tag:blogger.com,1999:blog-482992179843322056.post4026845534337760727..comments2024-03-21T00:26:32.387-07:00Comments on MELAYU NUSANTARA: SEJARAH REALITI VS SEJARAH BUKU TEKSAl Semantanihttp://www.blogger.com/profile/17094309057675554101noreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-482992179843322056.post-75190851228615697542012-09-04T00:28:09.669-07:002012-09-04T00:28:09.669-07:00saya membaca juga blog tersebut, bg saya ada benar...saya membaca juga blog tersebut, bg saya ada benarnya apa yg dikatakan oleh 'anai-anai'. tetapi kita perlu memaafkan beliau kerana tulisannya hanyalah sbg org yg suka dan sayangkan sejarah bangsanya. Bkn sbg ahli akdemik yg mempunyai kapasiti untuk mengkaji secara menyeluruh dan mampu membezakan antara logik dan tidak.

tetapi untuk prenggan kedua akhir tuan itu, kita tak boleh jugak tolak pandangan anai-anai. lihat lah yg terjadi di negeri melayu dalam pemerintahan thai (yala, narathiwat dan songkhla). semuanya telah disesuaikan dengan lenggok dan lidah thai termasuklah nama tempat dan nama orang melayu/islam sendiri. pdhal nama nya jelas merujuk kepada nama dalam bahasa melayu/islam.

jika pemerintah thai melakukan perkara ini sekarang, tidaklah mengejutkan penjajah terdahulu spt british dll menggunakan kaedah yg sama. Sbg contoh: British memanggil kepulauan Brunei sbg Borneo ikut lenggok dan lidah Inggeris mereka. Akhirnya seluruh dunia memanggil pulau tersebut Borneo walhal perkataan Borneo itu diambil dpd perkataan Brunei.

daripada mempertikaikan adalah lebih baik segala dapatan ilmu dan wacana ini dikumpulkan seterusnya dikaji secara menyeluruh agar kita dapat mencari kembali segala sejarah kita yang tidak hilang tetapi sengaja tidak mahu dihebahkan oleh pihak yang berkepentingan
ssfnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-482992179843322056.post-47782995546088670322010-09-16T08:49:52.932-07:002010-09-16T08:49:52.932-07:00..membaca dan membaca itu kita mendahului orang la.....membaca dan membaca itu kita mendahului orang lain dalam berilmu...bagus...saya suka...teruskan usaha murni ini...Ramlee(Nakhoda)www.facebook.comAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-482992179843322056.post-7628502615939648812010-09-07T23:11:37.395-07:002010-09-07T23:11:37.395-07:00Salam,
pembaca baru di laman ini.
ramai orang suka...Salam,
pembaca baru di laman ini.
ramai orang suka sejarah. ramai orang suka ambil jalan mudah. apabila orang yang suka pada sejarah mengambil jalan mudah, maka dia akan mengguna dan membaca apa-apa bahan yang sudah tersedia. di sinilah kekurangan yang ada pada masyarakat kita. kita agak kurang dengan penghayatan sejarah. zaman ini, seolah-olah sejarah negara kita bergerak setelah kedatangan penjajah British.
kita ambil cerita seperti National Treasure, lakonan Nicolas Cage, bagaimana dia membongkarkan misteri penubuhan amerika syarikat. kalau diikutkan peradaban di tanah melayu telah wujud lebih lama daripada di amerika, namun seolah-olah tiada langsung tinggalan atau warisan dari nenek moyang kita yang masih kekal,samada yang nyata atau tersembunyi.
ambil contoh muzium negara. selepas laam tidak mengunjungi tempat itu, tahun lepas, saya pergi semula ke sana. saya berasa sangat hampa. sejarah yang ada di semenanjung tanah melayu, yang telah wujud untuk beratus-ratus tahun, hanya dimuatkan dalam bangunan kecil 2,3 tingkat. yang paling sedih apabila melihat diorama mengenai melaka dan portugis. seolah-olah jabatan muzium malaysia hanya menggunakan buku sejarah sekolah menengah untuk menyediakan diorama tersebut.
mungkin kerana orang yang bekerja di dalam pengkajian warisan dan sejarah di malaysia adalah orang yang tidak minat dengan sejarah. bagi mereka, mereka hanya perlu bekerja untuk menjaga apa yang sudah ada di muzium. saya ambil satu contoh, sehingga kini saya masih tertanya apakah rupa lambang atau bendera bagi kerajaan melayu melaka? mungkin sudah ada, cuma saya yang belum pernah melihat.
pelbagai entry di dalam blog tuan yang memperkatakan mengenai lubang besar yang wujud di dalam sejarah bangsa kita. saya juga merasai kekurangan itu. yang penting adalah, apa lagi yang kita boleh buat. adakah kita hanya boleh menunggu pihak agensi kerajaan untuk menggerakkan usaha untuk menambah bahan pameran di dalam muzium ataupun usaha untuk menambah bahan sejarah ini mampu digerakkan oleh individu-individu seperti tuan dan beberapa orang lagi blogger yang mempunyai aliran pemikiran yang sama.
saya turut ingin berkongsi perasaan saya apabila membaca penulisan-penulisan yang ada di blog tuan ini: saya merasa sangat sayang kerana, rupanya banyak lagi kisah hidup kita yang majoriti masyarakat kita tidak tahu. sayang sebab benda-benda macam ini hilang, senyap dengan begitu sahaja.
jikalau ada pergerakan yang benar-benar serius untuk menaikkan semula sejarah bangsa, beritahulah. mungkin kita boleh bergerak bersama-sama. benci sudah untuk mengharapkan Persatuan Sejarah Malaysia yang lebih sibuk untuk membuat lawatan ke negara orang dan membuat pertandingan menulis esei sahaja.
Sekian. Harap maaf jika tidak dapat faham racauan saya.hemisferanoreply@blogger.com