Ahad, 12 Oktober 2014

BAKAL TERBIT! BUKU: MENGBONGKAR SEJARAH MELAYU, PRIBUMI ASIA TENGGARA.




As salam kepada semua. Dengan sukacitanya saya mempersembahkan sebuah buku sejarah berbentuk santai yang pertama hasil tulisan tiga orang Blogger yang mempunyai minat yang mendalam pada sejarah bangsa Melayu.  Seperti yang tertera pada tajuk buku diatas, penerbitan buku ini adalah inisiatif atau percubaan penulis bersama dua orang Blogger yang terkenal iaitu Srikandi dan Ibnu Rusydi untuk menjawab beberapa topik berkenaan sejarah  Melayu yang  sering dipertikaikan oleh pihak tertentu . Perkara yang dibincangkan adalah topik yang sering dibangkitkan khususnya di alam maya terutama laman-laman sosial yang sering dilayari oleh anak-anak muda kita.

Hasil kerjasama dengan Penerbit buku  Hijjaz Record Publishing (HRP), sebuah buku yang menghimpunkan beberapa buah artikel ini akan diterbitkan sebagai rujukan sampingan dan panduan asas terutamanya kepada generasi muda agar lebih cakna akan sejarah bangsa dan tidak mudah termakan dengan dakyah negatif yang bertujuan untuk menjatuhkan keyakinan serta melemahkan semangat bangsa Melayu dan Bumiputra di negara ini.

Jika semuanya berjalan lancar, Insya Allah buku ini akan berada di pasaran sebelum hujung tahun ini. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran atau terus memesan dengan penerbit di http://www.hijjaz.my/store/.

Berikut dipaparkan sedikit petikan daripada salah satu artikel di dalam buku ini tentang topik ‘SENJATA API DI ALAM MELAYU’:


Tidak ramai yang tahu bahawa masyarakat Melayu juga menghasilkan dan menggunakan pelbagai jenis senjata api sejak zaman Kesultanan Melaka lagi. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa tentera Portugis pada awal abad ke-16, Belanda pada abad ke-17, dan Inggeris pada akhir abad ke-17 berhadapan dengan tentera Melayu yang lengkap bersenjata api secanggih senjata api mereka.

Perkara sebenar ini amat bertentangan dengan apa yang dipaparkan pada buku teks sejarah di sekolah iaitu pada Bab serangan Portugis ke atas Melaka. Apa yang digambarkan adalah tentera Melaka berhadapan dengan tentera Portugis dengan hanya bersenjatakan senjata tradisional seperti keris, pedang, tombak dan panah. Sedangkan pihak Portugis lengkap dengan baju perisai termasuklah senjata api seperti meriam dan senapang. Gambaran yang diberikan terhadap pasukan ketenteraan Melaka sangat daif dan hampir tiada penekanan mengenai penggunaan senjata api. Jika adapun hanyalah penggunaan Lela iaitu sejenis meriam kecil tanpa sebarang penerangan lanjut.

Ilustrasi yang diberikan seolah-olah pelabuhan Melaka hanyalah sebuah penambang bot kampung sahaja. Gambaran tidak tepat dan merendah-rendahkan tamadun Melayu ini menjadi trend pada satu masa sehinggakan ada dikalangan bangsa kita sendiri mengakui ungkapan menghina bahawa orang Melayu ‘hendak membuat sebatang jarum pun tidak tahu’. Akibatnya orang Melayu terperangkap dalam fenomena ‘inferiority complex’ yang teruk sehinggakan ramai dikalangan orang Melayu yang malu untuk mengaku sebagai Melayu dan lebih berbangga dengan tradisi dan ketamadunan barat yang ditinggalkan penjajah.


 ~ASJ~


*Oleh kerana ini adalah cubaan pertama saya dalam penulisan buku, diharap jika berlaku sebarang salah atau silap, terguris hati dan terkasar bahasa harap dimaafkan hendaknya. Sekian...:)

40 ulasan:

  1. hoping for the best but expecting the worst

    BalasPadam
  2. Diharap buku ini menjelaskan isu paling asas, iaitu asal usul orang Melayu. Ini bagi membantu kita menjelaskan kepada orang lain.

    Saya juga berharap ayat ditulis dengan jelas, betul ejaan dan tatabahasanya.

    BalasPadam
  3. Harap buku tersebut tidak seperti kebanyakan bloger lebih mengagungkan etnik sendiri seperti aceh dan jawa,walhal kekuasaan mereka sudah berlalu.Diharap kajian secara menyeluruh meliputi kesultanan banjar satu2nya kesultanan dahulu mempunyai baitah dengan berbagai etnik seperti jawa,dayak ,bugis dan lain2.Kini kesultanan banjar mulai memainkan peranan semula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik.....bnyk jgk blogger assobiyah.....!!!!haha....padahal x kemana pun.....

      Padam
  4. Cucu, cucu tak dapat lari.
    Nenek tua banyak sakti.
    Sekarang nenek nak cari ganti.

    BalasPadam
  5. kalo masuk dalam google play store lg bagus..blh baca kat mana2..seluruh dunia blh langgan..

    BalasPadam
  6. Tuan, harap dapat terbitkan edisi hardcover juga.

    BalasPadam
  7. Daripada membincangkan melayu sebagai pribumi di Asia Tenggara ... maka jauh lebih berguna dan bermandaat bagi publik melayu di Malaysia jika buku ini lebih fokus kepada melayu ppribumi di tanah melayu saja ....

    Sia-sia membahas mengenai kehebatan melayu di asia tenggara ini karena ialah hanya masa lalu ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiada yg sia2x jika belajar sejarah silam..apa lgi jika sejarah yg patut dihargai dan dijadikan motivasi utk generasi akna dtg supaya lebih kental jiwa sayang bangsanya..itu lebih baik dr belajar sejarah palsu yg membawa agenda parti politik tertentu..

      kalau dr sudut indonesia mungkin hegemoni republik yg didominasi politikus jawa dr kalangan elit tentera terutamanya akan terjejas..jika cerita melayu in lebih dekat dgn msrkt luar dr pulau jawa terutama sumatera dan kalimantan..mereka idak mahu ada lagi kes2x spt aceh dan papua.

      juga mungkin mereka malu dgn revolusi sosial yg ternyata adalah cubaan penghapusan etnik atas nama kemerdekaan..yg mana sumatera timur bukanlah wilayah kuasaan sebahagian dr imperialis pro republik jawa..dibunuhnya kesultanan melayu..tapi diselamatkn keraton jawa.

      teruskn al semantani..ini cerita melayu utk anak cucu kita..jgn ambil peduli org2x luar yg jahat ni.

      Padam
    2. kepada saudara di atas....

      satu pandangan yg jitu. tahniah! buku ini insyaallah bakal memberi KESEDARAN DAN KEINSAFAN kpd umat melayu nusantara yg membacanya..... inilah perkara yang amat2 ditakuti oleh puak2 chauvanis liberal cap kejawen. saya percaya buku ini akan mendapat permintaan yang tinggi di indonesia, thailand dan brunei.....

      kepada bro Al Semantani Jones... teruskanlah usaha murni anda mendidik anak bangsa

      Padam
  8. Alhamdullilah... :)
    Seronoknyer ada hard copy tuk dibaca, x kisah la santai pun.
    kalau boleh biarlah secara ilmiah, dokumentari dan detail.

    BalasPadam
  9. Salam
    Saya harap sangat dapat beli buku ni

    BalasPadam
  10. Yup ... betol melayu malaysia adalah pribumi di asia tenggara dan tanah melayu karena mereka semua keturunan Homo ERECTUS (MANUSIA KERA) ... Jadi tidak heranlah jika mereka berperilaku seperti kera atau orang utan ...

    Sedangkan melayu di luar malaysia adalah homo Sapien .... mereka adalah keturunan austronesia yang termasuk ras mongoloid ... mereka inilah manusia melayu yang betol-betol manusia ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan ke kaum di seberang (indon) yg beria2 mengaku keturunan dari homo erectus @ java man? walaupun telah dibuktikan java man itu manusia beruk tapi tetap juga mereka (indon) mempercayai mereka berasal dari java man....

      Padam
  11. Nie ada hal menarik tentang history negara kita tercinta....
    Ternyata dulu semenanjung malaya nie pernah dijajah majapahit,..dalam buku jawa kuno''negara kertagama''..ada tertulis citer tentang para perajurit kerajaan majaphit datang ke semenanjung malaya sekitar tahun 1200 masehi...dalam sebuah tulisan kuno jawa pada daun lontar kat muzium den hagh belanda tertulis tentang semenanjung malaya
    ''ingsun nekani tanah semenanjung,babad alas,bangun deso,...ingsun nemoni manungso asli kang urip ono duwur wit,nganggo klambi godhong''....artinya saya(panglima perajurit kerajaan majapahit)...sudah mendatangi tanah semenanjung malaya,...ada orang asli berjumlah sedikit yang hidup diatas pohon dan berbaju daun.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. loh.. loe ngedongeng apa sih.... fakta sejarah maccapai baru diasaskan pada 1298 masehi kok bisa datang ke semenanjung melaka pada 1200 masehi ??? pada 1200 masehi kertanegara aja belum bikin ekpedisi pamalayu utk melutut kpd melayu sumatera... aneh banget sih ngomongnya. opo kowe miring?

      Padam
    2. nih anak ngawur apaan sihhh??

      Padam
    3. Biarkan semua orang bebas menulis .... Bukankah semua orang berhak untuk omong apa saja, termasuk juga yang ngawur dan x masuk akal di blog yang juga x kalah ngawurnya ini ... Hahahaha

      Padam
    4. Memang semua orang bebas menulis... tapi harus tahu juga di mana anda berada. Kalau anda sedang berada di sebuah blog yang sedang membicarakan sesuatu subjek secara ilmiah, maka anda juga dituntut berbicara secara ilmiah. Jangan hanya menuduh sembarangan tanpa asas, tak baik tu....

      Padam
  12. Coba bahas sejarah dunia berdasarkan map of the world history di bawah ini .... tidak ada yang membahas sama sekali asal-usul bangsa melayu ....

    http://en.bcdn.biz/Files/2013/8/15/09411e43-9c5b-41c0-9693-0828ab3815b0.jpg

    Ingat di atas langit masih ada laangit ... kisah tamadun melayu yaang aanda tuan-tuankan itu tak ada apa-apanya jika dibandingkan tamadun India ataupun China .. apalagi dibandingkan dengan tamadun besar dunia lainnya ...

    Tamadun melayu, khasnya di Malaysia (Tanah Melayu) tak lebih maju daripada tamadun manusia kera ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa kamu lagi sakit hati..ini utk kepentingan melayu agar generasi mereka yg semakin hanyut dgn arus kemodenan kecelaruan agama dan masalah krisis identiti era moden ini mampu mengambil pengajaran dan rasa syukur juga dujadukan semangat utk jadi lebih melayu..ini bukan soal mahu banding2x...kau rasa melayu akan sombong kalau blajar sejarah nenk moyangnya?..mungkin ada tapi itu tidak bermakna melayu yg lain akan turut sombong..hak mereka mau tau sjarah mereka.

      kau rasa apa org cina, org india atau org jawa tidak ada yg sombong bile bermegah2x dgn sejarah silam mereka..sudahlah..lagi mau guna peta apa?..byk lagi peta didunia ni menunjukkan kewujudan melayu..catatan portugis, belanda, inggeris cina, india dan arab pun ada.

      Padam
    2. heran... ramai juga yang trauma dan rasa sakit hati bak terguris luka sampai keserupan bila melayu cuba membongkarkan sejarah melayu yang sebenar2nya setelah ditutup serapat2nya oleh penjajah keparat spt british. mereka merasakan spt satu kesalahan besar jika melayu mengetahui sejarah sebenar mereka. ada pula yang sanggup bermatian2 mereka2 sejarah palsu demi menidakkan sejarah melayu yang sebenar. begitu busuk hati mereka ini.

      p/s: saya hanya mampu tersenyum melihat gelagat keanak2an mereka ini.

      Padam
  13. Ada perspektif yang tampaknya sengaja dibaangun dan direkayasa oleh Bnagsa Melayu (Kera) di Malaysiaa mengenai asal-usul pendiri Kerajaan Melaka (Parameswara) ...

    Mereka dengan segala argumentasi ynag dibuat-buat mempropagandakan Parameswara sebagai paangeran dari Srwijaya ... paadhal sejarah membuktikaanb bahwaa Parameswara sesungguhnya adalah pangeran dari Majapahit (keturunan Raden Wijaya - pendiri Majapahit) ... seorang Jawa yang beragama Hindu ....

    Cara-cara propaganda ini jelas juga terlihat jelas ketika Malaysia "merampok" Sabah dan Sarawak dengan bantuan British .. Malaysia dengan sengaja dan tanpa malu membuat argumentasi yang betol-betol memalukan atas perampokannya kepada rakyat Sabah dan Sarawak ...

    Betol-lah jika banyak jiran yang mengatakan bahwa Malaysia .... Sekali Maling akan terus Menjadi Maling ... Malaysia is a trouble maker in SEA .... Jika bangsa-bangsa di Asia Tenggara ini ingin hidup damai .. maka mereka mengenyahkan dan/atau mendidik bangsa melayu (Kera) di Malaysia ini agar lebih bertamadun ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha palui bah kau ni..saya ni org sabah..ndak pernah malaysia merampok sabah sama sarawak...sabah dan sarawak mengundi utk bergabung dgn semenanjung malaya dan singapura utk membentuk federasi malaysia.

      pungutan suara dgn sokongan UN yg dipanggil suruhanjaya cobbold atau cobbold commision telah menunjukkan majoriti rkyat sabah dan sarawak mahu bergabung dlm federasi malaysia..lainlah mcm indonesia hantar tentera ke timur timor dan papua...bagus jugak akhir timur merdeka..nanti papua pasti sampai masa merdeka juga...jdi sebelum kau menyakap pasal negara org lain lihat dulu bah negera mu..palui

      terus terang mau banding borneo sebelah malaysia jauh lebih membangun berbanding wilayah kalimantan...sy pernah ke tarakan..mintak maaf..kesian saudara borneoku..kalau mereka dlm wilayah sabah atau malaysia..nasib mereka lebih terbela..pembangunan lebih baik berbanding skrg diperintah indonesia.

      Padam
    2. jgn kau lupa keturunan majapahit ibunya dr kerajaan melayu iaitu dara petak..pendek cerita kturunan raja2x majapahit selepas raden wijaya atau kertajasa melalui jayanegara adalah berdarah campuran melayu dgn jawa..jadi jgnlah bangga sgt dgn kepekatan jawamu itu.

      sememangnya parameswara beragama hindu mungkin budha memandangkn dia dr bekas wilayah takluk sri wijaya di sumatra..tiada masalah..apa kau rasa kami malu bahawa dia berasal bukan dr agama islam...oh tidak..kita terima hakikatnya...melyu dulu emang bukan islam...tiada apa2x permasalahan..memangnya sejarah

      Padam
    3. Pandangan (spekulasi) bahawa Adityavarman dan Raja Iskandar Syah a.k.a. Parameswara @ pengasas kerajaan Melayu Melaka adalah individu yg sama merupakan satu hujah yg masih lemah......

      Masih tidak ada satu kerangka yang jelas dari sumber sejarah...... :(





      Padam
  14. Amat berharap agar buku ini dijadikan buku teks di sekolah untuk rujukan anak2 generasi kini dan akan datang.

    BalasPadam
  15. Melayu xde beza dgn yahudi...kotei..agung2 kan bangsa sendiri..bodoooooooooooo

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak sesuai langsung nak disamakan melayu dgn yahudi...yahudi tu bangsanya bijak2x..melayu ni mintak maaf ckp byk yg kurang cerdik tapi ego besar..kalau nak dibuat persamaan...melayu skrg samalah mcm arab..bodoh nak mampus tapi ada sikap tinggi diri mengalahkan unta jantan yg perengus..cara pembawaan diri dia mcm dia confident je masuk syurga..putar belit jemaah haji dan umrah..kasar pulak tu.

      melayu pula bile berjanji tak ditepati..bila brhutang tak nak bayar tapi mintak halal..padahal katanya mula2x pinjam nanti byr balik...lepas tu sibuk tambah bini tapi tak tengok kemampuan kewangan..dia fikir kemampuan anu dia je..kalau tang kemajuan bangsa dia tak peduli..sibuk balun projek utk besarkn tembolok sendiri..cina dan india bagi rasuah terime je tapi bile berckp psl survival bangsa dan agama dialah yg paling hero...tapi satu sejarah melayu apa pun tarak paham..perangai macm dia bangsa pilihan..melayu dn arab memang secocoklah.

      Padam
  16. azman bin melayu bin tengkolok bin keris10 November 2014 pada 8:13 PG

    Takkan melayu hilang di dunia puiiiiiiii.tidak ada yg akan kekal di dunia melainkan Allah...melayu cina india asli british korea semua hilang brader...jgn nk berangan laaaaa

    BalasPadam
  17. Sehingga ke tarikh ini (12.11.2014) buku nih dah ada kat pasaran ker?
    Tak sabar nak membacanya.

    BalasPadam
  18. Berita menggemparkan ....

    Fosil Gigi Manusia Bangsa Melayu Berumur 140 Juta Tahun Ditemukan di Malaysia
    Novi Christiastuti Adiputri - AFP

    Kuala Lumpur - Fosil gigi manusia berusia 140 juta tahun ditemukan di Malaysia. Gigi ini diperkirakan milik species homoerectus yang diperkirakan sebagai nenek moyang manusia berbangsa melayu di Malaysia. .Demikian seperti dilansir AFP, Kamis (13/11/2014).

    "Kami memulai program untuk mencari fosil homporectus sejak 2 tahun lalu. Kami sangat senang menemukan gigi ini di wilayah Pahang (tahun lalu)," tutur Sone.

    Para peneliti dari Waseda University dan Kumamoto University asal Jepang juga ikut serta dalam proyek ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh ini species yang sama dengan javaman yang diakui oleh suku jawa indonesia sebagai nenek moyang mereka. ini bererti suku jawa berasal dari malaysia la.... betul tak?

      Padam
    2. kene tipu la pengkaji2 UM tu semua. kalau ada gigi dinosaur ke org ke mesti ada rangka sekali. sebenar jepun tu semua nak ambik bijih besi, takpun emas. apalah guna lah akal sikit. cuba tgk baik2 brp luas tanah yg diorang tarah nak buat kajian tu. brp byk bijih besi diorang bawak kluar sekali bersama kajian palsu diorang.

      Padam
  19. Salam.kenapa tajuk diletak membongkar. Macam judul e-book promosi. Lebih profesional kalau buang "Membongkar" tu.

    BalasPadam
  20. Wassalam. Membongkar bermaksud membuka rahsia / membuka secara paksa.Tajuk "Membongkar" sangat sesuai kerana selama ini sejarah Melayu sengaja disembunyikan sehingga muncul bermacam2 versi sejarahnya yg bercelaru. Tak setuju? Tak percaya? Aku berharap sgt ada kesinambungannya seperti Membongkar Rahsia Dunia Melayu 2: Dikagumi dan Dicemburui Musuh. Kalau banyak tanya sgt, aku suruh korang g beli je.senang..kau senang aku pun senang..

    BalasPadam
  21. Wassalam. Membongkar bermaksud membuka rahsia / membuka secara paksa.Tajuk "Membongkar" sangat sesuai kerana selama ini sejarah Melayu sengaja disembunyikan sehingga muncul bermacam2 versi sejarahnya yg bercelaru. Tak setuju? Tak percaya? Aku berharap sgt ada kesinambungannya seperti Membongkar Rahsia Dunia Melayu 2: Dikagumi dan Dicemburui Musuh. Kalau banyak tanya sgt, aku suruh korang g beli je.senang..kau senang aku pun senang..

    BalasPadam
  22. Wassalam. Membongkar bermaksud membuka rahsia / membuka secara paksa.Tajuk "Membongkar" sangat sesuai kerana selama ini sejarah Melayu sengaja disembunyikan sehingga muncul bermacam2 versi sejarahnya yg bercelaru. Tak setuju? Tak percaya? Aku berharap sgt ada kesinambungannya seperti Membongkar Rahsia Dunia Melayu 2: Dikagumi dan Dicemburui Musuh. Kalau banyak tanya sgt, aku suruh korang g beli je.senang..kau senang aku pun senang..

    BalasPadam