Selasa, 19 Jun 2012

FUNAN, PAN-PAN DAN SRIVIJAYA




Salam kepada semua pembaca. Seperti yang telah saya janjikan pada kali ini kita akan lihat mengapa Funan hilang dan apa kaitannya dengan Srivijaya. Sepertimana yang telah kita tahu pendahulu Srivijaya adalah Funan sebagaimana yang G. Coedes katakan. Funan pada mulanya ditolak jauh ke wilayah selatan Kemboja, dan akhirnya ditendang keluar dari Kemboja oleh Chen-la, yakni bekas jajahan utara Funan pada separuh kedua abad keenam masihi. Kelas pemerintah Funan mungkin telah melarikan diri ke salah satu negara bawahannya yakni, Pan-pan dengan tentera laut mereka. G. Coedes berfikir kaum elit Funan melarikan diri ke Jawa, tetapi jika difikirkan balik, Funan tidak mempunyai sebab untuk pergi ke tanah asing tersebut dan dikatakan penduduk di sana tidak mesra dengan orang asing.


 Dalam tahun 686 masihi Srivijaya telah menghantar ekspedisi dari kem tentera lautnya di Pulau Bangka untuk mendarat di Jawa tengah, yakni Kha-ling (Ho-ling). G. Coedes berfikir bahawa Srivijaya sebenarnya menyerang Jawa barat, yaitu kerajaan Tarumanagara. Walau bagaimanapun sebenarnya Srivijaya tidak mempunyai sebab untuk menakluk Jawa barat di mana hampir tidak wujud pesaing yang sebenar disana. Sebenarnya Srivijaya mendarat di Pekalongan Jawa tengah, sebuah pelabuhan yang mungkin ibu Kota Kha-ling (Sanjaya). Menurut "Zhu-fan-Zhi" Pekalongan adalah satu lagi nama bagi Jawa, Bukti pendudukan Jawa tengah oleh Srivijaya adalah 'inskripsi Sojomerto' yang terpahat nama 'Dapunta Selendra'. 'Selendra' ertinya 'Sailendra' dalam bahasa Sanskrit, yang mungkin seorang komander kerajaan Srivijaya yang dihantar dari Pulau Banka pada tahun 686. Tidak dapat dinafikan lagi Dapunta Selendra adalah pengasas kerajaan Sailendra di Jawa tengah.


 Bercakap mengenai kerajaan Pan-Pan dan kaitannya dengan Srivijaya, mari kita sama-sama meneliti tinggalan-tinggalan sejarah yang dikatakan milik Srivijaya yang berada dibawah wilayah kekuasaannya. Wilayah Pan-pan adalah terdiri dari Teluk Ban Don, termasuk Chaiya, Phunphin dan Surat Thani. Berhampiran Sungai Phunphin, terdapat sebuah gunung kecil (bukit) yang dinamakan 'Khao Si Wichai', yang bermaksud ' gunung Sri Vijaya '. Di atas 'Khao Si Wichai terdapat lapan kuil Hindu. Struktur yang dibaik pulih menunjukkan imej-imej Visnu.


Quaritch Wales berkata:"Saya kini yakin bahawa penaklukan Fu-nan di rantau ini pada abad ketiga sebahagian besarnya dirangsang oleh keinginan untuk mengawal perdagangan darat". Apabila I-Ching meninggalkan Canton pada 671, wilayah Srivijaya meliputi 1/2 bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu termasuk Takua Pa dan Kedah di pantai barat, dan Chaiya, Nakhon Si Thammarat (Ligor), Songkhla, Pattani, dan Kelantan di pantai timur . Pada suku terakhir abad ketujuh, Srivijaya telah menghantar utusan pertama pada tahun 670 sebagai satu-satunya negara jajahan di Semenanjung Tanah Melayu. Chi-tu, Tan-tan dan Pan-pan hilang dan mereka tidak pernah kembali lagi. Fakta ini menunjukkan kepada kita bahawa Srivijaya menguasai politik dan ekonomi bahagian tengah Semenanjung Tanah Melayu.


Pada peringkat seterusnya, pada awal 680 masihi, Srivijaya menyerang Jambi dan Palembang, untuk mengawal hujung selatan Selat Melaka. Tambahan pula seperti yang telah disebutkan tadi Srivijaya menghantar tentera laut untuk menakluk Kha-ling di Jawa. Hasil daripada kempen ini tidak direkodkan, tetapi Srivijaya berjaya mengatasi kerajaan Sanjaya di Jawa tengah, yang telah menghantar kedutaan kepada Dinasti Tang pada 646, 666 dan 670. Tarumanagara, sebaliknya tidak mempunyai rekod menghantar utusan ke China. Kemudian nama Sailendra muncul tiba-tiba dalam Inskripsi Ligor pada tahun 775 sebagai negeri terkuat Srivijaya, yang rajanya berhak untuk digelar sebagai Maharaja. Srivijaya mempunyai 14 negara-negara kota dan Sailendra di Jawa tengah adalah salah satu daripadanya.



Pada peringkat berikutnya Chaiya telah diserang oleh Chen-la (Khmer) sekitar tahun 745 Masihi dan raja-raja Srivijaya meninggalkan Chaiya dan Nakhon Si Thammarat. Srivijaya mengalihkan ibu kotanya ke wilayah selatan, seperti Kedah atau Jambi atau Palembang, namun lokasi sebenar tidak dikenal pasti tetapi saya lebih cenderung untuk mengatakan ia adalah Kedah. Untuk Chen-la menduduki Chaiya ia mengambil masa yang lama, kerana Chaiya adalah pelabuhan utama terpenting yang menghubungkan Takua Pa di pantai barat Semenanjung dengan pantai timur, oleh itu Chaiya mungkin dikawal dengan ketat oleh armada tentera Srivijaya. Dalam tahun 747 raja Chen-la melawat kerajaan Tang dan maharaja menawarkan jamuan khas kepada deligasi Chen-la. Chen-la mula menghantar utusan dan ufti pada tahun 750, selepas 33 tahun tidak berbuat demikian. Pada tahun 753, 755, 767, 771, dan 780, Chen-la menghantar utusannya berturut-turut ke China, mungkin pada tahun-tahun tersebut adalah mudah untuk Chen-la menghantar misi-misi ke Tang selepas menawan Chaiya dan Nakhon Si Thammarat.


 Walau bagaimanapun, penawanan Chaiya tidak dapat membinasakan Srivijaya, kerana Srivijaya mempunyai 14 negara kota bawahannya dan secara keseluruhannya mereka boleh hidup. Chen-la mempunyai tentera yang kuat, tetapi tentera lautnya tidak cukup kuat untuk mengalahkan Srivijaya kerana mereka adalah bangsa Agraria. Sebaliknya, Chen-la mudah dikalahkan oleh tentera laut dari, Sailendra yang dipelopori oleh bangsa Malayu Austronesia yng hebat dalam ilmu maritim. Shih-li-fo-shi hilang dari rekord kerajaan Tang sejak tahun 742, dan 'Kha-ling' menghantar utusan semula ke China pada 768. Tetapi misi terakhir dari Kha-ling adalah pada tahun 666 atau 670. Kha-ling' pada masa ini nampaknya adalah Sailendra (Srivijaya) dari Jawa tengah yang mewakili empayar Srivijaya. Ini bermakna kerajaan Sailendra berjaya memulihkan kekuasaannya dan mendapatkan kembali Chaiya dari Chen-la serta menggenggam hegemoni di kalangan konfederasi Srivijaya.


Peristiwa kemenangan kerajaan Sailendra dapat dibuktikan dengan inskripsi Ligor yang bertarikh 775, di mana hegemoni Sailendra di kalangan konfederasi Srivijaya telah diisytiharkan dan gelaran 'Maharaja' telah diberikan kepada raja Sailendra. Dahulunya Sailendra hanyalah salah satu dari negeri bawahan Srivijaya namun sekarang ia menjadi pemimpin kepada empayar Srivijaya. Pergolakan politik dan pertukaran kuasa yang berlaku pada kurun ke 7 ini tidak direkodkan dalam mana-mana petitih di Semenanjung Tanah Melayu, namun penyerangan Chenla terhadap Chaiya dan perampasan kembali Chaiya oleh Srivijaya dari tangan Chenla adalah perkara yang memang berlaku sepertimana yang dapat kita bayangkan melalui inskripsi Ligor.



Pada masa yang sama Sailendra juga menyerang Kemboja dan Champa pada tahun 767,774, dan787. Selain itu kuasa politik international Chen-la merudum setelah berlakunya peristiwa penyerangan tersebut sehingga kurun ke 12. Berkemungkinan besar Śrīvijaya meletakkan Kamboja dibawah kekuasaannya untuk jangka masa yang lama. Pada masa yang sama juga kita jangan lupa bahawa Champa telah berhenti menghantar utusan ke China sejak tahun 749. Champa telah dimusnahkan dan berada dibawah penguasaan Śailendra (Śrīvijaya) setelah ia diserang.


Daripada artikel ini ada beberapa perkara yang dapat kita analisa. Yang pertama adalah kita dapat tahu bahawa Srivijaya adalah penerus kepada kegemilangan Funan yang telah runtuh. Kita juga dapat tahu bahawa elit-elit Funan telah melarikan diri ke salah satu daripada negeri bawahannya yang terletak di semenanjung Tanah Melayu yakni di Pan-pan. Dari sini jelas bahawa Funan adalah sebuah Kerajaan Melayu! Mengapa saya berkata demikian? Kerana kita tahu bahawa banyak Inskripsi-inskripsi yang dipahat oleh pemimpin Srivijaya adalah dalam bahasa Melayu Kuno. Dan seperti yang telah saya katakan Srivijaya adalah penerus bagi Funan. Jika Funan adalah sebuah kerajaan Khmer maka sudah pasti batu-batu bersurat atau inskripsi yang ditulisnya tak kira walau dimana jajahannya sekalipun maka akan ditulis dalam bahasa Khmer!


Selain itu kita juga dapat melihat flow atau aliran perjalanan Elit Melayu Funan ini yakni dari utara iaitu Funan ke selatan Kemboja kemudian ke Pan-pan dan Chaiya serta menggabungkan kuasa negara-negara kota utara semenanjung menjadi satu yakni Sriwijayamala. Dari situ kita dapat tahu bahawa Srivijaya telah menghantar seorang jeneralnya yang bergelar Dapunta Selendra untuk menyerang Jawa Tengah iaitu kerajaan Sanjaya. Maka dari sinilah bermulanya pengaruh kebudayaan utara semenanjung Tanah Melayu meresap dalam masyarakat Jawa!! Anda terkejut? Ya sebenarnya kitalah yang mempengaruhi budaya mereka yang mereka banggakan itu bukan sebaliknya. Semasa era Srivijaya dibawah pimpinan Sailendralah banyak unsur budaya utara semenanjung seperti pembuatan Batik, Wayang Kulit, gamelan, pengaruh bahasa, dan terutama sekali yang amat jelas bagi saya yang merupakan penggemar masakan Kelantan dan Jawa adalah dari segi makanan tradisi.

Sebagai contoh makanan tradisi adalah seperti Nasi Tumpang yang ada di Jawa dan ada juga terdapat di Kelantan dan Pattani. Kedua adalah Nasi kerabu walaupun di Jawa atau lebih tepat di Grisik disebut sebagai Nasi Krawu. Satu lagi masakan Kelantan yang ada kaitan dengan Jawa adalah itik Solo, samada ada kaitan dengan wilayah Solo di Jawa atau tidak itu perlu diselidiki. Jadi adakah asyik kita sahaja yang meresap pengaruh suku-suku lain? Adakah suku-suku lain tiada lansung menyerap pengaruh budaya kita? Itu persoalan yang saya tinggalkan untuk anda semua fikir-fikirkan. Sekian dahulu buat masa ini dan tunggukan artikel saya yang seterusnya, Assalammualaikum.
________________________________________________________________________________

Nota tambahan: setelah meneliti balik segala teori-teori mengenai Srivijaya di Semenanjung Tanah Melayu, saya berpendapat elit-elit funan telah melarikan diri bukan sahaja ke pan-pan tetapi juga ke negeri kembarnya yakni Chih Tu. Chih tu dianggap sebagai negeri kembar funan kerana ada dicatatkan dalam laporan duta dari dinasti Sui yang menyatakan bahawa Chih Tu sendiri didirikan oleh elit dari funan. Oleh sebab itu adalah lebih logic sekiranya Chih Tu menjadi lokasi pelarian dari funan untuk membina kekuatan baru. Seperti yang telah diketahui Chih Tu telah wujud sejak abad pertama masihi lagi sezaman dengan funan. Malahan Chih Tu dianggap sebuah kerajaan yg terhebat dan terkaya di semenanjung selain funan pada zaman tersebut. Kekayaan Chih Tu dapat digambarkan dengan membaca laporan yang dibuat oleh duta dinasti Sui. Kesimpulannya walaupun masih lagi menjadi tanda tanya samaada benar atau tidak telahan saya ini, namun hakikatnya hanya beberapa negara kota ini sajalah yang mampu menjadi tonggak kebangkitan kerajaan awal Srivijaya dan semuanya di semenanjung dan bukan di sumatera. Samaada Chih Tu, Pan-Pan, Langkasuka atau Holotan, negara-negara kota ini layak menjadi pewaris Funan dan pembina Srivijaya.

65 ulasan:

  1. Sila lihat fb saya Mohd Yazman Mohd Yusof.Org Kelantan mempunyai genetik yg rapat dgn Org Jawa.

    Dalam satu artikel yg lain dari internet,saya baca genetik org Jawa kpd Org Kelantan ialah dari sebelah perempuan(Org Kelantan kawin dgn perempuan2 Jawa rasanya)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, mmng tepat apa yang anda perkatakan...kaitan diantara Jawa dan Kelantan tidak dapat disanggah lagi. bukan orang Jawa yang mempengaruhi orang Kelantan tapi sebaliknya.

      memang genetik dari jawa mempunyai banyak persamaan dengan genetik Melayu Indochina seperti yg saya katakan dan orang Kelantan adalah dari golongan Melayu indochina sama seperti orang Champa dan Funan. dan seperti yang telah kita tahu elit2 Funan melarikan diri ke Pan-pan dan kerajaan2 Melayu sekitarnya di utara pantai timur termasuklah Kelantan dan membentuk kerajaan Srivijayamala di sana.

      apabila elit2 melayu funan dan srivijaya mala ini menyerang jawa maka dibawa balik wanita2 jawa sebagai tawanan dan mungkin dikahwinkan dengan tentera mereka. dan orang Funun yang menetap di jawa membentuk budaya baru yang dibawa dari indochina dan kelantan serta srivijayamala. satu lagi contoh ialah pada zaman pengislaman jawa, wali sembilan atau wali songo sebenarnya adalah terdiri daripada campuran Arab dan melayu-melayu utara semenanjung dan indochina.

      malahan dikatakan wayang kulit diperkenalkan oleh mereka untuk menyebarkan islam melalui medium tersebut di jawa. hal ini pernah diakui oleh orang jawa sendiri.

      Padam
    2. saya dah lama mengagak kita yg banyak mengeksport kebudayaan kita ke seberang sana,(tetapi sekarang lihat lah perangai mereka macamana?) mereka selalu menganggap negara mereka adalah pusat peradaban dan kebudayaan bagi asia tenggara.

      Bro,orang2 jawa indonesia adalah suku paling lantang menolak kaitan mereka dengan orang2 Melayu,bagi mereka Jawa adalah Jawa dan Melayu adalah Melayu..tiada sebarang kaitan..tapi bila buat kajian,menunjukkan sebaliknya pula.heran saya dengan sikap ethnocentric mereka,bila kita bercakap soal BANGSA MELAYU mereka lantang bro menuduh kita sangat Malay centric dan ingin menapau seluruh suku nusantara adalah Melayu dan mereka juga menolak terma yang diguna pakai oleh orang luar yang Memelayukan etnik2 Nusantara ini.

      sebab itu saya menyuruh bro menjalankan kajian mengenai suku jawa,bila sy cakap perkataan Mala,Malayu itu sudah lama wujud dan memang layak lah bangsa Nusantara ini digelar Melayu sebagaimana nenek moyangnya..mereka cakap pula perkataan Java lebih lama wujud dari perkataan melayu dan mereka mengatakan perkataan melayu itu menjadi popular hanya disebabkan penjajah sahaja.

      sebab itu komen di entry sebelumnya saya cuba mendapatkan kepastian dari bro tentang kerajaan kuno jawa..bro sependapat dengan saya bahawa kerajaan jawa hanya wujud secara eksplisit di abad ke-13.ini menunjukkan suku jawa masih muda dan perkataan java itu sendiri diambil dari kitab hindu.kalau ada yang salah harap dibetulkan..bukan kita nak menidakkan suku jawa..kebenaran harus dicari.sekian

      Padam
    3. Ikut buku Wali Songo(penerbitan dari Kelantan),seorang putra kerajaan Kelantan pernah menjadi raja Majapahit

      Nama raja itu Kemas Jiwa

      Kemudian raja itu kembali memerintah di Kelantan

      Dikatakan anak perempuan raja ini yg berkahwin dgn Sultan Mansur Syah Melaka(cerita sultan Melaka kawin dgn Puteri Majapahit)

      Padam
    4. lagi satu bro,Kemas jiwa tu sang aji saka ke bro?

      coz ada cerita ada putra kelantan menikahi ratu majapahit..tapi di indon kisah Raja dari luar ni hanya sekadar mitos.

      Padam
    5. Sang Aji ya,samada sang Aji Ningrat atau Sang Aji Saka.

      saya kena rujuk balik buku tersebut

      Padam
    6. terima kasih bro,kajian mengenai sang aji saka ni masih2 samar bro..kalau bro boleh jelaskan secara ilmiah baguslah tentang kewujudan sang aji saka yang dinafikan kewujudannya di indon ni.

      Padam
    7. Dalam buku Wali Songo itu nama gelarannya Sang Aji Jaya Ningrat

      Padam
    8. ralat-Dalam buku Wali Songo tulis,yg kahwin dgn Sultan Mansur Shah Melaka ialah cucu kpd Kemas Jiwa

      Padam
    9. apalah kalian cakap ni..orang jawa ya jawa..tidak pernah ada orang malay mempengaruhi orang indonesia justru sebaliknya orang indonesia yang mempengaruhi orang malay..pusat kebudayaan asia tenggara itu di indonesia..

      Padam
  2. Ikut saya baca Dapunta Hyang dari kerajaan Sriwijaya telah menyerang kerajaan Kalingga Jawa.Dapunta Hyang telah terbunuh dlm peperangan ini tetapi Sriwijaya dapat menakluki Kerajaan Kalingga.

    Dikatakan Sanjaya adalah cucu kpd Maharaja Sriwijaya(mungkin juga berlaku perkahwinan raja Sriwijaya selepas itu dgn putri Kalingga)

    Pada masa Balaputradewa,Sailendra berperang dgn keturunan Sanjaya dan Balaputradewa lari ke Jambi dan jadi raja Kerajaan Malayu Suwarnabumi

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika dilihat pada prasasti ligor balaputra dewa sebenarnya bukan lari ke sumatera tetapi pergi dgn rela kerana abangnya menjadi wakil srivijaya atau gabenor memerintah di pulau jawa manakala beliau dirajakan menjadi maharaja federasi srivijaya di sumatera. namun kekuatan tentera tetap ada pada sailendra pada ketika itu. inilah yg unik ttng kerajaan srivijaya.terdapatnya kerajaan negara2 kota yg berbeza menguasai federasi Srivijaya bergantung kpd kekuatan ekonomi dan politik sesebuah negara kota itu. dan saya berpendapat dia tidak berperang dgn sanjaya kerana sanjaya masih dibawah federasi yg sama. sebenarnya hal mengenai siapa balaputra dewa ini sering menjadi bhn debatan diantara para sejarawan kerana masih belum dpt dibuktikn dgn jelas siapa beliau. namun yg pasti beliau berdarah jawa di sebelah bapa dan melayu di sebelah ibu.

      Padam
  3. bro pertanyaan,perkataan melayu itu dikatakan berasal dari sumatera(menurut orang2 indonesia)..dan semasa dapunta hyang sri jayanasa menyerang sumatera..memang terdapat sebuah kerajaan bernama malayu disana.

    so pertanyaannya?adakah dapunta sri hiyang jayanasa mengadoptasi nama melayu untuk dijadikan nama bangsanya dan mengambil kebudayaan melayu sumatera?

    tapi tidak mungkin seorang Raja nak menguna pakai Nama bangsa yang dijajahnya?so persoalannya Melayu dari sumatera atau tanah besar?pening ni.huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak salah ada satu prasasti yg cerita Dapunta Hyang datang dari Minanga Tawwan dan menakluk Kerajaan Malayu Jambi secara aman.

      Kerajaan Sriwijaya mengambil Bahasa Melayu Jambi sebagai bahasa perdagangan dan bahasa sanskrit sebagai bahasa agama.

      Bahasa Melayu Kuno telah wujud semenjak kerajaan awal Champa seperti dlm blog Cik Seri Berceloteh yg menulis ada prasasti tentang ini dari Champa

      Padam
    2. ralat-Tamwan

      Ada Kerajaan Melayur di Utara Semenanjung yg rajanya bernama Sang Tawal yg kemudiannya mendirikan Kerajaan Langkasuka Baru.

      Antara keturunan raja Sang Tawal ialah Bharubasa

      Padam
    3. kenyataan saudara lekir ada benarnya. ttng istilah melayu tersebut tak silap aya srikandi telah bnyk kali menjelaskannya dlm siri2 atbmnya dan sebelum wujud kerajaan srivijaya lagi bahasa melayu telah wujud di indochina malah orng2 khmer ada menyebut ttng sebuah kerajaan malayu di utara semenanjung.

      saya dapati kebanyakan pertanyaan anda adalah bersandarkan kepada teori2 srivijaya aliran perdana yakni teori2 dari ceodes dan slamet muljana yg mengatakan srivijaya bermula dari palembang. saya harap anda faham bahawa saya sedang mengetengahkan teori alternatif yg mengatakan srivijaya bermula di Chaiya bukan di sumatera. oleh itu persoalan ttng adakah dapunta hiyang menggunakan budaya dan bahasa melayu sumatera adalah tidak relevan lagi kerana sudah terbukti orng melayu telah wujud lebih lama di tanah besar semenanjung berbanding pulau sumatera berdasarkan prasasti2 dari champa dan hipotesis ttng kerajaan Funan sebagai sebuah kerajaan melayu. seperti yg pernah saya bincangkn sebelum ini ada teori ttng dari nusantara yakni bngsa malayu itu terus dtng dari afrika dan berevolusi disini dan bukn berasal dari taiwan atau yunnan seperti yg ramai percaya.

      oleh itu mereka telah membuka kerajaan2 di tanah besar dahulu setelah mendapat pengaruh dari india. mungkin juga ada pengaruh dari org pheonecian dan mesir di sumatera . namun yg pasti melayu itu bukan sahaja di sumatera seperti yg diwar2 kan oleh org indons tetapi bermula juga serentak di semenanjung.

      Padam
    4. terima kasih kepada saudara lekir dan saudara al semantani kerana response kepada persoalan saya.

      saya telah membaca siri ATBM2 cik sri,cuma saya hanya ingin double check kerana persoalan kerajaan bernama Malayu di sumatera ini sering dijadikan hujah oleh2 orang indon untuk membenarkan orang2 melayu berasal dari sumatera,bagi mereka orang2 melayu terutamanya Melayu jati di malaysia dikatakan menjadi Melayu disebakan faktor Melaka yang pernah berkuasa di negeri2 Melayu jati dan memelayukan mereka.

      bila kita bawakan hujah indochina mereka menolak dan mengatakan itu semua bahasa khmer bukan bahasa melayu kuno..malah mereka juga mempersoalkan perkataan mala itu,malah suku cham juga dibilang bukan melayu,bagi mereka kita sengaja memelayukan suku cham.pening berdebat dengan mereka...hmmmm

      Padam
  4. Tuah sakti hamba negeri,
    Esa hilang dua terbilang,
    Patah tumbuh hilang berganti,
    Takkan Melayu di bumi hilang...

    BalasPadam
  5. Salam tuan samantani
    Salam seluruh para alter terahsia ummat melayu

    Menyelusuri semua kajian oleh para pengkaji sejarah sama ada bertaraf prof di pengajian2 tinggi tempatan,luar atau pengkaji berpersatuan atau individu, namun hakikatnya sampai kehari ini kita belum dapat memuktamadkan bahawa daripada mana asal bangsa melayu. Siapa itu melayu asal dan keturunan.

    Dalam kajian yang saya telusi, walaupun kita memiliki pelbagai pembuktian sains terkini,manuskrip2,prasasti2 atau piung2 atau apa sahaja yang membolehkan kita mengatakan bangsa malayu asal muasalnya. Namun kita masih seolah-olah berpusing-pusing dalam menghujahkan misteri bangsa malayu.

    Bagi merungkai permasalahan asal muasal bangsa malayu seharusnya kita kembali atau bermula kepada bahasa dan tulisan asal bangsa ini. Walaupun ia tidak digunapakai dalam bahsa persuratan atau komunikasi
    di ketika ini. Apa yang penting kita dapat mengetahui asal sesuatu perkataan dan mengapa ia disebut atau ditulis sedemikian.

    Sesuatu bangsa yang berketamadunan sehingga melangkaui perbatasan zaman adalah kerana ia berjaya menjejak dan seterusnya merentetkan bahasa asal mereka kepada pengetahuan manusia dikala ini. BUKANKAH BAHASA DAN TULISAN MENUNJUK SESUATU BANGSA SESEORANG ITU???.

    BANGSA MALAYU kaya dengan bahasa dan tulisan awal manusia. KITAlah pembina ketamadunan manusia, Mengapa saya berkata sedemikian? Kerana Bangsa ini(MALA BERLAMBANG 'J') adalah susurgalur dari Adam,Nuh,Ibrahim Dan Muhammad saw. Dari ibu asal bangsa, kita telah menggunapakai bahasa pertuturan yang mana ini adalah pertuturan sejak kejadian awal manusia sehingga kekala dini. CUMA KITA PADA HARI INI SUDAH DIBUTAKAN. LANTARAN TIDAK MENGENAL BAHASA AWAL, AKHIRNYA KITA BERSIMPANG-SIUR DALAM DELIMA ASAL MUASAL BANGSA. MAKA LAHIRLAH MANUSIA YANG SENTIASA MEMPERTIKAIKAN BANGSA MALAYU

    TAHUKAH WAHAI BANGSAKU MALAYU.? BAHAWA KEBANYAKAN ISTILAH SAINS BARAT,BAHASA ORANG PUTIH PERKATAAN ASAL MEREKA ADALAH DARI BANGSA MALAYU INI. SAYA BOLEH BERBAHAS DENGAN MEREKA, KERANA SAYA TIDAK LANGSUNG MENGETAHUI ATAU BELAJAR BAHASA MEREKA(ORG PUTIH@BARAT)DAN SAYA AKAN KETENGAHKAN BAHASA(PERKATAAN)ASAL PURBAKALA BANGSA MALAYU(BANGSA 'J'). Siapa tiru siapa?????

    Kecelaruan kita mengenal bahasa purba malayu akhirnya kita telah tersasar jauh dalam mentafsir semua prasasti2 yang berselerakan diserata dunia(Vanua). Contoh prasasti kedukan bukit,Talang tuwo,Dong yen chau,Bo-Mang dan banyak lagi, ia sudah amat jauh pengertiannya.

    Saya tidaklah pakar dalam mengetengahkan hujah melalui penulisan. Tetapi saya boleh terangkan melalui lisan. Mengapakah saya katakan bahawa bangsa malayu adalah permulaan segala ketamadunan dunia???

    BalasPadam
    Balasan
    1. menarik kata2 bro ni? jelaskan lagi bro soal bahasa purba bangsa melayu ni coz orang2 indon suka mengaitkan bahasa sanskrit dengan bahasa melayu dan berhujah seolah2 bangsa melayu ini tidak pernah mempunyai bahasa.

      kata mereka bahasa melayu dicedok dari semua bahasa dan mereka lantang mengatakan bahasa java lebih tua dari bahasa melayu.

      buah fikiran bro memang menarik.

      Padam
  6. Pada saudara zack.....nak berbahas dengan orang cham kena bawa saya. heheheheheh..........
    Bahasa cham awal ada pada bidangan dada ummat malayu.

    Dari
    Pu'nan....mengapa ia dipanggil punan
    Laut China selatan, mengapa ia di ubah, sedangkan ia digelar LAUTAN(sallang) TIONG KOK

    KELANTAN........SEDANGKAN IA....KALANTHA NAN

    BERSAMBUNG............

    DARIPAQDA HANG@PANG@LIMA@LAKSAMANA ALLIHOO diSallangan di Timbangan dilautan dalam

    SALAM AKHIR BERMULANYA IA...........

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro ni suka bermadah lah,kadang terbelit otak saya nak memahami makna tersirat bro tu.

      tolonglah bro..buka kembali sejarah bangsa ini...cerahkan apa yang digelapkan.

      sedih rasanya sejarah bangsa yang besar ini cuba dipisah2kan disebabkan sikap superiority etnik masing2..masing2 mahu kredit nama untuk sukunya sendiri.

      Padam
  7. Pada mulanya Pan Pan di bawah kerajaan Funan.Kemudian pada abad ke enam masihi raja-raja Pan Pan menjadi raja Funan.Antara nama raja Pan Pan ialah Jayavarman 1(buku sejarah dan tamadun Asia Tenggara).

    Jayavarman 1 ini bukanlah Jayawarman 1 kerajaan Chenla.

    Selepas itu berlaku peperangan dgn kerajaan Chenla pada akhir abad ke 6 masihi mengakibatkan kejatuhan Funan

    BalasPadam
  8. Oleh kerana Pan Pan terletak di teluk Bandon termasuk Chaiya,ada kemungkinan kerajaan Pan Pan Funan ini ialah pemula kpd kerajaan Sriwijaya.Ini kerana terdapat tinggalan bangunan Sriwijaya di Chaiya

    BalasPadam
  9. Ikut buku Wali Songo penerbitan Kelantan meletakkan Kerajaan Chih Tu/Tanah Merah/Raktamrittika sebagai pemula kerajaan Sriwijaya.

    Pada mulanya mungkin Kerajaan Chihtu ini ialah salah satu dari city state kerajaan Pan Pan Funan.

    Dlm buku tersebut ada beritahu satu tempat di Kelantan yg dinamakan Yawakoti(titik Jawa) yg mana mengikut buku tersebut ia menunjukkan dari Kelantan pemula kpd tamadun Bangsa Jawa(nama Melayu dulu).

    Dlm buku sejarah tamadun Asia Tenggara ada ditulis iaitu raja kerajaan Chihtu meninggalkan kerajaan menjadi sami dan mungkin anaknya yg ganti memerintah.(saya kena rujuk balik buku tersebut)

    BalasPadam
    Balasan
    1. soal nama MALAYU dengan YAWA ni perlu kajian lebih lanjut lah..yang mana lebih Tua diantara 2 perkataan ini? kalau orang kelantan adalah penurun ketamadunan kepada bangsa jawa..

      ini telah membuktikan pengaruh melayu sriwijaya dan melayu sailendra kepada pulau jawa.

      Padam
  10. Off topic daripada tajuk perbincangan...
    Saya merupakan seorang Melayu berketurunan Rawa. Tahun lepas saya telah membaca buku SekondakHati (buku tentang salasilah keturunan dan asal-usul keturunan Rawa dan Mandailing).
    Kebanyakan orang suku kami sedia maklum bahawa suku kami berasal dari Kepulauan Sumatera.
    Namun saya terkejut apabila mengetahui sejarah sebenar yang mengatakan keturunan kami berasal daripada Kemboja (Champa).
    Pada mulanya saya tidak memandang serius tentang penemuan ini. Namun keadaan mula berubah apabila saya pergi melawat ke Kelantan.
    Di situ saya telah melawat Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan dan saya menemui sesuatu yang mengejutkan!!!
    Suku kami dikenali dengan adat berjejak iaitu bayi yang telah genap umur setahun akan dijejakkan ke tanah.
    Dan apa yang saya temui ialah Keluarga Diraja Kelantan juga mengamalkan adat berjejak sama seperti adat berjejak suku Rawa.
    Dan timbul satu persoalan di sini, adakah adat berjejak ini ekslusif untuk keturunan yang ada pertalian dengan Champa sahaja??
    Akhir kata saya sangat bersetuju jika dikatakan yang Melayu bukanlah berasal dari Sumatera sahaja.....
    Assalamualaikum...

    BalasPadam
  11. Jika anda mahu membeli buku SEKONDAKHATI cuba hubungi no ini 0165200550 En. Tahirruddin Ahmad, Setiausaha Penaja JARO..

    BalasPadam
  12. Salam,

    Saya nak ulas pasal seorang raja yang tinggalkan kerajaannya kepada anaknya untuk menjadi sami.Saya ada sentuh itu dalam ATBMXVI.Kisah raja itu merujuk kepada Chih-Tu dan ini ada dalam sumber China,kalau tak silap saya era dinasti Sui atau sebelumnya.Legenda China itu mengatakan anak raja itulah yang bernama 'Srivijaya'.Semua ini 'deal' dengan raja-raja sebelum Dapunta Hiyang Sri Jayanasa yang menakluk Sumatera.Sriwijaya ketika bermula di tanah besar Asia.Masa tu raja-raja awalnya banyak berkait dengan Chenla,puak Lawa,Kemboja Kuno dan orang Mon.Orang Thai masa tu tak ada lagi masih kat Nanchao lagi,kalau ada pun orang Lao.Champa masa tu tengah kuat dan Laos sekarang pernah jadi wilayah Champa dahulu.Champa satu rumpun dengan orang Melayu.

    Kepada Semantani 'Jones',congrats for this article.Anda kena kaji lagi pasal Chih-Tu.Bukan setakat suku Rawa,Mandailing dan Jawa saja berasal dari kebudayaan kuno Chih-tu malah anda akan lihat beberapa suku bukit di Vietnam,Kemboja dan Thailand berasal dari suku Melayu Tua di Indochina beribu tahun dahulu.Sebab itu raja Laos terawal memakai gelaran 'Mahkota orang-orang Mala'.Lao adalah suku Tai-Kadai terawal tiba di Indochina sebelum orang Thai hari ini.

    Who is Mala?


    ~The Naga King's Daughter

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam, hmmm...lama benor tak dengar cer cik sri. mana pegi?

      Chih tu...ya chih tu...sejak dulu bagi saya nama kerajaan tu menghantui pemikiran saya. saya rasa saya dah jumpa petunjuknya lebih kurang 2 tahun yg lalu tpi sayang saya disibukkan dgn bende lain masatu (exam major paper last rasenye) menyebabkan saya terlupa dimana saya dpti clue tersebut dan mana punca klu tersebut. huh...nk kene study lagi semula ni...bongkar balik fail2 lama, baca balik paper2 projek lama...need times.

      Padam
  13. SALAM
    Saya ikuti perkembangan MALAYU melalui artikal dalam beberapa blog berkaitan. Banyak menjurus dan memperkatakan asal usul Malayu dan bahasanya.Sangat menarik sekali malah semua teruja. Saya berpendapat (hanya pendapat) bahawa orang Sama / Bajau di kepulauan Borneo adalah penutur asal bahasa Malayu Kuno. Mungkin benar mungkin tidak tetapi terdapat sandaran menjurus ke arah itu. Banyak akar kata atau sebutan asal orang-orang Sama adalah ‘Melayu’. Mungkin bahasa mereka tidak dipengaruhi oleh Bahasa Melayu tetapi mereka lah penutur bahasa Malayu. Sebagaimana disebut oleh Sri Kandi dalam tulisannya, DNA orang-orang Sama (Bajau) lebih dekat/hampir bahkan persamaannya dengan bangsa Mala/Malayu. Namun begitu sebahagian daripada bahasa mereka telah berubah atas sebab-sebab persekitaran,budaya dan sosial di mana mereka telah mendirikan penempatan di seluruh kepulauan Melayu. Orang-orang Sama/Bajau adalah pelaut-pelaut tegar ,bangsa maritim serta pembina perahu-perahu besar dari dahulu sampai sekarang termasuk perkampungan dan tempat tinggal adalah di pesisiran pantai dan pulau-pulau. Walaupun perubahan dari aspek fonem dan artikulasi, bahasa Sama sebenarnya tetap merupakan suatu misteri. Apakah kaitan rapatnya dengan MALAYU? Ini bukan soal kesukuan,sentrik atau superioriti dan sebagainya. Kita tengok yang ‘jauh-jauh’ tetapi yang ‘dekat-dekat’ dengan kita, seolah-olah “lupakan sebentar”.

    Malayu
    Kuno
    Niparvuat
    Carita
    Hiya
    Lamun

    Melayu Moden
    Dibuat
    Cerita
    Dia
    Kalau/jika

    Sama Dulu
    Aipinarbuat
    Carita
    Hiyo
    Lamun

    Sama Tengahan
    Aivinuat
    Sarita
    Hiyo
    Amun

    Sama Kini
    Aibinuat
    Serita
    Iyo
    Amun

    Antara lain bahasa Sama (masih dituturkan) yang dianggap sebagai ‘bahasa Melayu kelasik’;

    Biduk = Sampan/Bot
    Maligai = Istana
    Belati = Pisau
    Pendopo ( Jawa? ) = Anjung rumah

    Kiraan
    Isah
    Duo
    Telu
    Empat
    Limo
    Enom
    Pituh
    Wa’uh
    Siom
    Sepuh

    Entah betul atau tidak adakah bahasa / tuturan Sama ini dipengaruhi atau menerima pengaruh tegar dari bahasa-bahasa serumpun? Agaknya sdra. Nadzallihoo boleh berikan jawapan. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waw info yang sangat menarik! saya pernah terbaca satu teori yang mengatakan asal usul bahasa melayu berasal dari borneo..mungkin disebabkan tinggalan2 kosa kata melayu kuno yang banyak di borneo.

      tapi saya menolak teori tersebut,saya lebih suka tentang teori daratan besar..adalah tidak pelik kerana rata2 orang bajau adalah pelaut..zaman berzaman bangsa malayu ni adalah pelayar yang hebat..so jika ditemui banyak kosa kata melayu kuno di borneo,tidak semestinya bahasa melayu berasal dari sana,mungkin kerana sifat penghuni2 borneo yg tersembunyi menyebabkan kosa kata melayu kuno ini tidak terusik dengan peredaran masa.

      Padam
    2. saudara Zack,sy not sure sal teori2 dr borneo ni.tp utk mengatakan etnik2 borneo tu tersembunyi, atau tidak terusik trumatanya dlm aspek bahasa sejak turun temurun, lebih2 lagi etnik bajau, tu ak xbrapa agree. bajau, terutamanya di sabah banyak menerima pengaruh bahasa melayu,terutamanya melayu dialek brunei,malah sama seperti suku2 melayu di semenanjung, turut meminjam dan mengadunkan bahasa barat mengikut lenggok tempatan. bberapa contohnya:

      school = sekolah(BM) = pengiskulan (BJ)
      book = buku = buk
      stop = berhenti = pengistopan

      bahasa2 bajau juga, terutamanya di semporna, dapat memperlihatkan kata2 akar bahasa melayu yang asal, seperti:
      kau (BM) = ka* (BJ)
      atau = atawa
      kamu = kam
      kita = kitam
      hanya = hal
      ke sana = pe`ek (sign ` means combined/bersabdu sound)
      sedikit = ki`it
      kanak-kanak = ka`nak or kannak
      lagi = gi`
      itu = he`e
      habis = tis

      juga turut memperlihat wujudnya sedikit bahasa2 arab (selain yang dipinjam dari bahasa melayu)

      min (BJ)/(AR) = dari (BM)
      salamat = selamat
      samak = ikan (or daeng)
      kabira/kabhira/khika = banyak/besar
      yam/yam`alau= hari

      dan bahasa2 sanskrit:
      -sama
      -tali
      -manusia (mandusia in BJ)
      -kuda
      -bidadari (biddadali)
      -permaisuri (paramesuli)
      -sempurna (samporna-menjadi nama pekan sehingga sekarang)

      turut mempunyai kata bilangan hingga ke sejuta (bahasa2 pribumi lain especially kat pedalaman lazimnya hanya terhad kepada 10 atau 100, selebihnya hanya digandakan):-
      -walu (BJ) (8)
      -siam (9)
      -sangpu (10)
      -sangpu kassa (11)
      -duampu` (20)
      -dahatus (100)
      -dahatus sangpu` makassa (111)
      -dagibu (1000)
      -dajota

      Kesimpulannya, terdapatnya unsur2 kuno, unsur2 pinjaman melayu, unsur2 penjajah, unsur2 arab, malah unsur2 sanskrit dalam bahasa2 bajau. Oleh itu, untuk mengatakan bahasa dan kaum ini tersembunyi tak terdedah kepada pergerakan pada abad2 dahulu adalah kurang tepat.

      Padam
    3. Unsur2 moden dalam bahasa bajau sebenarnya tidak pelik,madsud saya bahasa bajau yang masih kekal kosa kata melayu kuno adalah kerana sifat orang2 bajau yang suka berpindah randah tidak seperti di tanah melayu atau di tempat lain yang kedudukkannya adalah statik setiap masa dihujani dengan pengaruh luar so adoptasi bahasa luar tidak dapat dielakkan.

      madsud saya adalah bahasa melayu berasal dari daratan dan menyebar ke seluruh nusantara dan kosa kata asal bahasa melayu ini tersimpan dengan baik di wilayah borneo kerana borneo tidak teruk impaknya dihentam pengaruh luar sebagaimana semenanjung zaman berzaman dihentam pengaruh luar,lihat apabila pengaruh india mula menguasai semenanjung..bahasa melayu kuno mula diganti dgn perlahan2 oleh bahasa sanskrit.

      Padam
    4. ya aku setuju zack..sebenarnya agak susah untuk mengetahui bentuk bahasa melayu kuno dengan lengkap.kalau adapun prasasti2 dahulu kesemuanya telah bercampur-aduk dengan bahasa2 luar terutamanya sanskrit.hikayat2 lama seperti merong mahawangsa dan raja2 pasai juga agak menerima pengaruh sanskrit dan arab yang kuat. yang tinggal hanyalah kata2 basic seperti imbuhan, kata2 bilangan, anggota badan, dan beberapa terma2 alam semulajadi. di sini timbul persoalan mengapakah orang2 melayu dahulu cenderung untuk menerima dan menggunapakai bulat2 bahasa2 luar ini untuk dijadikan terma harian mereka, cuma untuk lebih cantik diberikanlah bunyi2 melayu sedikit. faktor perdagangan sahaja tidaklah kukuh.

      akhirnya saya merasakan faktor agama lah yang terkuat sekali. sy dapat bayangkan betapa khusyuknya orang2 melayu menganut agama hindu budhha sehinggakan di era puncaknya, borobodur tercipta. Pengekalan banyak kosa2 kata melayu kuno pada bahasa2 etnik terutamanya orang2 laut di sabah jelas menerangkan mereka tidak menganut agama Buddha dan Hindu seperti mana di semenanjung, jawa dan sumatera. Mereka tetap dengan animisme mereka sejak abad2 lamanya, tetapi penghijrahan mereka daripada menyembah dewa2 laut kepada menyembah Allah S.W.T itu yakni secara terus tanpa peralihan/transation agama2 keindian/kecinaan tanpa sebarang tentangan kuat tetap meninggalkan persoalan. Dan tetap bertahan kepada agama baru mereka yakni islam meskipun pendeta2 sepanyol masuk berdakwah hanya berselang puluhan tahun kemudian baik secara lembut mahupun keras juga menambahkan lagi misteri yang ada.

      Kajian harus dilakukan kepada biodata2 pendakwah2 Islam yang datang ke borneo utara terutamanya di bahagian timur borneo, yakni tempat antara berakhirnya pergerakan dakwah nusantara.

      Padam
    5. saudara,benar kata anda..faktor agama adalah faktor paling kuat kenapa bangsa melayu ni mudah menerima pengaruh luar.

      orang melayu ni macam span,mudah sangat menyerap apa2 pun budaya luar.bro,orang melayu kalau bab agama memang2 betul zuhud betul,kalau tak org2 luar tak kena lah belajar agama buddha dgn kita dahulu sebelum ke india,sekarang pun sama..mendalam dan cinta betul dengan agama islam..sampai dalam perlembagaan pun harus dicatit berbangsa Melayu dan wajib islam baru digelar melayu.. Haha!

      bangsa rumpun melayu ni adalah bangsa yang sangat mudah menerima agama baru,lihatlah bagaimana ajaran sesat black metal dan pelbagai ajaran sesat lain mudah diterima anak2 melayu.ini yg negatifnya.

      betul saudara,kajian harus dibuat kerana masyarakat borneo adalah spesimen hidup bagaimana wajah rumpun melayu di kala lalu sebelum kedatangan agama2 vedic mempengaruhi bumi
      nusantara.

      dan betul juga,setelah sekian lama menganut agama asli nenek moyang mudah pula korang di borneo menerima islam?

      Padam
    6. Mudahnya anak2 melayu sekarang terpengaruh dengan unsur2 negatif sperti black metal, tidak lain tidak bukan disebabkan oleh kurangnya penghayatan agama islam di dalam diri mereka. Bukan sahaja islam, penghayatan mereka sbg seorang etnik melayu itu sendiri makin pudar, terbuai menjadi seperti orang tidak berbangsa tidak beragama,hampir tak kenal budaya, diperam dengan kepesatan teknologi dan hiburan seloka.Untung sikit orang cina, mereka masih ada sekolah cina sbg remainder kpd ancestor mereka. Pendek kata, muda-mudi melayu sekarang begitu dahagakan ilmu2 agama.

      Ya saudara zack, pemelukan beramai2 org2 laut di borneo kepada islam masih misteri. Saya masih membuat research tentang sharif2 dan ulama2 yang datang membawa islam ke sana.

      Tapi pada pendapat saya, sebelum kedatangan islam ke dalam kehidupan mereka, saya percaya mereka telahpun berinteraksi dengan kerap kepada pedagang2 melayu yang beragama islam di borneo terutamanya melayu brunei, atau mungkin dari tanah melayu sendiri.Dapat dibayangkan orang2 laut bajau turun naik kapal memunggah barang2 dagang saudagar melayu, dibawa menaiki sampan2 ke pelabuhan2 & muara2 sungai di sekitar timur borneo. Di pelabuhan pula para datu2 bajau yg dah established kat darat telah menunggu untuk mengenakan cukai, dan menanti pula barang2 hutan dari kaum2 dayak untuk dibawa balik ke kapal2 tadi (cth: Mat Salleh menjadi pemungut cukai di sungai sugut, Sabah). Org2 bajau laut ni berkhidmat untuk saudagar dan sultan Brunei utk menjana kekayaan, dan pada masa yang sama membayar ufti kepada Sultan Sulu utk tujuan perlindungan, dan barter trade pula ngn etnik2 di pedalaman utk hasil-mahsul hutan dan sarang burung.Sultan Brunei pula sering meminta bantuan org2 laut bajau ketika pemberontakan istana,manakala dijadikan privateer oleh sultan sulu terhadap kapal2 sepanyol. Perdagangan, peperangan, dan interaksi dengan sultan2 melayu tadi menyebabkan org2 laut bajau ini lebih awal terdedah secara luaran kepada islam lama sebelum para2 imam dan sharif datang berdakwah kepada mereka.Mungkin atas faktor inilah, mereka amat mudah memeluk agama Islam tanpa tentangan.

      Orang2 laut di borneo juga jika ditanya, akan mengatakan nenek moyang mereka berasal dari Johor.Terdapatnya kitab bertulis bajau bertajuk Sampang Bulan yang ditulis dalam bahasa jawi lama pada tahun 1890an oleh Maharaja Onnong (cumalah nama seorang penduduk di Pulau Omadal, Semporna) hasil daripada penceritaan datuk dan orang2 dulu kepada beliau.

      Meskipun usia kertas itu sendiri belumlah mencecah seabad,tapi kandungan cerita itu yang diturunkan dari generasi ke generasi telahpun melangkau ratusan tahun. Kitab ini menerangkan tentang rekod pemanduan kapal dan ilmu2 falaq yang pernah digunakan oleh Selangaya Bongsu,seorang pembesar negeri yang membawa diri ke Borneo timur setelah gagal dalam usahanya untuk memikat puteri Sultan Iskandar Alam (Acheh?) yang bernama Siti Zairan Kabaran. Beliau telah membawa bersama ramai pengikut2 setianya yang terdiri daripada orang2 laut berketurunan bajau.Rekod2 falaq ini diakhirnya digunakan oleh orang2 bajau tadi untuk dijadikan panduan mereka secara lisan ketika belayar dilaut, dan akhirnya dibukukan oleh Maharaja Onnong tadi (sambungan kat bawah):-

      Padam
    7. Sumber lain pula, tetapi tiada rekod bertulis, adalah mengenai tradisi nenek moyang orang2 laut di borneo yang mengatakan bahawa pada ketika dahulu, ada seorang Sultan yang ada putri cantik bernama Dayang Aishah. Putri ini dicintai oleh dua orang sultan, Sultan Sulu dan Brunei. Putri itu lebih suka kepada Sultan Brunei, namun ayahya lebih cenderung ke arah Sultan Sulu. Maka Dayang Aishah dihantar ke Sulu bersama dengan sejumlah besar orang2 laut sebagai pengiring puteri.Semasa dalam perjalanan, kapal mereka telah diserang sultan Brunei lalu menculik putri tersebut. Akibatnya, orang2 laut putri takut untuk kembali ke Johor kerana takut dimurkai, lalu terus menjadi pengembara laut dan akhirnya terdampar pinggir laut di sekitar Sabah.

      Maka secara kesimpulan, jika bahan2 diatas diambil sebagai bukti kasar, maka orang2 laut di Sabah yang berketurunan bajau itu sudah pasti telahpun berada di dalam pengaruh melayu islam itu sendiri walaupun pada ketika itu mereka masih belum memeluk agama islam.Pendedahan mereka terhadap urusan2 kesultanan, menjadi pengiring, malah terlibat dalam perkahwinan para kerabat sultan, baik di Johor, Brunei, dan Sulu menyebabkan kecenderungan mereka untuk memeluk Islam lantas meninggalkan agama nenek moyang mereka juga adalah tinggi. Ini tidak termasuk pengaruh ekonomi lagi, yakni dimana para datu2 bajau berniaga dengan pak2 arab lalu diislamkan. Mungkin juga di dalam fikiran mereka dengan memeluk Islam, hasil cukai mereka juga akan meningkat naik disebabkan kapal2 Arab dan melayu2 islam lain akan lebih terbuka untuk datang untuk berdagang.

      Namun saya percaya perpindahan orang2 laut dari Johor-Riau ke daerah2 di Borneo berlaku secara berperingkat, bukan sekaligus one go cam tu. Maybe peringkat pertama dapat dilihat sejauh pada kejatuhan Srivijaya, yakni orang2 laut telah mula berpecah-belah, ada yang lari ke laut2 lain dan maybe sampai ke Borneo dalam jumlah yang sedikit, dan sebahagian yang lain masih terus setia dengan raja2 srivijaya dan mengiringi Parameswara ke Temasik dan seterusnya membuka kota di Melaka. Peringkat Kedua apabila Melaka tumbang, sebahagian orang2 Laut tadi kembali berpecaran, dan sebahagian kecil mungkin membawa haluan ke borneo mengikuti jejak saudara2 awal mereka,dan sebahagian besar lagi terus kekal dan setia bersama waris Melaka terakhir iaitu Sultan Mahmud untuk lari Johor. Di sini jugalah kita dapat lihat para2 sarif2 islam mengupah sejumlah besar orang2 laut dari keturunan Bajau untuk dibawa ke borneo dari Johor kerana mereka lebih arif ke sana menggunakan jalan selamat. Para sarif2 tadi diiringi oleh orang2 bajau dan berinteraksi dengan penduduk2 asal di sana iaitu orang2 Suluk lalu membuka Kesultanan Sulu dan Mindanao. Namun orang2 bajau2 disana sebaliknya, hanya dieksploitasikan oleh orang2 Sulu dan Brunei untuk peperangan dan ekonomi.

      Peringkat ketiga, yakni peringkat terakhir, iaitu ketika berlakunya pemberontakan kerajaan Johor. Peristiwa pembunuhan waris darah terakhir Sultan Melaka di Johor, iaitu Sultan Mahmud Syah II, benar2 mengecewakan orang2 Laut amnya, yang masih setia kepada kerabat berdarah melaka dan srivijaya. Akhirnya mereka membantu Raja Kecil, iaitu seorang putera dari minangkabau (waris Sultan Mahmud) untuk mengambil alih kuasa. Usaha ini juga dibantu oleh para pembesar Johor. Raja Kecil telah berjaya dan menabalkan diri baginda menjadi Sultan Johor ke-12 iaitu Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.Namun segala2 berubah apabila datangnya orang2 Bugis dan lima daeng bersaudara lalu menyerang Johor, lalu mengusir Raja Kecil kembali ke minangkabau.

      Perpecahan politik kesultanan Johor, terbunuhnya Sultan Mahmud II, dan terusirnya Raja Kecil, menyebabkan orang2 Laut ketiadan tempat pelindung secara politik lagi. Mulalah kaum ini berpecaran di sekitar laut riau lingga bentan tanpa arah, dan sebahagian besar orang2 laut berketurunan bajau mula mengikuti jejak langkah saudara2 mereka yang telah berhijrah ke borneo lebih awal. Yang tinggal telah berasimalasi dengan etnik2 laut yang lain dan atau berkahwin dengan orang2 di darat (sambungan kat bawah):-

      Padam
    8. Kedatangan orang2 Bugis di Tanah Melayu juga telah melumpuhkan sama sekali peranan orang2 laut dan bajau di dalam kancah politik Melayu yang mereka telah sumbangkan sejak zaman berzaman, dan semakin mengecil dan terus terasing sehingga sekarang. Suku bajau laut di sabah mungkin bernasib baik sedikit kerana masih menjadi aset kepada kesultanan brunei dan sulu sehinggalah sabah mencapai kemerdekaan.

      Kesimpulannya, faktor pendedahan dengan sultan2 brunei dan sulu serta dakwaan yang mereka berasal dari johor, menyebabkan mengapa orang2 laut di borneo amat mudah menerima Islam dan terus kekal dengan Islam sehinggalah sekarang.

      Padam
    9. Panjang betul ulasan anda,pandai mengarang betul saudara ni.

      sangat informatif! Tahniah bro!

      saya nak ulas sikit soal asal usul orang bajau,thats mean orang bajau adalah penduduk asli Melaka dan mereka inilah yang dikatakan pahlawan2 laut yang disegani semasa Empayar Maritim sriwijaya dan Empayar Melaka berada di puncaknya. betul dengan pendapat saya ini?

      Dan saya sebenarnya sangat sedih bila membaca sejarah kesultanan johor dan memahami sebabnya kenapa Kepulauan Riau seperti mempunyai dendam dengan johor.

      dah boleh saya tahu adakah saudara berketurunan orang laut?

      Padam
    10. iskh.tidaklah sepandai saudara zack mengarang. ak syok2 taip xperasan pula pnjang jela2 cmni. papun zack, tak semua yg sy utarakan tadi telah dibuktikan, perlukan kajian selanjutnya lagi.

      Berhubung dengan pendapat saudara tu, tidaklah sy pasti sgt. nk dikatakan melaka tu kosong x berpeghuni langsung ketika parameswara datang mcm xlogik kan.maybe sudah ada suku2 melayu menetap di situ dan menjadi nelayan atau petani. sy berpendapat orang2 bajau itu tidaklah asli di melaka yakni dengan kata lain menetap, tapi mungkin sering mundar-mandir dengan bot mereka di perairan melaka itu sendiri atau berlabuh2 di tepian pantai di sekitar negeri itu. Kedatangan Parameswara hanyalah salah satu daripada ratusan gelombang perpindahan orang2 Melayu dan suku2 laut dari sumatera ke semenanjung tanah melayu.Adapun gelombang perpindahan itu masih dapat dilihat sekarang.


      Tentang pahlawan2 laut itu, saya berpendapat memang orang2 laut terutamanya suku2 bajau memainkan peranan sebagai pahlawan2 laut yang penting ketika era kerajaan2 terbabit. Kearifan mereka tentang laut melebihi mana2 etnik melayu yang lain, dan sifat mereka yang ganas dan buas ketika bertempur di laut memang tidak dinafikan, dan layak digelarkan pangkat lanun. Malah British menggambarkan mereka sebagai tidak berperikemanusiaan, jahat, dan mcm2 lagi.

      Tapi untuk mengatakan merekalah satu2nya yang membentuk askar2 atau pahlawan2 laut yang handal ketika era2 kerajaan tersebut mungkin boleh dikaji lagi.Mungkin divison laut diperingkat rendah yang menggunakan sampan2 belayar kecil atau sapit diberikan kepada mereka,agar mudah menjarah, mengejar, memintas, melanun dengan penuh versatile, atau menjadi scout dan spy mana2 pergerakan kapal musuh.Sy brpendapat mereka mnjadi 1st sealine defense. Saya tidak fikir org2 laut mampu mengendalikan kapal2 yg lebih besar dan rumit pemanduannya.

      Manakala askar2 melayu lain atau upahan jawa mungkin dijadikan askar laut sultan sebenar, yakni yang berada di dalam jong2 atau bahtera besar lengkap bermeriam dan senjata2 lain.Mereka diarahkan terus oleh wakil2 laksamana atau syahbandar. Askar2 ini membentuk 2nd sealine defence, dan ketangkasan dan kehandalan mereka di laut juga turut melayakkan mereka dipanggil sebagai pahlawan2 laut.

      Suku2 laut juga terdiri daripada pelbagai pecahan suku lagi saudara zack. Orang2 laut yang saya disebutkan mungkin merangkumi suku2 laut lain seperti bintan, seletar, atau bajau, atau mungkin bajau tidak berada langsung di tempat kejadian,atau boleh jadi srivijaya mengupah org laut suku bajau, melaka gunakan khidmat org laut suku bintan, dan johor pula org2 suku seletar. Ini masih mmerlukan kajian lanjut. tetapi lazimnya amat sedikit lagi rekod bertulis tentang mereka. ya la,sudah namanya orang laut kan. Lagi satu, perkataan Bajau itu diberikan oleh org2 luar kepada mereka (maybe dari kata asal Berjauh), kerna orang2 bajau memanggil kaum mereka sebagai Samah. Samah bermaksud sama, yakni apabila org2 bajau berjumpa org bajau dari daerah lain, maka mereka membahasakan diri mereka sebagai Sama, yakni sama dari segi bahasa dan budaya. Sememangnya saudara zack, jika dibandingkan dengan orang Melayu yang cenderung untuk menjadu pelbagai loghat dan dialek dalam lingkungan sempadan yang kecil di semenanjung, org2 bajau baik di utara sulawesi, sehingga ke utara selatan filipina hingga ke sabah, yakni 3 lautan luasnya, tetap mempunyai dialek loghat lenggok lagu bajau yang sama, meskipun tidak berjumpa sesama mereka seumur hidup.

      Ya zack, saya orang laut sebelah ayah.

      Tentang Johor dan Riau itu, lebih afdal ditanyakan kepada orang2 Johor, atau mereka yang berketurunan Bendahara atau bugis di sana.

      Padam
    11. saya benar2 memerlukan maklumat lebih lanjut tentang orang laut kerana jika mereka adalah penduduk asli semenanjung,maka saya boleh menepis hujah dari orang2 indonesia tentang semenanjung,mereka sering mengeluarkan hujah bahawa semenanjung dahulu hanya dihuni oleh kaum austro-asiatic yakni orang2 mon dan khmer sebelum semenanjung dipenuhi orang2 austronesia yakni merujuk kepada orang2 indonesia.

      sepanjang saya amati,orang2 di sebelah sumatera dan jawa tidak dicatat sebagai pelaut,mereka lebih kepada masyarakat agraria.

      saya bila berhujah dengan orang2 indonesia saya lebih menumpukan kepada Funan,champa,segenting kra,kelantan dan kedah untuk mempertahankan teori Melayu berasal dari semenanjung bukan dari sumatera.

      So dengan adanya fakta kukuh mengenai orang laut,Hujah saya akan semakin padat!lihat,macam saudara sendiri berkata..semasa parameswara datang ke melaka tak kan tanah tersebut kosong?ini yang kita selalu terlepas pandang.

      Bagi saya,orang laut adalah suku paling Taat kepada Rajanya,keberanian mereka dan kehandalan mereka dalam ilmu perang menjadikan mereka lagenda dalam sejarah bangsa Melayu dan saya cenderung Mempercayai Hang Tuah memang berketurunan orang laut.

      Padam
    12. berkenaan samada tanah2 di semenanjung telahpun dihuni oleh orang melayu atau tidak, kita kembali rujuk2 hikayat2 lama. Saya ni bukanlah pakar sejarah, tapi saya tertarik dengan Hikayat Merong Mahawangsa, dimana diceritakan yang Merong Mahawangsa setelah diserang garuda, telahpun mendarat di kedah dan bertemu dengan orang2 gergasi yang menetap di kaki gunung jerai. Adapun harus diingat, pada waktu itu gunung jerai adalah sebuah pulau.

      Siapakah suku gergasi tadi? jika ditafsirkan terus maybe anak2 dinosor hibrid dengan manusia lalu tinggal di lereng2 gunung. Tapi saya berpendapat mereka adalah manusia biasa, dan ini juga turut disokong oleh beberapa ahli sejarah kita. Namun ramai berpendapat mereka adalah bangsa2 mon atau khmer telah lama membuka dan menetap di kedah.

      Tetapi saya cenderung mengatakan yang mereka adalah orang2 Melayu dari suku2 laut, yang tinggal di sekitar pulau jerai, pinggir2 Kedah, selatan Thailand, hingggalah ke Myanmar, dan di Jerai, mereka ditakdirkan bertembung dengan rombongan2 merong mahawangsa tadi. Apa yang ditafsirkan sebagai gergasi di dalam hikayat tersebut mungkin merujuk kepada saiz fizikal badan orang2 melayu yang menetap di situ yang agak besar dan sasa, bertamadun besar, mahir membina kapal2 besar, membuka kota yang besar, dan membina tembok2 yang tinggi dan juga besar.Serba serbi berskala besar ala2 gergasi, lalu direkodkan mereka adalah orang gergasi.

      Atau mungkin saja dipandangan mata rombongan merong mahawangsa ini saja yang melihat mereka orang2 melayu ini sebagai gergasi, walhal sebenarnya mereka cuma bersaiz biasa2, badan2 normal. Maka orang2 dan rombongan merong mahawangsa ini sendirilah yang kerdil sifatnya, sehinggakan pertama kali mendarat di nusantara semuanya seakan2 gergasi buat mereka. Saya berpendapat, bahawasanya org2 dan rombongan merong mahawangsa ini sebenarnyalah orang2 mon atau khmer, atau hibrid antara kedua2nya, yang bertubuh kecil seperti orang2 asli sekarang, dan mendarat di pinggir2 semenanjung yang ketika itu telahpun dihuni oleh orang2 melayu `gergasi` di mata mereka. Orang2 mon/khmer ini lalu berasimilasi dengan orang2 melayu di kedah lalu mewujudkan kerajaan Kedah. Mungkin juga tradisi2 naga, candi2 dan kuil2 di Kedah adalah hasil masuknya pengaruh2 mon/khmer yang kuat di situ. Maka kaitan antara Rom dan orang2 Mon/khmer agaknya masih misteri. Rom di sini bukan merujuk kepada Itali, saya berpendapat ia hanyalah wilayah2 utara di sempadan myanmar/arakan, yang sering terdedah kepada serangan tentera hindu india (garuda). Mungkin penggunaan perkataan rom itu merujuk kepada wilayah2 mereka yang mungkin pernah dijajah tentera parsi atau india utara, yang membawa benih2 orang rom ke dalam darah kerabat mereka.

      Maka sejauh kisah merong itu lagi, yakni lama sebelum srivijaya dan majapahit,telahpun ada orang2 Melayu di semenanjung.Mungkin kewujudan mereka adalah serentak dengan orang2 khmer di pedalaman semenanjung, cuma melayu di pinggiran, orang2 khmer di gunung ganang. Saya percaya orang2 melayu suku2 laut inilah prototaip jelas orang melayu, dan bukti yang mereka telahpun lama berada di tanah melayu, malah seluruh nusantara.

      Maka dalam berhujah dari semenanjung atau sumatera, saya rasa kedua2 pun boleh pakai. Boleh jadi sewaktu rombongan org2 sumatera masuk ke tanah melayu, mereka bertembung dengan orang2 laut dari semenanjung nk berhijrah ke sumatera.

      Padam
    13. Di sumatera org2 laut tadi established kat darat, bergaul dengan orang2 minang lalu membuka sawah2 dan menceburi pertanian. Sumatera agak lain sedikit versinya, mereka lebih terdedah lebih awal2 kepada ilmu2 seperti perdagangan dan pertanian terutamanya di sumatera barat yang menjadi tempat pertama kapal2 dari parsi,india dan arab akan dekati. Saya juga merasakan yang selat melaka dahulu tidaklah seluas sekarang, kapal2 dagang yang besar xdpt lalu kerana terlalu sempit dan membolehkan tamadun2 di sumatera agak sedikit advanced lebih awal. Ini menjadi faktor kenapa ramai2 org2 melayu darat atau laut, terutamanya dari semenanjung, membuka kota dan kampung di sana, dan kesannya sumatara lebih padat penduduknya berbanding semenanjung. Saya rasa ini menjadi punca mengapa pelabuhan Barus menjadi pusat pengumpulan segala hasil mahsul nusantara waktu dahulu, mengapa palembang menjadi pusat dagangan srivijaya dan lahirnya puluhan kerajaan2 melayu lam di sekitar sungai2 di sumatera selatan.

      Apabila selat melaka dapat dilalui barulah tertubuhnya banyak kota2 di pinggir semenanjung, dan menerangkan mengapa ramai pula para pembesar mula membuka negeri di semenanjung. Trend ini dimulakan kemasukan kecil-kecilan org2 kampung, kemudian sang nila utama,diikuti para pembesar srivijaya dan majapahit, parameswara, penghijrahan orang2 minangkabau, masuknya orang2 bugis, dan berterusan sehingga sekarang, baik secara sah atau sebagai PTI.

      Pendek kata,Tanah Melayu telah lama wujud,dan tidak pernah serancak dan semeriah sebegini. Kerna dulu ia cumalah mungkin hutan belantara yang dihuni oleh puak2 khmer tadi di kawasan pedalaman manakala org2 laut di kawasan pantai. Maka tatkala org2 melayu di sumatera (yang seperti yang diceritakan,mungkin ada yang berhijrah dari semenanjung ke sana) sibuk berdagang dan berkerajaan,terdapat sebilangan orang2 melayu suku laut di selat melaka telah mula menerima pengaruh dari seberang,ingin established kat darat dan membuka2 kg2 nelayan, yang mendesak org2 khmer tadi untuk lebih masuk jauh ke pedalaman. dalam masa yang sama org2 kedah dan mon/khmer tadi membentuk suku melayu hibrid baru dan terus berkembang di utara, bertembung dengan pengaruh2 indochina hingga ke laos. orang2 suku laut di johor dan sekitar pahang pula mundar mandir dibawah pengaruh srivijaya. adapun orang2 melayu di pantai timur pula, yakni terengganu dan kelantan, pada asalnya mungkin terturun dari generasi melayu dari suku melayu champa atau siam.

      Padam
    14. akhir sekali zack, sukar untuk mengatakan samada mon/khmer atau austonesia lebih awal.kerana mereka memang sama2 wujud berkeliaran serentak di asia tenggara, cuma khmer di hutan suku2 austronesia memulakan tamadun mereka di laut. Cuma dalam kes semenanjung, sy merasakan yang mungkin org2 khmer/mon lebih awal `ckit` membuka tanah, kerana org2 suku laut hanya kat pinggir pantai serta pulau, dan suku2 melayu di sumatera yang lebih awal merasakan tamadun berkerajaan pula agak lambat mengusahakan tanah melayu disebabkan faktor selat yang agak sempit. mujur ada orang2 kedah dan kelantan, serta champa yang membuka kota di wilayah2 utara bersaing dan bertempur dengan orang2 mon/khmer tadi.

      Oleh itu zack, mahu tak mahu, saudara terpaksa menggunakan fakta orang2 laut,kedah,siam dan kelantan dalam menegakkan yang sememangnya org2 kitalah yang membuka tanah dan punya ketamadunan di semenanjung lebih awal daripada org2 parameswara dan sang nila utama datang,meskipun di sesetengah kg, org2 khmer/mon telahpun lama bertapak dan berkerajaan. Kita dan mereka wujud serentak. Dan sy kuat berpendapat mmg teori melayu berasal sumatera itu ada betulnya, tp nk kata 100% dari sumatera tu tak la kut. pasti ada timbal balik. kerajaan acheh menawan johor betapa banyak para pembesar dan org johor dibawa ke acheh.lagipun dulu selat melaka hanyalah sebatang sungai. takkan nk ckp orng golok belah thailand berasal dari golok belah kelantan.lagipula, kalau orang melayu asal sumetara, orang sumetera asal mana pula?lebihlah tragik kerana sumatera adalah sebuah pulau.sudah pasti2 nenek2 moyang org andalas itu kalau betullah orang laut,sudah pastu berperahu, dan nk berehat jap transit mana2 kan b4 landing kat sumetara.mustahil xda landing minum sebentar kat tanah melayu kut. kalau ya jawapannya, maka secara automatik teori melayu berasal dari sumatera terbatal.

      Padam
    15. bro,ada sesetengah dari fakta bro tu betul tapi banyak juga yang tidak tepat dengan kronologi masa.

      begini saudara,Kedah tua telah dicatat sebagai kerajaan tertua di asia dari mana2 kerajaan kuno yang pernah wujud..sebelum abad pertama masihi sudah wujud kerajaan kedah tua.dan kunci paling penting kedah tua adalah kerajaan Maritim bukan kerajaan Agraria..Umum mengetahui orang2 mon dan khmer adalah bangsa agraria bukan maritim dan orang2 mon dan khmer pandai membina kerajaan pun selepas kerajaan Melayu Funan wujud di indochina..selepas kerajaan Funan wujud baru kita dengar wujudnya kerajaan2 mon di thailand dan kerajaan khmer di kemboja.

      sekiranya ada kesan mon pun di kedah tua,mungkin dari segi perdangangan kerana orang2 mon menukar hasil pertanian dan hutan mereka dengan orang kedah tua untuk mendapatkan hasil laut dan barangan luar negara.

      dan saya percaya orang laut adalah tulang belakang bangsa Melayu,malah mungkin sekali orang2 sumatera sekarang juga berasal dari orang2 laut.

      Bro kalau nak tahu soal kedah tua,cuba taip "peradaban sungai batu".

      Padam
    16. ya zack sbb penemuan2 skrg trlalu banyak gap2 dari segi masa, maka kelihatan agak bercelaru masanya.hehehe. anyway sila rujuk buku yang ditulis oleh asmah haji omar pada tahun 1995 bertajuk `Bahasa Kesusasteran Klasik Kedah` dimana beliau juga turut mengatakan bahawa rombongan2 mahawangsa ini adalah dari etnik mon/khmer/pyu kuno berhibrid dengan orang2 asli, yg mempunyai bau2 bacang dengan suku2 melayu tua. Sekiranya zack masih ragu2 tentang mon/khmer, maka mari kita andaikan saja yng mereka tu hanyalah terdiri daripada org2 asli hibrid berambut keriting, seperti orang2 funan, yg mempunyai talian darah dengan suku2 laut melayu tua.

      Tapi, walaupun org2 mon dan khmer itu more to kerajaan agaria, tapi xkan mereka langsung xda pelabuhan laut kot, atau paling kurang pun jeti2 kayu tempat landing barang utk dibawa masuk, manakala barang2 pertanian dibawah keluar. Sya pasti mereka juga memiliki sedikit ilmu pelayaran untuk belayar, dan akhirnya bersama org2 asli hibrid tadi, terdampar di kedah.

      Adapun dari bukti arkeologi mencadangkan bahawa gunung jerai pada era2 kedah tua/mahawangsa belum lagi bercantum dengan dataran, dan masih dikenali sebagai pulau jerai(pulau serai) iaitu kira2 5,000 tahun lampau. maka saya andaikan peristiwa kedatangan rombongan mahawangsa ke pulau jerai berlaku dalam lingkungan 2.500 - 2000 tahun lampau. Ini sudah cukup terlalu tua zack.

      Dan saya tidak menafikan kewujudan perabadan2 lama, yakni `org2 gergasi` seperti dalam H MM,di kedah tua lama sebelum kedatangan org2 mahawangsa tadi, yakni di sekitar sungai batu dan lembah bujang. adapun ketika itu sg.batu adalah luas, bermuara,dan rapat dengan laut, lalu memudahkan penghantaran besi2 berkualiti untuk dihantar ke arab sebagai senjata. Pulau Jerai pula ketika itu nun jauh di laut, dan dijadikan rumah api semulajadi atau penanda untuk memasuki perairan kedah.Sememangnya org2 arab atau parsi kuno menganggap besi2 dari tanah melayu adalah antara paling berkualiti tinggi di dunia.

      Maka suku2 Melayu yang membina perlombongan besi ini, saya percaya, telah diajar tekniknya oleh orang2 arab kuno atau mereka dari tamadun mesopotamia. rekabentuk bulat yang ditemui amat kompleks buatannya, yang menandakan ilmu jejari bulatan atau pai org2 timur tengah telah dibawa masuk ke alam melayu oleh para pedagang besi ini. Harus diingat sg.batu lebih tua usianya dari angkor wat.

      Ini belum menyentuh tentang batu bunuh lagi.

      Nampaknya makin bercelaru komen2 kita zack. Makin berselirat. masih ada ruang2 kosong masa di dalam kronologi sejarah melayu lama.

      Sememangnya orang2 laut adalah asal muasal melayu, kerna dari laut, mereka turun ke tanah membuka kerajaan, belajar bercucuk tanam, berdagang, berinteraksi dengan kerajaan purba lain, belajar melombong,berperang, dan akhirnya membina istana2 dan kuil2 agung. Merekalah melayu-deutro, yakni pecahan terakhir suku2 austronesia yang menurunkan melayu moden sekarang ini. Org2 asli dari keturunan melayu proto pula (yang tadi hibrid tu) pula kira asal muasal prototaip melayu juga, tetapi bermula dari daratan, kemungkinan mereka telah lama menetap di indochina dan berkerajaan, iaitu funan dan champa.tak pasti samada mereka pernah tinggal dilaut sama seperti suku2 melayu laut tadi,tetapi saya rasa mereka pernah rapat dengan laut. pendek kata tidak kira apapun jenis asal melayu itu, sememangnya tidak dapat dipisahkan dari laut.

      Apa yang mengejutkan, mujurlah,setelah sekian lama org2 melayu berevolusi dan berkembang menjadi seperti sekarang, org2 suku2 laut tadi masih ada, masih wujud, dan membawa legasi lama, seterusnya menceritakan kepada kita budaya asal melayu. org2 suku asli beretnik melayu pula, melengkapkan lagi puzzle tentang siapakah penduduk asal di malaysia, yakni baik ke darat atau laut, disitulah asal melayu. kerna itulah, hang tuah, bersuku laut bintan, berkata yang takkan melayu hilang di dunia.

      Padam
    17. ok kita ringkaskan,saya pun dah pening kerana saudara juga banyak petik2 dari mitos2 purba melayu dan buku dari siti asmah yang menulis dari perspektifnya berdasarkan sumber2 Melayu baru.

      baik,kita ambil saya sudut saintifik..saya petik dari sebuah pengkaji Genetik yang mengatakan gelombang orang2 austronesia datang dari afrika menuju ke india selatan,lalu menuju ke asia tenggara dan berpecah menjadi empat kumpulan yang mendarat di pulau jawa,kalimantan,sumatera dan semenanjung pada masa yang sama.ini mungkin menjelaskan teori kita yang berselirat..saya sebenarnya amat memahami tentang orang2 mon dan khmer kerana mereka tergolong dalam group austro-asiatic yang datang ke indochina melalui jalan darat berbanding dengan bangsa kita yang melalui jalan laut..bro,kalau bro dah baca semua siri ATBM cik sri di misticfiles..bro akan faham betapa eratnya hubungan 3 bangsa ini semasa bermulanya kerajaan2 kuno di indochina.

      soal teori saudara mengenai ilmu besi yang orang kita dapat melalui orang arab tu saya rasa kita kena baca karangan cik sri balik soal Tamadun asia tenggara yang dah lama berhubung dengan orang2 mesir purba.

      saya rasa merong mahawangsa ni ada kaitan dengan bangsa Kambujas yang berasal dari asia tengah lah,kalau ikut kiraan 2000 hingga 2500 tahun yang lalu saya rasa logik?..menurut cik sri dan al semantani bangsa kambujas datang ke sini dan berkahwin dengan bangsa Mala lalu lahirlah bangsa Melayu.

      Padam
    18. saudara zack kejap.. siri atbm tu apa?dan karangan2 cik sri? apa yg saya post sebelum2 ni adalah based on pembacaan2 dan kajian sy sja..maybe bnyk bercanggah atau trsimpul2 sna cni..so harap saudara zack memberikan sy input2 yg best yg dapat meleraikan semuanya..

      Padam
    19. cuba bro masuk sini,baca bab Alter terahsia bangsa melayu yer.

      http://mistisfiles.blogspot.com/

      Padam
    20. ok terima kasih zack. cuma xjumpa biodata penulisnya.apapun ini sumber rujukan sampingan yg trbaru dan berguna utk sy..kat muzium sabah skrg adanya pameran archaeology in malaysia exhibition, dan ramai2 pengkaji arkeologi dari usm dan institut2 berkampung di sana. sy akan bincangkan isu2 sungai batu itu dengan mereka.papun kelak sy postkan.

      berkenaan saudara zack pula, zack ada publish2 research2 personal zack berkaitan tradisi2 kat kg zack?mana tau kita boleh buat cross reference. klu ada link or copy sy nk dapatkan or beli.

      sy skrg ngah wat kajian ttng org2 laut, terutamanya org2 bajau yang menetap di daerah semporna,terutamanya dari aspek budaya dan arkeologi. penemuan tamadun manusia dan tmpat2 pemprosesan bahan2 tembikar lebih 2000 tahun lalu dibukit tengkorak, semporna dan budaya bertembikar yang masih wujud di sana amat menarik perhatian sy. stakat bulan ni sy tlah menemubual bberapa responden dari pulau2 berhampiran. nnti sy publishkan dan berharap feedback2 dari para pengkaji atau pembaca sperti zack.

      Padam
    21. bro dah baca semua siri tersebut?kalau dah baca baru jelas sikit kan?

      Eh bro,saya bukan orang hebat pun nak buat research..sekadar membuat kesimpulan dan takrifan berdasarkan pembacaan dari buku dan internet. ^_^

      Rumah saya dekat dengan tapak arkeologi sg batu bro tapi saya tak pernah masuk lagi ke tapak tersebut sekadar jenguk ketika melintasi jalan raya di tapak tersebut.Nak masuk tapi rasa segan kerana Muka Mat rempit macam saya ni berminat dengan benda2 sejarah ni orang suka usha pelik skit heheheh.

      Padam
    22. wah saudara zack...hebat anda ye.:)

      anda sekarang bagai konsultan blog melayu nusantara pulak. maklumlah saya sibuk nk melayan semua peng komen so alhamdulillah dgn adanya saudara zack kita yg budiman dan luas pengetahuannya ini ringan lah sikit kerja saya ye...:)) apa2 pun terima kasih.perbincangan yg anda bawakan sangat ilmiah dan bernas dan banyak dapat saya pelajari benda2 baru. teruskan~~ "Zack the adventurer"

      Padam
    23. saudara al semantani..trnyata blog saudara amat bernilai tinggi.. =)

      saudara zack, adapun komen2 berjela yang dicatat oleh saudara `Tanpa Nama` bermula pada masa 27 Jun 2012 12:48 PTG itu adalah semuanya nukilan saya, ikang@farid.. =)

      Padam
  14. Di dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-Raja Pasai, terdapat sebuah hadits yang menyebutkan Rasulullah menyuruh para sahabat untuk berdakwah di suatu tempat bernama Samudra...

    Kaum sejarawan Melayu memperkirakan negeri samudra yang dimaksud adalah Kerajaan Samudra Pasai, namun pendapat ini bukan tidak ada kelemahan, hal ini dikarenakan Kerajaan Samudra Pasai baru muncul 600 tahun setelah wafatnya Rasulullah...

    Muncul dugaan negeri yang dimaksud adalah sebuah negeri maritim yang dikelilingi samudra, yang muncul sekitar 50 tahun setelah wafatnya beliau, yang dikenal dengan nama Sriwijaya...

    Adapun perkataan Rasulullah itu adalah...

    “…Pada zaman Nabi Muhammad Rasul Allah salla’llahu ‘alaihi wassalama tatkala lagi hajat hadhrat yang maha mulia itu, maka sabda ia pada sahabat baginda di Mekkah, demikian sabda baginda Nabi: “Bahwa sepeninggalku ada sebuah negeri di atas angin samudera namanya. Apabila ada didengar khabar negeri itu maka kami suruh engkau (menyediakan) sebuah kapal membawa perkakas dan kamu bawa orang dalam negeri (itu) masuk Islam serta mengucapkan dua kalimah syahadat. Syahdan, (lagi) akan dijadikan Allah Subhanahu wa ta’ala dalam negeri itu terbanyak daripada segala Wali Allah jadi dalam negeri itu“….

    Selengkapnya : http://​kanzunqalam.wordpress.com/​2012/06/21/​palembang-dan-hadis-rasulul​lah/

    BalasPadam
  15. Salam Tuan Semantani,

    Maaflah kalau soalan saya ni agak bodoh, maklumlah, saya bukannya pakar macam tuan atau srikandi. Nak tanya, boleh tuan listkan senarai 14 negara-kota yang membentuk empayar Srivijaya tu?

    Kebetulan pula, negara kita pun dibentuk oleh 14 buah negeri... =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalm....kalau ikutkan sebenarnya banyak. saya akan senaraikan setakat saya tahu.

      kota gelangi, kedah tua, malayu,langkasuka,tambralingga,ganga negara,lamri,chaiya,taruma negara,kalingga,medang,pan pan,chih tu,pahang,indrapura,angkor dan chenla,palembang,lesung/luzon,terengganu,kelantan,paka,grahi,cherating,semawe,foloan atau dungun,sunda.

      tetapi hanya ada beberapa buah sahaja yg sangat kuat dan berjaya menjadi ibu kota bersilih ganti setelah pan pan atau chaiya melemah seperti kedah tua dan malayu jambi.dan yg paling berjaya ialah medang atau sailendra.

      Padam
  16. aku xphm apa cik nadzalihoo post td..

    BalasPadam
  17. Terima Kasih atas artikel yang sgt menarik.. Funan di China.. majoriti adalah Islam.. kalau tak silap la.. Mmm.. Melayu telah mencelupkan budaya kepada Jawa.. Memang menarik dan tak dinafikan lagi.. Melayu adalah bangsa yang elit.. Tidak hairan pada satu ketika dulu, Kesultanan Melayu Melaka gah pada era kegemilangannya.. Melayu dan Jawa?? mmm... genetik banyak persamaan.. tetapi kenapa bahasa Jawa dan Melayu begitu jauh bunyinya.. boleh jelaskan tak?? dan Kelantan-Pattani memang seiring dan seketurunan yang dekat.. Saya juga keturunan Pattani.. Untuk Makluman penulis, Daerah Selama-Batu Kurau (Perak) majoriti adalah penduduk asal dari Pattani.. Nenek Moyang saya sendiri memang Pattani.. mereka membuka perkampungan dengan beberapa adik beradik.. dan kini, begitu ramai dikalangan mereka.. kulit sawo matang dan hidung sedikit kembang.. adalah mimik muka asli Pattani.. mereka berdialog menggunakan perantaraan jika Melayu Perak menggunakan istilah 'Kau' kepada 'Hang'.. tetapi mereka sub Pattani ini menggunakan 'Mu' untuk ganti nama diri bagi 'Kau'.. Pada mulanya saya agak terkejut.. tetapi setelah di ceritakan susur galur penduduk Batu Kurau itu sendiri, barulah saya tahu akan asal-usul datangnya dari Pattani.. Dikatakan juga, kebanyakan penduduk di Batu Kurau terdiri daripada pendekar-pendekar dan panglima-panglima bangsa Pattani.. Saya pernah berubat secara traditional pada satu ketika dahulu, saya amat terkejut apabila dia mengatakan yang saya ini keturunan panglima Pattani.. hanya melihat bentuk mata dan jari jemari cukup dia membuktikan ini.. Lantas saya merujuk kepada Arwah Nenek (TOK) adakah benar perkara ini?? lantas beliau mengatakan tepat sama sekali.. Namun, saya masih tertanya-tanya, sejauh manakah hebatnya panglima-pendekar Pattani ini?? bolehkah blogger berikan sedikit info kepada saya dan rakan2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wilayah funan di china tu tiada kaitan dengan empire funan. nama sebenar empayar funan dlm bahasa tempatan masih diperdebatkan para sejarawan antaranya pnom,kurung,gunung,javaka dan lain2.

      ibu saya pon ada darah pattani yg berasal dari yala.kependekaran org dulu2 mmng ampuh!! namun tidak ada yg seampuh kuasa Allah....semuanya itu dgn izinnya...kita tidak tahu ilmu apa yg diguna org dulu2 ada ilmu aliran putih ada ilmu aliran hitam.

      saya sebenarnya agak keberatan nk tulis pasal ilmu2 mistik orng melayu ni sbb saya kenal sngt dgn bnda2 mcmni sebb dah bertahun bersama saya...dua2 belah pihak keluarga saya adalah keturunan orng bangsawan dan orng kuat istana yg bnyk ilmu mistik. sejak dari kecil lgi saya dihidangkan dengan kisah2 kepahlawanan dan kepelikan ilmu2 mistik keturunan saya. tapi lain kalilah saya ceritakan ye para pembaca. belum sampai masa lagi...:)

      Padam
  18. salam. saya ingin tahu kaitan antara funan dan champa.

    juga rasanya sudah tiba masa tuan al semantani menceritakan pasal ilmu2 mistik orng melayu dan keturunan ni. tdk sangka juga tuan al semantani jg punya sisi mistik bgni dsamping tulisan2 sejarah ini. ia pasti menarik utk dibincangkan di Melayu Nusantara. saya berminat..

    BalasPadam
  19. Perkataan melayu sekarang merujuk kepada bangsa malai yg menerima agama hanif nabi ibrahim . Malai UR "UR" merujuk kepada tempat kelahiran nabi ibrahim di UR JAGUDA atau ada kitab lain menyebut tempat kelahiran nabi ibrahim berbunyi UR DI DEPAN . Agama ibrahim telah dibawa masuk org2 malai dari champa ke kedah melui jalan sutera , oleh itu malai kedah telah menganut ajaran ibrahim dengan menamakan sebagai bangsa malai UR . . Yg sekarang ini jadi melayu . . Org melayu itdak pernah sembah berhala . Banggunan yg dianggap candi itu sebenarnya bukan untuk menyembah , tetapi sebagai catatan terpahat mcm idola atau jalan cerita yg dicatat pada dinding , cuba tgok setiap candi di nusantara , semunya mengarah adap kiblat . . . Di jambi juga digelar melayur kerana memeluk ajaran nabi ibrahim juga. Yg menerima pengaruh hindu cuma golongan elit shaja , ada juga golongan elit yg telah menjadi malai ur . . Yg mana tidak digelar melayu , mereka adalah pemeluk ajaran hindu , dan ada juga melayu yg dipaksa menjadi suku lain akibat pengaruh jajahan takluk sesuatu suku itu .

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  21. Bangsa malai itu bangsa yg wujud dari nabi nuh lagi dh wujud , bangsa malai itu penerima agama setiap nabi2 diutuskan . Sehigga memeluk ajaran nabi ibrahim barulah mereka menukar malai UR . . Sapa kata melayu itu agama hindu , harus dirujuk kembali apa ajaran asal orang2 yg duduk di lembah hindus india . Rujuk balik kitab veda aslinya . Tgok ajaran apa yg dibawa , adakah ajaran hindu penyembah berhala ?? Kitab veda tu muncul sebelum agama hindu berhala muncul lagi , indo arya tu dari median anak kentrah , mereka lah malai . . Bangsa malai ni bangsa yg mengembangkan bangsa lain dan bahsa malai tu bangsa asas dunia yg wujud pada hari ini , semua negara cedok dari bahasa malai purba ni , termasuk melayu ,
    Melayu ni Pewaris bangsa malai la. , kita ni pewaris mutlak . Bangsa malai ni bangsa mim yg terselamat dari semua bala yg allah beri , , bangsa malai la dari dlu sampai lani xpupus , .. Bila kita tgok bangsa yg wujud lama , kebanyakan dh pupus , tapi kita lohat melayu , wujud smpai hari ini , malah masih ada raja !!! . .Malai juga digelar jawa , melayu , atau jawi , mcm2 gelaran bagi cucu2 malai yg bertebaran di nusantra , sbenarnya sudah ditakdirkan allah bangsa ini akan kembali ke tempat asal mereka iaitu sundaland yg sudah terpecah bebelas ribu pulau selepas banjir . . Sebenarnya ilmu meritim bangsa malai ni adalah dari teknologi nabi nuh , teknologi tu diturunkan kepada bangsa malai , sbb tu melayu ni kuat empire meritim , tanpa melihat kompas , hnya berpaksikan bintang , itu sebenarnya rahsia pelayaran nabi nuh yg diwaris kepada malai yg sekarang jadi melayu . .sebab kenapa

    BalasPadam
  22. The first bet is a bet that many people are already up to date with. Because this type of bet is by yourself used like both sides use lonely 2-3 cards. This type of bet will quickly produce results.Bounce subsequent types of bets are the thesame as bets of the first type. Because bouncing casino outfits and baccarat already have the thesame performance. Not surprisingly, both of them took the period to know that the results would not be too long.

    BalasPadam