Salam dan selamat hendaknya kepada semua pembaca. Dalam posting
kali ini kita akan menyambung pengembaraan untuk mencari kaitan diantara bangsa
Sumeria dan bangsa Nusantara atau Austronesia sejak beribu-ribu tahun dahulu.
Kita bertuah kerana sudah ada sedikit sebanyak kajian yang dibuat oleh para
pengkaji barat mengenai fenomena yang boleh dikatakan sangat misterius ini.
Sebenarnya terdapat banyak persamaan diantara bangsa kita atau
Austronesia dengan Sumerian ini, seperti dalam sudut bahasa, keagamaan atau
Theologi, kebudayaan dan juga mitos-mitos kewujudan. Ada sesetengah pengkaji
yang menolak persamaan ini dan mengatakan ia hanyalah kebetulan semata-mata.
Namun adakah suatu kebetulan boleh muncul dengan banyak sekali? Sudah tentunya
tidak! Oleh itu mari kita bersama-sama menelusuri zaman purba untuk mengetahui
lebih lanjut tentang apa sebenarnya yang telah berlaku.
Seperti yang dikaji ahli sejarah diperkirakan bahawa zaman gangsa dimulai sekitar 5000-6000 tahun yang lalu
sekaligus menjadi salah satu tonggak sejarah terpenting dalam bidang pembuatan logam. Gangsa
dipebuat dari peleburan yang kompleks dari tembaga
dan timah dan masih di keluarkan
hingga sekarang. Di kawasan Mediteranian
logam timah adalah sangat
kurang, ini berbeza dengan
Asia Timur dan Asia Tenggara sebagai sumber timah terbesar di dunia baik dari zaman
kuno hingga sekarang. Oleh sebab itulah perdagangan diantara kawasan Nusantara dan Asia Barat
sangat penting pada zaman purba. Tetapi
pada saat itu timah bukanlah satu-satunya yang dibawa oleh orang Asia dan
Austronesia ke dunia sebelah barat kerana para arkeologi telah menemukan cengkih
di dalam bejana kapal di Syria dengan bukti tahun setidaknya 1721 SM. Bangsa Pheonicia
ternyata telah membawa cengkih di awal kelahiran aksaranya, bahkan lebih awal
lagi, kira-kira tahun 3000 SM, Mesopotamia telah menggunakan tumbuhan Nusantara
itu untuk daging yang sudah tidak segar lagi, sekaligus untuk pengubatan.
Kerana
zaman keemasan perdagangan cengkih antara Nusantara dengan pedagang-pedagang
dari berbagai bangsa seperti India, Arab, Eropah, adalah berterusan beberapa ribu
tahun kemudian, maka cengkih tentunya dikonsumsi sendiri oleh orang Sumer dan Pheonicia.
Hubungan dagang yang sudah terjalin sejak awal peradaban ini menandakan mereka
berkomunikasi dengan bahasa yang sama, atau setidaknya satu bahasa lingua
franca yang difahami bersama .Orang Sumeria sering menyebut orang-orang laut
dan pedagang tersebut sebagai bangsa Magan dan Meluhha/ Melukha (Mungkin Maluku
atau Malayu/Malaka?).
Hubungan
ini wajar jika dilihat dari yang tertulis di dalam
dialog Kritias. Plato menulis bahawa
di awal kehidupan, ada dua komuniti
yang berbeza
yang dibaratkan
sebagai ‘gembala’ dan ‘pelaut’. Kanaan (Pheonicia)
dan Sumeria adalah bangsa pelaut berorientasikan
hilir sekaligus merupakan
pembina kota-kota pelabuhan pertama di Timur Jauh yang
tentunya mempunyai tradisi yang sama dengan pelaut-pelaut ulung Austronesia.
Sumeria merupakan
peradaban tertua di dunia termasuk yang pertama menyumbangkan ilmu-ilmu peradaban
seperti; penulisan,
irigasi, undang-undang,
agama, ilmu-ilmu sains
(aritmatik, geometri, kalender, senibina),
dan sebagainya. Kota-kota Sumeria
adalah yang pertama mempunyai
sistem pertanian yang
sistematik
sejak 5300 SM dan perkembangan sistem penulisannya sudah dimulai sejak 3500 SM.
Karya-karya Sumer adalah yang tertua di dunia dan tetap terpelihara hingga era
Babilon, lalu berkembang hingga ke Timur Tengah dan Mediteranian, dan memberi
sumbangan khususnya kepada tamadun Yunani dan Yahudi. Misalnya, dua dari empat
sungai taman Eden dalam kitab mereka
bernama Tigris dan Euphrates.
Selain itu, seperti yang telah saya sebut berdasarkan kajian ke atas kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba.
Kapal-kapal Melayu adalah di antara kapal-kapal yang datang dari laut-laut jauh
yang panggil sebagai Dilmun, Magan dan Melluha. Menurut pengkaji budaya Melayu
dari Eropah, adalah mungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria untuk sungai
Tigris dan Furat adalah berasal dari asal-usul Malayo-Polinesia. Di dalam
bahasa Pangasinan (satu bahasa puak di Luzon),perkataan 'siglat' yang bermaksud
pantas atau cepat mempunyai persamaan linguistik dengan kata 'idigna' bagi
Sumeria dan 'idiglat' bagi Akkadia merujuk kepada sungai Tigris.
Di dalam bahasa itu juga,kata 'burakan' yang bermaksud
'gelombang','berayun-ayun' atau 'melayari' adalah kelihatan sama dengan
perkataan Sumeria 'Buranun'( Beralun dlm bahasa Melayu) dan Akkadia bagi
'Pu-rat-tu' merujuk kepada sungai Furat. Selain itu perkataan GU dalam bahasa
Sumerian ada persaman dengan perkataan KU atau AKU dalam bahasa Melayu kerana
maknanya adalah sama iaitu saya manakala perkataan KAMI dalam bahasa Sumeria
adalah ME. Di bawah saya sertakan sebuah jadual berserta dengan perbandingan
diantara bahasa Sumeria dengan bahasa Melayu. Saya hanya menyediakan 7
persamaan sahaja sedangkan ada berpuluh lagi persamaan yang boleh kita jumpa.
Melalui jadual ini kita dapat lihat betapa dekatnya persamaan tersebut.
MELAYU
|
SUMERIA
|
AKU
|
GU
|
KAMI
|
ME
|
SIAPA?
|
ABA?
|
AYAH
|
AYA
|
INI
|
NE
|
ORANG
|
UR
|
PANAH
|
PANA
|
Selain
itu bahasa Sumeria
tidak sama dengan rumpun Indo-Eropah
atau Afro-Asiatik (Mesir, Berber, Semit, dsb) yang terdapat di sekelilingnya, seolah-olah
ia bahasa asing yang terpulau.
Meskipun
sudah lama pupus,
Paul Kekai Manansala, menjumpai
banyak kata-kata Sumer di dalam rumpun Austrik (Asia Tenggara, Asia Selatan,
Oceania termasuk bahasa Melayu)
. Apatah lagi di samping cengkih,
Sumer juga menggunakan kerbau Asia, berkemungkinan kerbau
ini berasal dari jenis Asia Tenggara (kerbau bubalus bubalis carabanesis),
seperti yang terlihat pada sigil Sumerian
abad ke-3 SM.
Mungkin ada diantara anda yang terlepas pandang klu-klu yang terdapat di
seluruh Nusantara. Seperti juga ahli-ahli Freemason, orang-orang Nusantara
terutama Melayu-Polenesia gemar menyorok klu tentang rahsia bangsa mereka dalam
senibina rumah atau bangunan yang dibina mereka. Anda tidak percaya? Sebagai
contoh rumah adat Toraja satu arkitektur tradisional dikenali sebagai Tongkonan.
Materialnya adalah terbuat daripada kayu uru, kayu lokal yang sekuat kayu jati.
Arahnya selalu menghadap ke utara. Atapnya berbentuk melengkung seperti
Minangkabau. Meskipun orang Toraja ini tinggal di kawasan pegunungan, namun atap
melengkung indah tersebut ternyata berkait rapat dengan lautan atau perairan.
Bentuk rumah dengan atap lengkung itu menggambarkan sebuah perahu atau kapal. Model
atap tersebut menggambarkan perahu yang digunakan Puang Buralangi pada masa
berlayar ke Toraja, ribuan tahun silam. Dalam mitologi Toraja, Puang Buralangi
adalah manusia pertama yang diciptakan Tuhan.
Buralangi diciptakan Tuhan di bahagian utara langit dan kemudian
diturunkan di daerah yang disebut Pongko sebelum pergi ke Toraja dan
beranak-pinak di sana. Pongko itu berada di daerah utara. Itu sebabnya,
tongkonan selalu menghadap ke utara. Tidak ada kepastian di mana Pongko itu
berada. Ada yang berpendapat ianya China, Wallahhua’lam. Kisah penciptaan
Buralangi juga berkait tentang banjir besar yang meneggelamkan daerahnya.
"Kerana keadaan ini juga Puang Buralangi menggunakan perahu untuk ke Tanah
Toraja. Perahu ini kemudiannya diabadikan dalam bentuk atap rumah.
Kemegahan rumah Nias ini seakan-akan memberi gambaran kepada kita akan Bahtera Nabi Allah Nuh.
Terdapatnya versi lain tentang mitologi banjir di Toraja, yang diungkap
oleh Stephen Oppenheimer mengenai teori yang ditulis dalam bukunya, Eden in the
East: Benua yang Tenggelam di Asia Tenggara. Buku ini sangat menarik untuk
dibincangkan. Ianya agak sensasi tapi amat memikat hati kita kerana
bersangkut-paut dengan masa lalu sejarah kita yang misterius ini.
"Karakter khas mitologi di kawasan Nusantara dan Asia Tenggara adalah banyaknya
cerita banjir," kata Oppenheimer dari Universiti Oxford, London.
Kata-kata ini sangat penting kerana ianya adalah klu yang terawal dan
terpenting yang harus kita baca dan faham jika kita mahu merungkai sejarah
purba bangsa Nusantara. Kisah banjir ini yang menjadi dasar teori Oppenheimer
bahwa banyak peradaban tertua di dunia berasal dari kawasan Nusantara, terutama
dari wilayah Pentas Sunda, yang sekarang sudah tenggelam menjadi Laut Sunda dan
Laut Cina Selatan. Bukti lain yang digunakan Oppenheimer adalah pemetaan
genetik.
Pentas Sunda atau Sundaland adalah wilayah dataran luas yang berada di
wilayah Indonesia dan Malaysia sekarang. Sebelum dipisahkan oleh laut kerana
Zaman Ais berakhir sekitar 6.000 tahun sebelum Masihi, Sumatera, Jawa, dan Borneo
masih menyatu dengan Asia. Daratan ini juga menghubungkan Kalimantan dengan
wilayah selatan Cina. Oppenheimer percaya, pada masa Pentas Sunda itu belum
tenggelam, penduduknya sudah memiliki kemampuan teknologi bertani, mencari
ikan, atau membuat tembikar. Kemampuan pertanian ini boleh dikatakan paling
tua di dunia. "Belum ada masyarakat lain (di dunia masa itu) yang
boleh melakukannya," kata Oppenheimer.
Apabila Pentas Sunda dibanjiri air secara mendadak, penduduknya mula
berpindah. Mereka membawa bersama teknologi pertanian dan sebagainya ke seluruh
dunia. Di barat, pengaruh para imigran dari wilayah kita dan sekitarnya sampai
Eropah, sedangkan di timur mereka sampai ke Benua Amerika dengan melalui Selat
Bering, yang ribuan tahun lalu masih boleh dilalui dengan berjalan kaki, tidak
perlu menggunakan perahu. Menurut Oppenheimer, oleh sebab itulah peradaban
Sumeria, 5.000 tahun SM, juga dipengaruhi oleh peradaban orang-orang
bertutur bahasa Austronesia- dalam keluarga bahasa yang mencakup bahasa-bahasa
di Indonesia-Malaysia dari Asia Tenggara. Selama ini ahli sejarah menyatakan di
Sumeria sistem undang-undang sudah dikembangkan, teknik ketenteraan sudah cukup
maju sehingga terjadinya perang diantar kota-kota atau City -state. Roda, adalah
salah satu penemuan teknologi paling berpengaruh di dunia, juga sudah
diciptakan pada masa ini. Dan terutama sekali huruf telah pun digunakan, iaitu
dalam bentuk huruf paku atau cuneiform.
Namun apa yang lebih memeranjatkan, Oppenheimer melihat beberapa penemuan
dari Sumeria menunjukkan adanya persamaan dengan kebudayaan atau teknologi masyarakat
Austronesia. Persamaan benda-benda Neolitik yang muncul di Asia Tenggara dan Mesopotamia sekitar 7.500 tahun lalu juga menjadi salah satu bukti. Tembikar yang ditemukan di Ur, yakni salah satu kota tua Sumeria,
menunjukkan beberapa persamaan dengan tembikar kelompok masyarakat Austronesia
di Asia Tenggara seperti penggunaan cat warna merah. Begitu juga, dengan
penemuan patung-patung dengan cacah atau tato yang mirip dengan cacah kita.
Seni membuat cacah alias tato itu adalah ciri-ciri khas Austronesia. Tidak hanya
teknologi yang disebarkan para penduduk Nusantara ribuan tahun silam ke
berbagai penjuru dunia, tetapi juga mitologi kisah banjir. Sebagai contoh Epik Gilgamesh,
iaitu kisah banjir besar Sumeria yang memiliki pesramaan dengan banjir Nuh,
menurut Oppenheimer, bertitik-bertolak dari kisah tenggelamnya Dataran Sunda di
wilayah Nusantara dahulu kala.
Sejak dua abad yang lalu, cerita banjir Nabi Nuh adalah satu-satunya
legenda tentang banjir besar yang dikenali dunia mutakhir. Munculnya mitologi
banjir besar, yang sebahagian kisahnya sangat mirip kisah Nabi Nuh, dalam dunia moden
apabila tablet-tablet tulisan huruf paku, semacam buku dari kerajaan Sumeria,
ditemukan di Irak oleh Hormuzd Rassam pada 1853. Tablet-tablet itu pertama kali
diterjemahkan oleh arkeologis Inggeris, George Smith, pada awal 1870. Tablet
itu berisi kisah Gilgamesh, seorang Raja Sumeria. Dalam cerita itu, Gilgamesh
bertemu dengan Utnapishtim di negeri timur yang mengaku telah selamat
dari banjir besar yang melanda negerinya kerana dia sempat naik perahu besar.
Dalam perahu itu, ia membawa semua benih yang boleh ditanam. Setelah beberapa
hari, ia melepaskan burung untuk mengetahui apakah sudah nampak ada daratan. Arkeologis
Inggeris lain, seperti Sir Leonard Woolley, pada 1929, menyimpulkan bahawa
kisah Utnapishtim dan banjir Nuh itu adalah sama. Namun hanya Allah yang lebih
mengetahui samaada kisah itu dan orang itu adalah sama seperti yang dikhabarkan
dari al Quran.
Tetapi tidak boleh tidak kita juga harus mengikuti perkembangan jumpaan
bukti semasa. Dalam pengkajian dan pencarian akan Bahtera Nabi Nuh, saya yakin
dunia telah mengiktiraf bahawa bahtera yang dijumpai di puncak gunung Ararat
adalah bahtera Nuh yang asli. Jikalaupun ia bukan bahtera Nuh, kita juga
mendapat kepastian bahawa sememangnya pernah berlaku suatu banjir yang maha
besar suatu ketika dahulu, yang dapat menjelaskan mengapa boleh ada kapal purba
diatas puncak gunung. Jika benar bahawa bahtera tersebut adalah bahtera Nabi
Allah Nuh maka kita makin dekat dengan konklusi bahawa Nabi Nuh sebenarnya berasal
dari tamadun Pentas Sunda yang telah tenggelam! Mengapa saya berkata sedemikian?
Adakah saya naik kerasukan? Oh...tidak anda jangan terburu-buru kerana masih
banyak yang harus kita bincangkan, jangan lari, saya bukan gila isim...:)
Sebenarnya para pembaca sekalian baru-baru ini (2010), gabungan pengkaji arkeologi dan antropologi dari
dua negara, iaitu China dan Turki, seramai
15 orang, yang juga merakam film dokumentari tentang tapak kapal Nabi Nuh AS
itu, telah menemukan bukti baru. Mereka mengumpulkan artifak dan fosil-fosil
berupa serpihan kayu kapal, dan paku. Hasil kajian makmal Noah’s
Ark Ministries International, China-Turki, setelah
melakukan ujian material fosil kayu oleh ahli tanaman purba, menunjukan bukti
yang amat-amat mengejutkan, yakni fosil kayu Kapal Nabi Nuh AS sebenarnya berasal dari kayu jati yang
ada di Pulau Jawa!
Saintis China ini menemukan bukti yang memeranjatkan dunia Arkeologi!
Mereka telah
meneliti ratusan sample kayu purba dari berbagai negara, dan memastikan, bahawa
fosil kayu jati yang berasal dari kawasan Jawa Timur dan Jawa Tengah 100 peratus
tepat dengan sample fosil kayu Kapal Nabi Nuh AS. Mereka meyakini 99
peratus, bahwa tapak kapal di Gunung Ararat, Turki adalah merupakan fosil Kapal
Nuh yang ribuan tahun lalu terdampar di puncak gunung itu, setelah banjir besar
menenggelamkan dunia dalam peristiwa mencairnya glisier di kedua-dua kutub.
Daripada kajian ini maka jelas kepada kita bahawa misteri dunia dan rahsia
Allah itu tidak semudah yang kita sangka. Rupa-rupanya ada sebab mengapa Allah
swt menempatkan umat Islam teramai di dunia di Kawasan Nusantara!
Rupanya tanah bertuah ini adalah tanah para Nabi sebelum kewujudan Bani Israel.
Samaada hipotesis saya ini benar atau tidak hanya Allah yang maha mengetahui.
Inilah pohon kayu Jati yang terkenal di Nusantara.
Namun kisah ini tidak berakhir disitu. Berbalik kepada topik banjir
besar, yang lebih memeranjatkan lagi bahawa kisah Utnapishtim atau banjir Nuh
ini bukanlah satu-satunya kisah tentang air bah besor. Beberapa kisah yang serupa
mulai ter-identifikasi di seluruh dunia dan ini memeranjatkan para sejarawan.
Ini semua dapat mengukuhkan lagi bukti bahawa Nabi Nuh mungkin berasal dari Nusantara.
Di Wales misalnya, sebuah negeri kecil yang pemerintahannya menyatu dengan England
ada kisah mengenai tasik Llion yang menyembur dan membanjirkan seluruh daratan
kecuali Dwyfan dan Dwyfach. Mereka selamat dengan kapal tanpa tiang dan kembali
mendiami Pulau Pridain (Britania). Kapal itu berisi sepasang binatang dari
setiap makhluk yang hidup.
Di Tahiti, misalnya, ada kisah banjir setinggi gunung, selama sepuluh
hari. Apa yang jelas ia bukan tsunami, yang mungkin sudah dikenali di daerah
itu, kerana lamanya sampai 10 hari. Manakala suku Ami, salah satu suku pribumi
di Taiwan, memiliki ciri yang sama dengan dongeng di Tibet-Burma dan
Austro-Asiatik di India Timur. Kisahnya tentang banjir yang singkat, menyelamatkan
diri dengan kotak kayu, mendarat di gunung, dan pembiakan orang yang
selamat. Tetapi ada sesuatu yang merunsingkan saya, Ianya adalah mengenai asal
usul-Nabi Nuh itu sendiri. Seperti yang anda tahu perbincangan ini adalah untuk
mencari titik mula perkaitan diantara Orang Sumeria dengan Nusantara.
Persoalannya disini sama ada benar ataupun tidak Nabi Nuh itu rumpun
Austronesia? Jika benara maka misteri persamaan bahasa diantara Sumeria dan
Nusantara Austronesia telah terjawab. Mereka adalah daripada Induk bangsa yang
sama.
Para jiggers dan readers sekalian, sebenarnya tidak ramai yang tahu
bahawa Sumeria mempunyai satu lagenda mengenai kedatangan seorang pendita
berbentuk makhluk dua alam dari timur. Makluk ini jika dilihat pada Plate-plate
tinggalan mereka ianya berbentuk seakan-akan reptilian seperti biawak atau
ikan serta burung, namun sejak kali pertama saya melihatnya saya percaya ianya adalah NAGA! Menurut riwayat pendita ini datang dari arah laut di timur dengan
berenang dari lautan Hindi. Dalam lagenda mereka juga pendeta ini dikatakan pendatang
dari Dilmun atau Eden yakni tanah bertuah ini bertujuan untuk mengajar
sesuatu ilmu spritual kepada orang-orang Sumer. Dalam legenda Babilon, kedatangan imigran Nusantara dirakam dalam kisah tujuh orang pendita yang datang dari laut (Timur) membawa berbagai pengetahuan baru. Kisah seperti ini juga terdapat di Hindukush (pusat peradaban Indus kuno) dan dimuat dalam Buku Kematian Mesir kuno. Seperti yang telah
saya paparkan sebelum ini Oppenheimer telah memberikan satu senarai yang
panjang mengenai mitos-mitos masyarakat Mesopotamia dan Asia Barat secara
umumnya yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara atau Nusantara.
Pendita dari timur ini bernama Annunaki!
Dalam lagenda ini juga pendatang
dari timur ini sering digambarkan sebagai sesuatu yang baik dan positif namun
ada juga gambaran yang negatif. Menurut pengkaji, terdapatnya konflik yang
wujud diantara dua kelompok pendatang yang singgah di Sumeria ini. Dalam the Book
of Enoch, dua kelompok pendatang dari timur ini dikatakan telah berperang
sesama mereka. Sebagai contohnya dalam tradisi lagenda masyarakat Yahudi
pertelingkahan berlaku kerana faktor perebutan hak perdagangan dan perniagaan
yang tidak jujur. Hal ini menunjukkan bahawa pendita dari timur ini juga turut
memperkenalkan konsep perdagangan dan perniagaan kepada mereka.
Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan
siput cowry dan lingkaran siput yang dikerat sebagai matawang Sumeria awal
sepertimana yang digunakan oleh masyarakat Austronesia. Apa yang lebih
mengejutkan ialah cara ia digunakan juga sama dengan orang Austronesia iaitu
ianya ditebuk lubang dan dijadikan sebagai rantai atau gelang untuk dibawa
ketika membeli. Persamaan ini tidak boleh dikatakan sebagai kebetulan kerana
bangsa lain di sekitar Mesopotamia tidak mempunyai matawang seperti itu.
Sehingga sekarang para pengkaji masih bingung apakah barangan yang didagangkan
orang Sumer dengan Dilmun. Namun produk kayu atau balak adalah salah
satu komoditi yang dapat dipastikan.
Siput yang dikerat hujungnya.
Dalam catatan Yahudi kuno ada menyatakan tentang hubungan perdagangan
diantara para pedagang Pheonicia yang membawa kayu dinamakan Almug dari sebuah tempat
yang jauh ketimur. Menurut catatan itu lagi perjalanan untuk sampai ke tempat
tersebut mengambil masa selama tiga
tahun dengan menaiki kapal. Para pengkaji
moden telah cuba mencari jawapan apakah yang dimaksudkan dengan kayu Almug
tersebut dan kebanyakan dari mereka mengatakan ia adalah kayu Jati atau
Gaharu atau mana-mana jenis kayu wangi yang lain yang berasal dari kawasan
tropika. Perdagangan kayu-kayuan ini berkemungkinan besar adalah permulaan
kepada munculnya perdagangan rempah ratus dari timur. Apa yang pasti dalam
banyak petitih-petitih kuno Asia Barat, Dilmun digambarkan sebagai sebuah tempat
yang penuh dengan kayu-kayu wangi dan dinamakan The Land of
Aromatics.
Dari sudut keagamaan pula, dalam masyarakat Polinesia, dewi bulan mereka dinamakan sebagai Ina atau dalam bahasa Samoa Hina dan Hawai sebagai Wahine. Perkataan wanita dan betina juga dikatakan berasal daripada nama ini. Apa yang menarik adalah, dalam masyarakat Sumeria Inana merupakan nama bagi dewa bulan mereka! Hal ini menunjukkan wujud persamaan yang amat ketara. Tablet yang bertulis nama inana ini ditemui arkeologis dan dipercayai berumur lebih 10 ribu tahun. Malah bukan itu sahaja. Kebanyakan daripada mitos kedewaan dan nama-nama dewa masyarakat Sumeria adalah mempunyai persamaan dengan nama-nama dan kisah dewa dewi orang Polinesia.
Dari sudut keagamaan pula, dalam masyarakat Polinesia, dewi bulan mereka dinamakan sebagai Ina atau dalam bahasa Samoa Hina dan Hawai sebagai Wahine. Perkataan wanita dan betina juga dikatakan berasal daripada nama ini. Apa yang menarik adalah, dalam masyarakat Sumeria Inana merupakan nama bagi dewa bulan mereka! Hal ini menunjukkan wujud persamaan yang amat ketara. Tablet yang bertulis nama inana ini ditemui arkeologis dan dipercayai berumur lebih 10 ribu tahun. Malah bukan itu sahaja. Kebanyakan daripada mitos kedewaan dan nama-nama dewa masyarakat Sumeria adalah mempunyai persamaan dengan nama-nama dan kisah dewa dewi orang Polinesia.
Dewi Innana.
Sepertimana orang-orang Sumeria yang sangat mahir dalam ilmu cerap
bintang, konsep ilmu ini juga adalah sama dikalangan masyarakat polinesia. Hal
ini amat memeranjatkan para pengkaji barat. Ini mengukuhkan lagi teori bahawa
orang Nusantara termasuk Polinesia adalah pembawa tamadun kuno ke Sumeria.
Perhubungan diantara Sumeria dan Nusantara ini sudah pasti berlansung dalam
jangka waktu yang amat lama sehinggakan terdapatnya kesan-kesan yang dalam
diantara kedua-dua bangsa ini seperti kewujudan patung orang Sumeria di Candi
penataran dan kewujudan persamaan dalam bahasa Melayu dan bahasa Sumeria.
Selain daripada bukti-bukti, keagamaan dan mitos serta kebudayaan
terdapat juga bukti dari segi anthropologi dan genetic. Saintis yang telah
membuat kajian menegnai rangka dan tengkorak orang Sumeria dikatakan bahawa
mereka mempunyai dahi yang agak luas, tulang hidung yang lebar dan besar serta
struktur bibir bawah yang tebal. Ciri-ciri ini dikelasifikasikan mereka berada
dalam golongan Astroloid yakni sama seperti tengkorak orang-orang Austrik dan
Austronesia.
Nah, saudara pembaca yang budiman sekalian. Daripada perbincangan yang
saya bentangkan ini maka ada beberapa perkara pokok yang tidak harus kita
terlepas pandang. Yang pertama adalah adanya hubungan dagang diantara
masyarakat Nusantara dengan Sumeria sejak awal tamadun itu berasas lagi. Yang kedua
adalah terdapatnya bukti-bukti yang menyokong bahawa permulaan tamadun selepas
banjir berkemungkinan besar bermula di Nusantara. Hal ini diperkukuhkan dengan
penemuan penggunaan kayu jati dari Jawa dalam pembinaan bahtera Nabi Nuh.
Apa yang penting bahawa kita perlu yakin bahawa semua ini bukanlah suatu
kebetulan kerana terlalu banyak persamaan yang dapat kita berikan dintara
bangsa Austronesia Nusantara dengan satu bangsa yang misteri dari Iraq ini
yakni Sumeria. Namun adakah semua persoalan tentang Sumeria-Nusantara ini akan
tertutup dan berakhir disini sahaja? Oh tidak tuan puan sekalian, masih banyak
lagi yang perlu dibongkar, terlalu banyak lagi yang harus dikaji, masih terlalu
awal untuk kita berpuas hati dengan bukti yang kita ada sekarang. Oleh itu saya
sebagai penulis, menyeru para pembaca yang budiman sekalian supaya bersama-sama
untuk memecahkan kebuntuan dan misteri ini supaya dapat kita membuka dengan
lebih luas lagi pintu Alters Terahsia Bangsa Melayu ini. Sekian Wallah hu a’lam.