Saya
pasti anda semua sudah maklum akan pembantaian terhadap raja-raja Melayu dan
golongan bangsawan Melayu terpelajar di Sumatera dan Kalimantan oleh pihak yang
mendakwa kononnya sebagai golongan Nasionalis Indonesia sekitar 1946 dan
1960-an. Tak silap saya sudah ada banyak blogger yang menulis mengenainya. Saya ingin menulis sekali lagi mengenai peristiwa ini sebagai peringatan kepada kita bangsa Melayu. Di bawah adalah ringkasan kepada peristiwa-peristiwa sadis yang
berlaku di kerajaan-kerajaan Melayu Islam dan Simalugun serta Karo yang telah diserang oleh
manusia-manusia kejam ini. Peristiwa ini berlaku hampir serentak di Sumatera
iaitu pada 3 Mac 1946 dan kemudiannya pada 1960-an di sebuah kerajaan Melayu di
Kalimantan.
Raja Simalugun
·
TANAH KARO-
di Kota Berastagi, para pemuda nasionalis
menangkap dan mengasingkan para raja Urung dan Sibayak yang diundang ke sebuah
majlis. Sebanyak tujuh belas orang Raja ditangkap dan diasingkan ke Aceh, nasib
mereka tidak diketahui. Bangsawan serta Datok Tumenggung di Penggal Kepalanya.
Raja Raya disembelih di jembatan
besar, Raja Silimakuta dilindungi TKR, tapi ahli keluarganya semua di bunuh,
ada yang di bakar hidup-hidup dan ada yang di Penggal kepalanya .
·
SIMALUNGUN-
Barisan Harimau Liar pada malam 3
Mac menangkap raja Kerajaan Pane beserta keluarganya, lalu merampas harta benda
mereka. Raja dan keluarganya dibawa ke suatu tempat pesta, kemudian mereka
dibunuh dengan kejam.
·
KESULTANAN ASAHAN, TANJUNG BALAI-
Pukul enam pagi, istana diserang
sekelompok orang dari Nasional Pelopor Indonesia (Napindo), Pemuda Sosialis
Indonesia (Pesindo), Ku Tui Sin Tai (Barisan Harimau Liar), Barisan
Merah/Partai Komunis Indonesia, Hizbullah, dan buruh-buruh Jawa. Seluruh
keluarga dan kerabat kesultanan Melayu Islam serta orang-orang yang bekerja
untuk istana ditangkap. Harta benda mereka dirampas. Sultan Sjaiboen Abdoel
Djalil Rachmatsjah, Sultan Asahan sempat melarikan diri dari belakang istana.
·
KESULTANAN KUALUH-
Ketika penghuni Istana sedang tidur,
istana diserbu segerombolan orang bersenjata tajam. Malam itu, istana diselongkar habis.
Tengku Al Hadji Moehammad Sjah, Sultan Kualuh dibawa ke kuburan Cina, tak jauh
dari istana. Tengku Besar juga dijemput dari rumah istrinya dan dibawa ke
tempat yang sama. Mereka
disiksa dengan kejam, lalu ditinggalkan. Tengku Hasnan, Tengku Long, serta seluruh keluarganya
dipenggal kepalanya. Seramai 73 orang bangsawan dan kerabat diraja Melayu yang
terkorban pada malam itu.
·
KESULTANAN MELAYU DELI-
Ahli Persatoean Perdjoeangan (PP),
yang ditubuhkan oleh Tan Malaka, dan Persatuan Ulama Seluruh Aceh (PUSA??)
menyerang istana Deli, Istana di tembak. Tapi Sultan selamat dengan bantuan
askar Inggeris dan tentera kerajaan. Namun Bangsawan, datuk, orang yang
berpangkal nama wan dan warga Melayu deli di luar istana Banyak di Bunuh.
·
KESULTANAN MELAYU SERDANG-
Sultan dan keluarganya hanya ditahan
di istananya di Perbaungan. Sultan Serdang dipandang lebih berpihak pada Republik,
banyak orang yang melindungi dan menjaga Istananya.
·
KESULTANAN MELAYU LANGKAT-
Pesindo menangkap 21 orang kerabat
istana. Istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai dirompak,
Bangsawan-bangsawan Langkat ditangkap dan sebagian besar dibunuh dengan kejam
termasuk pujangga besar Tengku Amir Hamzah, puteri-puteri Sultan Langkat
diperkosa di depan mata ayahanda , Sultan Langkat, dan putra mahkota yang masih
belia hilang hingga kini. Tengku
Kamil, Ahli Keluarga Kesultanan Langkat wafat setelah di tebas dengan parang. Semua
Tengku, Datuk,Wan dan ahli Istana mati di bunuh.. Kesultanan Melayu Langkat
paling banyak di bunuh PKI dan Pesindo.
·
KESULTANAN MELAYU BULUNGAN,
KALIMANTAN, 18 JULY 1964-
Sepasukan tentara dari satuan tempur
Brawijaya 517 mengepung istana Kesultanan Bulungan. Masyarakat yang sedang mengambil wudhu
di Sungai Kayan untuk solat subuh terkejut melihat banyaknya tentera. Dan
sekitar pukul enam pagi, seluruh masyarakat di Tanjung Palas dikumpulkan di
depan istana. Mayor Sumina Husain, Komandan Kodim 0903 Bulungan di Tanjung
Selor, berkata”Para bangsawan Bulungan ingin memberontak terhadap pemerintah
Republik Indonesia.” Namun,
Datu Taruna, bangsawan Bulungan, menyanggahnya. Letnan B. Simatupang marah,
lalu memerintahkan seorang polis M. Ramli untuk menembak Datu Taruna yang
akhirnya rebah bersimbah darah. Istana dan harta benda dijarah. Satu per satu bangsawan
Bulungan hilang. Sisanya ditangkap dan dibunuh. Kemudian Sabtu malam, 18 July
1964, istana Raja Muda pun dibakar. Istana Bulungan bertingkat dua itu dibakar selama dua hari
dua malam hingga rata.
Putera-putera Raja Deli, Langkat dan Asahan. Segak berpakaian tradisional Melayu. Berkemungkinan mereka juga diantara kaum kerabat yang telah mati dibunuh.
Penghapusan etnik yang kononnya
dikatakan sebagai Revolusi sosial di Indonesia ini menghasilkan begitu banyak
pembunuhan, pembantaian, dan kekacauan. Dokumen Belanda memperkirakan bahawa revolusi ini menelan
korban sebanyak 1200 orang di Asahan sahaja. Belum lagi di daerah lainnya. Kaum
bangsawan Melayu di beberapa daerah termasuk perempuan dan kanak-kanak
ditangkap dan dibawa ke Concentration camp di Simalungun dan Tanah Karo. Kaum
non-pribumi pun tidak terkecuali, Cina dan India banyak menjadi korban. Kaum
bangsawan dinista dan dicacimaki sebagai orang bodoh dan pemalas serta berada
dalam kemiskinan dan tidak mendapat bantuan Negara dan di negerinya sendiri.
Dua generasi orang Melayu hampir
kehilangan identiti mereka. Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju
teluk belanga dan sengaja menambah gelar keturunan Batak di depan namanya
supaya boleh masuk sekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka
menghilangkan gelaran Tengku, Wan, OK dan Datuk kerana takut dicaci sebagai feudal,
bahkan kaum Melayu yang bukan bangsawan tetapi bekerja dengan para Sultan dan
Tengku pun turut ditindas. Banyak dari mereka berhijrah ke Semenanjung,
terutama di Kedah da Perak kerana masih erat hubungan kekerabatan. Sebahagian lagi
pergi ke Belanda.
Kalau kita baca di Wikipedia atau
buku-buku sejarah sekolah Indonesia, pasti akan tertulis yang revolusi ini
terjadi kerana para sultan Melayu serta raja-raja Simalugun dan Karo banyak
menindas rakyat miskin dan tidak mempedulikan rakyat mereka yang dalam
kesusahan atau mereka bersubahat dengan penjajah. Ternyata hal ini adalah
propaganda dari pihak pemerintah Pro-Jawa-komunis. Dalam penulisannya berjudul
“Revolusi Sosial Berdarah di Simalungun Tahun 1946”, Paderi Juandaha Raya Purba
Dasuha menuliskan kisah sebenar yang berlaku. Dia membantah sebutan ‘Raja-raja
menindas rakyat’ yang selama ini disebut-sebut sebagai pembenar pembantaian
kejam tersebut. Hal ini kerana yang bangkit menyerang raja-raja simalugun,
melayu dan pane misalnya adalah para pedatang tapanuli dan jawa yang telah
diberikan tanah dan sawah oleh pemerintah melayu dan raja-raja panei.
Menurut Tengku Haniah salah seorang
kerabat Kesultanan Asahan yang sudah berumur lebih 85 tahun, jika benar mereka mahu menghapuskan kerajaan monarki atau
Kesultanan, mengapa Kesultanan Jogjakarta Jawa dibiarkan! “Apapunlah alasan mereka, pembunuhan dan
perompakan itu tetap satu kejahatan” ujar Haniah. Seorang puteri bangsawan yang
pada usia mudanya hidup senang, demi bertahan hidup, setelah kehilangan seluruh
harta bendanya, Haniah bekerja menggulung rokok malah membuat bunga dari plastik
untuk mencari sesuap nasi.
Istana Kesultanan Langkat
Walaupun revolusi yang hamper sama
berlaku di Kesunanan Surakarta, namun yang menjadi mangsa hanyalah beberapa
penasihat sultan dan pekerja-pekerja istana. Keluarga sultan serta para
bangsawan tertinggi tetap dilindungi tentera kerajaan Indonesia. Namun raja-raja
Melayu dibiarkan untuk mempertahankan diri mereka dan keluarga mereka sendiri. Sebenarnya
para pembaca sekalian, satu perkara yang saya mahu tekankan tentang peristiwa
ini adalah hakikat bahawa negeri-negeri Melayu yang terlibat ini semuanya
adalah negeri yang tersangat-sangat kaya dengan hasil perlombongan, getah,
sawit, tanaman-tanaman komersil seperti kopi, koko dan lada malah telaga
minyak!
Di negeri-negeri ini wujud pekan-pekan,
pelabuhan serta bandar yang makmur dan indah, malah para sultan mempunyai kapal
dagang dan kapal wap masing-masing seperti Sultan Langkat dan Sultan Bulungan. Kekayaan
negeri-negeri Melayu ini sentiasa di cemburui oleh pihak-pihak tertentu.
Kapal Wap Sultan Langkat
Betul lah kata seorang pengkaji
sejarah bahawa orang Melayu ini walau dimanapun dia tercampak dan membuka
kerajaan, pasti kerajaan itu akan jadi, terkenal, kaya dan menjadi pusat
perdagangan yang masyhur. Contohnya lihat sahaja Parameswara yang membuka Melaka,
kemudian keturunannya Sultan Alauddin yang membuka Johor, kerabat-kerabat Melayu
dari Semenanjung dan Sumatera yang berhijrah ke kepulauan Filipina dan Kalimantan
selatan dan membuka kerajaan-kerajaan baru. Kebanyakannya menjadi pusat
persinggaan dan perdagangan yang maju.
Oleh sebab itu pada pendapat penulis,
peristiwa, pembunuhan hampir seluruh sultan-sultan Melayu dan kaum bangsawan
serta kerabat, bukan hanya satu revolusi sosial, sebaliknya sebagai satu cover
up oleh pihak tertentu dari belakang tabir atau hidden hand yang menggunakan
nama pejuang nasionalis kemerdekaan Indonesia untuk mendapatkan kekayaan
raja-raja Melayu dan hasil mahsul negeri mereka serta menghapuskan kedaulatan
dan keturunan raja-raja Melayu.
Begitulah sedikit sebanyak peristiwa operasi
terancang yang secara sengaja untuk menghapuskan kerajaan-kerajaan etnik Melayu
dan yang dekat dengannya atas sebab-sebab yang masih kurang jelas sehingga
sekarang. Sebenarnya tidak ada sebarang justifikasi yang boleh diberikan
terhadap peristiwa ini kerana ia terang-terangan adalah serupa dengan ethnic
cleansing. Walau apa pun alasan yang diberi untuk mengelak dari memperkatakan
mengenainya, konflik diantara ketuanan Melayu dengan ketuanan Jawa di nusantara
ini adalah sesuatu yang reality dan sudah sekian lama berlaku. Sejak ekspedisi Srivijaya
terhadap pulau Jawa dan dan diikuti pula dengan ekspedisi Pamalayu oleh
Majapahit, konflik ini sudah bermula, walaupun dua suku besar dan penting
nusantara ini adalah dari rumpun yang sama. Sekian. Wallah hu a’lam.
.