Khamis, 14 Jun 2012

SRIVIJAYA BERMULA DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU





 Terdapat begitu banyak salah faham dan kekeliruan tentang sejarah peringkat awal Asia Tenggara. Keadaan ini tidak  begitu banyak berubah sepanjang 100 tahun kebelakangan ini. Dalam artikel ini apa yang akan saya cuba bincangkan adalah tentang teori alternative yang pada pendapat saya kurang diketahui oleh masyarakat kita iaitu lokasi Shih-li-fo-shi atau Srivijaya di Chaiya selatan Thailand. Sebenarnya teori ini bukan teori baru, namun demikian oleh kerana teori Coedes dan Slamet Muljana yang amat popular mengatakan Srivijaya berpusat di Palembang maka teori-teori lain terkubur dan terlindung dek bayang-bayang teori aliran perdana ini. Melalui Hipotesis ini kita akan melihat bagaimana sejarawan jepun Takashi Suzuki meletakkan pusat Srivijaya di Chaiya selatan Thailand. Saya sebenarnya setuju bahawa Pusat terawal Srivijaya bukanlah bermula di Palembang kerana masih tidak terdapat bukti kukuh hingga hari ini yang dapat menyatakan dengan jelas bahawa Palembang adalah tempat bermulanya Empayar Maritim Melayu ini.



 Setakat ini yang dijumpai adalah prasasti-prasasti yang belum cukup untuk membuktikan teori tersebut. Malahan candi-candi dan kota-kota purba adalah susah sekali untuk dijumpai di Palembang. Namun jika kita ke Semenanjung Tanah Melayu bermula dari Segenting Kera hingga ke Negeri-negeri utara Malaysia banyak ruins atau runtuhan-runtuhan kota dan candi serta tinggalan arkeologi yang boleh kita jumpa terutama di Kedah. Itu belum lagi di Kelantan yang mungkin ada lebih banyak tinggalan kota-kota purba yang hanya tunggu untuk digali. Begitu juga dengan inskripsi Grahi yang dijumpai di Chaiya dan beberapa buah wat yang memang sah mempunyai gaya binaan Srivijaya. Jadi pada pendapat anda kawasan yang mana paling pas untuk menjadi kawasan bermulanya kerajaan Srivijaya yang jaya itu? Adakah di Palembang yang dalam kebanyakan catatan cina dikatakan sebagai sebahagian daripada jajahan Shi Li Fo Shi yang mana agak pelik kerana jika Palembang adalah pusat pemerintahan dan juga Srivijaya mengapa pula dikatakan banhawa Palembang adalah jajahan Srivijaya? Namun walau apa pun keputusannya kita terima dengan minda yang terbuka.


Seperti telahan saya sebelum ini saya memang menjangka bahawa Srivijaya bermula di utara semenjung Tanah Melayu tak kiralah di Kelantan, Pattani atau di Chaiya Thailand. Hal ini adalah kerana Srivijaya adalah penerus bagi kegemilangan kerajaan Melayu Funan! Sudah tentulah elit-elit Funan yang melarikan diri daripada serangan dan penindasan Chenla telah menuju ke negeri-negeri Melayu atau City State Melayu di Semenanjung kerana mereka memang mempunyai hubungan rapat dengan tempat ini dan dipercayai nenek moyang mereka juga pernah berasal dari sini. Samaada di Kelantan atau Chaiya mereka mula membina kekuatan baru dan mengumpul tentera untuk membina sebuah kerajaan yang baru. Akhirnya mereka berjaya menubuhkan Sriwijayamala.


 Berbalik kepada kekeliruan sejarawan tentang lokasi pusat Srivijaya yang sebenarnya. Hipotesis Palembang telah dibentangkan oleh G. Coedes dan telah disokong oleh kebanyakan ahli sejarah. Namun demikian seorang ahli sejarah dari jepun Takashi Suzuki merasakan bahawa hipotesis itu tidak rasional dari banyak aspek dan ia dibuktikan dengan beberapa kesilapan ketara. I-Ching dalam "Xin (Baru) Tang-Shu" menulis bahawa Shih-li-fo-shi terletak di hemisfera utara, dalam erti kata lain di Semenanjung Tanah Melayu .Sejarah Asia Tenggara telah diputarbelitkan oleh hipotesis yang salah katanya. Kesilapan yang paling serius ialah 'Hipotesis Palembang'.



Dr Quaritch Wales dan R.C. Dr. Majumdar adalah diantara sejarawan yang percaya bahawa Sriwijaya bermula di utara Semenanjung Tanah Melayu. Ciri-ciri hipotesis sejarawan jepun Takashi Suzuki kebanyakannya penilaian semula  terhadap bukti teks Cina dari sudut pandangan seorang ahli ekonomi dan ahli sejarah ekonomi. Pada masa yang sama, dia cuba untuk menetapkan lokasi negeri-negeri penting yang dicatatkan dalam sejarah Cina. Tanpa pengenalan yang tepat terhadap beberapa negeri-negeri penting, sejarah Asia Tenggara tidak boleh dibincangkan dan dijelaskan. Shih-li-fo-shi di zaman dinasti Tang telah terkenal sebagai Srivijaya. San-fo-chi yang muncul pada tahun 904 di peringkat terakhir Dinasti Tang (618 ~ 907) telah diakui oleh pegawai Tang sebagai Srivijaya. Dan dalam masa Song, ia telah diiktiraf sebagai San-fo-chi, yang menurut Chau-Ju-ka, mula menghantar utusan ke China sejak 904.



Menurut Takashi Suzuki antara Shih-li-fo-shi dan San-fo-chi, terdapat negeri baru Kha-ling (Sailendra). Namun ia semua adalah merujuk kepada Srivijaya. Srivijaya terdiri daripada lebih daripada 14 bandar dan kebanyakan dari Bandar tersebut adalah adalah negeri-negeri atau Bandar kota pelabuhan yang mengambil bahagian dalam perdagangan antarabangsa. Negeri-negeri terpenting adalah, Shih-li-fo-shi barangkali Chaiya, Kha-ling di Jawa Tengah dan San-fo-chi, Jambi serta Kedah. Melalui tiga peringkat sejarah Srivijaya, semua raja-raja terkemukanya adalah keturunan raja Funan penganut Buddhisme Mahayana. Raja-raja Funan selepas ditendang keluar dari Kemboja, melarikan diri ke negeri takluk mereka, iaitu Pan-pan Pada pertengahan abad ketujuh, mereka menubuhkan sebuah negeri baru yang dikenali sebagai Shih-li-fo-shi atau mungkin Sriwijayamala. Sebelum membina Shih-li-fo-shi, mereka menggabungkan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu.

 Pada akhir 670 hanya nama Shih-li-fo-shi kekal di tengah-tengah Semenanjung, yang dicatatkan dalam sejarah Cina sebagai sebuah negara jajahan. Sebelum itu Chi-tu, Tan-tan dan Pan-pan hilang. Shih-li-fo-shi membuka tingkap untuk ke Selat Melaka, selepas Kedah yang bergabung dengan Chi-tu yang menjadikan kedah sebagai sebuah entity yang kuat, kemudian kedah diserap ke dalam Shih li fo shi. Adalah amat perlu untuk Shih-li-fo-shi mengawal Selat Melaka bagi membeli dan mengawal kemasukan komoditi barat yang datang dari seluruh Teluk Bengal. Pada pertengahan abad ketujuh, kehadiran negara-negara barat, Parsi dan Arab, telah meningkat di Tang. Ini bermakna status Shih-li-fo-shi, sebagai orang tengah menjadi goyah dan mungkin melemah. Oleh sebab itu Shih-li-fo-shi atau Sriwijayamala menghantar ekspedisi tentera laut untuk meletakkan Malayu , Jambi dan Palembang di bawah kawalannya dalam tahun 680.


 Selepas kempen yang berjaya, Shih-li-fo-shi memahat beberapa inskripsi berhampiran Palembang dan Jambi. Kemudian Shih-li-fo-shi menghantar wakilnya pada tahun 686 di Pulau Bangka dan Kha-ling = Sanjaya, yang terletak di Jawa Tengah. Tentera laut Sriwijaya mungkin telah berjaya mendarat di Pekalongan, sebuah pelabuhan utama Kha-ling.  Shih-li-fo-shi telah menubuhkan kerajaan Sailendra. Walau bagaimanapun Sailendra wujud bersama dengan kerajaan Sanjaya. Pada akhir abad ketujuh, wilayah Shih-li-fo-shi menjadi yang terbesar, meliputi pertengahan Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera dan Jawa. Pada masa yang sama, Shih-li-fo-shi mula untuk mengawal lalu lintas di Selat Melaka.Walau bagaimanapun, sekitar 745, Chen-la (Kemboja) menyerang Shih-li-fo-shi, dan menduduki Chaiya dan Nakhon Si Thammarat.




 Pada masa yang sama kawalan ke atas Selat Melaka runtuh. Hampir dua puluh tahun kemudian, barulah Srivijaya mampu menyerang Chen-la dan mendapatkan kembali Chaiya dan Nakhon Si Thammarat. Pada kempen ini tentera laut Sailendra dari Jawa memainkan peranan utama dan raja Sailendra telah diberi gelaran 'Maharaja Srivijaya. Bagi memperingati kejayaan ini sebuah prasasti yakni prasasti Ligor telah dipahat pada tahun 775. Sailendra menjadi negeri terkuat dalam konfederasi Srivijaya, tetapi Sailendra telah menghantar utusan ke dinasti Tang di bawah nama 'Kha-ling sama seperti Sanjaya.


Sekitar 830, selepas Maharaja Samaratuńga meninggal dunia, Sailendra telah hilang kuasa di Jawa tengah dan tidak lama selepas itu pemerintahan Sailendra di Jawa telah dirampas oleh Sanjaya. Putera Balaputra melarikan diri ke Suvernadvipa (Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu) namun dia tetap mewarisi gelaran Maharaja Srivijaya. Dia mungkin pada mulanya telah melarikan diri ke Palembang, tetapi lokasi terakhir adalah tidak diketahui.


 Jambi mempunyai kuasa ekonomi yang kuat di kalangan negara-negara Srivijaya pada masa ini dan sistem dirajanya juga tidak dapat digoyahkan, jadi Balaputra telah pergi ke Kedah akhirnya. Pada akhir abad kesembilan Srivijaya membentuk konfederasi negeri baru iaitu 'San-fo-chi'. San-fo-chi secara literal bermaksud 'tiga Vijaya', mungkin terdiri daripada Jambi, Kedah dan Chaiya (atau Palembang). Peranan Palembang tidak menonjol selain daripada laluan utama 'Timur dan Barat'. Selepas membentuk San-fo-chi, kawalan Selat Melaka diperkuat dan San-fo-chi boleh menguasai perdagangan antarabangsa dengan Tang dan Song. Sebaliknya, Sanjaya tidak boleh terus menghantar utusan ke China, kerana Sanjaya tidak dapat membeli barangan barat dengan mudah melalui Selat Melaka.



Pada awal abad ke-11, San-fo-chi telah diduduki oleh Chola (hipotesis yang masih meragukan), dari selatan India. San-fo-chi kembali menerajui pada akhir abad ke-11. Pada akhir abad ke-12 Dinasti Song Selatan telah menghapuskan sistem jajahan disebabkan kesukaran kewangan, dan termaktubnya regulasi baru yang dibuat untuk menghadkan pengaruh kuasa dari luar melalui 'sistem adat maritim. Di bawah sistem adat maritim yang baru, peranan San-fo-chi telah berkurangan sebagai negara naungan terkemuka. Selepas 1178, nama San-fo-chi hilang dari rekod Song Selatan. Semua bandar dan negara kota dalam negeri-negeri Srivijaya telah tenggelam di tengah-tengah lautan 'sistem pasaran bebas'. Antara mereka ialah Tambralinga (Nakhon Si Thammarat) muncul pada abad ke-13 di bawah pemerintahan raja Candrabhānu.

Tambralinga menguasai sebahagian penting Semenanjung Tanah Melayu dan mempunyai dua belas negeri dibawah lindungannya. Namun setelah Candrabhānu gagal dalam kempen menentang Sri Lanka sekitar 1260, kuasa Tambralinga menurun dan pada akhir abad ketiga belas Tambralinga telah diserang dan diserap oleh raja Rama Khamheng dari kerajaan Sukodaya. Kerajaan Yuan mewarisi 'adat sistem maritim', jadi mana-mana individu hanya boleh berdagang dengan pegawai kastam di pelabuhan utama China. Pada awal Dinasti Ming, maharaja pertama Hongwudi menyambung semula sistem jajahan. Maka nama 'San-fo-chi' muncul kembali di istana Ming. Kali ini San-fo-chi datang dari wilayah Palembang. Pada masa itu Palembang adalah sebuah negeri takluk Jawa (kerajaan Majapahit).

Telah disebutkan bahawa sejarah Srivijaya dibahagikan dengan tiga fasa sebagai negeri jajahan China. Yang pertama adalah 'Shih-li-fo-shi, yang kedua ialah 'Sailendra (di Jawa tengah)', yang ketiga ialah 'San-fo-chi. Shih-li-fo-shi menghantar kedutaan pada 670 hingga 741, Sailendra semasa 768 ~ 860 dan San-fo-chi semasa 904 ~ 1178. Pada setiap peringkat, keturunan keluarga diraja Funan mungkin menguasai Srivijaya. Kesimpulan saya adalah bahawa Srivijaya adalah sebuah negara berorientasikan konfederasi perdagangan (atau empayar) yang cuba untuk memonopoli aliran perdagangan di tanah naungan dan jajahan China dari seluruh Asia Tenggara. Semua negeri bawahan membawa komoditi mereka ke pelabuhan utama Srivijaya, yang kemudian dieksport ke ke China. Fungsi Srivijaya kelihatan seperti 'sogo shousha (firma dagangan gergasi)' di Jepun.


Seperti yang saya sebutkan tadi Takashi Suzuki menegaskan hipotesisnya bahawa lokasi awal ibu kota Srivijaya semasa I-ching melawatnya pada tahun 671 adalah di Chaiya Ban Don Bay Thailand. Menurut beliau lagi Chaiya dikenali sebagai ibu kota Pan-pan yang telah menjadi negeri jajahan Funan. Srivijaya telah dibina oleh elit Funan yang melarikan diri ke Pan-pan, selepas mereka dikalahkan oleh Chen-la dipertengahan abad keenam. Hubungan Funan dan Pan-pan sebenarnya sudah tidak aktif untuk jangka masa yang agak lama. Sebenarnya Pan-pan telah ditawan oleh Funan melalui pimpinan Fan-shih man dalam abad ketiga, sejak itu, Pan-pan telah digunakan oleh Funan sebagai pelabuhan perdagangan utama menghubungkan Takua Pa dan merentasi Teluk Siam OC- eo. Funan mengimport barangan berharga dari barat melalui 'laluan trans-semenanjung' antara Takua Pa dan Pan-pan. Dari satu segi, Pan-pan, bukan sahaja sebuah negara jajahan Funan, tetapi juga sebahagian dari Funan itu sendiri



Pada awal abad ke-21, beberapa orang sejarawan merasa ragu dengan lokasi Srivijaya terletak di Palembang Sumatera, kerana, menurut G. Coedes, Palembang merupakan pusat perdagangan antara Timur dan Barat dan sebuah pusat ajaran Buddhisme Mahayana. Sebagai entrepot antara India dan China, Jambi terletak di lokasi yang lebih lebih baik daripada Palembang. Manakala sebagai pusat Buddhisme Mahayana, negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, seperti Chaiya mempunyai kelebihan yang lebih daripada Palembang. Menurut sejarah China, Funan dan Pan-pan telah dikenali sebagai pusat ajaran Buddhisme Mahayana sejak abad kelima dan menyumbang kepada tamadun China dalam bidang agama Buddha.

Dalam sejarah Srivijaya, peranan Palembang terlalu dibesar-besarkan, akibatnya sejarah kuno Asia Tenggara telah diputarbelitkan. Sebagai contoh hubungan perdagangan antara China dan Indonesia (Jawa dan Sumatera) tidak begitu maju sebelum abad ketujuh. Malah, inskripsi adalah jarang ditemui sebelum abad ke-7 di Jawa. kerajaan Cina lebih suka barang-barang dari barat seperti India, Arab dan Parsi serta produk daratan Asia Tenggara, seperti kayu wangi dan kemenyan. Namun Pulau Jawa tidak berada dalam kedudukan untuk mendapatkan barang-barang barat dengan mudah, berbanding dengan Funan dan Champa. Funan memperolehi barangan ini melalui pelabuhan Takua Pa dan dibawa mereka melalui laluan tanah ke Chaiya. Dari Chaiya, Funan menghantar barangan tersebut ke pelabuhannya, 'OC-Eo' dan terus ke China dan Champa. Chaiya dan Champa mengekalkan hubungan yang baik untuk jangka masa yang lama.



Sejak dari zaman purba, orang-orang India telah membawa pengaruh budaya mereka ke Asia Tenggara dalam gelombang berturut-turut. Walau bagaimanapun, kumpulan asing yang pertama datang ke Asia Tenggara adalah berkemungkinan sebagai pemburu perbendaharaan. Mereka mencari emas dan logam berharga yang lain. Mereka mendapati terdapat beberapa lombong emas di kawasan ini, Pahang contohnya di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu. Pendatang India membawa manik dan pakaian kapas untuk ditukarkan dengan emas dan keperluan harian dari masyarakat pribumi.


Dalam fasa kedua, India muncul di Asia Tenggara sebagai pedagang. Pada mulanya mereka membawa produk India dan peringkat seterusnya mereka membawa produk barat seperti kemenyan, barang kaca, ketulan gangsa dan pelbagai jenis barangan Arab dan Parsi. Produk-produk ini telah digunakan oleh masyarakat tempatan dan dieksport semula ke China atau negara-negara lain. Ekonomi India memerlukan lebih banyak emas selepas aliran masuk syiling emas dari Rom. Di India, perak adalah mata wang utama, tetapi kemudian perak digantikan secara beransur-ansur dengan emas. Dari awal abad ketiga, Funan dan Lin-yi (Champa) muncul sebagai negara naungan China. Kedua-dua negara menguasai perdagangan dengan China, tetapi dari pantai timur Semenanjung Tanah Melayu, Kelantan, Pahang dan Pattani muncul sebagai negeri yang tidak kurang hebatnya. Negeri ini bebas daripada kawalan langsung Funan. Pada peringkat ini tidak ada bukti bahawa Jawa dan Sumatera telah berhubung secara langsung dengan China.



Sami Cina I-Ching yang menulis "Nan-Hui Chi-Kuei Nei-Fa Chuan" dan " the Memoir on the Eminent Monks who sought the Law in the West during the Great Tang Dynasty "di mana beliau mencatatkan bahawa beliau meninggalkan Canton pada 671 di dalam sebuah kapal Parsi ke India. Beliau mendarat di pelabuhan antarabangsa, Shih-li-fo-shi, di mana beliau mendapati sejumlah besar sami lebih daripada 1,000 yang belajar dan mengamalkan Buddhisme tahap yang tinggi. Beliau tinggal di sana selama enam bulan untuk mengkaji tatabahasa Sanskrit. Sejarah kontemporari percaya bahawa Shih-li-fo-shi terletak di Palembang Sumatera. Namun kita sedia maklum bahawa laluan utama pengajaran agama Buddha datang terus awalnya ke Semenanjung Tanah Melayu dahulu bersama-sama dengan komoditi barat.



Pada masa  dinasti Tang, Pan-pan mempunyai 11 kuil Buddha dan Funan telah menjadi pusat Buddhism Mahayana di Asia Tenggara. I-Ching menerima sambutan hangat dan layanan istimewa dari raja Shih-li-fo-shi dan dia telah dihantar ke pelabuhan Malayu dengan kapal raja. Di Malayu, I-Ching tinggal selama dua bulan, dari sini dia berpaling ke arah timur. Dalam perjalanan ke pelabuhan di India Utara, Tāmraliptī, beliau berhenti di Kedah dan kemudian di Pulau Orang yang berbogel yakni Kepulauan Nicobar. Lokasi Malayu, Kedah dan Pulau telanjang hampir jelas, tetapi lokasi Shih-li-fo-shi masih kabur untuk jangka masa yang lama.Tetapi sekitar tahun 1920, George Coedes memberi jawapan yang tegas bahawa Shih-li-fo-shi perlu disebut sebagai Srivijaya dan lokasinya di Palembang Sumatera selatan. Beliau mengambil beberapa inskripsi sebagai bukti yang dijumpai di Palembang dan Jambi, yang  akan dibincang kemudian.



Hampir dua puluh tahun lebih awal daripada G. Coedes, Dr. Junjiro Takakusu telah menerbitkan sebuah buku, " A Record of the Buddhist Religionas practiced in India and the Malay Archipelago Oxford University, 1896, yang merupakan terjemahan Nan I-Ching” -hai Chi-kuei Nei Fa Chuan". * Dalam buku ini, Dr. Takakusu melampirkan lembaran peta yang menunjukkan jadual perjalanan ke India I-Ching dari China. Dr. Takakusu membuat dua kesilapan besar di atas peta ini. Yang pertama adalah dia menandakan bahawa destinasi pertama I-Ching ialah Palembang. I-Ching sebenarnya tidak menyebut lansung tentang sebuah tempat yang bernama Palembang, beliau menulis bahawa beliau tiba di Shih-li-fo-shi iaitu Srivijaya selepas perjalanan kurang daripada dua puluh hari dari Canton.


 Dr. Takakusu tersilap membuat andaian lokasi Shih-li-fo-shi (Srivijaya) sebagai Palembang. Sebab musabab kenapa Dr. Takakusu meletak Srivijaya di Palembang adalah sangat ketara. Beliau percaya apa yang Ma-Huan tulis dalam "Ying-Yai Sheng-Lan pada tahun 1416, di mana Ma menyatakan bahawa Ku-kang (Pelabuhan = Lama) adalah negara yang sama dengan San-fo-chi dan Ku-kang juga dikenali sebagai Palembang yang pada masa tersebut berada di bawah kekuasaan raja Jawa. Ku-kang sebenarnya (Old Port) merupakan satu lagi nama bagi Palembang yang diberi oleh orang cina,namun seperti yang telah diterangkan sebenarnya Palembang adalah salah satu daripada negeri-negeri bawahan San-fo-chi pada masa dinasti Song, namun ia bukan San-fo-chi (Srivijaya) mahupun ibu kota konfederasi San-fo-chi.


Membaca tulisan Ma-Huan, Dr. Takakusu mungkin telah salah faham bahawa Palembang adalah Shih-li-fo-shi, yang juga merupakan Srivijaya. Walau bagaimanapun, ini adalah kekhilafan yang amat besar kesannya. Pada zaman dinasti Yuan (1271 ~ 1368), San-fo-chi tidak wujud sebenarnya. Dalam Shih Yuan, nama San-fo-chi pernah disebut, dan bukannya nama Mulayu. Mulayu bermakna jambi pada masa itu.


Pada peringkat awal Dinasti Ming pula, Palembang adalah sebuah negeri taklukan Jawa, tetapi telah menghantar kedutaan ke China dan berpura-pura sebagai San-fo-chi. Menurut "Zhu-yuan-Zhi" ("Rekod Negara babar") yang ditulis oleh Chau-Ju-ka (1225), Palembang adalah salah satu daripada lima belas jajahan San-fo-chi dan bukan San- fo-chi sendiri. Dari satu segi, pada mulanya kerajaan Ming telah ditipu oleh raja Palembang, dan Ma Huan juga telah dikelirukan. Kemudiannya Dr. Takakusu membuat kesilapannya. Kekeliruan yang hebat berlaku pada peringkat terakhir abad ke-19 apabila Dr. Takakusu menerbitkan bukunya yang terkenal tentang I-Ching. Malangnya buku Dr Takakusu telah begitu berpengaruh dan dibaca oleh ramai orang hinggakan Dr S.Q Wales sendiri percaya bahawa destinasi pertama I-Ching ialah Palembang. Apabila Dr. Takakusu melukis peta ini, dia tidak dapat membaca Shih-li-fo-shi sebagai Srivijaya, tetapi dia menulis sebagai '(Sri) Bhoga'.


Kesilapan kedua adalah Kedah. I-Ching menulis dengan jelas sebagai Khe-da, namun Dr. Takakusu membaca sebagai 'Kacha', jadi I-Ching telah disesatkan ke Aceh Sumatera utara. 'Cha' disebut sebagai 'da' dalam masa Tang, jadi ia sepatutnya disebut sebagai 'Ka-da', tetapi dia tidak tahu sebutan tersebut pada zaman Tang. Walaupun P. Wheatley pernah menulis Kedah sebagai Chieh-cha, kemudiannya ia telah diperbetulkan oleh ahli sejarah lain, namun salah faham Takakusu mengenai Palembang tidak pernah diperbetulkan sehingga hari ini. Pada masa yang sama beberapa ahli sejarah kemudiannya tidak memahami kepentingan Kedah dan laluan perdagangan darat Semenanjung Tanah Melayu. Ini adalah sebab-sebab mengapa sejarah kuno Asia Tenggara sangat keliru. Catatan Sejarah Dinasti Ming menyatakan bahawa San-fo-chi sebelum ini dikenali sebagai Kan-da-li (atau Kan-Tuo-li,) dan telah menghantar ufti ke china sejak zaman dinasti Liang. Kan-da (Tuo)-li bersamaan dengan Kedah, jadi tulisan sejarah Ming sebahagiannya adalah betul. Pada peringkat zaman terakhir pusat ibu Kota Srivijaya adalah terletak di Kedah.


Kita dapat lihat dari teori ini bahawa kesilapan hanya satu istilah atau sebutan sahaja menyebabkan sejarah seluruh Asia tenggara menjadi tunggang langgang. Jelas disini adalah penitng untuk ahli sejarah mempunyai ilmu yang cukup dan pelbagai supaya tidak melakukan kekhilafan yang sebegini. Sekarang kita sudah tahu bahawa sememangnya Srivijaya bermula di Semenanjung Tanah Melayu yakni di Chaiya. Banyak fakta dan bukti yang boleh menyokong teori ini. Maka saya lebih yakin bahawa teori ini adalah diantara teori yang paling dekat dengan kebenaran malah menepati telahan saya dan teori yang diberi Cik siti. Tetapi artikel ini bukanlah pengakhiran, diharap anda dapat tunggu sambungannya nanti supaya kita dapat membayangkan betapa grand dan hebatnya sejarah bangsa Mala Srivijaya ini. Sekian wallah hua’lam.


Isnin, 14 Mei 2012

HANG TUAH AND KNIGHT OF THE ROUND TABLE




Salam hormat kepada semua pembaca. Kali ini saya hanya hendak menulis satu artikel sampingan sahaja sebelum saya start menulis artikel utama saya yang insyaallah akan siap sehari dua lagi. Maaf, saya agak sibuk dan terkekang sejak beberapa bulan yang lepas dan tidak dapat menulis atau menjenguk ruangan komen di blog kesayangan ini.



 
Sejak beberapa bulan yang lepas saya sering terbaca di laman-laman sesawang tentang isu Hang Tuah dan lima saudaranya. Wujud atau tidak wujud? Itulah persoalan yang sering dimainkan. Bagi saya, samaada Hang Tuah itu wujud atau tidak sebenarnya bukanlah perkara yang paling utama. Saya tahu ini adalah suatu kenyataan yang pelik bagi seorang yang berlatar belakangkan pendidikan sejarah. Namun inilah realitinya. Apakah sebabnya saya berpendapat sedemikian?



 
Kita sering mendengar tetang lagenda King Arthur dan Knight Of The Round Table bukan? Saya pasti tidak ada anak-anak atau orang dewasa yang mendapat pendidikan modern dan mempunyai television di rumah masing-masing tidak pernah dengar tentang raja Arthur dan pembantunya Merlin si ahli sihir. Malahan sudah beberapa kali kisahnya difilemkan dari pelbagai sudut dan pelbagai tafsiran oleh penerbit-penerbit barat yang amat yakin bahawa mereka ini wujud.




Padahal sebahagian besar daripada masyarakat yang berpendidikan tinggi tahu bahawa ia hanyalah lagenda semata-mata. Namun adakah ini akan memberhentikan para peminat fanatik lagenda tersebut daripada terus mencari bukti kewujudan sang raja misteri ini.Tentulah tidak! Mengapa agaknya ini berlaku? Ini semua kerana sences of pride atau rasa kebanggaan atau kemegahan yang dibawa oleh kisah-kisah lagenda Merlin dan Raja Arthur ini.



 
Ianya memberikan kesan yang sangat mendalam dalam sanubari masyarakat barat terutama yang berketurunan Inggeris. Bagi mereka Arthur adalah lambang kehebatan bangsa Inggeris dan Arthur adalah hero bangsa Inggeris yang berjuang demi rakyatnya untuk keamanan dan lambang pengorbanan seorang raja  adil yang mewujudkan sebuah kerajaan yang aman makmur yakni Camelot dan lambang good vs evil.



 
Nah, inilah yang berlaku dalam masyarakat Melayu! Apa yang mereka dahagakan adalah perasaan bangga atau pride terhadap kewiraan Hang Tuah sepertimana kebanggaan orang Inggeris terhadap Arthur. Mereka perlukan seseorang yang boleh dilihat dan dipandang sebagai Hero bangsa yang sentiasa menang dalam setiap pertarungan dan sentiasa lucky atau bernasib baik dalam setiap rintangan. Setiap bangsa di dunia ini mempunyai hero sedemikian bagi pendapat saya.



 
Sehingga hari ini masih ada ahli sejarah yang tercari-cari bukti-bukti arkeologi di sekitar wilayah Cornwall dan sekitarnya untuk membuktikan bahawa Arthur dan Kerajaan Camelotnya pernah wujud suatu ketika dahulu, dan ada diantara mereka telah menjumpai beberapa bukti yang memberansangkan. Namun adakah penemuan ini menandakan Arthur benar-benar wujud ? wallah hu a’lam. Namun ia membangkitkan persoalan bahawa adakah semua fairy tales itu dogeng belaka atau sebenarnya ia bermula daripada satu kisah  benar yang telah ditokok tambah? Nah! Inilah yang kita harus fikirkan.




Kita sepatutnya mempunyai  semangat ingin tahu dan ingin kaji yang tinggi seperti ahli-ahli sejarah terpinggir ini dalam mencari bukti-bukti kewujudan Hang Tuah dan Rakan-rakannya. Sebenarnya kalau dibandingkan Kisan King Arthur dengan kisah Hang tuah , kita berada dihadapan sedikit dengan bahan-bahan rujukan yang lebih banyak terutama dari segi manuskrip-manuskrip seperti sulalatus salatin dan Hikayat Hang Tuah sendiri.  Jadi adalah tidak mustahil sekiranya Hang Tuah sebenarnya wujud. Hal ini ada diceritakan sendiri di dalam Sulalatus salatin yang memang telah diyakini oleh sejarawan kita bahawa mempunyai banyak unsur sejarah yang ternyata benar. Malahan di dalamnya juga ada tercatat salasilah Hang Tuah sehinggalah ke anak cucunya. Salah seorang anaknya kalau tak silap saya adalah Hang Nadim yang sememangnya wujud dan memainkan peranan yang penting dalam penyerangan balas terhadap pihak portugis dalam zaman empayar Johor –Riau.



 
Jadi saya tinggalkan persoalan mengenai Hang Tuah ini setakat ini sahaja. Terpulanglah kepada anda untuk membuat keputusan dan analisa masing-masing samaada Hang tuah Lima Bersaudara itu wujud atau tidak. Namun saya berharap anda tidak putus asa dan rasa kecewa dengan kenyataan seorang sejarawan veteran kita yang pernah mengungkapkan bahawa Hang tuah tidak wujud. Itu hanya pandangannya sahaja. Masih banyak kajian yang boleh dibuat dan saya pasti suatu hari nanti kebenaran akan muncul jua, wallah hu a’lam.


Jumaat, 30 Disember 2011

BANGSA AUSTRONESIA DAN TANAH BERTUAH EDEN OF THE EAST




Salam. Sudah terlalu lama rasanya tidak menulis, saya ingin meminta maaf kepada para pembaca kerana terlalu banyak hal yang telah menyebabkan saya tidak dapat menulis seketika. Dalam artikel kali ini saya ingin mengetengahkan mengenai Nusantara sebagai Atlantis atau Garden Of Eve yang sering disebut-sebut oleh masyarakat barat . Saya amat yakin bahawa Nusantara adalah tempat yang paling sesuai untuk ciri-ciri yang telah diberikan oleh para cerdik pandai dan pendita tamadun-tamadun dunia sejak beribu-ribu tahun. Sepertimana kebiasaannya yang kita baca dalam epic-epik atau kisah tentang Syurga dunia atau Garden Of Eve, kita sering mendengar bahawa mereka menggambarkan tempat tersebut sebagai sebuah tempat yang beriklim tropika.



Tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digambarkan mereka juga adalah dari iklim tropika. Oleh sebab itu saya agak sangsi jika atlantis diletakkan di sebelah barat atau lautan atlantik. Pemahaman masyarakat greek terdahulu tentang kedudukan laut yang sebenar juga adalah berbeza dengan pemahaman kita. Masyarakat greek menganggap bahawa lautan atlantik adalah satu-satunya lautan yang terbesar setelah lautan meditranian yang mehgelilingi dunia. Mereka tidak tahu dengan kewujudan lautan Pasifik apatah lagi laut cina selatan. Oleh sebab itu mereka meletakkan atlantis di sebelah barat meditranian.Seperti juga pemahaman masyarakat barat pada zaman gelap dimana mereka menganggap seluruh dunia adalah leper. Ini semua kerana mereka sendiri belum menjelajah lautan tersebut sehinggalah Columbus berjaya menemui jalan ke timur. Sama seperti masyarakat yunani sebelum itu Columbus juga sebenarnya mahu mencari lautan pasifik dan kawasan kepulauan Melayu atau Nusantara dan India dan bukan tujuan asalnya untuk menemui Amerika.



Berbalik kepada perincian masyarakat dunia tentang sebuah syurga  di dunia, tempat misteri ini sering digambarkan dengan tumbuhan-tumbuhan mewangi, kayu kayan yang berbau harum sepreti gaharu dan cendana dan kemenyan yang merupakan sesuatu yang amat berharga kepada mereka ketika itu. Seperti yang kita tahu masyrakat Austronesia adalah masyarakat yang sangat menggemari bau bauan . Buktinya masyarakat di seluruh kepulauan Nusantara sering menggunakan pelbagai jenis bauan ini untuk pelbagai tujuan sama ada perubatan, sihir, atau sebagai pakaian seharian. Bunga-bungaan yang wangi akan dimasak bersama minyak kelapa bagi dijadikan minyak rambut atau minyak urut. Halia, lengkuas kunyit juga digunakan untuk mengubati diri. Bunga-bunga pula dipakai oleh masyarakat ini dalam upacara keagamaan atau ritual dan menghiasi kepala serta dijadikan kalung. Apabila mereka mengembara bersama perahu-perahu mereka yang hebat mereka mengembangkan ilmu wangi-wangian ini kepelusuk dunia.



Masyarakat luar yang tidak pernah menghidu bau-bauan yang sebegitu hebat ini menganggap mereka datang dari tempat yang seakan syurga dibumi, maka berlakulah perdagangan atau pertukaran barang-barang diantara masyarakat Nusantara dengan masyarakat tamadun lain. Siapa tahu berkemungkinan besar sebelum para rahib, pendita, ilmuan India, Yunani dan Mesir Purba menggunakan baun-baun wangi ini, mereka telah berjumpa dengan orang-orang Nusantara dan mempelajarinya dari kita! Ini kerana kesemua bahan-bahan wangian ini berasal dari Nusantara. Malahan hal ini telah dapat dibuktikan oleh sains. Para saintis telah mengesahkan bahawa pokok kemenyan yang terdapat di Afrika dan Yaman juga adalah berindukkan daripada pokok kemenyan dari Nusantara dan telah berevolusi setelah beribu tahun berada dalam kondisi cuaca yang berbeza. Ini bermakna bangsa Nusantara adalah bangsa yang memperkenalkan kemenyan dan lain-lain bauan kepada mereka.



Sebagai contoh dalam kitab Taurat, terdapat ayat yang menceritakan tentang sejenis minyak atau wangian yang telah dikaji oleh saintis. Setelah bertemu dengan para rabbi mereka mendapat maklumat bahawa bahan utama dalam pembuatannya adalah terdiri daripada bahan asas yang sebahagian besar hanya boleh diperolehi dari Nusantara iaitu, kesturi, kayu manis, kulit kayu cassia, serai ( yang sememangnya hanya terdapat di Nusantara)dan lain-lain. Bahan–bahan ini digunakan dalam kuil yahudi bagi membina atau menghadirkan rasa atau perasaan sawai yang membolehkan para rahib bertafakur mengingatkan syurga sebenar, dalam erti kata lain mereka cuba mewujudkan bauan syurga melalui bahan-bahan dunia yang separuh daripadanya berasal dari Nusantara! Kayu gaharu atau depu yang sering digunakan dalam kuil-kuil juga adalah manifestasi syurga didunia yang cuba dicipta oleh imaginasi separa sedar mereka. Kita juga tahu bahawa kapur barus dan halia adalah salah satu daripada bahan yang diturunkan Allah dari syurga seperti yang terdapat dalam Al Quran dan hadis.



Sementelahan melalui kajian terhadap Book Of Enoch para pengkaji sejarah purba membuat kesimpulan bahawa masyarakat purba menganggap bahawa pokok pisang adalah pokok khuldi. Menurut Marco Polo sebahagian mayarakat India yang dijumpainya mengatakan bahawa khuldi yang disebutkan oleh kitab peerjanjian lama adalah pokok pisang. Dalam masyarakat Austronesia terutamanya Hawaii, pisang tidak boleh dimakan oleh perempuan. Mungkin ini ada kaitannya dengan buah khuldi yang dilarang makan oleh Allah SWT di dalam syurga. Dalam masyarakat Melayu pula pisang tidak boleh dimakan bagi perempuan yang memakai susuk dan perempuan yang dalam keadaan tertentu seperti bersalin dan dalam pantang . Selain itu pisang juga dianggap sebagai pokok kehidupan dan kematian. Dalam masyarakat Melayu, dukun dan bomoh selalunya menggunakan batang pisang untuk melakukan penyihiran yang membolehkan seseorang itu dianggap sebagai telah mati. Batang pisang juga digunakan oleh para dukun untuk membunuh musuhnya dengan menjadikan batang tersebut sebagai tumbalnya. Dalam upacara khatan juga batang pisang turut digunakan. Adakah semua ini ada kaitannya?



Pisang juga dikatakan sebagai salah satu tumbuhan yang paling awal ditanam oleh masyarakat Austronesia iaitu lebih kurang 10 ribu tahun dahulu. Oleh sebab itu banyak lagenda yang mengatakan bahawa pisang adalah tanaman dari syurga yang turun bersama Nabi Adam. Namun, walaupun pisang bukan pokok khuldi ,saya pernah mendengar seorang ulama menceritakan bahawa di dalam syurga ada terdapatnya pokok pisang dan bidara. Pokok pisang yang berasal dari nusantara ini juga wujud di negara-negara Afrika terutama Afrika timur. Hal ini kerana pokok pisang telah dibawa oleh para pedagang Nusantara bersama mereka untuk ditanam di destinasi dagangan mereka. Begitu juga dengan pokok kelapa yang menjadi saksi ilmu kelautan dan perdagangan Melayu purba.



Tidak dapat kita nafikan lagi tradisi merantau bahari dan dagang dalam masyarakat Melayu Nusantara sejak beribu-ribu tahun lamanya. Malahan para pengkaji barat memang menyokong kuat teori bahawa kaum Austronesia adalah pedagang yang paling hebat dalam ilmu kelautan sejak beribu-ribu tahun yang lampau. Buktinya dapat kita saksikan apabila para sejarawan dan pengkaji tumbuhan menemui kesan-kesan atau bukti yang menunjukkan bahawa rempah ratus yang terdapat di pantai timur Afrika  bukan tumbuhan tempatan sebaliknya dibawa daripada Nusantara melalui jalan perdagangan. Bukti yang lebih nyata adalah dalam maysarakat yang terdapat di Pulau Madagaskar sendiri dengan terdapatnya masyarakat yang bertamadun tinggi iaitu masyarakat Merina. Namun mengapa kita tidak mengesan nama-nama rempah ratus ini dalam bahasa Austronesia? Hal ini adalah kerana sejak 3500 tahun yang lampau rempah ratus ini selain dibawa terus dari Nusantara ia juga dibawa dari India yang turut mendapatkan rempah ratus ini di Nusantara dan menanamnya disana.

Oleh sebab itu nama rempah ratus yang terdapat di Timur Afrika mendapat pengaruh bahasa India berbanding bahasa Austronesia. Manakala bagi rempah ratus yang datang terus daripada laluan kayu manis atau Nusantara kebiasaanya mempunyai nama yang berpengaruh Austronesia tanpa dipengaruhi bahasa Indic. Dalam teks kuno berbahasa latin dan yunani juga ada disebut tentang suatu perkataan yang dikatakan berasal daripada Nusantara. Perkataan ini sering dikaitkan dengan nama rempah ratus yang berasal dari Nusantara . Menurut ahli bahasa perkataan REX sebenarnya merujuk kepada nama pihak yang menyelenggara atau mentadbir sebuah sistem perdagangan atau dalam erti kata lain ketua atau Raja. Dalam masyarakat Nusantara ada perkataan yang hampir menyamai bunyi ini iaitu Ratu atau Datu yang memang adalah perkataan asli Nusantara atau perkataan bahasa Melayu. Datu juga kebiasaannya mengetuai sebuah kapal atau ekspedisi perdagangan.



Oleh itu dapat di jangkakan bahawa perkataan REX yang banyak terdapat dalam nama rempah ratus yang berasal dari timur ini sebagai ratu natau datu. Mereka adalah raja di laut REX juga boleh disama ertikan dengan RAJA. Namun ahli bahasa juga mengatakan bahawa perkataan REX ini bukan berasal daripada perkataan INDIC sebaliknya perkataan suatu tamadun lain dari timur yang LEBIH TUA. Anda bisa mengangak sendiri apa yang dimaksudkan ahli bahasa tersebut.Tambahan lagi , satu tradisi masyarakat Austronesia yang dapat dikaitkan dengan perdangangan zaman purba ialah tradisi keranda perahu. Amalan ini hanya dapat ditemui dalam masyarakat Mesir purba, Viking dan Austronesia.



Apa yang hebat tentang bangsa Austronesia dan pada masa yang sama juga misterius ialah mengenai bahasanya. Seperti sebelum ini telah banyak artkel kita bincangkan perkaitan bahasa Melayu dengan bahasa Avestan dan Sanskrit. Namun ada yang lebih menarik . Menurut kajian yang dilakukan oleh prof Susumo Ohno dan Shichiro Murayama,mereka mendapati walaupun bahasa Jepun dari segi tatabahasanya lebih mirip kepada bahasa Korea atau Moggolic namun dari segi intonasi dan phonologi bahasa Jepun lebih banyak menyamai bahasa Malayo Polinesia. Solheim percaya bahawa tamadun manusia di utara seperti China , Korea dan Jepun telah bermula dari selatan iaitu dari Nusantara ke atas dan bukannya dari atas seperti teori Yunan dan Taiwan ke bawah. Oleh itu mereka bersepakat mengatakan bahawa budaya Yayoi adalah bawaan dari Nusantara keselatan China dan terus ke Semenanjung Korea dan kemudian ke Jepun . Malahan saya ada menjumpai kajian yang dibuat oleh saintis Korea yang menyatakan bahawa dari segi DNA masyarakat Semenanjung Korea dan Jepun mempunyai trait DNA yang lebih banyak persamaan dengan kaum Nusantara atau Asia Tenggara berbanding China atau Moggolia. Ini adalah suatu penemuan yang mengukuhkan lagi hipotesis bahawa permulaan tamadun timur adalah bermula dari sini!



Banyak lagi teori-teori yang dikaji oleh saintis barat yang menyatakan tentang ada kemungkinan besar berlakunya penghijrahan tamadun dari masyarakat Austronesia ke Yunan dan dari garisan pantai dan terus ke Jepun yang kemudian ke Amerika utara dan selatan. Ini belum lagi termasuk teori tentang asal usul ubi keledek yang memang berasal dari kawasan Nusantara dan dibawa ke Amerika selatan. Tambahan lagi kajian menunjukkan budaya Jomon juga dipengaruhi oleh budaya Nusantara atau Austronesia iaitu budaya maritime. Jumpaan artifak maritime seperti serampang ,jala dan serpihan tembikar yang sama rekabentuknya dengan di Nusantara mengukuhkan lagi teori Jomon-Nusantara ini.



Dalam tradisi masyarakat tamadun Aztek dan Mayan pula, mereka percaya mereka berasal dari tempat yang bernama Aztlan yang telah dimusnahkan oleh gunung berapi dan tenggelam. Mereka berpindah menggunakan perahu. Aztlan ini dipercayai adalah Atlantis dan Atlantis tersebut adalah tak lain tak bukan Nusantara atau Sundaland. Selain daripada membawa tamadun Nusantara atau Sundaland, masyarakat Austronesia juga dikatakan membawa ayam( bukan haiwan pribumi Amerika terutama Ayam Hitam yang hanya dapat diperolehi di Nusantara dan diketahui dalam perubatan Melayu sebagai banyak khasiat) , anjing dan budaya cacah atau tattoo.



Dalam tamadun Korea , Jepun, Amerika selatan dan juga tradisi masyarakat pasifik serta pribumi Nusantara, ada satu kesamaan yang lain iaitu amalan meletakkan TOTEM sebagai lambang nenek moyang. Reka bentuk totem yang terdapat di Rapanui dan di Amerika Selatan serta di Amerika Tengah juga adalah sama seperti dalam tradisi di Nusantara. Apakah makna semua ini?? Mereka semua mempunyai kedudukan tangan yang sama dan memakai sejenis topi atau mahkota yang seakan-akan sama. Satu lagi persamaan antara tamadun-tamadun hebat ini adalah tentang lagenda naga mereka. Setiap tamadun ada naga mereka yang tersendiri. Saya rasa tidak perlu saya ulangi apa kepentingan simbol naga dalam masyarakat Melayu Nusantara kerana telah disebut banyak kali oleh Srikandi dalam artikel beliau.



Zaman dimana padi mula diperkenalkan di tempat-tempat tertentu seperti di Taiwan dan Korea juga mempunyai misteri yang tertentu. Hampir kesemuanya bertepatan dengan masa berlakunya letusan-letusan gunung berapi besar seperti Pinatubo Arayat dan Toba. Ini mengukuhkan lagi teori penghijrahan selatan ke utara oleh Solheim. Pemakaian subang besar yang bergayutan atau yang menyebabkan lubang menjadi besar juga diamalkan di Amerika dan juga di Nusantara! Ini belum termasuk pembinaan bangunan berbentuk pyramid tangga yang diamalkan oleh seluruh masyarakat di Nusantara dan di Amerika Selatan dan tengah seperti Aztek dan Mayan serta di Tahiti dan Indonesia.


Daripada perbincangan diatas apa yang dapat saya simpulkan adalah hipotesis yang cuba meletakkan benua atlantis yang telah lenyap itu di Nusantara adalah berasas. Segala bukti dan petunjuk telah dibentangkan dari sudut anthropologi, geologi, geografi, sejarah, sosiologi, bahasa dan DNA. Apa yang tinggal untuk kita adalah membantu usaha-usaha murni pihak-pihak yang bertungkus lumus mencari bukti-bukti tersebut dengan mencari maklumat-maklumat tambahan dan melakukan perkongsian ilmu mengenai penemuan mereka dengan rakan-rakan dan saudara mara anda terutama dari kalangan rumpun Melayu Nusantara. Jika tidak dapat dibuktikan sekalipun sekurang-kurangnya kita tidak dituduh sebagai bangsa pemalas yang hanya mengharapkan bantuan bangsa lain untuk mengkaji sejarah sendiri. Malu rasanya jika ini berlaku. Sekian, wallah hu a’lam.





Ahad, 9 Oktober 2011

FAKTA PENTING TENTANG BANGSA MELAYU YANG TELAH DILUPAKAN.



Berikut adalah beberapa fakta yang ramai anak muda pada zaman ini tidak tahu berkenaan Bangsa besar Rumpun Melayu dan bahasanya. Ramai yang beranggapan Istilah Melayu itu hanya istilah syok sendiri orang Malaysia atau diberikan oleh British dan lain-lain penjajah dan sebagainya. Namun ternyata dakwa dakwi berkenaan tidak benar. Istilah Melayu telahpun menjadi istilah penyatuan bagi seluruh bangsa rumpun ini atau rumpun Austronesia sejak sekian lama lagi, dan dipersetujui oleh  pemimpin-pemimpin dunia Melayu ketika itu.


* Dalam tahun 1879 Parlimen Hawaii di Honolulu telah membincangkan kemungkinan penyatuan Dunia Melayu-Polinesia yang luas.

* Sembilan tahun selepasnya (1898) Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya” dengan gagasan yang sama.

* Muncul di Filipina ialah wiranya yang terbilang, Jose Rizal yang diberi nama jolokan “The Pride of the Malay Race” atau “The Great Malayan”.

* Wancelao Vinzons yang menyampaikan pidato bersejarah “Malaysia Irredenta” telah memaparkan mimpi penyatuan seluruh bangsa Melayu - Polinesia. Waktu itu beliau berusia 22 tahun dan seorang pemuja Rizal. Beliau selanjutnya mengarang buku mengenai “History and civilization of Southeast Asian countries belonging to the Malay race”.

Di samping itu di Indonesia terdapat peranan Muhammad Yamin, yang berasal dari Talawi. sebuah kampung kecil di Sumatera Barat. Menurutnya “Selat Melaka ialah corong kepulauan kita, Malaya ialah batang leher kepulauan Indonesia dan daerah yang delapan. Menceraikan Malaya dari Indonesia dalam perhubungan internasional adalah sesuatau yang merugikan”.

Keagamaan

Pada peringkat akhir syarahan perdananya Ismail Hussein menyebut: Dunia Melayu ini penuh keragaman dari segi keagamaan, kebudayaan, kesenian serta adat resam, tetapi di bawah keragamannya itu selalu terasa ada kesatuan yang mengikutnya”.

Dalam kertas kerjanya pula berjudul The Study of Malay Literature, Ismail Hussein menyebut mengenai kira-kira 2,000 manuskrip asli Melayu dihantar ke Eropah kebanyakannya untuk perpustakaan-perpustakaan Inggeris dan Belanda.

Lanjutnya dalam karya yang berjudul Malay, World Language of the Ages oleh Profesor James T. Collins, yang mengkaji bahasa dan pelbagai loghat Melayu di seluruh Asia Tenggara menyebut, apabila kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 memeluk agama Islam, Melaka mempunyai kira-kira 200,000 penduduk dan berupa kota terbesar di Asia Tenggara. Kerana kaitan dengan Islam, tulisan Jawi menjadi bahan utama penulisan Melayu.

Pada 10 Ogos 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis yang kemudian meranapkan masjid-masjid serta istana-istana. Namun, pada tahun 1522 kamus Melayu terbit hasil usaha seorang peniaga bangsa Itali, bernama Antonio Pigafetta. Antara contoh kata-kata:

Melayu 1522, Apenomaito?, Tida tahoSudah Macan,

Melayu 1996, Apa nama tu?, Tidak tahu, Sudah makan?,

Melayu 1534, Baparim de Pungor, Ange’ dia malu, Sita pa tau dor,

Melayu 1996, Berperang di Punggur, Nggak dia malu, Setapak tak undur.

Juga terdapat catatan surat tulisan Jawi dari Sultan Brunei pada tahun 1599 kepada Gabenor Manila setelah diserang oleh tentera Sepanyol. Surat tersebut masih disimpan di Sepanyol.

Tambahan lagi suatu yang menarik ialah peranan seorang Paderi Kristian, Francisco Javier di Melaka setiba pada tahun 1545. Beliau mempelajari bahasa Melayu hingga boleh menterjemah ayat-ayat sembahyang penganut Katolik. Beliau mengadakan pelajaran-pelajaran agama Kristian dalam bahasa Melayu.

Pada tahun 1632, bahasa Melayu digunakan dalam mahkamah-mahkamah pemerintahan Belanda di Ambon. Seorang bangsa Maluku beragama Kristian, Jan Paijs menjadi petugas mahkamah menulis kenyataan-kenyataan dalam bahasa Melayu tulisan rumi. Surat-surat berumur 364 tahun itu masih disimpan di negeri Belanda.

Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca di Batavia semasa pemerintahan Belanda.( BUKAN BAHASA JAWA DAN BUKAN JUGA BAHASA INDONESIA)

Pada tahun 1856, suratkhabar bahasa Melayu terbit di Surabaya untuk keperluan ahli-ahli perniagaan. Menjelang akhir abad ke-19, akhbar-akhbar Jawi dan Rumi terbit dipelbagai tempat Gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago).

Semasa tentera Jepun menyerang dan menewaskan tentera British di Malaya dulu, pegawai-pegawai tentera Jepun membawa kamus Malay-English susunan Wilkinson, tulisan Rumi.

Menurut Profesor Collins, sepanjang sejarah 1,300 tahun bahasa Melayu telah menerima kata-kata bahasa Arab, Sanskrit, Portugis dan Belanda.

 
untuk artikel penuh sila ke halaman diatas. sekian wallah hu a'lam.
 
 

Jumaat, 7 Oktober 2011

Kaum Se Mala Dari Sundaland (Nusantara)


Seorang Wanita Bangsawan Melayu

Mungkin masih ada yang tertanya-tanya bagaimanakah rupa bangsa Melayu awal. Putihkah? Atau hitamkah atau kelabu? Persoalan ini mungkin nampak kompleks, namun tuan-tuan sekalian penjelasannya memang ada jika kita tahu dimana untuk mencarinya. Sebelum ini Cik sri ada memberi lecture tentang Melayu proto dan Melayu deutro, mungkin ada yang telah lupa atau belum membacanya lagi.Mungkin juga ada yang tidak faham. Artikel kali ini cuba untuk memberi sedikit penerangan mengenainya.



Kita telah tahu bahawa wujud satu tamadun yang hebat di Nusantara ini suatu ketika dahulu. Namun yang kita tidak tahu siapakah bangsa yang membina tamadun ini.Adakah mereka dari keturunan Melayu proto atau mereka adalah dari Suku Mon-Khmer yang juga menjadi penduduk terawal Asia tenggara terutama Semenanjung Tanah Melayu. Sebelum ini srikandi ada menyatakan tentang terdapatnya kota purba di Tasik Chini, namun yang peliknya suku kaum asli yang tinggal di Tasik Chini bukan dari golongan Melayu Proto atau Austronesia tetapi dari golongan Mon-Khmer. Jadi Milik siapakah kota tersebut? Berkemungkinan ia milik Mon Khmer.


*(ralat: Srikandi telah memberi penjelasan bahawa kaum yang tinggal di sekitar Tasik Chini adalah kaum Jakun iaitu dari kaum Melayu proto Austronesia dan bukan Mon-Khmer dan saya juga mengesahkannya dengan membuat lebih research. Jadi adalah berkemungkinan kota yang berada dibawah Tasik Chini juga adalah kota Bangsa Melayu Proto atau Mala, ditambah lagi dengan lagenda Naga Seri gumum yang juga milik bangsa Melayu Proto ini. Terima kasih kepada Srikandi kerana memberi komen)

Siapakah suku proto Melayu? Bagaimanakah rupa orang Melayu zaman dahulu? Ini persoalan kita. Jawapannya mudah sahaja. Kita boleh lihat rupa orang Melayu dahulu dengan melihat rupa orang Semelai dan Jakun. Sebenarnya menurut ahli-ahli antropologi tempatan kaum, Semelai adalah kaum yang paling dekat dengan Melayu Deutro atau modern. Hidung mereka, warna kulit mereka, rambut mereka adalah tidak ubah seperti kaum Melayu. Malahan jika kita perhatikan betul-betul kebanyakan mereka berwarna kulit yang cerah dan bukan gelap seperti suku-suku asli yang lain. Suku kaum Semelai terdapat banyak di Negeri Sembilan dan Pahang terutama di sekitar tasik bera. Adat dan upacara mereka juga adalah hampir sama dengan adat Melayu. Satu lagi keunikan mereka ialah mereka pandai membina perahu yang baik serta alatan muzik bertali serta gong.

Siapa sangka satu kaum yang nampak primitif dan tak berpakaian ini pernah membina tamadun hebat.Nah...jangan terpedaya, lupakah anda pada catatan envoi china ke Funan yang menyatakan bahawa kota hebat Funan dipenuhi manusia yang separuh bogel. Bogel belum tentu bodoh..;)


Persoalannya adakah mereka ini bangsa yang pernah mendiami Funan, Chih Tu, Tan Mo Ling dan Pan-pan. Ianya masih belum terjawab. Namun clue nya ada pada nama kaum Semelai itu sendiri yakni Se Melai, Melai atau Malai=Mala? Mungkinkah mereka adalah turunan kaum Mala yang masih mengekalkan cara hidup sebelum tamadun Hindu-Buddha? Dalam folklore kaum Temuan yakni juga kaum proto Melayu Austronesia, ada diceritakan tentang banjir besar yang berlaku beribu tahun dahulu. Dalam banjir tersebut yang terselamat hanya dua orang sahaja yang kemudiannya menjadi leluhur kepada orang Temuani. Adakah peristiwa banjir besar Sundaland terpahat dalam petitih kuno mereka sejak turun temurun? Jika benar bermakna mereka adalah suku yang tertua di Nusantara ini dan telah ada sejak sebelum tenggelamnya Sundaland dalam banjir NAbi Nuh!


Ini wajah seorang pemuda Semelai. Kacak bukan. Tidak seperti suku-suku Aslian yang lainnya, suku Semelai dan Temuan mempunyai iras wajah tak tumpah seperti orang Melayu.


Mungkin ada yang kurang setuju dengan teori Sundaland. Tapi tak apalah, setuju atau tidak itu pendapat masing-masing tetapi di ingatkan supaya gunakan akal dan kemahiran menyelidik dan bukan hanya main teka-teka sahaja dalam membuat suatu kesimpulan. Kalau anda hendak tahu teori ini juga telah disokong oleh Human Genome Organization yang telah mengkaji DNA atau genetik kaum-kaum di Asia dan Asia Tengara dan hasilnya mereka mendapati teori keluar dari Yunan adalah kurang tepat. Sebaliknya mereka menyetujui teori keluar dari Sundaland atau Nusantara. Sebelum ini saya ada sebut dalam artikel saya bahawa sebenarnya setelah diselidik didapati bahawa suku kaum di Asia Timur ini semuanya berleluhurkan suku Austronesia di Asia Tenggara dan bukan sebaliknya! Orang China, Jepun Dan Korea teras nenek moyang mereka adalah orang-orang Austronesia! Orang Austronesia ini mengembara hingga ke Yunnan, Taiwan dan kemudian ke China dan bercampur dengan kaum-kaum Monggoloid serta Siberian dan membentuk kaum-kaum di Asia timur sekarang. Hasil penyelidikan ini menggemparkan dunia dan tak ramai yang mahu menerimanya lagi.


Seorang gadis Melayu dengan rambut yang ikal Mayang Mengurai!



Rumah tradisional orang Semelai. Mungkinkah rumah sebegini yang dilihat oleh para pengembara Mesir purba ketika sampai di Tanah Punt?


Saudara sekalian, jika benar kaum Semelai adalah kaum asal Mala bermakna sahlah Melayu bukan pendatang, sebaliknya telah wujud beribu-ribu tahun yang lalu. Satu lagi keunikan mereka adalah dari segi bahasanya. Walaupun ahli-ahli antropologi telah membuat kesimpulan bahawa mereka adalah Proto Malay namun bahasa mereka bukan sahaja mengandungi suku kata Austronesia tetapi terdapat juga campuran bahasa Mon-Khmer. Ini dapat memberikan kita gambaran bahawa betapa eratnya hubungan diantara suku-suku Melayu pada zaman dahulu dengan suku-suku Mon-Khmer. Hubungan yang dimaksudkan mungkin hubungan diantara agrarian dan Maritim. Suku Mon Khmer yang di ketahui sebagai bangsa Agraria mungkin menjadi pembekal barang-barang dagangan dari hutan manakala suku Melayu proto mebekalkan barangan dari Tasik, sungai dan laut kepada mereka.

Teknologi kaum Semelai. Apa bende ini? ini adalah sebuah piston bellows yang digunakan oleh orang proto Malay terutama Semelai untuk menghidupkan api. Kehebatan teknologi ini telah diakui oleh para pengkaji dan Antropologis dari Barat, malahan mereka terkejut apabila melihatnya buat kali pertama sedangkan kaum Semelai telah menggunakannya sejak beribu-ribu tahun untuk menghidupkan api tanpa perlu menggosok-gosok kayu seperti orang Red Indian.


Satu lagi teknologi orang Semelai yakni sebuah alat muzik bertali yang dibuat dari kulit ikan buntal. Cara permainannya sama seperti biola bertali satu dari China.


Masih banyak lagi rahsia-rahsia yang boleh kita kaji mengenai prang-orang Melayu proto ini. Mungkin mereka masih ingat kota-kota hebat yang dibina saudara mereka pada suatu ketika dahulu dan terpahat dalam petitih-petitih tradisi mereka. Mungkin mereka tahu dimana terletaknya kota-kota purba ini. Amat perlu rasanya ahli-ahli arkeologi tenpatan dan sejarawan berkerjasama dengan mereka untuk membongkar rahsia bangsa Mala yang telah terkubur lama ini. Sekian, wallah hu a’lam