Khamis, 25 Februari 2010

PENGUMUMAN.

Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kepada semua kerana sudah terlalu lama saya tidak meng-update blog ini kerana masa tidak mengizinkan. Ingin saya maklumkan disini bahawa artikel rahsia bangsa yang hilang akan saya hentikan setakat ini sahaja. Jika saudara/saudari mahukan sambungannya sila layari blog mistfisfiles.

Saya juga ingin berterimakasih kepada Dr. srikandi dari blog tersebut yang telah mengedit dan menyiarkan artikel saya berkenaan senjata api melayu yang telah digelapkan sejarah. Sesungguhnya tidak saya sangka setelah artikel ini disiarlan di blog M.O, semakin banyak pihak yang ingin tahu dengan lebih mendalam mengenai senjata-senjata terahsia bangsa melayu ini dan penggunaannya dalam sejarah masyarakat melayu silam. Untuk pengetahuan semua saya dalam proses penyelidikan untuk membongkar mengenai kehebatan dan kemahiran orang-orang melayu nusantara menggunakan senjata api dalam peperangan. Insyaallah saya akan nukilkan mengenainya dalam blog ini sedikit masa lagi.

Selain itu ingin saya ingatkan bahawa jika saya menulis mengenai "Melayu" apa yang saya maksudkan bukanlah Melayu dalam pengertian yang cetek. Melayu yang saya maksudkan adalah rumpun Melayu. Saudara/ saudari harus memadamkan sempadan geopolitik jika membaca artikel dalam blog ini kerana maksud Melayu itu sebenarnya adalah amat luas skopnya dan bukan hanya di Malaysia sahaja tetapi semua yang berakar kepada budaya dan bahasa Melayo-polenesia dari Taiwan hingga ke Madagaskar. Termasuklah Indonesia, Brunei, Malaysia, Singapore, Selatan Thailand, Selatan Vietnam, Selatan Kemboja dan Selatan Burma serta Papua. Akhir kata dari saya: buka mata luas-luas untuk baca, buka telinga besar-besar untuk dengar, buka minda untuk faham betul-betul dan pastikan anda buka mulut lebar-lebar untuk sebarkan ilmu yang telah anda pelajari. sekian, sehingga jumpa lagi.

2 ulasan:

  1. assalam..saudara. teruskan usaha yag baik kerana menonjolkan kekuatan bangsa melayu sebenar. Jika saudara ingin tahu asal usul bangsa MELAYU sebenar sila layari ABJADMALAYSIA.BLOGSPOT disana ada cerita yang disembunyikan oleh penjajah dan juga bangsa kafir... wsslm

    BalasPadam
  2. saya tak dapat baca blog mistifiles.macam mana orang boleh invite saya nak baca blog tu?

    BalasPadam