Sabtu, 8 Disember 2012

EKSPEDISI KETENTERAAN U.S.A DI KEPULAUAN MELAYU




 

 

Salam sejahtera pembaca semua. Pada hemat saya ramai sudah sedia maklum dengan penyerangan tentera Amerika Syarikat terhadap Afghanistan, Iraq dan Libya. Namun tahukah anda lebih daripada satu abad yang lalu Amerika telah memulakan campurtangan ketenteraan mereka di dunia Melayu? Ya, pasti ramai yang terkejut mendengar hal ini namun itulah hakikatnya. Sebelum mereka menjajah Filipina lagi sebenarnya sudah ada konflik yang melibatkan kuasa tentera mereka di rantau ini. ianya bermula di sebuah pelabuhan di Sumatera yang bernama Kuala Batu atau Kuale Batee dalam dialek Acheh. Peristiwa ini dikenali dalam sejarah Amerika sebagai The First Sumatran expedition. Ikutilah kisahnya dalam artikel saya dibawah.

 

Pada tanggal, 7 Februari 1831, sebuah kapal milik Amerika Syarikat berlabuh di Kuala Batee, Aceh Barat Daya. Kapal bernama Friendship itu dinakhodai oleh Charles Moore Endicot. Kapal ini datang ke Kuala Batee untuk membeli lada hitam yang ketika itu menjadi salah satu pusat perdagangan lada hitam yang terkenal  Aceh.

 

Apabila kapal itu tiba di pelabuhan tersebut, kapal tersebut telah diserang oleh sekelompok penduduk Kuala Batee yang datang dengan tiga buah perahu. Tiga awak kapal telah  terbunuh dalam serangan tersebut. Kerugian yang dialami diperkirakan sejumlah US$ 50 ribu. Namun demikian Kapal tersebut berjaya diselamatkan daripada dirampas sepenuhnya dengan bantuan daripada seorang pembelot dari kalangan orang Acheh sendiri bernama Po Adam. Peristiwa ini sebenarnya anda boleh baca dalam buku karya M.Nur El Ibrahimy  yang berjudul Selayang Pandang Langkah Diplomasi Kerajaan Aceh. Ibrahimy menulis bahawa, setiap tahun jumlah lada hitam yang diangkut sekitar 3 ribu ton dari Aceh untuk dijual ke benua lain, termasuklah ke Amerika hingga Eropah.

 
Perompakan atau serangan terhadap Kapal Amerika tersebut menimbulkan tanda tanya besar bagi mereka. Sebab, itulah kali pertama kapal Amerika diserang di perairan Kepulauan Melayu. Menurut Ibrahimy, peristiwa itu berpunca daripada  kemarahan orang Aceh kerana merasa selalu ditipu oleh para pedagang Amerika dalam perdagangan lada. Pernah berlaku satu kejadian, ketika berlakunya jual beli diantara pedagang Amerika dengan Orang Aceh, berat  sebenar ladanya ialah  3.986 pikul, tetapi ketika dijual kembali oleh pedagang Amerika beratnya menjadi 4.583 pikul.

 

Penduduk tempatan akhirnya mendapat tahu bahawa rupanya, pedagang Amerika berlaku tidak adil dengan memalsukan takaran timbangan. Mereka memalsukan timbangan dengan cara menggunakan  sebuah alat timbangan yang telah diubahsuai dan boleh ditambah atau dikurangkan jumlah timbangannya mengikut kesukaan mereka. Dengan kata lain jika timbangan sebenar lada orang Acheh adalah 30 kati maka mereka akan menimbang semula dengan timbangan yang diubahsuai tersebut dan didapati timbangan tersebut berkurangan menjadi 20 atau 10 kati sahaja, maka kadar bayaran yang diterima orang Acheh akan berkurangan.

 

Itu hanya salah satu daripada faktornya. Penyebab lain pula, ialah Belanda berhasil memprovokasi orang Aceh untuk menyerang kapal-kapal Amerika. Tujuannya, kerana Belanda ingin merosakkan nama baik Kerajaan Aceh supaya terlihat bahawa kerajaan Acheh tidak mampu melindungi kapal asing yang berlabuh di perairannya. Keadaan ini mampu melemahkan kekuatan ekonomi kerajaan Acheh apabila berkurangnya kapal yang akan berlabuh di sana.

 


 Selain itu diketahui juga bahawa, pihak Belanda telah membayar dan memberikan bekalan senjata kepada kapal Aceh yang dinakhodai oleh Lahuda Langkap untuk menyerang kapal Amerika dengan menggunakan bendera Kerajaan Aceh. Hal ini sudah tentu akan memburukkan lagi nama kerajaan Acheh di persada antarabangsa kerana Acheh ketika itu memang sebuah kerajaan yang kuat dan terkenal di seluruh dunia. Selepas peristiwa penyerangan tersebut, Kapal Friendship telah terus kembali ke Amerika. Berita mengenai peristiwa penyerangan para penduduk Acheh terhadap Kapal tersebut akhirnya tersiar di dada-dada akhbar utama di Amerika dan Eropah sehinggakan sebahagian besar pihak pemerintah di Amerika berasa geram dan malu akan kejadian tersebut kerana mereka adalah diantara kuasa besar dunia pada ketika itu.

 

Ditambah lagi apabila salah seorang pemilik kapal itu adalah Senator Nathanian Silsbee. Silsbee kemudiannya telah menghantar surat kepada Presiden Jackson dan meminta Amerika menuntut ganti rugi atas kerugian yang dialami, dan mengirim kapal perang ke perairan Aceh. Surat  yang serupa juga dikirim oleh Robert Stones, pemilik kapal yang lain, mendesak Menteri Angkatan Laut, Levy Woodbury agar mengirim kapal perang ke Aceh. Diringkaskan cerita, Presiden Jackson telah bersetuju dengan tuntutan tersebut. Maka pihak kerajaan Amerika Syarikat telah menghantar kapal perang Potomac ke Aceh. Ini adalah kapal perang terbaik yang dimiliki Amerika pada zaman itu.  Kapal tersebut telah berangkat dari New York dan tiba di Aceh pada 29 Ogos dengan membawa 260 pasukan tentera Marines.

 
Pada 5 Februari 1832 kapal perang Amerika Potomac tiba di perairan Kuala Batee. Commodore John Downes seterusnya telah berhubung dengan si pembelot Po Adam untuk mengetahui situasi di Kuala Batee. Menurut maklumat yang diberikan Po Adam bahawa Raja yang menjadi wakil Acheh sebagai pentadbir Kuala Batee sama sekali tidak akan membayar ganti rugi yang dituntut Amerika. Commodore John Downes kemudiannya membuat keputusan untuk menyamarkan kapal dan krunya sebagai kapal dari Denmark untuk memasuki kawasan pelabuhan Kuala Batee. Penyamaran yang dibuat berjaya apabila orang-orang Acheh yang berkawal di pantai tidak mengesyaki kapal perang tersebut. Beliau kemudiannya menghantar pengintip untuk ke darat bagi mengetahui kedudukan dan kekuatan tentera Kuala Batee. Namun demikian kehadiran mereka akhirnya berjaya dikesan pasukan Acheh.
 

 

Hasil intipan yang dibuat mereka mendapati ada tiga buah perahu perang yang menjaga pelabuhan Kuala Batee ditambah dengan 5 buah kubu batu yang lengkap dengan meriam di sepanjang kawasan pantai berdekatan pelabuhan. Maka pecahlah perang diantara orang Melayu Kuala Batee dengan Orang pucat Amerika Syarikat menjelang matahari terbit pada 6 Februari 1832. Warga Kuala Batee yang sudah tahu kedatangan kapal Amerika itu berkubu di pantai Kuala Batee. Tentera Amerika yang berlabuh di Kuala Batee terus menyerbu benteng-benteng orang-orang Acheh. Tentera Amerika yang bersenjatakan rifle tercanggih pada masa tersebut dengan mudah dapat membunuh tentera tempatan yang hanya bersenjatakan istinggar yang telah ketinggalan zaman. Namun demikian menurut laporan US penduduk tempatan melawan dengan hebat sekali sehinggakan berlaku pertarungan jarak dekat dengan menggunakan senjata tajam. Dalam pertarungan tersebut Raja Po Muhammad, pentadbir pelabuhan Kuala Batee telah terkorban bersama 150 orang pahlawannya.  Penyerangan tersebut juga mengena kepada golongan kanak-kanak dan wanita. Di pihak  Tentera Amerika, dua tewas dan 12 orang luka-luka. Selain itu tentera-tentera Amerika yang mendarat telah membakar rumah-rumah serta merompak harta-harta penduduk kampong secara besar-besaran. Banyak orang kampong yang terkorban di tangan mereka.

 

 

Sebelum meninggalkan Kuala Batee, Kapal Potomac telah membedil pelabuhan dengan meriam-meriamnya. Pelabuhan yang disebut Amerika dengan Kuallah Battoo itu akhirnya hangus terbakar tinggal puing-puingnya sahaja. Dalam pembedilan tersebut dikatakan lebih dari 300 orang penduduk tempatan telah maut. Sebelum kapal Potomac berlabuh pulang beberapa orang Raja dari negeri naungan Acheh yang sebelum ini turut sama berjuang di medan perang menyerah kalah dan merayu agar negeri mereka tidak diserang seperti Kuala Batee. Downes kemudian berjanji tidak akan menyerang negeri-negeri yang berjiran dengan Kuala Batee asalkan penduduk tempatan tidak menyerang lagi kapal-kapal Amerika.

 

Sebenarnya tidak semua orang Amerika yang bersetuju dengan penyerangan itu. Media bisnes di Amerika, Nile's Weekly Register mengecam habis-habisan penyerangan tersebut. Namun,  Presiden Jackson, berusaha untuk menutup peristiwa tersebut dari khalayak ramai.


Dalam peristiwa ini kita bisa lihat bahawa kebiadapan Amerika dan sikap suka mengganggu ketenteraman negara lain adalah suatu yang tidak asing dan telah dipraktikkan mereka sejak dahulu lagi. Tanpa mengira wanita ataupun kanan-kanak tentera Amerika dengan kejam membunuh seluruh penduduk kampong di Kuala Batee. Semoga kisah ini menjadi satu peringatan kepada kita bahawa Amerika dan konco-konconya sanggup melakukan apa sahaja bagi menguasai ekenomi, politik dan sosial negara lain bagi mencapai matlamat New World Order mereka. Oleh itu berwaspadalah anak Melayu sekalian. Jika mereka mampu menghantar tentera ke Alam Melayu hampir dua abad yang lalu apatah lagi di masa kini. Bersatulah wahai anak Melayu sekalian kerana bersatu itu membawa keteguhan dan kekuatan. Jangan sesekali jadi pembelot seperti Po Adam! Sekian wallah hu a’lam.

 

 

Jumaat, 30 November 2012

PERTARUNGAN PENDEKAR DENGAN NINJA



 


Asalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blog Melayu Nusantara. Saya tahu anda semua sudah lama ternanti-nantikan artikel dari saya. Artikel kali ini sebenarnya adalah kembangan kepada artikel Ilmu Perang Masyarakat Melayu yang telah saya tulis sebelum ini dalam siri kedua mengenai ilmu Silat. Di dalamnya saya ada menyentuh mengenai pertembungan Hang Tuah dengan Master-master Ninja di Siam. Bahan untuk artikel ini sebenarnya adalah daripada kajian seorang pensyarah yang diperolehinya di London dalam bentuk manuskrip Jawi lama. Oleh kerana itu berkemungkinan besar peristiwa yang digambarkan adalah peristiwa sejarah yang sebenar. Kalau nak diikutkan ada banyak lagi manuskrip-manuskrip melayu yang mempunyai pelbagai kisah-kisah menarik di luar sana. Tetapi malangnya anda perlulah ke London atau ke Holland untuk mendapatkannya.

 

Hasil daripada kajian terhadap manuskrip tersebut maka kisahnya dapat disimpulkan berlaku pada sekitar abad ke 15. Puak Ninja Togoryu telah merancang untuk membinasakan istana Samurai di daerah mereka. Mereka membuat perancangan untuk menyerang istana tersebut pada waktu malam.Walau bagaimanapun rancangan puak Ninja tersebut telah mengalami kegagalan kerana terdapat salah seorang daripada mereka yang membelot dan menjadi tali barut Samurai. Oleh hal yang demikian pada malam serangan tersebut pihak Samurai telah bersedia dengan memasang unggun api di sekeliling istana mereka. Akhirnya pihak Samurai berjaya mengusir semua puak Ninja yang menyerang tersebut keluar dari Jepun.

 

Dendam puak Ninja terhadap Samurai yang menghalau mereka dari tanah tumpah darah mereka amat mendalam sekali dan mereka bertekad untuk membalasnya. Hal ini kerana pihak Samurai telah membunuh ramai ahli keluarga mereka yang tidak sempat menyelamatkan diri dengan menaiki kapal.  Dikatakan sekumpulan puak Ninja ini telah membuat perancangan untuk menuju ke Siam atau Ayuthia dan menakluk negeri Thai tersebut. Mereka berniat untuk membina semula tentera mereka hasil daripada orang tawanan yang bakal mereka perolehi nanti di Siam bagi menumpaskan puak Samurai. Apa yang lebih penting bagi mereka bukan hidup atau mati tetapi maruah mereka yang telah tercalar. Beginilah sifat orang jepun dari dahulu sehinggalah ke hari ini.

 

Ketika puak Ninja ini menyerang Siam, Laksamana Hang Tuah secara kebetulan berada di istana raja Siam sebagai utusan sultan Melaka. Serangan daripada Ninja-ninja tersebut amatlah hebat sehingga berjaya menghampiri istana. Apabila menyedari bahawa pasukan Ninja telah menceroboh istana Hang Tuah telah memohon izin dari Raja Siam untuk memberikan bantuan. Semasa di medan peperangan Hang Tuah telah menghantar utusan kepada puak Ninja supaya mereka keluar dari Siam secara aman. Terdapat lima orang master atau kepala Ninja yang mengetuai angkatan tersebut. Walaupun telah diberi amaran namun pasukan Ninja enggan berganjak dan meneruskan serangan.

 


Sebagai memberikan satu peringatan kepada pasukan Ninja, Hang Tuah telah menyerang salah seorang daripada ketua mereka dan berjaya memutuskan sebelah telinganya menggunakan keris panjang. Ini adalah sebagai tanda amaran bahawa Ninja-ninja tersebut bukanlah tandingannya. Namun demikian Ninja-ninja tersebut masih berkeras dan terus melawan.  Hang Tuah sekali lagi berjaya memutuskan sebelah lagi telinga ketua mereka dan meyeru agar mereka berundur. Namun amarannya tidak diendahkan oleh si ketua-ketua Ninja lalu Hang Tuah telah memotong kedua belah kaki ketua Ninja tersebut sebelum membuat tikaman terakhir yang  membunuhnya.

 

Melihat ketua Ninja yang pertama telah mati maka ketua Ninja yang kedua telah keluar mencabar Hang Tuah. Pertarungan berlaku dan akhirnya Hang Tuah berjaya membunuh master Ninja yang kedua tersebut. Akhirnya Hang Tuah terpaksa membunuh seorang lagi master Ninja kerana tidak seorang pun dari mereka yang ingin mengalah dan berundur. Melihat akan kehandalan dan kehebatan Hang Tuah dalam ilmu pertempuran, dua lagi master Ninja yang masih hidup datang menyerah dan salah seorang daripada master Ninja itu bernama Chincuyoshi ingin mengikuti Hang Tuah. Beliau kemudiannya memeluk Islam dan dinamakan Adi Golok. Menurut pengkaji asal manuskrip Jawi yang ditemui di London ini, keturunan Adi Golok masih ada lagi kini di Negeri Perak. Sekian wallah hu a’lam.


 

Sabtu, 6 Oktober 2012

PENDITA TUA INGIN BERKATA-KATA





 

Satu Artikel Selingan Dari  Pendeta Al~ Semantani
 

 

Wahai umat Melayu sekalian, pendita tua ini ingin berbicara, berbicara pasal dunia, dunia yang penuh dengan pancaroba, dunia Melayu  dunia kita.


Wahai anak Melayu sekalian, pendita tua ini bukanlah seorang ahli agama atau pun ulama, pendita tua ini bukanlah seorang professor dalam bidang sejarah malahan pendita tua ini bukanlah seorang yang penting dalam masyarakat. Namun demikian , atas dasar kasihan, dan tanggungjawab, pendeta tua yang tidak berdaya ini  cuba menggunakan segala kemahiran yang dia ada, segala ilmu yang pernah dipelajarinya dan segala pengalaman yang pernah di tempuhinya walau seciput manapun yang ada demi untuk menghapuskan sikap inferioriti kompleks yang ada pada setiap umat Melayu di negara ini terhadap sejarah negara bangsa mereka.

 

Wahai anak-anak Melayu muda sekalian! Janganlah engkau semua bergelak dan ketawa terbahak-bahak atau tersenyum sengih bagaikan kerang busuk serta mengernyih sindir apabila dikatakan bahawa bangsa Melayu itu adalah sebuah bangsa yang hebat, bangsa Melayu itu adalah tua sejarahnya, bangsa Melayu itu adalah besar kerajaan-kerajaan negara kotanya. Dan bangsa Melayu itu luas pandangan dan jauh perjalanannya hingga ke Mesir purba dan empayar Babylon. Ternyata wahai anak-anak Melayu muda sekalian, kamu semua telah tertipu dengan dogma-dogma dari sistem pendidikan berteraskan Barat. Mereka menutupi dan menyarungi segala rahsia mengenai sejarah bangsa Melayu kita.

 

Wahai anak Melayu sekalian! Dimanakah para pendekar jantanmu? Dimanakah para wira dan Heromu yang akan membela nasib sejarah bangsa Melayu kita ini? Tidakkah anda semua anak-anak jantan Melayu  berasa malu dengan fenomena kini. Apakah sudah habis semua jantan dalam bangsa Melayu ini sehinggakan perjuangan dalam medan sejarah terpaksa dipikul oleh seorang insan bernama wanita ( Srikandi la sape lagi). Dimana kejantanan anda? Jangan sorokkannya dibawah meja kerja anda sahaja. Mari kita beramai-ramai bersama menyelongkar segala arkib diseluruh dunia yang menyimpan segala macam jenis manuskrip dan jurnal mengenai bangsa dan tamadun Melayu. Supaya nanti akan terbangkitlah alter anak-anak muda kita.

 

Wahai umat Melayu yang jumud lagi tak mahu membaca! Apabila Cik Seri ungkapkan bahawa ada bukti yang menunjukkan bahawa bangsa Melayu pernah mengadakan aktiviti perdagangan dengan bangsa-bangsa tamadun besar di Asia Barat seperti Mesir Purba, Hittite, Judea dan Babaylon maka ada pihak yang mencebik mulut dan memalingkan muka sambil menjuihkan lidah tanda hina sangat pandangan tersebut. Tetapi ketahuilah wahai si muka hudoh yang menjuihkan mulut oi! Segala kajian dan bukti tersebut bukan direka-reka oleh Cik Seri dan yang seangkatan dengannya tetapi dikaji selidik sendiri dari hasil kajian terdahulu oleh para pengkaji asing.

 

 

Maka berkatalah si jumud bin tak mahu mengkaji : Habistu apa buktinya? Mana ada rumah, Mahligai,Piramid,Istana ,Kuil dan tembok kerajaan-kerajaan yang hebat tersebut? Ini jawapan pendita ya…jika awak cari Mahligai maka harapan awak akan berkecai, jika awak cari Istana maka impian awak takkan kemana, jika awak cari tembok maka awak tunggulah sampai esok , jika awak nak tengok Pyramid alamatnya pergilah je kat Sunway Pyramid. Kesan sesebuah tamadun yang hebat itu bukan terlihat pada batu batuannya sahaja atau binaan materialnya sahaja, sebaliknya sumbangan dari sudut  non-material seperti adat, dan bahasa adalah sesuatu yang paling penting dan menjadi bukti yang paling berguna dalam mengkaji sesebuah tamadun itu.

 

Maka apakah dia bukti dari sudut bahasa tersebut? Menurut pendita sebenarnya ada banyak contoh persamaan dari sudut bahasa, pendita tak mahu kupas panjang-panjang kerana Cik Seri dah kupas dalam artikel lama beliau berkali-kali malah pendita juga sudah ulas dalam artikel pendita yang terdahulu. Sebagai contoh seperti yang terdapat di blog M.O: Surau dalam bahasa Melayu ada persamaan dengan Sawraw dalam bahasa ibrani yang bermaksud rumah kecil atau tempat ibadah kecil. Selain itu perkataan Abah dalam bahasa Melayu sama dengan dalam bahasa Ibrani Abbah yakni ayah.

 

Namun demikian anak Melayu sekalian, kebanyakan dari persamaan ini hanya sesuai dengan bahasa percakapan atau bahasa pasar Melayu sahaja dan bukan bahasa baku. Contohnya dalam penyebutan huruf R. Dalam bahasa yahudi R disebut dengan tidak menggulungkan lidah sebaliknya dibunyikan dengan anak tekak yang mengeluarkan bunyi GHR seperti dalam penuturan beberapa dialek Melayu di seluruh Nusantara. Tahukah anda bahawa perkataan Geled yakni sebuah perkataan Yahudi bermaksud Kulit? Nah anda nampak kan persamaannya! Tpuah adalah bermaksud Apple dalam bahasa Ibrani dan Buah adalah persamaannya dalam bahasa Melayu. Mati disebut Mat dalam bahasa Hebrew adakah perlu saya terangkan lagi dimana persamaannya? Untuk pengetahuan cucu-cucu semua Google translate tidak menyediakan bantuan Audio untuk bahasa Ibrani tetapi ada disediakan untuk semua bahasa lain di dunia. Kenapa ya? Adakah sebab dia tak mahu anak cucu sekalian menbandingkan bahasa Ibrani dengan bahasa Melayu? Wallah hu a’lam. Sekian.

 

 

 

Khamis, 9 Ogos 2012

SATU SELINGAN DAN PERINGATAN











SEMASA ANA SAMPAI DI RUMAH YM TUANKU NAI LONG KASIM, ANA DI MAKLUMKAN SETENGAH JAM TADI TELAH BERLAKU GEGARAN GEMPA DI RUMAH BAGINDA . ITU ADALAH TANDA PROTES KE ATAS LANTIKAN SULTAN ABDUL HALIM SEBAGAI AGONG MALAYSIA, UJAR PAK NGAH...~MEGAT AL JEFRI

.....................................................................................................................................................................

APA TUJUAN SAYA SIARKAN TULISAN DI ATAS. JAWAPANYA SUPAYA KITA SEMUA TAHU BETAPA TAKSUBNYA MEREKA SEMUA AKAN TEORI MERONG SIAM NAI-NAI. KITA HARUS BERJAGA-JAGA DAN MEMPERKASAKAN LAGI USAHA UNTUK MENGHALANG KUMPULAN-KUMPULAN INI DARI MENYAMPAIKAN KEPALSUAN DALAM SEJARAH ANAK BANGSA. JANGAN SAMPAI RAMAI ORANG BERJAYA DIKECAMUKKAN PEMIKIRAN MEREKA DENGAN TEORI-TEORI PELIK MEREKA YANG MENUNTUT SELURUH NUSANTARA HINGGA OCEANA DILETAK DIBAWAH PEMERINTAHAN MEREKA. AL FATIHAH KEPADA NAI LONG KASIM. WALLLAH HU A'LAM.


WHO AMI? A TIGER OR A MERONG? MAY BE I'M A SIAMESE TIGER WITH A MERONG BLOOD AND A MALAY SENSE OF HUMOUR...HMMM.

Selasa, 7 Ogos 2012

SIRI SRIKANDI MELAYU NUSANTARA




Salam saya ucapkan kepada para pembaca setia sekalian terutamanya kaum hawa. Artikel bersiri yang bakal saya sajikan kali ini adalah istimewa untuk golongan wanita namun golongan pria juga digalakkan membacanya sebab sejarah dan ilmu itu tidak mengenal sempadan gender. Saya akan memaparkan beberapa tokoh pejuang atau pahlawan wanita yang pernah hidup di Nusantara ini. Mengapa saya memilih tajuk ini untuk ditulis kerana golongan ini yakni pahlawan wanita kurang diberi perhatian atau spotlight oleh para sejarawan dan peminat sejarah. Hal ini mungkin kerana terdapatnya bias terhadap gender dalam masyarakat kita pada hari ini.


Jika kita buka buku-buku teks sekolah, adalah agak menghampakan kerana sebahagian besar nama-nama pahlawan dan pendekar yang tertulisnya adalah sosok seorang lelaki, pria, jantan atau man. Dimana perginya nama-nama Srikandi hebat seperti Tun Fatimah, Tun teja, Raja Tua Rekan, Bonda Kanduang, Raden Nyi Serang dan Ratu ungu? Adakah mereka ini tidak mempunyai tempat dalam sejarah tempatan. Adakah mereka ini kurang penting berbanding ayah, suami, abang atau anak lelaki mereka? Nah, persoalan ini harus bermain difikiran kita jika kita benar-benar seorang peminat sejarah yang tidak bias terutama terhadap gender. Kita perlu hormati dan hargai pengorbanan kaum ibu ini dalan memperjuangkan nasib anak bangsa kita. Bak kata pujangga tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia!


Lihat sahaja negara jiran kita Thailand yang mengagungkan srikandi mereka yakni Permaisuri Suriothai, Vietnam dengan Trung sister mereka, malahan China dengan Hua Mulan dan Maharani Wu Zhe Tian serta Korea dengan beberapa Permaisuri  mereka seperti Seondeok. Semua ini nama-nama wanita hebat yang pernah mencipta sejarah mereka sendiri. Mereka ini dihargai oleh masyarakat sehingga tugu-tugu dibina dan buku-buku sejarah serta filem dibuat khas untuk memperingati perjuagan mereka. Negara kita bila lagi? Adakah dengan sebuah slot drama di kaca TV berbayar sahaja sudah mencukupi? Dah lah plot ceritanya tidak menepati zaman, banyak kesalahan fakta sejarah pulak tu.


Berbalik kepada topik asal kita. Pada bahagian yang pertama ini saya akan mengetengahkan seorang tokoh pahlawan atau pejuang wanita yang bernama Cut Nyak Dhien. Nah..pelik kan nama ini. Buat pertama kali saya mendengar nama ini lebih kurang 4 tahun dahulu saya juga tercengang dan tertanya-tanya bangsa apakah yang mempunyai nama sebegini. Saya mula-mula membaca mengenai beliau dalam sebuah buku semasa mencari maklumat mengenai sejarah Kerajaan Aceh Darussalam. Kerana rasa ingin tahu yang tinggi pada masa tersebut, saya lantas mencari nama tersebut dalam portal perpustakaan untuk mendapatkan buku-buku berkenaan tokoh tersebut. Alhamdulillah saya bertemu beberapa buku dalam bahasa Indonesia yang menceritakan tentang kisah hidup dan perjuangan wanita pahlawan ini.


Cut Nyak Dhien sebenarnya adalah salah seorang daripada pejuang yang mengadakan gerakan pembebasan Acheh dari kuasa kolonial Belanda. Cut Nyak Dhien dilahirkan dari keluarga bangsawan yang taat beragama di Aceh Besar, wilayah VI Mukim pada tahun 1848. Ayahnya bernama Teuku Nanta Setia, seorang uleebalang VI Mukim, yang juga merupakan keturunan Machmoed Sati, perantau dari Sumatera Barat. Machmoed Sati mungkin datang ke Aceh pada abad ke 18 ketika kesultanan Aceh diperintah oleh Sultan Jamalul Badrul Munir. Oleh sebab itu, Ayah dari Cut Nyak Dhien merupakan keturunan Minangkabau. Ibu Cut Nyak Dhien adalah putri uleebalang Lampagar. Pada masa kecilnya, Cut Nyak Dhien adalah anak yang cantik. beliau memperolehi pendidikan dalam  bidang agama dan rumah tangga. Banyak lelaki yang suka pada Cut Nyak Dhien dan berusaha melamarnya. Pada usia 12 tahun, beliau sudah dinikahkan oleh orangtuanya pada tahun 1862 dengan Teuku Cek Ibrahim Lamnga, putra dari uleebalang Lamnga XIII. Mereka memiliki seorang anak laki-laki sahaja.


Pada 26 Marc 1873, Belanda menyatakan perang kepada Aceh, dan mula melepaskan tembakan meriam ke daratan Aceh dari kapal perang Citadel van Antwerpen. Perang Aceh pun meletus. Pada perang pertama (1873-1874), Aceh yang dipimpin oleh Panglima Polim dan Sultan Machmud Syah bertempur melawan Belanda yang dipimpin Johan Harmen Rudolf Köhler. Saat itu, Belanda mengirim 3.198 prajurit. Lalu, pada 8 April 1873, Belanda mendarat di Pantai Ceureumen di bawah pimpinan Köhler, dan terus menguasai Masjid Raya Baiturrahman dan membakarnya. Cut Nyak Dhien yang melihat hal ini berteriak:


Lihatlah wahai orang-orang Aceh!! Tempat ibadat kita dirosak!! Mereka telah mencorengkan nama Allah! Sampai bila kita begini? Sampai bila kita akan menjadi budak Belanda?


Kesultanan Aceh dapat menang perang pertama. Ibrahim Lamnga yang bertarung di garis depan kembali dengan sorak kemenangan, sementara Köhler tewas tertembak pada April 1873 berdekatan sebuah pokok dekat bekas Masjid Baitulrahman yang terbakar. J.B. van Heutsz sedang memerhatikan pasukannya dalam penyerangan Aceh. Pada tahun 1874-1880, di bawah pimpinan Jenderal Jan van Swieten, daerah VI Mukim dapat diduduki Belanda pada tahun 1873, sedangkan Istana Sultan jatuh pada tahun 1874. Cut Nyak Dhien dan bayinya akhirnya melarikan diri bersama para wanita dan rombongan lainnya pada 24 Disember 1875. Suaminya selanjutnya bertempur untuk merebut kembali daerah VI Mukim.Ketika Ibrahim Lamnga bertempur di Gle Tarum, beliau telah tewas pada 29 Jun 1878. Hal ini membuat Cut Nyak Dhien sangat marah dan bersumpah akan menghancurkan Belanda.


Teuku Umar,  yang juga tokoh pejuang Aceh, melamar Cut Nyak Dhien. Pada awalnya Cut Nyak Dhien menolak. Namun, sebab Teuku Umar membenarkannya untuk ikut bertempur dalam medan perang, Cut Nyak Dien akhirnya menerimanya dan menikah lagi dengan Teuku Umar pada tahun 1880. Hal ini membuatkan meningkatnya moral semangat perjuangan Aceh melawan Kaphe Ulanda (Belanda). Cut Nyak Dhien dan Teuku Umar kemudiannya  memiliki anak yang diberi nama Cut Gambang.

Foto Teuku Umar

Perang dilanjutkan secara gerila dan diishtiharkan perang fi'sabilillah. Sekitar tahun 1875, Teuku Umar melakukan gerakan dengan mendekati Belanda dan hubungannya dengan orang Belanda semakin kuat. Pada 30 September 1893, Teuku Umar dan pasukannya yang berjumlah 250 orang pergi ke Kutaraja dan "menyerahkan diri" kepada Belanda. Belanda sangat gembira kerana musuh yang berbahaya mahu membantu mereka, sehingga mereka memberikan Teuku Umar gelaran Teuku Umar Johan Pahlawan dan menjadikannya komandan unit pasukan Belanda dengan kekuasaan penuh. Teuku Umar merahsiakan rancangan sulitnya untuk menipu Belanda, meskipun beliau dituduh sebagai penghianat oleh orang Aceh. Bahkan, Cut Nyak Meutia datang menemui Cut Nyak Dhien dan memakinya.


 Cut Nyak Dien berusaha menasihati suaminya itu untuk kembali melawan Belanda. Namun, Teuku Umar masih terus berhubungan dengan Belanda. Umar lalu mencuba untuk mempelajari taktik Belanda, sementara perlahan-lahan mengganti sebanyak mungkin orang Belanda di unit yang dia kuasai. Ketika jumlah orang Aceh dalam pasukan tersebut cukup, Teuku Umar melakukan rencana palsu pada orang Belanda dan mengatakan bahawa beliau ingin menyerang base utama pejuang Aceh. Namun dengan mudah Belanda tertipu dengan helah ini dan Teuku Umar dan Cut Nyak Dhien lari dengan semua pasukan dan perlengkapan berat, senjata, dan amunisi Belanda. Pengkhianatan ini disebut Het verraad van Teukoe Oemar (pengkhianatan Teuku Umar).


Teuku Umar yang mengkhianat menyebabkan Belanda marah dan melancarkan operasi besar-besaran untuk menangkap Cut Nyak Dhien dan Teuku Umar. Namun, gerilawan Aceh kini dilengkapi perlengkapan senjata dari Belanda. Mereka mula menyerang Belanda sementara Jend. Van Swieten diganti. Penggantinya, Jend. Jakobus Ludovicius Hubertus Pel, dengan mudah terbunuh dan pasukan Belanda berada dalam kekacauan. Belanda lalu mencabut gelaran Teuku Umar dan membakar rumahnya, dan juga mengejar dimana sahaja dia berada.


Dien dan Umar terus mengganggu Belanda, lalu menyerang Banda Aceh (Kutaraja) dan Meulaboh (bekas base Teuku Umar), sehingga Belanda secara berterusan terpaksa mengganti jeneral yang bertugas. Unit "Maréchaussée" kemudian dikirim ke Aceh. Mereka dianggap kejam dan sangat sukar dikalahkan oleh orang Aceh. Selain itu, kebanyakan pasukan "De Marsose" merupakan orang cina-Ambon yang menghancurkan semua yang ada di depan mereka. Akibat daripada hal ini, pasukan Belanda berasa kasihan kepada orang Aceh dan Van der Heyden membubarkan unit "De Marsose" yang kejam itu atas desakan beberapa negara besar dunia seperti Amerika dan Britain. Peristiwa ini juga menyebabkan keberjayaan jeneral selanjutnya kerana ramai rakyat Aceh yang tidak berperang secara gerila dan melakukan jihad kehilangan nyawa mereka di tangan Maréchaussée, dan ketakutan masih tetap ada pada penduduk Aceh.


Jendral Joannes Benedictus van Heutsz  telah memanfaatkan ketakutan ini dan mula mengupah orang Aceh untuk mengintip pasukan pemberontak sebagai informan sehingga Belanda mengetahui rancangan Teuku Umar untuk menyerang Meulaboh pada 11 Februari 1899. Akhirnya, Teuku Umar gugur tertembak peluru emas. Ketika Cut Gambang, anak Cut Nyak Dhien, menangis sebab kematian ayahnya, dia ditampar oleh ibunya lalu memeluknya dan berkata:

Sebagai perempuan Aceh, kita tidak boleh menumpahkan air mata pada orang yang sudah syahid.

Dalam perjuangannya, Cut Nyak Dhien dibantu oleh para uleebalang (hulubalang), datuk-datuk, serta penyair-penyair yang senantiasa membakar semangat juang masyarakat Aceh. Ribuan tentera Belanda tewas dan jutaan wang dihabiskan demi mengejar Cut Nyak Dhien. Tokoh tokoh yang membantu perjuangan Cut Nyak Dhien diantaranya adalah Teuku Ali Baet menantunya yang memberikan wang dan senjata kepada pasukan. Ada pula Teuku Raja Nanta, adik Cut Nyak Dhien yang sempat berpisah dari rombongan kerana dikejar Belanda, dan akhirnya syahid di pedalaman Meulaboh. Pada saat itu pula terjadi pertempuran oleh Sultan Muhamammad Daud Syah dan Panglima Polim yang berjuang di daerah Pidie. Dalam perjuangan grilanya, pendukung setia Cut Nyak Dhien selalu menjaga siang malam dan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menghindari operasi yang dilakukan Belanda yang tidak lain tidak bukan adalah hasil dari laporan para pengkhianat yang memberitahu dimana posisi pasukan Cut Nyak Dhien.



Cut Nyak Dien kemudian memimpin perjuangan melawan Belanda di daerah pedalaman Meulaboh bersama pasukan kecilnya dan cuba melupakan suaminya. Pasukan ini terus bertempur sampai kehancurannya pada tahun 1901 disebabkan tentera Belanda sudah mula biasa berperang di daerah pedalaman Aceh. Selain itu, Cut Nyak Dien sudah semakin tua dan uzur. Matanya sudah mulai rabun, dan dia terkena penyakit lumpuh dan juga jumlah pasukannya terus berkurang, ini ditambah dengan sulitnya memperolehi makanan. Hal ini membuat para pasukan-pasukannya kasihan melihat keadaan pemimpin mereka itu.


 Tidak lama kemudian anak buah Cut Nyak Dhien yang bernama Pang Laot melaporkan lokasi markasnya kepada Belanda.Ini kerana Pang Laot merasa siksa melihat keadaan pemimpin yang dikasihinya itu. Dia mendapat persetujuan Belanda agar Belanda melayani Cut Nyak Dhien dengan sebaiknya dan merawatnya. Akibatnya, Belanda menyerang markas Cut Nyak Dien di Beutong Le Sageu. Mereka terkejut dan bertempur mati-matian. Dalam keadaan kelam kabut itu Cut Nyak Dhien masih mahu melawan, beliau mencabut Rencongnya dan menghayunkannya ke kiri dan kanan bagi menghalang askar Belanda mendekatinya. Cut Nyak Dhien ditangkap dan dibawa ke Banda Aceh. Beliau kemudian dipindah ke Sumedang. Cut Gambang berhasil melarikan diri ke hutan dan meneruskan perlawanan yang sudah dilakukan oleh ayah dan ibunya. Tjoet Nyak Dhien meninggal pada tanggal 6 November 1908 dan dimakamkan di Gunung Puyuh, Sumedang.

Cut Nak Dhien, duduk dua dari kiri. Gambar ini diambil di markas tentera Belanda setelah Cut Nyak Dhien berjaya ditangkap. Jelas kelihatan dalam gambar ini perempuan tua itu sedang meratap menangis akan nasibnya yang tertangkap kafir penjajah.

Semasa beliau berada di Sumedang tidak ada sesiapa yang tahu siapa sebenarnya wanita ini. Hal ini kerana pihak Belanda mahu merahsiakan identiti sebenar beliau. Namun salah seorang daripada tahanan lain yang merupakan seorang Ulama yang turut dibuang di Sumedang menyedari kehebatan wanita ini dan keilmuan beliau dalam bidang agama Islam. Sejak dari hari itu ramai penduduk dating belajar Al Quran dengan beliau sehinggakan beliau digelar sebagai ibu perbu atau ibu Ratu kerana di Jawa jarang-jarang ada wanita yang tinggi Ilmu Keagamaannya berbanding Lelaki. Setelah kewafatan beliau hanya pada tahun 1959 barulah penduduk setempat tahu bahawa orang yang disebut sebagai ibu perbu selama ini adalah seorang tokoh pahlawan wanita besar dari Tanah Aceh.



Dapat saya simpulkan di sini bahawa kehebatan wanita Melayu sejak turun-temurun tidak dapat disangkal lagi. Berbanding dengan dunia luar. Kehebatan wanita-wanita Melayu jarang diketengahkan walaupun Daerah Nusantara ini banyak menghasilkan golongan wanita yang berwatak pemimpin dan pejuang. Di harapkan dengan paparan siri pahlawan wanita nusantara ini akan membuka Alters para pemudi di negara kita dan nusantara amnya supaya dapat mencontohi mereka dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara serta maruah mereka. Sudah tiba masanya para bohsia dan penkid kita meneliti dan mendalami sejarah bangsa supaya mereka tahu bahawa budaya nenek moyang mereka lebih membanggakan daripada budaya barat yang mereka idolakan pada masa kini. Akhir kata kepada para wanita sekalian jagalah maruah keluarga dan maruah diri anda. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa globalisasi barat yang tidak mengenal tatasusila dan batasan agama. Sekian, kita jumpa lagi dalam bahagian kedua siri ini dengan paparan seorang lagi pahlawan wanita melayu nusantara di masa akan datang. Wallah hu a’lam.