Ahad, 9 Oktober 2011

FAKTA PENTING TENTANG BANGSA MELAYU YANG TELAH DILUPAKAN.



Berikut adalah beberapa fakta yang ramai anak muda pada zaman ini tidak tahu berkenaan Bangsa besar Rumpun Melayu dan bahasanya. Ramai yang beranggapan Istilah Melayu itu hanya istilah syok sendiri orang Malaysia atau diberikan oleh British dan lain-lain penjajah dan sebagainya. Namun ternyata dakwa dakwi berkenaan tidak benar. Istilah Melayu telahpun menjadi istilah penyatuan bagi seluruh bangsa rumpun ini atau rumpun Austronesia sejak sekian lama lagi, dan dipersetujui oleh  pemimpin-pemimpin dunia Melayu ketika itu.


* Dalam tahun 1879 Parlimen Hawaii di Honolulu telah membincangkan kemungkinan penyatuan Dunia Melayu-Polinesia yang luas.

* Sembilan tahun selepasnya (1898) Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya” dengan gagasan yang sama.

* Muncul di Filipina ialah wiranya yang terbilang, Jose Rizal yang diberi nama jolokan “The Pride of the Malay Race” atau “The Great Malayan”.

* Wancelao Vinzons yang menyampaikan pidato bersejarah “Malaysia Irredenta” telah memaparkan mimpi penyatuan seluruh bangsa Melayu - Polinesia. Waktu itu beliau berusia 22 tahun dan seorang pemuja Rizal. Beliau selanjutnya mengarang buku mengenai “History and civilization of Southeast Asian countries belonging to the Malay race”.

Di samping itu di Indonesia terdapat peranan Muhammad Yamin, yang berasal dari Talawi. sebuah kampung kecil di Sumatera Barat. Menurutnya “Selat Melaka ialah corong kepulauan kita, Malaya ialah batang leher kepulauan Indonesia dan daerah yang delapan. Menceraikan Malaya dari Indonesia dalam perhubungan internasional adalah sesuatau yang merugikan”.

Keagamaan

Pada peringkat akhir syarahan perdananya Ismail Hussein menyebut: Dunia Melayu ini penuh keragaman dari segi keagamaan, kebudayaan, kesenian serta adat resam, tetapi di bawah keragamannya itu selalu terasa ada kesatuan yang mengikutnya”.

Dalam kertas kerjanya pula berjudul The Study of Malay Literature, Ismail Hussein menyebut mengenai kira-kira 2,000 manuskrip asli Melayu dihantar ke Eropah kebanyakannya untuk perpustakaan-perpustakaan Inggeris dan Belanda.

Lanjutnya dalam karya yang berjudul Malay, World Language of the Ages oleh Profesor James T. Collins, yang mengkaji bahasa dan pelbagai loghat Melayu di seluruh Asia Tenggara menyebut, apabila kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 memeluk agama Islam, Melaka mempunyai kira-kira 200,000 penduduk dan berupa kota terbesar di Asia Tenggara. Kerana kaitan dengan Islam, tulisan Jawi menjadi bahan utama penulisan Melayu.

Pada 10 Ogos 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis yang kemudian meranapkan masjid-masjid serta istana-istana. Namun, pada tahun 1522 kamus Melayu terbit hasil usaha seorang peniaga bangsa Itali, bernama Antonio Pigafetta. Antara contoh kata-kata:

Melayu 1522, Apenomaito?, Tida tahoSudah Macan,

Melayu 1996, Apa nama tu?, Tidak tahu, Sudah makan?,

Melayu 1534, Baparim de Pungor, Ange’ dia malu, Sita pa tau dor,

Melayu 1996, Berperang di Punggur, Nggak dia malu, Setapak tak undur.

Juga terdapat catatan surat tulisan Jawi dari Sultan Brunei pada tahun 1599 kepada Gabenor Manila setelah diserang oleh tentera Sepanyol. Surat tersebut masih disimpan di Sepanyol.

Tambahan lagi suatu yang menarik ialah peranan seorang Paderi Kristian, Francisco Javier di Melaka setiba pada tahun 1545. Beliau mempelajari bahasa Melayu hingga boleh menterjemah ayat-ayat sembahyang penganut Katolik. Beliau mengadakan pelajaran-pelajaran agama Kristian dalam bahasa Melayu.

Pada tahun 1632, bahasa Melayu digunakan dalam mahkamah-mahkamah pemerintahan Belanda di Ambon. Seorang bangsa Maluku beragama Kristian, Jan Paijs menjadi petugas mahkamah menulis kenyataan-kenyataan dalam bahasa Melayu tulisan rumi. Surat-surat berumur 364 tahun itu masih disimpan di negeri Belanda.

Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca di Batavia semasa pemerintahan Belanda.( BUKAN BAHASA JAWA DAN BUKAN JUGA BAHASA INDONESIA)

Pada tahun 1856, suratkhabar bahasa Melayu terbit di Surabaya untuk keperluan ahli-ahli perniagaan. Menjelang akhir abad ke-19, akhbar-akhbar Jawi dan Rumi terbit dipelbagai tempat Gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago).

Semasa tentera Jepun menyerang dan menewaskan tentera British di Malaya dulu, pegawai-pegawai tentera Jepun membawa kamus Malay-English susunan Wilkinson, tulisan Rumi.

Menurut Profesor Collins, sepanjang sejarah 1,300 tahun bahasa Melayu telah menerima kata-kata bahasa Arab, Sanskrit, Portugis dan Belanda.

 
untuk artikel penuh sila ke halaman diatas. sekian wallah hu a'lam.
 
 

Jumaat, 7 Oktober 2011

Kaum Se Mala Dari Sundaland (Nusantara)


Seorang Wanita Bangsawan Melayu

Mungkin masih ada yang tertanya-tanya bagaimanakah rupa bangsa Melayu awal. Putihkah? Atau hitamkah atau kelabu? Persoalan ini mungkin nampak kompleks, namun tuan-tuan sekalian penjelasannya memang ada jika kita tahu dimana untuk mencarinya. Sebelum ini Cik sri ada memberi lecture tentang Melayu proto dan Melayu deutro, mungkin ada yang telah lupa atau belum membacanya lagi.Mungkin juga ada yang tidak faham. Artikel kali ini cuba untuk memberi sedikit penerangan mengenainya.



Kita telah tahu bahawa wujud satu tamadun yang hebat di Nusantara ini suatu ketika dahulu. Namun yang kita tidak tahu siapakah bangsa yang membina tamadun ini.Adakah mereka dari keturunan Melayu proto atau mereka adalah dari Suku Mon-Khmer yang juga menjadi penduduk terawal Asia tenggara terutama Semenanjung Tanah Melayu. Sebelum ini srikandi ada menyatakan tentang terdapatnya kota purba di Tasik Chini, namun yang peliknya suku kaum asli yang tinggal di Tasik Chini bukan dari golongan Melayu Proto atau Austronesia tetapi dari golongan Mon-Khmer. Jadi Milik siapakah kota tersebut? Berkemungkinan ia milik Mon Khmer.


*(ralat: Srikandi telah memberi penjelasan bahawa kaum yang tinggal di sekitar Tasik Chini adalah kaum Jakun iaitu dari kaum Melayu proto Austronesia dan bukan Mon-Khmer dan saya juga mengesahkannya dengan membuat lebih research. Jadi adalah berkemungkinan kota yang berada dibawah Tasik Chini juga adalah kota Bangsa Melayu Proto atau Mala, ditambah lagi dengan lagenda Naga Seri gumum yang juga milik bangsa Melayu Proto ini. Terima kasih kepada Srikandi kerana memberi komen)

Siapakah suku proto Melayu? Bagaimanakah rupa orang Melayu zaman dahulu? Ini persoalan kita. Jawapannya mudah sahaja. Kita boleh lihat rupa orang Melayu dahulu dengan melihat rupa orang Semelai dan Jakun. Sebenarnya menurut ahli-ahli antropologi tempatan kaum, Semelai adalah kaum yang paling dekat dengan Melayu Deutro atau modern. Hidung mereka, warna kulit mereka, rambut mereka adalah tidak ubah seperti kaum Melayu. Malahan jika kita perhatikan betul-betul kebanyakan mereka berwarna kulit yang cerah dan bukan gelap seperti suku-suku asli yang lain. Suku kaum Semelai terdapat banyak di Negeri Sembilan dan Pahang terutama di sekitar tasik bera. Adat dan upacara mereka juga adalah hampir sama dengan adat Melayu. Satu lagi keunikan mereka ialah mereka pandai membina perahu yang baik serta alatan muzik bertali serta gong.

Siapa sangka satu kaum yang nampak primitif dan tak berpakaian ini pernah membina tamadun hebat.Nah...jangan terpedaya, lupakah anda pada catatan envoi china ke Funan yang menyatakan bahawa kota hebat Funan dipenuhi manusia yang separuh bogel. Bogel belum tentu bodoh..;)


Persoalannya adakah mereka ini bangsa yang pernah mendiami Funan, Chih Tu, Tan Mo Ling dan Pan-pan. Ianya masih belum terjawab. Namun clue nya ada pada nama kaum Semelai itu sendiri yakni Se Melai, Melai atau Malai=Mala? Mungkinkah mereka adalah turunan kaum Mala yang masih mengekalkan cara hidup sebelum tamadun Hindu-Buddha? Dalam folklore kaum Temuan yakni juga kaum proto Melayu Austronesia, ada diceritakan tentang banjir besar yang berlaku beribu tahun dahulu. Dalam banjir tersebut yang terselamat hanya dua orang sahaja yang kemudiannya menjadi leluhur kepada orang Temuani. Adakah peristiwa banjir besar Sundaland terpahat dalam petitih kuno mereka sejak turun temurun? Jika benar bermakna mereka adalah suku yang tertua di Nusantara ini dan telah ada sejak sebelum tenggelamnya Sundaland dalam banjir NAbi Nuh!


Ini wajah seorang pemuda Semelai. Kacak bukan. Tidak seperti suku-suku Aslian yang lainnya, suku Semelai dan Temuan mempunyai iras wajah tak tumpah seperti orang Melayu.


Mungkin ada yang kurang setuju dengan teori Sundaland. Tapi tak apalah, setuju atau tidak itu pendapat masing-masing tetapi di ingatkan supaya gunakan akal dan kemahiran menyelidik dan bukan hanya main teka-teka sahaja dalam membuat suatu kesimpulan. Kalau anda hendak tahu teori ini juga telah disokong oleh Human Genome Organization yang telah mengkaji DNA atau genetik kaum-kaum di Asia dan Asia Tengara dan hasilnya mereka mendapati teori keluar dari Yunan adalah kurang tepat. Sebaliknya mereka menyetujui teori keluar dari Sundaland atau Nusantara. Sebelum ini saya ada sebut dalam artikel saya bahawa sebenarnya setelah diselidik didapati bahawa suku kaum di Asia Timur ini semuanya berleluhurkan suku Austronesia di Asia Tenggara dan bukan sebaliknya! Orang China, Jepun Dan Korea teras nenek moyang mereka adalah orang-orang Austronesia! Orang Austronesia ini mengembara hingga ke Yunnan, Taiwan dan kemudian ke China dan bercampur dengan kaum-kaum Monggoloid serta Siberian dan membentuk kaum-kaum di Asia timur sekarang. Hasil penyelidikan ini menggemparkan dunia dan tak ramai yang mahu menerimanya lagi.


Seorang gadis Melayu dengan rambut yang ikal Mayang Mengurai!



Rumah tradisional orang Semelai. Mungkinkah rumah sebegini yang dilihat oleh para pengembara Mesir purba ketika sampai di Tanah Punt?


Saudara sekalian, jika benar kaum Semelai adalah kaum asal Mala bermakna sahlah Melayu bukan pendatang, sebaliknya telah wujud beribu-ribu tahun yang lalu. Satu lagi keunikan mereka adalah dari segi bahasanya. Walaupun ahli-ahli antropologi telah membuat kesimpulan bahawa mereka adalah Proto Malay namun bahasa mereka bukan sahaja mengandungi suku kata Austronesia tetapi terdapat juga campuran bahasa Mon-Khmer. Ini dapat memberikan kita gambaran bahawa betapa eratnya hubungan diantara suku-suku Melayu pada zaman dahulu dengan suku-suku Mon-Khmer. Hubungan yang dimaksudkan mungkin hubungan diantara agrarian dan Maritim. Suku Mon Khmer yang di ketahui sebagai bangsa Agraria mungkin menjadi pembekal barang-barang dagangan dari hutan manakala suku Melayu proto mebekalkan barangan dari Tasik, sungai dan laut kepada mereka.

Teknologi kaum Semelai. Apa bende ini? ini adalah sebuah piston bellows yang digunakan oleh orang proto Malay terutama Semelai untuk menghidupkan api. Kehebatan teknologi ini telah diakui oleh para pengkaji dan Antropologis dari Barat, malahan mereka terkejut apabila melihatnya buat kali pertama sedangkan kaum Semelai telah menggunakannya sejak beribu-ribu tahun untuk menghidupkan api tanpa perlu menggosok-gosok kayu seperti orang Red Indian.


Satu lagi teknologi orang Semelai yakni sebuah alat muzik bertali yang dibuat dari kulit ikan buntal. Cara permainannya sama seperti biola bertali satu dari China.


Masih banyak lagi rahsia-rahsia yang boleh kita kaji mengenai prang-orang Melayu proto ini. Mungkin mereka masih ingat kota-kota hebat yang dibina saudara mereka pada suatu ketika dahulu dan terpahat dalam petitih-petitih tradisi mereka. Mungkin mereka tahu dimana terletaknya kota-kota purba ini. Amat perlu rasanya ahli-ahli arkeologi tenpatan dan sejarawan berkerjasama dengan mereka untuk membongkar rahsia bangsa Mala yang telah terkubur lama ini. Sekian, wallah hu a’lam

Isnin, 3 Oktober 2011

PIRAMID BERASAL DARI NUSANTARA?





Sebenarnya sudah ada kajian yang dibuat oleh para arkeologis barat dan dari negara jiran yang menunjukkan bahawa budaya piramid sebenarnya berasal dari Nusantara. Lebih tepat lagi ianya dikaitkan dengan sebuah benua yang telah tenggelam iaitu Sundaland. Sudah lama sebenarnya saintis-saintis barat mengeluarkan teori mereka mengenai Sundaland. Namun demikian sebahagian besar ahli-ahli arkeologi , geologi dan Sejarah aliran perdana masih meraguinya kerana menurut mereka ini semua pseudo-science dan arkeologi terlarang. Namun yang benar tetap akan tersingkap walau bagaimana carapun kita menutupnya bak kata orang Melayu bangkai gajah kalau ditutup akan berbau juga.



Di negara jiran kita Indonesia beberapa Ahli arkeologi dan geologi ternama mereka sedang giat untuk membuktikan bahawa sememangnya tanah Nusantara ini wujud sebuah ketamadunan purba yang tinggi teknologinya. Salah satu teknologi tamadun purba ini adalah pembinaan piramid. Professor Robert Schoch dalam kajian beliau ada menyatakan bahawa sebenarnya ilmu pembinaan piramid bukanlah asli dari Mesir tetapi sebaliknya milik bangsa yang lebih tua yang berasal dari timur di sebuah benua yang telah tenggelam. Menurut beliau lagi Sundaland yang tenggelam lebih kurang 70000 tahun yang lalu telah memperlihatkan penghijrahan satu kaum yang maju yang membawa ilmu pembinaan piramid ke serata dunia termasuklah Mesir.



Kajian yang dibuat beliau bukan sahaja menyetuh tentang bukti-bukti arkeologi tetapi juga bukti linguistik, antropologi, DNA, dan geologi. Oleh itu adalah sukar untuk menyangkal teori yang dibuat beliau tanpa pengetahuan dalam bidang-bidang tersebut. Tambah beliau lagi tamadun-tamadun utama dunia seperti Sumer, China, Bolivia, Peru dan lain-lain mendapat ilmu mereka dari orang-orang Sundaland yakni Nusantara. Menurutnya lagi manusia dari Sundaland ini mempunyai ilmu pelayaran yang hebat dan telah berlayar ke seluruh pelusuk dunia untuk menyebarkan tamadun mereka. Adakah anda pernah menonton filem 10 000 b.c? jika belum sila tonton kerana dalam filem itu ada maksud tersembunyi. Jika kita teliti betul-betul dalam babak akhir filem tersebut setelah kesemua hamba-hamba itu memberontak para penguasa yang mengarah untuk membina piramid tersebut cuba melarikan diri dengan sebuah kapal besar yang disembunyikan di belakang Piramid. Filem ini dengan jelas cuba memberi clue kepada kita bahawa Pembina piramid datang dari wilayah asing yang jauh.



Mungkin maklumat ini terlalu asing bagi kalian semua namun sebenarnya kenyataan Prof Robert ini ada asasnya. Seperti yang telah saya katakana Ahli-ahli arkelologi Indonesia sedang giat mencari piramid-piramid di seluruh Nusantara dan hasilnya mereka berjaya menemui beberapa buah piramid dan step piramid yang berusia beribu tahun lebih tua dari piramid Mesir! Salah satu tapak yang telah dikenal pasti oleh geologis dan arkelologis Indonesia ialah di gunung Lalakon, Bandung. Menurut mereka setelah mereka mengadakan unjian batuan secara saintifik mereka mendapati dibawah permukaan Gunung lalakon terdapat bentuk batu-batuan yang seakan-akan dibina manusia dan bukan terbentuk secara semulajadi. Jika ini benar bermakna Gunung Lalakon adalah salah satu piramid yang terbesar dan tertinggi di dunia. Pasukan yang digelar Turangga Seta ini mengklaim masih ada ratusan piramid lain yang tersebar di seluruh Indonesia. Mereka mengatakan bahwa piramid-piramid itu tersebar di Sumatera, Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi dan Papua. Secara geomorfologis, bentuk Gunung Lalakon di Bandung mahupun Gunung Sadahurip di Garut memang memiliki bentuk yang mirip dengan piramid. Mereka memiliki empat sisi yang ternyata simetri.


BENTUK GUNUNG LALAKON ADALAH TIDAK UBAH SEPERTI PIRAMID. MAMPUKAH ALAM SEMULAJADI MEMBENTUK PIRAMID SEBEGINI?

Adakah penemuan ini sama seperti penemuan di Bosnia. Saya juga mendapat maklumat bahawa penggalian di Bosnia telah dihentikan kerana kurang bukti ditemui dan dihalang oleh lembaga Arkeologi yang berpengaruh di dunia. Mengapa mereka betul-betul takut jika piramid ditemui di Bosnia atau di Indoneisa agaknya?

PUNDEN BERUNDAK DI JAWA BARAT YANG BERBENTUK PIRAMID


Selain daripada Gunung-gunung yang disebutkan diatas sebenarnya ada banyak lagi tapak lain terutama tapak megalitik di Indonesia yang mempunyai binaan berupa piramid dan step piramid. Antaranya ialah Candi Sukuh yang amat terkenal itu. Jika kita lihat betul-betul Candi ini tidak ubah seperti piramid kaum Maya dan Aztec di Amerika tengah! Selain Candi Sukuh satu lagi candi yang hampir serupa ialah Candi Cheto. Semua ini terletak di Pulau Jawa. Sebenarnya jika kita membuat kajian lebih mendalam ciri-ciri pembinaan candi-candi di Nusantara adalah amat unik. Hal ini kerana ianya berasaskan kepada binaan step piramid. Contoh yang paling nyata ialah candi Borobudur sendiri. Selain Borobudur candi-candi lain seperti Candi pasemah di Sumatera selatan dan Candi Prambanan terutama di bahagian atasnya yang melambangkan Gunung Mahameru juga mempunyai asas step piramid. Jadi pada pendapat saya adalah logik sekiranya kita katakan bahawa pembinaan piramid adalah tidak asing sebenarnya di Nusantara.


CANDI SUKUH SALAH SATU CANDI UNIK YANG BERBENTUK PIRAMID




CANDI CHETO JUGA BERBENTUK SEPERTI PIRAMID AMERIKA TENGAH



PUNDEN BERUNDAK, SALAH SATU TAPAK MRGALITIK BERBENTUK STEP PIRAMID



CANDI BORUBUDUR JUGA DIBINA DENGAN ASAS PIRAMID




Masjid kampung laut.



Masjid Minang.

Rumah  kaum Melayu Merina di Madagaskar juga mengekalkan bentuk 3 segi dan piramid.

Para pengkalji dari UKM sendiri pernah membuat kesimpulan bahawa di sekitar Tasik Chini ada bukit-bukit yang berbentuk seperti piramid yang mempunyai empat bucu yang lurus. Tambahan lagi jika kita lihat senibina rumah-rumah Melayu di seluruh nusantara maka akan kita lihat tidak hilangnya tradisi piramid dalam masyarakat kita. Apakah yang saya maksudkan? yang saya maksudkan adalah senibina bumbungnya yang berbentuk piramid dan antara contohnya ialah Masjid kampung laut. Apakah semua ini? adakah benar piramid berasal dari Nusantara? Adakah benar Sundaland adalah Atlantis yang dicari-cari selama ini? Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda semua fikirkan. Wallah hu a’lam.