Kejahilan mengenai apa yang disebut sebagai RUMPUN
MELAYU sejak akhir-akhir ini dilihat semakin berleluasa. Hal ini berkemungkinan
kerana kurangnya pembacaan dan pendedahan di kalangan rakyat kita terutama yang
bukan dari rumpun tersebut mengenai sejarah Melayu. Apa yang difahami mereka
adalah suku kaum seperti Bugis, Banjar, Bajau, Suluk, Cham, Kerinchi, Acheh,
Ambon, Minang, Sunda, Jawa dan sebagainya bukan daripada RUMPUN MELAYU. Mereka
menyempitkan fahaman rumpun bangsa itu kepada suku kaum sahaja.
Hal ini membawa kepada klaim yang bukan-bukan
dan bersifat menghina sehinggakan dikata bahawa orang Melayu tidak pernah ada tamadun
dan segala tamadun lama Hindu-Buddha yang wujud di Asia Tenggara adalah tamadun
masyarakat Tamil atau India yang membuka koloni di sini. Bagi saya klaim
sebegini adalah satu klaim yang tidak berasas, berbaur politik murahan,
memprovok dan bersifat rasist. Sedangkan
jika kita teliti dan amati, sebenarnya konsep rumpun ini juga wujud dalam
masyarakat Cina yang terdiri dari pelbagai suku seperti Han, Min, Wu, Kek,
Hakka, Hokkien, Canton dan Hui yang bersatu di bawah rumpun Cina atau
Sino-Tibetan. Malahan tiada catatan kuno serta kajian ilmiah yang dapat
membuktikan bahawa yang membina tamadun tersebut adalah orang-orang Tamil atau
India. Malah sejarawan antarabangsa mengiktiraf tamadun-tamadun tersebut
sebagai tamadun ‘Malays’.
Apakah
sebenarnya yang mengikat suku-suku ini sebagai Rumpun Melayu? Yang mengikat
mereka adalah bahasa, yakni bahasa Austronesia atau Melayu kuno dan DNA mereka
yang sama. Walaupun mereka tinggal di pulau-pulau yang berbeza serta jauh dari
satu sama lain, namun DNA MEREKA TETAP SAMA, terutama dari kalangan Melayu proto.
Kajian yang dibuat mendapati DNA orang Iban dengan orang Jakun adalah sama. Ini
membuktikan bahawa walau mereka tinggal berjauhan namun mereka tetap dari induk
yang sama dan berada dibawah RUMPUN MELAYU.
Sebenarnya
sudah banyak kajian yang telah dibuat bagi membuktikan bahawa Rumpun Melayu lah
penduduk asal Tanah bertuah ini. Antaranya adalah satu kajian yang pernah
dibuat oleh ahli-ahli Arkeologi dari UKM pada tahun 2010. Melalui kajian
tersebut data arkeologi yang diperolehi
di Semenanjung Malaysia dan Sarawak menunjukkan rumpun Melayu adalah
penduduk asal bumi Malaysia sejak lebih daripada 40,000 tahun lalu dan
bukan berhijrah ke mari dari tanah besar di utara samaada Yunnan ataupun Taiwan.
Malah jika kita selaraskan dengan kajian terbaru dari puan Zaharah Sulaiman,
rumpun bangsa Melayu ini telah wujud sejak
60,000 tahun dahulu melalui pengiraan umur DNA kaum Melayu Proto dan
Semang yang merupakan Induk kepada orang-orang Melayu yang wujud sekarang.
Artifek-arifek
seperti seramik yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi yang dijalankan
oleh ahli-ahli arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan bahawa
artifek itu adalah berbentuk tempatan
dan bukan dibawa masuk dari luar. Antara tempat ekskavasi tersebut ialah Pulau
Kalumpang dan Beruas di Perak; Kota
Johor lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang dan Muar di Johor; Kota Melaka in
Melaka; Kota Lukut di Negeri Sembilan dan beberapa tapak di Tasik Kenyir di
Terengganu. Selain itu, penemuan
tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak oleh Kurator Museum Sarawak, Tom
Harrison dan isterinya dalam tahun
1958 menunjukkan rumpun Melayu sudah
wujud di Malaysia seawal 40,000 tahun yang lalu.
Secara
langsung, penemuan di Gua Niah dan kajian-kajian yang dijalankan oleh ahli
arkelogi UKM menolak teori dipercayai ramai bahawa Melayu di Semenanjung adalah
pendatang dari tanah besar di utara atau Yunnan. Teori migrasi ini dikemukakan
Heine-Geldern dan penyelidik dari (Vienna School of Thought) yang dikemukakan
dalam tahun 1930an. Teori itu timbul berikutan dengan penemuan kapak batu di
Malaysia yang dikatakan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kapak batu yang
digunakan di sebelah utara tanah besar Asia bagi membuktikan bahawa orang
Melayu telah berpindah dari kawasan utara tanah besar Cina itu kemari.
Prof
Nik Hassan Shuhaimi bertanya: “ADAKAH HANYA KERANA KAPAK BATU DITEMUI DI
MALAYSIA ORANG MELAYU TELAH BERPINDAH DARI UTARA KE SELATAN DI MALAYSIA? TIDAK
TERFIKIRKAH MEREKA BAHAWA ORANG MELAYU WAKTU ITU JUGA BOLEH MEMBUAT KAPAK
BATU?” Beliau berkata demikian dalam
kertas kerjanya bertajuk ‘Tiga Puluh Lapan Tahun Arkeologi di Universiti
Kebangsaan Malaysia’ di Seminar Penanda Arasan Penyelidikan Arkelogi di UKM
pada 12-13 Julai, 2010.
Menurut
beliau lagi, penyelidikan arkelogi di UKM
sejak tahun 1980an telah menemui data baru tentang asal usul kerajaan
Melayu tertua di Malaysia iaitu Kataha, Kadaram atau Kedah Tua. Data baru ini
diperolehi daripada tapak arkelogi Sungai Mas, Kedah. Beliau juga menyatakan
isu penting dalam zaman kerajaan awal/zaman klasik ialah proses Indianisasi.
Berdasarkan kajian yang dibuat di UKM PROSES INDIANISASI ITU BOLEH DITUKAR
KEPADA PROSES PEMBUMIPUTRAAN KEBUDAYAAN INDIA, kata Prof Nik Hassan. Kebudayaan
India yang ada di Alam Melayu BUKAN DIBAWA MELALUI PROSES PENAKLUKAN
tetapi dijemput oleh masyarakat tempatan dan disesuaikan dengan kebudayaan
tempatan.
ADAKAH MEREKA-MEREKA INI DATANG KE TAPAK ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG DENGAN IKHLAS UNTUK MELIHAT PENINGGALAN SEJARAH TAMADUN MELAYU LAMA , ATAU MEREKA DATANG DENGAN NIAT YANG LAIN? UNTUK MELIHAT KUIL NENEK MOYANG MEREKA KONONNYA? UNTUK SEMBAHYANG?
Penemuan
dan kajian ini sekaligus menolak dakwaan-dakwaan tidak berasas serta rasist
yang dilakukan oleh segolongan pihak yang berbangsa Tamil di Negara ini. Tindakan
mereka yang sengaja mahu mengganggu gugat sejarah Masyarakat tamadun rumpun
Melayu adalah perbuatan yang tidak beretika malah sangat jahat dan busuk!
Jangan oleh kerana fahaman politik yang cetek maka sejarah sesebuah bangsa itu
mahu dipermainkan. Kami orang-orang Melayu tidak pernah mengungkit atau
menyentuh mengenai sejarah nenek moyang anda di India malah sejarah kedatangan
datuk dan nenek anda ke tanah Melayu pada zaman Kolonial. Mengapa sejarah kami
pula yang anda mahu rebutkan? Tidak cukupkah dengan kuil-kuil serta berhala besar
yang ada di Tamilnadu India? Adakah kami menghalang kaum anda untuk mencari
makan dan minum di negeri tanah tumpah nenek moyang kami ini? Sudah diberikan
betis mahukan peha pula. Sekian, Wallah hu a’ lam.
Al-Semantani
Jones
Sumber:
UKM, Shahfizal Musa.