Pada tahun 2011 CNN Travel telah
menyenaraikan sebanyak 50 jenis masakan yang paling sedap didunia menurut
survey mereka.Dalam senarai tersebut sejenis masakan dari Thailand yang namanya
Gaeng Massaman atau Massaman Curry mendapat tempat yang pertama dan digelar The
King of Curry. Bagi anda yang suka makan masakan Thai dan sering berkunjung ke
restoran Thai atau selalu melancong ke Thailand saya pasti anda mungkin pernah
merasa atau mendengar mengenai masakan ini kerana ia adalah salah satu masakan
yang sangat popular di Thailand. Masakan ini dikatakan sangat unik dan cara
memasaknya juga agak rumit berbanding masakan Thai yang lain.
Saya tertanya-tanya apakah yang
hebat sangat mengenai masakan ini? Mungkin juga berasa cemburu kepada orang
Thai kerana masakan mereka disenaraikan sebagai masakan no 1 dunia tetapi
masakan Melayu tidak mendapat kedudukan yang sama. Jadi untuk mengetahui
mengenai masakan tersebut saya mula membuat sedikit research.Saya menonton
banyak video cara-cara memasak masakan tersebut. Saya dapati cara memasaknya
sangat mirip dengan cara memasak gulai-gulai Melayu terutama dalam penyediaan
bahan-bahannya.
Dalam menyediakan Gaeng Massaman
antara bahan utamanya adalah rempah-rempah kering seperti jintan,buah
pelaga,kayu manis, buah pala, ketumbar,cengkih dan bunga lawang. Masakan
orang-orang Thai yang asli sebenarnya tidak menggunakan rempah-rempah kering
seperti yang saya sebutkan diatas. Malah kebanyakan gulai Thai atau Thai Curry
contohnya Thai Green dan Red Curry tidak menggunakan rempah-rempah yang kita
biasa sebut lima beradik atau tujuh beradik tersebut. Ini agak aneh bagi saya.
Saya mengorek lagi sejarah Gaeng
Massaman ini.Dikatakan bahawa hebatnya masakan ini hinggakan ianya turut
disebut dalam catatan Istana Thai.Dalam sebuah puisi Thai yang ditulis oleh
Putera Itsarasunthon (yang kemudian menjadi Raja Rama II ayah kepada Raja
Mongkut) untuk kekasihnya yang dipercayai adalah Puteri Bunrot, masakan ini
turut disebut dengan spesifik.Puisi tersebut memuji-muji masakan Gaeng Massaman
yang dimasak oleh kekasihnya itu. Terjemahan puisinya berbunyi begini:
“…Massaman, a curry made by my
beloved, is fragrant of cumin and strong spices.
…Any man who has swallowed the
curry is bound to long for her.”
Satu lagi perkara yang sangat
menarik mengenai masakan ini ialah ianya tidak dimasak menggunakan daging babi
oleh orang Thai walaupun orang-orang Thai yang beragama Buddha memang makan
babi. Masakan ini biasanya akan menggunakan daging ayam, itik, lembu ataupun
kambing. Hal ini kerana perkataan Massamman itu dikatakan berasal daripada
sebutan Thai untuk Mussalman atau Muslimin iaitu orang-orang Islam dan ini
membuktikan bahawa masakan ini adalah asalnya masakan orang-orang Islam.
Menurut pendapat Santisawetwimon dan David Thomson, Gaeng Massaman sebenarnya
berasal daripada masakan para pendatang Parsi dan India muslim yang menetap di
Kota Ayutthaya beberapa ratus tahun dahulu yang berketurunan Syeikh Ahmad Qomi
seorang ulama Syiah.
Namun bagi saya pendapat ini
kurang tepat dan agak pelik kerana banyak bahan-bahan yang digunakan untuk
memasak masakan ini adalah bahan yang memang tidak pernah digunakan dalam
mana-mana masakan India Muslim apatah lagi Parsi seperti belacan, temu kunci,
kunyit hidup, limau purut, kelapa atau kacang goreng, serai, lengkuas, asam
jawa, nenas, keledek , gula kabung/gula Melaka dan santan. Selain itu teknik
menyangrai atau menyangai kesemua bahan-bahan ini terlebih dahulu sebelum
ditumbuk dengan lesung batu hingga lumat juga tiada dalam masakan India mahupun
Parsi.
Pendapat kedua yang juga popular
di kalangan orang Thailand sendiri ialah masakan ini berasal dari selatan
Thailand dan ianya adalah hasil pengaruh masakan orang Islam selatan Thai iaitu
orang MELAYU. Saya percaya inilah penjelasan yang paling tepat kerana terlalu
banyak persamaan cara memasak dan bahan-bahan yang digunakan untuk masakan ini
dengan Gulai daging atau ayam orang Melayu. Namun demikian jika diteliti semula
dengan lebih halus, kebanyakan gulai-gulai biasa Melayu juga tidaklah
sekompleks dan sebanyak itu bahan untuk memasaknya.Jadi masakan Melayu apakah
selain gulai biasa yang mempengaruhi Gaeng Massaman ini. No!…tidak!…bukan
Rendang ye..:)…tetapi satu masakan dari pantai timur dan utara semenanjung yang sangat terkenal
ketika musim perayaan iaitu KERUTUK dan GULAI KAWAH terutama di Kelantan, Kedah dan
Terengganu. Ia juga boleh disamakan dengan Gulai Daging yang pekat dan likat kuahnya.
Sebagai seorang yang minat
memasak dan telah beberapa kali memasak Kerutub, saya memang sangat kenal
dengan bahan-bahan dan cara memasak Gaeng Massaman yang saya lihat di dalam
video-video tersebut walaupun ada beberapa bahan untuk memasaknya tidak
digunakan dalam masakan Kerutub. Namun demikian sebahagian besar bahan-bahannya
memang sama dan cara menyediakan bahan dan rempahnya juga sangat mirip.
Sepertimana Kerutub, Gaeng Massaman sebenarnya tidak terlalu pedas kerana hanya
sedikit cili merah yang digunakan. Mungkin sebab itu orang-orang barat
menyukainya.
Selain itu cara makan gulai ini juga
unik dan berbaur Melayu, kerana menurut tradisi orang-orang Thailand, gulai
Gaeng Massaman ini lebih sedap jika dimakan KEESOKAN HARI selepas ia dimasak
kerana rasanya telah sebati. Anda perasan tak tradisi ini juga sebenarnya
sangat popular di negara kita? Ya, mak ,datuk dan nenek kita juga selalau cakap
perkara yang sama. Kalau masak gulai tinggalkan sedikit untuk dimakan esok hari
kerana ia lebih sedap. Biasanya mak kita akan menyimpan gulai itu untuk dicicah
dengan roti pada keesokan harinya, dan tradisi ini memang saya tahu sebab Tok
wan saya yang berasal dari Kedah memang pantang kalau mak atau nenek saya tidak
menyimpan gulai yang dimasak untuk keesokan hari. Menarik bukan? Maka sekarang
teranglah bahawa masakan no 1 tersebut sebenarnya adalah sejenis masakan yang
dipengaruhi oleh orang Melayu dan kita patut bangga kerana masakan bangsa kita
mendapat tempat dihati orang luar tanpa kita sedari.
Diharapkan selepas ini janganlah
asyik-asyik mengatakan bahawa masakan orang utara dan pantai timur itu banyak
dipengaruhi masakan orang Thai seolah-olah pengaruh Thai itu bagaikan tsunami
yang menenggelamkan kesemua budaya Melayu pantai timur dan segenting kra dan
orang Thai lansung tidak mendapat pengaruh daripada bangsa kita. Seolah-olah hanya
orang Melayu sahaja yang mencedok pengaruh dari bangsa lain tetapi bangsa lain
tidak mencedok budaya kita. Hakikatnya budaya kita banyak dicedok oleh
orang-orang Thai sejak zaman berzaman. Ingat tau, sejarah Melayu itu bukan
sahaja terdapat di dalam manuskrip, buku-buku ilmiah, jurnal-jurnal di
Universiti sahaja, tetapi juga tersembunyi di dapur dalam periuk kuah gulai
yang dimasak oleh bini pok mat saman...:D
https://www.youtube.com/watch?v=nVqHRywEnx4
~ASJ~
setuju..kalau berckp psl sejarah atau warisan memang majoriti org melayu malaysia ni akan ata ini pengaruh dri negara ini atau itu...tpi bile di selidik dan ada bukti yg ianya memang warisan melayu kita..tapi bila ada usaha utk membuktikan warisan melayu ini baik dr segi sejarah, pakaian, makanan, seni bina, herba perubatan, permainan, seni muzik dan tarian atau adat perundangan mengatur tatasusila masykt..mahu pun ritual harian mulalah ada melayu yg skeptik yg kata in semua bohonglah..patriotisme buta ultra melayulah..tidak islamiklah(atau lebih tepat tiada unsur arab).
BalasPadamAda juga kata ini menghalang masyrkt mlaysia yg berbagai kaum bersatu kalau usaha sebegini diteruskan..apakah jadah?..ada yg kta membazir dr segi ekonomi..ini yg jenis mata duitn yg tau buat projek besar dan musnah semua tinggalan sejarah mcm rumah2x lama melayu..sibuk buat rumah mcm pigeon hole bagi rakyat tinggal bersesak kat dlm..kan bagus setiap rakyat diberi tanah..tpi yah tak profitablelah property mcm ni..developer semua nak untung buta saja...kan..kesian kau melayu
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
BalasPadamJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Salam saudara tahniah seulung2 tahniah!
BalasPadamSaudara saya nasihatkan saudara tolonglah buat 'youtube' channel. Saya dapati banyak saudara semelayu kita membuat video yang ikut seperti memberi pendapat tentang video viral misalannya. Malah berbahasa penjajah pula si sang Inggeris.
Tolonglah saudara demi orang Melayu kita yang seiman dengan kita!
Salam sejahtera dari afiq.zuh kepada al- semantani dan sekutumu!
Info tambahan: saya ada baca dauku saudara dan sekutumu iaitu 'MEMBONGKAR RAHSIA DUNIA MELAYU'
nice blog
BalasPadam