Asalammualaikum dan selamat sejahtera
kepada semua pembaca setia blog Melayu Nusantara. Saya tahu anda semua sudah
lama ternanti-nantikan artikel dari saya. Artikel kali ini sebenarnya adalah
kembangan kepada artikel Ilmu Perang Masyarakat Melayu yang telah saya tulis
sebelum ini dalam siri kedua mengenai ilmu Silat. Di dalamnya saya ada
menyentuh mengenai pertembungan Hang Tuah dengan Master-master Ninja di Siam.
Bahan untuk artikel ini sebenarnya adalah daripada kajian seorang pensyarah
yang diperolehinya di London dalam bentuk manuskrip Jawi lama. Oleh kerana itu
berkemungkinan besar peristiwa yang digambarkan adalah peristiwa sejarah yang
sebenar. Kalau nak diikutkan ada banyak lagi manuskrip-manuskrip melayu yang
mempunyai pelbagai kisah-kisah menarik di luar sana. Tetapi malangnya anda
perlulah ke London atau ke Holland untuk mendapatkannya.
Hasil daripada kajian terhadap manuskrip
tersebut maka kisahnya dapat disimpulkan berlaku pada sekitar abad ke 15. Puak
Ninja Togoryu telah merancang untuk membinasakan istana Samurai di daerah
mereka. Mereka membuat perancangan untuk menyerang istana tersebut pada waktu
malam.Walau bagaimanapun rancangan puak Ninja tersebut telah mengalami
kegagalan kerana terdapat salah seorang daripada mereka yang membelot dan
menjadi tali barut Samurai. Oleh hal yang demikian pada malam serangan tersebut
pihak Samurai telah bersedia dengan memasang unggun api di sekeliling istana
mereka. Akhirnya pihak Samurai berjaya mengusir semua puak Ninja yang menyerang
tersebut keluar dari Jepun.
Dendam puak Ninja terhadap Samurai yang
menghalau mereka dari tanah tumpah darah mereka amat mendalam sekali dan mereka
bertekad untuk membalasnya. Hal ini kerana pihak Samurai telah membunuh ramai
ahli keluarga mereka yang tidak sempat menyelamatkan diri dengan menaiki
kapal. Dikatakan sekumpulan puak Ninja
ini telah membuat perancangan untuk menuju ke Siam atau Ayuthia dan menakluk
negeri Thai tersebut. Mereka berniat untuk membina semula tentera mereka hasil
daripada orang tawanan yang bakal mereka perolehi nanti di Siam bagi
menumpaskan puak Samurai. Apa yang lebih penting bagi mereka bukan hidup atau
mati tetapi maruah mereka yang telah tercalar. Beginilah sifat orang jepun dari
dahulu sehinggalah ke hari ini.
Ketika puak Ninja ini menyerang Siam,
Laksamana Hang Tuah secara kebetulan berada di istana raja Siam sebagai utusan
sultan Melaka. Serangan daripada Ninja-ninja tersebut amatlah hebat sehingga
berjaya menghampiri istana. Apabila menyedari bahawa pasukan Ninja telah
menceroboh istana Hang Tuah telah memohon izin dari Raja Siam untuk memberikan
bantuan. Semasa di medan peperangan Hang Tuah telah menghantar utusan kepada
puak Ninja supaya mereka keluar dari Siam secara aman. Terdapat lima orang
master atau kepala Ninja yang mengetuai angkatan tersebut. Walaupun telah
diberi amaran namun pasukan Ninja enggan berganjak dan meneruskan serangan.
Sebagai memberikan satu peringatan kepada
pasukan Ninja, Hang Tuah telah menyerang salah seorang daripada ketua mereka
dan berjaya memutuskan sebelah telinganya menggunakan keris panjang. Ini adalah
sebagai tanda amaran bahawa Ninja-ninja tersebut bukanlah tandingannya. Namun demikian
Ninja-ninja tersebut masih berkeras dan terus melawan. Hang Tuah sekali lagi berjaya memutuskan
sebelah lagi telinga ketua mereka dan meyeru agar mereka berundur. Namun amarannya
tidak diendahkan oleh si ketua-ketua Ninja lalu Hang Tuah telah memotong kedua
belah kaki ketua Ninja tersebut sebelum membuat tikaman terakhir yang membunuhnya.
Melihat ketua Ninja yang pertama telah mati
maka ketua Ninja yang kedua telah keluar mencabar Hang Tuah. Pertarungan berlaku
dan akhirnya Hang Tuah berjaya membunuh master Ninja yang kedua tersebut. Akhirnya
Hang Tuah terpaksa membunuh seorang lagi master Ninja kerana tidak seorang pun
dari mereka yang ingin mengalah dan berundur. Melihat akan kehandalan dan
kehebatan Hang Tuah dalam ilmu pertempuran, dua lagi master Ninja yang masih
hidup datang menyerah dan salah seorang daripada master Ninja itu bernama
Chincuyoshi ingin mengikuti Hang Tuah. Beliau kemudiannya memeluk Islam dan
dinamakan Adi Golok. Menurut pengkaji asal manuskrip Jawi yang ditemui di
London ini, keturunan Adi Golok masih ada lagi kini di Negeri Perak. Sekian
wallah hu a’lam.
Alhamdulillah...terima kasih atas pengkongsian tentang ilmu perang melayu ini. Laksemana Melayu berperang penuh dengan adap sopannya sehingga menjadi asbab hidayat kpd sesiapa sahaja.... Adi Golok; mcm pernah dengar nama ini...
BalasPadammenarik.mmg ada sejarah samurai di Ayutthaya dalam rekod Thai.Filem pun dah buat.Bagus cross-reference,Semantani Jones!
BalasPadam~SK
Boleh saya join srikandi email saya: aljukimong@gmail.com
Padamwahhh...kak seri pun ada sini!!!
PadamWalaupun ninja terkenal dgn kepantasannya tapi kalah di tangan pendekar Melayu.
BalasPadamDidalam televisi merekalah juawara,
Padamsegalanya gah belaka,
tetapi tidak dialam yang nyata ini.
as salam semantani jones...
BalasPadamhhmm...memang patutlah wajah orang melayu ni penuh dengan kepelbagaian - yg iras2 jepun pun ada...rupa2nya memang ada bangsa jepun yang telah 'masuk melayu'
adi golok....gelaran yang cukup power....
tgok baju ninja mcm same dgn baju silat..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamIlmu Adi Golok turun kepada Megat Terawis dari Kuala Kangsar.Silatnya bernama Silat Penjurit Kepetangan
BalasPadammenarik....ilmu persilatan melayu dapat menewaskan ninja.perlu di war2kan ke dunia luar supaya anak melayu kita lbh bersemangat bljr silat dari bljr tekwando.
BalasPadamteringat citer The Ninja dlm tv2 zaman 80an dulu.... anak kartun din teksi ske belakon jadi sasuke dlm kartun utusan masa tu.
BalasPadamFuhh... semangat betul aku baca bab rahsia kekuatan bangsa Melayu dulu2 ni. Tak macam bangsa Melayu sekarang. Buang anak la, hisap syabu la, merempit la. Jadi bapok jual bontot pun ramai. Hmm entah lerr.
BalasPadamDoakan yang terbaik,kerana kita 'darah' yang sama.
PadamDah lama menunggu....alhamdulillah...
BalasPadamAl-Semantani...saya peminat setia artikel awak, dah lama menunggu....macam menunggu bulan tak jatuh....
BalasPadamAssalamualaykom.
BalasPadamSdra. Al semantani, knpa saya x dapt masuk blog mistisfiles? kim salam kat srikandi. mohon akses. saya menjadi rindu kpd blog itu kebelakangan ini.
mmng blog mistis ditutup buat sementara waktu....harap sabar ye...
BalasPadamye. sedang bersabar.
PadamDan Sebenarnya... apekah gerangan ditutupnya blog mistisfiles trbsbut tuan semantani? adekah krn isu "keselamatan negara" lg?
sy ade membubuh emel address saya dlm box yg disediakan dlm blog itu tempohari, bgmanapun fungsi itu tidak berkesan!
ingin juga ketahui apakah "rahsia" blog itu dihijab sekali lg.
Khabarnya orang orang melayu dari Filipina dan Taiwan pernah membantu Kaum Ainu (Pre-Caucasian) yg menjadi moyang pada orang Jepun kini menghalau bangsa Monggol yg pernah menjarah Jepun dimasa lampau. Khabarnya juga percampuran tiga bangsa inilah yg menurunkan keturunan Jepun moden kini.
BalasPadamKalau dilihat budaya samurai jepun memuja keris adalah mirip pendekar pendekar melayu memuja keris
Ada persamaan diantara cara operatif Ninja dan teleksendi melayu dimasa lampau
Salam untuk janggi gerjana,
Padamsamurai tidak memuja 'keris'milik kita,tetapi pedang yang mereka dewakan.
ape legenda?????
BalasPadamFrederick Hadland Davis didalam prakata (foreword) untuk bukunya yang bertajuk Myths and Legends of Japan yang diterbitkan pada tahun 1992:
BalasPadamThe first inhabitants of Japan were probably the Ainu, an Aryan people who possibly came from North Eastern Asia at a time when the distance separating the islands from the main land were not so great as it is today. The Ainu was followed by two distinct Mongol invasions and these invaders had no difficulty in subduing their predecessors; but in course of time the Mongols were driven northward by Malays of the Philippines. By the year a.d 500, the Ainu, the Mongols and the Malay elements in the population had become one nation by much the same process as took place in England after the Norman conquest.
Didalam bukunya The Full Recognition of Japan, Robert P Porter telah menyebut tentang amalgamasi tiga elemen yang membina karakter orang-orang jepun sebagai daripada orang-orang peribumi jepun, Ainu dari segi ketahanan dan semangat tidak mahu menyerah, daripada orang-orang Mongol dari segi kebijkasanaan dan strategi serta dari orang-orang melayu dari segi kehalusan dan kemampuan untuk menyesuaikan diri yang juga sifat normal bagi pelaut-pelaut. Perkara yang sama juga dinyatakan oleh seorang paderi Kristian yang bernama Rev. Walter Weston didalam rencananya yang bertajuk Japan - The Island, Empire and Its Cultured People.
PadamTo the national characteristics, it maybe inferred that the Ainu contributed the power of resistence, the Mongol the intellectual qualities and the Malay that handiness and adaptability which are the heritage of sailormen.
Tsuboi Shogoro, a japanese anthropologist wrote in his article
PadamAs the Ainu and Malay had long since been intergrated in the empire, he welcome the fact that the Koreans had now been incorporated, saying that all three groups had been put into a large couldroun.
William Elliot Griffis in his book titled "The Japanese Nation in Evolution - Steps in the Progress of a Great People" published in 1907 in a special chappter discussed about The Malay Elements in Japan.
Padam"The Japanese dwelling house never had its origin in China. In its evolution, it is a Malay structure modified by Ainu inheritances and the material example found in the soil. It is not earth floored as in India or brick or stone bottomed as among the Chinese and Koreans. it is built on posts and the floor, raised above the ground, are mat covered."
Ini juga pengamatan dari dari Elliot
Padam"The Ancient sword customs in japan seem but replicas of Malay originals. The worship of the sword, which was often deified and especially the laying up of the sword in a renowned shrine is a well known Malay custom."
Seman Jones tolong kaji dari sudut ini pula
dipetik dari susurgalor.blogspot.com
PadamMEKASIH NGN MAKLUMAT YAG DIBERI...MMNG SAYA ADA NIAT NK TULIS TTG NI DULU TAPI GENG-GENG LAIN DAH ADA YG TULIS SO SAYA RASA TAK PERLULAH...CUMA MUNGKIN SAYA AKAN ULAS SIKIT SEBANYAK KOT NANTI...OK ITU JE
PadamBERLAWAN PEDANG DENGAN SAMURAI JEPUN.
BalasPadamI. “Berapa lama-nya Laksamana dudok di-benua Siam itu, sa-kali persatua, maka Phra Chau pun bertitah, `Hai Oya Bagelang, mana dia pendekar Jepun yang bernama Chin Chu itu?`Maka sembah Oya Bagelang, `Ada, tuanku, pendekar itu, dari Kemboja datang, terlalu mashhor. Jika sa-puloh, bukan lawan-nya. Maka titah Phra Chau, `Segera panggil pendekar Jepun.’
“…Maka titah Phra Chau, `Hai pendekar, engkau aku titahkan bermain pedang dengan utusan Melayu ini.` Maka kata Jepun itu, `Berapa puloh orang Melayu itu? Jika sa-orang dua bukan lawan patek.` Hang Tuah sebagai `Hulubalang Melayu` tiada dapat mendengar kata-kata yang keji (menjatuhkan maruah kepahlawanannya) di-tengah majlis lalu menyambut cabaran pendekar Jepun dengan berkata: `Cheh! Hendak berdusta pula. Bicara kamu ini empat lima berdiri pun tiada endah padaku!” (Ms.390)
II. “…Maka pendekar Jepun itu pun turun ka-tanah menghunus pedangnya serta dengan amarah-nya, beberapa dilarang oleh hulubalang Siam tiada di-dengarnya. Phra Chau (Raja Siam) sendiri lalu larang-nya (Tidak diambil peduli olehnya-p). Maka ia pun berseru2, katanya, `Hai Melayu, turun-lah engkau! Jika tiada turun supaya ku-naiki balairong ku-tendas kepala-mu”.
“…Maka kata Laksamana, `Hai si-Kafir yang keras hati-mu, apa engkau hendak perbuat, perbuat-lah oleh-mu.` Sa-telah pendekar itu melihat Laksamana sudah turun, maka segera di-parang-nya. Maka Laksamana pun melompat hendak menangkis parang-nya itu, kerana (Jepun-p) memarang dengan dua belah tangan-nya. Sa-telah lalu, di-parang pendekar itu, maka di-parangnya oleh Laksamana telinga-nya, putus terpelanting ka-tanah maka Laksamana pun segera melompat naik ka-atas balairong itu. Maka orang pun hairan pantas Laksamana itu. Sa-telah pendekar itu melihat telinga-nya putus itu, makin bertambah marah-nya dan malu-nya lalu di-usir (kejar-p) nya akan Laksamana hendak naik ka-balairong itu. Maka Laksamana pun segera terjun di-atas balai berhadapan dengan Jepun itu pula”.
Lihat seperti ada sedikit percanggahan fakta dalam penceritaan perincian pertarungan antara Versi Sejarah Melayu dengan versi Manuscript dari London tapi Samurai Jepun pasti orang yg sama kerana nama Samurai jepun itu hampir sama Chinchuyoshi dan Chinchu
Versi London lebih banyak memberi keterangan mengenai Samurai dan rakan rakannya sedangkan Versi Sejarah Melayu hanya ceritakan Samurai itu shj
Tapi kedua teks menggambarkan sikap kepahlawanan Hang Tuah....mana professor kangkung Khoo kay Khim yg menidakkan kewujudan Hang Tuah
Versi Sejarah Melayu
“Maka di-parang oleh Jepun itu, di-salah-nya (dielakkan-p) oleh Laksamana, serta di-parang-nya hidong pendekar itu, putus. Maka Laksamana melompat naik ka-atas balairong itu pula. Maka di-rasa-nya oleh pendekar itu hidong-nya putus, maka lalu di-usir-nya, maka hendak di-naiki ka-balairong itu. Maka Laksamana pun terjun pula berhadapan dengan jepun itu, lalu di-parang-nya Jepun, bahu-nya pun putus gugor ka-tanah. Maka jepun itu pun mengusir pula dengan bersunggoh2 hati-nya, maka diparang pula oleh Laksamana kepala-nya belah (terbelah-p) dua…” (Ms.391)
MEMANG ADA BANYAK VERSI MENGENAI PERISTIWA TERSEBUT. VERSI2 INI TERJADI KERANA FAKTOR CARA IA DIPERTURUNKAN PADA AWALNYA IAITU DARI MULUT KE MULUT SEHINGGALAH IANYA DICATIT. SELAIN ITU KEBANYAKAN PENYALIN2 MELAYU DAHULU KALA SUKA MEWNAMBAH-NAMBAH CERITA DIDALAMNYA SUPAYA SEDAP DIDENGAR DAN DIBACA. SEPERTI KATA SRIKANDI KITA PERLULAH PANDAI READ BETWEEN THE LINE DAN PILIH MANA YG FAKTA DAN MANA YANG AUTA...OK :)
BalasPadamApakah ini ada kaitan dengan minat orang Jepun terhadap Tanah Melayu. Sekarang pun blog military.net cerita pasal serangan Jepun di ke atas Tanah Melayu.
BalasPadamMmg bodoh dan kotei punya teori...semua nk citer melayu power..bangsa laen bodo belaka..perkasa kotei
BalasPadamKo tu yg kotei tongong..jeles ker
PadamKo tu yg kotei tongong..jeles ker
Padam