Sabtu, 6 Oktober 2012

PENDITA TUA INGIN BERKATA-KATA





 

Satu Artikel Selingan Dari  Pendeta Al~ Semantani
 

 

Wahai umat Melayu sekalian, pendita tua ini ingin berbicara, berbicara pasal dunia, dunia yang penuh dengan pancaroba, dunia Melayu  dunia kita.


Wahai anak Melayu sekalian, pendita tua ini bukanlah seorang ahli agama atau pun ulama, pendita tua ini bukanlah seorang professor dalam bidang sejarah malahan pendita tua ini bukanlah seorang yang penting dalam masyarakat. Namun demikian , atas dasar kasihan, dan tanggungjawab, pendeta tua yang tidak berdaya ini  cuba menggunakan segala kemahiran yang dia ada, segala ilmu yang pernah dipelajarinya dan segala pengalaman yang pernah di tempuhinya walau seciput manapun yang ada demi untuk menghapuskan sikap inferioriti kompleks yang ada pada setiap umat Melayu di negara ini terhadap sejarah negara bangsa mereka.

 

Wahai anak-anak Melayu muda sekalian! Janganlah engkau semua bergelak dan ketawa terbahak-bahak atau tersenyum sengih bagaikan kerang busuk serta mengernyih sindir apabila dikatakan bahawa bangsa Melayu itu adalah sebuah bangsa yang hebat, bangsa Melayu itu adalah tua sejarahnya, bangsa Melayu itu adalah besar kerajaan-kerajaan negara kotanya. Dan bangsa Melayu itu luas pandangan dan jauh perjalanannya hingga ke Mesir purba dan empayar Babylon. Ternyata wahai anak-anak Melayu muda sekalian, kamu semua telah tertipu dengan dogma-dogma dari sistem pendidikan berteraskan Barat. Mereka menutupi dan menyarungi segala rahsia mengenai sejarah bangsa Melayu kita.

 

Wahai anak Melayu sekalian! Dimanakah para pendekar jantanmu? Dimanakah para wira dan Heromu yang akan membela nasib sejarah bangsa Melayu kita ini? Tidakkah anda semua anak-anak jantan Melayu  berasa malu dengan fenomena kini. Apakah sudah habis semua jantan dalam bangsa Melayu ini sehinggakan perjuangan dalam medan sejarah terpaksa dipikul oleh seorang insan bernama wanita ( Srikandi la sape lagi). Dimana kejantanan anda? Jangan sorokkannya dibawah meja kerja anda sahaja. Mari kita beramai-ramai bersama menyelongkar segala arkib diseluruh dunia yang menyimpan segala macam jenis manuskrip dan jurnal mengenai bangsa dan tamadun Melayu. Supaya nanti akan terbangkitlah alter anak-anak muda kita.

 

Wahai umat Melayu yang jumud lagi tak mahu membaca! Apabila Cik Seri ungkapkan bahawa ada bukti yang menunjukkan bahawa bangsa Melayu pernah mengadakan aktiviti perdagangan dengan bangsa-bangsa tamadun besar di Asia Barat seperti Mesir Purba, Hittite, Judea dan Babaylon maka ada pihak yang mencebik mulut dan memalingkan muka sambil menjuihkan lidah tanda hina sangat pandangan tersebut. Tetapi ketahuilah wahai si muka hudoh yang menjuihkan mulut oi! Segala kajian dan bukti tersebut bukan direka-reka oleh Cik Seri dan yang seangkatan dengannya tetapi dikaji selidik sendiri dari hasil kajian terdahulu oleh para pengkaji asing.

 

 

Maka berkatalah si jumud bin tak mahu mengkaji : Habistu apa buktinya? Mana ada rumah, Mahligai,Piramid,Istana ,Kuil dan tembok kerajaan-kerajaan yang hebat tersebut? Ini jawapan pendita ya…jika awak cari Mahligai maka harapan awak akan berkecai, jika awak cari Istana maka impian awak takkan kemana, jika awak cari tembok maka awak tunggulah sampai esok , jika awak nak tengok Pyramid alamatnya pergilah je kat Sunway Pyramid. Kesan sesebuah tamadun yang hebat itu bukan terlihat pada batu batuannya sahaja atau binaan materialnya sahaja, sebaliknya sumbangan dari sudut  non-material seperti adat, dan bahasa adalah sesuatu yang paling penting dan menjadi bukti yang paling berguna dalam mengkaji sesebuah tamadun itu.

 

Maka apakah dia bukti dari sudut bahasa tersebut? Menurut pendita sebenarnya ada banyak contoh persamaan dari sudut bahasa, pendita tak mahu kupas panjang-panjang kerana Cik Seri dah kupas dalam artikel lama beliau berkali-kali malah pendita juga sudah ulas dalam artikel pendita yang terdahulu. Sebagai contoh seperti yang terdapat di blog M.O: Surau dalam bahasa Melayu ada persamaan dengan Sawraw dalam bahasa ibrani yang bermaksud rumah kecil atau tempat ibadah kecil. Selain itu perkataan Abah dalam bahasa Melayu sama dengan dalam bahasa Ibrani Abbah yakni ayah.

 

Namun demikian anak Melayu sekalian, kebanyakan dari persamaan ini hanya sesuai dengan bahasa percakapan atau bahasa pasar Melayu sahaja dan bukan bahasa baku. Contohnya dalam penyebutan huruf R. Dalam bahasa yahudi R disebut dengan tidak menggulungkan lidah sebaliknya dibunyikan dengan anak tekak yang mengeluarkan bunyi GHR seperti dalam penuturan beberapa dialek Melayu di seluruh Nusantara. Tahukah anda bahawa perkataan Geled yakni sebuah perkataan Yahudi bermaksud Kulit? Nah anda nampak kan persamaannya! Tpuah adalah bermaksud Apple dalam bahasa Ibrani dan Buah adalah persamaannya dalam bahasa Melayu. Mati disebut Mat dalam bahasa Hebrew adakah perlu saya terangkan lagi dimana persamaannya? Untuk pengetahuan cucu-cucu semua Google translate tidak menyediakan bantuan Audio untuk bahasa Ibrani tetapi ada disediakan untuk semua bahasa lain di dunia. Kenapa ya? Adakah sebab dia tak mahu anak cucu sekalian menbandingkan bahasa Ibrani dengan bahasa Melayu? Wallah hu a’lam. Sekian.

 

 

 

38 ulasan:

  1. Cari dalam albaiti alaatiq..

    BalasPadam
  2. habis tu???

    dah sama dgn Yahudi, bangga la..tu kegemilangan tok nenek.

    yang melayu zaman sekarang culik bunuh budak, rogol bayi, bunuh mak ayah, main ayam, merempit, samseng, rompak bersenjata, etc.. hinggakan jauh lebih teruk dari org kafir..mana hebatnya..

    kesan kegemilangan sejarah tak ke mana kalau minda manusia melayu kelas ke 3 je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. To Anon 7 okt 2012 12:48 pg.

      Firstly gua minta maaf,kalau gua guna bahasa panas pd lu.

      Wey spisis mangkok hayun..tok nenek jgn disebut2.
      Yg lu sebut2 tu sumer nyer buruk busuk sedara2 lu laa.
      Kalau ye pun lu sudah tahap dewa,sempurna takde dosa...lu pikir laa..kalau apa yg lu sebut2kan sumernyer kena kat anak bini..cucu cicit lu...
      Or lu boley jamin,aper yg lu sebut2 takkan kene pada anak bini keturunan lu.
      Kalau lu boley 'guaranteey' siap bg 'cagaran'...gua tabik spring sama lu beb.

      Cakap biar pada2 beb.Agak2 kalau lu nak berbunyi.
      Kurang2 lu sebutkanlah doa...

      Ya Rabbi..Kau gagahkanlah bangsaku ini...
      Kau gemilangkanlah bangsaku ini...
      Limpahkanlah kami sekalian dengan maghfirah dan rahmatmu...
      Tuntuni dan pimpinilah kami dengan kasih dan sayangmu...
      Bukanlah 'syurga' engkau yang kami hajatkan...
      Bukanlah 'neraka' engkau yang kami takuti...
      'Redho'mu jualah yang kami cari..yang kami dambakan..

      Amin yaa Allah.

      Padam
    2. Apa yang berada di belakang kita dan apa yang berada di depan kita adalah perkara kecil berbanding dengan apa yang berada di dalam kita.

      setuju dgn @wie

      Padam
  3. itu cakap-cakap orang yang dah putus asa....bangsa yg tak kenang sejarah adalah bangsa yang mudah lupa diri dan terpengaruh dgn dakyah2 luar terutama yg negatif. tak kuat pegangan sejarah maka tak kuat pegangan agama jugak sebab agama itu sebahagian dari sejarah. tak kuat pegangan sejarah maka tak kuat jugak semangat patriotik...tu yg sebab dok merempit , bunuh org, rompak orang.

    orang yg celik sejarah belajar sejarah sampai peringkat tinggi secara automatik akan jadi bijaksana atau wise kata orng putih. pernah jumpe orng cerdik pandai merempit tanpa sebab atau bunuh mak ayah, rogol orng dan sebagainya? kebanyakan yg buat kije tak senonoh tu, yg bodoh tolol sekolah pon tak habis. camne nak dpt pengajaran dari sejarah kalau tak mau baca buku. pendek kata anda sendiri dah sebut org yg buat camtu org minda kelas 3, tapi bukan semua org melayu camtu. org melayu yg tahu sejarah biasanya ada minda kelas pertama tau...tengok mcm cik seri, sang tawal, engkuh dan said hussain al attas. ada nampak depa ni merempit ker cik anon???

    BalasPadam
    Balasan
    1. keluar lah ke jalan Allah,sesungguhnya anda akan dapat melihat baik buruk sesuatu perkara yang berlaku..3 hari untuk setiap bulan,40 hari untuk 1 tahun dan 4bulan untuk seumur hidup..keluar lagi dan lagi,insyaAllah kita dpt satukan umat kita balik bukan melayu sahaja tapi orang2 islam sedunia..

      Padam
    2. Maafkan mereka, mereka tidak tahu
      Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
      Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
      Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
      Maafkan mereka, mereka tiada nilai
      Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
      Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
      Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

      Atas kepala murai sekawan
      Baling kurambit kucup lehernya
      Terlalu rahi dendam di angan
      Sampai terkacip mulut mahirnya

      Kenapa awak tak pukul mereka?
      Saya tak suka pada keganasan

      Jangan ahli sihir seru nama maharaja
      Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
      Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
      Kalau terpelajar sila guna hak miranda
      Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
      Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
      Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
      Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

      Padam
    3. Maafkan mereka, mereka tidak tahu
      Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
      Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
      Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
      Maafkan mereka, mereka tiada nilai
      Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
      Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
      Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

      Atas kepala murai sekawan
      Baling kurambit kucup lehernya
      Terlalu rahi dendam di angan
      Sampai terkacip mulut mahirnya

      Kenapa awak tak pukul mereka?
      Saya tak suka pada keganasan

      Jangan ahli sihir seru nama maharaja
      Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
      Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
      Kalau terpelajar sila guna hak miranda
      Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
      Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
      Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
      Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

      Padam
  4. Sang Pemimpi di sianghari7 Oktober 2012 pada 7:35 PG

    khusus anon 7 oktober 2012 1248pg

    Kalau saya memang bangga skali ade link dengan bani israel, bangsa yg pernah dimuliakan Allah dari segala kaum pada masa dahulu, ramai nabi diturunkan buat mereka, sekarang dah lain. tapi kalu chek dalam kitab, baca quran itulah yg tejadi dahulu kala... melayu pun pernah capai zaman keemasan jugak, dan beradab tinggi berakhlak mulia, sama jugak skrag x lagi...

    sebab apa? sebab ada keturunan yg x menghayati dan mempelajari nilai yg ade, sama macam orang islam, cahaya agama, alquran, hadis dah ade, tapi sebab malas, x baca x hayati mane nak dapa isinya? nama islam, hidup macam kafir... sebab x hayati, nama melayu tapi x beradab halus, sebab dorang mewaris je, x lebih dari tu...

    saudara anon juga akan jadi macam contoh insan diatas, sebab anda tangkap muat, tengok sekali trus buat kesimpulan, x menghayati dan ambil nilai yang ade...

    semua boleh bernama islam, tapi x suma mampu menjiwai agama

    ps, Al Semantani nape gambar si pendita tua atas tu mewah, tu gambar bangsawan parsi purba, huhu patutnya pendita tua mesti la berpakaian compang camping baru la sesuai~

    BalasPadam
  5. Tulisan yang menarik dari Al-Semantani

    BalasPadam
  6. Anonymous7 Oktober 2012 12:48 PG,

    Ulasan biasa melayu yang sesat-barat tak tau asal-usul, gembira bila dapat mengutuk bangsa sendiri, seolah-olah tak ada kebaikan bangsa yang gemilang dahulu ini, dan bangsa asing dan penjajah bertepuk tangan riang dapat menghasilkan jenis manusia begini.

    Kalau yang buang anak itu sebabnya jahil agama, belajarlah agama, bukan mengutuk-ngutuk bangsa sendiri macam takde maruah.

    BalasPadam
  7. Tahniah Saudara Al-Semantani..saya kgum dengan penulisan awak....

    BalasPadam
  8. Adik tiri perlu kuasai 'bahasa' abang dan kakak tiri nampaknya...
    Baru 'enak' untuk kita "bermain-main" dihalaman 'Kakek' nanti..
    Jangan 'terasa' wahai abang dan kakak......
    'Saatnya' semakin hampir.

    BalasPadam
  9. Bukankah, asal usul manusia itu individu. Selepas Berkahwin jadi keluarga. Maka apabila keluarga menjadi sanak saudara maka jadilah bangsa. Kesimpulannya, bangsa melayu adalah keluarga kita.

    maka kita haruslah menjaganya. Jika Allah Swt ada menyebut tentang jagalah keluarga kita, adakah kita sempit hanya memikir keluarga diri sendiri. Bukan, namun kita harus menjaga bangsa/ keluarga kita sendiri.

    Jika di antara kamu melakukan dosa maka Allah azabkan sesuatu kaum/bangsa itu hingga hilang didunia kerana kedaifannya, adapun dikalangan mereka beriman namun kami akan bangkitkannya dalam keadaan yang baik dan bercahaya diakhirat. maksudnya Allah swt mahu kita jaga bangsa kita walaupun masih byk org beriman dikalangan bangsa itu.

    BalasPadam
  10. tgk, siap bangga tu ada link ngan Yahudi.

    Tak ker terjajah minda namanya tu..weii badigol so'od, Yahudi bukan dimuliakan, tapi nabi banyak turun kpd Yahudi sebab mereka degil, jahat & mungkar la anamanya tu.. dah ramai Nabi dihantar masih tak insaf2..last2 kaum yg tak kurang degil & jahatnya, Arab (yg ni barulah betul2 ada link ngan Yahudi menerusi keturunan Nabi Ibrahim) barulah jadi dakwah Islam..

    Yahudi lak sampai sekarang masih camtu.. tu yang ko banggakan.

    Konon Melayu nak bela Islam la.. ko bukak sikit mata tu..tengok sekeliling, dalam 10 org Melayu ko jumpa..berapa org yg ko percaya jujur & ada sepenuhnya ciri2 Islam yg semua dambakan.. yang kita boleh gantung harap kalau2 perang berlaku???

    ish ish, dangkal & cetek, ko tak tengok ker melayu UMNO vs PAS vs Yahudi..ulamak pro salafi vs ulamak pro mazhab, takerat tu vs tarekat ni..pondok tu vs pondok ni.. MELAYU TAK PERNAH BERSATU & SANGAT SUKAR BERSATU..kecuali muncul 1 kaedah di mana kekayaan & kuasa dalam negara boleh diagih sama rata antara melayu2 yang nakkan nama & kuasa ni..

    yg betul2 layak jadi tentera panji hitam.. ciputttttttttttttt sgt2.. nak harapkan geng2 merah, kuning, hijau yang kini macam2 versi nombor & bentuknya..ada yg bersarang, ada yg keris berpalang, ada yg daun..macam2, last2 bila nama Allah nak diguna, gereja mendakwah terbuka, bantah movie hina nabi dipersoal..MANA KAMU SEMUA WAHAI MELAYU yg maha hebat, MELAYU yg konon masa depan Islam terletak di bahu mereka.. mana mereka?????

    cakap jer banyak.. sejarah sekadar buat takbur adalah.. tujuan utama belajar sejarah bukan nak tau hebat tu ni cam korang buat sekarang, tujuan belajar sejarah nak belacar apa silap yg kita pernah buat dulu..dan sekarang jangan ulang..tapi MELAYU MUDAH LUPA..ulang lagi dan lagi dan lagi..

    nasihat aku, takda gunanya korek sejarah itu ini..penting PEMIMPIN MELAYU kena satukan dulu melayu, betulkan matlamat bangsa KEMUDIAN BARU belajar sejarah.. ni tak..yg pro agama baca sejarah gemilang dulu konon nilah pewaris panji hitam ISlam, yg pro meterial tgk sejarah,,org dulu melayu kaya raya, aku pun boleh jugak..masing masing guna sejarah untuk kepentingan masing2.. mana hebatnya Melayu.

    lu gua..hahaha emo ntah aper aper..yg si punulis pun ikut sekali.. ni ker yg nak pimpin aku lawan dajjal nanti.. belum perang lagi dah emo.. aper salah ker aku cakap.. ko tengok sendiri statistik jenayah.. jgn tgk KUANTITI..melayu majoriti, memang la lebih banyak melayu akan buat jenayah..TENGAH KEPERATUSAN/JUMLAH AHLI SESUATU KAUM... Peratus dalam semua jenayah kecuali KOLAR PUTIH semua melayu paling ramai!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. boring,komen yang sangat KLISE..

      Padam
    2. "Apa yang nasihat aku, takda gunanya korek sejarah itu ini..penting PEMIMPIN MELAYU kena satukan dulu melayu, betulkan matlamat bangsa KEMUDIAN BARU belajar sejarah.. ni tak..yg pro agama baca sejarah gemilang dulu konon nilah pewaris panji hitam ISlam, yg pro meterial tgk sejarah,,org dulu melayu kaya raya, aku pun boleh jugak..masing masing guna sejarah untuk kepentingan masing2.. mana hebatnya Melayu."

      Nko kolo nak cakap ayat mcm gini, pegi la masuk belog politik bang!

      baru lah kena. Ni dah kira salah kamar ni.

      Padam
  11. go...go... my Semantani Jones!

    jemput ke fanpage saya.Kita bergasak kat situ (pasal sejarah)

    BalasPadam
  12. Bosanya komen "Anonymous 8 Oktober 2012 4:36 PG"...Jahilnya tentang sejarah...dia ingat Sejarah ni sekadar Ilmu pecisan untuk cari kesilapan lampau semata ke.....? Sejarah itu adalah mengenai segala aspsek kehidupan kita dari masa lampau untuk masa akan datang...kenapalah ada manusia yang berfikiran sempit macam si polan ni....jadi duri dalam daging Blog Al-Semantani ni...Bosanlah ada komentar macam ni...

    BalasPadam
  13. manusia itu adalah musuh pada apa yang dia tak tahu. bukan berbangga dengan yahudi yang dimaksudkan. cari dulu puzzle2 lain sebelum buat conclusion. pantang sebut yahudi terus melompat.

    pernah dengar 'yahudi bakal dibunuh oleh saudara2 mereka'? cari puzzle ni dan puzzle2 yang seangkatan yang menceritakan keseluruhan cerita baru la tuan akan faham maksud pertalian darah yahudi dan melayu. disinilah pentingnya sejarah yang haq.

    BalasPadam
  14. Penatlah dgn Melayu yang "Malay-bashing".. Kesan kekecewaan yang negatif.... nak kecewa pun biarlaahh macam Tun Mahathir ke.... dia sendiri memajukan bangsa .... kau anon tadi tu ader kuat usaha memajukan bangsa sendiri selain dr mengutuk bangsa sendiri?

    BalasPadam
  15. Salam,

    Yang kutuk2 melayu tu dah tak nak jadi melayu udah..tarik balik keistimewaan melayu padanya seperti dalam perlembagaan Negara..baru dia tau langit itu tinggi atau rendah

    BalasPadam
  16. Adeh... dekat mana2pun mesti wujud parasit2 yang macam ini. Letih betul laa... Macam mana hendak bersatu kalau mereka buta sejarah? Mereka tak tahu asal usul mereka, mereka tidak tahu siapakah pencipta sistem pentadbiran yang mereka agongkan sekarang? Yang dok mengulangi perbuatan masa silam tu kebanyakkan puak2 yang buta sejarah, cuba pergi tanya fanatik2 politik tu sume adakah mereka tahu sejarah yang sebenar?? Tolong jangan tulis ikut sedap hati dan emosi jee...

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah..semakin banyak blog yang diwujudkan untuk menjejak kembali kegemilangan bangsa kita yang dimomokkan orang putih sebagai "takdok gapo satu" semenjak dahulu, dan diteruskan dengan golongan elitis yang tidak berjaya mendidik orang melayu celik sejarah dan berbangga menjadi melayu. Diburukkan juga oleh golongan yang menganggap kononnya memperkasakan dan mengagungkan bangsa sebagai assobiyyah, padahal mereka dangkal dalam definisi tersebut.
    Hati ini meruntun saban kali mendengar orang melayu sendiri mengutuk-ngutuk bangsa sendiri, seolah-olah segala yang berkaitan melayu itu teruk dan buruk dan jahil dan macam-macam lagi. Yang jahil, marilah kita kembali kepada islam. Yang buruk kita cantikkan. Tapi yang sedia cantik dan bagus kenapa tidak diwar-warkan supaya tiada jenis yang tak tahu diuntung mempertikaikan ketuanan kita di semenanjung. Yang peliknya puak-puak ultra-kiasu ini menterjemahkan "Ketuanan Melayu" sebagai "Malay supremacy". Rujuklah kamus dewan, apa maksud ketuanan? Supremacy itu macam ideologi Aryan Supremacy seperti yag dibawa Hitler, tak ada kena mengena dengan Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu menunjukkan Tanah Semenanjung dari singapura sampai ke segenting kra melayu yang punya, bukan Melayu sebagai bangsa terpilih, seperti ideologi yahudi vs Goyyim.

    Namun, sedikit pendapat koi mengenai teori Geled dan Tpuah dari Bahasa Hewbrew a.k.a Ibrani. Banyak persamaan datang dari pengantara Bahasa Arab. Di Kelantan dan terengganu, saudara2 koi masih memanggil buah epal sebagai buoh topoh (tupah), dari bahasa Arab tuffah. Geled lain sedikit. Tapi dalam bahasa Arab ia disebut Julud. Bahasa Arab, Ibrani dan Kana'an tergolong dalam golongan bahasa semitik. Bahasa pinjaman tidak menunjukkan sekumpulan yang sama. Contohnya beratus-ratus pinjaman kata dari bahasa penjajah yang dilekatkan suffices "-si", istilah-istilah agama dari bahasa Arab, istilah2 lama dari bahasa Sanskrit. Inggeris --> Germanik-->IndoEropah. Arab-->Semitik. Melayu-->Malayo-Polinesian-->Austronesian.
    Bhasa jev vamsa. :)

    BalasPadam
  18. hee.. :)

    ttg masalah "akhlak" bukan lah total merujuk kepada sebuah bangsa. kerana arab juga di waktu zaman jahil juga telah gigambarkan mereka adalah antara bgnsa yang hina diwaktu itu , dengan segala pekara yg telah kita tuduh bangsa sendiri.

    jadi kalau itu ukuran maka saudara maka tak mengapa :) ok je

    tujuan sejarah ini dikupas ada byk pekara dan sgt sujektif maka tanya la tuan penulis mengapa menyampaikan bukan terus dgn kritikan negatif kerana beliau berusaha menyampai sesuatu yang baik melalui sejarah.

    tp.....

    kalu x masuk ikut maka... x perlu tahu. :) jika penulis berniat menulis sejarah untuk menyesatkan orang maka saya orang pertama akan menentang beliau.

    didikanlah hati dengan bersangka baik dengan segala ilmu Allah swt.

    kerana jika kamu berlajar senibina / arkitek / sains / bio .. - kamu akan jumpa benda seperti lambang segitiga,karbalah, simbol sihir, dll... maka adakah para ahli sains ni xmampu nilai bahawa benda nh sesat? atau mmg ada sesuatu di sebalik maksud yang disalah tafsir dan disalah guna. wallahualaham.

    baca nk amik benda yg mampu jadikan manfaat.


    tak paham... tanya pada Ahli / ulama'

    hee k la.. selamat membaca. :)


    -bani

    BalasPadam
  19. setiap kebaikan datangnya daripada keburukan.
    setiap yang terbaik lahirnya daripada kebaikan.
    setiap yang mulia datangnya dari pengorbanan.
    setiap kesempurnaan itu terjadinya dengan minda yang penuh hormat menghormati.

    yang lama dijadikan pedoman.
    manakala yang baru di jadikan panduan.

    BalasPadam
  20. Boring~
    Aku setuju tujuan untuk belajar sejarah Adalah untuk nak belajar apa silap yang kita pernah buat dulu....

    Untuk belajar sejarah perlu ada sumber yang sahih.. So mana nak dapat sumber yg sahih??? Dari Barat?? Para Pengkaji Melayu sendiri?? Yahudi?? Turun dari Langit??? Menuntut dekat Gunung Ledang??

    Kita sendiri lah yang patut cari sumber itu dan patut rasa bangga dengan sejarah kita...

    Kau Mental BEB Anonymous 8 Oktober 2012 4:36 PG

    JUMUD! SICK!

    BalasPadam
  21. Payah dengan Orang Melayu kita ni. Patutnya, bila ada segelintir Melayu cuba memartabatkan dan memotivasikan Bangsa Melayu dengan kesedaran sejarah dengan cara menulis blog, kita pakatlah sokong sama. Ini lagi memperlekeh sesama bangsa Melayu pulak. Patutlah Lim Kit Siang berani kata, Kaum Melayu tidak ada hak ketuanan keatas bumi Malaysia, sebab kaum Cina dan Kaum Melayu sama-sama pendatang. Sikit lagi, berjayalah Lim Kit Siang merampas Malaysia dari tangan Orang Melayu, buang Raja Melayu, buang hak keistimewaan Orang Melayu dan buang agama Islam sebagai agama resmi negara. Sebabnya orang Melayu dah tak boleh berhujah, buta sejarah, perlekeh usaha mengkaji sejarah Melayu. Sudahlah ekonomi Malaysia Kaum Cina pegang, kuasa politik pulak nak dirammpas dengan hujah sejarah. Elok sangatlah memperlekeh dan mempertikai sejarah bangsa Melayu. Berapa banyak Lim Kit Siang bayar kamu?

    BalasPadam
  22. Menghentikan kajian, pembelajaran dan memalaskan akal untuk meneroka sejarah atau kejadian / ciptaan tuhan dan teknologi terbaru adalah tanda sifat ujub atau hairan diri, sombong dari jiwa yang malas lagi lemah. Merupakan punca2 atau pintu-pintu keraguan menyerang hati2 manusia dan membuka jalan-jalan kesesatan melalui rasa pandang rendah kepada usaha2 orang lain. Wa Allah hualam.
    berdasarkan
    Intisari surah Al Iqra'

    sumber rujukan:
    (intisari surah Al Iqra - ayat 6 hingga 7...

    Ingatlah! Sesungguhnya manusia tetap melampaui batas (mengingkari perintah Allah),


    Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup


    (tak perlu lagi mempertingkatkan diri supaya hari esok lebih baik dari hari ini)

    sila rujuk guru agama bertauliah kerajaan.

    BalasPadam
  23. Salam,

    "jika manusia itu tiada kenal 'sejarah' didalam dadanya...
    samalah ia seumpama dengan hayawan yg melata..."

    BalasPadam
  24. seingat i, cik seri penah merempit dgn skuter nya karna tdk snggop di tumpangkan dalam kereta maserati milik 'orang kerajaan' untok ka sabuah restoran kalis peluru area segitiga emas KL. lupa pula nama orang itu. alkisahnya krn mahu menunjukkan gambar piramid purba di tanah melayu.

    itu kesah lama. persoalannya, bgmana kah gaya cik sri mengenakan skuter nya yaa?
    ada-kah saperti kareena kapoor dlm cerita 3 Idiot sms hndk ke hospital itu?
    ooh! aal iz well...aal iz well!

    nakal cik sri ;)

    BalasPadam
  25. Rilek brader, jangan gaduh sesama kita.
    Buka mata hati. Banyakkan membaca. Tak kiralah apa saja kerana dengan membaca, ilmu berganda. Takyah nak gaduh sini sana. Buka minda. Teroka jiwa. Rilek ar brader.

    BalasPadam
  26. Teruskan usaha murni anda itu utk berkongsi maklumat dan mencari susurgalur jatidiri siapa itu Melayu dan darimana dtgnya Melayu ini? Akan tetapi di akhir ceritanya setelah puas anda mencari anda2 semunya pasti akan terhenti di station yg Pertama iaitu Nabi Adam a.s manusia yg pertama di jadikan dan kita ini adalah cucu cicitnya.

    Di perhentian kita yg ke2 bahawa Nabi Muhammad itu nabi yg terakhir yg menyebarkan tali2 persaudaraan yg kian lama terpisah, kerna setiap orang islam itu bersaudara ( pk dan renung dan kaji mcm mane boleh terjadi? )

    Di perhentian kita yg ke3 carilah diri sebenar diri siapa diri kita yg sebenar2 diri


    Diperhentian yg ke4 Kenal ke kita Tuhan yg bernama Allah ?
    atau sekadar kenal atas nama aje····

    Kenapa ada perkataan "Kenal lah diri kamu rata2 baru kenal Allah yg Esa" "Setelah kamu kenal diri sebenar diri maka binasalah kamu"

    Apa yg binasa?
    Kesimpulan itu byk jika hendak diterangkan, lg pun dunia pun sudah makin tua setiap perjlnan pasti ada perhentian dan Terminal yg terakhir. Jadi renung2 kan lah brader & Sister semua (",)

    BalasPadam
  27. Maafkan mereka, mereka tidak tahu
    Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
    Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
    Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
    Maafkan mereka, mereka tiada nilai
    Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
    Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
    Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

    Atas kepala murai sekawan
    Baling kurambit kucup lehernya
    Terlalu rahi dendam di angan
    Sampai terkacip mulut mahirnya

    Kenapa awak tak pukul mereka?
    Saya tak suka pada keganasan

    Jangan ahli sihir seru nama maharaja
    Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
    Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
    Kalau terpelajar sila guna hak miranda
    Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
    Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
    Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
    Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

    BalasPadam
  28. Ini semua salah penjajah. Habis di 'Brainwashed' oleh mereka.

    BalasPadam
  29. Dimanakah anak melayu sejati... manakah pumada dan pemudi yang sanggup korbankan harta atau nyawa kepada Negara

    BalasPadam