Sabtu, 26 Oktober 2013

Bahasa Nusantara Sebagai Induk Bahasa Sanskrit



 

 

Shyama Rao merupakan seorang linguist yang menulis buku-elektronik berjudul “The Anti-Sanskrit Scripture” yang terdapat di perpustakaan maya Ambedkar . Rao telah  mengkritik tanggapan akademis bahasa dunia bahawa bahasa Sanskrit adalah induk semua bahasa di Asia Selatan bahkan sampai Eropah Barat, demikian juga aksara Deva Nagari yang diakui berasal dari negeri para dewa tersebut.

Rao menjelaskan banyak kelemahan bahasa Sanskrit dan aksara Deva Nagari. Bahasa Sanskrit yang sejak zaman kuno dipropagandakan oleh bangsa Aryan sebagai bahasa suci dan Bahasa Dewata serta induk bahasa-bahasa di Hindustan,  Persia, Inggeris dan Jerman itu, mengandungi kesalahan tatabahasa dan memiliki terlalu banyak karakter atau huruf. Rao membuat daftar perbandingan jumlah karakter bahasa-bahasa primitif, sebagai berikut: Cina-Ming 40,545, Cina-Sung 26,194, Cina-Han 9,353, Sumerian 1,200, Sanskrit 509, dan Heroglif Mesir 70 karakter.

 
 
Memang kalau kita tengok jauh lebih banyak jumlah karakter Cina atau Sumeria, namun dalam bahasa-bahasa itu setiap karakter mewakili satu makna grammatical suatu kata atau morpheme. Sedangkan dalam bahasa Sanskrit satu aksara Deva Nagari ia hanya melambangkan bunyi, cara bacaan, perubahan bentuk kata dan lain-lain aturan grammatical yang sangat rumit. ianya agak mirip dengan huruf-huruf Timur-Tengah seperti Hebrew dan Arab tetapi jauh lebih rumit dan susah. Belum lagi tatabahasanya yang tidak konsisten sebagai kelompok bahasa daratan Asia Selatan ke Barat. Bahasa Sanskrit tidak membezakan jenis jantina, tidak mengenal “tenses”, tidak ada konsep “tunggal dan jamak”, serta tidak ada partikel, tetapi banyak sinonim dan homonim yang mirip dengan kelompok bahasa Nusantara. Anehnya kosa-kata bahasa Sanskrit banyak yang mirip bahasa-bahasa Asia Selatan, Asia Barat hingga Eropa Barat.

Pada 1786 pula, Sir William Jones mengumumkan di Calcutta satu fakta yang menggemparkan dunia apabila beliau menyatakan bahawa bahasa sanskrit dan bahasa-bahaa Eropah telah tumbuh hasil daripada satu sumber yang sama yakni sebuah bahasa yang mungkin tidak lagi wujud atau dalam erti kata yang lain bahasa sanskrit bukanlah sumber sebenar bahasa-bahasa utama dunia terutama bahasa Eropah. Namun dari penemuan inilah bermulanya trend untuk mengelaskan bahasa-bahasa ini sebagai dalam kelompok Aryan. Ternyata kefahaman ini telah terpesong dan perkataan Aryan itu telah disalahgunakan dan sehingga kini banyak pihak yang sudah terlupa dengan apa yang mula-mula diperkatakan oleh Sir William jones yakni terdapatnya sumber yang telah hilang.

Kesimpulannya, bahasa Sanskrit dan aksara Deva Nagari adalah “rakitan” atau bawaan dari berbagai bahasa. Ia dibentuk dengan mencampurkan kosa-kata dan cara tulisan berbagai bahasa yang ada di Daratan Hindustan ditambah dengan bahasa-bahasa pendatang dengan logat bangsa Aryan. Ini juga dibuktikan bahwa penutur aktif bahasa Sanskrit pada tahun 1921 hanya tinggal sekitar 356 orang di seluruh India, Pakistan dan Bangladesh, dan pada bancian tahun 1951 hanya ada 555 orang penutur Sanskrit dari 362 juta penduduk India.

Bahasa Jawa, Sunda, Bali dan Bahasa Melayu mengandungi sekitar 50% kosa kata Sanskrit. Berkemungkinan besar orang Aryan mencedok sebahagian bahasanya dari Bahasa Nusantara sebagai sebahagian bahasa cabangannya. Kerana secara faktanya, penutur Sanskrit jauh lebih banyak di Nusantara jika dibandingkan di India suatu ketika dahulu. Apatah lagi orang Aryan sendiri sekarang memakai bahasa Hindi untuk bertutur dan bukan Sanskrit. Bukti paling jelas adalah masih belum ditemukan satupun naskah kuno berbahasa Sanskrit dengan aksara Deva Nagari di India sebelum tahun 500 Masehi! Memang benar bahawa Rigveda ditulis dalam Sanskrit namun ahli sejarah tidak menemui lansung salinan terawal kitab tersebut. Yang wujud hanya salinan dari kurun selepas masihi yang masih baru. Trivia bukan? Masakan tempat asal bahasa ini tiada naskah kuno Sanskrit.

Bahasa yang dianggap dan dipropagandakan sebagai bahasa dewa ini, terbukti sebagai bahasa himpunan atau cedokan minoriti “penguasa” wilayah Hindustan. Sayangnya, propaganda Sanskrit sebagai induk bahasa-bahasa dunia sudah terlanjur menjadi darah daging bersamaan dengan kedatangan imperialisme dan kolonialisme sebagai sumber anthropologi. Teori Sanskrit sebagai Induk Bahasa dunia sudah tertanam dalam memori intelektual sejarah, lingusistik dan sosial kita. Bahkan ia telah meracuni beberapa ahli komputer hingga pernah ada pendapat mengatakan “Bahasa Sanskrit paling sesuai untuk program komputer, kerana mewakili banyak bahasa besar di dunia” tanpa dipertimbangkan kerumitan penulisan yang digunakan dan ketidakkonsistenan tatabahasanya.

Seorang agronomist dari Haryana University, Professor Ashok Kumar sekitar tahun 2003/2004 ketika berbincang masalah bahasa, sangat hairan dengan bahasa  Melayu atau bahasa Indonesia. Pertamanya dia pelik apabila mendapat tahu bahawa “language” itu bermaksud  “bahasa”. Dia hairan, sebab dalam bahasa Hindi dan Bengali, “language” adalah “bhasa”. Dia lebih hairan lagi ketika diberitahu oleh seorang penulis dari Indonesia bahawa dalam bahasa Jawa bunyinya “boso” Dia pelik, dari mana istilah “bhasa, boso, dan bahasa” itu berasal. Dia sebagai seorang Hindu tidak lansung menganggap bahawa ianya bahasa Sanskrit, malah menduga ia berasal dari bahasa Arab atau Urdu. Bukankah hal ini menghairankan? mengapa istilah “bhasa” itu, kalau betul berasal dari Sanskrit, semestinya dalam Parsi, Jerman, Inggris, Latin, Yunani, juga serupa atau paling tidak ada konsonan “bhs”, tetapi ngape boleh jadi “lingua” pulok? Tak ke pelik tu? kenapa pulak diambil dari bahasa Latin atau Greek dan bukan Sanskrit.

Sebenarya para pembaca sekalian perkataan bhasa yang dianggap berasal dari Indo-European itu juga sebenarnya berasal dari kelompok bahasa Austric. Kita boleh lihat persamaan berikut;

  •  Bahasa - Indon, Malay
  • Phil., basahin
  • Kawi; vosa
  •  Fiji; waha
  • Maori; waha –perkataan,suara dan mulut.
  • common Polynesian; vasa "bercakap,"
  • Sesake, vasana-cakap
  • Api; bosa -bercakap
  • Ysabel; bacah – bahasa
  • Proto-Philippine,-phaasaa

 

Jika kita lihat pada perkataan-perkataan yang melambangkan bahasa atau percakapan diatas, adalah jelas menunjukkan sememangnya ada asas jika dikatakan bahawa perkataan bhasa atau bahasa itu adalah berasal dari sumber Austric atau Austronesian. Hal ini kerana kita dapat lihat persamaan perkataan tersebut diantara suku kaum Malayo polinesian barat yang dikatakan banyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit dengan suku kaum Malayo polinesian dan Austronesian sebelah timur seperti Fiji dan Maori yang lansung tidak ada pengaruh Sanskrit. Jika perkataan bahasa atau bhasa itu betul dari bahasa Sanskrit sudah tentu terdapat perbezaan.

Berbalik kepada Prof kumar tadi ,kehairanan beliau yang kedua adalah tentang jumlah bahasa di Indonesia yang ratusan jenis, tetapi memiliki satu bahasa yakni bahasa Malayu- Indonesia yang dapat diterima oleh hampir semua orang nusantara, sehinggakan dia pernah bertanya “What language do you speak?” kepada seorang penulis dari Indonesia ketika dia sedang asyik berbincang dengan rakan dari Aceh dan Bali. Apa yang menghairankan juga ialah antara bahasa Jawa, Sunda dan Bali banyak mengandung kosa-kata Kawi, sedangkan hampir 80% kosa kata bahasa Melayu asli mempunya akar kata Kawi, menurut Wojowasito atau Zoed Mulder.

Keadaan ini sangat berbeza dengan negaranya India yang agak besar. Negaranya mempunyai kepelbagaian ekologi dan ekosistem yang hebat. Bermula dari yang bersalji  di Himalaya hingga yang bergurun di Deccan dan Punjab. Dari daratan hingga kepulauan Andaman. Maka Prof. Kumar berfikir, seandainya India memiliki bahasa nasional yang boleh diterima oleh seluruh bangsa seperti Bahasa Melayu dan Indonesia, betapa kuat negaranya akan jadi! Tetapi dia hairan juga dengan Indonesia yang tidak maju-maju. “What’s wrong with the Indonesian?” katanya.

Ternyata dari Sumpah Pemuda, Bahasa Indonesia masih merupakan pengikat paling kuat kesatuan di Indonesia . Bahasa merupakan salah satu ekspresi kebudayaan seseuah bangsa. Dalam sebuah artikel dalam majalah ilmiah  HortScience, terdapat paparan mengenai  asal-usul tanaman “tales-talesan” yang ada di Oceania, Polynesia hingga Hawaii yang menyebar ke Jepun, Cina dan Korea, dan diduga dahulunya dibawa oleh penjelajah lautan kuno dari Nusantara sebagai “bekal” bahan makanan. Tambahan lagi siaran NHK Jepun akhir tahun 2003 ada memaparkan perbincangan mengenai kebudayaan bangsa Hawaii. Dalam siaran itu ada tarian tradisional yang disebut sebagai: “Kokonatsu no odori” (Tarian pokok kelapa) yang dalam bahasa Hawaiinya ada kata “kalappa”.  Hal ini menunjukkan bahawa Nusantara telah mempunyai bahasa yang satu, berarti budayanya juga satu.

Di sini saya paparkan lagi persamaan diantara bahasa sanskrit dengan bahasa-bahasa puak Austronesia timur yang jauh dari pengaruh hindu-buddha atau vedik yang boleh menyebabkan mereka dipengaruhi bahasa sanskrit. Ternyata banyak perkataan-perkataan yang sama yang kembuktikan bahasa asal perkataan tersebut bukan dari sanskrit:

 

Perkataan raja - Sanskrit

rahu- pemerintah- Philippines,

raha- oran tua dihormati- Arosi,

araha- ketua-  Melanesian,

rato- orang tua- Solomon ,

mae-raha- ketua- Wango,

rato- ketua- Arosi,

ratu- raja atau ketua- Fiji,

ratu- ketua- Java,

latu- jurubina atau arkitek-, Samoa,

ra'atira- ketua- Tahiti,

datu- orang besar- Philippine, Indonesia

 

Jadi, bahasa manakah yang menjadi Induk? Sanskrit atau bahasa-bahasa Nusantara yang diwakili oleh Bahasa Melayu dan Indonesia? Sayangnya dalam sejarah penyebaran manusia, bangsa Nusantara dianggap sebagai pendatang dari Indo-Cina atau Taiwan dan Yunnan. Orang dari Aryavarta sendiri tidak tahu tentang asal muasal bahasa Sanskrit  seperti Prof. Kumar yang bingung  dengan satu kata Malayu yang kononnya dari bahasa Sanskrit yakni, “BAHASA”, kita pulak terhegeh-hegeh percaya membabi buta kata-kata R.O Winsted yang mengatakan bahasa Malayu itu penuh dengan bahasa asing terutama bahasa Sanskrit sehinggakan katanya hanya ada empat perkataan yang asli Melayu! Sudah tiba masanya untuk kita mencabar minda kita dengan teori kontroversi ini. Ingin saya ingatkan bahawa ini hanyalah sebuah teori sahaja dan tidaklah saya mengatakan bahawa kita harus menerimanya secara bulat-bulat. Adalah baik sekiranya kita membuat kajian yang lebih mendalam. Namun teori ini bukan mustahil jika dikaitkan dengan teori-teori sebelum ini terutama teori Sundaland, Tanah para dewa dan Tanah Para Nabi serta teori Banjir besar. Fikir-fikirkanlah. Anda semua bebas untuk membahaskan teori ini. Sekian wallah hua’lam.

 

Rujukan:

  • Atlantis Sunder Land Holistic-Scientific Research Institute.
 
  • Sir William Jones, 1746-94: A Commemoration.

·         The Influence of Sir William Jones upon Sanskrit Studies, Alfred Master, Bulletin of the School of Oriental and African Studies, University of London,Vol. 11, No. 4 (1946), pp. 798-806.Cambridge University Press.


·         The Indo-Aryan Controversy: Evidence and Inference in Indian History.


·         The Development of Hinduism , M.M.Ninan.


 


 

 

 

65 ulasan:

  1. Tuan..mohon share kpd org ramai..Pendeta Sepi

    BalasPadam
  2. Congrats SJ!

    Saya telah membaca tentang Rao sejak 2008 lagi...anda telah mendahului saya

    :D

    ~SK

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam mana pulok mendahuluinya...tak berani langkah bendul. cik sri 2008 dah tahu saya dlm 2012 baru baca huhu...

      Padam
  3. habis la depa dah tak boleh nak melalak-lalak dah lepah nih

    BalasPadam
  4. Adehh!! heng kejap otak bila baca artikel tn sj kali ni..mcm x caya..mana tak nya sgala yg kita anggap selama ni fakta sahih..boleh turn 360' pulk...

    Bravoo tn asj...

    BalasPadam
  5. cuba-cuba terjemahan english-hawaii di http://hawaiiandictionary.hisurf.com/
    coconut diterjemah kepada niu a.k.a nyiur dalam bahasa melayu.
    -afm-

    BalasPadam
  6. Tahniah al Semantani!! Tulisan anda telah membuka minda saya.TERBAIK LAH!!!

    BalasPadam
  7. tak kan melayu hilang di dunia.

    BalasPadam
  8. melayu bangsa kuno dari keturunan nabi nuh [AUSTRONESIA] yang menebar ke serata pelusuk bumi selepas banjir ...bukti genome[darah saka] dengan bahasa pon dah mula ketara sekarang hehe

    BalasPadam
  9. Sya x puas hati betul la..kita dah jmpa bnyak fakta melalui teknik 'cross reference' ni..tapi selagi xde bukti fizikal mcm monumen purba, org x kan pandang tinggi pada tamadun melayu kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan utk di pandang tinggi org lain jadi tujuan..sifat itulah yg byk menjahanamkan sesebuah bangsa sifat riak dan angkuh ingin dipandang tinggi..yg penting kita buat semua ni utk mengenali siapa kita dan siapa leluhur kita apa sumbangan mereka dan juga kenapa kita boleh jadi lemah dan dijajah..itulah sejarah utk kita ambil iktibar.

      Padam
  10. bravoo zulu alpha echo...
    salam mengenal diri dan asal usul diri..
    selamat datang ke 'pssad'..
    ku kenali dia dengan dia

    tahniah bro sjones.

    BalasPadam
  11. Menarik apabila orang asing mempersoalkan: kenapa kita tidak maju-maju? Sbgai bangsa yg ada tamdun sejak 50 000 tahun yg lalu, dengan penjajahan barat selama ratusan tahun kita telah alah.
    Saya nak tnya, jika teori ini benr, adakah teori pengaruh india di nusantara tertolak total atau tertolak separa? Mohon dibincanngkan dlm tulisan seterusnya... kesuwon...

    BalasPadam
  12. Kenapa kita tidak maju-maju?
    Mula2 kena cari kayu ukur dulu. Apakah kayu ukur kemajuan itu? dan bagaimana orang asing mengukur kemajuan itu? Kemajuan selalu sinonim dengan kerosakan alm sekitar.
    PADA SAYA KEMAJUAN YANG TERATAS ADALAH KEMAJUAN BUDAYA. BUDAYA KITA MESTILAH KELAS PERTAMA. Pastinya budaya yang berasas kepada Agama Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeke pasti?..terus terang negara Arab Islam mana yg mampu mengalahkan Israel?...tak ade..Saudi yg kaya minyak tu pun tak boleh nak bina senjata sendiri..main beli je dr. amerika..tu pun amerika tak kan bagi senjata yg terbaik..Ape yg kite faham tentang islam sekarang sebenarnya dah jauh tersimpang...tulah kalah kene jajah...Iran yg ada teknologi nuklear pun harapkan bantuan Russia..Islam bukan setakat ritual...cara berfikir juga perlu progressif..tpi majoriti yg islam masih pre-occupied dgn isu tambah bini..isu sex..isu rambut perempuan...sedih btul..ko sembayanglah smpi dahi engko hitam kao ko anti sains dan teknologi memang kalahlah engko.

      Padam
    2. melayu kurang maju sbb ambik masa sikit berbanding eropah sbb kita dah 400 tahun beperang ngan kolonial penjajahan...duit takde masa era kejatuhan so lepas merdeka baru laa nak restart balik...bagi masa skit....coming soon hebat laaaaa..on the way brader...masa zaman kekalifahan otoman melaka antara yang paling tinggi teknoloji.

      Padam
    3. negara arab dah habis...zaman die dah tamat....derang dah bepecah belah mmg takleh buat ape2 lagi pemimpin derang seme dah takle pakai...seme tunduk ngan harta kekayaan jer dan jaga bontot sendiri...

      Padam
    4. jgn lupe org melayu juga berperang sesama mereka..tak bersatu tu pasal kene jajah..ade yg bersekongkol dgn pejajah lagi utk mengalahkan saingan mereka.

      Padam
    5. setuju...kene laa belajar dari situ...

      Padam
  13. Tuan , mintak tuan buat kajian akan bahasa purba yg dinamakan SOLEX-MAL. Apakah ada kaitan dgn melayu?? jeng jeng jeng..

    BalasPadam
    Balasan
    1. solex mal...mcm pernah dengar...rasanya bukan ke bahasa yg ada kaitan dgn tamadn di Amerika selatan..mayan atau aztex...emmm nanti saya tengok balik..

      Padam
    2. bukan ke ni ada kaitan dengan ilmu2 new age yg ada kaitan dgn dajjal....bahasa yg dikatakan sebagai ibu kpda semua bhs dunia...emmm menarik tetapi malangnya sukar untuk diterima dlm genre sejarah sebb ada unsur2 occultisme dan pseudoscience....

      Padam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  15. Al mahadaya saya tidak alu-alukan komen2 anda disini...saya tidak mahu ada kene mengena dgn anda dan pemahaman sesat anda. tidak kiralah apa yg anda kata saya tidak peduli. tolong jngan komen apa2 lagi ttng Al quran seleweng anda itu jika tidak saya akan sekat anda terus. sebelum ini pon saya dah larang anda bawak fahaman anda tu disini tapi anda degil...tulis sajalah di blog anda jgn nak menyibuk di blog org lain! ingat ini amaran terakhir...jangan anda berani lagi menghina al quran yg suci.!

    BalasPadam
  16. Saudara/ saudari yang dihormati, agak menarik juga memikirkan kemungkinan banyak perkataan Sanskrit diambil dari Bahasa Melayu!. Boleh tak ada bukti yang boleh menegakkan hujah ini?

    Nak buktikan hujah ini, senang saja. Kita kena cari bukti yang menunjukkan Bahasa Melayu telah wujud lebih awal dari Sanskrit! Itu saja. Saudara ada bukti seperti itu?

    Rig Veda dikatakan ditulis 3000BC. Adatak kita mempunyai apa-apa bukti yang lebih tua dari ini?

    'Sungai akan sentiasa mengalir dari hulu ke hilir...dan bukan sebaliknya'

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebelum itu boleh saya tahu nama saudara? saya tiada bukti..ini hanya andaian yg berasal dari seorang pengkaji indon....setakat ini mmng belum ditemui bukti...sbb itu saya kata masih bnyk kajian yg perlu dibuat walaupun andaian ini nampak tidak munasabah, siapa tahu dgn kuasa Allah yg atas boleh jadi bawah dan yg bawah boleh jadi atas, kita manusia hanya berupaya untuk berandaian,berhipotesis dan ber tesis...anda pasti ke sungai sentiasa mengalir hulu ke hilir?...sungai mekong ada masa akan mengalir ke hulu..huhu saje bergurau..:)

      Padam
    2. bukankah tulisan rencong dan yg seangkatan dgnnya ada jg tulisan tagalog kuno yg lebih kurang sama, boleh dikatakan sebagai tulisan austronesian? jd klu ada tulisan n hurufnya pasti ada bahasanya, means mmg bahasa austronesian itu susah wujud lebih lama sblm era sanskrit, silap2 ianya sezaman dgn tulisan aramaik, silap2 ada byk persamaan, maknanya klu benar, org nusantara sudah ada bahasanya tersendiri jauh sblm era sanskrit, kemudian dtg group manusia indo-arya (mungkin) atau dari timur tengah (mungkin keturunan nabi ibrahim) melalui jalan sutera ke nusantara, kemudian terasimilasi bahasa indo-arya itu dgn bahasa austronesia, kemudian menghasilkan sanskrit, keanehan jg pd bahasa prakrit, pali dan siam kuno, patutlah ramai org india dan china dtg ke asia tenggara utk belajar bahasa sanskrit pd zaman srivijaya

      Padam
  17. Bukit bunuh dah wujud 2 juta tahun.... rujuk http://whc.unesco.org/en/list/1396

    Situated in the lush Lenggong Valley, the property includes four archaeological sites in two clusters which span close to 2 million years, one of the longest records of early man in a single locality, and the oldest outside the African continent. It features open-air and cave sites with Palaeolithic tool workshops, evidence of early technology. The number of sites found in the relatively contained area suggests the presence of a fairly large, semi-sedentary population with cultural remains from the Palaeolithic, Neolithic and Metal ages.

    adakah mereka tak bercakap dan menulis??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg dijumpai di Bkt Bunuh hanya alat batu; tiada tengkorak, rangka manusia dan tidak dijumpai sebatang gigipun.
      Sekiranya ada sekalipun, alat batu sebegitu hanya dibuat oleh Homo Erectus, sejenis makhluk Allah yang telah pupus spt Dinosaur. Umat Islam tidak boleh mempercayai mereka sebagai 'manusia' kerana tengkorak mereka sangat jauh berbeza dari manusia moden (keturunan Adam a.s.). Menganggap mereka sebagai manusia adalah sama dengan mengiyakan Teori Evolusi Darwin yang mengatakan manusia moden berevolusi dari monyet! Berhati-hati tentang hal ini. Wallahua'lam.

      Padam
    2. Mana ko tau alat tu dibuat oleh Homo Erectus.... mana ko tau Homo Erectus sejenis makhluk Allah yang telah pupus spt Dinosaur .. semua homo..homo... diuat oleh saintis barat yang nak mengiyakan Teori Evolusi Darwin .... jadi sipa yang nak mengiyakan Teori Evolusi Darwin ... aku ker ko? so ... ko yang kena berhati-hati bukan aku... Pada aku manusia adalah manusia..... tak de mahluk yang boleh membuat alatan selain manusia....kalau jin buatpun disuruh dan dikawal oleh manusia macam Nabi Sulaiman... jadi jangan la ko percaya teori2 mengarut dari geng2 Dajjal yang membahagikan manusia kebermacam2 jenis Homo....homo.... nanati hotak ko pun kena liwat... terus jadi otak homoseks...

      Padam
    3. Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.
      Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun.

      Orang perak ni 10,000-11,000 tahun rig veda cuma 7,000 tahun.... kalau cam tu rig-veda ditulis oleh Perak Man..

      Padam
    4. Saya tahu ttg Homo Erectus krn diberitahu oleh Prof. yg menjumpai tapak Bkt Bunuh itu; Prof. Mokhtar Saidin, pengarah PPAG, USM. 'Erect' itu bermaksud tulang kening mereka yg sgt menonjol keluar; langsung tidak sama dgn manusia keturunan Adam a.s. . Perak Man, ya keturunan manusia spt kita.
      Apa yg dibuat oleh geng Dajjal ialah memasukkan manusia ke dlm teori evolusi Darwin dgn menamakan manusia sbg spesis Homo sapien sapien dgn meletakkan satu lg spesis kononnya awal manusia moden sbg Homo sapien. Tolonglah berhati-hati dlm hal ini.
      Sebenarnya tembelang mereka ini telahpun diketahui oleh pakar2 arkeologis dunia apabila dijumpai Homo Florensis di Indonesia yg berusia sekitar 15 ribu tahun. Struktur tengkorak H. Florensis ini langsung tidak mengikut urutan teori evolusi! Cuma hal ini masih tidak didedahkan pd dunia...inipun tentu kerja geng Dajjal!

      Padam
    5. Kita membincangkan tentang bahasa, bukan manusia tertua yang dijumpai. janganlah bawa orang Perak di sini...Rig Veda adalah bukti bertulis, kita kena cari bukti bertulis Perak man kalo ada.

      Padam
    6. Sy kurang yakin usia Rig veda 7 ribu thn..x mungkin begitu tua. Apapun, byk veda ditulis dalam bentuk pantun; bukan syair atau sajak tapi PANTUN! ....mengapa?!? Fikir-fikirkan....

      Padam
    7. bahasa tak wujud tanpa manusia yang menuturkannya... manusia tertua yang wujud disini adalah perak man..... ia adalah melayu..... 50% peratus bahasa sanskrit adalah menyamai bahasa melayu.... tidak wujud bangsa sanskrit..... bahasa tamil atau hindi agak berbeza dengan bahasa sanskrit...ini bermakna .... sanskrit adalah salah satu versi bahasa melayu lama.... lagipun siapa yang mengatakan atau menamakan ia bahasa sanskrit.... adakah orang sanskrit atau geng2 dajjal?

      Padam
    8. Betul juga tu....orang Sanskrit tak ada tapi bahasa Sanskrit ada.....aneh!

      Padam
  18. kpg bukit, pulai chondong, kelantan..orang2 di kawasan ini bercakap menggunakan loghat berbeza dpd common kelantanese terutama orang2 tua.

    BalasPadam
  19. Di Kashmir Smast, Peshawar, Pakistan terdapat satu gua yang bernama 'Maha Guha' yg diterjemah dlm Inggeris sebagai 'The Great Cave'. Ini bukan bahasa penduduk tempatan yang menggelar 'Gua' sbg 'Smast'. Bukan juga Urdu, Hindi, Arab dll. Ia dikatakan Sanskrit.
    Andai kata Bangsa Melayu tidak pernah berada di sana suatu ketika dahulu, mengapa Bahasa Melayu itu berada di sana? Fikir-fikirkan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang Banjar menyebut Gua sebagia Guha....

      Padam
    2. Ya 'Guha' itu ialah 'gua' dalam tulisan sanskrit dulu. Bila mula diterjemah ke tulisan jawi, ada yg mengekalkan 'h' ttp ada yg tidak. Boleh rujuk manuskrip2 jawi lama. Orang Aceh juga sebut 'guha'.

      Padam
    3. Kalau cam tu Guha atau Gua mesti perkataan melayu atau Mala.... bukan perkataan sanskrit... sebab sanskrit tak banyak dipertuturkan.... kat dunia ni pun cuma ada beberapa ratus orang je gunakan.... kalau bahasa melayu atau Mala ni ada berjuta2 orang yang gunakan...

      Padam
    4. Ini dari http://veda.wikidot.com/malay-words-sanskrit-origin ;
      The Malay language is almost completely derived from Sanskrit, and the early literature is predominantly based on the Ramayana and the Mahabharatha. Even today, a major portion of Malay vocabulary is made up of Sanskrit words. Today, when a Malay speaks a sentence of ten words, probably five to seven of them will be Sanskrit words and the remaining either of Arabic, Tamil, Hindi, English, Chinese, Persian or of some other origin.

      Oleh kerana orang Pakistan sendiri mengatakan perkataan Maha Guha itu bahasa Sanskrit, saya lebih menduga Sanskrit itu ialah bahasa Melayu kuno. Jika demikian, bermakna keturunan Melayu mungkin telah melalui Pakistan untuk ke Nusantara. Sesuai pula dgn perkataan Mahabharata (Maha Barat) yang di tulis di 'Utara' Khand yang terdapat di Hi 'Malaya'. Tak mungkin ini semua satu kebetulan. Wallahua'lam

      Padam
  20. Dalam Bahasa Sanskrit terdapat pula perkataan 'uvaca' yang membawa maksud berkata sama macam common Polynesian; vasa "bercakap," :)

    BalasPadam
  21. The Malay language is almost completely derived from Sanskrit,.... saya rasa sebaliknya adalah benar..... The Sanskrit is almost completely derived from Malay language,.... kerana jumlah pengguna bahasa melayu lebih ramai an meluas dari Sanskrit .... sbg contoh Chinglish dan Singlish berasal dari English bukan sebaliknya ..... Lingua Franca dinusantara adalah Melayu sebagaimana English sekarang.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usia bahasa bergantung kepada bilangan penduduk?...hymmmm

      Padam
    2. aik.... jangan la spin bro.... tengok argument di atas ....The Sanskrit is almost completely derived from Malay language .... arugument disini derived..... bahasa yang di "derived" atau di dihasilkan atau ditiru .... mesti dari yang digunakan dengan meluas.... lihat bahasa malaysia berapa banyak perkataannya dari bahasa inggeris ... jika dikaji penggunaan sekarang mungkin 60% diambil dari bahasa Inggeris.... lihat pulak bahasa Inggeris berapa banyak diambil dari bahasa Melayu.... kurang dari 1%.... yang paling popular mungkin 'amok" atau amuck ... "sarong" .... dan yang terbaru adalah "buaya".... jadi... jangan jadi putar alam bro.... sila tetap pada asas hujah perbincangan.....

      untuk hujah usia bahasa.... ia bergantung pada manusia yang menggunakan bahasa... jadi Perak Man adalah manusia terawal disini.... sudah pasti ia mengunakan suatu bahasa .... bahasa nusantara adalah bahasa Melayu.... bermakna bahasa Melayu adalah lebih tua dari sanskrit... selain itu .... suatu bahasa mesti ada bangsanya..... wujudkah bangsa sanskrit!!! jika ada dimana.... mana tengkoraknya.... mana tinggalannya.... mana bangsa modennya... jika tak wujud bermana ia cuma bahasa ciptaan seperti Esperanto yang penuturnya boleh dibilang dengan jari.... yang amat sama dengan sanskrit yang penuturnya juga cuma dua tiga kerat...

      Padam
  22. sabor2 semua...ini bukan teori kukuh pun...ruang perbincangan terbuka luas. kita manusia hanya mampu berusaha semampu yg boleh utk memahami sesuatu yg kita tak faham. tak kisah lah org nk anggap ini andaian ke, hipotesis ke, tesis ke atau sekadar cakap2 kosong...kita semua ada tahap pemahaman masing2. tak semua org ada pemahaman seorang pelajar uni atau professor sejarah...ada org bahasa sanskrit pun tak tahu bende...huhu...jadi sekali sekala andaian kontroversi macamni boleh juga menarik org untuk tahu dan ambil tahu...daripada buat-buat tak tahu je...:)

    BalasPadam
  23. Hoi kamu Kenai tahu Satu perkara. Perkataan bahasa itu wujud Dari India. iaitu 2million tahun dulu. U tahu Kah dalam Dunia manusia pertama wujud di lemuriya iaitu dekat India. U Mula Mula Baca sejarah Dunia.jangan wujud sejarah palsu.

    BalasPadam
  24. Hoi kamu Kenai tahu Satu perkara. Perkataan bahasa itu wujud Dari India. iaitu 2million tahun dulu. U tahu Kah dalam Dunia manusia pertama wujud di lemuriya iaitu dekat India. U Mula Mula Baca sejarah Dunia.jangan wujud sejarah palsu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala you macam tak tahu saje perangai melayu2 idiot tu. Gue jawa indonesia aje udah muak sama kelakuan melayu2 tue yg sangat suke KLAIM & NGAKU NGAKU semua itu dia punya.
      Ye lah melayu2 idiot tu suka sangat belajar sejarah palsu & memprrbodohkan diri sendiri dan orang lain & dengan level otak seperti kera mereka percaya aja sambil teriak2 hidop melayu hidop melayu

      Padam
    2. bodohlah muthu ni lemuria tu teori yg lemah...bukti saintifik dah buktikan tidak pernah wujud lemuria di selatan india..ia hanya propaganda atau romantism abad ke 19..dan sesetgh sejarhwan india suka berkhayal dgn idea lemuria ini terutama yg beretnik tamil mcm kamu.

      Padam
    3. Kah kah kah tahu kah kamu kajian geolical atau lempeng tetonik kumari kandam atau atlantis atau lumuria bukan di selatan lautan hindi.. lebih kpd kawasan nusantara.. selari dgn teori out of sundaland.. bhasa melayu kuno boleh jadi adalah bhasa sankreta.. org tamil sendiri adalah bangsa pendatang di india selatan.. dan bangsa arya di utara.. hhh mtdna membuktikan nye..

      Padam
    4. Kah kah kah tahu kah kamu kajian geolical atau lempeng tetonik kumari kandam atau atlantis atau lumuria bukan di selatan lautan hindi.. lebih kpd kawasan nusantara.. selari dgn teori out of sundaland.. bhasa melayu kuno boleh jadi adalah bhasa sankreta.. org tamil sendiri adalah bangsa pendatang di india selatan.. dan bangsa arya di utara.. hhh mtdna membuktikan nye..

      Padam
  25. Melayu2 idiot tu suke sangat berfantasi dengan sejarah ppalsu mereka . Tengok je realitynyer bangsa- bangsa di dunia tak de yg mengiktiraf sejarah melayu versi diaorang kerna terlampau bahlol and bacol

    BalasPadam
    Balasan
    1. engkau tu yg idiot indon...negara haram paksaan sukarno yg membunuh kesultanan mlayu di sumatera dan kalimantan...tapi dibelanya keraton jawa..celaka kau indon...tak payah ckp bangsa2x dunia..banga engkau pun byk yg tak di suka dan tak diiktiraf.

      Padam
    2. Klu kau tak mahu tahu leluhur kamu .. sila duduk tepi..

      Padam
  26. Bagus hasil tulisan Tuan..
    Jika semua orang mempunyai skool of thought macam tuan sangat lah bagus ...
    Kita bangsa di Nusantara ni bukan bangsa second class ataupun bangsa third class seperti yang digembar gemburkan oleh penjajah dan pencacai penjajah. Kita adalah bangsa induk yang mewarisi sisa sisa kehancuran sebuah tamadun yang maha agung iaitu Atlantis. Bangsa Nusatnara juga adalah kuasa besar dunia suatu masa dulu.

    Bila kah bangsa Nusantara kita akan menguasai dunia semula? Wake up !

    BalasPadam
  27. Orang India, sejarah agama Hindu pun dorang taktau kat mana start. Itu pun penjajah British yang memandai cakap start dari area Sindhu..jadila Hindu..padahal asalnya agama Dharma..dari Nusantara..agama Tauhid sembah Tuhan yang satu. Dah lama2 jadi mengarut pengikut sembah patung orang beriman yang dah meninggal. Mungkin sembah para Nabi atau di panggil Dewa. Nusantara pernah tenggelam jadila mengecil macam sekarang, tah2 kisah kaum yang dilaknat dlm al Quran ada kaitan dgn orang Nusantara. Tu yang lari ke kawasan lain..naik sampai ke India..cuba tengok orang2 India Selatan..sebijik cam rupa melayu..contoh cam negeri Tripura. Cuba google image..cam melayu kan? Org Tripura ni cakap agama Hindu tu asal dari dorang sebenarnya..tapi kerajaan India mana nak mengaku dah British approved sebaliknya. Maybe penjajah yg datang Nusantara pun tau kot, tu yg dorang bunuh org2 berilmu, rompak kitab2 ilmu bawak balik negara dorang. Ada kitab2 yg tenggelam dgn kapal dlm laut tak dpt dicurik..maybe ada ilmu2 hebat dlm kitab2 yg dicuri tu..kita sekarang cam orang bingung..dah la tafsir Quran pun diputar belit sejarah lokasinya, ada yg betul..ada yg samar2..ditambah lagi putar belit sejarah oleh penjajah..jadila mundur tak habis kena tindas..bahasa kita pun orang cakap bukan kita punya..wallahua'lam..moga Allah membantu kita semua..

    BalasPadam
  28. Saya setuju sangat dengan komen di atas. Kini dah masuk akhir zaman, orang Melayu perlu cari jatidiri sebenar. Orang Melayu perlu bebas dari ditindas secara ekonomi dan spiritual. Soal bahasa besar peranannya. Bahasa menunjukkan ketamadunan sesuatu bangsa.

    Oh ya.. Di kampung saya di Pantai Remis, Perak pada tahun 1970 masih terdapat orang tua-tua yang menutur perkataan dari bahasa Sanskrit. Tuan guru Haji Ishak ketika mengajar agama menggunakan perkataan "atawa" = "athava" (Sanskrit) bagi perkataan 'atau' yang kita gunakan sekarang ini. Banyak lagi perkataan sanskrit yang agak pelik didengar oleh kita tetapi sememangnya telah digunakan oleh orang-orang terdahulu.

    BalasPadam
  29. Kumari kandam membuktikan sankreta dr nusantara.. i tsing dlm perjalanan ke nalandaa memperlajari sankreta di sriwijaya.. tiada bhase didunia ni yg menggunaka sankreta dlm bhasenye kecuali nusantara.. liat aja kutai dgn prastati palava dan sankreta.. jika nusantara yg mencedok sankreta dr india tak mungkin org hawai dan lautan pasifik yg lain mempunyai kosa kata yg sama spt bhasa dll.. sankreta milik nusantara.. tulisan palava dan sankreta itu di gunakan merata hingga ke kedah,langka suka.. nusantara mempunyai kota2 yg besar hingga ke champa..

    BalasPadam
  30. Kita paling relevant sebagai pewaris Sanskrit. Aku ada teori,kita daripada Iran Dan berkemungkinan tinggi campuran Macedonian sebab Alexander the Great berkempen untuk askar tempatan. Di dalam hikayat ada menyebut Merong Mahawangsa mempunyai pertalian dan menjadi orang kepecayaan Raja ROM. Rasanya Keturah anak Raja Saigon. Kena kaji lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang Kedah in particular. Lembah bujang lagi tua daripada kerajaan champa. Senang cerita Nusantara Dari Keturah isteri Nabi Ibrahim as.

      Padam