Ahad, 6 Januari 2013

TUN PERAK THE UNSUNG HERO


 

Sepertimana tajuk yang tertulis diatas, peranan tokoh hebat ini sebenarnya kurang diambil berat oleh sesetengah dari kita terutamanya anak muda. Jika kita lihat filem-filem serta drama di TV jarang sekali watak tokoh besar ini dimainkan. Masyarakat kita lebih sibuk dengan watak Hang Tuah yang masih menjadi misteri kepada ahli-ahli sejarah sehingga ke hari ini. Namun tokoh besar ini tak perlu kita susah-susah memikir dari mana dia berasal dan siapa keturunannya kerana maklumat tentang tokoh ini lebih realiti dari Hang tuah. Kalau kita ibaratkan sejarah England Hang Tuah ialah King Arthur dan pedang saktinya yang menjadi lagenda dan misteri yang penuh dengan mitos manakala Tun Perak pula sesuai disamakan dengan Sir Francis Walsingham atau juga William Cecil yang melahirkan banyak keturunan perdana menteri dan ahli politik.

 Dalam Mastika keluaran terbaru juga ada memaparkan kisah mengenai tokoh hebat ini. Namun kisahnya bukanlah sebuah kisah yang membanggakan kerana ia mengenai kekesalan kaum kerabat Tun perak yang masih hidup di Melaka dengan sikap segolongan dari bangsa kita yang tidak ambil peduli tentang tokoh ini. Amat mengejutkan apabila saya baca bahawa ada pihak yang lansung tidak mengenal siapa Tun perak malah ada juga pihak yang mencemuh mereka apabila mereka mahu mewartakan tapak perkuburan Tun perak. Anda tahu apa yang mereka kata? 'Tun perak tu siape, tak penting pun lainlah kalau hang tuah semua orang kenal'. Terkedu dan sayu rasa dihati saya menatap tulisan tersebut. Saya tidak sangka ada juga orang yang berfikiran cetek, jumud dan buta sejarah seperti ini! Kalau lah Tun perak masih ada tentu dia kecewa. Maka atas dasar simpati terhadap keluarga Tun perak yang sekarang masih ada di Melaka maka saya akan paparkan untuk anda artikel mengenai tokoh agung ini.

Hari ini kita akan memperbincangkan satu persatu sumbangan beliau dan melihat betapa besarnya pengaruh dan kepimpinan beliau dalam membangunkan Melaka dan bangsa Melayu itu sendiri. selepas ini diharap jangan ada lagi yang mempersoal siapa itu tun perak berbanding hang tuah. jika tiada Tun perak saya percaya Hang tuah juga tidak akan kemana. Para pembaca semua, sebenarnya ada banyak aspek yang melibatkan sumbangan beliau dalam menjadikan Melaka sebuah negara yang maju, antaranya adalah seperti berikut:


1. Kuasa Melantik Sultan

Bendahara merupakan pemilik wibawa fizikal yang terbesar dalam kalangan pembesar-pembesar Melaka . Oleh itu, Tun Perak selaku bendahara Melaka mempunyai kuasa untuk melantk seseorang raja. Lazimnya, beliau akan memilih raja yang mempunyai pertalian darah dengannya. Misalnya, seperti perlantikan Sultan Alauddin Riayat Syah yang dilantik sebagai sultan Melaka merupakan anak saudara kepada Tun Perak.

Selain itu, boleh dilihat juga peranan dan sumbangan Tun Perak dalam menjadi penasihat sultan. Tun Perak juga merupakan king maker penting dalam membuat pilihan yang tepat dalam memilih seorang putera yang akan ditabalkan menjadi sultan. Walau bagaimanapun, tidak semestinya seorang putera raja akan terus diangkat atau ditabalkan menjadi sultan. Kuncinya adalah muafakat dan keadilan, baik bagi raja atau sultan yang akan menduduki takhta kerajaan mahupun dalam kalangan individu yang dipertanggungjawbkan tugasnya. Secara idealnya, selain dari adil, raja-raja Melaka juga harus memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.  Hal ini terkait rapat dengan kontrak sosial yang telah dipersetujui diantara Demang lebar daun dan Sri tri buana.Terdapat empat syarat bagi menegakkan daulat sebagai seorang pemerintah. Hal ini dubuktikan dengan lebih jelas dalam undang-undang perlantikan seorang sultan ;

 

“adapun syarat segala raja-raja itu atas empat perkara : pertama ampun

(merciful), kedua murah (generous), ketiga perkasa (courageous),

keempat melakukan hukumannya dengan kaharnya

(to give his verdict decislvely). Itulah sifat segala raja-raja itu

pada zamandahulu kala, turun-temurun, datang sekarang.

Inilah kanun namanya ”

 
Raja yang adil akan dihormati dan disanjungi oleh rakyat. Perkara inilah yang sering ditekankan oleh Tun Perak ketika menjadi bendahara Melaka. Bukan sahaja dalam menasihati raja malahan ketika melakukan tugas yang lain juga seringkali Tun Perak menasihati pengikut-pengikutnya mengenai hal ini. Hal ini dilihat jelas sewaktu Tun Perak mengecam perbuatan Temenggung Seri Maharaja kerana Temenggung telah meminta agar Sultan Mahmud membunuh seorang anak tempatan yang tidak besar kesalahannya sehingga perlu dijatuhkan hukuman bunuh. Hal ini amat ditentang oleh bendahara Tun Perak kerana beliau kuatir perbuatan membunuh itu akan menjadi kegemaran sultan. Bendahara mengecam perbuatan Temenggung itu dengan berkata bahawa ;

“hai, hai ; lihatlah Seri Maharaja, anak harimau di ajarnya makan daging,

dia kelak ditangkapnya."

 
2. Merancang Strategi Ketenteraan yang ampuh

Jawatan dan amanah yang diberikan oleh sultan dan penduduk Kelang telah mendorong Tun Perak untuk menceburi bidang pentadbiran lalu menjadi sebahagian daripada birokrasi kerajaan Melaka. Pada awal abad ke-15 telah timbul persaingan antara kerajaan-kerajaan di seluruh kepulauan Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila kerajaan siam mempunyai agenda yang tersendiri iaitu untuk menakluki kesemua kerajaan di kepulauan Melayu termasuklah Melaka. Oleh itu, kesemua negeri di Tanah Melayu haruslah menghantar wang emas dan menyembah raja siam bagi menunjukkan kesetiaan dan pengakuan mereka akan ketuanan Melayu-siam Sri Dharmaraja terhadap negeri mereka. Namun, akibat daripada kesedaran kerajaan Melaka yang tidak mahu negeri itu bertuankan raja siam, maka mereka telah mengingkari segala perintah tersebut. Keadaan ini telah mencetuskan kemarahan kerajaan siam Sri Dharmaraja, lalu mereka telah menghantar angkatan tentera yang telah diketuai oleh Panglima Awi Cakri (Ok-P'ya Cakri). Dalam serangan inilah telah memperlihatkan kebijaksanaan dan bakat yang ada pada diri Tun Perak.

Dibawah institusi 'kerah', kerajaan Melaka telah mengarahkan agar kesemua pembesar dan penghulu di setiap daerah untuk mencari tenaga tentera dalam kalangan rakyat bagi memperthankan kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu termasuklah daerah kelang. Tun Perak selaku penghulu Kelang pada ketika itu telah diarahkan untuk mengerah pengikut dan hulubalangnya ke Melaka. Disinilah bermulanya perlaksanaan strategi Tun Perak dalam mempertahankan Melaka. Antara strategi beliau adalah Tun Perak telah mengarahkanseluruh penduduk Kelang sama ada lelaki, wanita, dan kanak-kanak untuk bersama-sama menyertai misi mempertahankan Melaka. Walaupun strategi ini dikatakan pelik, namun ianya sangat praktikal. Menurut Tun Perak, tentera lelaki kelak akan berperang untuk mempertahankan Melaka dengan bersungguh-sungguh, “.....kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang di-Pertuan, lebiah ia berlawan (kerana) anak dan isterinya.”1 Dalam perlaksanaan strategi ini dapat dilihat bahawa ramai tentera siam mati lalu mereka telah mengalah lalu berundur dari Melaka.

Kejayaan perlaksanaan strategi mempertahankan Melaka daripada serangan siam telah membuktikan kepada semua akan bakat yang dimiliki oleh Tun Perak. Oleh yang demikian, hal ini telah menyebabkan sultan Melaka beranggapan bahawa tidak wajar sekiranya Tun Perak terus mentadbir Kelang lagi kerana bakatnya amat diperlukan untuk membangunkan kerajaan Melaka. Oleh itu, Tun Perak telah diarahkan untuk berpindah dan mendiami Melaka. Selain itu, beliau juga telah dilantik menjadi Bentara Melaka. Seperti yang kita ketahui, Tun Perak merupakan seorang yang berpegang kepada prinsip dan falsafah, “...dianugerahi oleh raja Melakapedang sebilah...peliharalah baik-baik, usahakan, jangan diberi berkarat, kemakanan matanya.” Berdasarkan prinsip ini, maka beliau telah berkhidmat dengan cemerlang sehingga diangkat menjadi Perdana Menteri, duduk di Seri balai Istana, setara dengan Seri Nara Diraja yang ketika itu memegang jawatan sebagai Bendahara Melaka.

Kehebatan ilmu dan strategi dalam peperangan yang terajui oleh Tun Perak memang sudah teruji dalam awal penglibatan beliau dalam bidang pentadbiran Melaka. Selepas menjawat jawatan sebagai seorang Bendahara Melaka, tugas utama yang diberikan kepada beliau adalah untuk mengetuai angkatan tentera laut Melaka untuk menangkis dan mengalahkan serangan tentera laut siam. Menyedari akan kelemahan yang dimiliki dalam menangani serangan hebat dari siam, Tun Perak telah tampil dengan dengan satu lagi strategi yang baik iaitu strategi psikologi yang mana beliau telah menggunakan “puntung api” berdekatan dengan pantai Batu Pahat iaitu pantai sebelum sampai ke kawasan pantai Melaka. Walaupun strategi ini nampak sangat melucukan tetapi ia merupakan satu serangan psikologi yang dapat melemahkan semangat tentera siam apabila mereka melihat puntung api berada di seluruh kawasan pantai mereka mula beranggapan bahawa tentera Melaka adalah sangat ramai dan hal ini amatlah menakutkan tentera siam kerana bilangan tentera siam tidak dapat menangani tentera Melaka yang begitu ramai. Hasilnya, Melaka telah menang dalam pertarungan ini. Kekalahan siam juga telah memberi peluang kepada Melaka untuk menyerang Pahang yang pada ketika itu berada tanah taklukan Sri Dharmaraja. Semasa peperangan yang berlaku di Pahang, Tun Perak sekali lagi telah mengetuai angkatan tentera Melaka.

Sebagai seorang pemerintah yang berkaliber akhirnya Tun Perak telah dilantik untuk menjadi Bendahara Melaka yang merupakan jawatan eksekutif tertinggi dalam hirarki pentadbiran awam dan ketenteraan. Tome Pires dalam catatannya telah menyatakan bahawa ;

 

“...captains-general, whom they call Paduca Raja. These are a kind of viceroy,

who is the next to the king. To this man all the mandarins do reverence...the

Bemdara is the hingest in the kingdom. The Bemdara is a kind of chief-justice

in all civil and criminal affair...He can order any person to be put to death, of

whatever rank and condition, whether nobleman or foreigner, but first of all

he must inform s the king , and both decide the matter in consultation with

the Laksamana and the Tumunguo.”

 

Selepas tahun 1440-an, dengan kedudukan dan kuasa fizikal tertinggi yang dimiliki oleh Tun Perak telah menjadikan kedudukannya dalam birokrasi pentadbiean Melaka semakain selesa. Selepas kemangkatan Seri Nara Diraja Tun Ali yang merupakan iparnya, jawatan Penghulu Bendahari ini telah diserahkan kepada Tun Tahir bin Tun Ali dan memegang gelaran yang sama iaitu Seri Nara Diraja. Selain itu, Tun Mutahir bin Tun Ali juga telah dilantik untuk menjadi Temenggung Melaka dan memegang gelaran Seri Maharaja. Seterusnya, Tun Abdullah yang merupakan anak bongsu kepada Tun Ali juga telah dilantik menjadi pembesar istana dan digelar Seri Nara Wangsa. Dalam keadaan ini dapa dilihat hampir semua raja-raja dan pembesar Melaka mempunyai pertalian persaudaraan dengan Tun Perak. Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa Tun Perak sewaktu menjadi bendahara Melaka, beliau telah dikelilingi oleh kaum kerabatnya sendiri.4 Hal ini telah memberikan stu peluang yang baik kepada Bendahara Tun Perak untuk membangunkan dan memperkukuhkan lagi kedudukan Melaka sebagai sebuah empayar yang berjaya.

 
3. Pakar Hubungan Diplomatik

Kejayaan-kejayaan yang diperoleh daripada peperanagn telah menyebabakan Melaka mengubah strategi hubungan diplomatiknya dengan siam terutamanya. Dalam hal ini Tun Perak telah menyarankan agar melaka berbaik-baik dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan siam. Hal ini kerana Tun Perak dapat melihat manfaat sekiranya kedua-dua buah kerajaan ini berdamai dan menjalinkan hubungan secara profesional. Keadaan ini ditambah lagi dengan hubungan baik yang terjalin antara China dengan Melaka iaitu China telah mengiktiraf Melaka sebagai sebuah negeri yang berada dibawah jagaannya. Perkara ini telah menjadi anatra faktor utama siam bersetuju untuk menjalinkan hubungan diplomatik secara profesional dengan Melaka. Dalam hal ini Tun Perak telah menyatakan bahawa ;

 

“.....daripada banyak seteru, baik banyak sahabat.”

 

Hal ini telah dititikberatkan oleh sultan dan akhirnya kedua-dua buah kerajaan ini telah bersetuju untuk sama-sama berhubungan dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai keamanan dan keharmonian dalam menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan kedua-kedua buah negeri ini.


4. Membangun dan Memperluaskan Ekonomi Melaka

Dasar politik serta hubungan diplomatik yang diamalkan oleh Tun Perak telah berjaya menarik perhatian seluru dunia untuk menjalinkan hubungan negeri ini. Hal ini ditambah lagi dengan perkembangan ekonomi di selat Melaka sekaligus menjadikan Meaka sebagai sebuah pusat perdagangan dunia. Pengawalan laluan perdagangan laut dan penguasaan kawasan-kawasan yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi Melaka telah menyebabakan empayar ini terus berkuasa di seuruh kawasan perdagangan selat Melaka. Kebijaksanaan Tun Perak dalam menarik para pedagang datang ke Melaka merupakan satu sumbangan yang tidak dapat dinilai oleh kita. Perlaksanaan undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka amat menitikberatkan hal keadilan pedagang, pembeli, dan faedah yang bakal diperoleh oleh kerajaan telah menjadi satu platform bagi pembangunan ekonomi Melaka.

Dalam kaedah dan tatacara tertentu dalam urusan pengawlan baranagn dan penghasilan dari kegiatan berdagang dan berniaga, bandar Melaka telah bangun menjadi sebuah emporium antarabangsa. Selain itu, kebajikan para pedangan juga telah dititiberatkan oleh Tun Perak. Oleh yang demikian, gudang-gudang dan rumah tumpangan telah diwujudkan di pelabuhan Melaka bagi menarik perhatian para pedagangan untuk singgah ke Melaka. Di samping itu, diwujudkan juga tempat untuk membaiki kapal-kapal dagangan yang telah rosak akibat daripada ditiup angin monsun.

Selain itu, penguasaan politik secara langsung terhadap kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu dan sumatera melalui penaklukan telah membolehkan pengawalan keatas bahan-bahan mentah serta barang dagangan untuk dibekalkan kepada pedagang asing. Contohnya pedagang dari China yang amat memerlukan bahan-bahan dan barangan daripada kepulauan Melayu untuk dibawa pulang ke negara mereka.

Selain daripada dasar perluasan kuasa, dasar diplomatik yang diamalkan oleh Melaka dengan negeri-negeri lain di sekitarnya telah memberikan seribu satu kebikan kepada Melaka. Seperti yang dikatakan oleh Tun Perak mengenai hubungan diplomatik yang terjalin antara Melaka dengan siam bakal memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak terbukti apabila kerajaan siam membekalkan beras ke Melaka untuk diperdagangkan dan menampung keperluan masyarakat Melaka. Persengketaan yang telah ditamatkan oleh Tun Perak ini akhirnya telah membuahkan hasil seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi.

 
5. Mewujudkan Sistem Pentadbiran yang berkesan

Kebijaksanaan Tun Perak sebagai bendahara Melaka telah berjaya mewujudkan satu sistem pemerintahan dan pentadbiran yang amat efektif dan sistematik sehingga boleh bertahan selama empat generasi pemerintahan sultan. Hal ini dapat dibuktikan dalam catatan Tome Pires yang menyatakan bahawa ;

 

“..Bemdara (Bendahara) is the highest in the kingdom.

 

Hal ini dapat dilihat sekiranya sultan berangkat ke tempat lain atas urusan rasmi, maka segala urusan pentadbiran akan diserahkan kepada pembesar-pembesar dan ia diketuai oleh bendahara Tun Perak. Keadaan ini dapat dilihat sewaktu Sultan Mansur Sah dan rombongannya telah berangkat ke Majapahit atas urusan rasmi. Oleh itu, sultan telah menitahkan agar bendahara yang akan menjaga dan menerajui pucuk pimpinan kerajaan sewaktu ketiadaan baginda di Melaka. Hal ini dapat dibuktikan apabila sultan bertitah dengan menyatakan bahawa ;

 

“maka Bendahara Paduka dan Seri Nara Diraja dan Seri Bija Diraja dan

segala menteri hulubalang yang besar-besar sekaliannya ditinggalkan

oleh Sultan Mansur Syah menunggui negeri”

 

Oleh yang demikian, segala tugas sultan akan dipikul oleh Tun Perak ketika ketiadaan sultan di Melaka. Para pembesar yang lain juga akan mempunyai tugas mereka iaitu turut bersama-sama menerajui pentadbiran negeri seperti yang telah diamanahkan oleh sultan. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pembesar telah menunjukkan berlakunya persefahaman dan saling bergantungan antara pembesar-pembesar untuk terus menjaga keharmonian kerajaan Melaka.


Setelah lebih kurang sepuluh tahun Tun Perak memegang jawatan sebagai bendahara Melaka dibawah Sultan Mahmud, iaitu setelah berkhidmat kepada empat orang sultan Melaka. Pada tahun 1498, Tun Perak telah meninggal dunia dalam usia yang lanjut. Dibawah pentadbiran Tun Perak, empayar Melaka telah berkembang dengan pesat sehingga beliau dianggap sebagai 'Pembina Empayar'. Pelbagai perubahan dan pembaharuan telah dilakukan oleh Tun Perak utuk memastikan Melaka muncul sebagai sebuah kuasa yang besar dan disanjungi hingga keseluruh pelusuk dunia. Kewibawaannya sebagai seorang pemimpin amatlah dikagumi hingga ke hari ini kerana kebijaksanaannya dalam mengatur pelbagai strategi telah menyebabkan Melaka dapat meluaskan pengaruhnya hingga ke luar semenanjung Tanah Melayu.


Selepas kematian Tun Perak, Sultan Mahmud telah melantik Tun perpatih Putih yang merupakan adik kepada Tun Perak untuk menjadi bendahara dan mendapat gelaran sebagai Bendahara Putih. Bendahara baru masih lagi meneruskan segala dasar yang dilakukan oleh Tun Perak, namun beliau tidak dapat mengawal segala tindakan yang dilakukan oleh Sultan Mahud dan akhirnya kerajaan Melayu Melaka telah jatuh ketangan Portugis. Maka disini dapat dilihat berakhirnya zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan pembesar-pembesarnya. Sekian wallah hu a'lam.

 

Sabtu, 5 Januari 2013

PEDANG / SUNDANG LIPAS

 




Salam kepada pembaca semua, sebagai mengisi kekosongan sebelum saya menyiapkan artikel berat seterusnya, hari ini mari kita bersama berkongsi dan menyebarkan pengetahuan tentang salah satu daripada senjata Melayu yang juga kerap kali kita lupa. Senjata yang dimaksudkan ialah Pedang atau Sundang. Jarang kita dengar dalam kisah-kisah sejarah terdapatnya orang Melayu yang berperang dengan Pedang dan Sundang bukan. Namun ini tidak bermakna ianya tidak wujud. Sebenarnya kedua-dua senjata ini merupakan sejenis pedang yang lurus dan panjang yang digunakan dengan dua belah tangan (seperti pedang samurai Jepun). Ia popular di Filipina, Borneo, dan Sulawesi. Di Malaysia, ia dihasilkan di Terengganu, Kelantan, Patani dan Utara Semenanjung Malaysia.

 

Sundang, sama ada jenis biasa atau sundang lipas biasanya digemari oleh pelaut. Saiznya lebih besar dan berat dari pedang biasa. Walau bagaimanapun bagi pelaut yang sentiasa berkayuh dan mendayung berat dan saiz sundang ini alah bias tegal biasa bagi mereka, cuba kita bandingkan saiz dayung dengan sundang, mana yang lebih besar. Sundang biasanya menggunakan bahagian tengah bilah untuk menangkis serangan pedang, bukannya bahagian tepi yang tajam. Manakala bagi jenawi pula jenis pedang seperti ini adalah berasal dari China dan mendapat pengaruh dari pedang Jian. Di semenanjung tidak banyak pedang seperti ini kecuali di pulau Jawa dan Sumatera kerana disemenanjung Sundang lipas lebih terkenal dan banyak digunakan. Walaupun Nampak sama namun terdapat perbezaan diantara sundang lipas dan pedang jenawi. Jenawi lebih tirus manakala Sundang lipas lebih lebar.




 




Sundang Keris Moro tidak digunakan untuk menikam seperti keris, ia lebih kepada menetak dan melibas. Saiz matanya agak besar dan lebih berat berbanding keris biasa. Hulu sundang juga lebih mirip kepada hulu pedang berbanding hulu keris. Sundang lipas pula digunakan untuk menyerang dalam sebarang keadaan. Senjata ini tidak belaga bila bertempur tidak seperti permainan parang atau pedang.Teknik permainan ini kena bergerak pantas menyababkan sentaja ini tidak akan belaga apabila diserang atau menyerang musuh.
 
Dalam silat gayong tidak semua gurulatih yang dapat belajar permainan ini kerana ia dianggap sebagai senjata tertinggi. Selain daripada seni sundang lipas satu lagi senjata yang masih sebahagian jurulatih tua miliki adalah seni “Serampang” sama ada Serampang Laut atau Serampang Barat. Permainan ini dianggap amat menggerunkan dalam segala permainan senjata. Kelebihan senjata ini adalah ia dapat melakukan serangan terhadap musuh yang ramai, lagi ramai adalah lagi baik. Sebenarnya bayak lagi senjata kuno yang belum lagi terungkap oleh kita sekarang yang masih manjadi rahsia dalam Ilmu Persilatan guru-guru tua. Oleh itu sekian artikel ringkas dari saya, wallah hu a’lam.




Isnin, 24 Disember 2012

ADA APA DENGAN CHIH TU





 



GAMBARAN BALAIRONG CHIHTU.
 

Salam. Seingat saya sudah beberapa kali cik Seri dari M.O telah menyebut mengenai kerajaan bertuah ini Chihtu. Namun demikian kerajaan ini masih memberi saya aura-aura misteri yang menyebabkan saya terpanggil untuk menulis sedikit ulangkaji atau ulasan mengenai kerajaan ini. Ada apa dengan Chihtu? Mengapa ia begitu penting dalam memahami sejarah Srivijaya, Funan dan Sailendra? Dan dimanakah Chihtu sebenarnya?

 
Sebenarnya para pembaca sekalian apa yang menyebabkan Chihtu menjadi sebuah kerajaan yang hebat dan penting untuk diketahui adalah kerana legasi yang ditinggalkannya. Legasi yang saya maksudkan adalah seperti yang saya sebutkan tadi iaitu ia melahirkan para pemerintah elit Srivijaya, Sri Dharmaraja, Sailendra dan beberapa lagi buah dinasti yang hebat-hebat. Tambahan lagi sepertimana yang dicatat oleh pengembara China ke kerajaan tersebut, Chihtu adalah sebuah kerajaan yang besar tamadunnya atau civilized. Ianya bukan sebuah kerajaan orang gasar yang tidak bertamadun dan ketamadunan Chihtu ini menyebabkan teori mengenai kelahiran raja-raja dinasti Funan adalah logik. Hal ini ditambah lagi apabila catatan dari dinasti Sui menyebut bahawa Funan diasaskan oleh orang-rang dari Chihtu dan Pan-pan.

 
Terlalu banyak teori tentang kedudukan kerajaan ini telah dikemukakan antaranya di India, Sumatera, Singgora, Vietnam, Kemboja dan semestinya Semenanjung. Teori yang dikemukakan oleh seorang pengkaji Cina Shen Fuwen pada tahun 2002 adalah diantara teori yang terkini. Namun teori beliau ini sebenarnya adalah pengukuhan kepada teori yang sebelum ini dipelopori oleh Kuwata Rokuro pada tahun 1921 yang meletakkan Chihtu di Semenanjung. Selain itu beliau juga menyatakan dengan jelas bahawa Chihtu adalah pemula bagi Srivijaya di mana elit-elit Melayu pemerintah Srivijaya berasal.

 

Hari ini mari kita mengembara ke Chihtu dan merasai sendiri apa yang dirasai oleh para utusan dari China. Kita akan melihat mengapa China sanggup menghantar utusannya ke sebuah negara asing yang jauh lebih kecil darinya dan apa yang mereka lihat dan menarik perhatian mereka di situ.
 

Beginikah pakaian diraja Chihtu
 

Semuanya bermula pada tahun 589 masihi dimana pada masa ini Dapunta Hiyang Jayanasa yang mengagungkan kerajaan Srivijaya di Palembang belum wujud lagi. Perlu anda ketahui bahawa kerajaan misteri yang bernama Chihtu ini hanya pernah disebut dalam catatan China sahaja tidak ada dalam catatan tempatan mahupun dari negara luar yang lain. Hal inilah yang menjadikan Chihtu sebuah subjek yang hangat untuk dikaji. Ianya bersifat terlalu misteri bagi saya. Pada tahun yang sama juga kerajaan dinasti Sui telah berjaya menawan dinasti Chen diselatan dan buat pertama kalinya dalam 400 tahun berjaya menyatukan semula negara China. Kerajaan Sui yang baru naik ini amat komited dengan hubungan antarabangsa dan perdagangan. Pada tahun 607 maharaja dinasti Sui telah menghantar dua orang duta ke kerajaan Chihtu sebagai balasan kepada duta yang dihantar Chihtu sekitar tahun 589. Rombongan Maharaja Sui telah membawa 5000 jenis hadiah yang berbeza untuk raja Chih tu, dan pada saat ketibaan rombongan ini, mereka dihidangkan dengan pelbagai barangan hasil tempatan sebagai hadiah pembalasan.

 

Kerajaan Chihtu disebut sebagai sebahagian dari kerajaan Funan, dan terletak di Laut China Selatan, dan ianya terletk 100 hari perjalanan melalui laut dari China. Sumber China menyebutkan bahawa nama kerajaan ini berasal dari warna tanahnya yang ‘sebahagian besarnya berwarna merah’. Seperti yang telah dikatakan saya, berdasarkan catatan China juga, lokasi Chihtu telah banyak diperdebatkan oleh para sarjana. Namun demikian lokasi yang paling sesuai adalah bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia, di sekitar daerah hulu Sungai Kelantan. Selain dari pertimbangan umum, termasuk, geografi, iklim dan warna tanah, salah satu alasan utama untuk meletakkan lokasi Chih tu di Hulu Kelantan adalah apabila digambarkan bahawa  lokasinya boleh dicapai hanya selepas satu bulan perjalanan ke hulu sungai.


 Sungai Kelantan adalah pilihan yang paling sesuai kerana ia merupakan laluan air utama yang dilalui kapal-kapal bersaiz kecil dan sederhana untuk perjalanan lebih kurang 160 kilometer ke arah hulu, dan juga sebagai laluan utama ke lombong-lombong emas di Kelantan dan Pahang. Daerah ini dikenali sebagai Ulu Kelantan, telah dihuni selama sekurangkurangnya 10,000 tahun, sebagaimana dibuktikan dengan jumpaan pengebumian prasejarah di Gua Cha. Penyelidikan dan ekskavasi di Gua Chawas, Ulu Kelantan telah mendedahkan sejumlah besar jumpaan votive tablets Buddha Mahayana yang mungkin berasal dari zaman Srivijaya .Hal ini menjadikan lokasi Chihtu sebagai salah satu daripada lokasi awal Srivijaya yang amat sesuai.

 
GABARAN PAKAIAN DIRAJA SRIVIJAYA MENGIKUT PENGKAJI INDONESIA
 

Dalam penulisan Tatsuo Hoshino seorang pengkaji dari Jepun beliau menyatakan bahawa sesungguhnya Chihtu mempunyai kaitan rapat dengan Srivijaya. Beliau membuat kenyataan berikut adalah kerana terdapat catatan dari dinasti Tang yang mengaitkan Chihtu dengan empayar maritim tersebut. Ensaiklopedia pada zaman Tang sering menyebut Chihtu berserta dengan kerajaan Srivijaya. Menurut Hoshino, hal ini adalah berkemungkinan disebabkan terdapatnya indikasi bahawa kerajaan Chihtu diasaskan atau diperintah oleh etnik Melayu atau Cham.


 Dalam catatan China mengenai sistem pentadbiran Chihtu ada disebutkan bahawa jika mengikut ranking pembesar Chihtu yang terbawah sekali ianya dipanggil sebagai Pati. Dan menurut Hoshino, Pati adalah satu gelaran khas para pembesar dari kerajaan orang-orang Melayu seperti Champa dan Srivijaya. Selain itu dalam setiap catatan mengenai kedudukan Chihtu ada disebut tentang sebuah Pulau dalam bahasa Melayu iaitu Pulau Kas. Namun demikian Hoshino mempunyai pendapat yang berbeza dengan Ceodes dan Pelliot yang mengatakan bahawa Chihtu berada di semenanjung Tanah Melayu.

 

Sebaliknya dia percaya bahawa Chihtu berada di sebelah timur delta Mekong di Indochina berdekatan dengan Kampong Cham sekarang. Namun ini hanyalah salah satu daripada banyak teori-teori yang pernah diutarakan oleh ahli sejarah. Setakat ini semuanya masih samar-samar dan tidak ada satu teori yang dapat memberikan konklusi yang tepat. Apa yang pasti ramai sejarawan tidak bersetuju dengan teori beliau dan mengaggap ianya tidak benar sama sekali. Namun demikian apa yang penting tetang pendapat pengkaji Jepun ini adalah terdapatnya bukti bahawa adanya perkaitan awal diantara Srivijaya dengan Chihtu dan wujudnya kelas pemerintah Melayu di Chihtu.

AGAKNYA BEGINILAH DUTA SUI DIARAK KE ISTANA.
 

Berbalik kepada rombongan dari Sui, semasa rombongan dari China ini sampai di muara sungai untuk ke Chihtu, mereka telah disambut oleh seorang pembesar Brahmin yang bergelar Kumara berserta dengan 30 buah kapal besar yang diiringi dengan bunyi-bunyian dan paluan gendang. Apabila sampai di ibu kota Chihtu, duta China tersebut disambut mesra oleh raja dan putera mahkotanya. Duta China ini telah diarak dengan dua ekor gajah bererta dengan para pengawal yang memegang payungan yang terbuat dari bulu merak bagi menyambut kedatangan tetamu kehormat. Lebih dari seratus orang lelaki dan wanita memainkan alat musik yang terbuat dari cengkerang dan memalukan gendang yang diketuai oleh dua orang Brahmin.

 
Banyak aspek sosial-politik dan budaya kerajaan Chihtu dijelaskan dalam catatan China hasil daripada kunjungan mereka ini. Menurut sumber tersebut, kerajaan ini diperintah oleh keluarga yang dikenali sebagai Chudan. Raja Chihtu, Li fo duo se, menaiki takhta ketika ayahnya melepaskan takhtanya untuk menyebarkan ajaran Buddha kepada dunia. Pada saat kunjungan utusan Maharaja Sui, raja Chihtu telah memerintah selama 16 tahun dan mempunyai tiga isteri yang merupakan puteri raja tetangga. Perhatikan nama raja ini, sebutan Cina ini ada persamaan dengan sebutan sanskrit bagi Srivijaya!

LUKISAN BODHISATVA
 

 Istananya dikatakan terletak di hulu Seng zhi yakni ibu kotanya dan digambarkan mempunyai ‘tiga gerbang yang terletak lebih dari seratus langkah setiap satu’, dilukis dengan gambar Bodhisattva dan digantung dengan bunga dan loceng. Gerbang ini dikawal oleh empat orang lelaki berpakaian seperti raksasa penjaga gerbang (seperti yang terdapat pada kuil-kuil Buddha di Thailand sekarang). Terdapat juga berpuluh-puluh wanita yang memegang panji-panji dari bunga-bunga emas dan ada juga yang bermain musik. Mereka yang ditempatkan di luar gerbang dilengkapi dengan senjata, manakala yang tinggal di dalam kota memegang kain putih dan jaring putih untuk mengumpul bunga. Istana ini dikatakan  mempunyai beberapa pavillion dan tingkat. Menarik bukan budaya orang melayu pada zaman dahulu. Sekarang cuba anda bayangkan dengan minda anda betapa grand dan cantiknya istana dan kota Chihtu yang berlukis dengan lukisan-lukisan Buddha seperti yang anda bisa lihat di Tibet.
 

MUNGKIN ISTANA CHIHTU JUGA SEHEBAT INI. SENIBINA MYANMAR INI ADA KAITAN DENGAN SENIBINA MELAYU KUNO.
 

Berdasarkan rekod Dinasti Sui lagi, kekayaan kerajaan Chihtu dapat dilihat ketika rombongan China tiba di sana. Rombongan tersebut terkejut melihat kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan Chihtu termasuklah tiga puluh buah kapal besar dan beratus orang hulubalang yang mengawal istana. Chihtu mempunyai satu sistem pemerintahan yang teratur termasuklah pentadbiran di peringkat daerah. Hasil keluaran negeri ini adalah pelbagai antaranya ialah beberapa jenis fabrik berwarna seperti berwarna kuning keemasan, berwarna awan pagi, pelbagai jenis kain kapas berwarna dan lain-lain. Tambahan lagi bumi Chihtu turut mengeluarkan padi, kekacang, bijan hitam, arak tebu, arak kelapa dan banyak lagi yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.


Pada hari yang sama raja telah menghantar anaknya Nayaka untuk melayan utusan dari Sui ini. Beberapa orang suruhan lelaki telah dihantar untuk membawa sedulang emas bunga-bunga wangi , cermin dan peralatan dari emas serta dua balang minyak wangi, lapan gurik air wangian dan empat helaian panjang kain kapas putih dan semua ini hanya untuk mandian para duta. Pada hari yang sama kemudiannya pula Nayaka telah menghantar dua ekor gajah yang membawa beberapa buah payungan terbuat dari bulu merak yang indah serta bunga-bungaan emas dan surat watikah dalam dulang emas sebagai tanda menyambut kedatangan mereka. Setelah selesai semua upacara ini barulah mereka berangkat ke balairung seri. Setelah selesai bertukar watikah di balairung seri rombongan duta Sui ini diiringi untuk ke kediaman penginapan mereka. Di sini para Brahmin telah dihantar untuk menyajikan makanan kepada mereka. Makanan yang disajikan dikatakan dihidang diatas tikar dari daun yang sebesar 10 kaki persegi.
 


 

Mengenai istana Chihtu, dikatakan bahawa kesemua pintu yang terdapat pada bangunan istana adalah menghadap kearah utara. Takhta atau peterana tempat bersemayam raja dibuat berlapis tiga tingkatan yang juga menghadap kearah utara. Setiap hari raja akan bersemayam di takhta tersebut dengan memakai sejenis jubah berwarna merah mawar dan baginda memakai pelbagai kalung dan perhiasan dari emas. Mahkotanya dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan yang terbuat dari emas dan bertatahkan pelbagai hiasan daripada batu-batu permata. Di sisi kanan dan kirinya ada empat orang wanita. Dikatakan juga pengawal yang terdapat di dalam balai tersebut adalah lebih dari seratus orang. Di belakang takhta raja wujud seakan-akan gerbang yang diperbuat daripada lima jenis kayuan wangi yang disepuh dengan emas dan perak, serta dibelakang gerbang tersebut terdapat sebuah disk logam yang berbentuk seperti api yang menyala yang turut diperbuat dari emas yang berkilauan.

 

TIDAK MUSTAHIL BEGINILAH RUPA BALAIRONG ISTANA CHIHTU.
 

Di setiap sisi takhta bertingkat tersebut terdapatnya dua buah cermin dari logam berwarna perak dan di hadapan setiap cermin ini terdapat setempayan emas manakala dihadapan tempayan emas tersebut pula adalah sebuah dupa dengan kemenyan yang dibakar yang juga diperbuat dari emas tulin. Di tingkat bawah sekali peterana diraja tersebut terdapat patung seekor lembu jantan yang diperbuat dari emas dan dilitupi dengan payungan. Terdapat juga pelbagai jenis kipas-kipas berharga di sekeliling peterana atau takhta tersebut. Daripada diskripsi tersebut juga kita boleh dapati bahawa istana atau balairong tersebut adalah besar sehingga boleh memuatkan lebih dari seratus orang Brahmin dan para pembesar serta pengawal yang lain. Dikatakan bahawa para Brahmin duduk bersila menghadap satu ama lain dalam dua barisan di sisi balairong dan terdapat beberapa lapisan pembesar yang mempunyai tugas masing-masing. Kedudukan seperti ini adalah selari dengan kedudukan tempat duduk para pembesar di zaman Melaka yang merupakan warisan Srivijaya yang dinamakan sebagai Naga-naga. Hal ini berbeza dengan cara duduk para menteri dan bangsawan thai yang duduk dihadapan raja memenuhi ruang balairung.
 

 
Para guo ji atau pentadbir tertinggi adalah mereka yang menyusun dan menyenaraikan pegawai-pegawai yang berjawatan dalam pentadbiran raja, mereka ini boleh disamakan dengan pembesar berempat. Ini termasuk mereka yang ditugaskan untuk mengatur urusan politik dan satu lagi untuk menjalankan pentadbiran undang-undang jenayah. Chihtu juga mengawal dan berkuasa terhadap beberapa kerajaan lain di mana pentadbiran dikendalikan oleh mereka yang dilantik oleh raja. Catatan dari utusan Maharaja Sui ini juga menyatakan bahawa adalah menjadi satu adat bagi laki-laki dan perempuan di Chihtu untuk menindik telinga, mengurapi tubuh mereka dengan minyak wangi, dan memakai bunga mawar dan kain berwarna polos.

 

 Para wanitanya memakai sanggul di rambut yang kelihatan terjuntai di bahagian tengkuk. Sanggul seperti ini adalah satu tradisi bagi para wanita melayu terutama di Semenanjung dan Jawa berbanding sanggul tinggi yang dipakai orang Thai dan Khmer. Namun demikian rakyat harus mendapatkan izin dari raja untuk memakai loket emas yang istimewa, bahkan keluarga kaya juga harus mendapatkan kebenaran kerajaan untuk hak istimewa ini. Upacara Pernikahan pula dilakukan pada hari yang difikirkan bertuah dan diberkati mengikut ajaran agama mereka. Keluarga pengantin wanita dirayakan selama lima hari sebelum upacara perkahwinan. Pada hari ketujuh, upacara perkahwinan diselesaikan dan pengantin bersatu. Setelah berkahwin, pasangan itu berpindah ke sebuah rumah yang berasingan. Namun,jika yang berkahwin itu adalah putera bongsu maka ia diwajibkan untuk tinggal bersama ayahnya.
 

GAMBAR HIASAN JE
 

Jika berlakunya kematian sama ada salah satu orang tuanya atau adik-beradiknya, orang yang berkabung akan mencukur kepala mereka dan memakai pakaian yang polos dan terang. Tubuh si mati akan dibakar di atas tempat pembakaran yang diperbuat daripada buluh dan diletakkan di atas sungai dengan tujuan apabila mayat dibakar abunya akan jatuh ke sungai. Upacara pembakaran mayat itu disertai dengan dupa atau kemenyan dan peniupan bunyi-bunyian daripada cangkerang yang berlingkar dan paluan bunyi gendang.


Upacara pembakaran mayat dengan kaedah ini diguna pakai untuk para bangsawan kelas atasan dan juga rakyat jelata, tetapi abu raja dipelihara dalam botol emas dan disimpan di sebuah kuil. Kepercayaan agama mereka dilaporkan sebagai Buddha, tetapi masyarakat Chihtu lebih mengabdikan diri mereka kepada para Brahman yang menunjukkan bahawa kepercayaan Hindu juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat seperti mana amalan pembakaran mayat dilakukan. Hal ini bukanlah perkara yang luar biasa di asia tenggara kerana kebanyakan kerajaan disini mengamalkan ajaran Hindu-Buddha.


Makanan utama masyarakat Chih tu adalah nasi dan catatan China ada menyebut semasa majlis keraian dijalankan terhadap rombongan Maharaja Sui, mereka dihidangkan dengan kek atau kuih yang berwarna kuning, merah, putih dan ungu ( mungkin prototaip awal kuih lapis?) bersama-sama dengan daging lembu, daging kambing, ikan, penyu, dan kerbau pendek. Putera Raja Chih tu Na ya jia atau Nayaka kemudiannya mengiringi rombongan Maharaja Sui kembali ke China dengan membawa hadiah-hadiah berupa barangan hasil keluaran tempatan dan ini termasuklah mahkota emas berbetuk bunga raya dan kapur barus sebagai ufti kepada Maharaja. Hadiah ini sebagai balasan kepada pemberian Maharaja Sui kepada Raja Chih tu dan tanda bermulanya hubungan diplomatik dengan Maharaja China tersebut.


Daripada diskripsi di atas kita dapat bayangkan betapa maju dan mewahnya kerajaan Chihtu. Hal ini menjadi bukti bahawa ketamadunan bangsa Melayu sememangnya telah lama bertapak di Nusantara dan tidak dapat disangkal lagi. Adakah dari kerajaan ini Dapunta Hiyang Jayanasa berlayar untuk menawan Palembang dan membentuk Srivijaya? Sekian wallah hu a’lam.