea Gypsy atau pelaut yang sangat handal dan penguasa kapal-kapal. Mereka digaji oleh kerajaan Parsi dan kerajaan Umayyah kemudiannya untuk menjadi warden, pengawal, polis dan tentera laut. Gabriel Ferrand menyatakan bahawa:



The Sayabiga are the descendant of ancient Sumatran immigrant to India then to Iran and Persian gulf, where there is evidence if their existence before Islam. This is not surprising because we know from other sources also that the Sumatran colonized Madagascar at a very early date. The eastern route is very familiar to them.



Sesetengah sarjana berpendapat mereka berasal dari pesisir pantai selatan Parsi. Namun mereka bukanlah orang Parsi. Bahasa dan cara hidup serta rupa paras mereka berbeza dengan Puak-puak parsi yang lain. Apa yang menarik lagi bahawa catatan Al Masudi ada menyatakan bahawa semasa Saidina Ali diserang dalam perang Siffin yang terkenal dalam sejarah Islam, orang-orang kufah yang datang membantu Saidina Ali termasuklah puak Sayabiga. Sejak dari hari itu puak Sayabiga dikatakan telah menganut fahaman Shiah. Ada sedikit puzzle yang hendak saya tunjukkan disini. Saya pernah mendengar satu riwayat dari para pengamal tarian kuda kepang bahawa tarian ini adalah berasal daripada pengalaman seorang Nusantarian yang melihat kuda tunggangngan Saidina Ali naik berang dalam perang. Adakah peristiwa ini berdasarkan kisah yang sebenar? Walau apapun jawapannya, tidak dapat kita nafikan lagi bahawa pengaruh empayar Melayu srivijaya bukan terhad kepada nusantara sahaja malahan hingga ke Baghdad! Sebelum ini memang ada bukti bahawa Maharaja Srivijaya pernah menghantar surat kepada Khalifah Umar abdul Aziz. Ini bermakna sebenarnya sejak awal lagi Srivijaya telah memainkan peranan yang besar dalam sejarah kerajaan-kerajaan dunia. hal Ini mengukuhkan lagi teori yang menyatakan bahawa sebelum kedatangan islam lagi orang nusantara telah mengadakan hubungan perdagangan dan membuka penempatan di pelabuhan-pelabuhan utama di seluruh dunia sebelah sana.



Saudara sekalian sebenarnya, sejak turun temurun Parsi adalah salah satu rakan dagangan Nusantara yang sangat akrab. Ini dibuktikan dengan kolonialisasi penduduk dari Sayabiga atau Srivijaya di selatan Iran. Kajian daripada Prof Asyaari Muhammad seorang ahli arkeologi UKM menunjukkan bahawa sememangnya hubungan diantara Kerajaan Parsi dari dinasti awal lagi telah berlaku dengan Nusantara. Beliau telah membuat perbandingan diantara tembikar berglaze biru yang dijumpai di beberapa tapak di negara ini dengan yang terdapat di Parsi dan hasilnya ternyata sama. Ini dapat menjelaskan puzzle mengapa banyak perkataan Parsi dalam vocabulari bahasa Melayu selain bahasa Arab, antaranya ialah bandar, dewan, domba, kahwin, kelasi, kenduri, medan, piala, nobat, pasar, nakhoda, saudagar, pahlawan, jam, serunai kurma dan gandum . Catatan Arab tentang Kalah atau Kedah pada era kegemilangannya ada menyatakan tentang barang yang didagangkan di pasarnya. Menurut pencatat tersebut di pasar Kalah ada menjual gandum dan kurma dan rakyatnya memakan gandum sebagai makanan ruji. Darimanakah mereka mendapat gandum ini? Sudah tentu bukan ditanam di Kedah kerana keadaan cuaca dan tanah di sini tidak sesuai untuk penanaman gandum begitu juga Kurma. Sudah tentulah barangan ini diimport dari Parsi yang sehingga sekarang adalah salah satu negara pengimport Kurma terbesar. Sekarang terpulang kepada anda untuk menilai samaada benar atau tidak pelayar Srivijaya pernah sampai ke Basra dan menjadi tentera upahan Dinasti Ummayyah. Apa yang saya buat ialah mengemukakan kajian-kajian yang telah dibuat dan meurmuskannya secara ringkas. Namun pencarian mengenai kemegahan Srivijaya masih belum berakhir.

Sebelum ini saya ada menyebut bahawa adanya perhubungan yang cuba dibuat oleh Maharaja Srivijaya dengan pemerintah Khilafah Ummayyah di Banghdad dan Damsyik. Sebenarnya kajian mengenai ini telah dibuat dan dibukukan oleh S.Q Fatimi dan boleh dibaca dalam internet. Beliau telah menganalisis dua pucuk surat yang dihantar dari Mihraj atau Maharaja Srivijaya kepada Khalifah. Satu surat kepada Muawiyah Bin Abi Sufyan yang bertarikh 661 Masihi dan satu lagi surat kepada Umar Bin Abdul Aziz yang memerintah sekitar 717 masihi. Menurut Fatimi, Raja al hind yang disebut dalam catatan-catatan Arab dalam surat ini adalah dari Kerajaan Zabaj atau Srivijaya. Perlu diingat bahawa Zabaj sebenarnya lebih merujuk kepada kawasan dalam pengaruh sebuah bangsa iaitu Javaka dan bukan nama sebenar sebuah Kerajaan. Namun sebahagian ahli sejarah sepakat mengatakan bahawa Maharaja Zabaj yang disebut-sebut dalam catatan Arab adalah maharaja Kerajaan Srivijaya  , kerana Javaka adalah panggilan orang-orang India dan Sri Lanka kepada orang Melayu Nusantara dan bukan bererti orang Jawa dari pulau Jawa sahaja.


Surat pertama telah dicatatkan mengenainya oleh Al- Jahiz dalam kitabnya Al hayawan. Menurut Jahiz, Abdul al Malik bin Umar melihat surat tersebut di pejabat setiausaha Khalifah Muawiyah yang kemudiannya telah diberikan kepada Abu ya’kub al Thaqafi yang kemudian pula memberikan kepada Al Haytham yang menjadi sumber kepada Ibnu jahiz.

Namun malangnya Jahiz hanya mencatat mukaddimah surat tersebut sahaja dan tidak keseluruhannya. Catatan itu berbunyi:

… ini surat dari Raja Al Hind, yang didalam kandangnya ada beribu-ribu gajah dan istananya dibina dari emas dan perak yang berkilauan, yang dilayan oleh beribu anak perempuan Raja-raja, yang menguasasi dua Sungai yang mengairi tanah-tanah subur, kepada Muawwiyah…



Surat kedua ditemui dalam Al-Iqd al Farid oleh Ibnu Rabbih sekitar 860-940 Masihi yang menyatakan bahawa sumbernya diperolehi daripada Nuaim Bin Hammad. Nuaim menyatakan bahawa Raja Al Hind telah menghantar sepucuk surat kepada Khlifah Umar Bin Abdul aziz seperti berikut:


Dari raja kepada Raja yang berketurunan dari seribu raja, yang kandangnya dipenuhi dengan beribu gajah dan kawasan taklukannya adalah dua sungai yang mengairi tanam-tanaman, wangi-wangian, pohon pala dan kapur wangi, yang wangiannya semerbak sehingga 12 batu jauhnya…kepada raja Arab, yang tidak menyekutukan tuhan dari tuhan yang satu. Beta telah menghantar hadiah, yang tidak seberapa sebagai tanda persahabatan dan beta harap agar anda menghantar seseorang yang dapat mengajarkan ajaran Islam serta menunjukkan undang-undangnya. (ini terjemahan saya sendiri berdasarkan terjemahan Inggeris).

Ada beberapa persoalan yang perlu dirungkaikan mengenai surat ini. Yang pertama ialah siapa sebenarnya maharaja yang bersedia memeluk agama Islam tersebut., yang kedua adakah benar bahawa ada salah seorang maharaja Srivijaya telah diislamkan, dan persoalan ketiga mengapa ada banyak persamaan diantara surat Maharaja atau Mihraj ini dengan surat-surat yang dihantar oleh Prester John? Persoalan pertama dan kedua sebenarnya telah cuba dijawab oleh S.Q Fatimi, jadi saya tidak mahu menyentuhnya disini kerana tidak mahu memanjangkan artikel. Yang ingin saya sentuh adalah persoalan ketiga, yakni adanya persamaan diantara diskripsi atau gambaran tentang kerajaan Prester John dengan kerajaan Mihraj Al Hind atau Srivijaya/ Zabaj.





Prester John dan Maharaja Srivjaya

Beberapa abad setelah seorang maharaja menghantar surat kepada Khalifah di Baghdad, perkara yang sama juga telah berlaku kepada kerajaan Byzantine di Barat dan juga kepada Pop. Seperti dalam surat Mihraj, surat Prester John turut menyebut mengenai hadiah kepada pemerintah yang menerima surat tersebut. Namun ini adalah perkara biasa dalam perhubungan diantara satu pemerintah dengan pemerintah yang lain. Surat Prester John juga sebenarnya mempunyai mukaddimah yang berbunga-bunga sepertimana surat yang pernah dihantar oleh Maharaja kepada Khalifah. Apa yang menariknya kedua-dua pemerintah misteri dari timur ini menggelar diri mereka sebagai raja segala raja atau King of kings/ Malik al amlak. Kedua-dua raja ini juga menyatakan dalam suratnya bahawa mereka mempunyai gajah-gajah yang banyak dalam kekuasaan mereka. Tambahan lagi kedua-dua pemerintah tersebut dengan bangga menyatakan bahawa mereka mempunyai Istana dari logam-logam berharga seperti emas dan perak.



Jika dalam surat Maharaja, baginda telah meminta agar dihantarkan orang utuuk mengajarkan mengenai ajaran dan hukum Islam, manakala dalam surat Prester John pula baginda meminta agar diajarkan tentang ajaran Kristian Katholik. Dalam satu versi lain oleh Ibnu Tighribi mengenai surat kepada Umar abdul aziz, dibahagian akhir suratnya berbunyi:



"I have sent you a present of musk, amber, incense and camphor, Please accept it, for I am your brother in Islam." This would imply that the Mihraj had accepted Islam”.



Menurut S.Q fatimi, berkemungkinan besar memang Maharaja tersebut telah memeluk Islam. Namun demikian setelah kematian baginda agama Islam tidak diamalkan oleh penggantinya dan ditolak oleh pembesar-pembesar. Beliau menambah bahawa ada campurtangan kerajaan Tang yang tidak ingin melihat orang Islam memonopoli perdagangan di Selat Melaka.Tang dikatakan telah menghantar dutanya untuk membuat kekacauan di Istana Srivijaya dan menghasut pembesarnya memberontak.



Seperti juga Maharaja Srivijaya atau Zabag, Maharaja misteri ini turut mengamalkan polisi pintu terbuka demi kesejahteraan kerajaannya. Sifat keterbukaan dan diplomatik ini memang bersesuaian dengan polisi yang sentiasa diamalkan oleh kerajaan-kerajaan melayu di Nusantara terutama Srivijaya dan Melaka. Polisi sebeginilah yang telah menyebabkan kerajaan Melayu terkenal di seluruh dunia. Dalam surat tersebut juga ada menyatakan bahawa baginda adalah penguasa dua sungai. Menurut S.Q, dua sungai yang dimaksudkan dalam surat tersebut adalah sungai Batanghari di Jambi dan sungai Musi di Palembang.



Sebenarnya masih banyak misteri yang menyelubungi surat-surat dari Prester John tersebut. Ada pendapat menyatakan bahawa surat-surat tersebut adalah saduran daripada surat yang bertulisan Arab yang didapati dari negeri Arab yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Latin. Pada pendapat saya dakwaan ini berkemungkinan besar adalah benar. Hal ini ada kaitan dengan jarak masa diantara surat Maharaja kepada Khalifah dengan surat Prester John kepada Pop dan Maharaja Byzantine. Surat Prester John dikatakan dihantar semasa dunia Islam dan Kristian sedang berkecamuk dalam peperangan salib. Ada kemungkinan bahawa surat-surat yang asal sememangnya adalah surat kepada Khalifah yang disimpan salinannya di perpustakaan di Syria atau Baitul Maqdis. Setelah Baitulmaqdis ditawan, maka ahli Sejarah Kristian yang menjumpai surat ini bertindak mengubah isi kandungannya untuk kepentingan politik dan propaganda Kristian. Jika tealahan saya ini benar bermakna Prester John yang disebut-sebut oleh orang Kristian barat selama ini adalah Maharaja Srivijaya itu sendiri.



Berbanding dengan catatan dari pencatat Arab yang hanya mengandungi mukaddimah surat berkenaan sahaja, catatan Kristian mengenai Prestor John adalah lebih lengkap ( kononnya). Dalam salah satu surat yang dihantar kepada maharaja Byzantine, Prester John telah dikatakan mengutuk tindakan Byzantine membantu armada Salib menyerang Jeruselem. Namun apa yang pasti dalam surat yang sama juga Prester John ada menyatakan bahawa pada suatu masa nanti ketururunan beginda akan menyerang dan menawan kembali Jeruselem dan Rome di akhir zaman. Bukankah ini bertepatan dengan Hadis  tentang Bani Tamim dari timur?


NAMUN DEMIKIAN JANGAN KITA CEPAT TERPEDAYA DENGAN SURAT-SURAT VERSI BARAT YANG BEGITU BANYAK DI PASARAN. Malahan sejak dari abad ke 13 lagi kisah-kisah lagenda mengenai Kerajaan Prester John telah menjadi rebutan para bangsawan dan keluarga diraja serta orang-orang yang mampu membeli buku. Ia seolah-olah menjadi sebuah novel terlaris di pasaran pada ketika itu dan dikatakan telah wujud pelbagai versi yang berlainan dari satu negeri ke negeri yang lain diseluruh Eropah. Oleh kerana itu kesahihan surat tersebut tidak dapat dibuktikan lagi. TELAH BANYAK TOKOK TAMBAH DIBUAT. Malahan menurut sebahagian besar sejarawan tidak pernah ada sebarang hubungan diantara Kerajaan Kristian di barat dengan mana-mana Kerajaan Prester John. Ia hanyalah satu Propa pihak Gereja untuk menaikkan prestij Gereja Katolik yang sedang dalam ancaman pengaruh Islam ketika itu.



Malahan sebenarnya Prester John tidak pernah menyatakan bahawa dia seorang Kristian dalam surat-surat tersebut tetapi dia menyatakan bahawa dia adalah pemyembah tuhan yang satu sama seperti mereka dan mereka adalah saudara. Ini adalah benar kerana dalam Islam orang Kristian dianggap sebagai saudara ahli kitab dan juga penyembah Allah. Yang mengatakan bahawa Prester John adalah Kristian adalah sejarawan katolik barat yang cuba mengubah surat tersebut dan mengaburi mata orang Islam dan kita bangsa MALA.



Salah seorang daripada periwayat mengenai Prester John dan kerajaannya yang terkenal di dunia barat adalah Nicolo De Conti. Nicolo de Conti adalah seorang pengembara dari Itali yang telah menjelajah dunia timur. Sebelum menjelajah dia dikatakan menghabiskan masa beberapa tahun di Syria untuk mempelajari bahasa Arab dan budaya Islam. Catatan barat menyatakan bahawa beliau tidak menganut agama Islam sebaliknya hanya menyamar sebagai orang Islam untuk memudahkan pengembaraannya. Dia juga berkahwin dengan seorang wanita India dan mendapat empat orang anak. Saya sebenarnya kurang percaya dengan dakwaan sejarawan barat ini. Saya yakin bahawa Nicolo de Conti memang benar-benar menganut ajaran Islam namun ditutup oleh Penguasa Gereja Katolik di Venice apabila beliau pulang ke sana.

Daripada kisah-kisah yang dibawa pulang oleh beliau inilah munculnya pelbagai lagenda mengenai Kingdom of Prester John selain daripada surat-surat sebelumnya. Entah bagaimana setelah beliau pulang, kepulangannya sebagai seorang Muslim telah menimbulkan kemarahan Pop dan beliau telah dipanggil untuk menjelaskan kedudukannya. Namun saya rasa dalam keadaan ini untuk menyelamatkan nyawanya dan keluarga beliau terpaksa berbohong dan mengatakan beliau hanya berpura-pura memeluk Islam. Malahan untuk memperlihatkan kehebatan ajaran Kristian dan menutup pengaruh Islam, Prester John telah digambarkan sebagai seorang Kristian dalam buku yang ditulis kemudiannya atas arahan Pop. Namun ini hanya pendapat saya. Terpulang kepada anda untuk menilai.


Saya hentikan artikel ini setakat ini dahulu. Insyallah jika diberi izin oleh-Nya maka akan saya sambung mengenai misteri terkaitnya benang-benar purba Srivijaya dengan tamadun-tamadun di sebelah sana. Masih banyak lagi yang ingin saya sentuh sebenarnya mengenai Prester John , namun oleh kerana kesuntukan masa dan bahan rujukan maka setakat ini sahaja dahulu ( saya berada jauh dari sumber perpustakaan sekarang). Mugkin ada orang yang lebih layak di Blog satu lagi tu... :) yang boleh menyambung kisah ini. Mungkin beliau ada bukti yang lebih lengkap dan hujah yang lebih kukuh dari saya. Saya tinggalkan puzzle-puzzle seterusnya untuk anda kaji dan rungkaikan. Sehingga bertemu kita di artikel seterusnya. Sekian, Wallah hu a’lam.



36 ulasan:

  1. salam

    saya tak baca lagi...nak ucap terima kasih dulu...!!

    million of thanks to our Al Semantani Jones!!

    waaa..awak pun ada ikon tersendiri ke - seorang "pakcik" bertongkat membawa lampu gasolin manual macam zaman dolu2 tu.
    p/s - saya seronok sgt bila ayah saya beli lampu gasolin menggantikan lampu minyak tanah, sebelum kedatangan mat letrik ke kampung saya.

    BalasPadam
  2. prester john... king arthur

    :)

    BalasPadam
  3. menarik! terima kasih Tuan Seman.. =)

    nak tanya, apa pandangan tuan tentang info yg menyatakan Captain Jack Sparrow (Pirates of Carribean) tu asalnya orang Melayu? If ada maklumat, harap boleh dikongsikan.

    Salam hormat,

    BalasPadam
  4. Salam Al-Semantani & semua pembaca...

    Hmmm...salah satu jigsclue yg amat menarik...

    Saya ada terbaca ttg Prester John & his kingdom ni... tp xigt kt blog mane..

    Anyway, its a good finding...

    Ibnu Rusydi, i bersependapat dgn u... byk clue dlm filem tu; nama Captain Barbossa (mungkin nama lama bagi Taiwan; Barbossa/Formosa), terakol, istinggar & yg plg jlas, ilmu perkapalan & pelayaran...

    BalasPadam
  5. Terima kasih Al Semantan...memang artikel yang sangat bagus kupasannya...saya kagum dengan ketekunan dan keikhlasan tuan dalam membongkar sejarah Melayu...moga Allah memberkati usaha-usaha tuan...saya setuju dengan pendapat tuan ...John Prester adalah tipu helah dan rekaan semata2..alangkan Injil pun dipesongkan lagikan perkara seperti ini....

    Seri Mala

    BalasPadam
  6. salam Seman

    Bani Tamim

    nape dlm hadis nie org Bani Tamim nie dikata sedemikian?:

    A man called Dhu-l-Khuwaisira from Bani Tamim's tribe

    Volumn 005, Book 059, Hadith Number 638. (Bukhari sharif)
    Narated By Abu Said Al-Khudri : 'Ali bin Abi Talib sent a piece of gold not yet taken out of its ore, in a tanned leather container to Allah's Apostle. Allah's Apostle distributed that amongst four Persons: 'Uyaina bin Badr, Aqra bin Habis, Zaid Al-Khail and the fourth was either Alqama or Amir bin At Tufail. On that, one of his companions said, "We are more deserving of this (gold) than these (persons)." When that news reached the Prophet , he said, "Don't you trust me though I am the truth worthy man of the One in the Heavens, and I receive the news of Heaven (i.e. Divine Inspiration) both in the morning and in the evening?" There got up a man with sunken eyes, raised cheek bones, raised forehead, a thick beard, a shaven head and a waist sheet that was tucked up and he said, "O Allah's Apostle! Be afraid of Allah." The Prophet said, "Woe to you! Am I not of all the people of the earth the most entitled to fear Allah?"
    " Then that man went away. Khalid bin Al-Wahd said, "O Allah's Apostle! Shall I chop his neck off?" The Prophet said, "No, for he may offer prayers." Khalid said, "Numerous are those who offer prayers and say by their tongues (i.e. mouths) what is not in their hearts." Allah's Apostle said, "I have not been ordered (by Allah) to search the hearts of the people or cut open their bellies." Then the Prophet looked at him (i.e. that man) while the latter was going away and said, "From the offspring of this (man there will come out (people) who will recite the Qur'an continuously and elegantly but it will not exceed their throats. (They will neither understand it nor act upon it). They would go out of the religion (i.e. Islam) as an arrow goes through a game's body." I think he also said, "If I should be present at their time I would kill them as the nations a Thamud were killed."

    srry saya x paham, kalu anda paham leh explain? thx

    BalasPadam
  7. ttg hadis tersebut saya tak boleh nak komen sgt sebb saya bukan pandai dlm bidang ni.

    cuma apa yg saya faham bahawa nanti akan keluar keturunan lelaki tersebut yg baca quran dengan baik dan lancar serta sedap tapi tak faham maksud dan tak amalkan. mereka akan keluar dari islam dengan senang bila diduga imannya. dan nabi kata mereka harus dibunuh...

    saya rasa xda apa yg pelik ttg hadis ni...lagipun nabi berkata secara umum dan bukan khas untuk bani tamim.

    BalasPadam
  8. Tahniah dan terima kasih atas perkongsian ini, semoga sedare diberkati dan diberi kekuatan untuk terus mengkaji...
    takde ape nak komen pasal sriwijaya yang sedare kupas di dalam artikel nih. Ianya seperti artikel sedara sebelum nih, jelas lagi menjelaskan. Cuma di sini, aku tertarik dengan komen sedare di MO tentang tambralingga/tan ma ling/tembeling. Kiranya dapatlah sedare tumpukan sedikit masa sedara mengupas lebih terperinci tentang misteri ini.
    Sekian terima kasih
    --Khairul--

    BalasPadam
  9. Pasal hadis yg aku paste tuh bukan pa, sbb hadis dari sumber sahih tuh crita pasal sikap biadap lelaki dari Bani Tamim dan sikap leluhur keturunannya kemudian hari.

    N aku kekadang terbaca blog2 org crita pasal kebangkitan pemuda Bani Tamim, melalui hadis yg depa pastekan dlm blog depa.

    Skang susah org biasa mcm aku mmg x reti bezakan hadis yg sahih/x sahih, lemah/xlemah. Sbb syiah pun ado gak bikin hadis sndrik. Takut2 tersesat jalan sbb dok percaya pd hadis buatan syiah.

    Aku berharap agar kebangkitan pemuda Bani Tamim akhir zaman mmg ada diceritakan dalam hadis yg sahih sumber hukumnya. Klu ada hangpa paste lagi baguih, leh cross ref ngan 6kitab hadis sahih

    Keyword atas is Bani Tamim, sbb tuh aku risau, btul ka pemuda bani tamim nie

    sila bg pencerahan

    BalasPadam
  10. Ouh bab Prester John tuh memang pernah dengar tetapi x banyak disentuh. Terima kasih untuk maklumat ini.

    Tentang pirate of Caribbean ade link kat sini. Kawan saya dapatkan.

    http://www.facebook.com/group.php?gid=134482619920223&v=app_2373072738&ref=ts#!/topic.php?uid=134482619920223&topic=321

    BalasPadam
  11. dah lekat dah Al Semantan Jones gara gara Cik Srikandi...

    An entry well written.

    BalasPadam
  12. sape nuaim bin hammad tu? aku penah terbaca nuaim ada meriwayatkn hadis tentang akhir zaman yg mana hadisnye diragui kesohehannya.. tidak pasti hadis itu jatuh pada palsu atau tapi hadis yg lemah..

    BalasPadam
  13. Salam semua,


    boleh dapatkan maklumat lagi berkenaan Prester John dari sini :http://sambali.blogspot.com/2005/12/glossary-letters-of-prester-john.html

    tapi berhati-hati kerana ini dari sisi kristian ...

    Seri Mala

    BalasPadam
  14. seri mala..

    saya dah tengok blog tu...memang dari segi kristian. selain tu penulis mahu menegakkan bahawa zabaj atau srivijaya adalah di Filipina.

    Al semantani

    BalasPadam
  15. Nak tgk ke tempat tu, Tuan Al Semantani saya boleh tunjukkan.

    BalasPadam
  16. mohon link / banner
    http://wicararumi.blogspot.com/

    BalasPadam
  17. Zaman kegemilangan Sriwijaya adalah lebihkurang dalam tahun ~350 ke ~650 Masihi, ketika ini Islam yg dibawa Nabi Muhammad rasulallah belum ada lagi kerana ianya bermula dalam ~623 Masihi. Kemungkinan Raja Melayu Sriwijaya mencari Allah swt belayar dan menuntut agama islam yg dibawa oleh Nabi Isa a.s. ketika itu, maka dikenali sebagai Prester John.
    Ini sekadar pendapat, fakta tak tepat dan kemungkinan saya salah.

    BalasPadam
  18. fakta anda tentang zaman kegemilangan srivijaya itu kurang tepat sebenarnya...650 ke atas adalah zaman kegemilangannya.

    surat prester john itu menurut sejarawan kristian kononnya dihantar semasa kristian dan islam sedang berada dalam peperangan salib... jadi jarak masa dengan surat kepada khalifah adalah berbeza

    BalasPadam
  19. Salaam semua

    'Volumn 005, Book 059, Hadith Number 638. (Bukhari sharif)
    Narated By Abu Said Al-Khudri : 'Ali bin Abi Talib sent a piece of gold not yet taken out of its ore, in a tanned leather container to Allah's Apostle. Allah's Apostle distributed that amongst four ....'

    sebenarnya lelaki tersebut datang dari wilayah nejd yang sekarang ini menjadi pusat kekuasaan keluarga saud. keturunan lelaki tersebut ialah ibni abdul wahhab pengasas pegerakan wahhabiyyun.

    Nabi shalallaahu alaihi wassalaam sudah keluarkan l_s_n ....

    BalasPadam
  20. Al Semantani,

    Please please kuarkan artikel pasal the book of Mormon plak.. btol ke diselewengkan? reliable ke source tu? mane nk tau ape yang smith tu ckp betul ke x? cik seri nye penulisan utk org2 advance susah nk faham.. tuan semantani nye senang sket utk dummies atau newbies mcm saye :)

    so kalau ade artikel cik seri pastu tambah dengan pencerahan tuan semantani mmg mantap. hehehe

    jgn lupe psl the book of mormon.. tang bile kitab tu dicuri sebenarnya.. atau mmg mamat tu dpt wahyu dr sesape?

    thanks

    BalasPadam
  21. alamak ade oracle juga

    spt yg di katakan prester john dan king arthur
    pada pandangan saya ade persamaan.. ajaran Allah melalui nabi Isa yang tulen sblm nabi isa diangkat ke langit.. dalam hikayat king arthur juga tidak terlepas kaitan dgn naga, kaitan dgn kerajaan di timur melalui prester john

    BalasPadam
  22. Salam ...

    Sekadr pandangan.

    Rasanya sampai masanya kita perlu menukar Terminology Nusantara menisbahkan Melayu ... kerana ia dalah dari Sumpah Palpa Jawa Maja Pahit (Gajah Mada) untuk menghancurkan wilayah Sri Vijaya, sedangkan "Melayu Sumatra" yang selepas itu di kenali Minag Kabau atau Menang Kerbau itu adalah Srivijaya, adalah berketepatan kita semua mula mengenali semula terminologi Sri Vijaya (Cahaya Kemenangan) mengantikan Nusantara (Majapahit).

    Dendam kesumat Majapahit berterusan sehingga hari ini (Ganyang Malaysia @ Neo Srivijaya)

    Sekian Terima kasih ... sekadar pengkongsian

    BalasPadam
  23. Camner pulak dgn langkasuka...xkan nak lupa kan jer krajaan nih ye x...?krajaan nih lagi awal dr Sriwijaya... Not to mention one of the oldest kingdom in SEA along with FUNAN and CHAMPA.kalo sedara ada masa, bleh x buat pasal Langkasuka plak..saya tgk krajaan nih cam xramai yg tau..saya harap saudara boleh terangkan sikit sebanyak dr pengetahuan sedara..Krajaan nih pon dah bleh dikategorikan sbg lost kingdom gak.

    BalasPadam
  24. Tabik pada saudara yang menulis artikel ini
    tak ramai orang melayu tahu cerita ini.
    Ingin saya menarik perhatian dengan sebutan
    SABIGA dan SRI VIJAYA
    pendapat saya:
    amat pelik orang melayu atau kerajaan melayu menggunakan huruf V dalam sebutan melayu kecuali melayu moden ada sebut Van(kenderaan)...
    sekiranya huruf V digantikan dengan B barulah berbunyi melayu. Mungkin tulisan sankrit ke rumi yang menyebabkan bunyi melayu jadi pelik, ambil contoh :
    'PRASASTI KEDUDUKAN BUKIT'
    vulan - bulan
    mamava - mambawa - membawa
    vala - bala
    sarivu - saribu - seribu
    vanakna - banyaknya
    marvuat - mambuat - membuat
    vanua - banua - benua
    Jadi nama Sri Vijaya - Sri Bejaya @ Sri Berjaya
    dalam sankrit 'cahaya kemenangan aka kejayaan.
    Mungkin para sejarah ingin mengaitkan kerajaan melayu dengan hindu dengan huruf V
    Orang Parsi panggil SAYABIGA
    Sri bejaya -sibeja-sebija-sabija-sayabija....mungkin

    BalasPadam
  25. Hanya orang Melayu Sejati mengetahui sejarah bangsa nya ,tamaDUN DAN keagungan nya ia itu
    TAMADUN MELAYU satu satu nya tamadun kelautan " maritime" yang terbesar yg pernah ujud di dunia
    "SYABAS KEPADA SRI JAYANASA MAHARAJA PERTAMA SRIVIJAYA YG MENGEMBANGKAN BAHASA MELAYU KE SELURUH NUSANTARA

    BalasPadam
  26. saya copy paste soalan dari komentar di website yang lain, kerana nampaknya soalan ini masih belum terjawab :

    byk kali baca pasal surat ni, tapi apa kesudahannya? adakah ulamak dr kerajaan umaiyah dibawah umar ab aziz berjaya dihantar ke nusantara? kalau berjaya siapa raja pertama yg memeluk islam.. jika ada pasti raja ini yg pertama memeluk islam sebelum kerajaan islam Perlak..

    BalasPadam
  27. Sebenarnya gandum jg boleh jd adalah sagu yg boleh dibuat roti.Ada ditanam secara meluas di Nusantara. Semasa kelahiran Nabi Isa a.s. Ada direkodkan magians kings from the east (3org) tlh dtg ke betlehem utk melihat 'baby-jesus'. Dan mrk memakai busana yg pelik. Wallahhualam.

    BalasPadam
  28. Personally, it is substitute perform https://robertlparkinson.blogspot.com/ movie of heroes and villains who when Hong Kong film style because of its unique style. Whether or not the type of horror film is the style of Hong Kong film is indispensable for Zhu Xing X Comedy Movie is Master Card Master Movie This is a movie about gamblers and he wins grant from casinos all exceeding the world anyway

    BalasPadam
  29. In fact, except that you must add more camera settings, all other functions are the same. Just set the screen but the rules of how to do its stuff or ham it up baccarat. It's the same everywhere, appropriately this baccarat [url=https://918kissangle.com/]https://918kissangle.com/[/url]
    formula can use tables from real casino or online casino tables at the similar time

    BalasPadam
  30. The game of baccarat is similar to the card rally. You will be able to bet easily If you have a background joker game
    to play, just research more details and you can easily bet. Because the method of calculating the same points does not exceed 9 points, and the method of calling cards will use the same method, it is easy to play and the opportunity to make money is not difficult.

    BalasPadam
  31. It can be seen that there are many advantages and reasons for choosing live baccarat. Because thecasino background game play is easy to understand, but many people tend to choose one thing, because it is convenient to play everywhere and has no obligation.

    BalasPadam
  32. "Online casinos" that provide the service itself by easily defeating various betting methods on the right gameplay website. poker game live I guarantee that online gambling from these sites will be an easy money making problem. No matter you choose to play any online gambling game player. https://johnniesaladino.doodlekit.com/home#

    BalasPadam
  33. Although many people like gambling new apk casino some people still want to know when gambling must be hidden. I lost all my gambling and always lost. But why do you still like to play because there are many factors for these things. https://918kissxo.com

    BalasPadam
  34. The reviewed online gambling site has a lot of interesting betting games waiting to relieve players. Bounce card game entertainment gambling is recommended casino royale reddit for people who behind fast, simple but agreed excited. Especially for those who have never played a card game this is not a hard task to practice together in a gruff time. Therefore, this article will discuss the details. How to deed poker or someone called the game in detail. If you can,t do its stuff yet, entertain right of entry this article. How nearly betting rules immediately? Go and see. log on this article. Approved. You can bet immediately.

    BalasPadam
  35. I am undeniably thankful to you for providing show room us with this invaluable related information. My spouse and I are easily grateful, quite frankly the documents we needed. http://www.showroomq.com/sydney/top-level-category/dg-sol-agency

    BalasPadam