Tahukah
anda, bahawa Kesultanan Melaka pernah bertelagah dan bertempur dengan Kerajaan
Annam atau orang Dai Viet (Orang Kuci)? Ya, kekuatan dan pengaruh Melayu Melaka
di Asia Tenggara sebenarnya lebih dari yang kita jangkakan. Ramai yang meragui
Melaka adalah sebuah kerajaan yang kuat dan berpengaruh malah ada yang menganggap
kerajaan Melaka itu langsung tidak wujud. Kalau ia tidak wujud mengapa catatan-catatan
asing sibuk-sibuk mahu menulis tentangnya? Tak ke pelik tu? Sekitar tahun 1469 dalam catatan China disebut
bahawa serombongan utusan dari Melaka yang dalam pelayaran balik dari China
telah dipukul ribut dan terkandas di Vietnam. Kesemua anak kapal ditangkap, ada
yang dibunuh malah yang muda dan anak-anak dikasi dan dijadikan sida-sida oleh
orang Vietnam.
Melaka
telah mengadukan hal tersebut kepada Maharaja China sekitar tahun 1481, pada
mulanya Melaka tidak mahu bertindak kerana tahu bahawa Vietnam juga adalah
negara yang menghantar ufti ke China. Utusan Melaka Duan Ya Ma La Di Na Cha
(Tun Seri Nara Diraja?) juga telah mengadukan rancangan Vietnam untuk menyerang
dan menakluk Melaka. Sewaktu utusan Melaka berada di China kebetulan utusan
dari Vietnam juga turut ada. Hal ini telah menyebabkan timbul pertengkaran
diantara wakil Melaka dengan wakil Vietnam tentang tindakan biadap Vietnam yang
telah menculik dan membunuh utusan Melaka sebelum itu.
Mereka
berdua ditenangkan oleh salah seorang menteri pertahanan China ketika itu yang
menasihati mereka agar melupakan persengketaan kerana perkara tersebut telah
lama berlalu. Sebelum kedua-dua utusan tersebut pulang ke negeri masing-masing,
Maharaja China telah mengirimkan surat yang menyelar perbuatan Maharaja Vietnam
dan menasihatinya agar berbuat baik dengan negara tetangga dan merenung
kesalahan sendiri. Manakala Maharaja China telah bertitah kepada utusan Melaka supaya
bertindak tegas dan menyiapkan tentera serta kuda perang sekiranya Vietnam
tetap mahu menyerang Melaka kelak.
Dalam
sejarah, Maharaja Vietnam yang dimaksudkan diatas adalah Le Than Tong. Pada
zaman beliau wilayah kekuasaan Vietnam mencapai sehingga sempadan Burma. Le
juga dikatakan telah menyerang kerajaan Lanxang dengan 90 ribu askar namun
dalam satu serangan mereka telah kalah dan terpaksa berundur kembali. Walaupun
dalam catatan sejaran Lanxang dan Vietnam tidak pernah menyebut keterlibatan
Melaka dalam perang diantara Lanxang dan Vietnam ini, namun kronik China ada
mencatatkannya. Dikatakan bahawa 90 ribu bala tentera Vietnam telah melanggar
Lanxang namun mereka berjaya diusir oleh angkatan perang Melaka dan
mengakibatkan mereka kehilangan seramai 30 ribu nyawa. Peristiwa ini tercatat
didalam kronik China Ming Shilu. Adakah peristiwa ini merupakan tindakbalas
Melaka terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Vietnam sebelum itu? Faktor
penentu kekalahan Vietnam ini pastinya adalah kerana kehebatan Melaka di medan
tempur.
Memandangkan
tentera Melaka perlu merentas negara Kemboja atau Siam Ayuthia untuk ke Lanxang
maka dapatlah disumpulkan bahawa salah satu atau kedua dua pihak ini telah
membenarkan bala tentera Melaka melintasi negara mereka kerana berasa terancam
dengan dasar perluasan kuasa Vietnam sepanjang pemerintahan Maharaja Le Than Tong
1460-97. Kegagalan besar ini melenyapkan impian Le Than Tong untuk meluaskan
lagi empayarnya sekaligus mengesahkan keunggulan Melaka ke atas semua kuasa
lain di Asia tenggara meskipun jumlah tentera dan penduduk Vietnam adalah
berkali ganda lebih besar. Saya percaya kemenangan ini juga dibantu oleh
jajahan takluk Melaka yang lain termasuk tentera Siam Ayuthia dan Lanxang
sendiri.
Dalam
Sulalatus Salatin ada satu kisah mengenai utusan Melaka ke Siam. Dalam
peristiwa ini Raja Siam telah meminta bantuan rombongan Melaka untuk berperang
dengan musuh mereka di wilayah sebelah matahari jatuh atau barat. Namun Tun
Telanai membuat helah supaya mereka dapat berperang dengan musuh yang berada di
kedudukan matahari naik atau timur. Jika dilihat peta kerajaan-kerajaan lama
zaman tersebut didapati kerajaan Lanxang memang berada di sebelah timur Siam
iaitu di Laos sekarang. Dalam catatan sejarah Vietnam, Ayuthia atau Siam juga
pernah berada dibawah taklukan Vietnam untuk beberapa ketika pada zaman Le Than
Tong. Adakah peristiwa ini adalah peristiwa dimana tentera Melaka berjaya
mengusir 90 ribu tentera Vietnam yang menyerang Lanxang seperti dalam kronik
China tersebut? Wallah hu 'lam. Saya belum mendapat jawapan yang pasti.
Namun
apa yang pasti ialah hubungan diantara orang Melayu dengan kerajaan di Indochina
atau Lanxang sebenarnya bukan baru dan bukan kebetulan. Orang Melayu
semenanjung sebenarnya telah lama berada di tanah besar asia tenggara dan bukannya
berasal dari Sumatera. Sebahagian besarnya berada di Indochina dan Segenting
Kra, dan mereka membina tamadun di Negara kota-negara kota mereka. Orang Melayu
yang menubuhkan Langkasuka bukanlah Melayu Sumatera. Langkasuka ada kaitan
dengan Funan, dan orang Melayu semenanjung pada zaman purba punyai hubungan
dengan Khmer, Pyu, Mon, Burma, Dai-Viet, Lao dan Tai. Jadi boleh dikatakan bahawa Melayu semenanjung
kebanyakannya berasal dari Indochina, Segenting Kra hingga ke utara Malaysia. Sebab
itu kita lihat orang Kedah-Perlis dan Kelantan-Pattani mempunyai loghat yang
sangat ketara dan unik.
Berbalik
kepada negeri Lanxang, dalam Hikayat Merong Mahawangsa ada menceritakan mengenai
pembukaan sebuah negeri di Indochina. Apa yang menariknya adalah negeri
tersebut bernama Siam Lancang, sebutan Lancang saling tak tumpah seperti
sebutan negeri Lanxang yang kita bincangkan tadi. Negeri Siam Lancang dibuka
oleh anak Raja Merong Mahapudisat yang paling tua, bersama-sama Pra Chisim dan
isterinya Nang Sutaman, pemerintah bangsa gergasi. Bagi saya gelaran gergasi
ini adalah pengkelasan orang Melayu zaman itu untuk satu kaum lain yang lebih ‘gasar’
atau berbeza dengan mereka, sepertimana orang China zaman imperial yang
menggelar semua bangsa dari Negara luar sebagai barbarian atau hantu.
"Setelah
didengarnya oleh Raja Merong Mahapudisat sembah menteri itu,"Jikalau
demikian hendaklah saudara kerahkan segala kaum gergasi himpun sekaliannya dan
panggil penghulu Pra Chisim dan penghulu Nang Sutaman itu ke mari,kita beri ia
pergi bersama-sama anak kita dan orang kita Melayu,setengah kita suroh pergi
bersama anak kita yang tua ini kita hantarkan ka hulu di sebelah utara barat
laut.Maka tanah bumi itu lanjut jauh jua perjalanannya"
"...Maka
di situlah sekalian berbuat istana dengan kota parit serta dihimpunkan segala
orang yang duduk bertaboran pechah belah itu. Maka di satukan sekaliannya, maka
menjadi besarlah. Maka dinamai negeri itu Siam
Lancang, tempat membuat kota istana itu.."
Dalam
Hikayat Merong Mahawangsa juga disebut bahawa perjalanan dari utara semenanjung
ke Siam Lancang itu mengambil masa 200 hari perjalanan (berjalan kaki), iaitu
kira-kira 6 bulan. Bagi pendapat saya tempoh ini adalah munasabah kerana
terpaksa melalui hutan dan bukit bukau di tengah-tengah tanah besar Asia
Tenggara bersama pengikut yang ramai. Saya yakin wilayah dimana kerajaan
Lanxang yang ditubuhkan sekitar 1354 itu adalah sama dengan negeri purba Siam Lancang
dalam Hikayat Merong Mahawangsa.
Dan
yang lebih menarik ialah pemerintah pertama Lanxang iaitu Fa Ngum diberi
gelaran "Phragna Fah-La-Thorani Sisatanakanahud". Gelaran ini
sebenarnya sebutan Lao kepada "Pongna Prah Dharnindra Sri Santan Naga
Nahud" di dalam bahasa Sanskrit. Gelaran "Sri Santan Naga" itu
juga sebenarnya berasal daripada gelaran raja-raja Melayu Champa! Seorang raja Melayu
Champa bernama Simha Jayavarman memakai gelaran 'Sri Siantan'. Malah di Laos
ada tempat yang bernama Champasak. Ini menunjukkan bahawa memang wilayah Laos
atau Lanxang pernah dikuasai dan diduduki oleh rumpun Melayu sebelum kedatangan
Fa Ngum.
Mungkin
Fa Ngum telah membina Lanxang selepas mengalahkan raja Melayu terakhir di
wilayah Siam Lancang itu kemudian menubuhkan kerajaannya sendiri. Ini kerana
ketika itu juga kerajaan Sukhotai juga sedang meluaskan pengaruhnya dan sedang
menawan negeri-negeri Mon-Khmer dan Melayu di sekitar benua Siam. Seperti
biasa, kebudayaan awal negeri-negeri Tai akan meniru atau mengasimilasikan
kebudayaan negeri-negeri yang ditakluknya. Untuk mengetahui kebudayaan bangsa
Tai yang sebenar, kita perlu lihat budaya suku kaum Zhuang di China dan Shan di
Myanmar. Budaya orang Tai sebenarnya adalah budaya suku kaum bukit yang berasal
dari tengah China dan bukan seperti yang kita boleh lihat di Laos dan Thailand
sekarang. Jdi jika kita tahu sejarah kuno orang-orang melayu di Indochina, kita
tidak akan pelik jika Melaka mampu untuk mengerahkan tenteranya hingga ke Laos
dan mengalahkan tentera Vietnam yang terkenal kuat itu. Sekian.
Menarik
bukan?..:D
~ASJ~
Sumber:
Liang Liji dan credit kepada Cik Srikandi.
SubhanaAllah...
BalasPadamPeristiwa orang Melaka pergi ke Siam berlaku di zaman Sultan Mansur Syah.
Baginda mengamalkan polisi berhubungan baik dengan Siam.
Bendahara yang mengarang surat tersebut.
Permulaan surat Sultan Mansur tersebut sangat indah:-
"Hendak tidak dilawani takut mudarat ke atas nyawa
Sungguh dilawani terlalu takut akan Paduka Bubunnya
Daripada harap sangat akan ampun dan kurnia
Maka menyuruhkan Tun Telanai dan Menteri Jana Putera"
Tun Telanai menjadi duta ke Siam.
Menteri Jana Putera menjadi menteri pengiring Tun Telanai.
Rombongan Melaka membawa surat Sultan Mansur.
Di Melaka surat dibawa dengan penuh adat istiadat dengan menaiki gajah dan diiringi nafiri, gendang dan serunai.
Rombongan dari Melaka ke Siam menaiki kapal layar.
Raja Siam sukacita mendengar surat Sultan Melaka yang diterjemahkan kepadanya.
Raja Siam bertanya siap yang mengarang surat. Utusan Melaka memberitahu "Mangkubumi Melaka" (bendahara) yang mengarang surat.
Raja Siam memuji dan mengiktiraf mangkubumi Melaka layak menjadi mangkubumi Siam.
Selama di Siam, Raja Siam meminta orang Melaka menyerang sebuah negeri.
Orang Melaka mencapai kejayaan dalam serangan tersebut.
Raja Siam sukacita.
Raja Siam mengutus surat kepada Sultan Mansur.
Orang Melaka kembali ke Melaka dengan surat Raja Siam.
Surat Raja Siam sampai ke Melaka dibawa dengan istiadat bergajah ke istana.
Surat dibacakan di balairong istana Melaka.
Sultan Mansur sukacita.
Sultan Mansur ada mengutus surat balasan kepada Raja Siam.
Semoga Sultan Mansur Syah dan sekelian rakyatnya yang sudah lama pergi menghadap Ilahi dimasukkan ke dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh.
Raja Siam mana satu ni? Rasa Siam Ligor atau Raja Siam Sukotai?
PadamSalam! Sukotai dalam Bahasa Siam bermaksud Suku Kafir, Siam dan Tai adalah dua bangsa yang berbeza.......
PadamWallahua'lam bissawab..
Sulalatus Salatin dan Hikayat Merong Mahawangsa adalah buku kumpulan dongeng yang isinya fiktif semata ... Loh ... kok malah dijadikan referensi ... Hahahahaha
BalasPadamSttt ... Diam saja .. jangan banyak komentar ..
PadamTahukah anda bahwa blog ini bukanlah blog sejarah, tetapi blog untuk mengagung-agungkan kehebatan bangsa melayu yang ada di tanah melayu ... jadi sah-sah saja jika dia mengambil sebuah dongeng/myths sebagai sebuah reality !!!!
samalah pararaton...cara penyampaiannya byk unsur mitologi dogeng jawa tapi jadi referensi sejarah juga oleh ahli sejarah indonesia..malah nasionalis jawa menjadikan sumpah palapa yg terkandung dlm pararton sebagai referensi utk mengagung-agungkan majapahit dan NKRI sebagai pewaris majapahit..dogeng gaja mada hilang dlm pertapaan segala..hhahaha
PadamSS dan HMM gimanapun setelah di cross-check dgn sumber lain spt kronik2 Kemboja dan lain2, masih dapat diverifikasi kebenarannya. Beda jauh dgn mitos jawa spt Negarakertagama yg sampe ke hari ini dianggap oleh kebanyakan historian non-jawa sbg bersifat klaim sefihak aja. Melaka dapat dikesan dalam byk sumber sejarah asing termasuk sumber dari Portugis sendiri. Beda dgn Mojopahit yg terbatas sumber referensinya. Yang byk itu cuman cerita rekayasa, byk kisah2 yg tak bisa diakui kebenarannya sama persis prasasti Tanjore bikinan raja Chola. Mitos Mojopahit hanya sebutir kisah palsu utk melegalisasikan keujudan NKRI. Itu aja. Semua orang juga sudah tau kok.
PadamChola ama adiknya Mojopahit gak ada bedanya. Suka mengarang cerita fiksi.... akhirnya ketahuan juga bohongnya!
PadamTernyata Melaka jauh lebih hebat berpengaruh dan disegani berbanding Majapahit. Majapahit cuman bisa membantai Sunda tetapi tetap juga gak bisa menakluki Sunda. Kepimpinan Majapahit di Pulau Jawa hanya terdiri drpd mereka yg pendek akalnya, tetapi besar nafsunya pinternya cuman berbohong dan SYOK sendiri. Hakekatnya, Majapahit tidak membawa apa2 ketamadunan buat masyarakat asia tenggara beda jauh dgn melaka di mana undang2 lautnya menjadi referensi masyarakat dunia.
PadamYa, Majapahit mmg bkn tandingan Melaka....Tom Pires seorang pengembara Portugis pernah menulis ttg melaka....
Padam“Malacca is such importance and profit, that is has no equal in the world. It is a city state made for merchandise, fitter than any other in the world.."
“Malacca is the richest seaport with the greatest number of wholesale merchants and abundance of shipping that can be found in the whole world..”
Melaka tdk hanya hebat dlm military malah juga hebat dlm bisnes perdagangan maritim sehinggakan dikatakan Melaka itu kehebatan Melaka itu mengatasi Venice di Italy.
berdasarkan fakta sejarah, sememangnya Majapahit bukan tandingan Melaka.
bro tanpa nama 26 sept 2.35ptg..jgnlah buat dakwaan tak betul walau pun anda cuma hendak menang debat atau komentar..mengatakan majapahit tdak membawa apa2x ketamadunan buat msrkt asia tenggara juga adalah pembohongan...cukuplah kita mengajar dan menunjukkan bukti sejarah melaka dan jgnlah kita terikut rentak komentar org2x bodoh tentang sejarah melaka dan melayu.
PadamTanpa Nama 7:41
BalasPadamMangkuk Hayun la Indon.... Barua Belanda.
Kamu tidak bisa terima hakikat, Melayu kalahkan Majapahit.
Perwira Melayu
Tanpa nama 7:41 dan 5:41
BalasPadamAnda tidak mengkaji sejarah raja Melayu.
Tuan blog ini sentiasa mengkaji sejarah Raja Melayu.
Sulalatus Salatin adalah buku sejarah mengenai raja-raja Melayu.
Ia disusun oleh Tun Sri Lanang.
Tun Sri Lanang merujuk kepada buku Hikayat Raja Melayu yang diperolehi dari Gowa.
Hal ini menunjukkan sejarah Melayu telah direkodkan dengan baik sekali.
Kajian terhadap peristiwa-peristiwa yang disebut dalam Sulalatus Salatin dijalankan dengan saksama oleh penulis blog ini.
Salam
BalasPadamKali pertama saya membaca Sulalatus Salatin pada tahun 1988.
Saya membaca bererapa kali kerana ada banyak rahsia zaman silam terpendam di dalamnya.
Baru-baru ini saya membaca lagi dan mendapati memang benar Sultan Alauddin yang menitahkan supaya ditulis sejarah. Faedahnya memang saya dapat iaitu saya mengenal asal usul Melayu yang dikisahkan dari Iskandar Zulkarnain sangat sesuai dengan ajaran Islam iaitu manusia berasal dari Nabi Adam a.s.
Kemudian setelah peristiwa banjir besar Nabi Noh a.s yang menyelamatkan manusia yang menjadi keturunan di serata dunia sekarang juga sesuai dengan kisah dalam Sulalatus Salatin. Dari sini saya faham perjalanan bangsa-bangsa dunia menduduki sesebuah kawasan seperti Afrika, Arab, Eropah, India, Cina, Jepun, Benua Amerika. Allah mentakdirkan bangsa Melayu melalui perjalanan untuk sampai ke tenggara benua Asia dan menduduki kawasan ini.
Perjalanan ini tentu memakan masa beribu-ribu tahun. Dalam perjalanan yang jauh tersebut orang Melayu mengalami pelbagai pengalaman dan perubahan. Ini dapat menjelaskan kenapa dalam perkataan Melayu ada unsur Parsi. Kemudian perkataan Melayu juga ada unsur Sanskrit. Jika diperhatikan nama-nama raja Melayu dari zaman Iskandar Zulkarnain berkahwin dengan puteri Raja Kida Hindi bernama Syahrul Bariyah. Nama-nama keturunan selepassnya adalah seperti Aristun Syah, Kasdas, Zaman Yus, Arkhad, Kudar Zakuhun, Darmanus, Amtabus, Ardis Mikan, Aftus, Kobat Syahriar dan Nusyirwan Adil.
Nama raja-raja Melayu generasi seterusnya berubah seperti Sulan, Suran, Culan, Aktabul Ard dan Gangga Syah Johan.
Nama generasi raja-raja Melayu berikutnya seperti Citram Syah, Paladu tani dan Nila Manam. Nila Pahlawan, Krishna Pandita dan Nila Utama. Pada zaman yang sama ada nama-nama Sang Sapurba Demang Lebar Daun, Patih Suatang, Raden Ratna Cendera Puri, Seri Dewi, Puteri Tanjung Buih, Wan Seri Beni, Puteri Nila Pancadi,
Nama raja-raja generasi berikutnya seperti Paduka Seri Pikrama Wira, Seri Rakna Wikrama, Damia Raja.
Kemudian muncul nama Malikul Salleh, Malikul Mansur, Malikul Tahir, (di Pasai) Iskandar Syah (di Singapura) Mansur Syah, Alauddin Syah. Mahmud Syah dan Ahmad Syah (di Melaka).
Ringkasnya nama-nama yang dicatat tersebut benar-benar menjadikan saya faham akan perkembangan manusia di bumi dari Adam dan Hawa dan mengingatkan saya kepada kebesaran Ilahi dalam mengembangkan keturunan manusia di bumi ini.
Saya percaya bangsa Melayu telah terlibat dalam peradaban dunia di tempat-tempat lain sebelum akhirnya menduduki bahagian tenggara benua Asia.
Saya juga mendapati bahawa bagi Tun Sri Lanang beliau menulis Sulalatus Salatin supaya manusia yang membacanya selalu ingat kepada kebesaran, kehebatan dan keagungan Allah.
Tun Sri Lanang menulis Sulalatus Salatin berdasarkan manuskrip-manuskrip dan kitab-kitab yang didapati dari Gowa (atau Goa) yang dikumpul dan ditulis semua menjadi satu kitab tersebut.
PadamSaya pernah terbaca selepas Melaka kalah, kitab-kitab peradaban Melayu telah dibawa lari keluar dari Melaka dan bertebaran di nusantara dengan sebahagian besarnya disimpan di Gowa. Dinyatakan Gowa dan Melaka selepas kejatuhannya mempunyai hubungan yang rapat. Sebab itu selepas Melaka kalah, ramai pembesar yang berlindung di Gowa membawa dan menyelamatkan sekali kitab-kitab yang ada.
Tiba zaman bendahara Tun Sri Lanang apabila sultan menitahkan agar ditulis satu kitab berkenaan sejarah raja-raja Melayu berdasarkan simpanan yang ada di Gowa. Maka jadilah Sulalatus Salatin yang habis ditulis semasa dalam tawanan Aceh.
Satu fakta menarik dalam Sulalatus Salatin: Tun Sri Lanang menyebutkan Iskandar Zulkarnain mengajak Raja Kida Hindi supaya memeluk agama Islam dalam agama Nabi Ibrahim.
PadamCatatan ini menunjukkan betapa mendalam sekali pengetahuan penulis sejarah Melayu sebelum Tun Sri Lanang merakamkan sejarah bangsa Melayu.
Nenek moyang Melayu dahulu menganut agama Nabi Ibrahim terlebih dahulu. Selama ini saya menyangka agama awal nenek moyang bangsa Melayu menganut Hindu dan Budha. Rupa-rupanya ada catatan sejarah yang menyatakan bangsa Melayu telah terlebih dahulu mengikut ajaran Nabi Ibrahim.
Allahuakbar
Subhanallah
Tanpa Nama 29 sept 2014 9.50ptg..sulastin slatin atau asal usul raja2x bercerita tentang sejarah dan silsilah keturunan raja2x melayu dr perspektif bangsawan saja..bukan bermakna semua org melayu yg majoritinya org kebykan atau pembesar yg berkhidmat dgn istana..saya juga yakin jalur keturunan bangsawan ini adalah antara pengikut asal agama ibrahim a.s...sblum berkembang biaknya keturunanya tetapi kisah golongan bangsawan melayu ini tidak boleh kita jadikan panduan utk mengambarkan penduduk melayu dr golongan kebykan atau pembesar yg berkhidmat dgn istana...saya pasti anda tahu tentang demang lebar daun..beliau adlah watak melayu sebenar..
PadamMelayu sebenar adalah pengikut adat...sebelum kita diperkenalkan dgn istilah agama yg berakar umbi dr bahasa sanskrit...adat adalah panduan hidup...byk org percaya makna adat itu berasal dr bahasa arab bermakna sesuatu yg menjadi kebiasaan..tetapi dlm bahsa arab ada istilah lain yg lebih dominan dan sering digunakan iaitu urf...saya percaya adat adlah kata asal bahasa melayu yg diserap ke dlm bahasa arab..dr perkataan adat ini wujudnya adab dlm bahasa arab..seblum itu istilah arab yg membawa makna yg hampir2x dgn makna adab adalah ahklak..ini adlah beberapa contoh dlm linguistik saja.
adat pada pemahaman umum sekrg amatlah sempit makna dan skopnya...tetapi adat pada melayu zaman dululah amat luas dan besar sumbanganya sebagai panduan atau cara hidup melayu..utk memudahkan pemahaman status adat dulu adlah spt status agama pada masa skrg..para2x sufi dan wali yg ingin mengembangkan islam mengunakan perbilangan yg sering kali kita dengar tapi seringkali buat tak endah dan menganggapnya bende enteng...iaitu adat bersendikan syarak..syark bersendi kitabullah..sebenarnya adat adalh entiti yg berlainan dan ada ciri2x berbeza dgn ajaran islam yg berakar umbi dr budaya timur tengah atau budaya arab. sy boleh bentangkan ciri2x adat tapi cukuplah dulu..tak nak meleret2x
berkaitan kenapa saya membezakan antara sejarah golongan bangsawan melayu dgn sejarah melayu kebykan dan pembesar melayu yg berkhidmat dgn istana?..sebab mereka memang berbeza..maknanya sejarah melayu ada 2 cerita...kedua-duanya ada legitimasi yg tersendiri..bila ada 2 cerita tidak bermakna..yg satu palsu atau yg satu benar..sejarah itu cerita dr berbagai perspektif..dlm isu melayu ada 2 perspektif..sulatus salatin bercerita dr perspektif bangsawan melayu yg susur galur keturunannya berasal dr benua hindi..hindi di sini bukanlah spt negara india yg kita kenal skrg..tapi merangkum asia tengah sampailah ke sempadan parsi dgn tanah levant arab serta benua kecil sub continent india yg kita kenal skrg...bagi pihak melayu yg satu lagi kebykan cerita sejarahnya terdpt dlm oral tradition spt tambo, gurindam, dan bermcm2x lagi cara secara oral..yg ahkirnya byk menjadi apa yg dikenal sekrg sebagai cerita rakyat.
Saya berpendapat sekalipun pada zaman lampau raja dan rakyat mengalami kehidupan berbeza, raja tidak bergerak seorang atau sekelompok kecil sahaja. Raja akan akan membawa rakyat jelata dan bergerak sekali dengan rakyat jelata dari suatu tempat ke tempat lain. Tanpa membawa rakyat mustahil raja boleh membuka sesebuah negeri. Apabila raja memeluk Islam berdasarkan agama Nabi Ibrahim maka rakyat juga mengikut memeluk agama Islam berdasarkan agama nabi Ibrahim.
PadamSaya berpegang kepada ajaran Islam bahawa manusia ini dari keturunan Nabi Adam dan Hawa. (Rujuk sejarah Nabi Adam dan Hawa bertemu di Arafah). Merekalah nenek moyang semua bangsa manusia termasuk bangsa Melayu. Demang Lebar Daun adalah Melayu tetapi dia bukan wujud macam teori Darwin, Demang Lebar Daun adalah keturunan Nabi Adam juga sama macam kita. Ikut mana sekalipun nenek moyang Demang Lebar Daun mesti berasal dari kawasan lain sebelum sampai di tenggara Asia.
Sebab itu saya yakin apabila catatan Sulalatus Salatin bahawa agama nenek moyang raja-raja Melayu dahulu adalah mengikut agama Nabi Ibrahim, maka tentu rakyat menganut agama yang sama.
Pertukaran agama berlaku dari ajaran Nabi Ibrahim kepada Hindu Buddha hanya berlaku kemudian. (Ambil pengajaran dari kisah nabi Ibrahim dan Nabi Ismail di Mekah. Keadaan pertukaran agama ini serupa dengan sejarah Arab yang merupakan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail di Mekah. Selepas beberapa lama bangsa Arab melupakan ajaran agama Nabi Ibrahim sehingga penduduk Mekah banyak yang menyembah berhala). Saya yakin bangsa Melayu pun mengalami hal yang serupa iaitu dari generasi ke generasi mula melupakan ajaran Nabi Ibrahim.
Tetapi saya percaya bahawa apabila menganut Hindu, orang Melayu mengikut ajaran kitab Veda dalam bahasa Sanskrit. Dari sini bahasa Sanskrit berpengaruh dalam bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit adalah bahasa kitab Veda yang mengajar bahawa Tuhan adalah satu.Hindu Melayu hanya percaya satu tuhan. Sebab itu Melayu guna perkataan "sembahyang" bermaksud menyembah tuhan yang esa. Hindu Melayu juga tidak membuat patung. Parameswara tidak membuat patung di Singapura. Parameswara tidak membuat patung di Melaka.Hindu Melayu tidak menyembah pelbagai tuhan-tuhan macam Hindu di India atau Hindu di Jawa
Dengan demikian Hindu Melayu menerima Islam dengan mudah, rela hati.
(Cuba bandingkan dengan Hindu di Jawa yang sukar menerima Islam. Hindu di Jawa mempercayai banyak tuhan, ada visnu, ada hanuman, ada macam-macam lagi. Mereka ada macam-macam berhala patung tuhan)
Akhir kata saya berpendapat catatan Tun Sri Lanang tentang agama nabi Ibrahim sangat penting kerana ia menjad salah satui kunci untuk mengkaji sejarah silam.
Terima kasih di atas pandangan Tanpa nama 1 okt 9.56 ptg...sejarah boleh dikaji dari berbagai sudut dan cara...kalau nak mengatakan kita semua berasal dr nenek moyang yg sama..punca yg sama..sy setuju..
Padambila tuan kata apabila raja memeluk sesuatu agama maka seluruh rakyatnya akan turut serta itu kurang tepat..byk bukti dlm catatan sejarah yg mengatakan ianya sebaliknya..ianya berlaku sejak dr zaman hindu budha lagi..keluarga diraja mungkin menganut sesuatu agama tetapi rakyatnya menganut kepercayaan yg lain..dan hanya segelintir yg menurut..atau pun dlm kebykan kes mengamalkannya dgn mencampur aduk keprcayaan lokal.
dlm sulatus salatin atau asal-usul raja2x yg juga dipanggil sejarah melayu..kisah demang membuat persepakatan dgn sang sapurba keturunan iskandar zulkarnain..bila mana sang sapurba dan keturunannya diangkat sebagai raja..dan demang memberi taat setia sebagai rakyat selagi perjanjian di taati raja tidak menzalimi rakyat dan rakyat tidak belot kepada raja..tetapi demang memberikan isyarat dgn kata berlapis sekiranya keturunan sang sapurba lari dr perjanjian maka keturunannya juga akan buat bende yg sama..kesimpulanya raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah..maka raja pun bersetuju.
skrg mari kita lihat..raja ini bukanlah berasal dr benua nusantara..sang sapurba adalh keturunan iskandar zulkarnain yg dtg ke bukit siguntang yg dipercayai byk ahli sejarah letaknya di palembang..makna sebenar.istilah raja itu adalah ketua..ianya berasal dr bahasa sanskrit..sebutan asalnya adalah rajan..ianya bukan istilah melayu jati..walau pun dlm konteks bahasa melayu moden raja membawa makna pemimpin tertinggi dlm hirarki...tapi asalnya ia membawa maksud ketua..itu saja tidak lebih dr itu..
demang pula adalah ketua bagi penduduk asal tempat berkenaan yg dipercayai palembang..dlm bahasa melayu tua gelar tertinggi bagi seseorg yg menjadi ketua adalah datuk..atau dlm sesetengah puak melayu yg bernasab ibu yg menjdi ketua adalh nenek atau dlm istilah panggilan hormatnya wan..ada juga perempuan yg di panggil datuk..sebab istilah datuk itu dlm BM kuno tidak membawa fungsi jantina yg khusus.
jadi maknanya
raja - ketua dlm bahasa sansksrit-merujuk kepada sang sapurba
datuk-ketua dlm bahasa melayu kuno-merujuk kepada demang lebar daun.
Dlm bab ini perjanjian dibuat antara 2 ketua dr 2 pihak berbeza yg akhirnya bergabung dan membentuk satu entiti melayu yg baru sebagaimana yg kita kenal skrg..
sebenarnya dr sudut pandang melayu rakyat/demang fungsi asal raja adalh lebih kepada pengimbang tara di antara byk sekian ketua yg berada di wilayah sumatera ketika itu..dlm model pemerintahan melayu kita ada datuk2x pembesar yg sebenarnya mewakili suku,puak dan kampung mereka..mereka ada atonomi dlm hal pentadbiran dan ekonomi..raja diangkat hanya utk mengadili sebarang pertelingkahan tenatng ekonomi atau hukum di antara datuk2x ketua yg berbeza ini..
asalnya perjanjian ini adalah bersifat autonomi tetapi setelah beberapa generasi keadaan sudah berubah..raja dan rakyat hilang isi asal persepaktan antara 2 ketua tadi iaitu sang sapurba dan demang lebar daun. raja menganggap dirinya sebagai absolute ruler dan datuk2x yg lain sebagai penasihat dan menterinya..hirarki sudah berubah..maka pandangan rakyat juga berubah.
raja asal benua hindi (bukan negara india yg kita kenal skrg tapi lebih besar smpilah ke asia tgh)dianggap pemimpin tertinngi walau pun asalnya statusnya tidak lebih dr datuk ketua asal melayu..
antara faktor adalh perubahan budaya..setelah menerima byk pengaruh luar terutama dr benua hindi dan tanah arab yg mempunyai latar belakang sejarah politik yg pemerintahnnya adalah absolute..mutlak dgn seorg ketua..di nusantara melayu mengamalkan pemerintahan berbentuk federasi yg autonomi..setiap wilayah atau daerah ada pemimpinnya tersendiri dan mereka ada adat yg tersendiri yg mnegatur kehidupan..tiada sentralize gov yg mengawal semuanya.
Saya tertarikh dgn penpdt tanpa nama 2 okt 2014 8.56 ptg...mengkaji asal-usul bahasa utk memahami sejarah..dulu guru sejarah saya juga byk ambil extra time utk explain sejarah dr sudut mcm tuan..sebab masa yg ada adalh tentng sejarah dlm buku teks dan utk menjwp soalan exam..dan sebab cikgu saya seorg nilah sy ada minat mendlm tentang sejarah melayu...
Padambyk sgt misterinya..kerana buku teks kita kandungannya amat terhad dan cara pembentangannya adalah mengikut agenda negara moden malaysia..dr situ bk gangguan terhadap sejarh melayu.,yg diubahsuai utk menjaga hati pihak2x yg berkenaan.
Kalau Melayu pernah menganut Hindu di masa dahulu kala, saya berfikir Hindu Melayu berbeza dengan Hindu India.
PadamContohnya Hindu di India hidup berkasta-kasta. Kasta rendah dihina sehingga kalau boleh tak boleh disentuh kerana terlalu hina. Bahkan India di Malaysia pun masih hidup berkasta sebab saya dengar dari kawan bangsa India.Tidak pernah saya dengar dalam sejarah Melayu ada kasta-kasta macam di India.
Contoh lain dalam adat perkahwinan. Ada klaim sesetengah pihak bahawa adat perkahwinan Melayu berasal dari adat Hindu. Bila saya teliti dalam adat Hindu di India pihak pengantin perempuan kena membayar dowry kepada pengantin lelaki (kita boleh tengok adat dowry yang menyusahkan pengantin perempuan banyak diketengahkan dalam filem hindi dan tamil). India di Malaysia juga ada adat seperti ini. Saya tidak pernah dengar adat ini dalam sejarah Melayu. Sebaliknya dalam masyarakat Melayu pengantin lelaki yang kena memberi wang belanja (wang hantaran) kepada pengantin perempuan. Dalam adat Melayu pengantin lelaki juga kena memberi hadiah-hadiah lain kepada pengantin perempuan.
Perbezaan adat ini menunjukkan local genius masyarakat Melayu dalam adat kehidupan. Mungkin tuan blog ada kajian mengenainya?
(*MAHAR oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan diamalkan oleh orang Melayu setelah kedatangan Islam).
(** MAHAR adalah wajib)
(*** MAHAR berbeza daripada wang hantaran)
Ya, cuba lihat jiran kita di Bali. Mereka agama Hindu tetapi tidak pula menyembah patung berhala seperti agama Hindu sekarang.
PadamTanpa nama 9 oktober 2014 6.30...bagi penganut hindu tak kire dr mana pun mereka sebenarnya bukan menyembah berhala tersebut..berhala itu hanyalah menjadi simbol atau rujukan gambaran atau guidance utk mereka memusatkan tumpuan utk sembayang...dan dlm kbykan kes ukiran2x dewa dan dewi di kuil hanyalah sebagai kerja seni penghias bangunan kuil. dan budaya ini sebenarnya hanyalah ciptaan terkemudian dan bukan sebahagian ajaran asal veda tapi pengaruh msyrkt yg menganutinya dan lambat laun ajaran itu bercampur kepercayaan bermcm2x msyrkt yg menganut kepercayaan mahameru....hindu skrg adalah agam yg fleksibel dgn sudah menyerap bermcm2x pengaruh luar ke dlm ritualnya..termsuklah pengaruh dr alam melayu..
Padambyk org tak tahu pengunaan kemenyan adalah pengaruh melayu terhadap budaya ajaran ritual hindu...kemenyan pda zaman dulu hanya ada di asia tenggara..kemenan digunakan bukn saja2x tpi ada faktor kesihatan disebaliknya..bomoh2x atau pawang melayu sudah lama mengunakannya dam pelayar melayu berdagang kemenyan ini sampai ke timur tengah.
setuju dgn pendpt tanpa nama yg mengatakn golongan raja2x melayu berbeza dgn golongan rakyat...bukti dah jelas sebenarnya cuma ego saja yg menjadi penghalang utk menerimanya.
Padamgolongan raja2x dlm teks purba mereka sentiasa membuat perkaitan asal-usul mereka dgn budaya luar spt dr india parsi dan rom. ada sebab nyata tu..para pengkji sejarah majoriti kata mereka cuma membuat klaim atau menceritakan kemegahan kuasa daulat masing2xlah..kononya sekadar mitoslah..ooh tidak memang benar sebenar2xnya keturunan mereka berasal dr sana dan raja2xni bukan keturunan melayu pun.
Boleh dikatakan mereka ni asalnya adalah gol. pengembara yg berdagang jauh utk mncari kekayaan di benua nusantara timur jauh ini kerana cerita2x kekayaan hasil buminya sudah terkenal..tu pasal peta ptolemy ada tulis golden chosonese yg mengambarkn semenajung tanah melayu ni..ditambah dgn contact dgn masrkt melayu asal atau sekrg dikenai sbg austronesia yg terkenal dgn teknologi perlayaran mereka yg mampu berdagang jauh hingga ke benua afrika malah membuka penempatan spt di madagaskar.
Setelah pemgembara/pedagang/gol raja ni sampai disini mereka dgn mudah membuka penempatan dan tiada halangan dr msrkt melayu tempatan kerana org2x austronesia ini mempunyai habit yg sama dgn mana2x kaum yg bernasab ibu yg lain dan berfahaman alam ini sebagai mother earth..ibu alam semulajadi...pendek cerita dlm istilah moden melayu asal adalah befahaman animis.
dlm fahamn mereka manusia tidak boleh memiliki atau memegang hak ke atas bumi ni..tapi manusia hanya boleh meminjam dan brkongsi hasilnya...mereka ni tiada notion utk memcipta negara atau sempadan..pd org melayu/austronesia meliat rantau/dunia yg luas ini tiada limitasinya..budaya bernegara dgn smpadan ciptaan manusia ini bertentanga dgn fahaman mereka..dan akan membatasi pergerakan mereka..lagi pulak bertentangan dgn prinsip hidup mereka seolah2x manusia menakluki atau memiliki mutlak sumber alam..walhal alam semulajadi adalh sesuatu yg betul2x dihormati secara rohaniah bgi mereka.
tulah sebab susah pengkaji nak cari dimana influence melayu lokal dlm sejarah melayu..sebab bila mereka nak menkaji mereka ada patern pencarian yg sama iaitu...sebuah masyarakat bertamadun mesti ada raja..mesti ada jajahan takluk..mesti ada tentera..jadi bila melalui cara ini semuanya menunjukkn kepada pengaruh dr luar terutama dr india dan parsi..tapi ada satu bidang lagi yg perlu dikaji dan berkaitan dgn sejarah melayu iaitu atropologi..dr sini anda akan faham siapa melayu sebenar.
Melayu sebenar tiada hirarki mcm dm budaya dr india atau timur tengah atau mana2x tamadun yg kononnya berjaya..di mana mereka ada raja dan ianya turun kebahwa smpila kepd rakyat..dlm hirarki sebegini utk mengekalkan status si raja dr di rampas oleh org lain..mereka perlukan tentera utk berperang..utk mebunuh dan sekaligus bil berjaya kalahkan musuh mereka akan menjadikan musuh mereka dan keluarga musuh mereka sebagai hamba.
Dunia melayu asal tiada semua keburukan itu..dlm erti kata lain susah nak kaji sejarah mereka dgn mengunakan patern siste beraja..sistem beraja ianya hanya wujud setelah melayu menerima raja2x dr benua indiakah..parsikah..malah romkah atau tanah arab sebagai sebahagian dr msrt mereka barulah melayu pun menjadi spt mereka berperang, membunuh dan menghambakan org lain.
habis tu melayu tak bertamadun ke?..melayu ada tamadunnya..tamadun tidak semestinya diukur dhgn adanya raja saja..rasanya gambaran terbaik tamadun melayu asli yg tiada pengaruh luar adalah msrkt minakabau dgn adat perpatih mereka...tpi mereka pun byk berubah dan menerima pengaruh luar.
Saya sudah lama menjadi "Silent Reader" di blog ini ...
BalasPadamAnehnya ... walauppun sudah dikritik berkali-kali, tetapi tetap saja blog ini menjadi "asyik sendiri" dengan berbagai macam khayalan yang menggelikan dan tak masuk akal ...
Jadi betoll juga jika Dr. Farish Noor mengatakan bahwa seluruh bangsa melayu di Malaysia ini sesungguhnya adalah pendirita "inferiority disease" yang sudah parah ....
Anda perlu tahu membezakan antara 'KRITIK' dan 'FITNAH'. Kritikan adalah sesuatu yg dapat menyatakan dgn jelas beserta bukti dan alasan yg bersifat ilmiah tanpa prejudis bahawa apa yg disampaikan itu adalah salah dan perlu diperbetulkan. Manakala, fitnah adalah sesuatu yg hanya didorong oleh oleh hawa nafsu yg serakah spt rasa hasad dengki dan busuk hati tanpa membawa apa2 kenyataan berbentuk ilmiah yg boleh dicerna oleh manusia yg berakal dan waras.
PadamDari pemerhatian hamba sejak blog ini mula dibuka. Tidak satu pun bentuk kritikan yg bersifat ilmiah dapat dikemukakan oleh mana2 pembaca yg ada hanyalah semata2 fitnah yg lahir dari sikap yg rakus, hasad dengki dan busuk hati. Apa yg dapat dilihat di sini ialah terdapat segelintaran 'orang yg kecewa' yg cuba memporak-porandakan tulisan ilmiah di blog ini.
Jadi, kpd saudara di atas anda seharusnya lebih berusaha lagi spy dapat mengemukan sesuatu secara ilmiah spt mana dilakukan oleh penulis blog ini. Jika anda sekadar dapat menyalak spt seekor anjing kpd bukit dan bukit itu itu hanya tersenyum dgn kebodohan anjing itu, maka tidak ada gunanya anda mengomen di sini. carilah blog yg lebih sesuai dgn tingkat daya fikir anda bukan di sini tempat anda.
ikhlas dari hamba....
Salam Damai
Salam. Sungguh menarik fakta sejarah ini. Teruskan usaha mengkaji semoga bangsa kita lebih mengenali asal-usul drp kini yg byk diseleweng oleh para pendengki.
BalasPadammelayu semenanjung tu sebenarnya ialah bangsa pendatang dari sumatra n borneo n beberapa area kat NUSANTARA anda harus tau ape NUSANTARA itu sendiri .. bangsa asli ( orang asli ) semenanjung ialah proto melayu ( x sama ngan melayu ) berasal daripada Utara ( Hainan ) proto melayu ni didapati gak dekat siberut sippora n nias ( sumatra ). NUSANTARA itu besar, semenanjung ialah bahgian NUSANTARA . Bukan NUSANTARA bahgian semenanjung. salah bila anda tulis melayu bukan dari sumatra borneo n area sumatra lainya .
BalasPadamterimekaseh ulasan saudara... saye Melayu daripada Kepulauan Riau (Riau Lama) merasa terbantu dengan tulisan anda,,,,, saye tengah ketagih belajar hal-ihwal kerajaan Melayu, kunjungi jugak blog saye keprikita.blogspot.com (blogger pemula yang cintai Melayu dan kampung halaman tercinta)
BalasPadamoo jadi begitu sejarahnya.. makasih infonya pak, membuka pikiran saya
BalasPadamsalam paket wisata karimunjawa
belajar sejarah seni dah budaya malaka
BalasPadamkarimunjawa
informasinya sangat bermanfaat. visit back alias bw pak
BalasPadamPaket wisata karimunjawa
karimunjawa
wisata karimunjawa
Paket backpacker karimunjawa
Paket homestay karimunjawa
Paket hotel Karimunjawa
Paket nirwana resort karimunjawa
Paket honeymoon karimunjawa
agen vimax
download film terbaru
indonesia furniture
terimakasih
ok terima kasih artikelnya bagus e poll pak ,,,numpang ya ,hehehe,please karimunjawa jawa itu sangat bagus
BalasPadamDatang nya agama Islam bertambah hebat lah bangsa Melayu pada zaman dahulu orang2 memang hebat cuma zaman sekarang entah lah kenapa.......hmmmmmmmm....
BalasPadamthank
BalasPadamSuka sejarah... flashback ke sejarah lgi nih,, jadi nostalgia.
BalasPadamkarimunjawa 2 orang
karimunjawa
karimunjawa dimana
karimunjawa dimana
biaya karimunjawa
Karimunjawa untuk 2 orang
Karimunjawa hotel
Karimunjawa 2019
Karimunjawa dari Jakarta
paket Karimunjawa