Salam
sejahtera dan salam Ramadhan kepada semua. Tulisan saya kali ini mahu menyentuh
sedikit perihal pihak tertentu yang menyatakan bahawa orang Melayu dan orang
asli itu adalah satu entiti yang berbeza dan orang asli adalah pemilik sebenar
semenanjung ini. Pada pendapat saya tujuan atau niat sebenar mereka berbuat
demikian bukanlah untuk memperjuangkan nasib orang asli atau masalah-masalah
yang mendepani mereka tetapi untuk mengatakan bahawa orang Melayu itu tidak
layak diberikan status Bumiputra dan taraf orang Melayu itu adalah sama seperti
kaum lain yang dianggap sebagai pendatang.
Tidak
ada alasan untuk mereka mengatakan bahawa orang Melayu itu bukan pribumi
Semenanjung atau Asia Tenggara secara keseluruhannya. Sebelum wujudnya sempadan
wilayah negara bangsa moden seperti hari ini yang memisahkan Alam Melayu kepada
negara-negara tertentu, Alam Melayu ini tidak terikat dengan sempadan tertentu
yang boleh menghalang daripada masyarakatnya untuk berhijrah, berpindah randah
dan bertukar-tukar tempat tinggal dari satu wilayah ke wilayah yang lain di
seluruh Asia Tenggara malah hingga ke Madagaskar dan lautan Pasifik. Orang
Melayu itu adalah pelaut atau perantau kelautan yang tegar. Mereka bebas
bergerak kemana sahaja yang mereka mahu. Sifat wilayah-wilayah Alam Melayu itu
adalah fluid. Baik Sumatera, Sememenanjung, Borneo, Sulawesi dan Pulau Jawa
semuanya rumah-rumah bangsa rumpun Melayu.
Apa
yang mengikat mereka bukanlah sempadan negara sebaliknya budaya sejagat dan yang
paling penting adalah bahasa iaitu bahasa kelompok Austronesia. Hal inilah yang
menyebabkan kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa suku kaum asli di
semenanjung ini terutamanya dari kelompok Proto Malay sebagai saudara serumpun
yang dekat dengan kita. Mereka juga bernaung dibawah kelompok yang berbahasa
Austronesia sama seperti orang-orang Melayu Jambi, Champa, Jawa, Banjar, Bugis,
Makassar, Batak, Nias, Minang, Boyan, Lombok, Hawaii, Maori, Tahiti, Kelantan,
Pahang, Kedah, Pattani, Orang Sungai, Orang Kuala, Dayak Iban, Kadazan,
Melanau, Murut, Penan, Tidung, Bajau, Sulu dan banyak lagi yang tak mampu
disebut disini.
Pasangan Temuan.
Golongan
yang suka mengatakan Melayu itu pendatang atau di semenanjung yang ada hanya
Jawa, Bugis, Banjar, Boyan dan Minang bukan Melayu, perlu meneliti beberapa
perkara. Mengapa orang Bugis yang datang ke Johor dan Selangor sangat mudah
untuk menyerap budaya Melayu Johor dan Selangor? Mengapa orang Jawa yang
merantau ke Semenanjung sangat mudah berasimilasi dengan orang Melayu Johor? Mengapa
orang Banjar, Mendahiling atau Rawa lebih rapat dengan orang Melayu berbanding
dengan orang Thai, atau Burma dan Vietnam yang juga cari makan di tanah bertuah
ini? Mengapa budaya berkeris ada pada orang Sulu, Jawa, Bugis dan Melayu?
Budaya Batik dan Songket di Kelantan dan Terengganu juga ada pada orang Jawa
dan Lombok. Dan yang paling penting mengapa kita lebih faham bahasa yang
dituturkan mereka-mereka ini berbanding bahasa orang Thai, Burma, Bangla dan
Nepal?
Adakah
golongan yang kononnya mahu memperjuangkan kesamarataan hak dan keadilan ini
betul-betul kenal dengan orang asli yang sering mereka sebut dan perkatakan
itu? Atau mereka hanya menjadikan kaum asli sebagai alat propaganda untuk
mencapai matlamat politik mereka? Pastinya mereka tidak tahu pun bahawa orang
asli Proto Malay mempunyai terlalu banyak persamaan dengan orang-orang Melayu
moden sendiri. Samaada dari segi fizikal iaitu rupa paras, warna kulit mahupun
dari segi adat budaya serta bahasa yang dituturkan mereka. Jadi siapakah yang
dimaksudkan sebagai Proto Malay ini?
Sebagai
contoh suku orang asli yang dikategorikan sebagai Melayu Proto adalah orang
Jakun dan Temuan. Mereka sebenarnya adalah kelompok kaum-kaum Austronesian yang
tidak menerima atau tidak mahu menerima pengaruh tamadun samaada tamadun India,
Cina, Arab dan lain-lain yang pernah masuk ke alam Melayu. Cuba kita bandingkan
rupa paras orang Jakun dengan orang Melayu di kampung-kampung malah dengan
orang Hawaii. Lebih kurang sama sahaja muka mereka. Malah saya sering melihat
rupa-rupa yang ayu dan menawan sebujur sireh seperti yang sering digambarkan
dalam puisi-puisi Melayu lama tentang anak dara Melayu wujud pada suku kaum
Temuan dan Jakun ini. Tak percaya pergilah ke kampung-kampung mereka, anda
pasti berjumpa dengan muka-muka yang anda rasa sangat kenal dan mesra.
Kaum
Melayu Proto yang lebih maju iaitu yang kebiasaannya tinggal di pesisir pantai
dan terdedah kepada pergaulan dan pengaruh antarabangsa lama kelamaan menolak Melayu
Proto yang hidupnya berasaskan pertanian dan memburu binatang lebih jauh ke
pedalaman. Melayu Proto yang tinggal di pesisir pantai dan menjalankan kegiatan
perdagangan maritim lama kelamaan berubah menjadi Melayu Deutro. Mereka
kemudiannya menubuhkan pusat-pusat pengumpulan barang dan pengkalan yang
berevolusi menjadi kerajaan dan negarakota awal. Mungkin sejak dari itu mereka
mengaku bangsa mereka sebagai 'Malayu'.
Antara
persamaan yang paling ketara yang boleh saya tunjukkan diantara kaum Melayu
Proto Temuan dengan orang Melayu adalah bahasa mereka. Sebagai contoh saya akan
senaraikan beberapa perkataan Temuan yang sama atau mirip dengan perkataan
Melayu. Antaranya ialah:
·
Bahabah-labah-labah
·
Bangat-sangat
·
Basik-basi
·
Bercelengko-berteleku
·
Beladok-burung belatuk
·
Bi’hiang-hilang atau tak nampak
·
Bibik-bibir
·
Bisan-besan
·
Celincir-gelincir
·
Encih-rincih
·
Isau-pisau
·
Kamin-kami
Bagaimana
dengan orang asli Jakun? Adakah bahasa mereka juga mempunyai persamaan yang
rapat dengan bahasa Melayu? Sudah tentu! Saya berikan sedikit contoh dalam
perbualan harian dalam bahasa Jakun di Pahang:
AWAK
TINGGAL DIMANA?
Ajeh
duduk kat mano?
SAYA
SUKA AWAK.
Kam
suka kat ajeh.
SIAPA
NAMA MAK AWAK?
Sapa
namo mok ajeh?
AWAK
BUAT APA TU?
Ajeh
tengoh muat napa tu?
SAYA
BERASA PENAT HARI INI.
Kuk seloi arik enik.
Dari
sudut amalan dan adat istiadat juga suku kaum Melayu Proto ini sangat mirip
dengan adat orang Melayu. Contohnya masyarakat Jakun, Temuan, Seletar dan Kanaq
turut mengamalkan adat merisik, meminang malah bersanding dalam adat
perkahwinan mereka. Kenapa? Anda ingat orang Hindu sahaja yang bersanding?
Orang Asli pun bersanding. Malah mereka turut berbalas-balas pantun, memalu
gendang dan gong. Tetapi yang berbezannya dengan orang Melayu zaman kita ialah
masyarakat Jakun sangat menghormati perkahwinan dan hidup berumah tangga
sehinggakan penceraian dianggap sesuatu yang taboo dan celaka jika berlaku.
Oleh sebab itu memang susah untuk mencari orang Jakun yang bercerai kecuali
kematian pasangan.
Baik,
sekarang nampak atau tidak betapa rapatnya persamaan yang terdapat dalam bahasa
orang asli kelompok Melayu Proto ini dengan bahasa Melayu? Kalau puak-puak Liberal,
Chola dan Ultrakiasu masih tidak nampak itu bermakna mereka memang sengaja
buat-buat tidak nampak kerana tidak mahu menerima hakikat bahawa orang Melayu
itu adalah Peribumi asal Tanah Semenanjung ini sama seperti orang Asli. Tetapi
kalau ada orang Melayu sendiri yang masih buta dan masih tak nampak memang anda
petualang bangsa yang tak boleh diajar. Itu belum lagi kalau kita lihat persamaan
dalam bahasa-bahasa suku kaum Pribumi Borneo seperti Iban, Kadazan, Melanau dan
Bajau, sememangnya sangat banyak persamaan bahasa malah budaya, kerana kita
semua adalah serumpun dan tergolong dalam kelompok besar bangsa yang berbahasa
Austronesia, ingat itu Austronesia!
Sebab
itu kita tidak boleh terima hujah dangkal yang memisahkan orang Melayu dengan
orang asli di semenanjung dan membeza-bezakannya dengan pribumi Sabah dan
Sarawak. Kita dan suku kaum ini adalah serupa. Malah kajian DNA juga telah
membuktikannya. Alam Melayu malah Asia Tenggara ini adalah rumah rumpun bangsa
Melayu. Kami berhak untuk berpindah randah dari satu pulau ke pulau yang lain. Penyebaran
kami dari satu pulau ke pulau atau sememanjung tidak menjadikan kami sebagai
pendatang. Kerana semua kawasan ini adalah kawasan kami.
Suku
kaum yang datang luar dari kawasan kepulauan Melayu inilah yang boleh
dikategorikan sebagai pendatang. Kerana anda datang dari benua lain yang
masyarakatnya mempunyai budaya dan bahasa yang sangat ketara perbezaannya
dengan etnik-etnik dibawah rumpun kami Austronesia. Anda datang dari The Middle
Kingdom Tanah Besar China dan anda datang dari Benua Kecil India Bharata atau
Jambu Dwipa. Tetapi anda mengatakan bangsa anda bukan pendatang? Bukankah datuk
nenek malah mungkin ayah dan ibu anda baru sahaja menapak di bumi kami ini tak
lebih dari seratus ke seratus lima puluh tahun yang lalu? Ini sangat melucukan.
Rupa lelaki Temuan ini saling tak tumpah seperti rupa orang Melayu.
Jika
Sumatera dikatakan asal-usul Melayu, kerajaan orang apa yang wujud dari Johor
sampai ke Segenting Kra sejak beribu tahun dahulu? Lankasuka, Chih-tu, Gangga
Negara, Gelanggiu, Pan-pan, Peng keng Temasik dan Tiumah adalah
kerajaan-kerajaan orang Melayu atau orang Proto Melayu yang telah bertamadun. Ptolemy,
pelukis peta Yunani dari Mesir melabelkan Pulau Phuket di Thailand sebagai
Jung Si Lang dalam petanya tahun 157 Masehi iaitu hampir 2000
tahun dahulu. Tetapi pihak kolonial menafsirkannya sebagai 'Junk Ceylon'. Namun
nama sebenar pulau tersebut adalah berasal daripada bahasa Melayu iaitu Hujung
salang. Hal ini membuktikan orang yang bertutur dalam bahasa Melayu itu sudah
wujud di Phuket sejak 2000 tahun dahulu. Tak kisahlah mereka Orak Lawoi ke, Orang
Seletar, Jakun, Kanaq atau orang-orang Asli yang lain. Apa yang penting mereka
adalah leluhur kita. Sekian Wallah hu a’lam.
~ASJ~



























