Khamis, 10 April 2014

BOMOH WANITA PENGARANG KITAB


Terung Putih.


Salam kasih dan sayang saya ucapkan kepada semua pembaca, hari ini saya hendak berkongsi dengan anda mengenai kisah seorang wanita Melayu yang agak istimewa. Wanita ini bolehlah dianggap sebagai salah seorang penulis wanita Melayu awal.  Wanita ini dipercayai telah lahir di Pulau Penyengat, Riau pada tahun 1885. Namun demikian asal usulnya masih kabur dan besar kemungkinan beliau adalah orang biasa atau rakyat marhaen sahaja dan bukan wanita bangsawan atau bak kata orang dulu-dulu ‘orang berada-ada’. Hal ini adalah salah satu sebab yang menjadikan  beliau ‘special’ berbanding tokoh wanita Melayu lain dalam sejarah yang semuanya para bangsawan ataupun kerabat diraja. Riwayat hidup beliau hanya diketahui setelah beliau berkahwin dengan seorang lelaki yang berada pada zaman tersebut iaitu Raja Haji Abdullah bin Raja Hassan sebagai sterinya yang keempat. Wanita ini bernama ‘Khatijah Terung’J.


Pulau Penyengat, pada pinggir abad ke 19 muncul sebagai pusat budaya, sastera dan bahasa Melayu yang terulung di Alam Melayu. Kehebatan pulau ini  sukar ditandingi tempat-tempat lain daripada segi bilangan penulis, jumlah karya dan kepelbagaian isi kandungan karya, lebih-lebih lagi pembaharuan yang dibawa beberapa orang penulisnya. Daripada segi jumlah terdapat lebih kurang 137 buah karya daripada kira-kira 70 orang penulis. Perkembangan ini sebenarnya ada kaitan dengan pengaruh dari keluarga bangsawan terkenal dan bapa pembaharuan kesusasteraan Melayu yang sebenar iaitu Raja Ali Haji( bukan si mamak kuli British Abdullah Munsyi), selain peranan yang dimainkan Kelab Rusydiah, payung seni dan budaya Riau dari tahun 1895 hingga 1905 .

 
Keadaan ini juga telah membolehkan munculnya golongan penulis-penulis wanita dan munculnya pengarang berbentuk feminis yang cuba memperjuangkan hak wanita. Dari perkembangan inilah yang mungkin telah memberikan inisiatif untuk Khatjah Terung menghasilkan karyanya yang bertajuk Himpunan Gunawan Bagi Laki-Laki dan Perempuan, sebuah karya yang memaparkan tema yang agak kontroversi pada zaman tersebut. Namun demikian kepesatan perkembangan penulisan dan kesusasteraan di pulau ini mula berubah sekitar  awal tahun 1910-an  berikutan banyak bangsawan dan penulis Pulau Penyengat melarikan diri ke tempat lain, akibat pergolakan politik antara kerajaan Belanda dengan kerajaan Melayu Johor -Riau-Lingga yang berpusat di pulau itu.

 

Walaupun dalam dunia sastera beliau dikenali sebagai seorang pengarang, namun bagi para penduduk di Pulau Penyengat yang sempat hidup sezaman dengannya beliau lebih dikenali sebagai seorang dukun atau bomoh. Dia adalah “ public figure” dan kerap diundang ke majlis perkahwinan. Kehadiran beliau di majlis tersebut penting bukan sahaja untuk menyerikannya, tetapi juga dapat mendinding raja sehari daripada dikacau orang halus, polong dan hantu, maka majlis itu dapat berjalan dengan lancar. Khatijah menjadi lebih terkenal setelah berkahwin dengan Raja Haji Abdullah bin Raja Hassan, cucu kepada Raja Ali Haji (1809-1872), antara tahun 1908 dan 1911, ketika berusia antara 23 hingga 26 tahun. Perkahwinan itu adalah kali yang kedua baginya kerana dia pernah berkahwin dengan seorang tukang gunting rambut sebelum itu. Perkahwinannya dengan Raja Haji Abdullah telah membuat orang ramai di Pulau Penyengat memberi perhatian lebih kepadanya, sekaligus mengubah kedudukan sosialnya walaupun dia hanya isteri nombor empat.



Mengapa gamaknya seorang bangsawan terpelajar dan berketurunan bangsawan seperti Raja Haji Abdullah ingin berkahwin dengan seorang bomoh wanita seperti Khatijah Terung?  Al kisahnya ialah kerana, Raja Haji Abdullah juga sebenarnya seorang tabib yang pandai dalam selok belok ilmu Supranatural dan ingin mengetahui kehebatan sebenar ilmu polong, pengasih, tangkal dan lain-lain yang dipunyai Khatijah. Sebab kedua adalah kerana, Khatijah mempunyai bakat menulis, mengarang, berpantun, bergurindam, bersyair, selain tahu bahasa Arab. Ketiga kerana, Khatijah pandai memasak, menekat dan menjahit dan pandai mengambil hati Raja Haji Abdullah, yang jauh lebih tua daripadanya. Dan yang terakhir adalah kerana, hubungan mereka sebenarnya telah berputik sejak Khatijah menjadi orang gaji di rumah Cik Yam, isteri ketiga kepada Raja Haji Abdullah lagi.



Dengan mengahwini Raja Haji Abdullah, Khatijah Terung dapat memanfaatkan bahan bacaan di perpustakaan milik suaminya sebelum ia terbakar pada malam tujuh likur bulan Ramadhan tahun 1923. Kesempatan membaca kitab tentang ilmu dan petua, termasuk bahan bacaan tentang gender dan seksualiti dari Eropah telah memberi ilham kepada Khatijah untuk membukukan ilmunya. Penulisan petua itu juga dipengaruhi penulisan pengarang wanita yang lain, lebih-lebih lagi kebebasan dan keberanian yang ditunjukkan Raja Aisyah Sulaiman dan juga Raja Kalzum. Selain itu, mungkin Khatijah Terung telah mendapat galakan daripada suaminya untuk mengarang.

 
Foto 'Katy Brinjal' ketika usia emasnya...:).

Sebelum kita teruskan mengenai Khatijah Terung , ada moleknya kita tahu serba sedikit latar belakang suaminya Raja Haji Abdullah. Beliau terkenal sebagai tabib yang pakar dalam ilmu rohani dan pukau, dan termasyur dengan nama timangan: Engku Haji Lah. Perkara lain yang menarik pada Raja Haji Abdullah ialah dia pernah dilantik sebagai hakim landard dan kadi syariah. Walaupun  jawatan yang pertama itu disandangnya cuma beberapa tahun, tetapi telah membuatnya dikenali sebagai hakim. Setelah dihantar ke timur tengah untuk melanjutkan pelajaran, penguasaannya ke atas bahasa Arab membolehkannya menterjemah dan mengadaptasikan karya-karya sastera Arab ke dalam bahasa Melayu. Dia juga pandai berbahasa Perancis dan Belanda.

 
Pendek kata, dia mempunyai banyak bakat, maka boleh dikatakan seorang yang serba boleh malah sesuatu yang amat luar biasa bagi masyarakat Melayu pada zaman tersebut. Hal ini membuktikan bahawa jika anak Melayu itu diberi peluang yang sama rata untuk mendapatkan pendidikan yang secukupnya terutama pada zaman penjajahan British, sudah pasti ratusan atau ribuan cendekiawan Melayu yang bijak pandai dapat dilahirkan. Ternyata ungkapan Melayu mudah lupa, pemalas dan lembab itu hanya satu propaganda busuk dari pihak penjajah untuk melemahkan semangat anak Melayu. Jika Raja Haji Abdullah yang hidup sekitar abad ke 19 boleh melakukannya mengapa tidak anak-anak Melayu sekarang?



Tetapi, ada sesuatu yang pelik tentang perangai Raja Haji Abdullah ini sebagai seorang Kadi dan juga muslim umumnya.  Selain daripada mengarang, melukis dan mengukir, membuat patung juga adalah perkara biasa bagi hakim dan kadi yang berjiwa seni, tetapi adalah agak kontroversial apabila dia didapati menampal gambar wanita Eropah telanjang yang dikerat daripada bahan bacaan dari Eropah, malah telah melukis alat kelamin wanita dalam karyanya. Model wanita bogel dan yang menunjukkan buah dada yang menjadi objek utama seni lukis dan ukir di Eropah sejak zaman Renaissance itu boleh didapati dalam Cempaka Putih dan Pahlawan Ferhad, dua buah karya daripada Raja Haji Abdullah. Namun yang peliknya pula beliau juga tidak meninggalkan karya berunsur agama atau undang-undang, dan telah mewariskan kepada kita sembilan buah karya tentang tatabahasa Melayu, karya sastera kreatif terjemahan/ saduran dan juga karya ilmu perubatan.

 
Baiklah, mengenai nama Khatijah Terung mungkin ada yang berasa lucu dengan nama tersebut dan mungkin juga ada yang berotak kuning akan memikirkan ‘terung’ mempunyai kaitan dengan sesuatu yang bersifat seksual atau lucah. Sebenarnya menurut seorang sejarawan dari UKM, nama terung itu sebenarnya lekat pada Khatijah kerana dia dikatakan mempunyai kulit yang putih dan licin sepertimana kulit terung susu. Namun demikian sebenarnya jika anda merasakan bahawa gelaran ‘Terung’ itu ada makna yang tersirat mungki juga ada benarnya, ini kerana Khatijah memang terkenal dengan ilmu pengasih serta ilmu yang melibatkan hubungan seksual.


Hal ini terpampang jelas dalam karyanya Himpunan Gunawan Bagi Laki-Laki dan Perempuan. Diantara ilmu-ilmu yang diturunkan dalam kitab beliau yang berkaitan hubungan kelamin  adalah, ilmu pengasih, ilmu menguatkan tubuh suami, ilmu membuat suami tertarik kepada isteri, ilmu membuat jimak yang menyeronokkan, petua menahan air mani supaya tidak cepat keluar, petua mengeraskan anggota suami, bagaimana membuat suami setia kepada isteri, petua memanggil suami untuk bersetubuh,  petua menjamu selera pusara puki  dan bagaimana wanita membuat dirinya cantik dipandang. Khatijah Terung menyatakan ilmu-ilmu itu didapatinya daripada banyak guru, termasuk Wan Mah dan apa yang tertulis hanyalah sedikit daripada segala ilmu yang ada padanya.

 
Walaupun secara keseluruhannya kitab itu lebih berupa panduan kepada perempuan untuk membuat lelaki atau suami merasa berahi, tetapi ia bukanlah sebuah karya lucah atau porno. Tidak kira apa juga lah pandangan kita terhadapnya, mungkin inilah kali pertama seorang pengarang wanita Melayu abad ke 19 yang meluahkan secara terus terang apa yang boleh mereka lakukan untuk membuat lelaki merasa teransang dan sayang kepada mereka. Kelantangan dan keberanian Khathijah Terung untuk mengetepikan Taboo atau larangan masyarakat ketika itu dalam membicarakan hal-hal berkaitan hubungan kelamin, keinginan dalaman, fantasi dan rasa berahi wanita dianggap sebagai sesuatu yang mendahului zamannya dan agak luar biasa terutama bagi seorang wanita Melayu abad ke 19 yang masih terkenal dengan sifat kemelayuannya. Keberanian itu mungkin disebabkan galakan daripada suaminya sendiri, Raja Haji Abdullah, seorang tokoh yang dihormati dan mendapat pendidikan barat selain pendidikan keagamaan.

 
Apa yang dilakukan oleh Khatijah ini bukan sahaja sesuatu yang amat baru bagi masyarakat Melayu, tetapi juga dalam masyarakat barat pada abad ke 19 yang kaum wanitanya masih belum begitu bebas dan terbuka untuk meluahkan keinginan dalaman serta fantasi seksual mereka dalam penulisan. Dalam karyanya itu, dia telah menunjukkan lebih daripada 20 cara untuk mencapai keseronokan dan kasih sayang yang diingini dalam hubungan seksual. Mesej yang tersirat ialah hubungan seksual bukanlah aktiviti yang dikuasai lelaki sahaja, tetapi juga perlu dimulakan oleh wanita.

 
Namun demikian dalam penulisannya dia sering menggambarkan dirinya sebagai “sentiasa di dalam dukacita dan murung”. Perasaan itu mungkin disebabkan dia kesunyian, kerana selalu ditinggalkan suaminya yang selalu sibuk dengan kerja, sentiasa berlayar dan ditambah lagi kerana dia adalah isteri yang keempat, tambahan pula dia mungkin ditakuti orang lain kerana ilmu bomohnya dan juga kerana dia tidak mempunyai anak.Oleh sebab itu, dia mengisi masa lapangnya dengan mengarang Himpunan Gunawan untuk meluahkan apa yang dirasai dan diingininya, selain menyampaikan ilmu yang dipunyai.


Dapat disimpulkan disini bahawa dengan penulisan karya tersebut Khatijah Terung telah menempatkan dirinya dalam suatu ruang yang tersendiri dalam kesusasteraan Melayu Riau, yang lansung berbeza dengan pengarang lelaki dan wanita Melayu yang lain, termasuk Raja Ali Haji sendiri, ini kerana karya ini dikarang khas oleh seorang wanita dan ditujukan pula kepada wanita. Oleh sebab Khatijah Terung adalah satu-satunya pengarang wanita Melayu yang berani dan berterus terang dalam menulis mengenai perkara yang pada amnya cuba dielakkan pengarang wanita yang lain kerana taboo atau kekangan masyarakat, tidaklah keterlaluan jika dikatakan dia adalah pengarang wanita yang amat istimewa dan lain daripada yang lain.Sekian wallah hu a'lam.
~ASJ~

37 ulasan:

  1. Terima kasih kerana menceritakan perihal khatijah terung..memang dia seorang yg mendahului zamanya..tapi tak adakah tokoh dr malaysia yg tuan boleh tonjolkan..baik lelaki atau wanita..maklumlah pasti akan ada serangan berupa hinaan dr sesetangah org seberang yg tak suka sejarah mereka kononya dirampas oleh malaysia..walau pun saya memahami pegangan saudara tentang melayu itu bukn hanya di malaysia...lagi satu saya perasan saudara tidak suka dgn munsyi abdullah..adakah kerana dia terlalu kritikal?..ya memang sakit hati apabila membaca catatannya tapi itu adalah hakikat sbenar dunia org melayu yg masih mundur dan feudal ketika itu..kalau nak dibandingkan dgn org eropah yg sedang melalui era revolusi industri ketika itu..sistem org barat jauh lebih baik dr kesultanan melayu..itu sebabnya kita berubah skrg kerna menyerap sistem british yg di campur dgn sistem melayu yg ada..kita terimalah dgn hati terbuka kritikan si mamak itu..melayu pun byk buat silap..tulah pasal dijajah.

    BalasPadam
  2. Ini kali pertama saya mendengar namanya. Menarik. Di manakah kita boleh membaca karyanya itu?

    Mengenai Abdullah Munsyi, dia hanya mengkritik sebelah pihak sahaja. Penjajah itu semuanya baik belaka bagi dia. Ini yang menimbulkan rasa tidak puas hati. Dia bukan penulis bebas sebab terikat dengan British.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang betol pun penjajah lebih baik..kalau org melayu lbih baik mereka tak kan dijajah malah boleh mempertahankkan kedaulatan...ini berperang sesama bangsawan utk merebut tahkta..mana yg boleh berkerjasama dgn british walau pun tak sepenuhnya tapi masih boleh menjaga kepentingan mereka akan di sokong menjadi raja..dlm era itu org melayu memang daif,tidak bersatu,.pembesar menyusahkan rakyat..kebajikan rakyat terabai..apa yg nak dibanggakan?..bukan munsyi seorg je mengkritik keadaan org melayu ramai lagi.

      Padam
  3. Ini link menarik, perlu dibaca bersama dengan artikel di atas.

    http://karodalnet.blogspot.com/2008/12/cempaka-putih-kitab-kamasutra-melayu-di.html

    BalasPadam
  4. bomoh tu ada skill penampar buaya tak tuan penulis? tgk gambar pun muka macam The Terminator betina. cukuplah tuan penulis...jgn malukan lagi bangsa melayu...nanti ada mamak yg gelak guling2.

    BalasPadam
  5. Penjajah memang bersalah... Nama pun penjajah. Mereka menjajah dan menjarah...

    Penjajah adalah penjenayah... Penjajah itu tidak kira sama ada pihak yg kena jajah itu kuat atau lemah, tetap nak menjajah jugak.... Kerana itu adalah dasar penjajah... Lagi lemah pihak yg nak / sedang dijajah, lagi senang kerja penjajah itu... Lagi kuat pihak mangsa, lagi susah atau tak boleh langsung sang penjajah nak / sedang melakukan penjajahan...

    Yang lepas, biarkan ia berlalu.. Buat pembetulan kalau boleh.... Yang ada sekarang, jaga betul - betul...

    Jangan terlepas.... Tak larat lagi nak menangis dan menyesal...

    Biarlah sekarang ini, kita ( Melayu ) pula yang menjadi penjajah.. Yang dijajah, menjadi penjajah...
    Penjajah yg baik.... Amacam, OK tak ?

    BalasPadam
  6. Bangga jadi orang Indonesia :D
    kepulauan Riau, Indonesia :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bhineka Tunggal Ika :)
      Berbeda - beda tetapi tetap satu
      Satu nusa, satu bangsa, satu bahasa, Indonesia :)

      Padam
    2. maaf kang aku warga negara indonesia dari kepri tapi bangsa ku bahasa ku tetap melayu selamanya ;)..tidak mau ku buang sejarah nenek moyang ku hanya karena nasionalisme moderan yg menyebalkan.

      Padam
    3. Ketika kamu bertemu dengan non melayu apakah kamu juga menggunakan bahasa melayu untuk berkomunikasi dengan mereka ? Apakah disekolah dalam pelajarannya menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar ? Tentu bahasa Indonesiakan ?
      Saya juga melayu bang :) melayu jambi, saya kan menggunakan bahasa jambi ketika saya berkomunikasi dengan sesama melayu jambi dan saya akan menggunakan bahasa indonesia ketika saya bertemu dengan non jambi :) bahasa Indonesia adalah bahasa persatuan yang berasal dari bahasa melayu riau kepulauan yang telah disempurnakan dan ditambah dengan bahasa" daerah lain di Indonesia :) namun kata melayu diperkirakan berasal dari nama anak sungai batanghari yang bernama sungai malayu di jambi :) apapun dan bagaimanapun keadaan negara kita, kita harus bangga :) karena cinta tanah air merupakan sebagian daripada iman :)

      Salam dari sungai penuh :) indonesia dan malaysia damai :)

      Padam
    4. Salam, bagaimana saya boleh berhubung dengan tuanpunya blog ni?

      Padam
  7. indo = hindu

    nesia = kepulauan

    indonesia = kepulauan hindu... masih pakai mana lama ke bang ? Sedangkan umat Islamnya ramai di
    sana... Matawangnya Rupiah.. dekat-dekat dgn bunyi Rupee matawang negara India... Sedangkan negara India sana kukuh dengan jatidiri mereka sendiri. Sikitpun tak pandang pada negara2 di nusantara ni....Hmmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Indonesia merupakan nesia yang indo yaitu kepulauan yang beragam
      Bagaimana dengan malasia ? Tanah melayu tapi guna bahasa inggris, china tak mau menggunakan bahasa melayu begitupun india bukankah tanah melayu ? Kenapa bahasa melayu tidak berdaulat ?
      Malasia negara islam kenapa menjadi pusat perjudian terbesar di asia tenggara ?
      Malasia negara melayu yang kehilangan melayunya :'(
      Indonesia sampai hari ini masih kekal dengan budayanya beda dengan malasia yang terarabkan, lihat saja masjid di malasia jarang sekali yang menggunakan senibina melayu.
      Datang ke Indonesia dan kamu akan lihat bagaimana Bahasa Indonesia sangat dihargai disini dan bagaimana budaya sangat dijunjung.

      Padam
    2. ironisnya bahasa indosia itu lebih berbunyi melayu.. kenapa ya ? ada sebarang xplanation ?
      Fakta tentang penggunaan Bahasa Melayu di Malaysia pun salah sama sekali pak.... Bahasa kebangsaan di Malaysia adalah Bahasa Malaysia yg berteraskan Bahasa Melayu...
      Berdaulat ke atau tidak berdaulat tu ? Sendiri jawab ler...

      Bab pusat judi terbesar ke, kandang babi terbesar ke, kilang arak terbesar ke, pusat hiburan maksiat terbesar ke, itu semua di dalam proses penutupan oleh kerajaan Malaysia... Tunggu masa aja nak ditutup kesemuanya. Sikit lagi awak boleh tengok, siapa yg lebih Melayu dan Islam, kami atau awak....

      Senibina Melayu di masjid2 Malaysia menggabungkan senibina drp berbagai-bagai kesenian
      drp berbagai-bagai budaya. Bukan arab sahaja. Yang awak nampak seperti kearaban,campuran itu kebanyakannya berada si bandar -bandar besar. Cuba awak masuk ke kampung - kampung dalam berbagai - bagai negeri. Masih banyak yg mengekalkan ciri - ciri senibina kemelayuannya.....

      Oleh yang demikian, awak pun patut datang ke sini juga untuk belajar cara kami org2 Melayu
      memerintah berbagai - bagai bangsa, budaya dan agama.... Yang perpaksikan hukum - hukum agama Islam yg baik..

      Eh,Tasik Malaya di pulau jawa itu agaknya patut ditukar nama saya rasa.... Bagaimana ada nama Malaya dalam pulau itu, dalam negara Indosia ya ??

      Padam
    3. kadang2x aku rasa yg komen tu bukan orang indonesia pun tapi orang malaysia yg pro pembangkang yg benci sistem beraja dan suka menjadikan malaysia sebuah republik...jadi paham-paham sajalah..dorang memang suka buat komen yg menyesakkan dan tidak berasas..malah palsu sekali...rasa2xnya macam red bean army pun ada...aku tau ada org2x cina malaysia yg pernah tinggal di sana dan amat fasih berbicara kayak orag indonesia..jadi gaya bahasa mereka memang sama tapi sebenarnya mereka org malaysia.

      Padam
    4. Bahasa malasia memang menjadi bahasa kebangsaan bersama dengan bahasa inggris, kenapa saya bilang tidak berdaulat ? Karena mayoritas orang malasia lebih gemar menggunakan bahasa inggris dan bahasa rojak sedangkan kaum china guna bahasa mandarin begitupun india guna bahasa tamil dan dalam pelajaran sains dan math menggunakan bahasa inggris kenapa g guna bahasa malasia ?
      Saya juga berdoa semoga pusat perjudian disana ditutup :) karena g enak lihat negara melayu islam ada pusat perjudian
      Mengenai nama kota tasikmalaya itu ada sejarah dan asal usulnya :
      http://droppedbox.wordpress.com/2013/08/13/asal-usul-nama-kota-tasikmalaya-mengungkap-bencana-maha-dahsyat-di-tatar-sunda/

      Kalau kamu mengklaim malaya hanya ada di malasia lalu bagaimana dengan gunung himalaya dan malayalam di nepal dan india haruskan nama itu juga diubah ?

      Padam
    5. Tanpa nama 16 april 2014 3.03
      Bahasa indonesia memang berasala dari bahasa melayu yaitu bahasa melayu riau kepulauan namun telah disempurnakan dan ditambah dengan bahasa bahasa daerah di indonesia seperti bahasa minang,aceh,jawa,bugis,batak,banjar,sunda,bali,madura dan lain" namun bahasa Indonesia lebih populer dari bahasa melayu itu sendiri
      Dan perkataan melayu berasal dari nama anak sungai batanghari yaitu sungai malayu di jambi,Indonesia :)
      Salam dari Kota Sungaipenuh, Jambi, Indonesia . *Indonesia dan Malaysia damai :)

      Padam
    6. Tanpa Nama 16 April 2014 11:55 PG..biar saya perbetulkan beberapa tuduhan palsu kamu

      pertama Bahasa Melayu tidak pernah berkongsi kedudukan sebagai bahasa kebangsaan dgn Bahasa Inggeris seperti yg kamu taip ..Bahasa Melayu tetap satu-satunya Bahsa rasmi kerajaan..dlm upacara atau majlis rasmi kerajaan bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu..sekiranya sesuatu upacara atau majlis melibatkan ramai diplomat negara asing maka secara wajarlah Bahasa Inggeris yg digunakan..

      Dalam pertuturan harian siapa yg bagi tahu kamu org malaysia MAJORITINYA lebih gemar menggunakan bahasa inggeris?..nampak sangat pembohongan besar...atau kamu terlalu byk menonton drama melayu yg berkisahkan perebutan harta dlm keluarga kaya urban..yg byk mengnakan istilah i dan u...tapi kalau awak pergi kota baru kelantan org kelantan bercakap melayu kelantan loghat itu kamu boleh dengar dr daerah besut dlm negeri terengganu sampai ke wilayah patani selatan thailand..org pesisir terenggnu bahasa melayu juga tersendiri..begitu juga org pesisir negeri pahang..org pedalaman pahang juga berbeza bahasa melayunya...di negeri perak tengah terutama sepanjang sungai perak bahasanya melayunya tersendiri..bahagian utara negeri perak masuk ke pulau pinang ,negeri kedah, negeri perlis dan ke sempadan thailand di wilayah satun loghat melayu mereka sama..org malaysia panggil loghat org utara..org negeri sembilan bahasa melayunya ada pengaruh minang dan bahasa melayu siak..org melaka kwsn tengah ada bahasa melayu dialek mereka tersendiri yg terkenal dgn istilah tidak berlapis dan kasarnya..dan kwsn selangor, kuala lumpur menurun ke selatan seuruh negeri johor sampi singapura bahasa melayunya adalh punya dialek yg sama dgn org kepulauan riau..Jadi di mana Bahasa Inggeris yg kamu kata digunkan majoriti rakyat malaysia itu?...org yg suka berbahasa rojak adalh penduduk kwsn kota atau urban sekitar lembah klang dan kl..ini disebabkan populasi bercampur antara etnik cina yg majoriti berpendidikan inggeris dgn kaum melayu dan india ..sesetengah org melayu dan india yg berpendidikan tinggi lebih mengunakan bahasa inggeris dlm pertuturan seharian mereka..malah manglish atau malaysian english adalah ciptaan org bandar yg bercampur ini..terutama golongan muda yg dtg dr berbagai latar belakang pendidikan serta ditambah pengaruh filem dan muzik amerika dan british..mereka yg SEGELINTIR inilah yg byk mengunakan bahasa rojak..bukan org melayu malaysia yg kamu dakwa MAJORITINYA tak cintakan bahasanya sendiri

      Dan utk pengetahuan kamu org cina dan india di malaysia juga punya delima tentang bahasa mereka..tidak seperti yg kamu dakwa bahawa mereka itu lebih bangga dgn mandarin dan tamilnya..cina juga punya sub etnik spt hokkien, hakka, kantonis,.yg punya dialek bahasa sendiri..org india tidak semuanya tamil..tapi ada telegu..malayali..punjabi..mereka juga ada bahasa sendiri..masalah mereka sama..di ancam oleh pengaruh bahasa inggeris dan bahasa melayu yg lebih dominan pengunaannya..kebykan generasi muda mereka hanya tahu bahsa inggeris dan bahasa melayu..dan yg bersekolah cina akan memahami mandarin..tapi ada juga yg hanya tahu berbicara mandarin tapi tak boleh menulis mandarin..dialek mereka dilupakan kerana tidak praktikal dlm kehidupan seharian mereka...selalunya hanya digunkan golongan tua.

      Tentang pembelajaran sains dan matematik dlm bahasa inggris..ini cerita lama..sudah diberhentikan sejak 2012..kamu tidak tahu ya?..idea itu datang dr Dr mahathir dan dimulakan pada tahun 2003..Dr mahathir melakukannya kerana mahu mempercepatkan proses penguasaan ilmu sains dan matematik di kalangan generasi muda malaysia..ini sebahagian dr perancangan DR mahathir utk menyiapkan malaysia sebagai negara maju pd 2020 kerana bahasa inggeris adalah bahasa ilmu antarabangsa..adalah lebih mudah bagi pelajar utk memahami idea dlm bidang tu jika mereka memahami bahasa ilmu itu..tapi atas desakan berbagai pihak yg memperjuangkan bahasa melayu..dan setelah kajian di lakukan program itu diberhentikan dan diubahsuai agar penguasaan bahasa inggeris tidak berkurangan dan bahasa melayu tetap dibela.

      Padam
  8. Salam.

    Mohon tuan punya blog menyekat komen yang tidak bersangkutan dengan topik yang ada. Saya sudah berasa mual. Terima kasih.

    BalasPadam
  9. Nak tau Pasal gunung Himalaya, malayalam dan juga bahasa melayu, search aje kat wikipedia. Kat situ siap ada bagitau lagi jumlah penutur bahasa melayu yang hampir 300 juta orang.... Glamour ke tak glamour tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari 300 juta yang menuturkan Bahasa Melayu, 250 jutanya adalah penutur Bahasa Indonesia :)

      Padam
    2. Bahasa Indonesia tu adalah termasuk dalam bahasa melayu itu sendiri.... Pokoknya adalah bahasa melayu. Bukannya bahasa Indonesia di sini.... Fahamkan betul betul cerita di dalam wikipedia ( free ensiklopedia ) tu bang...

      Padam
    3. Ya aku ngerti, maksud saya penutur bahasa melayu ( Bahasa Indonesia ) di Indonesia berjumlah 250 juta orang, Bahasa Indonesia merupakan Bahasa Melayu Riau kepualauan yang disempurnakan dan ditambah dengan bahasa daerah(bahasa ibunda) seperti bahasa jawa,minang,bugis,sunda,bali,madura ( di Indonesia terdapat 741 suku bangasa,bahasa dan budaya). Pada dasarnya Bahasa Indonesia merupakan bahasa kedua bagi rakyat Indonesia karena bahasa yang dipakai sehari hari adalah bahasa daerah (bahasa Ibunda), kami akan menggunakan bahasa Indonesia ketika kami bertemu dengan suku/etnik yang lain karena Bahasa Indonesia berfungsi sebagai bahasa perantara/bahasa persatuan di kepulauan Nusantara.

      Penutur bahasa melayu
      Indonesia ( Bahasa Indonesia ) : 250 juta
      malaysia ( bahasa Malaysia ) : 25 juta
      Ditambah dengan penutur bahasa melayu di brunei,singapura,selatan Thailand,Timor Leste( di timor leste bahasa Indonesia menjadi bahasa kerja dan di Australia bahasa Indonesia merupakan bahasa asing yang penting yang di ajarkan disekolah sekolah dan Universitas bersama bahasa jepang dan mandarin)

      Jumlah penutur asli bahasa melayu ( yang benar benar menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa sehari hari ) berjumlah sekitar 77 juta, gitu lo bang :)
      Salam damai dari Indonesia :)

      Padam
    4. Ya maknanya kesemua bahasa itu, kecuali jepang dan mandarin, tergolong dalam keluarga besar bahasa austronesia iaitu bahasa melayu... Salam damai Dari Malaysia untuk Indonesia :)

      Padam
    5. Sedikit tambahan perincian, keluarga besar bahasa melayu yg tercatit di dalam free encyclopedia tu, ditulis sebagai malayo-polynesia.. Ada gambar kawasannya sekali.... Harap dapat dilihat..... :)

      Padam
    6. Sila taipkan " bahasa austronesia " dan search..... Mudah-mudahan berjumpa dengan istilah malayo-polynesia dan juga PETA kawasannya sekali... Terima kasih...

      Padam
    7. Ya :), bangsa austronesia membentang dari madagascar sampai hawai, namun tidak termasuk Indonesia Timur (pulau papua) karena penghuni pulau papua termasuk ke ras melanesia satu rumpun dengan suku aborigin di Australia dan Suku Maori di selandia Baru :)

      Melayu,jawa,bali dan sebagainya masuk ke ras/rumpun Austronesia
      Saya berasal dari suku Sasak, suku sasak memiliki ciri fisik dan kebudayaan yang mirip dengan suku Bali namun suku Sasak mayoritas beragama Islam sedangkan Suku Bali mayoritas beragama Hindu

      Pepatah suku Sasak > "aik meneng, tunjung tilah, empak bau"

      Salam dari Jogjakarta :) Indonesia dan Malaysia Bersahabat

      Padam
    8. Ya, kita memang serumpun... Malaysia dan Indonesia bersaudara :)

      Padam
    9. Tanpa nama 22 april 4:08
      Kamu berasal dari suku apa ?

      Padam
    10. Ya, saya berasal dari suku bugis, dalam rumpun Melayu... Kerana berdasarkan kepada istilah malayo-polynesia dan juga austronesia....

      Padam
    11. Berarti kamu satu suku sama PM Malaysia Najib Tun Razak, tahun 2013 kemarin dia datang menziarahi makam Raja raja Gowa di sulawesi selatan, PM Tun Razak keturunan dari raja gowa yang berimigrasi ke semanjung.

      Padam
    12. Ya, begitulah kira-kiranya bung ... :)

      Padam
  10. Saya harap tuan dapat menulis pula tentang Tun Ledang Shah.

    BalasPadam
  11. Menteri pak polisi Malaysia keturunan asal Jawa Indonesia, kita warga di sini merasa bangga amat. Kami jadi penasaran, apa enggak ada orang melayu warga Malaysia sana yg layak. Andai tiada pekerja warga Indonesia datang bantu, masakan Malaysia bisa mampu membangun begitu pantas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malaysia dapat untung.. Indonesia dapat untung.. Sama-sama dapat untung.. MELAYU dapat untung.....

      Padam
    2. bukan persoalan tiada melayu yg tidak layak...tapi melayu di malaysia itu bersikap terbuka kepada org seberang yg mash di anggap keluarga walau pun berkali2x di hina

      Padam