Khamis, 3 Februari 2011

KAMBOJAS





Salam kepada para pembaca semua. Artikel kali ini akan membuka satu topik yang pada saya agak kritikal dan kabur dalam pensejarahan dunia dan Asia Tenggara khasnya iaitu mengenai asal usul bangsa atau suku yang diusebut sebagai Kambojas. Siapakah sebenarnya suku Kambojas dan apakah kaitannya dengan kita? Untuk pengetahuan anda semua orang-orang Khmer sehingga hari ini sangat mempercayai bahawa bangsa mereka adalah ketrunan terus daripada suatu kaum purba yang amat misteri dalam sejarah dunia iaitu kaum Kambojas. Kemisterian kaum ini adalah sangat besar keranan adalah amat sukar untuk kita mengesan sejarah asal usulnya walaupun banyak catatn-catatn kuno daripada bangsa-bangsa lain yang menulius mengenainya. Misteri kaum ini hampir sama seperti misterinya sejarah bangsa Melayu zaman srivijaya hingga tertubuhnya Melaka. Hal ini kerana sebahagian besar daripada maklumat yang sejarawan-sejarawan yang mahu mengkaji mengenai kaum ini adalah daripada catatan orang kedua terutama dari bangsa lain dan bukan catatan daripada kaum Kambojas itu sendiri. Malahan sejarawan masih tidak tahu samaada suku Kambojas ini mempunyai system tulisan mereka sendiri atau tidak.



Namun dengan mudah kita dapat membaca banyak riwayat-riwayat kuno Hindu, Buddha malahan sehingga ke Parsi dan Yunani tentang suku kaum yang bernama Kambojas ini. Namun semuanya cerita diatas cerita. Salah satu Karya kuno yang membicarakan mengenai suku ini adalah dalam Mahabrata. Dalam perang Kuruksetra yang berlaku diantara dinasti Matahari dengan dinasti Bulan, suku Kambojas dikatakan terlibat sama dengan suku-suku lain termasuk rumpunya suku Sakas atau Scytian. Ada pendapat peperangan ini adalah gambaran atau interpretasi penulisnya tentang peprangan sebenar yang berlaku diantara negara-negara di india dengan Sri Lanka dan negara-negara Asia tenggara. Hal ini bermakna tanah asia tenggara atau nusantara ini menjadi salah satu setting kepada peprangan dalam Mahabrata.


 
Berbalik kepada dakwaan orang Khmer tadi, sebenarnya saya kurang setuju bahawa bangsa Khmer berasal daripada bangsa Kambojas yang suatu ketika dahulu pernah bertapak di Asia tengah. Sebahagian sejarawan Khmer mengatakan bahawa nama khmer diambil sempena nama raja pertama mereka yang bernama Svayambahva Kambu. Dikatakan bahawa raja ini datang dari selatan india. Apa yang menariknya terdapat juga pendapat daripada Sejarawan Khmer sendiri yang sanggup mengenepikan semangat nationalis melulu dengan mengatakan bahawa Raja ini datang dari Semenanjung. Menurutt mereka dari nama ini maka terbentuklah nama kerajaan kambuja yang bermakna keturunan kambu. Akhiran ‘Ja’ adalah menunjukkan keturunan atau berasal daripada Kambu. Ia tidak ada kena-mengena dengan suku Kambojas.




Mengapa saya berkata sedemikian? Kerana jika benar bahawa suku Kambojas adalah leluhur bagi Khmer maka sudah pasti masih ada banyak sisa-sisa bahasa dan kebudayaan Kambojas wujud dalam masyarakat Khmer. Namun ianya tidak ada atau amat payah untuk ditemui. Apa yang paling penting adalah kesan-kesan bahasa. Bahasa melambangkan sesuatu bangsa dan kita boleh kesan asal-usul seseorang atau sesuatu bangsa itu melalui bahasa sehariannya tanpa mengira darah sekalipun! Tetapi yang menjadi persoalan ialah bahasa khmer lansung jauh daripada bahasa suku kambojas yang boleh dikategorikan dalam rumpun Avestan atau Parsi Kuno yakni sama dengan orang Scytia atau saka yang org melayu menggelarnya sebagai sakai yg juga bermakna gasar atau ganas ( Gasar disini tidak bermakna mereka bercawat, tidak bertamadun dan telanjang hidup di hutan, tetapi nature mereka yang suka keganasan dan peperangan).



Oleh sebab itulah dalam Kesultanan Melayu Brunei hanya golongan yang dipanggil sebagai keturunan Sakai boleh menjadi hulubalang khas untuk Sultan. Dan golongan sakai ini masih digunakan dalam upacara pertabalan dan perkahwinan diraja dimana mereka berarak mengiringi Sultan Brunei dengan tombak, pedang dan perisai.



Berkemungkinan juga Svayam Kambu raja pertama orang Khmer tersebut memang salah seorang keturunan Kambojas. Namun ini tidak bermakna seluruh masyarakat Khmer adalah berketurunan Kambojas. Namun ada suatu misteri yang besar yang mahu saya ungkapkan disini. Daripada kajian para sarjana dalam bidang bahasa, didapati bahawa bahasa Melayu mempunyai terlalu banyak persamaan dengan bahasa rumpun Avestan atau Parsi kuno yang serumpun dengan Kambojas! Adakah ini suatu kebetulan dan adakah ianya suatu ambilan atau pinjaman semata-mata? Atau sebenarnya bangsa Melayu nusantara mempunyai darah keturunan sebenar suku kaum Kambojas yang telah hilang di Asia tengah tersebut?

 
Orng india kuno menggelar mereka sebagai dalam golongan Vamsa Brahmana dan ada ditulis mengenainya dalam kitab yang namanya sama. Seperti yang kita tahu vamsa bermakna bangsa dan Brahmana adalah tuhan mereka. Namun ada pendapat menyatakan ia adalah Ibrahim. Jika terbukti bahawa fahaman Hindu Kuno adalah berasaskan agama Hanif Nabi Ibrahim yang telah dipesongkan dan ditokok tambah, maka ada kemungkinan bahawa memang Brahma adalah Nabi Ibrahim. Hal ini bermakna org India purba sudah tahu awal-awal bahawa suku Kambojas adalah anak keturunan Ibrahim a.s. Menurut para sarjana barat mereka juga sering digelar sebagai Royal Clan of the Sakas or Scythians. Seperti yang saya sebut tadi bahawa suku Scytian adalah salah satu daripada rumpun mereka, namu suku Sakas ini adalah lebih liar dan gasar berbanding mereka. Mungkin dari sinilah asalnya legasi orang Sakai sebagai Hulubalang Kesultanan Brunei.



Walaupun sarjana-sarjana barat terdahulu sering mengaitkan Suku Kambojas ini dengan suku-suku puak Gasar dan ganas serta tidak bertamadun di utara India yang sama seperti orang Hun dan Monggol, namun penemuan terbaru daripada para sejarawan menunjukkan bahawa suku kambpjas jauh panggang dari api dari telahan sarjana terdahulu. Walaupun ada dikalangan rumpun Kambojas memang bersifat gasar namun Kambojas sendiri juga sering disebut dalam kitab-kitab kuno Hindu sebagai bangsa yang terpelajar atau intelektual. Namun diakibatkan permusuhan dinasti seperti yang saya maklumkan awalnya, suku Kambojas yang berkasta paling tinggi ini dianggap sebagai kasta buangan namun tetap dalam golongan intelek. Malahan salah seorang daripada keturunan Kambojas juga adalah pengarang kepada Rig Veda yang merupakan kitab suci berbahasa Sanskrit yang tertua sekali. Dalam Rig Vedalah banyak sarjana perbandingan agama menemui bibit-bibit sejarah nabi-nabi terdahulu dan perkaitan dengan agama-agama Samawi! Adakah anda dapat lihat kaitannya sekarang! Berkemungkinan besar Rig Veda yang asal telah diubah dan ditokok tambah kandungannya sehingga membentuk Rig Veda yang ada sekarang yang penuh dengan unsur mitos dan dewa-dewi. Untuk pengetahuan anda Rig Veda adalah diantara kitab paling suci penganut Hindu. Saya sendiri pernah membacanya semasa mengaji perbandingan Agama dahulu dan mendapati banyak nilai-nilai moral di dalamnya dan cerita-cerita sejarahnya berkaitan dengan agama tauhid! (Nasihat saya kepada anda yang mahu membaca kitab2 Hindu supaya banyak-banyak Zikir dan ambil wuduk dahulu, bukan sebb kitab tu suci tapi sebab banyak gangguan akan datang walaupun terjemahan inggeris). Dalam kitab-kitab tersebut suku Kambojas sering disebutkan sebagai Guru atau pendita dan yang mengetahui pelbagai jenis Ilmu selain daripada peperangan dan menunggang kuda. Malahan dalam arena menunggang kuda semua kaum-kaum purba seperti Arya, Yunani, India dan lain-lain menganggap tidak ada bangsa lain di dunia yang lebih mahir berkuda berbanding suku Kambojas.


 

Ukiran dinding ini menunjukkan suku Sakas atau Scytian sedang membawa ufti untuk Maharaja Parsi. Topi berbentuk kon adalah trade-mark mereka dan mereka adalah tergolong dalam rumpun yang sama dengan Kambojas.


Mengarnai suku Scytian atau Sakas pula, sama sepertinya kaum-kaum peribumi rumpun Melayu tertentu di Nusantara ini antaranya Batak, Iban, Dusun,Kelabit, Penan, dan lain-lain yang banyak di Borneo, Kaum Sakas atau Scytian yang merupakan satu rumpun dengan Kambojas juga adalah head hunters. Malah ada yang mengatakan bahawa mereka cannibals sama seperti suku batak yang memasak dan memakan musuh mereka yang kalah dalam peperangan untuk mendapatkan kekuatan. Mereka juga dipercayai memakai cacah atau tatoo seperti puak-puak rumpun Melayu pribumi di Nusantara sini. Nampaknya ada kemungkinan suku-suku Melayu yang kurang develope atau kurang maju ini adalah dari persemendaan diantara suku Sakas atau Sycitian dengan kaum peribumi Nusantara yakni bangsa Naga atau orang laut manakala Suku Melayu yang lebih maju dan menjadi ruling class adalah dari percampran darah Kambojas dan Mala.

Mayat seorang lelaki Scytian. Anda boleh lihat dengan jelas bahawa mereka juga bertatu atau cacah di lengan dan bahu sama seperti suku-suku peribumi Nusantara.


Jadi Hipotesis saya bahawa Kambojas seperti yang diakui oleh teks-teks India purba sebagai salah satu kaum cendekiawan namun pada masa yang sama sangat handal dalam peperangan. Manakala rumpunnya iaitu Sakas adalah lebih gasar dan liar dan kurang Intelek. Maka kita dapat mmembuat hipotesis bahawa suku Sakas/Scytia/Sakai ini juga telah berhijrah bersama suku Kambojas ke Nusantara untuk mencari tanah nenek mereka keturah. Macam mana, anda semua setuju? Kalau ada galah tolok jolokkan cempedak itu ye, terutama kepada yang pakar.

 
Kawasan pengaruh Kambojas


Adakah asimilasi kaum ini berlaku dalam tempoh masa yang singkat? Pada pendapatan saya tidak, ia mengambil masa beratus atau mungkin beribu tahun. Suku Kambojas ini tidak terus-terus berhijrah ke timur atau Nusantara sebaliknya telah membina tamadun mereka di seluruh asia iaitu tempat-tempat yang mereka singgah bermula dari Mesopotamia ke Asia tengah dan kemudian meninggalkan jejak mereka di Persia kemudian ke utara india dan ada yang ke selatan dan kemudian barulah mereka sampai ke Nusnatara. Namun wasiat nenek moyang masih tidak dilupakan. Apabila tiba masanya maka mereka pun bergeraklah ke tanah nenek mereka di Nusantara.



 
Kawasan pengaruh Scytian


 
Daripada ini dapat kita simpulkan bahawa sebenarnya kaum Indo-Aryan yang bermigrasi ke India dan menubuhkan kerajaan-kerajaan India purba adalah terdiri daripada suku Kambojas! Oleh kerana itulah kita dapat lihat banyak persamaan dalam bahasa Melayu dengan bahasa Sanskrit sehingga dalam jumlah yang tidak logik seolah-olah bahasa sanskrit adalah bahasa asal orang Melayu. Padahal memang benar ia adalah salah satu daripada rumpun bahasa Avestan yang memang diwarisi masyarakat Melayu daripada percampuran nenek moyang mereka dari suku Kambojas dengan suku-suku Austronesia.


Keturah


Perlu diingatkan bahawa suku Kambojas ini walaupun mereka pernah menguasai India Selatan, namun mereka bukanlah orang Tamil atau Dravidian sama macam keturunan India di negara kita ini. Mereka adalah berkulit cerah putih kemerahan macam orang Parsi dan Arab. Jika ada terdapatnya Chauvinist India yang mengaku bahawa raja-raja Melayu adalah keturunan mereka, maka kita dapat tolak hujah mereka dan suruh mereka blah jauh-jauh...:) sebab itu tidak benar. Di India, raja-raja daripada suku Kambojas ini tidak akan sesekali mencampurkan darah mereka atau dalam bahasa lebih sopan bersemenda dengan kaum Dravidia yang berkulit agak kurang cerah seperti orang-orang Tamil. Sebab itu di India sehingga sekarang adanya sistem kasta. Sistem ini dipercayai diperkenalkan oleh orang luar atau orang Indo-Aryan yang mahu mengekalkan legasi keturunan mereka termasuklah legasi keturunan Kambojas.



Mungkin apa yang mahu saya perkatakan ini agak sensitive sedikit, namun sejarah tetap sejarah dan kami tak boleh nak ubah-ubah sejarah atas sebab nak jaga hati orang. Kebenaran tidak harus disembunyikan, jangan campur adukkan sejarah dengan politik ya..:) Sebenarnya kebanyakan orang –orang Tamil yang berhijrah ke sini pada zaman British dahulu adalah daripada kasta rendah seperti Pariah, Sudra, dan Vaisha. Kasta Pariah adalah yang paling rendah sekali malahan saya pernah dilarang oleh seorang pensyarah berbangsa India supaya tidak menyebut lansung perkataan tersebut kerana menurutnya ia terlalu hina...What!??@#$*^&....Opss! Sorry tak sengaja..:) Malahan menurut pembacaan saya mereka ini lebih hina dari babi dan anjing dan hanya layak berkerja sebagai pencacai tahi orang. Sungguh dasyat sekali amalan system kasta yang diamalkan di India!



Di Malaysia hanya segelintir sahaja dari kasta Kasyatria dan Brahmin yang turut berhijrah pada zaman British dahulu, itupun belum tentu asli. Sebab apa saya kata demikian, kerana saya dapat maklumat dari fail-fail British bahawa pada zaman Kolonial dahulu suku kaum dari India Selatan ini mahu lari daripada penindasan tuan- tanah dan kasta atasan, maka apabila mereka ke Tanah Melayu ada yang cuba mengubah status kasta mereka. Ada yang menaikkan satu kasta ada naik dua malah ada naik ke kasta Brahmin terus...:O. Oleh sebab itu mereka tiada hak untuk mengatakan bahawa tradisi Melayu adalah warisan nenek moyang mereka dari India Selatan kerana tradisi dan Raja-raja kita adalah terus dari suku Kambojas yang bersemenda dengan Suku Mala Naga di Nusantara dan budaya kita kalau tidak lebih tua pun mungkin sama tua dengan budaya mereka kerana suku Kambujas telah bertandang ke tanah nenek moyang mereka setelah menguasai kerajaan-kerajaan di India selatan. Namun diharapkan rakan-rakan India saya diluar sana janganlah terasa hati, saya tidak bermaksud menghina atau menuduh. Namun saya pasti hanya segelintir sahaja daripada kaum anda yang berkelakuan sedimikian bukan?



Tapi di Nusantara tak ada pulak raja-raja yang kononya orang India ini mereka nak letakkan sistem kasta yang amat ketat seperti di India. Anda rasa mengapa? Mungkin kerana mereka tahu bahawa penduduk disini adalah keturunan yang sama seperti mereka dari jurai sebelah ibu iaitu keturah! Maka tak ada beza, mereka adik beradik. Tiada kasta bawah dan tiada kasta atasan. Oleh sebab itulah juga bahasa Sanskrit banyak digunakan dalam bahasa seharian orang-orang Nusantara dan bukan para Brahmin sahaja. Tapi kalau di India jika anda dari kasta rendah cuba untuk berbicara dalam bahasa Sanskrit malah membaca Vedas maka anda akan dihukum bunuh atau dicabut lidah! Malah kaum perempuan kasta atasan di India juga tidak dibenarkan membaca dalam Sanskrit sehinggakan bahasa dan tulisan khas dicipta untuk mereka iaitu Prakrit.



Apa yang menariknya dalam lagenda masyarakat Saka atau Scytia ada menyebut tentang seorang pengembara yang berkahwin dengan seorang puteri Nagi atau Naga sama seperti yang tercatat dalam inskripsi Khmer dan Champa! Hal ini mennjukkan bahawa memang benar suatu masa dahulu ada seorang pengembara berkemungkinan Nabi Allah Ibrahim berkahwin dengan seorang wanita berketurunan Naga dan mewujudkan suku bangsa Kambojas dan Scytian. Selain itu tradisi dalam masyarakat Tamil zaman Pallava juga ada menyebut bahawa raja-raja mereka adalah keturunan daripada seorang pengembara dari luar dengan seorang wanita keturunan Naga. Nampaknya adalah benar bahawa raja-raja Tamil zaman empayar Pallava juga adalah dari keturunan Kambojas kerana dalam perjalanan untuk sampai ke tanah nenek moyang, orang-orang Kambojas ini telah meninggalkan wakilnya di Selatan India untuk membina sebuah kerajaan dan mentamadunkan bangsa-bangsa Dravidian atau Tamil di Selatan India. Sungguh besar jasa suku kaum Kambujas keturunan Nabi Allah ini kepada tamadun-tamadun dunia.

Cyrus The Great atau Kurush Agung. Ramai sarjana Islam berpendapat bahawa Kurush adalah Iskandar Zulkarnain kerana beliau telah menyelamatkan orang-orang Israel dan membebaskan Baitulmaqdis.

 
Untuk pengetahuan ada juga Raja Cyrus atau Kurus Agung adalah daripada jurai keturunan Kambojas dan di dalam kitab-kitab yahudi kuno baginda dikatakan sebagai seorang raja yang beriman kepada Allah. Beginda juga dikatakan telah menyelamatkan Bani Israel daripada penindasan bangsa-bangsa Media Dan Lydia dan membantu orang-orang Israel membangunkan semula Jerusalem yang telah dimusnahkan. Sebahagian besar sejarawan Islam bersetuju bahawa Cyrus inilah Iskandar Zulkarnain yang sebenar kerana empayar Cyrus sebenarnya adalah lebih besar dan lebih gah berbanding empayar Alexander the great. Malahan memang India adalah salah satu jajahannya. Sebab itulah Raja Suran dikatakan berasal daripada keturunan baginda. Dan dari keturunan ini juga lahirnya raja-raja Melayu. Sekarang anda nampak pattern ini sentiasa berulang sejak dari zaman Nabi Ibrahim lagi dimana terdapatnya situasi sirih pulang ke ganggang. Mula-mula Ibrahim a.s berkahwin dengan Soma. Soma dibawa ke Mesopotamia dan digelar Keturah. Soma melahirkan ramai anak. Anak-anak ini diwasiatkan untuk bertebaran di bumi timur sehingga sampai ke tanah ibu mereka iaitu Nusantara. Kemudian anak cucu Ketura- Ibrahim inipun sampailah walau sedikit lambat sebab terkendala di Asia Tengah, di Iran, di Afganistan dan utara India dan kemudian di Selatan India dan Sri Lanka. Dari India maka anak cucu teruskan perjalanan ke tanah nenek Keturah. Samar-samar...tapi dah nampak dari kejauhan. Pertapakan di tanah nenek bukan mudah kerana terpaksa berhadapan dengan keturunan adik baradik nenek yang telah mewujudkan kerajaan-kerajaan Mala serta dinasti Hari dan Perehu yang berpegaruh Mesir rupanya anak cucu keturnan Nuh a.s dah sampai dulu sebelum mereka. Sekian dahulu untuk topik ini, misteri Kambojas dan Mala tak terhenti disini sahaja, kajian masih berterusan dan berterusan dan berterusan dan....

Wallah hu a’lam.






44 ulasan:

  1. simple...dan ms sy bc mistis file pasal org melayu pun sy pk mcm ni...anak2 nabi Ibrahim balik semula walaupn lambat...tq.. :)
    jd yg 1st ke ni...ceriter cik sri dl2 simple mcm ni, skang berat skit...hhuhuhu

    BalasPadam
  2. Salam Al Semantani,

    Bagaimana pula pendapat Al Semantani berkenaan pandangan sarjana Yahudi yang mengatakan Bangsa Saka/ Scythia ini ialah Gog and Magog/ Yakjuj dan Makjuj?

    M_M

    BalasPadam
  3. salam

    terima kasih al semantani kerana membawa kami meneroka KAMBOJA

    mengenai isu kasta, dr pergaulan dlm lingkungan bangsa ini, rupa2nya ada sesetengah dr mereka yg masih "mengamalkan" diskriminasi kasta diantara mereka!! saya rasa kita sbg rakyat malaysia dpt menerima mereka dan bergaul dgn mereka tanpa mengira kasta - kita tak kisah pun engko dr kasta mana sebab kita tak praktis mende ni di malaysia.
    ttp sifat & perangai sesetengah dr mereka sendiri yg membuatkan kita memandang pelik terhadap mereka.
    ada yg sanggup tidak mahu bercakap dan bergaul sesama mereka krn menganggap kawannya tu dr kasta yg lebih rendah....walau kerja dlm satu ofis....sifat kekastaan diantara mereka rupa2nya sgt kuat. rupa2nya kita tak boleh tapau mereka ni sbg satu bangsa, sebab mereka sendiri terbahagi kpd pelbagai keturunan mengikut kelas/kasta. tu pasal pensyarah al semantani terpaksa memberi nasihat jgn sebut &%#$@, ia memang sensitif pd mereka!
    nak wat camna, mereka sendiri yg masih terbawak2 dgn sistem tersebut walau dah lama tinggal di malaysia.
    ttp mereka yg selalu bergaul dgn bangsa2 lain mempunyai fikiran yg lebih terbuka dan tidak mahu terjebak dgn isu2 kasta ni.
    saya suka melihat mereka yg beragama Islam sebab ia dpt meruntuhkan tembok kasta, mereka menjadi org yg lebih tenang, mempunyai hubungan kekeluargaan dan masyarakat yg kuat serta menjadi penyumbang ekonomi yg produktif terutama dlm industri makanan.
    saya juga minta maaf jika ada pihak2 yg terasa. ini pandangan peribadi saya selama saya bergaul dgm mereka.

    BalasPadam
  4. T.Q bg pihak pengarang..setelah sy mengikuti prkembangan tulisan srikandi dn m.o, sy tertanya2 apakah itu bangsa kambojas dan relation dgn owg melayu..sy pengamal silat dan nampak bukti2 ilmu perang bangsa kambojas ini telah diwarisi oleh owg nusantara..bg Diraja,sy brpendapat bhw komen yg dibuat oleh owg2 yahudi itu adalah brtujuan utk memberi persepsi yg buruk kpd bangsa2 sycnthia ini krn mereka sedar bangsa sycnthia ini adalah adk beradik mereka sendiri dr belah keturunan bonda keturah..

    BalasPadam
  5. Diraja...

    saya sebenarnya sudah agak bahawa ada yg akan tanya pasal ini...:)

    seperti yang kita tahu orang Yahudi mempunyai lidah yang paling bercabang di dunia, oleh sebb itu apa-apa kenyataan yang keluar dari mulut mereka perlu diselidiki berlapis-lapis sehingga terbuka semua kulit-kulitnya supaya kita dapat tahu kebenaran yang disembunyikan.

    Memang benar dalam hadis ada diberitakan bahawa yakjuj dan makjuj adalah anak Adam. dari hadis juga kita dapat gambaran bagaimana rupa mereka. namun saya ada jumpa beberapa ulama yang mengatakan bahawa sebenarnya Hadis yg memperincikan rupa yakjuj dan makjuj adalah hadis dangkal yg belum tentu kesahihannya.

    Menurut hadis tersebut mereka bermata kecil , muka lebar dan hidung rata. Ramai akan membayangkan suku Mongoloid apabila mendengar perincian tersebut. Hakikatnya Suku Scythian mempunyai ciri-ciri orang eropah bercampur Mongoloid. Mereka berambut perang seperti orang-orang Jerman dan Nors. Daripada catatan-catatan purba menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada mereka bermata biru. Tubuh mereka juga tegap dan besar. Lebih banyak ciri eropah berbanding Mongoloid.

    orang Yahudi mungkin menganggap mereka sebagai Gog dan Magog adalah kerana dendam. Ini kerana Suku Scythian ini pernah beberapa kali menyerang dan memperhambakan mereka. kalau anda mahu lihat bagaimana rupa orang2 Scythian zaman dahulu, bayang-bayangnya adalah pada orang Ukrain,Hungary,Georgia,Armenia dan Parsi atau Iran. Orang Scyhtian dan Kambojas adalah dari rumpun Proto-Parsi, oleh sebb itu rupa mereka lebih kurang begitulah.

    BalasPadam
  6. Hmmm... untuk pengetahuan sahabat handai, pendapat ini sebenarnya disokong kuat oleh penulis "ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN" iaitu MUHAMMAD ALEXANDER, seorang pensyarah Universiti Brawijaya, Indonesia. Saya sendiri pun terkejut membacanya. Mungkin al Semantani pernah baca atau boleh bacanya kemudian ulas mana-mana fakta penulis tersebut yang dilihat boleh dipertikaikan??? Bagaimana? Muhammad Alexander pun bukannya main tangkap muat je bila mengemukakan dakwaan bahawa bangsa Saka/ Scythia ialah Yakjuj dan Makjuj kan? Apatah lagi bangsa Saka ini semacam lenyap di muka bumi? Mungkinkah ditembok Zulqarnain? Pohon ulas fakta-fakta Muhammad Alexander wahai Al Semantani...

    Persoalan lain pula: Adakah Al Semantani mengetahui kewujudan Dinasti Mata Hari Kerajaan Melayu Silam (sebelum Empayar Jawaka) yang disebut-sebut oleh Srikandi? Adakah Suryavansha/ Dinasti Suria yang disebut-sebut dalam mitologi Hindu itu merujuk Dinasti Mata Hari yang sama? Jika berbeza, apa yang ketaranya?

    M_M

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Salam Al-Semantani dan semua pembaca,

    Satu penulisan yang amat menarik...

    Hmmm... Kambojas... Teringat pula kat movie Lara Croft si Tomb Raider tu...

    Dalam movie tu Illuminati mencari-cari All-Seeing-Eye key yang terpecah 2...

    Dan key tu pulak berasal dari kerajaan kuno Kemboja yang di Champa(ka), dan bukan di India...

    Tang bahasa Sanskrit tu, cuba guna Google Translate untuk translate perkataan di bawah ni dari Malay ke Hindi. Just copy & paste...

    Jangan lupa click 'read phonetically'...

    Allah Akbar
    Muhammad
    Adam
    Jibrail
    Nuh
    Ibrahim
    Sulaiman
    Islam
    Insan
    Roh
    Bumi
    Tanah keemasan
    Syurga
    Neraka
    Asal
    Tanah
    Perkataan

    Saya tidaklah menyokong Mahadaya tu, tapi saya rasa dia cuba menggunakan perkataan Sanskrit, kot...

    Entahlah dunia...
    LaHawlaWaLaQuwwataIllaBillah...

    BalasPadam
  9. Saya belum membaca buku tersebut walau dah banyak kali nampak..tak tahu mengapa buku tersebut kurang mendapat tarikan saya...insyaallah saya akan baca dan ulas nanti.

    namun persoalannya adakah si penulis membuat kajian dengan sumber yg seimbang? maksud saya dari sumber wahyu dan sumber akal. Hal iskandar Zulkarnain bukanlah hal sejarah semata-mata keranan ia melibatkan agama. Oleh sebb itu adalah perlu untuk kita merujuk sumber dari dua sudut tersebut dan tidak hanya berdasarkan analisis sejarah semata-mata.

    saya masih lagi kurang setuju dengan pendapat tersebut. Jika benar scythian adalah yakjuj makjuj bermakna mereka telah keluar lama. malahan anak cucu cicit mereka masih ada sehingga kini cuma tidak digelar sebagai Saka sahaja. Ini bertentangan dengan maklumat dalm Al quran yg menyatakan dengan jelas bahawa seluruh bangsa tersebut telah di kurung di belakang tembok dan tidak ada yg tinggal.

    satu lagi yg melemahkan teori tersebut ialah, dlm al quran dan hadis juga ada disebut bahawa kaum yg ditolong oleh Iskandar Zulkarnain tersebut hampir tidak boleh difahami lansung bahasanya. Tetapi kaum Scytian adalah berbahasa proto-Avestan atau Indo-Iranian yag merupakan leluhur bahasa parsi. bahasa parsi bukan asing bagi masyarakat Yunani yg telah beratus tahun berhadapan dengan mereka.

    Tambahan lagi bangsa Scythian sebenrnya tidak lenyap begitu sahaja tetapi telah di tundukkan dan diserap kedalam bangsa-bangsa lain terutama setelah mereka lemah apabila diserang dan ditawan oleh Raja-raja Parsi Achameneds keturunan kambojas.

    Jika benar Alexander the great Macedonia adalah Iskandar Zulkarnain sudah pasti, akan ada catatan mengenai ekspedisi beliau untuk membantu kaum tersebut , membina tembok besi dan mengurung yakjuj dan makjuj. Sebabnya kaum yunani adalah kaum yg suka mencatit dan menulis. Masakan peristiwa yg begitu penting tidak direkodkan mereka?

    BalasPadam
  10. saudara AbdElHmyd ...

    saya harap anda tidak terkeliru. Bahasa Hindi bukan Bahasa Sanskrit. Kalau anda pergi India anda cakap bahasa Sanskrit mungkin depa akan tercengang keculai kalau anda pergi kuil jumpa sami depa atau jumpa pakar bahasa saskrit di Uni-Uni. Seperti yg saya cakap bahasa sanskrit ni bahasa Suci dan bukan semua orang boleh pakai.

    bahasa Hindi dn Urdhu sebenrnya adalah bahasa yg lebih baru terbentuk berbanding bahasa Sanskrit yg dah beribu-ribu tahun wujud. Bahasa Hindi dan Urdu yg jadi bahasa kebangsaan India tu mula dipopularkan pada zaman pemerintahan kerajaan Islam Moghul. sebelum tu ada lebih kurang 300 jenis bahasa yg digunakan di seluruh India. tiap puak ada bahasa mereka. Hinggalah datang orang Islam. sebb itu dalam bahasa Hindi dan Urdhu seperti yg anda dengar dalam cerita2 Hindustan tu banyak yg sama dengan bahasa kita dan bahasa Arab sebb pengaruh Islamnya.

    Malah bahasa Hindi dan Urdu adalah campuran daripada bahasa Parsi, Arab,Turki dengan bahasa tempatan. Daripada senarai perkataan yg anda bagi tersebut sebahagian besarnya adalah dari bahasa Arab dan Parsi dan tak ada kena mengena dengan bahasa Sanskrit. Hanya beberapa perkataan seperti tanah emas, tanah, sabda dan neraka memang dari bahasa sanskrit.

    Dari segi sebutan pula memang dalam bahasa Urdu dan hindi slangnya begitu. Tapi ini bukan bermakna Alquran itu telah diseleweng oleh orang Arab dan ditambah baris macam yg di propa oleh mahatakdaya tu. sama macam perkataan Arab, Muslimin akan disebut oleh orang Hindi sebagai Musalman.

    BalasPadam
  11. Salam Al-Semantani,

    Terima kasih banyak-banyak atas penjelasan & pencerahan saudara...

    Bab Bahasa Hindi & Bahasa Sanskrit ni, saya memang terkeliru dan menganggap yang ianya bahasa yang sama...

    Lebih-lebih lagi bila saya 'main-main' dengan Google Translate dan ter'matching' pulak dengan perkataan Svarna Bhumi yang Sanskrit ni dalam terjemahan Bahasa Hindi...

    Kalau benar Al-Quran ditambah baris & diselewengkan, takkanlah mangsa gangguan jin boleh meraung kepanasan & siap ada yang terbakar lagi tu bila dibacakan dengan ayat-ayat suci tu, ye tak?

    Psst... Nak try le laungkan azan kat mangsa histeria dengan bahasa mahadaya...
    Nak tengok samada mangsa tu gelak atau meraung...

    Hehehe...

    BalasPadam
  12. gog n magog? yajuj dan majuj? perhatikan di negara britain dan serata eropah...perwatakan menarik satu dri watak untuk memenangi jiwa manusia..

    BalasPadam
  13. Salam Al Semantani,

    Sebagai salah seorang ahli dalam sejarah Melayu, cubalah jenguk-jenguk isi buku "ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN". Saya sebagai amatur dalam ilmu sejarah, apa-apa yang disajikan, rekod-rekod sejarah, dalil-dalil naqli, peta dan gambarajah, ulasan dan huraian Muhammad Alexander bukanlah sesuatu yang saya mampu untuk kritik kerana semacam "lengkap melengkapi". Ntah lar...

    Apa-apa isu yang dibangkitkan oleh kamu wahai Al Semantani, sebenarnya telah dijawab dengan baik oleh Muhammad Alexander dalam bukunya. Cubalah jengok-jengok isinya nanti? Jangan terkezut Hanuman macam saya sudah lar. Hahaha... Amatur macam saya memang terpaksa "membisu seribu bahasa"... rugi kalau tak baca... dan rugi kalau tak terkezut Hanuman cam saya.... Hahaha...

    Buku Yakjuj dan Makjuj yang ditulis dan digarap oleh penulis yang sama pun saya masih belum baca lagi... Untuk kali ke berapa saya perlu terkezut dengan pendedahan "GILA" penyelidik sejarah yang revolusionis, ntah lar. Penyelidik lain, Srikandi nama penanya, telah banyak kali mengejutkan saya. Terbaru ialah Funan = SAILENDRA dan Melaka benar-benar tertubuh pada 1262 Masihi. Adus... benar-benar telah merosakkan sejarah Melayu sediada... Huhuhu...

    Eh, Al Semantani, kamu tak respons pun terhadap soalan saya berkenaan Dinasti Mata Hari = Suryavansha? Cuba baca Suryavansha dalam wikipedia Inggeris. Soalan ini sebenarnya berkait dengan bangsa Kamboja... masih di dalam topik artikel Kemboja wahai Al Semantani.

    M_M

    BalasPadam
  14. Diraja...

    Maaf terlepas pandang..;)

    tidak, ia tak sama. itu sahaja yg saya mampu bagitahu, yg lain kene tanya dengan Srikandi.

    BalasPadam
  15. Al semantani
    Satu pandangan ttg kasta yg menarik...kenapa org melayu tak berkasta wlau pernah menganut agama hindu...lihat sajer di bali... sbb sy juga tertanya2

    BalasPadam
  16. Melayu Bali berkasta sebenarnya... cuba semak sejarah INDONESIA. Kebanyakkan daripada mereka telah terbunuh dalam PEMBANTAIAN 1965-1966... saat kebangkitan Suharto dan kejatuhan Sukarno.Cumanya sekarang, mereka berkasta sekitar urusan agama Hindu Bali sahaja...

    M_M

    BalasPadam
  17. Salam

    Mengenai isu Yakjuj dan Makjuj...saya ada membaca ulasan MAULANA IMRAN HOSEIN didalam bukunya JERUSALEM IN THE QURAN....Dari kajian beliau...bangsa YAKJUJ DAN MAKJUJ ini ialah bangsa eropah...Penerangan dan hujah beliau didalam buku berkenaan terperinci dan berdasarkan sumber AL QURAN DAN HADIS serta catatan sejarah yg menjadi rujukan beliau..Menurutnya lagi bangsa ini sudah lama keluar berdasarkan penghuraian maksud hadis dan perbandingan kebangkitan bangsa eropah secara mendadak mencipta peradaban serta empayar yang seterusnya mencorakkan pola penguasaan bangsa euro jews pada hari ini.Beliau turut menghurai hadis RASULLULAH dgn lebih mendalam..Kajian beliau juga terdapat dlm satu lagi buku yg bertajuk surah Al-Kahf and the Modern Age..Minta tuan beri ulasan mengenai pendapat ini..

    Maaf jika persoalan saya ini seakan tersasar sedikit:)

    Terima kasih

    BalasPadam
  18. Bagi menjawab persoalan mengenai yakjuj dan makjuj ini terus terang saya katakan bahawa saya bukanlah orag yg Arif mengenai topik ini keranan bidang saya adalah sejarah ketamadunan Melayu.

    Bukannya saya tidak mahu mengulas atau tidak tahu menahu ttg perkara ini , namun isu ini adalah sangat kompleks. Sejak beratus tahun dari zaman para sahabat sehinggalah zaman sekarang pelbagai ulasan dan hujah telah dikeluarkan oleh para ilmuan dan Ulama untuk cuba menguraikan kebuntuan ttg siapakah Iskandar Zulkarnain dan yakjuj dan makjuj. Namun semuanya masih buntu. Dari kalangan ulama sendiri ada percanggahan ttg siapa yakjuj dan makjuj dan ini belum masuk dikalangan ahli sejarah lagi.

    oleh sebb itu saya tidak mampu untuk memberikan ulasan. saya tidak berani kerana ianya berkaitan dengan hal agama dan saya bukanlah seorang ahli Hadis dan pengetahuan saya dalam sejarah Islam juga adalah terbatas benbanding para ulama.

    Memang ada bermacam-macam teori yg pernah keluar pasal yakjuj dan makjuj ni sehinggakan pada tahun 70 an tidak silap saya AS dan Soviet juga dikatakan sebagai yakjuj dan makjuj dan kiamat akan tiba setelah tamat perang dingin. tapi hakikatnya kiamat tidak tiba jua.

    saya serahkan topik ini pada yg pakar sahaja, isu yakjuj dan makjuj ini sengaja di selubungkan dengan kabut yg tebal oleh Allah atas hikmah yg tertentu. Ianya termasuk dalam perkara-perkara rahsia akhir zaman dan kiamat dan hanya masa yg akan membongkar siapa mereka sebenarnya.

    Kalau anda mahu tahu siapa mereka maka berdoalah agar umur anda panjang untuk melihat kejadian2 penghujung zaman.

    Pasal penulis Alexander, dari indonesia tersebut saya baru mendapat maklumat dari rakan-rakan bahawa bukunya dipantau oleh jabatan agama Islam kerana dikhuatiri akan menggoyahkan akidah anak muda.Kerana dalam buku itu sebahagian besar daripada hujah beliau selain daripada diambil daripada al quran dan hadis adalah diambil daripada Bible. Seperti yg kita tahu bible yg wujud hari ini bukan lagi injil yg asal dan adalah suatu yg tidak arif bagi seorang islam itu untuk mengambil ayat-ayat dalam bible sebagai hujah pengukuh sesuatu topik agama.

    Malahan nabi pernah melarangnya, walaupun ada hadis kemudian yg menyatakan diperbolehkan merujuk hujah ahli kitab asalkan ia tidak bertentang dengan Al quran dan sunnah.Namun dapatkah kita pastikan bahawa apa yg dihujahkan Yahudi dalam Bible itu sebagai benar walaupun tidak ada di dalam Al quran?

    walaupun si penulis seorang pensyarah namun beliau bukan berkelulusan dalam bidang pengajian agama islam dan bukan juga al hafiz. Hujahan beliau masih banyak yg boleh dipertikaikan. Saya difahamkan oleh rakan saya yg telah membaca buku itu bahawa hujahan yg berpandukan Hadis dan Al quran adalah amat sedikit dan yg bnyak adalah Bible, catatan Yahudi, dan analisis serta ijtihad berasaskan akal logik. Kita tak boleh merasionalkan segala apa yg disebut didalam al quran serasional kita membuat eksperimen sains di makmal, ini kerana ilmu kita tidak mampu mencerna ilmu Allah. Jika Allah mahukan sesuatu itu berlaku maka ia akan berlaku "kun fayakun". Sama macam kisah Maryam dan isa yg dilahirkan tanpa bapa. Ada pihak tertentu yg cuba merasionalkannya dengan hujah2 sains dengan mengatakan ianya adalah sama seperti kaedah bayi tabung uji. Tak boleh tuan-tuan sekalian...bukan itu tujuan Al quran diturunkan. Wallah hu a'lam

    BalasPadam
  19. Kepada Al Semantani,

    Saya setuju dengan pendapat kamu bahawa dalam menjelaskan RAHSIA ZULQARNAIN, sememangnya tidak dapat mengelakkan diri dari menterjemah dan mentafsir dalil-dalil naqli. Bahkan perlu kepada kepakaran linguistik Arab serta Sejarah Islam dan Sejarah Arab-Yahudi-Nasrani! Yang paling utama penilaian berasaskan iman dan taqwa. Kerana ilham seorang Mukmim adalah jauh lebih bernilai daripada ilham seorang Munafik. Ijmak sekumpulan Mukmin jauh lebih bernilai daripada ijmak sekumpulan Munafik.

    M_M

    BalasPadam
  20. Salam,
    Maaf Tuan, jika pertanyaan saya ini tersasar daripada topik ini. Kalaulah segalanya mungkin, bentuk tulisan apakah yang wajar kita pelihara dan kita gunakan sehingga ke hari ini bagi melambangkan identiti kita sebagai bangsa Melayu?

    AM

    BalasPadam
  21. Tulisan Jawi?

    Akan tetapi Tulisan Jawi Lama perlu dinaiktaraf supaya ada disiplin dan keseragaman dalam mengeja sesuatu istilah Melayu Moden yang penuh dengan istilah pinjaman seperti Inggeris, Sanskrit, Parsi, Urdhu, Portugis atau selainnya.

    Paling revolusi ialah mencipta Sistem Tulisan Jawi Baru: ciptaan huruf-huruf Jawi baru dan sistem baris untuk istilah pinjaman yang mengekalkan istilah bahasa asal. Ada idea tambahan?

    M_M

    BalasPadam
  22. i wander what happen to srikandi...dah lama benar dia tak balas komen kat Mistis...hmmm

    BalasPadam
  23. Rasanya tidak perlu terikat dengan apa-apa tulisan, selagi tulisan itu mudah difahami dan mudah untuk dituturkan ,itu sudah baik. (kita pun telah alami beberapa revolusi tulisan juga tetapi bahasa tetap sama)

    tetapi saya akui kebanyakan buku kitab lama didalam bahasa jawi banyak rashianya.

    Waallahualam.

    BalasPadam
  24. saya sudah baca karangan Muhammad Alexander ttg Iskandar Zulkarnain, dan memang seperti yang diraja katakan, saya terkejut hanuman..haha
    fakta-fakat yang dikemukakan memang logik pada penilaian akal (pada pendapat saya yang mempunyai pengajian sejarah setakat tingkatan lima), logik juga pada penilaian berdasarkan bahasa (terutamanya ttg luqman al-hakim), namun (seperti yang semantani sebutkan) saya agak kurang senang dengan penggunaan ayat-ayat bible dalam menyokong pendapat-pendapat beliau (mungkin saya terkesan dengan isu kalimah Allah beberapa tahun lalu, yang saya kira berbeza cara penerimaannya di Malaysia dan Indonesia)..

    namun, seperti juga gagasan Diraja, saya amat mengalu-alukan saudara semantani untuk menjengok buku berkenaan.

    pada saya, ia sekadar teori..manusia hanya boleh menafsir ilmu dan membuat teori.itu sahaja yang paling tinggi usaha yang boleh dilakukan.kebenaran mutlak disebalik ilmu dan teori tersebut hanya ada pada Allah.lantaran itu sebutkanlah 'Allahu a'lam' (Allah sahajalah yang lebih mengetahui!!)

    Allahu a'lam!! (sambil mengangkat kedua-dua belah bahu)..

    wasalam

    siddiq al-melayuwiy

    BalasPadam
  25. salam buat al semantani

    artikel yang tepat pada masanya kerana masih blur dengan status bangsa kambuja ini. kefahaman tentang bangsa ini amat perlu jika ingin selari dengan artikel srikandi berkenaan dinasti Sri Kambu. cuma sebagai tambahan, boleh pihak tuan memberikan sedikit info berkenaan darah naga ? masih blur lagi sebenarnya.....

    BalasPadam
  26. bangsa kambuja ialah bangsa melayu yang sedia ade skarng...sprti juge org arab mmngl melayu, bani jawi..ia hanya gelaran ok..dahulu kala brbagai bangsa dr pelusuk dunia knl bangsa kita dgn berbgai name..x hairan la..brkenaan yajuj n majuj,,sy amat yakin ia bangse eropah mase skang..pd mase yg same sy juga yakin dgn ulasan sheikh imran...cube perhatikan ape tingkah laku n akhlak diorang..buruk skali..dr segi ekonomi mereka menguasai..sy amat yakin dan mate hati saya sudah nmpk ape yg trjadi skang dan mgkin mase dpn...tuhan,maafkan saya.

    BalasPadam
  27. Salam,
    Dzulkarnain memegang tampok pemerintahan 3 alam, Chop mohor berbentuk SABDU.....walahualam.

    BalasPadam
  28. Tentang Yakjuk wal Makjuk ada di ceritakan juga ttg asal dari Auj Bin Unuj dari zaman Nabi Nuh ke Nabi Musa.....
    Wasalam

    BalasPadam
  29. kbnykan umat islam skarang blh dikatakan hampir 90%tlh ter"mind set" dgn menganggap bangsa yajuj n majuj@gog n magog adalah bangsa yang barbarik yang x maju,,miskin,,suka berperang...sungguh menyedihkan bila orang islam brpikir camtu..mereka lihat dgn mata kasar dan tidak memahami erti kate sebenar...bila dikatakan bank atau pusat kewangan sbgai pusat jenayah yang paling jengkel atas muka bumi yg dioperasi oleh gog n magog...jgn harap kbnyakan org islam nak percaya..malah dikatakan mengarut bila dinyatakan kebenaran..

    BalasPadam
  30. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  31. Salam Al-Semantani dan semua pembaca.

    Saya telah habiskan bacaan buku Alexander Adalah Zulqarnain satu ketika dulu & kajian yang telah dijalankan oleh Muhammad Alexander, bagi pendapat peribadi saya, cukup mendalam.

    Antara kajian beliau yang memberi kesan yang mendalam kepada saya, termasuklah tempat yang dilalui oleh Alexander dari tempat terbenam matahari (Marghrib as-Syamsi) yang terletak di Munhafad al-Qattara/Qattara Depression ke tempat terbit matahari (Mathli’ as-Syamsi) yang terletak di sekitar Afghanistan & dihuni oleh orang asli Afghanistan ketika itu, di mana kedua-dua tempat terbenam & terbit itu terletak TEPAT pada garis lintang N30°!.

    Dan tempat ketiga yang dilalui oleh Alexander yang terletak di antara dua gunung itu pula terletak di Lembah Fergana/Alexander Eschate, di mana baginda membina tembok besi dilapisi tembaga untuk menghalang kemaraan Ya’juj & Ma’juj.

    Selain itu, Alexander berguru dengan Aristotle, Aristotle berguru dengan Plato, & Plato berguru dengan Socrates. Socrates berfahaman monotheism & kematian beliau pula disebabkan beliau dipaksa menelan racun. Kisah ini Allah rakamkan di dalam surah Luqman, di mana, nama Luqman itu diambil dari laqman (menelan)/laqimun (yang menelan). Mungkinkah Socrates merupakan seorang nabi yang diutuskan di tengah-tengah bangsanya yang berfahaman paganism?

    Lagi, Alexander dituduh sebagai gay HANYALAH kerana beliau meratapi kematian seorang panglima tenteranya yang juga sahabat akrabnya. Situasi yang sama terjadi kepada nabi Isa, di mana golongan paganism menabur fitnah dengan mengatakan nabi Isa itu anak tuhan. Perkara yang sama berlaku pada Alexander angkara golongan paganism ini. Seandainya Al-Quran tidak menerangkan perihal nabi Isa, berkemungkinan besar umat Islam pada hari ini akan menolak nabi Isa itu seorang nabi.

    Nasihat saya kepada semua pengkaji, bacalah buku ini, walaupun ianya mengandungi petikan dari kitab Injil. Namun, HARUS BERHATI-HATI!.

    Sekiranya para pengkaji sejarah Melayu boleh menerima petikan dari kitab Injil yang mengatakan perihal Keturah dalam Genesis 25, mengapa pula tidak untuk buku Alexander Adalah Zulkarnain ini?

    Sekadar berkongsi.

    LaHawlaWaLaQuwwataIllaBillah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy sgt stuju dgn pndapat saudara....kajian dlm buku ini amat mendalam dn brtepatan dgn apa yg diceritsakan di dalam al-quran.musuh2 islam sntiasa mahu merahsiakan kehebatan2 islam.sntiasa mahu mngubah fakta dan sejarah...

      Padam
  32. "Sekiranya para pengkaji sejarah Melayu boleh menerima petikan dari kitab Injil yang mengatakan perihal Keturah dalam Genesis 25, mengapa pula tidak untuk buku Alexander Adalah Zulkarnain ini?"


    saya telah melihat n mendengar ceramah Ahmad Deedat , dia tidak komen/menolak mengatakan bahawa ayat berkenaan keturah tidak boleh diterima dan tidak juga mengatakan sebaliknya .
    jadi sesetengah ayat itu boleh diterima jika ia berkaitan dgn sejarah yang tidak bercanggah dengan larangan Quran dan Sunnah Nabi saw .

    BalasPadam
  33. Nama Nabi Muhammad S.A.W di dalam Perjanjian Lama:

    "Hikko Mamittakim we kullo MUHAMMADim Zehdoodeh wa Zehrace Bayna Jerusalem." - Song of Solomon chapter 5 verse 16.

    BalasPadam
  34. Salam Semantan-""Jones" :D

    hehe..


    cute je name tuh.. :p


    saya sudah mula tangkap sikit. Yakjud dan Makjud bukan jalur Melayu , tetapi kemungkinan Melayu dari jalur yang sama dengan Yakjud dan Makjud iaitu dari


    "Funan >... > Yafits > Nabi Nuh a.s"

    jalur nh boleh lihat di Masjid Negara yang terang-terang menulis Yakjud , Makjud , dan Funan dibawah Jalur Yafits dan terus kepada Nabi Nuh a.s

    tapi apabila berlajar bahawa Funan itu adalah sebutan orang cina bagi kerajaan Melayu = "Sailendra".

    Maka Teori Semantan-"jones" sgt menghampiri puzle yang ada pada saya.

    -Bani

    Waalahualam.

    BalasPadam
  35. panjang sebenar kisah melayu di kemboja ni.
    cuma kita ni baru nak pergi kajiselidik.
    maklumat pun tak diputar belit la.hingga ada
    tak pengaku dari rumpun melayu.

    # # Cara-cara Kristian Memurtadkan Gadis-gadis Melayu !# #

    BalasPadam
  36. Salam semua

    Suka saya ungkapkan di sini bahawa kisah Yakjuj Makjuj ini adalah sesuatu yang sangat istimewa kerana ia mengundangkan daya fikir yang tinggi serta sentiasa meruntun minat untuk mencari jawapan. Walaupun sehingga hari ini belum ada kata putus mengenainya, saya pasti sesetengah dari kita sudah mendapat jawapannya walaupun tidak sempurna.

    Saya hormati pendirian al semantani untuk tidak memberi ulasan mengenainya.

    Walaupun begitu dari pembacaan saya, saya amat yakin bahawa Yakjuj dan Makjuj ini bukanlah gelaran/nama bagi sesuatu bangsa yang khusus sebaliknya ia mewakili sifat dan perangai makhluk Allah yang melakukan kerosakan yang meluas di muka bumi ini. Pada zaman Rasulullah saw hidup, sudah terbuka sedikit pintu tembok Zulqarnain. Rasullulah saw menganggap ia sebagai satu bencana kepada umatnya. Itu isyarat dari Baginda, kenapa baginda bimbang jika makhluk ini hanya keluar pada zaman Dajjal?. Kini 1300 tahun berlalu, tentu lobang itu sudah besar jika pun belum runtuh. Itu pendapat saya.

    Dalam pada itu kesesuaian pula sifat dan perangai mereka amat menghampiri tingkah laku bangsa khazar (yahudi khazar) yang kini mendominasi dunia. Mereka berasal dari selatan Russia.

    Dalam satu hadis Rasulullah bersabda bahawa Yakjuj dan Makjuj mewakili 999 dari 1000 anak Adam. Jawapan kepada teka teki ini adalah menunjukkan pada akhir zaman seluruh manusia menjadi pengikut Yakjuj dan Makjuj kecuali sedikit (yang beriman dan taat). Jika kita mengikut cara mereka, maka tergolonglah kita dalam kelompok mereka. Sebab itu hanya 1 dari 1000 anak Adam yang layak masuk syurga sementara 999 lagi menghuni neraka. Ini kesimpulan yang tidak begitu sedap untuk disantap! Maaf ya?

    Dari beberapa rencana yang saya baca, diterangkan bahawa Bangsa khazar ini terbahagi kepada dua, satu berkulit cerah dan satu lagi berkulit gelap.

    Mungkin benar merekalah induk bagi Yakjuj dan Makjuj ini. Yahudi khazar juga menguasai Israel sekarang ini dengan mengenepikan bangsa yahudi asal. Bangsa Yahudi asal berkulit sedikit gelap (macam Melayu lah), bukan rupanya seperti yang ada di Israel sekarang.

    Walau apapun alQuran dan hadis mengenai kesah ini amatlah halus dan tersembunyi kenyataan zahirnya, mengundang keinginan untuk terus berfikir. Jadi wajarlah bagi kita terus berfikir sambil memohon hidayah supaya jika benar Yakjuj Makjuj ini telah keluar, kita terlepas dari kejahatan mereka.

    Terima kasih sdr al semantini yang telah mengupas riwayat Kambojas dengan teratur dan mantap. Saya suka membacanya.

    BalasPadam
  37. Salam sdr al semantini

    Artikel yang baik dan menjentik minda. Saya nak bagi pandangan sikit, harap saudara tidak highlightkan text dengan warna biru... susah nak baca kerana background berwarna hitam. Terima kasih.

    BalasPadam
  38. buang che det link

    BalasPadam
  39. Salam...

    Lamenye menyepikan diri...

    BalasPadam
  40. Salam tuan,

    saya ingin berkongsi cerita,baru-baru ini sedang saya berbual-bual dengan rakan dari negara Arab, saya ada menggunakan Bahasa Melayu apabila ditanya oleh rakan Melayu,rakan Arab saya itu tersenyum dan apabila saya bertanya mengapa dia tersenyum - dia menyatakan bahawa dia amat menyukai Bahasa Melayu kerana intonasi ,lenggang lengguk bahasa yang lembut dan cantik-- tidak seperti hendak 'bergaduh'(sebenarnya bukan dia seorang sahaja rakan Arab yang berkata demikian) ---lantas saya terfikir, memang budaya Melayu itu sangat halus,molek dan tinggi..sayang anak bangsa sendiri tidak menghargainya..malah lebih berbangga bercakap English lintang pukang...kemudian seorang rakan dari Pakistan yang ada bersama kami menambah, pada pendapatnya,Bahasa Melayu mempunyai persamaan dengan Bahasa Persia...dari segi lenggok bahasa...Subhanallah...bertepatan dengan kenyataan tuan di atas...ada persamaan dalam Bahasa Avestan-Persia dan Bahasa Melayu..:)

    Sekian,Terima Kasih

    BalasPadam
  41. Ada kajian genetik dalam facebook saya,Mohd Yazman Mohd Yusof.Genetik Melayu memang ada genetik India Utara(rumpun Iran Eropah).Memang ada kemungkinan mereka ini dari Kamboja Utara India

    BalasPadam
  42. india bertopengkan melayu (mamak penang)

    BalasPadam
  43. ada buku bagus lanjutan buku “Alexander adalah Zulqarnain”, karya Muhammad Alexander, tajuk dia:
    "LUQMANUL HAKIM ADALAH SOCRATEES BERKULIT HITAM”

    Buku ini adalah buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469-366 SM).
    Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercaya berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim.
    Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis kandungan, analisis bingkai, dan analisis komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan adanya dua persamaan:

    Pertama – Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit hitam dan bekas hamba abdi

    Kedua – Ajaran falsafah Socrates memiliki tematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam Al-Quran, menerusi surah Luqman.

    kandungan isi buku tu:

    . Pendahuluan

    . Terjemahan Surah Luqman

    . Sejarah Hidup Socrates dan Falsafahnya

    . Garis Masa Yunani kuno

    . Socrates Berkulit Gelap Keturunan Afrika di Yunani
    . Socrates adalah Hamba kepada Alcibiades

    . Socrates Ahli Hikmah dan Pencari Hikmah

    . Socrates Mengajar Manusia supaya Bersyukur kepada Allah dengan Cara Mengenali Diri Sendiri dan Sembahyang

    . Nasihat Socrates supaya Tidak Menyekutukan Allah

    . Socrates Berpesan supaya Lamprocles (Anaknya) Berbakti kepada Ibu Bapa

    . Socrates Percaya Tuhan akan Membalas Semua Perbuatan Manusia

    . Socrates Mengajak kepada Kebaikan dan Mencegah Kejahatan

    . Kesabaran dan Kawalan Diri Socrates

    . Usah Sombong

    . Socrates Mengajak Hidup Bersederhana

    . Tuhan Memudahkan Segala-Galanya untuk Manusia

    . Socrates Dihukum Mati Menelan Racun sehingga Digelar “Luqman”

    . Mencari Maksud Kata Nama Socrates dan Luqman

    . Menuju Pemurnian Falsafah Socrates

    . Kesimpulan: Socrates (469-399 SM) adalah Luqmanul Hakim dalam Sejarah

    selamat membaca

    BalasPadam