Isnin, 23 Ogos 2010

PENGGUNAAN KERIS DALAM ISTANA AYUTHIA


Salam, setelah melaksanakan sedikit penyelidikan dan pembacaan, saya mendapati bahawa pengaruh Keris bukan sahaja terhad kepada dunia Melayu sahaja malahan ianya telah melimpah ke dunia masyarakat Indochina yang bukan dalam rumpun Melayu  atau lebih tepat dikatakan orang Siam atau Thai pada zaman Ayuthia. Pada zaman kegemilangannya, kota ayuthia adalah diantara salah satu kota metropolitan yang terbesar di Asia tenggara sekitar 1600 M. Raja thai ketika itu yakni King Narai adalah diantara pemerintah siam yang bersikap paling terbuka sepanjang sejarah kerajaan siam. Hal ini berkemungkinan besar bertitik tolak daripada kisah hidup beliau yang banyak bercampur gaul dengan kaum-kaum asing sejak beliau kecil lagi. Keterbukaan beliau terhadap bangsa asing yang datang ke Ayuthia menyebabkan beliau tidak tergak-agak untuk memberi suaka kepada mana-mana maysarakat dari seluruh dunia yangn datang menyembah kepadanya.


Beliau dikatakan telah menyediakan kawasan-kawsan penempatan bagi para pendatang asing ini di sekitar kotanya. Antara bangsa asing yang dianggap paling awal dan paling ramai di ayuthia pada ketika itu adalah bangsa Melayu. Menurut sumber-sumber dari perancis, belanda mahupun siam sendiri bangsa Melayu yang tinggal di ayuthia pada peringkat awal berjumlah lebih daripada 5000 orang. Sekitar tahun 1658-1659 Raja Narai telah membenarkan sejumlah 773 orang minangkabau yang melarikan diri dari tanah air mereka akibat perang saudara untuk menetap di ayuthia. Selain itu pada tahun 1664 pula baginda telah membenarkan seramai 250 orang Makassar untuk membina penempatan atau kampong mereka bersebelahan dengan perkampungan orang-orang Melayu samaada dari keturunan Minang atau Melayu pattani yang dianggarkan ketika itu mencapai kemuncak bilanngannya seramai 26 ribu orang penduduk.


Hal ini membuktikan bahawa bangsa siam atau thai ini juga pada suatu ketika dahulu mengamalkan sikap terbuka dan masyarakatnya adalah heterogenos sepertimana masyarakat dalam kerajaan-kerajaan Melayu di Alam Melayu. Jika kita lihat bilangan penduduk Melayu yang sangat ramai di Ayuthia adalah sangat tidak logik sekiranya tidak ada lansung kesan-kesan tinggalan masyarakat tersebut yang masih boleh kita lihat sehingga sekarang sebagai contohnya rumah ibadat atau masjid. Sudah semestinya mereka ini adalah beragama islam. Hal ini di kukuhkan dengan catatan-catatan daripada para pengembara dari perancis dan Belanda yang mengatakan bahawa orang-orang Melayu adalah beragama Mohamedan dan bermazhab yang berbeza daripada orang-orang Parsi yang juga ramai terdapat di ayuthia ketika itu.


Selama lebih kurang seratus tahun orang-orang Islam mendapat kedudukan yang sangat tinggi dikalangan istana siam. Sebahagian besar daripada mereka direkrut oleh pihak istana untuk menjadi pegawai kerajaan dari serendah-rendah pangkat sebagai pengawal pintu, sehinggalah kepada jawatan-jawatan penting seperti menteri dan syahbandar. Menurut satu catatan perancis orang Melayu terutamanya, mendapat tempat khusus dalam islatana narai. Mereka dianggap sebagai bangsa yang paling sesuai dalam menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan raja dan kaum kerabatnya. Oleh kerana itu ramai orang Melayu diambil sebagai pengawal peribadi kepada raja terutama orang Melayu Makassar yang di katakan handal bermain senjata dan tidak takut mati. Mereka diletakkan dalam pasuka elit diraja yang mengiringi raja kemana sahaja. Salah seorang daripada orang Melayu yang berpengaruh dalam istana Narai adalah  pembesar yang bernama Raden Ibrahim. Catatan mengenai beliau ada dibuat oleh duta Parsi dari kerajaan sasanid yang membuat lawatan rasmi ke Ayuthia. Beliau menyatakan bahawa Raden Ibrahim adalah seorang pedagang yang berjaya dan sangat berpengaruh terhadap Raja Narai.


Tambahan lagi orang Melayu Champa juga telah diserapkan dalam masyarakat Ayuthia sejak beberapa ratus tahun sebelumnya yakni apabila Kemboja dan Angkor di jarah dan dimusnahkan oleh orang-orang Thai. Kebanyakan orang-orang Champa atau Cham ini datang ke Ayuthia  akibat daripada kejatuhan kerajaan Champa kepada kerajaan Annam atau Vietnam. Komuniti Melayu Champa yang beragama Islam ini memainkan peranan penting dalam masyarakat Siam di Ayuthia. sebenarnya merekalah yang memulakan pasar terapung di Menam Chou Praya yang dibangga-banggakan oleh orang Thai. Kaum Melayu Cham juga berkhidmat didalam pasukan tentera elit diraja Ayuthia yakni Krom Asa Cham. Salah seorang daripada pegawai pemerintah tentera yang bertanggungjawab dalam mengepalai divisi tentera Melayu Cham ini adalah
Phraya Raj Wangsan. beliau adalah seorang Melayu Islam. Selain itu orang Melayu juga dijadikan Laksamana kepada angkatan laut Ayuthia. Salah seorang daripada laksamana Melayu ini telah di kerahkan untuk menghapuskan pemberontakan yang berlaku di Ligor yang pemerintahnya juga adalah Melayu Islam. Selain itu orang Melayu turut digaji oleh kerajaan Siam pada zaman dinasti seterusnya untuk mentadbir daerah-daerah kekuasaan siam terutama di selatan seperti Patthalung dan Ranong. Mereka turut menjadi penterjemah dalam Istana, malahan ada diantara anak-anak perempuan mereka menjadi isteri dan gundik kepada raja Siam.


Dalam peta diatas jelas menunjukkan kawasan penempatan orang Melayu dan Makassar yang bersebelahan.

Catatan sejarah ayuthia juga ada menyebut tentang para pegawai Melayu yang berkerja sebagai polis atau pengawal kepada keselamatan sesebuah penempatan, antaranya ialah  Koja Ishak and Khun Raja Setdhi. mereka berdua dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan kawasan penempatan Islam. Tambahan lagi golongan agamawan dan Mistik Melayu juga seperi Ulama dan Orang Sufi turut memainkan peranan dalam istana Ayuthia. Sebagai contohnya pada zaman pemerintahan raja Taksin setelah beliau berjaya merampas semula Ayuthia daripada Burma, beliau dikatakan selalu mendapatkan nasihat dan panduan sprirtual daripada tokoh-tokoh Melayu seperti Toh Rid, Toh Thong and Toh Nok. Toh adalah pelat siam bagi perkataan Tok atau Datok yang bererti seorang yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat Melayu. Maklumat ini adalah sesuatu yang amat menarik bagi saya. Dalam  buku The Ship Of Sulaiman juga penulis ada menyatakan mengenai perilaku orang-orang Makassar yang tidak pernah lekang dengan keris mereka baik lelaki mahupun wanita. Orang Makassar juga dikatakan sering mempersembahkan tarian-tarian yang mempunyai unsur trance atau bersawai dan menunjukkan kekebalan mereka dengan menikam badan mereka sendiri. Orang Makassar juga ditakuti kerana kepakaran mereka dalam Ilmu kebal dan jampi serapah yang lainnya. Oleh sebab itulah mereka dijadikan pengawal diraja.


Peta diatas menunjukkan dengan jelas pembahagian tempat-tempat tingal bagi suku bangsa asing yang terdapat di Ayuthia termasuk Orang Melayu samada dari Makassar, Patani atau Champa.


Saudara-saudara sekalian. Oleh kerana besarnya pengaruh orang-orang Melayu di dalam istana kerajaan Narai maka penggunaan keris sebagai senjata rasmi para pegawai kerajaan telah dilaksanakan. Kesemua para pegawai istana raja narai pada zaman tersebut mengenakan keris di pinggang sebagai salah satu alat kebesaran seperti mana kebiasaan orang-orang Melayu. Oleh sebab itulah  penulis blog kontroversi TMP pada suatu ketika dahulu pernah memaparkan gambar seorang menteri siam yang berpakaian bangsawan siam serta mengenakan keris di pinggang. Sebenarnya gambar tersebut telah disalah tafsirkan oleh pemilik blog berkenaan. Pemakaian keris dalam istana pada zaman itu adalah perkara yang menjadi kelaziman kerana raja Narai sendiri suka memakai senjata Melayu tersebut. Hal ini boleh jadi akibat daripada pengaruh orang-orang Melayu yang amat kuat di istana pada ketika itu dan orang Melayu sudah diketahui sejak dahulu kala lagi tidak akan sekali-kali berpisah dengan keris mereka walau dimana mereka berada sekalipun kerana ia adalah sebahagian daripada pakaian mereka.

seorang pembesar istana Ayuthia yang memakai keris di pinggangnya. Raut wajahnya seolah-olah seorang Melayu.


Berkemungkinan besar juga pembesar berkeris seperti dalam lakaran tersebut adalah pembesar berketurunan Melayu. Hal ini kerana telah diketahui melalui catatan pengembara barat bahawa ramai orang-orang Melayu Islam yang dijadikan pegawai istana malah ada yang berpangkat menteri. Namun sudah menjadi adat kebiasaan orang Thai atau Siam untuk memastikan agar semua rakyatnya tidak mengira bangsa untuk menggunakan Nama dan gelaran bahasa Thai, jadi kita tidak akan tahu dengan tepat samada pembesar yang menggunakan keris tersebut betul-betul orang thai atau adalah bangsa Melayu. Para pegawai Melayu di istana ayuthia juga ramai yang dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara hal ehwal perdagangan dan hubungan antara bangsa. Berkemungkinan besar diplomat atau menteri hubungan luar ayuthia yang amat terkenal itu yakni Kosa Pan adalah seorang Melayu. Namun akibat daripada revolusi dan penstrukturan semula kebudayaan dan kebangkitan semangat nasionalisme Thai yang melampau pada zaman dinasti chakri, maka segala yang tidak ada kaitan dengan bangsa Thai dihapuskan dari lembaran sejarah mereka. Maka benarlah kata-kata yang menyatakan bahawa sejarah adalah milik pemenang.

Duta Ayuthia yang mengahdap raja Perancis juga memakai Keris di pinggang mereka. Berkemungkinan mereka adalah pembesar berbangsa Melayu. Orang Melayu memang terkenal  dalam Istana ayuthia sebagai bangsa yang pandai berlayar, berdiplomasi dan gagah berani.


Catatan daripada seorang pengembara perancis mengesahkan lagi dakwaan bahawa keris yang digunakan dalam istana ayuthia adalah berasal daripada pengaruh Melayu. Disini saya lampirkan catatan tersebut yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris:

"I have often said that the city of Campeng Pet is famous for its mines of excellent iron. Local people forge weapons according to their usage, such as swords, daggers and knifes. The knife, which they call pen is used by everybody and is not considered as a weapon, although it may be used as such; the blade is three to four fingers wide and a foot long. The king gives the sword and the dagger. They wear the dagger on their left side, slightly on front. Portuguese call it "christ", a deviation from the word crid, which Siamese use. This word comes from the Malay language and is famous in the Oriental world, and the crids made in Achem, in the island of Sumatra, are considered as the best of all. As for the sword, it is always carried by a slave in front of his master, on the right shoulder, like we hold or muskets on the left side."

sumber: Simon de La Loubère "Du royaume de Siam" 1691

Jelas daripada kenyataan pengembara tersebut bahawa Keris telah digunakan dalam istana siam sebagai sebuah sejata kehormat yang hanya boleh diperolehi melalui pemberian daripada raja sepertimana adat dalam kerajaan-kerajaan Melayu. Keris dijadikan sebagai lambang kuasa bagi pembesar dalam istana. Penulis juga menyatakan bahawa Keris yang terbaik dan yang mungkin digunakan oleh pebesar-pembesar dalam istana ayuthia adalah dari Aceh. Sudah pastinya Keris ini diimport dari sana, yakni sebuah kerajaan Melayu yang sama kuat dan sama hebatnya dengan ayuthia pada zaman tersebut. Satu lagi catatan seorang pengembara barat yang berada di ayuthia dapat memberikan penjelasan tetang kepentingan Keris kepada bangsa Melayu:

"This captain [the Macassar captain], with no hesitation, answered «I agree, but they will disembarked armed.» Then, looking at him and smiling : «Are we in war? I asked him. - No, he answered: but the crit that I have on my side, and which is the weapon that we wear, is such a honor among us that we could not leave it without infamy.» I could not reply to this argument, I agreed, not thinking that what seemed to me such a despicable weapon would be as dangerous as I would later experience it.
This crit is a kind of dagger, a foot long and an inch and half wide at the bottom; it is wavy, the tip like a snake tongue, made of a good tempered steel; it is as sharp as a razor, and on each side; it is enclosed in a wooden sheath, and never leaves it."

sumber: Le voyage du Comte de Forbin à Siam - 1685-1688

Kenyataan pengembara tersebut juga dapat menyangkal hipotesis yang dibuat oleh saudara anai-anai tentang Broadsword yang digunakan oleh salah seorang raja siam pada zaman berikutnya sebagai sebuah keris kerana ternyata para pengembara baik Portugis, Belanda, Perancis mahupun Inggeris amat tahu dan arif mengenai senjata Melayu yang satu ini dan mereka juga tahu bagaimana rupanya sebuah keris yakni dari segi ukuran dan bentuknya serta loknya yang beralun –alun seperti ular.  Jika Raja Narai dan para pembesar berbangsa Thainya berkeris sekalipun, ini bukan bermakna mereka adalah Islam dan Melayu sepertimana yang didakwa oleh penulis  blog TPM dan SNKPM atau konco-konconya. seperti yang saya perkatakan sebelum ini bahawa sebuah unsur kebudayaan itu boleh dipinjam atau diserap oleh bangsa lain , malahan ianya boleh ditiru atau diadaptasi oleh bangsa lain untuk dijadikan sebahagian daripada budaya mereka. sebagai contohnya pemakaian kain pelekat yang asalnya adalah pakaian orang-orang Tamil dari kalikut akhirnya menjadi pakaian kebangsaan bangsa Melayu Nusantara, begitu juga dengan pemakaian songkok yang turut berasal daripada budaya India. masyarakat Melayu juga ada menyerap banyak unsur-unsur fizikal kebudayaan lain antaranya dalam makanan tradisi kita Kari , Roti canai, malahan teh tarik juga adalah berasal dari India Selatan. Adakah dengan hanya memakan kari dan meminum teh tarik serta roti canai menjadikan kita Hindu dan India. Tidak sama sekali, begitu jugalah dengan pemakaian keris di dalam istana kerajaan Ayuthia. Malahan untuk membuktikan bahawa ianya hanyalah budaya yang dicedok dari orang Melayu dapat kita lihat bahawa setelah pengaruh orang Melayu dan orang Islam secara amnya merosot sebaik sahaja pengaruh Kristian semakin berleluasa di Istana Narai, dan setelah berlakunya pemberontakan Makassar dan Melayu di Ayuthia maka kita tidak melihat lagi keris digunakan di istana-istana siam terutama pada zaman dinasti chakri yang anti bangsa lain. Bukan sahaja pengaruh Melayu yang hilang dari istana siam, malahan Raja Narai sendiri digulingkan oleh pembesar dan rakyatnya yang merasa kurang senang dengan sikap raja mereka yang terlalu bebas membenarkan orang asing berkuasa dalam kerajaan. Segala aspek dan kebudayaan baru yang telah, atau cuba diterapkan oleh raja Narai dalam kerajaan sewaktu pemerintahannya telah cuba ditutup dan dikambus oleh raja-raja dan pembesar kemudiannya. Malahan istana raja Narai di Lopburi yang banyak mendapat penagruh Parsi dari segi senibinanya juga dimusnahkan kerana ada unsur-unsur bangsa asing. Ianya tidak ada kena-mengena dengan bangsa Siam Islam seperti mana yang diperkatakan oleh geng anai-anai. sekian wallah hu a’lam







31 ulasan:

  1. salam...

    bagus artikel ni. kalau boleh, dedahkanlah lebih byk lg kebenaran.

    selamat berpuasa........

    BalasPadam
  2. salam saudara semantani,

    Alhamdulillah, akhirnya terubat gak rindu setelah sekian lama menunggu artikel baru daripada tuan. Hebat bangsa melayu ini semasa belum Islam dan selepas menerima Islam. Dunia sudah menjadi saksi, ayuhlah bangun wahai bangsa Nusantara, pertahankan maruah Islam dan tanahair kita. [p/s: jaga2 saudara.. srikandi dah kena amukan geng sam-sam saiburi. Nanti takut depa tembak dengan saudara sekali :)]

    BalasPadam
  3. Salam Saudara,

    Nampaknya saudara telah menolak terus Ayuthia dahulu merupakan sebuah kerajaan Melayu Islam dan seolah-olah keris adalah senjata universal dirantau ini. Saya cuma ingin mencari secebis kebenaran dari cerita-cerita disesawang internet ini.

    Ada beberapa puzzel seperti di bawah masih tidak dapat dicantumkan.
    1) Orang2 diselatan Myanmar masih bertutur di dalam loghat kedah. (e.g. kawthong)
    2)Pulau Buddha di luar pantai Myanmar (disebut pulo Buda)
    3) Orang-orang Melayu Cham
    4) Perkataan pangkal nama kampong di Kemboja
    5) Tiada nama melayu di Thailand (yg dapat dikesan oleh saya, seolah2 terdapat penghapusan budaya jika dirujuk tanah ditimur dan barat Thailand)
    6) Negeri2 disemenanjung tanah melayu yang kecil jika dibandingkan dengan India dan China hatta Europe.
    7) Kenapa negeri2 di semenajung dengan mudah menerima penasihat inggeris.

    .. setakat yang dapat difikirkan waktu ini.

    Salam, moga dapat difikirkan bersama.

    BalasPadam
  4. salam
    artikel yg menarik, teruskan usaha anda aku sokong dari setiap juru hang........

    BalasPadam
  5. Salam kepada saudara kamal,
    1) Orang2 diselatan Myanmar masih bertutur di dalam loghat kedah. (e.g. kawthong)
    : hipotesis saya ialah kerana mereka adalah orang Melayu yang benar-benar Melayu dan sama sepertimana orang Melayu kedah. Sebab itu mereka bertutur dalam loghat kedah. Hal ini bukan sesuatu yg pelik bagi saya kerana jika anda membaca dengan lebih mendalam mengenai sejarah ketamadunan Melayu anda pasti tahu bahawa dahulu ada banyak kerajaan-kerajaan melayu yang berkuasa di selatan Thialand dan juga selatan Burma. Malahan sememangnya saya tahu bahawa masih ramai orang-orang melayu yang menetap di kawasan selatan Burma yang samada berasal dari keturunan orang melayu yang berkerajaan disitu beratus-ratus tahun dahulu atau mereka adalah berasal dari kedah sendiri. Hubungan diantara kerajaan Burma dengan kedah sama seperti hubungan kedah dengan siam. Adakalanya baik dan selalunya dingin. Apabila berlakunya peperangan maka rakyat yang kalah akan ditawan dan dibawa pulang ke negeri mereka utuk menjadi hamba dan buruh. Berkemungkinan besar mereka juga adalah keturunan tawanan-tawanan perang yang dibawa oleh Burma samada semasa penyerangan Burma terhadap kedah atau penyerangan Burma terhadap ayuthia. Hal ini kerana seperti yg saya tulis dalam artikel diatas, bahawa orng melayu memang sangat ramai di kota tersebut dan setelah jatuhnya kota itu maka ramai tawanan yang dibawa pulang ke Burma, ini termasuklah orang-orang Melayu.

    2)Pulau Buddha di luar pantai Myanmar (disebut pulo Buda)

    :Ini juga ada kaitan dengan penguasaan orang melayu terhadap kawasan-kawasan sepanjang segenting kera sehingga ke sempadan paling atas dengan Burma. Kerajaan-melayu kuno memang wujud disini. Sudah tentu pulo-pulo itu diberi nama oleh orang melayu sendiri, begitu juga dengan pulau-pulau di selatan kemboja dan berdekatan teluk siam dimana terdapat banyak pulau yg menggunakan nama melayu. Ini kerana memang orang melayu sahaja yang tinggal di pulau2 tersebut suatu ketika dahulu. Saudara perlu refresh memory dan ketahuilah bahawa orang melayu adalah orang laut dan mana-mana pulau di asia tenggara ini semuanya mereka telah sampai dengan mudah. Kepulauan Andaman yang berdekatan Burma tersebut itu juga sebahagian besar penduduknya adalah melayu. Kerana mereka adalah keturunan orang laut yg telah menetap disitu beratus2 tahun lamanya.


    3) Orang-orang Melayu Cham: orang Cham atau Champa memang Melayu, malahan bahasa champa memang banyak menggunakan suku kata bahasa melayu . jika dibandingkan dengan jiran terdekat mereka seperti suku hmong, laous, thai dan Burma sekalipun, tidak ada suku kata bahasa melayu dalam bahasa mereka. Sebb tu org cham dikategorikan sebagai bangsa Melayu dan bukan bangsa Mon Khmer atau Sino-tibetan –Tai. Mereka adalah Austronesia seperti kita. Kalau sekali dengar memang macam bunyi Thai bahasanya tapi hanya orang yg arif sahja akan dapat keluarkan perkataan-perkataan melayu yg didengar dari pertuturan mereka.


    4) Perkataan pangkal nama kampong di Kemboja
    .:yang ini mudah sahaja kerana ada bukti sejarah. Kampong cham, Kampong som dan banyak lagi kompong2 yg ada di kemboja mahupun Thailand adalah kawasan penempatan yang dibina oleh masyarakat Melayu Champa yg melarikan diri setelah jatuhnya kerajaan Champa ketasa kuasa Vitenam sekitar 1400-an. Mereka menetap di kemboja dan ada yg ke Ayuthia untuk mendpat perlindungan. Malahan beberapa orang putera raja champa telah berkhidmat di bawah pemerintahan King Narai di ayuthia.

    BalasPadam
  6. 5) Tiada nama melayu di Thailand (yg dapat dikesan oleh saya, seolah2 terdapat penghapusan budaya jika dirujuk tanah ditimur dan barat Thailand)
    ; bukan seolah-olah terdapat penghapusan budaya di Thailand, tapi memang ada penghapusan tersebut. Semuanya bermula dengan pesat pada zaman dinasti chakri yang masih memerintah sehingga kini. Mereka merasakan Thiland adalah untuk orang Thailand dan bangsa lain yg mahu tinggal di Thailand perlu mengikut adat dan kebudayaan mereka termasuklah bahasa dan nama perlu ditukar. Di tengah siam pula iaitu di tapak kota lama Ayuthia masih terdapat saki baki orang melayu yg tinggal di sana. Namun kebudayaan mereka telah terlalu banyak menyerupai bangsa siam .

    BalasPadam
  7. Dalam banyak-banyak sejarah dunia, sejarah yang ditulis oleh Siam paling tidak boleh dipercayai, ini disebabkan keinginan Siam untuk membudayakan bangsa Thai dan memartabatkan bangsa mereka kerana asal-usul mereka tergantung (tidak pasti bermula dimana). Dari segi logiknya, kewujudan bangsa Siam berada ditengah-tengah antara kewujudan bangsa-bangsa lain (dikelilingi bangsa yang berbahasa melayu walaupun berlainan dielek)dan populasi bangsa ini tidak menunjukan Siam adalah bangsa asli di Thailand, atau mungkin ratusan tahun dahulu Siam mengamalkan 'family planning' yang menyebabkan pertambahan bangsa Siam merosot berbanding bangsa Melayu, China, India ataupun Arab, atau bangsa Siam datang ke Thailand dan menjajah bangsa asli Thailand dan secara perlahan-lahan terserap budaya sediada. Setelah ratusan tahun budaya penduduk asli terserap dan menjadi sebahagian dari kehidupan mereka, wujud pula keterpaksaan mereka untuk menyatakan budaya yang ada itu adalah budaya mereka kerana mereka perlu diberada di situ sebagai bangsa 'asli' Thailand dan berhak dari segala segi di Thailand.

    Pada peringkat permulaan Siam bertapak di Thailand juga tidak mungkin sebagai pedagang kerana jumlah yang datang adalah secara beramai-ramai dan mula membina perkampungan mereka sendiri, adalah lebih tepat jika mereka ini datang sebagai pelarian perang.

    Sifat keterbukaan pentadbiran dan bangsa yang sedia ada telah memudahkan mereka berkelompok dan bersatu, akhirnya secara perlahan-lahan mereka mula membuka pekan-pekan kecil. Setelah ratusan tahun bertapak di Thailand telah berlaku pemberontakan bangsa Siam setelah diapi-apikan oleh penjajah barat, dan mereka menang kerana ketika itu pemerintahan bangsa asal yang sedia ada telah lemah dan bermusuh pula dengan penjajah-penjajah barat yang datang ke Nusantara ketika itu, maka penjajah barat pun mengangkat bangsa Siam untuk membuka pemerintahan baru kerana Siam menyokong mereka. Ini tidak pelik kerana dari segi sejarah, 'Negara Siam' adalah satu-satunya negara di Nusantara yang tidak dijajah oleh penjajah barat.

    Setelah di analisis dari segi nama kampung-kampung, pekan-pekan, bandar-bandar, pulau-pulau, gunung-gunung di serata Thailand Moden, lebih banyak bukti menyatakan tanah Thai adalah milik bangsa yang Melayu, bukti ini tidak dapat disangkal kerana jika Melayu yang datang ke Thailand sebagai pendatang, pasti telah ada nama tempat-tempat tersebut dalam bahasa Siam. Jika tanah itu milik bangsa Siam sudah pasti sungai-sungai, gunung-gunung, daerah-daerah di Thai dinamakan dengan nama-nama dalam bahasa Siam. Beberapa contoh besar nama-nama tempat yang tidak dapat di'Siam'kan adalah seperti:
    (1) Bangkok = bengkok
    (2) Pattani = petani
    (3) Yala = jala
    (4) Phuket = pukat
    (5) Kra = kera
    (6) Chaiya = percaya
    (7) Samut Songkham = semut hitam
    (8) Phathum Thani = pantun petani
    (9) Kanchanaburi = Kencana Dewi (Srivijaya)
    (10) Chantaburi = Cinta Dewi (Srivijaya)
    (11) Kaeng Krachan = kain perca
    (12) Chumphon = Champa/cempaka

    Ini adalah sebahagian dari yang ribuan. Nama-nama tempat besar ini tiada maksud didalam bahasa Siam. Begitu juga nama-nama gunung dan sungai-sungai (sila semak peta Thailand)

    Pemeritahan asal di Thailand (kerajaan Melayu)dan semua pemerintahan di serata Nusantara mempunyai budaya yang unik dan sama, kerana memilih emas sebagai warna diraja, adalah tidak logik jika terdapat satu bangsa lain (Siam) ingin mengaku yang budaya emas adalah budaya kerajaan mereka kerana kerajaan mereka dikelilingi oleh kerajaan emas yang lain, melainkan mereka mencedok budaya sedia ada dan dijadikan milik mereka.

    BalasPadam
  8. saya setuju sangat...~Al semantani

    BalasPadam
  9. Salam semua,

    Terima kasih atas penjelasan di atas.. Terang lagi bersuluh yang wilayah Thailand sekarang adalah wilayah melayu. Adanya melayu disana berkemungkinan besar, Ini adalah wilayah Islam... kalau boleh teringin untuk melihat corak budaya yang masih tinggal.

    Sedang saya membelek GPS semalam kerana ingin membuat lawatan akhir tahun ini dari Kuala Lumpur ke Chiang mai. Terlihat satu nama 'Kampheang Phet' di Thailand. Kedudukan geografinya sangat strategik sebagai kota pertahanan dari Burma. kalau ada yang mempunyai info sila-silalah sampaikan.

    BalasPadam
  10. salam, sedikit pembetulan ingin saya buat. Nama tempat Kanchanaburi itu memang tidak terdapat dalam bahasa siam keranan ia adalah bahasa sanskrit. sebutan sebenarnya bukan kencanan dewi tetapi Kencana puri yang bermaksud bandar permata. begitu juga dengan chataburi yang berasal daripada perkataan chantapuri.

    secara keseluruhan saya setuju dengan saudara pumpkinpark. namun hipotesis belaiu agak janggal mengenai penglibatan orang barat untuk menyingkirkan pemerintah asal Melayu dithailkand untuk menaikkan bangsa siam.

    bagi pendapat saya berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, pemberontakan bangs siam terhadap bangsa pribumu benua siam iaitu melayu bukan berlaku pada zaman kedatangan penjajah barat ataupun zaman kegemulangan islam seperti yg disangkan saudara kamal. Ianya lebih tepat dikatakan berlaku sekitar zaman sukhotai mula menjadi sebuah kerajaan. Jika dilihat daripada kedudukan sukhotai purba dan lanna thai purba, ianya berada di utara thailand yg lebih dekat dengan selatan china. oleh itu teori kedatangan mereka dari utara adalah benar. namun mereka mla memberontak kepada kerajaan Melayu bukan pada zaman islam tetapi zaman semasa kerajaan melayu tersebut masih Hindu-Buddha. kenyataan ini disokong dengan catatan daripada orng muslim sendiri dari tanah arab dan parsi yg mengatakan raja-raja siam pada zaman sekitar 1300 hingga 1600 adalah beragama menyembah berhala menurut mereka walaupun ramai rakyatnya beragama islam. jadi penglibatan kuasa-kuasa barat hanya bermula sekitar tahun 1600-an. jarak tempoh masanya terlalu jauh. sbab itulah saya menolak teori yang mengatakan bahawa terdapatnya kerajaan islam di Ayuthia keranan pencatat muslim sendiri yg menyangkalnya. mereka melihat dengan mata kepala mereka bahawa raja-raja siam menyembah berhala. sekian.~ Al Semantani

    BalasPadam
  11. salam saudara semantani,

    menarik juga artikel kali ini. saya juga lebih tertarik dgn peta ayuthia yg pertama yg menunjukkan pendudukan warga asing di Ayuthia. terperasan pulak adanya penempatan orang Jepun. Melalui pembacaan saya, dari segi pemakaian senjata tidak banyak bezanya melayu dgn jepun. org melayu kebiasaan yang pergi berperang akan sentiasa mempunyai dua keris iaitu pandak dan tempur atau keris pendek dan panjang. Kecuali bagi unit pemegang tombak atau pasukan meriam yang hanya menyisip pedang panjang. Dan ketika berada dikhalayak umum pula keris pendek sentiasa menghiasi pinggang orang melayu.

    Sama juga dengan org jepun di era samurai dimana kaum lelaki jepun akan memakai pedang samurai pendek jenis wakizashi di pinggang. manakala ketika berperang ia dipakai bersama-sama katana (pedang panjang).

    Bagi golongan bangawan atau menteri atau penghulu (dipanggil samurai's lord) kebiasaannya mereka akan membawa kedua2 jenis pedang ini bersama kemana jua mereka pergi. Ia melambangkan status mereka. Seperti juga kaum melayu bangsawan yang turut memakai keris pendek dan panjang bersama.

    Corak pemakaian ini juga dapat dilihat pada pemerintahan majapahit. cuma bezanya, keris sisip majapahit diletakkan di belakang badan.

    Melihatkan persamaan pada bangsa melayu dan jepun di ayuthia, saya rasa tidak mustahil raja ayuthia mahu mengikutnya dengan beranggapan bahawa ia adalah sistem pertahanan yg universal. ditambah pula dengan sikap "open-minded" beliau terhadap budaya luar. kenapa keris dan tidak pedang jepun? mungkin kerana ia adalah senjata yg umum di rantau tersebut.

    Tetapi agak janggal bila melihat lukisan yg terakhir dimana ia kelihatan seperti si pemakai keris itu memakai keris yg tak bersarung. Sesuatu yg dianggap "haram" atau "pantang" dari segi budaya memakai keris. Mungkin ada penjelasan pada sudut tersebut.

    BalasPadam
  12. Luahan hati seorang melayu malaysia yg telah kehilangan kemesraan dgn keluarganya dari kalangan org melayu thai.

    Catatan pengalaman Hj Abu Hasan Morad - Pengarah Urusan Galeri Ilmu Sdn Bhd.


    "Amalan ziarah-menziarah mula terabai & terhakis apabila kedudukan org melayu Thai semakin terpisah oleh dasar kerajaan Thai yg sgt keras dan tegas dlm hal budaya, bahasa dan perhubungan merentas sempadan. Lantas anak2 yg bersekolah di sekolah kerajaan sedikit demi sedikit dilatih utk tidak berbahasa melayu. mereka perlu belajar budaya dan adat istiadat siam berbanding dgn budaya melayu dan amalan Islam itu sendiri. Selepas 30 tahun, kesannya sgt ketara. org melayu thai dan org melayu di utara bagaikan dua rumpun bangsa yg terpisah. sungguh menyedihkan. sejak peraturan sempadan diperketatkan, aktiviti ziarah menjadi lebih sukar dan lama-kelamaan ia menjadi asing di kalangan generasi muda. Kalau dulu terasa amat selesa berada dikalangan keluarga melayu thai ttp kini terasa janggal dan terasing apabila berkunjung kesana. mereka tidak petah bercakap melayu lagi. komunikasi dgn mereka terbatas dan ini menyebabkan kita tdk selesa tinggal lebih lama bersama mereka. begitu juga keluarga dari Pattani dan Satun, mereka kekok dan kelihatan tdk selesa dan mesra bila menziarahi keluarga di kedah. Tiada lagi kemesraan seperti sebuah keluarga besar yg dilalui 40 tahun dahulu."

    Al Semantani - nampak gayanya 'berjaya' sungguh puak2 siam/thai memecahkan lagi rumpun melayu dan mensiamkan org2 melayu 'disana'. Patutlah sekarang mereka dgn condifentnya mahu menakluk istana sultan kedah dan seterusnya istana yg dipertuan agung dari org melayu malaysia.

    teruskan pendedahan anda!

    BalasPadam
  13. salam, saya bukan org politik. walaupun dalam sejarah ada politik namun saya tak suka politik. malah saya rasa kotor bila berbicara soal politik. saya terus terang katakan bahawa saya x percaya pada demokrasi berparlimen terutama demokrasi yg berpaksikan barat. hanya org sejarah yg tahu mengapa demokrasi itu bukan satu2 jln untuk capai keamanan dunia dan keadilan. sepanjang lembaran sejarah dunia selama demokrasi diperkenalkan sejak zaman yunani TIDAK PERNAH ADA SEBUAH NEGARA PON YG AMAN DAN ADIL SAKSAMA!! JIKA ADA ORG YG MENGUNJUNGI BLOG INI DAN MENGAJAK TUANNYA BERPOLITIKING MAKA JAUHKANLAH DIRI ANDA.sedangkan negara rom yg pada awalnya sebuah negara demokrasi republik pon xpernah aman dan hanya aman pada zaman pax-romana iaitu zaman monarki dibawah seorang pemerintah iaitu emperor agustus. ini pendirian saya...~anda tahu siapa saya.

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum tuan... izinkan saya copy artikel ini utk dikongsikan bersama-sama rakan2 sya yg meminati sejarah....

    BalasPadam
  15. Bagaimana pila dengan manuskrip Undang-Undang Kedah yg dikatakan menjadi bukti bahawa Ayuthia adalah kerajaan Islam. Adakah manuskrip itu palsu?

    BalasPadam
  16. Bagaimana pila dengan manuskrip Undang-Undang Kedah yg dikatakan menjadi bukti bahawa Ayuthia adalah kerajaan Islam. Adakah manuskrip itu palsu?

    BalasPadam
  17. Bagaimana pila dengan manuskrip Undang-Undang Kedah yg dikatakan menjadi bukti bahawa Ayuthia adalah kerajaan Islam. Adakah manuskrip itu palsu?

    BalasPadam
  18. Bagaimana pila dengan manuskrip Undang-Undang Kedah yg dikatakan menjadi bukti bahawa Ayuthia adalah kerajaan Islam. Adakah manuskrip itu palsu?

    BalasPadam
  19. Bagaimana pila dengan manuskrip Undang-Undang Kedah yg dikatakan menjadi bukti bahawa Ayuthia adalah kerajaan Islam. Adakah manuskrip itu palsu?

    BalasPadam
  20. Bagaimana pila dengan manuskrip Undang-Undang Kedah yg dikatakan menjadi bukti bahawa Ayuthia adalah kerajaan Islam. Adakah manuskrip itu palsu?

    BalasPadam
  21. Bagaimana pila dengan manuskrip Undang-Undang Kedah yg dikatakan menjadi bukti bahawa Ayuthia adalah kerajaan Islam. Adakah manuskrip itu palsu?

    BalasPadam
  22. Bagaimana pila dengan manuskrip Undang-Undang Kedah yg dikatakan menjadi bukti bahawa Ayuthia adalah kerajaan Islam. Adakah manuskrip itu palsu?

    BalasPadam
  23. Bagaimana pila dengan manuskrip Undang-Undang Kedah yg dikatakan menjadi bukti bahawa Ayuthia adalah kerajaan Islam. Adakah manuskrip itu palsu?

    BalasPadam
  24. Bagaimana pila dengan manuskrip Undang-Undang Kedah yg dikatakan menjadi bukti bahawa Ayuthia adalah kerajaan Islam. Adakah manuskrip itu palsu?

    BalasPadam
  25. Ini artikel kedua daripada tuan yang saya baca.
    Sedap dan menarik. Lebih sedap dan menaik daripada artikel daripada blog-blog benua siam kedah atau yang seumpama (hanya beberapa artikel yang saya baca).
    Tetapi pada akhirnya saya dapati cara penghujahan tuan tidak ada banyak bezanya dengan cara penghujahan yang digunakan oleh penulis blog benua siam islam nagara kedah (bagai, tak ingat saya).
    Malah pada satu peringkat saya merasakan artikel tuan yang ini menyokong apa yang di tulis oleh penulis blog nagara benua siam.
    Wallahuallam

    Daripada: mnbs

    BalasPadam
  26. kita kena terima yang Siam itu Melayu Islam walau ada juga ramai Siam Budha kerana ada cerita orang tua-tua dari Jawa pula lagi mengatakan Siam itu Islam sehingga kemudian jadi Budha ini bermakna setelah penaklukan Sukhotai ke atas Ayuthia yang menThai-Budhakan kawasan Ayuthia dan seterusnya ke selatan negeri-negeri Melayu.Nasib baik Kedah, Kelantan dan Terengganu terlepas.

    BalasPadam
  27. Kerajaan Syahrun Nuri dan Acheh berkaitan itu sebab keris acheh banyak di sana. Asal kerajaan Syahrun Nuri itu Ayuthia itulah. Itulah Siam Islam maka ditawan oleh Thai Buddha menjadi Siam Buddha seperti yang ada sekarang. Malahan Sheikh Hamzah Fansuri pun pernah belajar di Syahrun Nuri.

    BalasPadam
  28. Dan apa maksud dgn org Cham bangsa mereka adalah suku bangsa Melayu yg tersendiri adakah tuan bermaksud oleh kerana org Cham melayu ada disana boleh dijadikan sebab ? Dia Islam tuan sudahkah semak agama yg di anuti bkn semua Islam dan jika keris jga jdi sbb kenapa bali Indonesia tidak Islam walau ada keris

    BalasPadam
  29. Dan apa maksud dgn org Cham bangsa mereka adalah suku bangsa Melayu yg tersendiri adakah tuan bermaksud oleh kerana org Cham melayu ada disana boleh dijadikan sebab ? Dia Islam tuan sudahkah semak agama yg di anuti bkn semua Islam dan jika keris jga jdi sbb kenapa bali Indonesia tidak Islam walau ada keris

    BalasPadam
  30. Buat lh background warna putih sakit biji mata tengok nya

    BalasPadam