Rabu, 9 Oktober 2013

WAYANG MALAYANG





WAYANG DARI KELANTAN


Salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Bagi posting kali ini saya hanya mahu memaparkan satu maklumat yang ringkas sahaja. Ianya adalah berkenaan hubungan orang Melayu purba dengan orang Khmer serta kebudayaan Wayang Kulit. Sebenarnya para pembaca sekalian, hubungan diantara dua bangsa purba ini sangat misteri. Masih ramai yang tidak tahu bahawa golongan Mon-Khmer ini juga adalah saudara terdekat kita dari segi genetic. Terdapat banyak persamaan diantara orang Khmer dengan orang Melayu terutama kelompok Melayu tua seperti Kelantan-Pattani-Champa dan Kedah atau lebih mudah disebut Melayu Langkasuka dan Segenting kra.


Persamaan ini bukan sahaja dari rupa fizikal tetapi juga dari sudut budaya dan bahasa. Dalam konteks budaya pada misalnya kita dapat lihat ada persamaan diantara permainan Wau bulan di Kelantan dan Pattani dengan rupa bentuk Wau bulan dan beberapa jenis Wau lagi di Kemboja. Di Kemboja permainan Wau juga dimain sebagai perayaan musim menuai dan di masa-masa lapang seperti di Kelantan. Begitu juga dari segi bahasa. Terdapat banyak perkataan-perkataan yang sama seperti perkataan Khmer dalam vokabulari orang Melayu utara terutama di Kedah dan Perlis. Antaranya ialah perkataan bendang dan relong yang berkaitan dengan aktiviti penanaman padi. Samaada ianya perkataan Melayu asli yang dicedok orang Khmer atau ia perkataan asli Khmer yang dicedok kita itu saya tidak pasti. Kajian harus dibuat tentangnya.

WAU MASYARAKAT KHMER

Namun ada satu fakta yang amat menarik telah saya jumpa semasa membuat penyelidikan tentang hubungan Khmer dan Melayu. Apa yang saya jumpa para pembaca sekalian adalah sesuatu yang patut diambil peduli oleh kementerian kebudayaan Malaysia serta pengamal-pengamal kebudayaan. Di sebuah kampong yang agak terpencil di Kemboja yang terletak dalam daerah yang agak terkenal iaitu Battambang terdapat satu unsur kebudayaan purba yang menjadi saksi pertemuan dua buah tamadun silam yang hebat serta perkongsian kebudayaan yang berterusan lebih dari seribu tahun tahun. Apakah unsur kebudayaan tersebut? Apa yang saya maksudkan adalah wayang kulit.

 
WAU KELANTAN


Di Battambang terdapat sebuah kampong yang terkenal sebagai tempat asal wayang kulit di Kemboja. Menurut seorang pengkaji budaya Khmer, Wayang Kulit atau Ayong dalam bahasa Khmer bermula dari kampong tersebut. Apa yang memeranjatkan saya adalah mengenai nama kampong tersebut. Kampong tersebut bernama Malayang! Ya Malayang!  Bagi anda yang pernah membaca artikel Alter Terahsia Bangsa Melayu dari Srikandi pasti tahu dengan perkataan ini. Perkataan Malayang adalah bahasa Khmer purba yang merujuk kepada sebuah Negara kota Melayu purba! Sebuah Negara kota yang pada suatu masa dahulu pernah berjiran dengan mereka atau mungkin juga pernah menguasai wilayah mereka. Namun Malayang kini hanya tinggal sebuah kampong sahaja yang terletak di utara Battambang.


Jadi apa yang hendak saya sampaikan disini? Di Malayan inilah pernah berlaku pada abad ke 12 satu revolusi untuk menentang hagemoni Khmer di wilayah mereka. Dalam petitih Khmer purba pada zaman Jayavarman agung memerintah Angkor baginda pernah menyerang sebuah kota yang bernama Malayang bagi menamatkan revolusi yang menentangnya. Mereka menentang kerana wilayah tersebut pada masa itu didiami majoritinya oleh orang Melayu Indochina seperti Melayu Segenting Kra dan Champa sisa dari kerajaan Funan yang tidak mahu bertuankan Jayavarman 1. Malahan sehingga kini di Kemboja terlalu banyak kawasan dan daerah yang berpangkal dengan perkataan kampong yang merupakan bahasa Melayu dan menunjukkan bahawa orang Melayu pernah berkuasa disitu suatu masa dahulu.

SALAH SATU WATAK WAYANG KULIT KHMER

Berbalik mengenai wayang kulit tadi, menurut budayawan Khmer sebenarnya wayang kulit Khmer yang dicedok oleh Thai kemudiannya ini bukan berasal dari Khmer sendiri. Beliau dengan yakin mengatakan bahawa wayang kulit Kemboja adalah berasal dari Malaysia atau Semenanjung kerana menurut beliau pada zaman dahulu sempadan Malaysia adalah bertembung dengan sempadan kerajaan Khmer purba. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sempadan Malaysia ini! Jika kita lihat peta sekarang Negara kita lansung tidak bersempadan dengan Kemboja terutama di darat. Jadi sempada Negara apa yang dimaksudkan oleh budayawan tersebut? Sempadan yang dimaksudkan ialah sempadan kekuasaan kerajaan-kerajaan Melayu purba dan Segenting Kra seperti Funan, Srivijaya, Tambralingga dan mungkin juga Malayang yang sempadan kekuasaannya sehingga sampai ke utara Kemboja di Battambang!

WATAK-WATAK WAYANG KULIT MELAYU SEGENTING KRA SRI DHARMARAJA

Jika kita perhatikan watak-watak wayang kulit Kelantan , watak yang paling terkenal sudah pasti Pak Dogo. Dalam wayang kulit Khmer juga ada watak ini yang dipanggil Ayong. Cara berpakaian wayang kulit Khmer dan wayang kulit Kelantan juga adalah sama. Para raja dan putera puteri berpakaian ala-ala Raja Bersiong. Jadi jika kita fikir-fikirkan balik fesyen pakaian ini milik siapa sebenarnya? Adakah ia milik Thai Perut Hijau, atau milik Khmer atau sebenarnya memang kita punya? Jawabnya sudah tentulah ia milik kita punya! Sebab orang Khmer cedok wayang kulit kita termasuklah cara berpakaian dan alat muziknya, kemudian orang Thai menyerang Angkor dan mencedok pula wayang Khmer tersebut untuk dijadikan wayang mereka.

 
WAYANG KULIT THAILAND HASIL CEDOKAN WAYANG KHMER DAN MELAYU SEGENTING KRA


 Apa yang menghairankan saya adalah sikap segolongan dari orang-orang kita sendiri terutama yang berkait dalam bidang ini yang bodoh dan tuli tentang fakta ini. Mereka dengan bangganya mengatakan bahawa BUDAYA MELAYU UTARA DAN PANTAI TIMUR ITU BANYAK DIAMBIL DARI JIRANNYA THAILAND. I SAY THIS IS BULL SHIT! Bukan budaya mereka yang kita cedok wahai cerdik pandai sekalian, sebaliknya telah terbukti bahawa mereka yang mula-mula mencedok budaya kita. Jadi wayang kulit, Wau bule, Batik, Menorah, Mok yong dan banyak lagi unsur-unsur kebudayaan Melayu Kelantan dan Segenting kra sebenarnya hak milik mutlak kita dan hasil kepandaian lokal masyarakat kita dan bukan cedokan serta pengaruh dari Thai perut hitam. Tapi memang tidak saya nafikan ada sesetengah budaya dari negeri-negeri utara semenanjung ini memang menerima sedikit tempias dari unsur budaya Thai namun ianya adalah satu unsur kebudayaan yang baru , sebab bukankah kita tahu bahawa bangsa Thai hanya berhijrah ke Asia Tenggara pada abad ke 11 dan 12 masihi. Jadi sama-sama kita fikirkan, jangan asyik kata budaya kita ini budaya Sponge Bob, main serap dan sedot semua budaya luar hinggakan semua budaya kita harus dihubung kait dengan budaya bangsa lain seolah-olah tiadanya unsur kepandaian local atau local genius dalam bangsa Melayu. Wallah hu a’lam.
 
 

69 ulasan:

  1. Terima kasih kerana menulis artikel ini. Rupa orang khmer ada yang macam melayu dan ramai juga macam rupa tamil.

    BalasPadam
  2. byk gila orang yang bersalin kulit thai sekarang huhu

    BalasPadam
  3. melayu kalah dgn thai kalah juga dgn khmer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa niat saudara dengan kenyataan ini? Rome juga kalah pada Islam. Adakah dunia dan bangsa Rome melupakan dan melenyapkan langsung warisan Rome?

      Padam
    2. kalah macam mana tu sedare...cer cite ...cer cite...

      Padam
    3. ni konco-konco balaci dap ni..nampak sgt kecenderungan dia yg benci sejarah berkaitan melayu..dia benci pape je yg melayu..tpi selalunya dia kan guna istilah melayu umno..ceh aku tak pernah undi umno pun dan bukan ahli umno tpi aku tetap percaya dap memang benci melayu dan berpura2x mengatakan parti mereka utk semua rakyat malaysia dan menghormati semua kaum..penipu besar

      Padam
    4. ape motif die nk ktekn sbnrnye? sekejap kutuk kerajaan, sekejap kutuk pembgkang!! benci sejarah berkaitan melayu? tp kn cerita diatas menceritakan mengenai sejarah kebanggaan warisan melayu? aku rse die ni x phm cerita, tp berlagak pandai mcm die tau semua..susah org yg x phm tajuk cerita..pg msuk skolah rendah balik!!

      Padam
  4. saya ada pertanyaan .menora nie kebudayaan melayu kan.boleh tolong cerita sejarahnya.saya nakkaji susur galur dan nak start dengan menora.tntang krjaan malayang.boleh cerita lebih lanjut

    BalasPadam
  5. maklumat ttng menora anda boleh dapat bnyk di perpustakaan2 seperti perpustakaan negara dan di istana budaya. ada bnyk kajian yg dah dibuat. walaupun saya tahu bahwa menora adalah hasil kebudayaan melayu segenting kra tetapi saya bukan pakar dlm bidang ini, saya ada terbaca satu kajian dlm bentuk pdf dlm alam maya ini ttng menora seketika dahulu. baik anda cuba cari dahulu mana tahu anda jumpa. tentang kerajaan malayang saya masih mengkaji dan maklumatnya sangat sukar didapati dan amat sedikit...insyaallah jika saya endapat maklumat lain akan saya kongsikan.

    BalasPadam
  6. Salam Tuan Al Semantani. Maaf kerana terkeluar daripada topik. Saya amat meminati budaya Jepun dan dapat melihat persamaan dengan budaya Jawa. Dari kacamata awam saya, saya dapat mengesan persamaan dari segi bahasa - bunyi 'O' pada hujung perkataan, dan kewujudan kata ganda - Orang-orang dan hito-hito(hito-bito),dari segi tarian - Gerak perlahan dan teratur dalam tari klasik Jawa dan Jepun, dari segi musik - melodi serunai Jawa dan Jepun, dari seni topeng - sila google image Javanese mask dan Japanese mask, dari dadanan rambut wanita- compare ini " http://diansekartaji.wordpress.com/2011/10/10/javanese-wedding-ceremony-of-mine/ " dan ini "http://www.harvardartmuseums.org/art/202547 " Adakah budaya Jepun hasil daripada fusion budaya Jawa dan Cina?

    BalasPadam
  7. budaya jepun adalah fusion budaya melayu atau austronesia termasuklah jawa dengan budaya china. persamaan dlm adat tersebut spt yg anda sebut ttng topeng mmng saya tak nafikan tetapi saya berpendapat ia ada kaitan lebih dgn pengaruh ajaran buddha berbanding budaya jawa sahaja sebabnya budaya bertopeng sebegitu mmng terdpt dlm pengaruh hindu buddha. ini sekadar pendpt sahaja. namun mmng terdpat kaitan dna diantara orng melayu dari taiwan dan filipina dengan orang jepun. persamaan yg telah dikaji ialah dari segi senibina dan bahasa. mungkin juga seperti yg saudara sebut dari segi lenggok tari dan sebagainya. namun pengkaji budaya jepun tidak menyatakan bahawa hanya budaya jawa sahaja yg mempengaruhi budaya jepun sebaliknya sejarawan jepun menyebut budaya melayu secara umum. pertembungan budaya ini juga berlaku sangat lama yakni 2000 hingga 2500 tahun yg lampau.

    BalasPadam
  8. melayu perang dgn siam kalah.kerajaan melayang trus melayang kena serang dgn khmer.melayu champa yews dgn bangsa viet.byk kerajaan melayu tewas di serang raja tamil rajendra chola.kerajaan melayu brunei tewas dlm pemberontakkan org2 dayak di kalimantan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. melayu malaysia tak kalah lagi..bila org mcm kau nak kalahkan mereka?

      Padam
  9. Tanpa nama 11 okt 2013, kalu ore melayu, meme mung inferiority complex. Kalu mung buke melayu, mung prejudis tok tetu kalu. Baso dio ado kaloh mene, smeta melayu mene, smeta mwlayu kaloh. Baso gapo dok mene semace? Andalus pung jatuh swlepas 800 tahun. Acu rasional gak sikiik..

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama: mana2 bangsa pun pernah mencapai era kegemilangan dan kemerosotan..pernah menang dan kalah..tpi yg penting bgimana kita boleh survive selepas itu..bnyk juga bangsa yg dh pupus terus akibat kalah perang tapi MALAYU masih survive shingga ke hari ini..skg kita boleh lihat apa yg sudah terjadi pada bangsa2 yg prnah mnjajah MALAYU/NUSANTARA dhulu..adakah mereka begitu gemilang seperti dulu..?

    BalasPadam
  11. Orang portugis dahulu pernah menjajah melayu, orang sepanyol pernah menjajah melayu, jepun dan british juga pernah menjajah melayu dan kononnya orang Tamil Chola..kononnya ya sebab saya ada reason saya kata begini. namun lihat portugal sekarang...adkah negara mereka masih kaya dan kuat seperti dahulu? adakah mereka mampu berperang dan mengalahkan mana2 negara sekarang? kalau nak lawan bola boleh la kot...tapi mana bangsa Melayu yang dijajah mereka dahulu...semakin kuat dan maju rasa saya... orang sepanyol pon sama, adakah negara sepanyol sekarang masih hebat dan kaya seperti zaman hernan cortez dahulu? hampeh...sekarang sepanyol hanya terkenal dengan bahasa, bola dan makanannya sahaja tetapi negaranya kucar kacir..selepas zaman fasis negara tersebut sentiasa bergolak baik dari segi ekonomi mahupun politik. sekarang hanya tinggal British dan jepun je yang maintain..itupun jepun terhad kuasa ketenteraannya sebab kalah perang dunia kedua dahulu lepas kene hempab degan bom atom. tetapi Melayu? ada apa dengan Melayu? sehingga sekarang mereka masih bertahan walau beribu dugaan yang datang , walau berpuloh2 penjajah yang serang mereka dan raja2 mereka tetap bertahan. apa jadi dengan cucu cicit rajendra chola...di india mereka berebut makanan sebab banyak sangat beranak... kalau dulu mereka datang menjarah sekarang mereka datang untuk menumpang makan pulok...huhu. kalau dulu samseng sangat nak hapuskan negara3 kota melayu...zaman brtitish sanggup jadi kuli dalam estet kita. tetapi Melayu tetap Melayu.....sebab itu Hang Tuah kata Tak Melayu Hilang Di Dunia!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik lah Al-Semantani. Alhamdulillah, berkat usaha Melayu seperti anda, semakin ramai Melayu yang sedar diri dan berani menegakkan hujah. Anda semualah penyelamat maruah Melayu dikala orang Melayu semakin buta sejarah bangsa.

      Semoga kajian anda tetap terus dikongsi bersama orang awam seperti saya. Nak kaji sendiri, tak mapu. Jadi Follow org lain yang buat. Thanks a lot. Semoga Melayu kembali sedar kehebatan mereka.

      Padam
    2. Good one. Let us continue our struggle to bring Malay heritage to the world.

      Padam
  12. org melayu semakin kuat dan maju??ehh biar betul.perniagaan di malaysia siapa pegang??di kampung2 pun cina pegang.org islam yg kuat di malaysia mamak bkn melayu.portugal n sepanyol kuat dgn sukan bolasepak.malaysia dlm sepaktakraw yg pemainnya semua melayu skrg tewas je dgn thailand malah dgn negara lain pun tewas.org tamil menumpang cari mkn di malaysia??org tamil skrg ramai jd golongan professional seperti peguam n doktor.melayu jd doktor sendiri suntik diri sendiri.anak2 cucu rajendra chola ganas ramai jd kongsi gelap n di geruni oleh org2 melayu.org melayu geng mkn kenduri adalah atau jd geng pasang bendera je.tanya org jawa di indonesia mau mereka kata diri mereka melayu??buat malu diri mereka je melayu kan maksud lari.org selatan thai pun skrg selesa ckp bahasa thai.jd thai muslim bkn melayu muslim.buat malu jd melayu bangsa yg asyik kalah.perempuan melayu klu artis pilih jejaka mat salleh bru ada class.yg lain pilih kahwin dgn bangla.pakistan,negro lg baik dr pilih lelaki melayu yg ada keris kontot je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesiankan kenapalah tuhan tak jadikan engko negro biar keris engko panjang..tpi tak guna juga kalo akal pendek..thai muslim bukan melayu muslim?...bini aku org patani keche melayu gak kat rumah..family dia kat patani pun sama..ape engko mengarut ni?...ko kena ingat tak semua muslim thai itu berbangsa melayu..majoriti yg melayu adalh di selatan..muslim di bangkok majoriti adalh keturunan pathan dan parsi..jadi tak heranlah diorang tak berbahasa melayu.

      Padam
    2. EH...KENAPA TUAN TERKEZUT! MEMANG MAJU APE? huhu....memang la maju sebab dulu nenek moyang saya duduk rumah atap rumbia, dinding kulit kayu, lantai dan tiang buluh. nenek saya dan moyang saya dulu masak pakai dapur kayu. ayah saya dulu nak pergi sekolah makan ubi kayu dgn garam je....gula tak mampu beli. nak mandi kene pergi sungai or perigi...nak berak gali lubang. nak makan nasi kene tanam padi, jemur,tumbuk,tampi,tanak lepas tu baru bleh makan. nk tuntut ilmu kene jalan kaki ber kilometer jauhnya. malam tido awal dlm lepas isyak dah tido sebb ape mana ade lampu letrik, tv takde, radio kicai pon takdak. buat kerja sekolah pakai pelita...pelita jatuh rumah bergelap atau rumah terbakar hangus terus. bila hujan tempias. satu selimut kongsi tujuh beradik....sekarang?? makan suap berak cangkung ooi! rumah buat dari batu-bata dah tak bocor dah, ada api lampu terang nak mampos, ada tv, radio, komputer, ipad,ipod,telefon, dan lain2...nak makan beli jer sebb dah ada duit lebih. tak payah tanam padi dan tumbuk padi lagi...masuk air masuk beras tekan butang tunggu je nasik masak. gi sekolah naik kereta..ada yg BMW, merc,TOYOTA,HYUNDAI...blabla...nak berak pon senang...kalau dulu kat luor skang jamban kat dlm rumah...boleh flush lagitu....saya nk tanya awak anon takde nama...awak masih hidup macam zaman nenek moyang dulu ker? tak bersyukur lagi ker....ape bende yg saya ngarut ni bukan kemajuan ker???? MAJU LAH TU WAHAI ANON OOI...SAPE KATA ORANG MELAYU TAK MAJU!! DEKAT BANDAR SAYA DUDUK NI SAJE ADE BNYK JUTAWAN BERBANGSA MELAYU..INI SAYA DPT TAHU DARI PEMUNGUT ZAKAT KAWASAN SAYA TINGGAL...KATA DIA ADA RAMAI SNGT ORG MELAYU YG KAYA DAN MAJU SEBB JUMLAH ZAKAT MEREKA ADA YG BERPULUH RIBAN HINGGA BERATUS RIBAN PON ADA! SO SAPE KATA ORANG MELAYU TAK MAJU HAA!----- MELAYU MAJU NAMAKU SEBB AKU ADA LAPTOP DAN KOMPUTER UNTUK TULIS KOMEN NI DAN ADA BAYAR NTERNET TIAP BULAN..HIHI HI DUP MELAYU MAJULAH BANGSAKU!!

      Padam
    3. Dia tu org jawa malaysia lah nih.. sedih.!! Kalau org bugis ka.. org minang ka.. depa tak kan cpk mcm tu lah.! Nih jawa malaysia yg slalu cpk mcm tu. Bila kaum lain pegang nk rembat muka dia.. lu melayu ka.. bukan2 saya jawa... bila kaum lain plk pegang nk rembat.. lu jawa ka.. bkn2 saya melayu. talam dua muka. Nak blk indonesia.. indonesia tak mau.. masa indonesia di serang penjajah bkn nya nk sama berperang jaga indonesia, tapi lari..lintang pukang. bila duduk di malaysia org bg kerakyatan dok main taik plk, dok palik2 kat org lain, supaya jadi sama busuk mcm dia. Kesian.....

      Padam
  13. Tanpa Nama12 Oktober 2013 11:24 PTG

    Kasihan anon di atas... penuh dengan ketidak puasan ati dalam komentar anda.. batin anda dzahirkan disini...

    BalasPadam
  14. Kesian tanpa nama 12 oktober...

    Inferiority complex..

    Terlalu terkesan dengan sisi negatif bangsa melayu.

    Alhamdulillah ada banyak sisi positif lagi pada bangsa melayu yang boleh tanpa nama 12 oktober pilih untuk dipegang.

    Abaikan saja, tuan tuan...akan tanpa nama 12 okt..makin dilayang makin kontot keris akalnya.

    Majubterus, ayuh!! Bi sirri alfaatehah!!

    BalasPadam
  15. Kesian tanpa nama 12 oktober...

    Inferiority complex..

    Terlalu terkesan dengan sisi negatif bangsa melayu.

    Alhamdulillah ada banyak sisi positif lagi pada bangsa melayu yang boleh tanpa nama 12 oktober pilih untuk dipegang.

    Abaikan saja, tuan tuan...akan tanpa nama 12 okt..makin dilayang makin kontot keris akalnya.

    Majubterus, ayuh!! Bi sirri alfaatehah!!

    BalasPadam
  16. Orang begini hanya meluahkan kesialan dalam hidupnya kepada bangsa bernama Melayu.Salahkan diri sendiri yang menyebabkan hidup anda malang.Bangsa Melayu tetap aman damai dan ada negara sendiri.Kalau kamu orang Melayu pergilah jadi bangsa lain kerana kami tidak memerlukan kamu yang memiliki benih pengecut dan lemah.Jika kamu bukan Melayu,dgn segala hormatnya berambus dari sini kerana sikap kamu membuktikan your father and mother didn't educate you to be a better creature.

    ~SK

    BalasPadam
  17. lagi ko desak org melayu lagi kuat melayu melotop nanti ko tengok laa bila melayu dah tak boleh besabar lagi dengan korang2 suma yang tak sedar diuntung..

    BalasPadam
  18. mampukah org melayu bertahan di malaysia??mampukah org melayu mendptkan kembali singapura?mampukah org melayu mendptkan kembali selatan thai?mampukah org melayu champa kembali mendptkan selatan vietnam??

    BalasPadam
  19. mestilah mampu.janji takde orang-orang yang pengecut macam kamu.

    BalasPadam
  20. Fakta yang tersembunyi :

    1.(a) Orang Cina berasal dari Jepun, bukannya orang asal negara China. Orang Jepun memang anti orang Cina kerana orang Cina tidak mahu mengaku berasal dari kepulauan Jepun.

    1.(b) maharaja China adalah beragama Islam, sebab itu komunis telah menghapuskan sistem maharaja dan negara Islam China kerana anti kepada agama terutama agama Islam.

    1.(c) orang Cina yang datang ke Tanah Melayu sebenarnya adalah hamba abdi di sana dan terpaksa melarikan diri kerana takut di hukum.

    2.(a) orang India berasal dari Sri Lanka, bukannya orang asal negara India, sebab itu orang Sri Lanka anti orang India kerana orang India tidak mahu mengaku berasal dari Sri Lanka.

    2.(b) maharaja India adalah beragama Islam, sebab itu penjajah India berusaha menghapuskan maharaja dan negara Islam India kerana anti kepada Islam.

    2.(c) orang India yang datang ke Tanah Melayu adalah dari kasta paria yang tidak dipedulikan oleh kasta2 lain di negara India.


    Kalau mengikut teori penghijrahan :

    1. orang pulau Sumatera, pulau Jawa, pulau Singapura, pulau Borneo dan sebagainya mestilah berasal dari tanah besar terdekat kerana itu yang paling mudah dan selamat untuk di lakukan.

    2. kerana populasi yang besar di pulau2 tersebut adalah mustahil pengangkutan laut digunakan pada zaman dahulu untuk penghijrahan secara besar2an.

    3. kalau di lihat dimana2 sahaja di dunia ini, kelompok masyarakat yang bersaudara mestilah mempunyai persamaan2 yang ketara apatah lagi yang bersaudara rapat seperti orang Melayu dan kepulauan Melayu.

    4. walau bagaimana cuba di teorikan, secara logiknya orang Sumatera lah yang sebenarnya berasal dari Semenanjung bukan sebaliknya. apa yang dikatakan orang2 Melayu berasal dari Sumatera adalah sama seperti orang Kl berpindah ke Kedah, orang Sabah berpindah ke Johor, orang Melaka ke Sarawak di masa kini. ini adalah kerana pada zaman penghijrahan itu kepulauan Melayu adalah bersatu dan satu. hanya selepas penjajahan kolonial sahaja barulah di bahagikan kepada Tanah Melayu dan Indonesia. kalau orang Kedah berpindah ke Johor misalnya tak jadi masalah pada masa sekarang, begitulah yang berlaku dahulu kalau ada orang dari Sumatera berpindah ke Semenanjung atau lain2 tempat di kepulauan Melayu seperti Singapura, Borneo, Champa dan sebagainya adalah perkara biasa. begitu juga kalau orang semenanjung berpindah ke Jawa ,Sumatera ,Borneo dan sebagainya. perlu diingat bahawa pada zaman itu tidak ada keperluan visa atau passport di perlukan.

    5. teori yang mengatakan orang Melayu berasal dari Sumatera memang penipuan tahap gaban ... seperti mana pepatah popular ... tarak tipu bukan Cina looo

    6. soalan cepumas … kalau orang Melayu berasal dari Sumatera, orang Sumatera berasal dari mana pulak ? … adakah dari Somalia, England atau Arab Saudi atau planet marikh atau negeri pasir dua butir . soalan yang cinabeng tak boleh jawab, macamana nak jawab kalau cakap Melayu pun macam hampeh ( itu yang bersumpah nak pertahankan perlembagaan negara tapi tipu lagi ). cuba minta cinabeng ni tulis menggunakan bahasa Melayu … mesti mr bean pun gelak sampai terberak …

    7. mana ada negara lain selain kepulauan Melayu yang penduduknya macam orang Melayu … gila ka hapa depa nih …

    BalasPadam
    Balasan
    1. MAHARAJA CHINA MANA YG ISLAM TU...KALAU DIA ISLAM KENAPA DILARANG ORNG ISLAM SEMBELIH LEMBU DAN BUNUH ORANG2 ISLAM DALI SERTA ORANG2 ISLAM DLM PEMBERONTAKAN TAIPING? JGN AMBIL FAKTA YG MERAGUKAN...SILA BUAT RUJUK SILANG DAN LAMPIRKAN SUMBER2 PRIMER SERTA SEKUNDER DALM BIBLIOGRAFI UNTUK RUJUKAN ORG LAIN, BARU BOLEH ADA KREDIBILITI.

      Padam
    2. FAKTA YG BETUL IALAH MAHARAJA INDIA ITU ISLAM...HAA INI BETUL SEBB MMNG EMPAYAR MOGHUL ISLAM MAHARAJANYA ISLAM, TAPI INI BUKAN FAKTA YG DISEMBUNYIKAN SEBAB KAMI SEMUA YG AMIK KURSUS SEJARAH BELAJAR BENDE DI DI UNIVERSITI..JADI TAK TRIVIA PON...

      Padam
    3. FAKTA ANDA BANYAK YG MENYIMPANG DAN AGAK BIAS, INI BUKAN FAKTA SEJARAH SEBALIKNYA FAKTA PERKAUMAN YG OBSES DAN ISIM....SILA BUAT RUJUKAN YG BETUL...JGN MAIN AMBIL JER.

      Padam
    4. perhatian tuk semua org melayu kalau nak mengkaji sejarah biarlah berlandaskan bukti dan tafsiran perlulah wajar..jgn membabi buta buat andaian..kerana akhirnya anda akan memalukan org melayu sendiri..fyi sebenarnya org jepun yg berasal dr cina bukan sebaliknya..sebahagian lgi dr korea..jgn nak memandai buat cerita dongeng.

      Padam
    5. Aku setuju dgn Tanpa Nama 17 Oktober 2013 4:20PTG. kdkala kita perlu bg tau perkra yg sbnr.. walau pun pahit. bkn nk pecabelah kan kaum, tp bila depa tak tau pekara yg sbnarny, depa makin angkuh, sombong, riak. kebykan yg dok kutuk dok jatuhkn mrtabat melayu, knykan depa org jawa.. depa tak suka kita ckp pasal melayu, lbh2 lg kita yg asal dr kerajaan langkasuka. ak tggal di selangor ak kenal dgn depa nih. brkawan ok, tp bila kita ckp pasal kelebihan melayu, kaum lain dgr ja, tp depa ni yg lebih2 dok perlekehkan org melayu. Kita org melayu tahu asal usul kita, dan kita tahu asal usul depa dan kaum2 lain, dan kenapa di malaysia ni, depa di melayu kan. memang betul ada yg kata org jawa indon, atau kaum2 lain tak nk mengaku depa org melayu, sbb depa tau asal usul depa.. kita ni rumpun bahasa ja yg sama, kaum lain2. kita terima depa.. tp depa plk lebih2 dok jatuhkn kita. org dulukala dah tggalkn pesan buat kita utk waspada, jaga2 dgn kaum ni.. di dlm hikayat, sejarah, riwayat dll..ambk contoh paling dekat, kita tgk filem dulu2, depa dah tglkan pesanan utk kita, org yg selalu belot, pecah belah, buat onar pada kerajaan2 melayu, raja2 melayu, org2 besar melayu, watak tu kaum apa ya.. tgk blk lah filem2 klasik, lps tu sama2 pikir. Sbb tu ada 2 sebutan yg kita guna, org melayu dan org bumi putra. Bila tak suka jadi melayu, blh blk negara indon korg. kami MELAYU sejati tak kn kutuk bangsa kami sendiri, aku yakin dia bkn melayu tulin.

      Padam
  21. sungguh gila dan tak bersyukurnya depa yang kutuk melayu sentiasa kalah ha ha.yg penting melayu kalah sbb pertahan maruah..dengan bangsa lain yg tamak haloba..bukan kalah pasal candu ye..atau kalah pasal kene hempap dengan bom atom ha ha..

    BalasPadam
  22. jangan salah layang layang Wau juga budaya Banjar!

    BalasPadam
    Balasan
    1. LAYANG WAU BANJAR ITU ASAL BUDAYA KELANTAN DONG...DIBAWA KE BANJARMASIN OLEH ORANG MELAYU KELANTAN ZAMAN DULU. SAYA TAHU INI KERNA SAYA URANG BANJAR!

      Padam
  23. aku bugis.aku tak suka di panggil melayu.bugis tetap bugis bkn melayu.

    BalasPadam
  24. encik tanpa nama kat ats tu.bukan niat saya nak cari gaduh.tp bugis itu di bwh klompok austronesia dan slh satu suku di bwh keluarga besar melayu.sama mcm jawa.melayu sumatera.selatan thai.mendahiling dan lain2 lg.ataupun seperti yg dinyatakan oleh pengkaji barat iaitu malayo polinesia yg juga ada gen yg sama dgn org hawai. .org asli taiwan dan penduduk asli sekitar kepulauan fasifik.klu tak puas hati rujuk kajian2 yg ada..pling sng pegi je wiki taip malay.jgn jd bodoh sombong tak ngaku melayu

    BalasPadam
  25. pergi tanya org2 bugis di sulawesi adakah mereka nak mengaku mereka melayu?tanya pada org jawa di pulau jawa ada mereka mengaku mereka melayu?pasti tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada..saya sudah ty..dorang ckp kita satu rumpun sama2x ras melayu cuman puaknya beda

      Padam
  26. dtg tony jarr dgn muang thai nanti semua pendekar silat melayu melayang.

    BalasPadam
  27. ye ke silat melayu melayang......try dulu tengok bro.....

    BalasPadam
  28. silat ada banyak...belum temu yg bagus belum tahu...kalau main silat pulut memang la melayang cer cuba silat gayong ghaib ke silat lincah ker...or mane2 200 jenis silat lain...muay thai ada variety sampai 200 ke? itu di malaysia jer...cuba pergi indo lagi bnyk silat yg pelik dan hebat siap boleh terbang lagi main ilmu hitam huhu.

    BalasPadam
  29. sudah sampai masanya melayu yakin pada diri sdiri yg tinggi dan bangsanya serta islam. tiada islam hilang melayu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tiada islam tiada melayu kita tak boleh kaji sejarah srivijaya dinasti sailendra dan negeri2x melayu hindu-budha,,psl dorang bukan islam walaupun etnik melayu..mcm wayang malayang ni..hang ingat dtg dr arab kah?..islam sebahagian dr sejarah melayu, hindu budha dan animisma juga sebagian dr melayu..aku berckp dr konteks sejarah bukn soal teologi agama..jadi jgn sempitkan sejarah bangsa melayu dgn pemahaman agama yg jumud.

      Padam
    2. ah haha sifat dengki kianat ,busuk jiwa melayu terlalu kuat, selagi x cuci jiwa melayu x kemana
      tamadun apapun runtuh,sejarah lebuh. islam bukan melayu saja tp semua bangsa islam adalh bersaudara ingat...

      Padam
    3. realitinya sesama islam pun boleh berperang menjahanamkan rakyatnya yg tak berdosa demi segenggam kuasa..lepas tu slahakan org lain..slah amerika..slah yahudi..salah sendiri tak nampak...tpi senjata mereka beli senjata dr org yg dorang caci maki kafir jugak utk bunuh musuh politik mereka..sedih sungguh bangsa2x islam di dunia ni..byk retorik masa khutbah je tpi realiti takde beza pun dgn manusia yg mereka gelar kafir.

      Padam
  30. anak muda melayu skrg un minat lagi belajar tomoi dr silat.malah dlm pertandingan silat akan tumpas pd tomoi.seni muang thai lebih lasak,ganas.ahli tomoi di ajar utk menerima pukulan yg keras.latihan tomoi juga lebih keras dan lasak.ttg ilmu2 batin nie org melayu pun gerun dgn ilmu org siam.takut pada bomoh siam.ilmu batin org siam lagi ampuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bangang la ang ni tomoi tu bukan thai yang punya!! thai tu depa mai songlap budaya kami orang utara!
      tomoi tu seni bela diri mon/khmer!
      kami orang kedah satu kepala dengan suma kecuali dengan thaikadai
      ang kata leklok sikit...

      Padam
  31. Sungguh lucu melihat komen orang Melayu jiran yang secara sombong menganggap Jawa adalah Melayu pemalas ini saya ingin tertawa

    woy!!! AKU WONG JOWO SEKO YOGYAKARTA!

    Aku orang Jawa dari Yogyakarta, pulau Jawa, Indonesia menyatakan tidak setuju dengan konsep ras Melayu pemalas abal-abal!

    ELINGEN! JOWO KUWI DUDU
    MELAYU! SU!
    Ingat! Jawa itu bukan Melayu!
    Njing!
    Sejak kapan etnis Jawa jadi
    Melayu??
    Jawa itu rumpun bangsa
    Austronesia Mongoloid! Bukan
    Melayu abal-abal!
    Jawa itu jauh berbeda dengan
    Malayu! Malah hampir tidak ada
    hubungannya! Lihat saja dari
    BAHASA, BUDAYA, ETOS KERJA,
    KESOPANAN, FILOSOFI, dll itu saja
    sudah SANGAT berbeda!! Bila ditengok dari DNA saja sudah Berbeda!!
    Kalian Melayu Malaysia harusnya
    menghormati Jawa sebagai etnis
    yang bebeda! Bukan sebagai
    ras Melayu abal-abal!!
    Harap orang yang menganggap "Jawa sebagai Melayu" untuk lebih banyak
    belajar sejarah lagi. Terimakasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg memang berbeza tpi utk mengatakan jauh berbeza rasanya itu dtg dr jiwa nasionalis jawa kamu..jgn risau kalau ada org malaysia datang ke indonesia bilang begitu sama kamu..kamu tampar aja mukanya..

      tpi kalau di malaysia..melayunisasi sudah lama tertanam dijiwa anak2x nusantara yg bukn melayu..lain padang lain belalang..kalau kamu dtg malaysia dan cube berdiskusi dgn mereka dgn gaya bahasa sebegini rasanya jadi LAUK engko ni...tapi sy setuju jawa etnis berbeda..oh yah kamu juga perlu lebih byk belajar...melayu juga rumpun austronesia..basa jowo dan bahasa melayu dlm keluarga bahasa yg sama..jadi apa yg JAUH berbeda?..

      anak jawa makan pengat sendiri mau ingat..terima kasih

      Padam
    2. biarkan dia dengan labu-labunya.....huhuhu

      Padam
    3. saya sekarang tinggal di malay. hampir 2 th. alhamdulillah ternyata gak semua orang melayu itu TOLOL.. buat yang masih menganggap SAMA, tinggal dulu deh di jawa selama minimal 2 tahun lalu kuasai bahasanya (terus akui budayanya - hahahaha bercanda) orang sunda yang ada di sebelah jawa aja belum tentu bisa apalagi ente-ente yang terpisah jauh..

      Padam
    4. Di Malaysia, Melayu itu diklasifikasikan sebagai etnik besar, yang di dalamnya dipecahkan kepada subetnik-subetnik seperti orang asli, kedah, kelantan, terengganu, kedah, johor, sarawak, pattani, aceh, minangkabau dan apa-apa yang dianggap suku oleh Indonesia.

      Di Indonesia, Melayu itu hanya salah satu subetnik/suku daripada ratusan suku lain.

      Dahulu, kedudukan lokasi kerajaan Melayu yang lebih strategik kerajaan Jawa membuatkan Melayu lebih banyak menerima hasil dagangan daripada pedagang-pedagang, juga menyebab kerajaan Melayu yang lebih pesat berkembang dari kerajaan Jawa, lalu melahirkan rasa iri dan persaingan di dalam diri majoriti Jawa, lalu mendorong nasianalis Jawa untuk mengatasi/mengkalahkan Melayu.

      Sebaliknya, kita tidak akan terlihat pula budaya iri atau mahu mengkalahkan Jawa ini pada Melayu baik dahulu mahupun sekarang. Hal ini demikian kerana Melayu itu sudah terbiasa berada pada situasi yanglebih dari Jawa. Oleh sebab inilah, Jawa berdendam dengan Melayu kerana Melayu tidak pernah memandang serius terhadap mereka.

      Dendam Jawa dari era Majapahit vs Srivijaya lalu kalah hinggalah ke zaman sekarang Indonesia ganyang Malaysia dan masih lagi kalah. Kemajuan dan kemakmuran negara 2019 pun Indonesia masih kalah terhadap Malaysia walaupun sumber negara Indonesia melimpah ruah.

      Budaya membanding-banding ini masih terserlah pada Jawa/Indonesia hingga sekarang berbeza pula dengan Melayu/Malaysia yang tidak pernah ingin membandingkan diri mereka sendiri dengan Jawa/Indonesia. Contohnya ada di Youtube, bersepah video perbandingan Indonesia dan Malaysia yang dibikin orang Jawa dan segelitir suku Indonesia lain dan mereka try hard untuk menampakkan Jawa tidak kurang dari Melayu atau Indonesia tidak kurang dari Malaysia.

      Cold hard truth. Orang yang menang tidak pernah menghiraukan/berdendam terhadap orang yang kalah. Hanya orang yang kalah menghiraukan/berdendam dengan orang yang menang. ¯\_(⁰͡ ͜ʖ⁰͡ )_/¯

      Padam
  32. yelaa...........tapi kenapa ada persamaan Jawa dan melayu Kelantan ??huhuhuh

    BalasPadam
  33. Kelantan? Ya jelas beda jauh lah! Lihat saja dari aspek "bahasa"! Memang ada yah orang Kelantan pakai BLANGKON dan mengerti unggah-ungguh?? Cina-Jepang saja juga banyak persamaannya koq! Tapi tetap saja mereka berbeda!

    BalasPadam
  34. huhuhuh.....ternyata....kamu masih belum khatam lagi.....huhuhu....bukannya sama 100% bro....huhuhu...

    BalasPadam
  35. Bodoh dipelihara! Sama dalam aspek apanya boss?? Aku berani taruhan kamu belum pernah ke Jawa atau ketemu dengan orang Jawa asli, kamu tidak tahu apa-apa tentang Jawa kemudian dengan seenaknya saja mengatakan Jawa dengan Melayu Kelantan 100 % sama?? OMONG KOSONG! lebih baik anda pelajari lebih dalam tentang Jawa! Bukannya malah menceramahi berlagak SOK TAHU! Jawa- Kelantan cuma sama dalam aspek wayang! Itu saja wayang kulit Jawa jauh berbeda dari wayang kelantan! Jawa punya berbagai macam Wayang! Wayang kulit, wayang golek, wayang wong, dan sebagainya. Nah kalau secara bahasa, orang Kelantan guna bahasa Melayu! "bukan" bahasa Jawa!!! Bahasa melayu dan Jawa itu beda jauh njing!

    Mohon anda untuk berhenti bertingkah SOK TAHU! Statement anda hanya semakin melemahkan anda. LOL

    BalasPadam
  36. Melayu memang termasuk Austronesia juga, tapi sama dengan bahasa Jawa?? Preett! Nasionalis?? Gundulmu! Ini tentang identitas bung! Nih aku kasih contoh betapa bedanya bahasa jawa dengan melayu!

    Melayu : Cinta
    Jawa :Tresno

    Melayu : kau
    Jawa: kowe/de'e

    Melayu: Kemarilah
    Jawa : Reneo

    Melayu : mata
    Jawa : mripat/socho

    Melayu : Terima kasih
    Jawa : Matur Nuwun

    Melayu : Beza
    Jawa : Seje/sejen

    dan masih banyak lagi...

    Anda lihat? Kedua etnis ini memang sama dalam hal Austronesia, tapi jelas bahasa Jawa dan Melayu jauh berbeda.

    Dan 1 hal lagi, yang tidak saya terima itu BUKAN rumpun Austronesianya! Tapi cara kalian mengklaim Jawa sebagai ras Melayu itu yang saya tidak terima!

    Jawa di Suriname, Belanda, dan New Caledonia itu lebih bangga disebut sebagai BANGSA JAWA/RAS JAWA, bukan karena Nasionalisme tetapi karena itu identitas diri! PAHAM??

    sekian dan terimakasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. nyata terlebih emosi kamu ni..aku tulis dalam keluarga bahasa yg sama..bukanya bahasa yg sama..sudah tentuu ada beza juga mcm bahasa belanda dgn jerman dan inggeris dr rumpun anglo-saxon..boleh disemak semula komentar sy itu...ya jawa harus bangga jadi jawalah...kenapa tidak?..cuma sosio politik di malaysia yg terlalu kuat sifat melayu sentriknya..sejarahnya memang begitu...sy bukan berkata soal ideologi sy betul kamu salah atau kamu yg btul dan saya salah..sy berckp dr sudut realiti di malaysia..kamu tidak suka tidak apa...tpi malaysia memang melayu sentrik...sy sendiri bukan melayu asli tpi keturunan minang campur banjar tpi ya sy tiada masalh mengatakan sy melayu...bangga ya banggalah jdi melayu...sy membesar dgn suasana melayu sentrik tpi ya tetap sedar akarnya sy adalah minang dgn banjar juga..sy bangga juga mengaku sy minang dan juga banjar...kalo ada tidak setuju terserah..bukan masalah sy kalo org lain tidak suka...ya begitulah tidak sulit kangmas..seperti yg sy bilang kalo ada orang ngomong jawa itu melayu di tanah jawa...ya silakan ganyang aja dia..tpi di malaysia ngak ada masalah tu...matur nuwun

      Padam
  37. ye laaaaaaaaaaaaaaaa........emosi boleh meruntuhkan negara......huhuhu

    BalasPadam
  38. kan saya dh cakap jawa bkn melayu.bugis pun bkn melayu.tamadun jawa hebat menjadi dominan di indonesia.di zaman silam membina candi borobudor yg lebih gah dari angkor wat.org bugis hati kering.berani dan suka merantau.melayu.....layu terkulai kalah lari selamatkan diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hebatnya bugis..tpi sampai tanah semenanjung dia tak pulak nak gelar diri dia raja bugis..kenapa kesultanan johor & selangor yg memang sah keturunan bugis masih nak mengaku melayu..kata kuat..hati keringlah..melayu terkulai kalah lari selamatkan dirilah..cuba tya kenapa dorang masih mahu digelar sebagai raja melayu?..bukan raja bugis?..yah memang hebatlah bugis jawa pun hebat..tpi realiti di malaysia majoriti..tak semua..tapi majoriti mahu jugak dipanggil melayu?...kenapa ideologi dan politik melayu sentrik begitu kuat di malaysia..melayu ni dah mcm yahudi pulakkan..jumlah taklah byk tpi pandai berpolitik lama2x dia berkuasa dan mendominasi politik dan membuatkn etnis lain mahu digelar melayu..yahudi pun begitu jumlah bangsa taklah ramai tapi dominan dlm sosioekonomi dan politik dunia sebelah barat..mungkin kebetulan saja..lagi pun kita tau org yg ada darah jawa, bugis, banjar dan minang di malaysia ni pun bukanlah berdarah tulin totok..sebab dah berkawin campur dgn etnik melayu asal dan berkwin sesama etnik yg lain..jadi majoriti anak2x diorg adalah half breed generation..kalau nak kata tiada melayu original, maka tiada juga jawa, bugis, minang, banjar atau aceh original di malaysia..semua kacukan melayu.

      Padam
    2. dimana bumi di pijak disitu langit di junjung,,,,,

      Padam
  39. @Tanpa Nama 24 Oktober 2013 6:49

    korang nie memang tak konek la. . . saudara @Mufid Zaky Asari emosi kerana idantity etnis laa, diorng cakap pasal Jawa-Melayu laaa, bukan pasal Indonesia-Malaysia laa...pasal etnis, bukan pasal negara. . . mana boleh emosi kerana identity etnis lantas runtuhkan negara......hohoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih baik tenang dari emosi.tidak kira apa jua yang diperdebatkan atau diperbincangkan.....huhuhuh

      Padam
  40. Seronok berjalan-jalan dalam blog ini. Hahaha... apa pun, mengapa harus kita bertelagah... saya tidak setuju dengan tuan punya blog, bila berkata tentang 'hak milik mutlak'.Dalam aspek budaya dan bahasa sebenarnya kita saling ber asimilasi atau saling berkongsi atau saling meniru... kita kini terpecah, terpisah kerana sempadan negara yang digariskan oleh penjajah. Asalnya, kita sekampung, senegara, serumpun, setempat. Oleh itu, usah bertelagah dlm mempertahankan hak pemilikan bangsa bahasa dan budaya.


    From fia, borneo. :)

    BalasPadam