Isnin, 22 Februari 2016

OKINAWA, BAHASA MELAYU DAN SAYUR CAMPUR.





Siapa yang tak tahu dengan tempat bernama Okinawa. Ia adalah sebuah pulau kecil yang mempunyai hubungan rapat dengan Alam Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Di kepulauan inilah terletaknya kerajaan Ryukyu yang terkenal dikalangan kita sebagai salah satu tempat yang pernah dijejaki oleh pahlawan agung Melayu yakni Hang Tuah.


Menurut pengkaji sejarah, hubungan perdagangan diantara Ryukyu dengan Melaka telah membuka jalan kepada masuknya pengaruh teknologi penghasilan batik chap dari Alam Melayu ke Jepun yang dinamakan sebagai Bingata.


Jika anda ke Okinawa anda mungkin akan terperanjat dengan budaya dan cara hidup orang disana. Hal ini kerana budaya dan cara hidup orang Okinawa adalah sangat berlainan daripada budaya dan cara hidup orang Jepun di kepulauan utama mereka. Malah budaya orang Okinawa menurut sejarawan adalah hibrid daripada budaya Cina, Jepun dan penduduk asli tempatan.


Jika di kepulauan utama Jepun , cara hidup dan budaya mereka dibayangi oleh kod etika moral yang ketat berasaskan dari kod etika Bushido. Cara hidup mereka di kepulauan utama juga lebih rigid dan terjadual. Hal ini langsung berbeza di Okinawa. Penduduk Okinawa lebih santai dan tidak terkongkong dengan kod etika dan moral yang ketat seperti di kepulauan utama atau tanah besar Jepun. Mereka juga lebih mudah menerima pengaruh budaya baru dari luar seperti dari China, Alam Melayu, Amerika malah Eropah.


Kita dapat lihat contoh pengaruh luar ini dari sudut kulinari mereka. Salah satu contoh ialah masakan yang terkenal di Okinawa dengan panggilan Chanpuru atau Chanploo. Chanpuru atau Chanploo adalah istilah yang digunakan untuk apa jua jenis masakan tumisan atau 'stir fry' yang bahan utamanya ialah sayur. Namun demikian tahukah anda bahawa maksud Champuru yang sebenar ialah 'MIX'? Ya, makna perkataan tersebut adalah Campur! Adakah ini kebetulan? Ianya bukan kebetulan tetapi sebaliknya memang ia adalah pengaruh daripada bahasa Melayu atau dalam salah satu web dari Jepun mereka menulis Malay-Indonesian word.


Bila pengaruh masakan atau istilah campur ini masuk ke Okinawa saya pun tidak tahu. Malah orang Okinawa sendiri masih kabur tentang dari mana datangnya istilah ini. Adakah ia satu istilah yang baru masuk semasa zaman perang dunia kedua? Atau istilah ini telah masuk sejak adanya hubungan diantara kerajaan Melaka dengan Ryukyu? Jika kita kata yang pengaruh ini masuk dari China ianya adalah agak pelik kerana orang China tidak menggunakan perkataan  ‘Campur’  yang memang jelas perkataan Melayu bagi menyebut jenis masakan seperti itu, tetapi mungkin Chap Jae atau Chap Chai yang memang masih wujud hingga kini di China, Malaysia serta Korea Selatan.


Kemungkinan lain ialah perkataan tersebut mempunyai kaitan dengan pengaruh rumpun Austronesian yang memang diakui sendiri oleh pengkaji Jepun terhadap masyarakat Jepun dan Okinawa pada zaman kuno. Mungkin perkataan Champuru itu memang perkataan asal masyarakat asli Okinawa yang mempunyai kognate dengan bahasa rumpun Melayu.


Satu lagi perkara menarik tentang orang Okinawa ialah berkenaan umur mereka yang panjang. Beberapa tahun dahulu saya sering mendengar dari mulut rakan dan orang-orang tertentu di negara kita yang kononnya expert dalam budaya dan sejarah Jepun membuat andaian bahawa orang Jepun panjang umur kerana mereka tidak makan daging terutama daging Khinzir seperti orang China atau Korea dan Eropah.


Namun ternyata pendapat mereka itu jauh meleset. Dalam kajian yang dibuat saintis, purata umur terpanjang orang Jepun adalah bertumpu di Okinawa. Namun demikian orang Okinawa adalah masyarakat yang bukan sahaja kuat makan makanan laut tetapi juga sangat suka makan daging khinzir. Masakan tradisi mereka juga banyak dipengaruhi oleh masakan China.


Jadi apakah rahsia sebenar umur panjang mereka? Ada yang kata rahsianya ialah dengan memakan Goya atau peria katak yang memang menjadi kegemaran orang Okinawa. Namun demikian peria katak bukan sahaja dimakan oleh orang Okinawa kerana orang Melayu diseluruh Alam Melayu, orang China, malah orang India juga suka makan peria katak dan peria secara umumnya. Adakah sebab mereka banyak makan makanan laut? Mungkin ya mungkin juga tidak.


Atau mungkin ianya kombinasi dari semuanya yakni cara hidup yang sihat, banyak makan sayur seperti peria katak, banyak makan makanan laut, makan daging,makan nasi dan bersenam. Apa yang penting ialah keseimbangan. Kalau makan sayur banyak pon boleh mendatangkan bahaya juga. Contohnya di Korea dan tanah besar Jepun, mereka mempunyai kadar risiko penyakit kanser perut yang paling tinggi sebab terlalu suka makan sejenis pucuk paku. Sekian, wallah hu a'lam.



~ASJ~




*Satu pesanan dari saya, jika anda suka makan sayur pucuk Ubi, sebelum memasak jangan lupa mencelurnya terlebih dahulu dan buang air celurannya itu dan perah. Hal ini kerana dalam pucuk ubi ada terkandung sejenis racun Cynide yang boleh membahayakan kesihatan kita dan jika terlebih boleh bawa maut. Ibu saya pernah mengalami keracunan Cynide akibat memakan ulam pucuk ubi selama lima hari berturut . Itupon sudah dicelur terlebih dahulu tetapi masih ada sisanya. Saya berpesan begini kerana saya pernah melihat seorang Chef muda di TV memasak pucuk ubi tua dengan terus memasuknya kedalam gulai atau membuat seperti salad tanpa mencelurnya terlebih dahulu!

80 ulasan:

  1. Balasan
    1. kepada; ibu sunarti dikalimantan, pak sudaryono, ibu fitri sulistiawati pak justan dibatang, silah jangan berkomentar di blog ini. semua komentar kalian tidak ada hubungkait samasekali dengan postingan dalam blog ini.

      Padam
  2. terima kasih atas maklumat ini.best bro!

    BalasPadam
  3. terbaik ..

    teruskan menulis

    BalasPadam
  4. Salam tn tanah..

    Sangat menarik ttg kupasan perkataan campur dr tuan di okinawa jepun. Harap tn teruskan usaha tn dlam mencari sejarah melayu yang tersebar luas sampai kenegara2 asing.

    Juga peranan Hang Tuah dalam meluaskan pengaruh melayu dan kegerunan serta kebijaksanan Hang Tuah juga merupakan salah satu faktor mengapa masyarakt melayu dihormati ketika dahulu.

    Banyak hikayat dan kitab melayu belum dibongkar dan kebayakkan disimpan di luar negara sebagai khazanah mereka. Dan sikap setengah ahli agama setengah yang berfikiran sempit juga menghalang kitab2 ini dijadikan panduan dan dikaji. Anggapan syirik dan khurafat dan sinonim dgn kitab2 lama. Dan ada yang sudah hilang tanpa disalin dan dicetak. Dan kebyaaak kitab2 lama bertulisan Jawi malah ada yang tua hingga pupus tiada orang memahami.

    Kitab2 baru sekarang bukan tidak boleh dibaca tetapi garapan dan cara penulisan tidak sedalam dan gaya penulisan yang tisak menarik. Harap ada pihak yang wujud mengumpul dan mempertahankan kitab2 lama untuk jadi rujukan dimasa akan datang.

    Sebagai contoh dahulu ada kitab memang terperinci ttg ingin buat rumah atau ada juga kitab dahulu terperinci pasal cerita pasal tubuh dan sifat. Karya2 ini merupakkan master piece yg tiada nilai kerana perkarya2 kitab2 ini bukan calang orang seperti mana ibnu sina atau alkharizmi. mereka sgt patuh pada agama islam dan sgt mengethaui ttg agama. Keperluan menulis kitab pada mereka adalah bagi tujuan supaya panduan orang akan datang. Kita ini hanya boleh melihat orang eropah mengkaji kitab2 ibnu sina sampai sekarang tetapi kita tidak melihat keilmuana org2 melayu dahulu yg belajar dr timur tengah dan menulis kitab mengikut keperluan orang melayu yg mempunyai perlbagai bangsa dan keturunan. Sesungguhnya orang melayu sebelum kedatagan agama nabi muhamad mereka juga menpunyai ilmu yang tinggi akan tetapi mereka tidak menulis kitab2 seprti mana org selepas kedatangan agama nabi muhamamnd.

    Apa yang pasti dan benar ilmu Allah Taala itu Maha Luas dan Dialah yang Maha Mengetahui dan Maha Kaya.

    Tq.
    Wallahualam bissawab.

    BalasPadam
  5. Salam tn tanah..

    Saya mmg peminat pasal sejarah tanah melayu ini serta sejarah sekitarnya atau berkait dgnnya. Penulisan tn juga menjadi rujukan bagi saya dan sy selalu melawati blog tn dar masa semasa dan akan baca jika ada update terbaru. Sudah sekian lama tiada update baru dari pihak tn. Tiada apa jika tiada update baru akan tetapi selolah satu nafas dalm membongkar sejarah org dahulu terputus. Harap di sambung kembali kajian dan bacaan yang ilmiah bagi para pembaca blog ini.

    Saya tiada apa unutk dikongsi pd tn akan tetapi saya mempunyai satu cerita yang datang dari nenek moyang saya yang mungkin boleh dibawa ke tengah atau sebaiknya jika ada boleh mengkaji dan memberi dana untuk dibuat kajian tentang sejarah anak nabi noh yang dibunuh salah sebuah negeri tanah melayu.

    Pada zaman waktu nenek moyang saya menuntut ilmu dgn orang alim di salah sebuah negeri tanah melayu, guru mereka akan melawat tempat rangka anak nabi noh yang mati dibunuh setiap tahun. Dikatakan tulang terlalu besar dan ukurun lubang mata dikatakn besar kepuk.

    Ada usaha mencarinya pada lewat tahun 1980 oleh orang tua saya akan tetapi tmpt tersebut akan tetapi malang tidak berjumpa kerana tempat tsbt tdk di huni oleh penduduk dan penduduk asal yang lama telah berpindah kekawasan baru yang jauh dari tempat rangka anak nabi noh.

    Dari percakapan seorang tua dari kalangang penduduk asal tempat tsbt tempat rangka anak nabi noh sudah hutan tebal dan tulang rangka sudah berlumut. Berpandukan cerita dari org tua tempat tsbt usaha mencari akhirnya gagal juga kerana sudah lama di tinggalkan dan dikatakan tempat kawsan rangka anak nabi noh itu keras dan berpununggu.

    Memang la sepatutnya cerita ini agak karut tetapi bagi kami semamang kami percaya kerana ia datang dari moyang kami yang belajar agama pada orang alim. Nama negeri, nama panggilan anak nabi noh, nama orang alim tersebut biar saya rahsiakan dahulu.

    Orang yang membunuh anak nabi Noh ini bukan calang2 orangnya dan ia berlaku ketika waktu Nabi Muhamamad masih ada lagi.

    Saya cuma merasa ruginya jika taida pengkaji sejarah mengkaji daa mencari rangka anak nabi noh ini. Mmg agak sukar mencari dan jika dapat kita bekerjasama dengan arab saudi atau mana2 orang kaya arab saudi yang berminat ttg sejarah tiada mustahil tulang ranngka anak nabi noh tidak dapat dicari.

    Ramai pengkaji mencari kapal nobi noh dan dikatakan ramai yang gagal dan makan masa bertahun2 serta kewangan ygn banyak. Semua kebanyakkannya dari pengkaji barat dan dikatakan tiada dari pengkaji orang islam.

    Bukan tiada akan tetapi tiada dana dari orang2 kaya terutama dari orang Arab untuk membiayai pengkaji. Sesungguhnya banyak tinggalan pahlawan Arab dan tiada orang mengkaji ttg hal ini.

    Saya harap ada tesis atau kajian ttng tinggalan anak nabi noh ini dari mana intitusi belajar dan ada usaha mengerakakan untuk mencarinya.



    TQ
    Wallahulam..

    BalasPadam
  6. Org tua sllu klau kutip pucuk ubi.. dye jmur bg layu dlu bru celur .. utk elak racun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. paling mudah ramas pucuk ubi dengan campuran garam setelah itu cucilah dgn air bersih kemudian toskan dan barulah dimasak atau ditumis ikut kesukaan anda.

      Padam
  7. Nice post. I really enjoy reading it. Very instructive, keep on writing.Thanks for sharing.

    BalasPadam
  8. e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663
    Telephone..Number:[+60]1123759663
    email:::::::hafizulbin365@gmail.com
    Name::::Hafizul Bin Haziq
    Country:::Malaysia
    [[[[di atas adalah data peribadi saya]]]]]
    Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
    [[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
    Country::::::Malaysia
    Name::::::::Hafizul Bin Haziq
    email::hafizulbin365@gmail.com
    Telephone Number:[+60]1123759663
    WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

    BalasPadam
  9. Boleh saudara al semantani berkongsi sedikit ilmu tentang kerajaan Perlak yakni kerajaan Islam pertama di alam Melayuwiyah

    BalasPadam
  10. Minta jasa baik tuan AL Semantani Jones supaya membuat kajian mengenai kerajaan Perlak. Sebab kerajaan Perlak lebih tua daripada kerajaan Melaka, Sukhotai, Ayutthaya malahan sezaman dengan Sriwijaya dan merupakan kerajaan Islam pertama di alam Melayu

    BalasPadam
  11. First of all, thank you for your post. casinosite Your posts are neatly organized with the information I want, so there are plenty of resources to reference. I bookmark this site and will find your posts frequently in the future. Thanks again ^^

    BalasPadam
  12. Thank you very much for your post, it makes us have more and more discs in our life, So kind for you, I also hope you will make more and more excellent post and let’s more and more talk,
    thank you very much, dear.
    홀덤사이트

    BalasPadam
  13. , you can hear the groans of ecstasy, making you more passionate. heating masturbation cup

    BalasPadam
  14. Congratulations on your article, it was very helpful and successful. 1dfeffb364a8980ec3ec6882736711ac
    website kurma
    website kurma
    sms onay

    BalasPadam
  15. Thank you for your explanation, very good content. c4d9f81cc4a6a5539e6e6305d192d304
    altın dedektörü

    BalasPadam
  16. Thanks for your article. b14d00f58d3587404b3ada323bc02027
    evden iş imkanı

    BalasPadam
  17. Nice post thank you Amy

    BalasPadam
  18. BB419
    ----
    ----
    matadorbet
    ----
    ----
    ----
    ----
    ----
    ----

    BalasPadam
  19. <a href="https://www.sama-clean.com/%d8%b4%d8%b1%d9%83%d8%a9-%d9%85%d9%83%d8%a7%d

    BalasPadam
  20. https://elrokn-elmethaly.com/%d8%b4%d8%b1%d9%83%d8%a9-%d8%b9%d8%b2%d9%84-%d8%ae%d8%b2%d8%a7%d9%86%d8%a7%d8%aa-%d8%a8%d8%a8%d8%b1%d9%8a%d8%af%d8%a9-0502817208-%d8%b9%d8%b2%d9%84-%d9%88%d8%b5%d9%8a%d8%a7%d9%86%d8%a9-%d8%ae%d8%b2/ sxmvars1Ei

    BalasPadam