Salam
sejahtera dan salam Ramadhan kepada semua. Tulisan saya kali ini mahu menyentuh
sedikit perihal pihak tertentu yang menyatakan bahawa orang Melayu dan orang
asli itu adalah satu entiti yang berbeza dan orang asli adalah pemilik sebenar
semenanjung ini. Pada pendapat saya tujuan atau niat sebenar mereka berbuat
demikian bukanlah untuk memperjuangkan nasib orang asli atau masalah-masalah
yang mendepani mereka tetapi untuk mengatakan bahawa orang Melayu itu tidak
layak diberikan status Bumiputra dan taraf orang Melayu itu adalah sama seperti
kaum lain yang dianggap sebagai pendatang.
Tidak
ada alasan untuk mereka mengatakan bahawa orang Melayu itu bukan pribumi
Semenanjung atau Asia Tenggara secara keseluruhannya. Sebelum wujudnya sempadan
wilayah negara bangsa moden seperti hari ini yang memisahkan Alam Melayu kepada
negara-negara tertentu, Alam Melayu ini tidak terikat dengan sempadan tertentu
yang boleh menghalang daripada masyarakatnya untuk berhijrah, berpindah randah
dan bertukar-tukar tempat tinggal dari satu wilayah ke wilayah yang lain di
seluruh Asia Tenggara malah hingga ke Madagaskar dan lautan Pasifik. Orang
Melayu itu adalah pelaut atau perantau kelautan yang tegar. Mereka bebas
bergerak kemana sahaja yang mereka mahu. Sifat wilayah-wilayah Alam Melayu itu
adalah fluid. Baik Sumatera, Sememenanjung, Borneo, Sulawesi dan Pulau Jawa
semuanya rumah-rumah bangsa rumpun Melayu.
Apa
yang mengikat mereka bukanlah sempadan negara sebaliknya budaya sejagat dan yang
paling penting adalah bahasa iaitu bahasa kelompok Austronesia. Hal inilah yang
menyebabkan kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa suku kaum asli di
semenanjung ini terutamanya dari kelompok Proto Malay sebagai saudara serumpun
yang dekat dengan kita. Mereka juga bernaung dibawah kelompok yang berbahasa
Austronesia sama seperti orang-orang Melayu Jambi, Champa, Jawa, Banjar, Bugis,
Makassar, Batak, Nias, Minang, Boyan, Lombok, Hawaii, Maori, Tahiti, Kelantan,
Pahang, Kedah, Pattani, Orang Sungai, Orang Kuala, Dayak Iban, Kadazan,
Melanau, Murut, Penan, Tidung, Bajau, Sulu dan banyak lagi yang tak mampu
disebut disini.
Pasangan Temuan.
Golongan
yang suka mengatakan Melayu itu pendatang atau di semenanjung yang ada hanya
Jawa, Bugis, Banjar, Boyan dan Minang bukan Melayu, perlu meneliti beberapa
perkara. Mengapa orang Bugis yang datang ke Johor dan Selangor sangat mudah
untuk menyerap budaya Melayu Johor dan Selangor? Mengapa orang Jawa yang
merantau ke Semenanjung sangat mudah berasimilasi dengan orang Melayu Johor? Mengapa
orang Banjar, Mendahiling atau Rawa lebih rapat dengan orang Melayu berbanding
dengan orang Thai, atau Burma dan Vietnam yang juga cari makan di tanah bertuah
ini? Mengapa budaya berkeris ada pada orang Sulu, Jawa, Bugis dan Melayu?
Budaya Batik dan Songket di Kelantan dan Terengganu juga ada pada orang Jawa
dan Lombok. Dan yang paling penting mengapa kita lebih faham bahasa yang
dituturkan mereka-mereka ini berbanding bahasa orang Thai, Burma, Bangla dan
Nepal?
Adakah
golongan yang kononnya mahu memperjuangkan kesamarataan hak dan keadilan ini
betul-betul kenal dengan orang asli yang sering mereka sebut dan perkatakan
itu? Atau mereka hanya menjadikan kaum asli sebagai alat propaganda untuk
mencapai matlamat politik mereka? Pastinya mereka tidak tahu pun bahawa orang
asli Proto Malay mempunyai terlalu banyak persamaan dengan orang-orang Melayu
moden sendiri. Samaada dari segi fizikal iaitu rupa paras, warna kulit mahupun
dari segi adat budaya serta bahasa yang dituturkan mereka. Jadi siapakah yang
dimaksudkan sebagai Proto Malay ini?
Sebagai
contoh suku orang asli yang dikategorikan sebagai Melayu Proto adalah orang
Jakun dan Temuan. Mereka sebenarnya adalah kelompok kaum-kaum Austronesian yang
tidak menerima atau tidak mahu menerima pengaruh tamadun samaada tamadun India,
Cina, Arab dan lain-lain yang pernah masuk ke alam Melayu. Cuba kita bandingkan
rupa paras orang Jakun dengan orang Melayu di kampung-kampung malah dengan
orang Hawaii. Lebih kurang sama sahaja muka mereka. Malah saya sering melihat
rupa-rupa yang ayu dan menawan sebujur sireh seperti yang sering digambarkan
dalam puisi-puisi Melayu lama tentang anak dara Melayu wujud pada suku kaum
Temuan dan Jakun ini. Tak percaya pergilah ke kampung-kampung mereka, anda
pasti berjumpa dengan muka-muka yang anda rasa sangat kenal dan mesra.
Kaum
Melayu Proto yang lebih maju iaitu yang kebiasaannya tinggal di pesisir pantai
dan terdedah kepada pergaulan dan pengaruh antarabangsa lama kelamaan menolak Melayu
Proto yang hidupnya berasaskan pertanian dan memburu binatang lebih jauh ke
pedalaman. Melayu Proto yang tinggal di pesisir pantai dan menjalankan kegiatan
perdagangan maritim lama kelamaan berubah menjadi Melayu Deutro. Mereka
kemudiannya menubuhkan pusat-pusat pengumpulan barang dan pengkalan yang
berevolusi menjadi kerajaan dan negarakota awal. Mungkin sejak dari itu mereka
mengaku bangsa mereka sebagai 'Malayu'.
Antara
persamaan yang paling ketara yang boleh saya tunjukkan diantara kaum Melayu
Proto Temuan dengan orang Melayu adalah bahasa mereka. Sebagai contoh saya akan
senaraikan beberapa perkataan Temuan yang sama atau mirip dengan perkataan
Melayu. Antaranya ialah:
·
Bahabah-labah-labah
·
Bangat-sangat
·
Basik-basi
·
Bercelengko-berteleku
·
Beladok-burung belatuk
·
Bi’hiang-hilang atau tak nampak
·
Bibik-bibir
·
Bisan-besan
·
Celincir-gelincir
·
Encih-rincih
·
Isau-pisau
·
Kamin-kami
Bagaimana
dengan orang asli Jakun? Adakah bahasa mereka juga mempunyai persamaan yang
rapat dengan bahasa Melayu? Sudah tentu! Saya berikan sedikit contoh dalam
perbualan harian dalam bahasa Jakun di Pahang:
AWAK
TINGGAL DIMANA?
Ajeh
duduk kat mano?
SAYA
SUKA AWAK.
Kam
suka kat ajeh.
SIAPA
NAMA MAK AWAK?
Sapa
namo mok ajeh?
AWAK
BUAT APA TU?
Ajeh
tengoh muat napa tu?
SAYA
BERASA PENAT HARI INI.
Kuk seloi arik enik.
Dari
sudut amalan dan adat istiadat juga suku kaum Melayu Proto ini sangat mirip
dengan adat orang Melayu. Contohnya masyarakat Jakun, Temuan, Seletar dan Kanaq
turut mengamalkan adat merisik, meminang malah bersanding dalam adat
perkahwinan mereka. Kenapa? Anda ingat orang Hindu sahaja yang bersanding?
Orang Asli pun bersanding. Malah mereka turut berbalas-balas pantun, memalu
gendang dan gong. Tetapi yang berbezannya dengan orang Melayu zaman kita ialah
masyarakat Jakun sangat menghormati perkahwinan dan hidup berumah tangga
sehinggakan penceraian dianggap sesuatu yang taboo dan celaka jika berlaku.
Oleh sebab itu memang susah untuk mencari orang Jakun yang bercerai kecuali
kematian pasangan.
Baik,
sekarang nampak atau tidak betapa rapatnya persamaan yang terdapat dalam bahasa
orang asli kelompok Melayu Proto ini dengan bahasa Melayu? Kalau puak-puak Liberal,
Chola dan Ultrakiasu masih tidak nampak itu bermakna mereka memang sengaja
buat-buat tidak nampak kerana tidak mahu menerima hakikat bahawa orang Melayu
itu adalah Peribumi asal Tanah Semenanjung ini sama seperti orang Asli. Tetapi
kalau ada orang Melayu sendiri yang masih buta dan masih tak nampak memang anda
petualang bangsa yang tak boleh diajar. Itu belum lagi kalau kita lihat persamaan
dalam bahasa-bahasa suku kaum Pribumi Borneo seperti Iban, Kadazan, Melanau dan
Bajau, sememangnya sangat banyak persamaan bahasa malah budaya, kerana kita
semua adalah serumpun dan tergolong dalam kelompok besar bangsa yang berbahasa
Austronesia, ingat itu Austronesia!
Sebab
itu kita tidak boleh terima hujah dangkal yang memisahkan orang Melayu dengan
orang asli di semenanjung dan membeza-bezakannya dengan pribumi Sabah dan
Sarawak. Kita dan suku kaum ini adalah serupa. Malah kajian DNA juga telah
membuktikannya. Alam Melayu malah Asia Tenggara ini adalah rumah rumpun bangsa
Melayu. Kami berhak untuk berpindah randah dari satu pulau ke pulau yang lain. Penyebaran
kami dari satu pulau ke pulau atau sememanjung tidak menjadikan kami sebagai
pendatang. Kerana semua kawasan ini adalah kawasan kami.
Suku
kaum yang datang luar dari kawasan kepulauan Melayu inilah yang boleh
dikategorikan sebagai pendatang. Kerana anda datang dari benua lain yang
masyarakatnya mempunyai budaya dan bahasa yang sangat ketara perbezaannya
dengan etnik-etnik dibawah rumpun kami Austronesia. Anda datang dari The Middle
Kingdom Tanah Besar China dan anda datang dari Benua Kecil India Bharata atau
Jambu Dwipa. Tetapi anda mengatakan bangsa anda bukan pendatang? Bukankah datuk
nenek malah mungkin ayah dan ibu anda baru sahaja menapak di bumi kami ini tak
lebih dari seratus ke seratus lima puluh tahun yang lalu? Ini sangat melucukan.
Rupa lelaki Temuan ini saling tak tumpah seperti rupa orang Melayu.
Jika
Sumatera dikatakan asal-usul Melayu, kerajaan orang apa yang wujud dari Johor
sampai ke Segenting Kra sejak beribu tahun dahulu? Lankasuka, Chih-tu, Gangga
Negara, Gelanggiu, Pan-pan, Peng keng Temasik dan Tiumah adalah
kerajaan-kerajaan orang Melayu atau orang Proto Melayu yang telah bertamadun. Ptolemy,
pelukis peta Yunani dari Mesir melabelkan Pulau Phuket di Thailand sebagai
Jung Si Lang dalam petanya tahun 157 Masehi iaitu hampir 2000
tahun dahulu. Tetapi pihak kolonial menafsirkannya sebagai 'Junk Ceylon'. Namun
nama sebenar pulau tersebut adalah berasal daripada bahasa Melayu iaitu Hujung
salang. Hal ini membuktikan orang yang bertutur dalam bahasa Melayu itu sudah
wujud di Phuket sejak 2000 tahun dahulu. Tak kisahlah mereka Orak Lawoi ke, Orang
Seletar, Jakun, Kanaq atau orang-orang Asli yang lain. Apa yang penting mereka
adalah leluhur kita. Sekian Wallah hu a’lam.
~ASJ~
kang nanti ada yg tak mengaku..malulah hapelah...dia lebih suka mengaku dia keturunan bangsa pilihan dari tanah arablah..keturunan nabilah..poodah..
BalasPadamtapi sy nak tau juga pendpt tuan blog ni..kenapa byk penghambaan orang asli dilakukan oleh org2x melayu sendiri terutama di perak pada zaman dulu..byk suku2x asli di tangkap ut dijadikan hamba..yg melawan dibunuh..yg perempuan jadi gundik..malah mereka dianggap semcm kafir oleh org melayu dulu..dan tak dilatyan seperti manusia..skrg nak mengaku leluhur pulak..ape kes ni tuan bloger?
releks beb..kita carik pencerahan pelan-pelan..biar mudah hadam..okeh..
Padamlor tanpa nama apa jauh sgt nak tgk perak zaman dulu kat kelantan sekarang kan ada org menindas org asli. ambik tanah org asli bagi kat cina. sebat balak atas tanah org asli pun ada tapi dia claim tanah kerajaan negeri tapi hasil masuk parti dan poket sendiri. org asli buat kebun dia tarah tanah org tu. mcm2 lagilah tak caya tanya org asli kat kerajaan islam hudud kelantan serambi mekah. yg buat keje bukan org biasa2 yg betaraf wali pun ada. yelah wali buat keje sapa nak marah, wali ulamak pewaris nabi. dey macha nabi mana mengajar kitab tebal2. nabi mana mengajar hakikat insan nabi mengajar Quran je satu.
Padamtapi yg buat aniaya org asli kat kelantan tu saya tak pasti pulak melayu ke tidak. pasal diorang ada yg tak mengaku melayu pun ada cuma mengaku dia islam je. Islam pun tak pasti lagi tu, silap2 ahli2 kitab je pasal banyak sgt duk karang dan mengajar kitab.
lagi satu diorang org2 melayu sendiri pun ada dianggap kapir kalau tak separti dgn dia. tang org memang dia nampak kapirnya tang dia punya kapir dia tak sedar. hudud serban korang kan tinggal janggut je kang.
Padamtapi sebenarnya melayu ni bukan dari keturunan nabi je, keturunan yahudi pun ada. bangsa melayu yg dah berkahwin campur dulu2 diorang taktau ada yg berkahwin dgn keturunan yahudi. pasal kadang2 tu dia ingat dia kawin dgn mat saleh, pakistan, arab tapi sebenarnya kawin dgn yg ada darah2 yahudi. pasal tu kita tgk byk org2 melayu ari ni suka baca kitab, gubah kitab, ubah hukum agama bawak pada dunia utk dapat kesenangan, segala apa yg dibuat dek yahudi dulu2 semua melayu hari ni ada buat cuma diorang tak sedar je. pasal tu nak kawin kene tgk keturunan supaya tak kawin dgn darah2 yahudi ni. kalau nak ikut sejarah ahli2 kitab ni byk dari org2 yahudi. kalau hari ni kita pandang berapa banyak pewaris keturunan yahudi kat malaysia ni. semuanya baca kitab mengaji kitab mengarang kitab. nak jadi pewaris nabi apa? tu sebab kalau diorang tak mengaku melayu tu dikira logik. pasal kemungkinan diorang ni keturunan ahli2 kitab.
tanpa nama 5 julai 2014 3.09pg...tak payahlah main retorik anti yahudi yg selalu jadi modal puak fanatik agama tu..yahudi dgn arab adalah dr kturunan semetik...maknanya kalau ko anggap yahudi ni darah dia jahat..samalah dgn arab..pasal soal putar belit agama..ko rasa arab tak pernah buat ke?..dlm quran pun bangsa arab ni dikutuk..sama spt yahudi jugak..melayu yg tak tau baca arab di dgr jelah tok guru yg memang mentaliti tahap pondok je..terikut2x membenci yahudi..
Padamko tgoklah betapa bengapnye arab zaman skrg..taksub agama sampai membunuh pi=un dihalalakan..semua politik arab je ni..arab yg pandai dan sedar mereka perlu berhijrah ke dlm masyarakat yg lebih bertamadun adalah mereka yg terdedah dgn tradisi akademik barat...semua pelarian arab nak lari pun nak ke negara barat..yg nak pergi australia ikut jalan laut dan darat..takde yg nak menetap kat malaysia atau indonesia..biarpun kedua2x negara ni di dominasi org beragama islam..nak juga ke negara kapir australia yg jauh lebih baik.
Ko pasti ke melayu hari ni islam? Malaysia ni yg aku tgk islam ada kat nama bank, universiti, parti, tudung fesyen islam apa melayu ni tak terikut ikut ke?
PadamAku takdelah nak benci membenci cuma aku tgk apa yg berlaku hari ni. Quran mana yg sebut arab kene kutuk? Apa melayu ni Allah taala tak kutuk ke?
Kalau tak kene kutuk apa yg byk sgt bala melayu dapat hari ni? Dari kemarau, banjir, panas melampau dan paling memalukan org melayu pegi mekah kene halau dgn ribut pasir dekat padang arafah. Aku rasa melayu lagi byk kene kutuk hari ni. Cuma diorang perasan Allah tu suka je dgn diorang.
Lagi pun hari ni mmg ramai pun melayu rasa dia umat pilihan dan bangsa terpilih. Dia dipilih oleh kaum dan puak2 sendiri menjadi wali dan ulamak. Atas alasan dia org kuat agama dan byk ngaji kitab. Atas alasan dia dekat dan kenal Allah Taala. Tu yg ada berani letak Allah Taala samseng. Apa korang ingat Allah sama ke perangai mcm kau nak buat suka2 hati? Apa kau ingat Allah Taala takde budi bahasa ke?
PadamUlamak wali semua Allah yg tentukan, kalau puak sendiri yg tentukan tu ulamak perasan. Wali Allah mana ajar dan tulis kitab main ikut suka2 hati. Arab tu bengap2 pun ada jugak benih diorang yg jadi nabi.
Apa yg bagusnya pulak dgn tamadun barat ni? Sedang byk buat huru hara dunia hari ni pun semua bermula dari barat. Cuma diorang frame mcm diorang tu pengaman, mencetus kemajuan dunia, pandai mencipta, maju sedang hakikatnya dari diorang berpunca segala permasalahan dunia hari ni. Tgk la kebebasan hidup diorang walau maju mana sekalipun tetap mengundang kerosakan pada manusia dan alam. Cuma media ni je mewar warkan diorang bagus. Kalau dlm Quran tu sebut bangsa yg dikatakan maju dan bermewah mewah ni semua sampai masa dibinasakan jugak akhirnya. Cuma masa je la tentukan. Kalau kau tak caya kau tgk lah sendiri tinggalan tamdun firaun tgh padang pasir. Hancur binasa semuanya, piramid dgn keranda emas je yg tinggal.
Padamapa bagusnya tamadun barat?..banyak..tak payah ceritelah..internet & komputer yg kau guna utk berhubung dgn org lain ni pun cipt..barat dan yahudi...ape kau rasa islam tu hebat sgt?..tak hebat pun...tamadun islam jatuh sebab mengabaikan ilmu yg praktikal di dunia ni..semua sibuk nak mati..fikir hidup lepas mati sampai satu tahap menganggap dunia itu buruk..dan tak guna utk membuat kemajuan di dunia.
Padammemang semua tamadun akan berakhir tetapi tradisi ilmu itu kan berterusan utk dijadikan panduan generasi seterusnya..negara atau empayar boleh dtg dan pergi..tapi ilmu itu...kau nak banding ilmu tok arab unta yg byk unsur dogeng dlm kitab2x mereka...dgn kajian tradisi ilmu barat yg lebih releven dan realistik...mcm langit dan bumi..
kau pernah fikir kenapa zaman tradisi ilmu islam terhebat adalah ketika era islam andalus dan di era abasiah terutama era al makmun baghdad ketika fahaman mutazillah di angkat sebagai fahaman rasmi..sikap terbuka mereka dgn semua tradisi ilmu dr yunani sampai hindu.tu yg buat mereka maju dan dt membina tamadun..
tapi akhirnya mereka kalah kerana perebutan kuasa di kalangan pembesar yg tamak yg tak peduli pun pasal perkembangan ilmu..pembesar yg hanya sukaberperang meraas tanah org lain dan menjajah mengenakan cukai tanap sebrang inovasi tuk membantu meningkatkan hidup rakat..pembesar yg kemudian lantik tok guru ugama utk mrngawal masyarakat dgn cerita dogene agama spt yg dibaut ketika era zaman gelap eropah oleh kerajaan2x fuedal barat..brainwash maysrakatnay supaya redha kononya dgn hidup mereka yg susah dan setia pada raja mereka..sebagai balasan dptlah masuk syurga...
org islam tak akan dpt maju kalau main isu remeh spt isu aku lebih islam..isu mengkafir org lain...mcm yg terjadi dgn ibnu sina...by org islam selepas era khalidfah al makmun menghina dia mengatakan dia kafir..dan mcm2x..sampai sekrg kata dia syiah jahat..sumbangan dia dlm sains yg di akui oleh barat org lupa..org islam pun tak tau psl dia..lebih2x skrg ada segelintir menolak dia kerana dia shia..tak habis2x dgn sekterian agama..berckp hal media..kita sebagai manusia boleh guna oak utk menilai..itu pun ada kata haram guna akal..bukan susah nak tahu berita mana yg berat sebelah dan berita mana yg betul2x bercerita tentang kemanusiaan.
apakah manusia spt rachel corie yg bukan beragama islam tapi mati oleh jentolak israel keran mempertahankan rumah2x org arab palestin yg ditindas dan dirampas tanah mereka akan msuk neraka?..kalau tok guru isle mesti kata masuk neraka..sebb dia tak mengucap syahadah..mana islamnye?
Pada diri aku Islam tu cukup utk pegangan dan kehidupan aku. Boleh la aku amal dr hidup sampai mati namun bukan utk cari kehebatan walaupun aku tau kehebatan segala ilmu dlm dunia ni berpunca dari sebuah alquran. Pada aku dunia ni takdelah buruk mana pun melainkan hanya satu tempat yg bersifat baharu yg tak kekal. Kalau takde internet dgn hp dulu pun aku masih hidup dgn aman damai tak mcm hari ni yg byk huru hara. Jadi apa sebenar nilai kemajuan, teknoloji, invention di mata manusia hari ni bila aku tgk dgn senapang dan pointed laser missile ciptaan manusia kebanggaan kau dgn trigger happynya membunuh org sesuka hati?
PadamApa kau tak tgk ke hari ni pembesar2 dan penguasa kat barat tu mengulang semula perbuatan org dulu2 yg suka berperang, menceroboh, memfitnah, menyalahguna cukai rakyat sendiri utk beli senjata membunuh dan mcm2 lagi. Kau jgn igt diorang tu tak mendongengkan bible, alquran, taurat dan segala mcm kitab2 agama kat dunia ni. Semua diorang ada buat. Cuma diorang pandai sembunyikan itu saja. Tapi org kata bangkai gajah takleh nak tutup.
Islam tak penah halang manusia utk maju berjaya tapi diingatkan jugak supaya siapkan diri utk kehidupan akhirat pasal kat sana Dia ckp lebih baik dan kekal. Jadi Dia tak ckp pulak dunia ni sbg alat dan tempat utk ukur kejayaan individu. Ada kau penah dgr tentang tu? Taktaulah hidup kau mmg nak tinggal kat dunia selamanya bersama teknoloji yg kau ada aku tak pastilahkan. Sukatilah itu pilihan kau.
Rachel corie masuk surga ke tak aku tak dpt pastikan sedang kau pun aku tak dapat pastikan surga neraka sebab kau sendiri yg pilih. Sebab yg aku tau masuk surga ni bukan pasal kita pertahankan rumah org, negara org, masjid palestin atau apa juga tanah org kampung. Surga tu ditentukan Allah atas kebenaran yg dia pilih. Ucapan syahadah benar maksudnya. Islam yg diletakkan atas diri sendiri dan diakui kebenarannya.
He he...
PadamGaduh sakan nampak kat ataih nuu...
Ke gaduh sorang-sorang nih?
sebenarnya kau patut bangga yg org melayu ni walaupun tak hebat zaman sekarang ni tapi sebenarnya mereka maju. nak cakap pandai cipta iphone tu taklah. tapi dari aspek lain mmg diorang dah maju. cuba kau tgk tabung haji tu camana majunya dibangunkan dek melayu. dah ada bangunan tinggi, hotel komersial, ladang kelapa sawit, projek perumahan dan segala mcm bisnes lagi. itu tandanya melayu ni bijak dan maju dgn hanya menggunakan rukun dan amal ibadat islam sahaja diorang boleh dapatkan keuntungan dan kemajuan dunia. ini bukti melayu malaysia maju. sedang yg aku tau nabi dulu buat haji tu utk amal ibadat dia je, tapi melayu boleh buat duit dan keuntungan. belum cerita bab tour umrah melayu lagi, antara industri besar jugak tu zaman sekarang ni.
Padamkau tgk pulak nanti habis bulan puasa ni diorang kutip zakat fitrah banyak2 dan simpan utk laburkan di mana2 tempat yg berpotensi mengembalikan keuntungan dari duit zakat yg diorang labur. ini juga salahsatu contoh kemajuan yg diilhamkan cendekiawan melayu dgn hanya bermodalkan rukun islam jugak, tapi yg hebatnya diorang boleh buat untung. Ini perkara mungkin yg kau tak berapa nampak. tak caya kau tanya yayasan taqwa brp banyak hasil pelaburan terkumpul setakat ni. ada diantara majlis agama melayu ni dah pandai melabur lagi walaupun sebenarnya keje dia menjaga hal ehwal agama je pun. jadi dapatlah jugak diorang build up bangunan tinggi utk menjadikan mrk maju.
kalau aku nak cerita kemajuan melayu malaysia ni byk sebenarnya. semua guna nama islam belaka. hari ni aku tgk ramai yg duk cari firaun hilang kat laut mana? firaun mana yg kene tenggelam dlm laut? dan mcm2 lagi diorang nak tau pasal firaun. soalan mudahnya kalau nak faham tanya kaum melayu hari ni apa sebab firaun tu kene azab? apa yg firaun buat sampai dia kene azab? apa keadaan zaman firaun tu sebenarnya? nanti aku sambung jawapan firaun ni. banyak jugak aku tgk org2 melayu perangai mcm gang2 firon ni.
sebab ada pemimpin dan orang melayu yg jahil la jadi gitu....dan memang betul la mereka kafir...mungkin di negeri perak pernah berlaku perkara begitu tapi di negeri lain elok je....yg itu ken abaca sejarah negeri perak dan tanya orang perak sendiri....negeri sembilan mengangkat martabat org asli sebagai pembesar...di pahang org asli ditakuti dan dihormati malah kalau nak masuk hutan dan buka tanah kena minta izin depa dulu....perhambaan ni bukan berlaku pada org asli sahaja zaman dahulu...org melayu sendiri pun diperhambakan....lagi banyak dari org asli....jadi ia isu berlainan dan tiada kaitan dengan samaada orng asli itu leluhur kita atau tidak....isu perhambaan ni universal...apabila kajian dah dibuat maka dah tahu bahasa mereka itu adalah leluhur maka itulah kesimpulannya...sesuatu fakta atau maklumat itu boleh berubah apabila dijumpai bukti2 baru....kalau nak ikutkan seluruh dunia orang asli didiskriminasikan...di USA...di jepun orang Ainu pun didiskriminasikan oleh org jepun yg kita anggap sanngat moden dan bertamadun tu...mana2 org jepun yg kawin dagn org Ainu akan diejek kuno atau org asing...hinggakan orag Ainu sendiri takut mengaku sebagai Ainu....di china pun sama...di taiwan...di eropah....apabila manusia itu mencapai satu tahap ketamadunan maka dia akan melihat masyarakat lain yg kurang bertamadun sebagai inferior bagi mereka danmerasakan mereka tidak layak diletak setaraf dgan mereka....kalai ikut fahama org china lama...semua bangsa didunia ni org kuno dan gasar dan bangsa mereka je lah yg bagus....begtulah penjelasannya.
PadamINI BUKAN MASALAH BANGSA PILIHAN ATAU BANGSA TERHEBAT LAH MUNKUK HUYUNNN... IANYA ADALAH KAJIAN KES,ASAL-USUL PRIBUMI NUSANTARA,segala persoalan di luar kes,dipanggil buang kes,sama lah dengan kes anda yang terlebih sudaaah...
PadamBANGSA PENDATANG ni memang tak reti bahasa,tak kisah nak bercakap guna bahasa apa sekali pun,dah namanya pun pendatang....BANGSA MELAYU menggelarkan orang asal di bumi melayu,umumnya MASYARAKAT ORANG ASLI MERUJUK KEPADA ORANG MELAYU ASLI TIDAK KIRA IANYA DARI SUKU MANAPUN!!!.... SAMADA JAKUN,SEMAI,DAYAK DLL..manakala bangsa pendatang yang tidak reti bahasa ni turut sama mengelarkan mereka orang asli seolah-olah mereka sebahagian dari asal keturunan MEREKA juga,maka berlakulah segala kekeliruan segala bagai...OLEH ITU WAJARLAH MEREKA BUAT KAJIAN DI NEGARA ASAL MEREKA UNTUK MENCARI ASAL USUL MEREKA bukan menghina dan menghasut bangsa malayu PENDATANG..!!!!ADAKAH MASIH WUJUD ORANG ASLI DI BENUA KELING ATAU TANAH BESAR CHINA????tak kiralah dari suku-suku mana pun????
panji2x hitam...di china dan india berlambak etnik pribumi kaum bukit yg sama status dgn org asli di malaysia ni...lagi pula memang byk melayu yg tak suka dikaitkan dgn org asli..yg dorang anggap mundur dan kuno...sampai sekrg pd lidah anak2x melayu kata-ata cacian spt SAKAI, DAN JAKUN masih digunakan utk mengambarkan seseorg itu kurang bertamadun atau bodoh..jadi kenapa wujud perpisahan dlm diri mereka yg tidak mahu disamakan..septutnya kalau betul orang asli ni betul leluur mereka sepatutnya dihormati..satu2x kelompok asli yg mungin dihormati adlah kaum asli di negeri sembilan yg menjadi menghasilkan kaum biduanda..di empat lain..di hina2x saja..
PadamAda hati nak mengunakan org asli utk kepentingan politik masing2x..sudahlah..majoriti melayu skrg adalah sperti org yg membuang saudaranya iaitu org asli..tapi bile soal sejarah dibangkitkan yg boleh menunjukkan ligitimasi mereka di tanah semenanjung ni mulalah nak mengunakan org asli...lepas tu habuk pun tak ada...hina lagi org asli.
mengaku sajalah keturunan kau dr tanah arab...MPURAN arab..bukan lluhur tunggal pun tpi berdarah campur..berjuang jaga tanah arab..tanah asal moyang leluhur engko tu kaan...
nama pun panji2x hitam mesti kau percaya hadis karut tentang pajni2x hitam dr timur bagai tu kan?...budaya org asli dipijak2x di hina..budaya arab dilebih2xkan...ko jgn risau aku ni bukan cina atau india tapi melayu jugak...tapi aku tak suka hipokrasi org melayu..sejarahwan melayu juga majoritinya lebih bersifat politikal sama ada pro pemerintah atau pro pembangkang bukannya betul2x ikhlas nak menjaga sejarah SEBENAR..
kesian melayu asli kita.
geng panji2x hitam tak berminat nak buat keje2x mengarut smua tu. diorang smua tu ada tugasan yg jelas
PadamSepatutnya Phuket dan Songkhla berada di bawah pemerintahan Malaysia. Isu keselamatan di Selatan Thai akan selesai apabila Phuket dan Songkhla serta wilayah-wilayah berhampiran berada di bawah pemerintahan Malaysia.
BalasPadamLeluhur Melayu telah lama wujud jauh terlebih dahulu sebelum diturunkan ninda Adam a.s. kemuka bumi ini.
BalasPadamhadam dengan perlahan.
Tanpa nama 4 julai 2014 9.25 PTG, lol, yg ko sebut tu bkn leluhur melayu maa.. Tu leluhur umat manusia.. Pelajar pelan2 arr.. :)
BalasPadam'master race'..pelan2 layan...
BalasPadamrocky de Langat says: melayu sebagai satu bangsa sudah cukup ciri2 nya bagi pendekatan Anthropologi yang selama ini hanya mengiktiraf 4 bangsa utama dunia; disiplin anthropologi pula sejenis ilmu dangkal ciptaan yahudi Kristen untuk menolak perkembangan bangsa dan kaum utama yang bermula dari gelombang evolusi pertama dari nabi Adam dan evolusi kedua dari Nabi Nuh yang tentunya berasakan kebenaran al Quran; sejauh ada yang menyatakan Melayu adalah galur salah satu anak nabi Ibrahim dengan Keturah , isteri ketiga baginda; wujudnya bangsa melayu ini yang berevolusi berates ribu tahun sebagai bangsa perantau keseluruh pelosok dunia (cuba fikir ada suku "asli" di Scandinavia. Iceland, Greenland, Amerika Utara dan Amerika Selatan, Pulau Hokaido utara Jepun, di Taiwan, kawasan Siberia dan utara Rusia yang kulit cokelat dan tinggi purata 5.4 kaki! Malay Prof Wu Min Aun mengakui bangsa melayu menduduki semenanjung Tanah melayu sejak lebih 50 ribu tahun lalu! pendatang bejadahnya! Sedangkan sekitar asia tenggara ni adalah milik bangsa melayu; bukan india dan china; kalau ada sejarah empayar Lemuria sekalipun, penghuni gugusan kepulauan sebelah tenggara tetap bangsa melayu walau apa ugama dia sekalipun. melayu menjadi bangsa yang paling bertuah didunia kerana selama ini mendapat segala kelebihan dari Allah swt (walaupun tak ada Nabi/Rasul dari bangsa melayu- haji Kahar tu nabi lalok- tak boleh pakai punya) atas sifap kesederhanaan dan budaya /akhlak yang selari dengan ajaran Islam; namun kini bangsa melayu telah LUPUT DAN HILANG DARI MUKA BUMI!!!!
BalasPadamBANGSA PENDATANG ni memang tak reti bahasa,tak kisah nak bercakap guna bahasa apa sekali pun,dah namanya pun pendatang....BANGSA MELAYU menggelarkan orang asal di bumi melayu,umumnya MASYARAKAT ORANG ASLI MERUJUK KEPADA ORANG MELAYU ASLI TIDAK KIRA IANYA DARI SUKU MANAPUN!!!.... SAMADA JAKUN,SEMAI,DAYAK DLL..manakala bangsa pendatang yang tidak reti bahasa ni turut sama mengelarkan mereka orang asli seolah-olah mereka sebahagian dari asal keturunan MEREKA juga,maka berlakulah segala kekeliruan segala bagai...OLEH ITU WAJARLAH MEREKA BUAT KAJIAN DI NEGARA ASAL MEREKA UNTUK MENCARI ASAL USUL MEREKA bukan menghina dan menghasut bangsa malayu PENDATANG..!!!!ADAKAH MASIH WUJUD ORANG ASLI DI BENUA KELING ATAU TANAH BESAR CHINA????tak kiralah dari suku-suku mana pun????
BalasPadamya btul melayu memang hebat, tahun 1990an bnyak lagu2 melayu yg hebat terbit di cerong cerong radio, dgn lirik2nya yg brpuitis mnambahkan lagi best gilernya.. hehehe
BalasPadamterima kasih ada kajian seperti ini menerangkan dengan tepat siapa orang melayu itu.
BalasPadamBorneo bukan tanah melayu,kadazan dan dayak juga bukan orang melayu..kami pribumi borneo bukan melayu
BalasPadamملايو برڤردو إيندوقڽ نن توڠگل كتورونن ابراهيمي للوهور كاتُهورا؟ دستيڤ ڤلوسوق سمودراـ جڠگل برتابوران دكڤولوان كـ..لمبه دراراواتي
BalasPadamڤرموكأن موارا ي
Saya sangat setuju bhwa melayu itu adalah suku pendatang di negara ini, (benggal, arab, bangla afrika etc ) yakni melayu genetik yahudi suku manipulasi oleh bgsa mereka sndri, melayu suku penyangak dan penjajah identiti leluhur nusantara orang asli / dayak tulin (dialek mlyu) bukn (kaum).. Kerakusan melayu menjajah melalui idealisme agama dan sultan(mastermind manipulasi) suku melayu lanun (Melayu=laut) itu sndri.. MELAYU SUKU TIDAK BERTANAH BUKANLAH ETNIK ASAL NEGARA INI tapi telah dimanipulasi secara akademik kotor. Sejarah Hindu tenggara jauh lebih awal dari Melayu.. Dan Sejarah kprcyaan rumpun suku Dayak nusantara (kaharingan) jauh lebih purba dari hindu.. Melayu penjajah hanyalah pendatang baharu sekitar 500-600 tahun. Buktinya melayu tidak ujud padanya budaya dan loghat ibunda (primitif) sbg bukti leluhur suku asli dan tulin ngra ini... GEN MELAYU ITU ADALAH GENETIK SUKU PENDATANG YG LICIK BERAKAL KOTOR, JIJIK DAN NAJIS!!!
BalasPadam