Isnin, 16 Jun 2014

SILAT HAWAII


Golongan elit dan pahlawan Hawaii yang lengkap dengan pakaian kebesaran.


Salam dan sejahtera. Beberapa orang rakan bertanya saya mengenai asal usul silat. Saya sendiri juga masih membaca dan mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Ada pihak yang membuat andaian bahawa silat itu berasal daripada seni beladiri masyarakat luar nusantara atau tamadun lain yang lebih maju seperti China dan India yang terkenal dengan seni beladirinya. Malah sering disebut-sebut oleh pihak tertentu yang silat itu asalnya sama seperti Taek Won Do dan Karate yang berasal daripada Kung Fu Shaolin. Manakala Kung Fu Shaolin pula dikatakan berasal daripada seni beladiri India yang dibawa masuk oleh seorang pendeta bernama Bodidharma. Ada juga yang berpendapat bahawa silat adalah gabungan daripada seni atau teknik beladiri masyarakat tempatan dengan teknik beladiri dari China dan juga India.

 

Walau apa pun jawapannya, saya percaya bahawa bangsa Melayu juga mampu mencipta seni beladiri mereka sendiri yang bercirikan kepandaian lokal atau Local Genius tanpa perlu mempelajarinya daripada bangsa-bangsa lain. Namun ini tidak bermakna tidak wujud  sejenis seni beladiri Melayu yang menerima pengaruh dari bangsa luar, contohnya Silat Kuntau yang dipercayai berasal dari China. Namun tidak semua seni beladiri masyarakat rumpun Melayu itu berasal dari tamadun luar. Saya percaya sebahagian besarnya adalah hasil kreativiti dan inisiatif masyarakat tempatan sendiri bagi mempertahankan diri dan kaum keluarga mereka dari sebarang ancaman samaada dari dalam ataupun luar. 

 

Mengapa saya berpendapat sedemikian? Kerana terbukti memang wujud masyarakat rumpun bangsa Melayu yang mempunyai satu seni beladiri tersendiri yang terasing daripada tamadun-tamadun besar dunia. Seni beladiri yang saya maksudkan adalah dari orang Hawaii iaitu Lua. Bangsa Hawaii adalah saudara serumpun kita yang berada dalam kelompok besar manusia yang berbahasa Austronesia. Malah jika kita lihat rupa paras mereka juga saling tak tumpah seperti rupa orang-orang  rumpun Melayu yang lain. Budaya mereka juga adalah budaya kelautan seperti sebahagian besar masyarakat rumpun Melayu.



Bagi mereka yang selalu menonton filem-filem barat mengenai Hawaii atau kepulauan Pasifik, mereka pasti dimomokkan dengan gambaran kecantikan, keindahan, ketenangan dan sifat lemah lembut serta mesra orang Hawaii, ditambah pula dengan alunan musik yang mengasyikkan disertai dengan persembahan tarian Hula yang meliang liuk serta menggoda. Pasti tidak terbayang difikiran mereka bahawa orang Hawaii mempunyai satu seni beladiri yang ampuh malah menggerunkan musuh sehinggakan ada yang menyebut bahawa seni beladiri Hawaii adalah yang paling merbahaya di dunia. Hal ini bukanlah sesuatu yang pelik bagi saya kerana kita tahu bahawa saudara-saudara kita di Pasifik ini memang sangat mahir dalam ilmu peperangan, lihat sahaja pada masyarakat Maori yang selama berpuluh tahun melawan dan menentang penjajahan bangsa Eropah dengan berbekalkan ilmu beladiri tradisional mereka sendiri (tak dinafikan yang mereka juga akhirnya menggunakan senjata api seperti musuh mereka).

 

Apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai Lua? Lua adalah nama umum bagi seni beladiri tradisional Hawaii yang merangkumi pelbagai stail dan teknik. Antara teknik yang terangkum dalam Lua ialah teknik mematah tulang, mengunci sendi, menghumban, memanipulasi titik tekanan badan, pukulan tangan kosong, penggunaan senjata, strategi peperangan, seni perang diatas air dan ditambah dengan seni bermain senjata api pada zaman kemasukan pengaruh senjata api ke Hawaii. Pendek kata seni Lua adalah sebuah seni beladiri holistik atau menyeluruh yang hampir sama seperti beberapa jenis seni beladiri Melayu di nusantara seperti Silat. Malahan menurut pendapat sesetengah ahli seni beladiri, teknik tangan kosong dan kuncian Lua juga mempunyai  persamaan dengan seni beladiri Jepun moden seperti Judo dan Jujitsu. 

 

Dalam masyarakat Hawaii setiap anak muda pasti pernah mendengar kisah-kisah hebat para pahlawan nenek moyang mereka yang menggunakan seni Lua dalam pertempuran sehinggakan ianya menjadi lagenda turun temurun sepertimana ilmu silat dalam masyarakat Melayu. Pada zaman dahulu rahsia ilmu Lua hanya diturunkan kepada orang-orang yang terpilih sahaja terutama golongan diraja, pengawal elit diraja, panglima-panglima tentera, pahlawan profesional dan para bangsawan. Hal ini juga sama seperti tradisi silat di nusantara yang pada awalnya hanya diajar kepada golongan tertentu terutama yang dekat dengan Istana. Kebiasaanya Lua akan dipertandingkan diantara kampung-kampung di Hawaii ketika musim perayaan Makahiki atau perayaan untuk dewa Lono iaitu dewa pertanian. Perayaan ini biasanya berlansung selama tiga bulan atau lebih. Dalam tempoh tersebut semua masyarakat tidak perlu turun berkerja sebaliknya mereka digalakkan untuk bergembira dan berkenduri sepuas-puasnya.

 
Macam muka bapak saudara saya..:).


Namun demikian teknik atau jurus sebenar Lua tidak dipamirkan dalam keramaian ini kerana seperti yang saya sebut tadi hanya golongan tertentu sahaja yang mempunyai ilmu rahsia tersebut. Sebaliknya dalam keramaian ini bentuk Lua yang lebih umum iaitu Momoko yang menyerupai gusti atau tinju dipertontonkan untuk hiburan khalayak ramai. Seperti kebiasaan dimana-mana tamadun di dunia kecuali tamadun Islam mungkin, pertaruhan atau perjudian dikalangan penonton adalah perkara biasa malah ada yang mempertaruhkan rumah dan isteri mereka. Pertandingan momoko ini pernah dilihat sendiri oleh kru kapal Kapten Cook yang merupakan orang Eropah pertama sampai ke Hawaii. Pertarungan kebiasaanya disertai dengan ejek-ejekan diantara lawan dan antara ejekan yang popular ialah ‘makan tahi ayam! Setiap peserta juga ditemani oleh seorang pawang atau Kahuna yang bertindak seperti ‘coach’ yang bertugas untuk memberi motivasi dan membaca mantera-mantera tertentu.

 

Mengenai ilmu Lua yang menjadi rahsia turun temurun ini, hanya pada tahun 1865 barulah ada catatan mengenainya yang ditulis oleh seorang Eropah. Menurut catatan tersebut Lua hanya diajar kepada orang yang dapat mengawal kemarahan dan hanya boleh digunakan untuk mempertahankan nyawa. Menurut lagenda, seni beladiri Lua memerlukan seseorang itu mempunyai pengetahuan dalam anatomi, physiologi malah hypnotism atau ilmu pukau dan ilmu telepathy iaitu ilmu membaca fikiran. Jika kita perhatikan, ciri-ciri dan persyaratan yang terdapat dalam Lua hampir sama seperti dalam seni silat Melayu. Malahan para pengamal Lua akan mencukur seluruh bulu di badan serta melumuri badan mereka dengan minyak kelapa sebelum berperang. Hal ini adalah bagi menyukarkan musuh untuk memegang atau menangkap badan mereka. Pengamal lua juga akan diajar ilmu Lomilomi atau mengurut malah Lua juga mempunyai ritualized combat atau seni tari seperti latihan bunga tari dalam silat, dalam bahasa Hawaii ia dipanggil sebagai Hula. Hula yang dimaksudkan termasuklah Hula seperti yang sering kita tonton di kaca television dan tarian-tarian lain yang dijadikan asas latihan dan senaman dalam Lua.

 

Dalam sejarah Hawaii tiadak ada tokoh yang lebih terkenal dalam ilmu Lua selain raja-raja mereka sendiri terutamanya raja Kamehameha. Kamehameha terkenal dikalangan sejarawan sebagai The Napoleon of The Pacific kerana kejayaan beliau dalam menyatukan seluruh wilayah kepulauan Hawaii melalui beberapa siri peperangan yang hebat sekitar tahun 1790 hingga 1810. Kamehameha dikatakan telah mendirikan tiga buah sekolah beladiri Lua yang terkenal. Sesebuah sekolah Lua itu akan dikelolai oleh seorang Kahuna yakni Pawang atau pendita agama kuno Hawaii. Seorang Kahuna yang mahir dalam Lua mestilah memahami ilmu anatomi terutama mengenai kedudukan saraf tertentu dan otot-otot penting dalam badan. Mereka percaya bahawa perut adalah asas bagi segala kekuatan atau pusat tenaga. Konsep ini sama seperti dalam seni beladiri Jepun Aikido dan beberapa lagi seni beladiri lain dari seluruh dunia.

 




Seorang pakar seni beladiri Jepun iaitu Prof Henry S. Okazaki, pernah menyatakan bahawa, walaupun Lua mempunyai banyak persamaan dengan beberapa seni beladiri Jepun, namun teknik yang terdapat dalam seni beladiri Hawaii tersebut adalah lebih berkesan. Menurut pengamal Judo moden pula Lua boleh dianggap sebagai  satu seni beladiri paling ganas yang pernah dicipta dan digunakan oleh raja-raja serta para pengawal elit Hawaii. Dalam sesebuah peperangan Hawaii, pertarungan atau pertempuran itu berlaku sangat pantas, dan sengit. Sebagai contoh dalam peristiwa penaklukan pulau Maui oleh para pendekar Oahu. Dalam pertempuran tersebut hanya dua orang yang terselamat daripada 800 orang pahlawan yang terlibat.

 

Jika di medan perang kebiasaannya pengamal Lua akan bergantung kepada beberapa jenis senjata seperti lembing, terbil, cokmar malahan senjata dari batu. Selain itu terdapat juga senjata lain seperti pendayung, pisau gigi jerung, kayu panjang, dan sejenis senjata seperti buku lima yang namanya juga berbunyi seperti bahasa Melayu iaitu Kuekue Lima, malah senjata buku lima juga digunakan dalam sesetengah silat Melayu. Kalau dalam silat Melayu ada ilmu unik yang diberinama seni Cindai, dalam Lua pula ada satu teknik yang hampir sama iaitu teknik tali penjerut. Tetapi jika semua senjata-senjata ini terlepas dari tangan atau dirampas musuh, maka masa inilah akan digunakan teknik-teknik rahsia tangan kosong. Dalam Lua juga ada seni bermain kayu yang dipanggil sebagai Kakalaau. Seni ini menggunakan kayu berukuran enam kaki dan hampir serupa dengan seni Kendo dan Bujutsu Jepun. Namun dalam seni Kakalaau tiada sebarang protection atau baju pelindung yang digunakan. Selain daripada menggunakan batu biasa, kayu dan gigi jerung, terdapat juga senjata yang diperbuat daripada batu Jed.

 


Satu perkara yang paling menarik dalam Lua adalah teknik menangkap senjata lontaran atau jarak jauh seperti lembing, panah, malah terbil. Menangkap lembing dan anak panah yang dilontarkan oleh musuh adalah salah satu kemahiran tertinggi yang harus ada pada seorang pengamal Lua. Raja Kamehameha dikatakan mampu untuk menangkap sebanyak 12 batang lembing yang dilemparkan kepada beliau. Saya pasti teknik menagkap lembing ini juga ada dalam silat Melayu kerana saya pernah terbaca mengenai ilmu menangkap rejaman lembing dengan mata tertutup dalam silat Melayu. Selain sebagai seni beladiri, Lua juga sering dipraktikkan oleh golongan elit Hawaii sebagai satu cara untuk mendisiplinkan diri, menyihatkan badan dan membentuk keperibadian sepertimana dalam seni silat. Selain itu Lua turut mengandunngi sejenis teknik tenaga dalaman dan senaman khusus bagi mengumpul tenaga ghaib yang dinamakan ‘Mana’. Konsep Mana hampir sama dengan konsep Chi dalam amalan Tai Chi dan Chi Qung.

 
Latihan menangkap lembing.


Sehingga hari ini seni beladiri Lua sebenarnya sudah semakin pupus. Kepupusan ini bermula sejak kemasukan para mubaligh-mubaligh kristian yang memperkenalkan agama Kristian kepada masyarakat Hawaii pada 1820. Malahan sebahagin besar kebudayaan tradisional Hawaii hampir punah disebabkan hal yang sama. Dikatakan juga faktor lain yang turut menyumbang kepada kepupusan seni beladiri ini adalah dengan kemasukan senjata api yang dibawa oleh penjajah barat. Charles Kenn seorang ethnographer barat telah berjaya mengumpulkan cebisan-cebisan yang masih tinggal daripada seni Lua ini dan beliau dikatakan telah mengajarkan teknik-teknik rahsia Lua kepada seorang pengamal Jujitsu Hawaii. Sekitar 1960 an Kenn kemudian mengajarkan pula Lua kepada Jerry Walker dan dari situ Walker telah cuba mengembangkannya kembali sehingga sekarang. Walaupun Lua semakin pupus namun legasi Lua sebagai sebuah seni beladiri lagenda masih berlegar dikalangan masyarakat Hawaii hingga sekarang sepertimana segarnya lagenda Hang Tuah dengan kehebatan silatnya dalam masyarakat Melayu. Malahan banyaknya persamaan diantara amalan Lua dengan amalan silat Melayu membuatkan saya terfikir adakah kedua-dua seni beladiri ini datang dari akar yang sama atau ianya secara kebetulan? Wallah hu a'lam.


Dapat disimpulkan bahawa kewujudan Lua sebagai satu seni beladiri yang terasing jauh dari sebarang pengaruh seni beladiri utama dunia seperti dari China mahupun India, menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat itu walau terasing juga mampu untuk menghasilkan satu seni beladiri hebat dengan kreativiti dan kepandaian lokal mereka sendiri tanpa perlu bergantung kepada ilmu dari tamadun luar. Hal yang sama juga mengukuhkan lagi pendapat yang mennyatakan bahawa silat itu adalah seni beladiri asli hasil ciptaan masyarakat nusantara. Jika masyarakat yang jauh daripada tamadun lain seperti di kepulauan pasifik mempunyai seni beladiri unik dan tersendiri yang terbentuk secara insitu, mengapa tidak seni beladiri masyarakat Melayu? Dalam beratus-ratus aliran silat yang wujud di Malaysia, Brunei, Thailand dan Indonesia saya pasti hanya beberapa buah sahaja yang mempunyai akar dari seni beladiri bangsa luar dan selebihnya adalah hasil ciptaan masyarakat tempatan sendiri. Sekian. Wallah hu a’lam.
~ASJ~

28 ulasan:

  1. five o pakai silat ni ke? kono mesti expert punya ni.

    BalasPadam
  2. Al semantani...

    rujuk silang
    http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.sg/2012/01/untold-history-adik-sultan-abu-bakar.html

    BalasPadam
  3. Artikel yang bagus. Baru terdengar pasal kamehameha. Selama ini cuma baca buku Dragon Ball saja. Ada info berkenaan Raja Kamehameha?

    BalasPadam
  4. Betul2 wujud rupanya Kamehameha ni. ingatkan imaginasi Akira Toriyama. Tp karekter yg Akira hasilkan utk watak Kame mmg bercirikan Hawaii. Kebetulan ke atau memang disengajakan? memandangkan kebanyakan karekter dan latar dalam Mutiara Naga memang ada yang wujud dalam mitos pelbagai negara. termasuklah elemen Melayu kuno. tak caya, cuba2 la belek 43 siri buku tu.

    Artikel silat ni memang menarik kerana keserupaan yg terdapat dalam elemen seni mempertahankan diri di pelbagai negara. Bagi saya tidak mustahil ia berlaku kerana faktor pelayaran dan perdagangan yang telah berlaku berkurun2 dahulu. Mereka belayar ke satu tempat lain, bergaul dn masyarakat setempat dan berkongsi ilmu pengetahuan. Rombongan Laksmana Cheng Ho sendiri meluangkan masa mempelajari teknik silat dari pahlawan2 Melaka dan beberapa buah kerajaan lain semasa pelayaran mereka. Jadi, tak hairan kalau kungfu dan sentuhan nusantara didalam seninya. Pada saya Silat ni tidak kisah lah ia berasal dari mana tapi cukup untuk menggambarkan bahawa manusia telah lama melakukan hubungan diplomatik sesama mereka dari luar daerah/negara/benua mereka. Hakikatnya, beribu tahun sebelum Christopher Colombus, Ferdinand Magellan & Henry the Black, telah ramai manusia berjaya mengelilingi dunia melalui pentas lautan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia wujudkan watak itu sebagai tribute kepada Raja Kamehameha.. Mereka (Jepun0 bukannya buta sejarah

      Padam
  5. Silat melayu tidak dipengaruhi oleh mana-mana seni bela diri bangsa asing. Memang ada langkah-langkah yang nampak sama tapi tak semestinya ianya di tiru. Hanya orang melayu yang tiada jati diri dan merasa rendah diri sahaja yang akan berpendapat sedemikian.

    Silat kuntau juga saya musykil ianya dipengaruhi oleh kung fu Cina. Kemungkinan besar sejarahnya diputar belit atau disampaikan oleh pengamal-pengamal silat yang tidak berpengetahuan tentang sejarah silatnya sendiri.

    Buah tapak atau seni kunci mati yang kebanyakannya ada dalam silat tak ada dalam mana-mana seni bela diri di dunia. Ianya juga amat berkesan dan boleh membawa maut. Buah-buah dalam silat bermaksud untuk menewaskan lawan dalam jangka waktu yang singkat. Oleh itu ianya tidak meleret-leret macam seni bela diri bangsa lain.

    Saya anak silat gayung. Mana-mana silat melayu di nusantara ini semuanya yang asli tidak dipengaruhi oleh bangsa asing.

    Urb.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika namanya bermula KUNTAU. SIlat Kuntau atau Kuntau Jawa.. ia memang berasal dari Cina atau dipengaruhi oleh unsur beladiri Cina

      Padam
  6. sebelum shaolin buat kuil dan kelas kungfu kat gunung2 kat china pendekar2 melayu berabad dulu dah pegi belajar silat dan bertapa kat puncak2 gunung. sapa yg tiru sapa sebenarnya?
    orang2 melayu ni lama dulu dah belajar kenal alam. tu yg ada silat rimau, silat kera hanuman, silat lang putih, segala yg berunsur alam lah. tp mat kungpu pun ada jugak nak jurus ular tedung, jurus cakar rimau, jurus monyet sakti dan bbrp jurus lagi. diorang pun puja roh alam jugak. tu pasal sami diorang tasbih besar2. cuma yg membezakan tanyalah pada diorang yg suka mendakwa segala benda yang semuanya asal dari bangsa diorang apa maksud

    Alif Lam Mim?
    kalau melayu jawab senang je alam. dari perkataan alam boleh jadi mengalami, pengalaman, alam semesta, alam perkahwinan, alam remaja dan segala mcm alam melayu boleh cerita dari kecik sampai besar. Kenapa Allah bukak cerita mula dgn alam?

    orang melayu nak megah tu takdelah. tapi banyak la benda boleh cerita dan faham dari cerita alam tu.

    BalasPadam
  7. tatkala keanu reeve menolong 47 ronin utk mendapatkan pedang2 samurai dalam hutan tengu yg dijaga jin2 botak yg tengah bertapa dlm gua. org2 melayu berabad lama dahulu dah duduk bertapa dlm gua sambil menempa keris2 picit utk dijadikan senjata perang mereka. kalau setakat keris berdiri tanya je lah kat org melayu sekarang pun diorang boleh jawab jin apa yg diorang panggil utk buat keris berdiri. senang je tu. jadi sapa yg tiru sapa?
    cuma melayu ni tak cukup kreatif je nak buat filem2 utk ceritakan kehebatan bangsa sendiri. sibuk buat cerita rempit dgn gangster. tak pun cerita hantu.

    BalasPadam
  8. nak tau pulak dari mana org melayu belajar bertapa atas gunung dgn dalam gua?
    nun dari zaman rasulullah masuk gua hira atas gunung kat mekah lagi org melayu dah mula mengamal ilmu2 tapa. masuk pulak kisah pemuda al kahfi yg bertapa dalam gua lama dulu, org2 melayu dah lama ikut amal diorang pegi tapa utk bawak amal diri dan menajamkan ilmu2 persilatan. kalau setakat jurus mcm ultraman kuning biru keluar api tu memang boleh jadi pun. pegilah tapa lama2 kalau sanggup. tapi hati nak kene betul.

    BalasPadam
  9. Assalam,

    jangan la terlampau jumud sangat dgn kehebatan silat sendiri. Ya, orang melayu nusantara mahir bersilat, diperakui kehandalan mereka dan silatnya unik. nak kata keluar api, parang terbang bagai, tapi last2 tumbang jugak dgn penjajah. Portugis, belanda, inggeris semua tu tak pakai silat pon.

    anda bukan penuntut seni mempertahankan diri kalau fikiran terlalu membongkak dgn silat2 tertentu. Sedang Hang Tuah sendiri selalu memperbaiki ilmu persilatan sendiri dgn berguru dari ramai guru seni mempertahankan diri. begitu juga dengan arwah Meor Abdul Rahman, bekas tok guru saya dulu.

    Topik yg diperkatakan bukan mengenai betapa hebatnya silat nusantara sampai tak terlawan oleh seni mempertahakan diri yang lain, bukan juga nak kata engkau tiru aku, aku tiru engkau dan bukan juga nak kata siapa yang buat dulu. apa yang nak dikata disini ialah "sama tapi tak serupa" atau boleh juga dikata "orang ditempat asing pon ada silatnya tersendiri". Didalam seni tak ada istilah siapa tiru siapa. atau siapa lebih hebat.

    bila berkata tentang seni mempertahankan diri, mula2 sekali tgk perkataan seni itu sendiri. seni itu bersifat universal, abstrak, dinamik, tidak tetap dan melata tanpa penghujung. Jadi, kalau wujud kesamaan atau keserupaan dalam seni itu adalah perkara biasa. normal. Sebab pemikiran manusia terbatas. manusia ni berasal dari Adam dan Hawa, lari la celah mana pon, buat la apa pon, fikir macam mana pon, tetap akan wujud kesamaan diantara mereka.

    Seni mempertahankan diri ni kebanyakannya terhasil dari pengamatan dan buah fikiran, ia wujud dari amalan meditasi, amalan gaya hidup, penelitian terhadap sesuatu mahupun perkongsian idea sesama manusia. Sebagai contoh, Orang melayu tgk harimau bertarung, orang cina pon tgk harimau bertarung. jadi, masing2 mengamati pergerakan harimau dan tercetus idea mengolah seni mempertahankan diri dari faktor harimau. harimau dimana2 pon mempunyai beberapa ciri yg sama. tak kira la harimau malaya, harimau kutub atau harimau sumatera. jadi tak hairan kalau seni mempertahankan diri berpaksikan harimau, tak kira la silat harimau atau jurus kungfu harimau mempunyai sedikit kesamaan. tak tau la pulak kalau harimau di Afrika atau di China boleh terbang melayang macam cicak kubing.

    Faktor penyebaran ilmu juga boleh menjadi satu penanda penting. Manusia belayar dari satu tempat ke satu tempat lain untuk berhubung dan melakukan hubungan diplomatik. dalam masa yang sama, mereka berkongsi ilmu pengetahuan. termasuk jugak dalam seni mempertahankan diri. kemudian seni yg dipelajari digabungkan dalam seni mempertahankan diri yg ada. lalu wujudlah seni "hybrid" atau gabungan. Ini juga perkara biasa. Bruce Lee contohnya menghasilkan Jeet Kun Do, iaitu satu aliran seni mempertahankan diri hasil dari gabungan filosofi seni mempertahankan diri yang lain seperti Kung Fu Wing Chun, Jujitsu dan Tae Kwan Do. Hang Tuah sendiri mempelajari pelbagai seni mempetahankan diri. Malah dikatakan juga dia telah mempelajari seni samurai di Jepun dan seni mempertahankan diri orang2 Arab ketika berada di Turki. Ini adalah hal biasa bagi seorang penuntut ilmu seni mempertahankan diri untuk menguji keampuhan pertahanan dan serangan diri. jika terdapat kecelaan dalam seni mereka, maka akan dicari seni lain bagi menutup kelemahan dalam seni yg sedia ada. ini kerana sifat dinamik seni itu sendiri yang boleh bercampur gaul.

    Faktor perpindahan. ia juga seperti faktor pelayaran. manusia dari rumpun tertentu belayar dan berpindah menetap di satu tempat yg lain. ia juga membawa bersama ilmu pengetahuan sendiri lalu mengaplikasikan mengikut kesesuaian keadaan. disini juga akan wujud faktor pengamatan seperti melalui meditasi dan sebagainya lalu dipraktiskan dan diserapkan menjadi satu seni mempertahankan diri yang baru. namun begitu beberapa teknik dari seni mempertahankan diri yang sedia diamal dulu masih dikekalkan. Ini yang melihatkan kesamaan dgn seni mempertahankan diri yang lain terutamanya ditempat dimana rumpun itu berasal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam saudara, sebenarnya saya bersetuju dalam banyak perkara yg dijleskan oleh saudara. Namun tujuan sebenar saya menulis artikel ini bukanlah untuk menekankan persamaan jurus atau buah2 tertentu dalam silat, Lua mahupun senibeladiri lain. Yang ingin saya bincangkan adalah fenomena sesetengah penulis sejarah dan orang-orang yang cuba untuk merosakkan sejarah kita yang suka melabelkan segala unsur-unsur budaya dalam bangsa nusantara ini adalah dipinjam, diciplak atau dicedok dari bangsa luar. itulah perkara pokoknya. Dan memang saya sangat setuju persamaan yang secara kebetulan itu pasti wujud dan inilah yang saya ingin tekankan. Saya kurang setuju apabila terdapatnya persamaan dalam unsur budaya bangsa kita dengan unsur budaya luar maka terus sahaja dikatakan bahawa unsur tersebut adalah dari hasil pinjaman dari Tamadun Luar seperti China dan India, seolah-olah tidak boleh berlaku KEBETULAN, seolah-olah orang Melayu tidak boleh berfikir sendiri untuk menghasilkan unsur tersebut baik pergerakan silat, tarian, muzik mahupun ciptaan -ciptaan lain....seperti yg anda kata seni itu Universal dan bukannya berasal dari tamadun India, Tamadun China, Arab mahupun Parsi sahaja...kita orang Melayu juga anak cucu adam...betul kan?

      Padam
    2. Saya setuju.. ini Universal.... Seni beladiri dan ribuan tahun... dah beribu orang mengembara ke pelusuk duni. tak mustahil ada seni dan kunci disebarkan

      Padam
    3. Selagi pancaindera manusia itu sama maka selagi itulah akan wujudnya persamaan dalam pergerakan manusia walaupun caranya tidak serupa.

      Padam
  10. sambungan...

    Kalau kita hanya mempelajari satu seni mempertahankan diri sahaja mungkin kita tak nampak kesamaan yang ada didalamnya dengan yang lain. apa lagi kalau kita terlalu membanggakan diri dgn ilmu seni silat tersebut. Saya sendiri mempelajari beberapa jenis seni mempertahankan diri, kebanyakannya dari silat nusantara. saya juga mempelajari Tae Kwan Do, Judo dan Tai Chi. saya akui memang terdapat kesamaan dalam beberapa teknik didalam buah pukulan atau kekunci. dan saya anggap itu perkara biasa. Kalau orang Hawai juga ada mempraktiskan silat mereka sendiri dan ia mempunyai kesamaan dalam teknik tertentu dalam silat di nusantara, bagi saya ia perkara biasa.

    Seni mempertahankan diri ni sama juga macam seni2 yang lain. contohnya seni muzik. kita boleh menghasilkan lagu yang berbeza dari nota muzik yang sama. itu normal kerana sifat bebas atau universal dalam seni. memang adakalanya secara kebetulan lagu yang kita dengar itu hampir sama seperti lagu lain. memang tak dinafikan ada berlaku ciplak menciplak, tiru meniru tetapi peratusannya teramat kecil. rata-ratanya adalah bersifat kebetulan.

    Kadangkala apa yang membezakan sesuatu seni itu ialah faktor luarannya seperti gaya hidup, amalan seseorang, cara meditasi, amalan agama. ini yang kadang2 membuatkan seni itu kelihatan berbeza.

    saya teringat pernah menonton TV. ada satu rancangan dimana dua orang lelaki inggeris merantau ke seluruh dunia menguji dan mempelajari teknik seni mempertahankan diri. Mereka tidak pernah sekalipon berkata "oh, silat/jurus ini lebih hebat dari yg sebelumnya" atau "ini adalah gaya serangan yang paling hebat sekali". tidak. mereka melihatnya dari sudut menuntut ilmu. mereka melihat seni itu dalam cara hidup masyarakatnya. dan mereka mempraktiskan seni tersebut untuk mendapatkan kecergasan maksimum supaya seni itu boleh dioptimasikan penggunaannya. Mereka juga mempelajari gaya seni tersebut untuk mencari rahsia didalam amalannya yang membuatkan gaya seni itu unik. Kalau lelaki inggeris ini boleh berfikiran sebegitu. alangkah baiknya jika orang melayu juga begitu. Jangan asyik kata, silat melayu ini lebih hebat dari silat orang luar. silat melayu ini lebih ampuh. tetapi cuma tahu menggunakannya untuk membuli orang, memperlekehkan yg lemah. akhirnya bila datangnya peperangan, lari lintang pukang sembunyikan diri. Kalau betul rasa hebat sangat, pergilah ke Syria, Iraq, Palestin dan bantu lah orang Islam disana. tunjukkkan kehandalan kamu disana. macam yg saya katakan tadi, silat melayu ini unik. ada gayanya tersendiri. begitu juga seni mempertahankan diri di benua lain. cara mereka unik. Adakalanya penuntut silat saling mencabar bukan kerana nak tunjuk silat siapa lebih hebat tapi mencari solusi kepada keampuhan gaya pertahan dan serangan. Silat ni dipelajari bukan untuk menunjukkan kekuatan tetapi ia seperti senaman. digunakan untuk mendapatkan kecergasan disamping untuk perlindungan.

    wassalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang perangai sesetengah nat-mat melayu suka berlagak atau medabik dada bercakap macam dia yg paling hebat..keturunan dia saja yg hebat...dia tak pernah tiru ini atau itu..dia paling pandai...perangai yg tiada nilai seperti pepatah lama tunduk padi berisi

      Padam
    2. Adijaya, tiada sesiapa pun disini komen melampau-lampau mengatakan silat melayu yang terbaik didunia dan bla bla bla. Mungkin pengalaman anda didunia sebenar yang dikelilingi oleh kelompok orang yang tidak matang dan tidak bijak menggunakan otak.

      Saya tidak pernah mendengar Hang Tuah mempelajari ilmu pertahanan diri bangsa asing apatah lagi samurai. Tidak perlulah mereka cerita untuk mempertahankan ilusi saudara yang lebih banyak nampak benda negatif daripada positif bangsa dan budaya Melayu

      Mengapa perlu merendah-rendahkan silat melayu dengan kejatuhan Melaka dan peperangan di Syria? Kedua-duanya tiada kaitan langsung dengan perbincangan ini. Saudara berbicara kearah itu lebih mendedahkan peribadi saudara yang tampak cetek pengetahuan dan cuba berlagak bijak daripada orang lain.

      Mungkin saudara banyak sangat menonton cerita kungfu cina dan terbawa-bawa dalam perbincangan asal-usul silat ini. Tiada sesiapa pun disini yang menghina ilmu pertahanan diri bangsa lain tetapi yang nyata saudara sahaja yang menghina bangsa sendiri.

      Urb.

      Padam
    3. melaka jatuh bukan pasal org silat tak buat keje dan lemah, pasal org politik zaman tu yg banyak buat palat. sama lah macam org politik zaman sekarang.

      Padam
    4. Ada makhluk yang tidak puas hati dgn Adijaya. Padahal Adijaya cerita yang positif tapi dia negatif... Harap saja guna internet. Tapi x dapat ilmu

      Padam
  11. yelah tu, dia blaja dgn dato' org lain tak blaja tak true. cara dia tulis seolah2 dia pengkaji mcm2 martial art. org lain tulis mendabik dada dia tunduk berisi mcm padi beras basmati. nak tunjuk hebat kene pegi syria sdg dia lupa senjata pendekar sebenarnya akal, akal utk buat pertimbangan antara benar dgn salah bukan main langgar je nak pegi berjuang konon2 atas nama islam. tah ye tah tidak lah islam kat syria tu. dia taknak pikir ke sapa betul sapa salah kat syria palestin tu? pegi2 mati katak buat apa? tak ke bodoh punya keje. hang tuah mcm pak sedare dia je, mcm dia dah kenal lama sgt ngan org tu. kang kita cakap hang tuah tu ghaib kang silap2 dia cakap hang tuah dah jadi hantu. mmg betul kita rasa adi ni banyak tgk filem jackie chan kungfu mabuk kot.
    awak penah dgr tak adi macamana kisah sebenar bruce lee mendowngrade dan mencabar semua lelaki asia utk berentap dgn dia kat thailand? tau tak sapa yg sahut cabaran bruce lee tu? tau tak yg bruce lee tu bukan sekadar ada jeet kundo, jin setan pun dia ada panggil. jgn awak pandai2 lak jual nama tok meor. lps tok meor meninggal baru ada org buat cerita dia fight ngan bruce lee.
    Jin laut ada silat lain yg panggil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana bukti bruce lee panggil jin setan.. dia hidup.. awak pon x hidup lagi. lepas tu buat cerita fitnah..

      Padam
  12. pernah dgr tak adijaya kisah silat2 melayu ni diharamkan masa zaman mahathir? puncanya bila org2 cina malaysia ni buat repot kat kerajaan cakap silat melayu ni bahaya, mengganggu ketenteraman sebabnya diorang tgk pengamal silat nasrul haq duk bagi jurus2 batin. antara kezaliman komunis tok nenek dia dgn silat mana lagi bahaya, cuba kau kaji.

    BalasPadam
  13. teringat ngan filem the raid Indon

    BalasPadam
  14. Kesian Hawaii.. pupus dah Raja sebab jadi jajahan Amerika Syarikat.. tak sempat Almarhum Sultan Abu Bakar meneruskan perancangan dgn Raja Kamehameha V

    BalasPadam
  15. 'Pirate fighter of Malaya' Atau Silat teknik perang lanun Melayu. Silat bukan beladiri atau selfdefence. Ia adalah teknik perang. "Kill or to be kill." Silat adalah evolusi unik teknik perang masyarakat Kepulauan Melayu.

    BalasPadam
  16. We chinese DAP and All Chinese Group In Malaysia Hate Malay, Hate everything related about Malay, melayu, MALAYsia, hate everthing about Islam, and hate everything about History of Malay. Fuck All of Them. Fuck Fuck Malay. We chinese hate all of Malay In Malaysia. We want Republic. We dont wont raja-raja melayu. We dont want agong. We conquer economy. and now conquer politic. Malay is just a lazy group, No history, Pengampu, Pengecut, Pemancut, pendatang dan tak ada bumi asal. Sekurang-kurangnya kami ada tanah besar cina. Melayu ada apa. Pendatang. pendatang. pendatang. Semua Pendatang-pendatang ini asalnya dari negara sialan Indonesia. Semua penduduk asal di melayu dan Indonesia bodoh. sebabtu perlu bergantung dengan cina untuk membangunkan kawasan mereka. Melayu and Bumiputra bodoh. Kami cina dah bosan dengan Melayu di Malaysia. Melayu Umno dan Melayu Pas bodoh. Fuck Keistimewaan Melayu and Hudud. Fuck Mahathir, Fuck Najib, Fuck Hadi, Fuck Nik Aziz and fuck all Malay politician. Bangsa Melayu yang tak ada apa-apa. Yang hanya bergantung kepada cina untuk kemajuan di Malaysia. Change Name of Malaysia to Republic now. Jika Cina ambil alih Malaysia, Malaysia akan lebih Maju. We want Presiden from Chinese. I, my family, All Chinese group and all christian group in Malaysia hate Malay and All Penduduk Asal Bumiputra Muslim in Malaysia. Penduduk asal nusantara konon. Punduduk asal Melayu bodoh yang berasal dari Indonesia bodoh ini mitos dan rekaan sahaja. Tahap pemikiran penduduk asal nusantara sama tahap dengan Red Indian sahaja. Fuck u Malay, Fuck Muslim and Fuck Nusantara. Hakkktuiihh.

    BalasPadam
  17. Lu ni bkn Chinese..Lu punya sembang gaya melayu..Lu tinggal mana?Wa mau tgk lu punya besar..Lu mari sini..Wa mau kasi ajar lu apa itu penyesalan..

    BalasPadam
  18. Hey Tanpa Nama 18 Februari 2015 - sy org ras Melayu suku Jawa dari kota Solo (Indonesia), dsini Jawa dan Cina hidup berjiran dengan nyaman & saling hormat menghormati. sy faham watak Cina sebenar, sy punya banyak kawan Cina, kaum Cina lebih suka ikhtiar tanpa banyak cakap besar mcm anda. dari cara anda menulis anda terlihat amat Melayu. jangan mempermalukan suku anda sendiri dengan mencoba memecah belah apalagi dengan tanpa nama, karena itu adalah sikap pengecut.

    BalasPadam