Rabu, 30 Jun 2010

SEDIKIT PENERANGAN MENGENAI SRIVIJAYA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KHMER



Salam. Intro terbaru mengenai siri ATBM yang ditulis Srikandi telah memberikan saya sedikit penjelasan mengenai puzzle-puzzle yang telah saya kumpulkan selama ini. Di kesempatan ini mungkin saya boleh memberikan sedikit gambaran atau illumination mengenai salah satu topik yang akan dihuraikan oleh Srikandi dalam ATBM 3.5 nanti iaitu mengenai kaitan Raja-raja Khmer dengan bangsa Melayu dan kerajaan Melayu Srivijaya. Saya tahu ada diantara anda di luar sana masih skeptikal dengan kenyataan Srikandi yang banyak mengaitkan Tamadun Indochina iaitu Angkor dan Kemboja serta Champa dengan orang Melayu dan Srivijaya. Oleh itu molek rasanya saya tulis artikel ini untuk sedikit pemahaman. Terlebih dahulu saya ingin maklumkan bahawa artikel ini ditulis sepenuhnya oleh saya tanpa penglibatan Srikandi atau mana-mana pihak dari M.O...:)



Ramai yang tidak faham apa kaitannya orang Melayu atau Tamadun Melayu dengan Tamadun Khmer. Sebenarnya kaitan antara kedua kaum ini telah berlaku sejak beribu tahun dahulu. Sekurang-kurangnya pada zaman Srivijaya sebagai empayar maritime terbesar dan terkuat di Asia Tenggara, Kemboja pernah menjadi salah satu daripada jajahan takluknya. Keagungan empayar Melayu Srivijaya tetap dikenang masyarakat Melayu nusantara sehingga sekarang, namun riwayatnya telah banyak dibunga-bungai dengan dongeng dan mitos. Hal ini telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat nusantara. Kehebatan dan kekuatan empayar Srivijaya diakui oleh bangsa-bangsa lain di seluruh dunia. I-tsing seorang pengembara china yang singgah di Srivijaya pada tahun 671 M melaporkan bahawa beliau menaiki sebuah kapal yang dipunyai oleh maharaja Srivijaya dari Palembang ke india.



Mulai 683 M kerajaan Srivijaya telah berjaya menakluk sebahagian besar daripada Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian pulau Jawa. Mengikut catatan buku sejarah China Hsin Tang Shu, Srivijaya pada zaman kegemilangannya mempunyai empat belas buah Bandar besar. Selain menjadi pusat empayar maritim dan perdanganngan, ibu kotanya juga menjadi pusat pengajian agama Buddha yang terkenal di Timur ketika itu. Menurut i-sting ada terdapat lebih kurang 1000 orang cendekiawan agama Buddha yang tinggal di ibu kotanya. Dipankara Atisa iaitu seorang pengembara Buddha dari Tibet juga datang ke Srivijaya untuk menuntut selama 12 tahun dibawah seorang guru bernama Dharmakirti( mungkin seorang Melayu) yang dikatakan sebagai seorang cendekiawan Buddha yang teragung pada zaman tersebut. Cuba anda banyangkan kehebatan bangsa Melayu kita pada zaman tersebut. Tidakkah anda berasa bangga walau sedikitpun? Saya faham, mungkin mentaliti masyarakat kita hari ini merasa janggal atau jijik jika ada pihak yang cuba mengaitkan identiti ke-Melayuan dengan sejarah zaman Hindu-Buddha. Namun ini lah kenyataan sejarah. Sebelum umat Melayu bani jawi ini menemui Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, mereka semua menganut agama-agama lain seperti animis, pagan, Hindu dan Buddha. Apa salahnya kita merasa bangga dengan pencapaian bangsa kita pada zaman tersebut?



Tambahan lagi pada tahun 747 terdapat dua orang cendekiawan Buddha yang datang dari Srivijaya bernama Wajrabodhi dan Amoghawajra dengan membawa ajaran mazhab Buddha Wajrayana ke negeri China. Semua bukti ini menunjukkan bahawa pencapaian bangsa Melayu pada zaman tersebut sebenarnya telah mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa, terutamanya dalam bidang ilmu. Raja-raja Srivijaya juga telah membina banyak monumen-monumen agong di seluruh Nusantara antaranya ialah borobodur. Ramai para sejarawan dan arkitek dari seluruh bunia kagum dengan teknik pembinaan candi ini. Hal ini kerana reka bentuk candi ini adalah hasil daripada Lokal Genius tokoh-tokoh pemikir tempatan Srivijaya. Unsur-unsur pembinaannya tidak menyerupai mana-mana kuil atau istana yang ada di India mahupun China! Hal ini dapat menyanggah pendapat para sarjana barat yang menganggap bahawa tamadun Melayu adalah tamadun TIRUAN daripada tamadun India.



Catatan daripada seorang saudagar Arab yang bernama Sulaiman saya rasa dapat menjelaskan sedikit sebanyak mengenai hubungan Srivijaya dengan Khmer atau Kemboja. Sulaiman berada di Srivijaya anggaran tahun 851 M. Menurut catatan beliau, antara Kemboja dengan Srivijaya terletak 10 atau 20 hari perjalanan laut bergantung kepada angin. Ada seorang Raja Khmer yang muda dan berdarah panas, pada suatu hari baginda duduk di istana dan berbincang dengan menterinya tentang keagungan maharaja Zabag. Beliau berkata ingin sekali untuk melihat kepala maharaja Zabag di dalam dulang dihadapanya. Hal ini sebenarnya timbul daripada rasa iri terhadap kerajaan Srivijaya atau Zabag. Para menteri telah menasihatinya supaya tidak berkelakuan sedemikian kerana Kemboja dan Zabag tidak bermusuh. Namu beliau tidak menghiraukan nasihat menterinya dan menyatakan hasrat beliau itu kepada para jeneralnya dan menteri-menteri lain. Cerita ini akhirnya sampai ke pengetahuan Maharaja Zabag. Baginda adalah seorang yang tangkas dan berpengalaman dan berpendapat sekiranya beliau tidak mengambil tindakan diatas keceluparan raja Khmer tersebut maka ia akan menjatuhkan maruahnya. Baginda pun terus menyediakan 1000 buah kapal yang sederhana besarnya dengan helah hendak melawat ke pulau-pulau jajahannya berdekatan Kemboja. Raja Khmer tidak merasa syak sedikitpun dan tidak menyangka bahawa tentera laut Srivijaya telah mengepung ibu kotanya dengan mengejut lalu menangkap raja Khmer tersebut.



Dalam peristiwa itu rakyat kemboja telah lari bertempiaran. Namun demikian maharaja Srivijaya mengishtiharkan agar rakyat tidak dipengapakan. Baginda menempelak raja Kemboja tersebut kerana berhajat untuk membunuhnya lalu memenggal kepala raja itu sebagai balasan.Maharaja Srivijaya juga memberikan hadiah kepada menteri yang memberikan nasihat baik sebelum itu dan menyuruhnya mencari raja yang baru. Baginda dikatakan meninggalkan negeri tersebut tanpa mengambil sebarang rampasan. Peristiwa yang dicatat oleh Sulaiman ini sebenarnya ada sokongan daripada maklumat lain.



Telah diketahui bahawa orang-orang Melayu dari kerajaan Srivijaya dinasti Sailendra di jawa telah berjaya menakluk pulau Condor di laut Kemboja dan menyerang sehingga ke Annam atau Vietnam pada masa kini. Pada tahun 774 masihi mereka juga menyerang Kemboja dan menawan kuil-kuil yang ada disana. Akibat daripada srangan-serangan ini Kemboja telah tertakluk kepada Srivijaya dinasti Salilendra sehingga tahun 802 M iaitu selamam kira-kira 28 tahun! Sekarang puzzle tentang kaitan kerajaan Khmer, Angkor wat dengan Srivijaya dan bangsa Melayu nampaknya sudah semakin dekat untuk tercamtum..heheh, ada gaya Srikandi ke?:)



Di kenalpasti oleh sejarawan bahawa Raja Kemboja yang diserang tersebut adalah Raja Mahipativarman manakala Maharaja Zabag tersebut adalah Maharaja Indra yang memerintah antara 787 M hingga 812 di Jawa, iaitu salah seorang daripada Maharaja Srivijaya keturunan Sailendra dan salah seorang daripada pembina Candi Borobodor. Tempoh selama 28 tahun pengaruh Srivijaya Ke atas Kemboja pada zaman tersebut membolehkan bermacam perkara berlaku. Antaranya mungkin campurtangan pemerintah Srivijaya terhadap kenaikan tahkta Raja-raja Kemboja dan mungkin juga Maharaja Srivijaya meletakkan menteri atau kaum keluarganya sebagai pemerintah Kemboja. Perkahwinan politik juga boleh berlaku pada masa tersebut. Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila salah seorang daripada pakar sejarah Khmer mengatakan bahawa Jayavarman vii, kebanggaan rakyat Khmer bukanlah berdarah Khmer tetapi berdarah Melayu Champa.



Sejarawan tersebut adalah Prof. Keng Vansak. Kenyataan beliau ini telah menimbulkan keributan di Kemboja dan ramai rakyat Kemboja menolak hujah-hujah beliau dan menuduh beliau sebagai tidak patriotik dan anti Khmer dan monarki. Beliau juga mengatakan bahwa catatan yang dapat membuktikan kenyataan beliau telah diambil dan dimusnahkan oleh salah seorang bekas anak murudnya! Mengapa mereka sanggup memusnahkan bukti sejarah?? Jika bukan kerana tidak dapat menerima kenyataan, saya rasa mungkin ada kaitan juga dengan politik. Tidak mustahil ada bau-bau campurtangan THH! Wallah hua’lam. Saya hanya menulis untuk anda berfikir sejenak tentang puzzle-puzzle yang telah disampaikan oleh Srikandi , M.O. saya tidak minta anda percaya bulat-bulat, sebaliknya buatlah rujuk banding dan pembacaan dari sumber-sumber yang ada kreadibiliti. Di bawah saya sertakan artikel yang membicarakan mengenai kenyataan beliau:



Academic's Comments on Angkor King Anger Many



By Lor Chandara

THE CAMBODIA DAILY



Cambodia's most famous historical figure of the Angkor period caused an outpouring of emotions this week following a radio interview in which he was depicted as less than the perfect national hero he is now considered.



The suggestion that Jayavarman VII—the Khmer king who governed Angkor when the Khmer empire was at the zenith of its power—may have been half Cham prompted angry headlines in Khmer-language newspapers.



In a Radio Free Asia interview broadcast and posted on the Internet on Jan 22, the writer and Khmer-language academic Keng Vannsak also said that Jayavarman VII had lent the land where Sukothai would later develop as the capital of Siam, Thailand's former name.



Keng Vannsak—whose cultural and political opinions landed him in jail in the 1950s—also said that Jayavarman VII had forced workers to carry heavy stones to build monuments. The 12th-Century King built some of Angkor's most famous structures including the fortified city of Angkor Thorn and the Bayon temple.



Keng Vannsak also described Jayavarman's close links with the neighboring Kingdom of Champa. In a telephone interview Thursday from France, Keng Vannsak said that, based on documents he has, the father of Jayavarman VII may have been Cham and his mother Khmer.



On Thursday, 18 Cambodian journalists issued an open letter in which they accused Keng Vannsak of distorting history.



"His accusations against Jayavarman VII, who is considered by Khmer citizens to be a great King, seriously affects Khmer citizens," they wrote in the letter. "This is an insult to the Khmer royal family."



Ros Chantrabot, a historian and deputy president of the Royal Academy of Cambodia, questioned Keng Vannsak’s historical sources.



"It hurts today's Cambodian people who believe in King Jayavarman VII, Khmer soul and culture—it could cause turmoil," he said.



Historian Michael Vickery said that he did not know what documents Keng Vannsak had based his opinion on.



However, he said, "Historians now accept that Jayavarman VII spent several years in Champa in the 1160s-1170s…and he had Cham princes and troops who assisted him in his campaign to reconquer Cambodia," after the reign of a Khmer king who had been hostile to him.



1. According to KVS, King Jayavarman VII ceded Sukhodaya to Pnhea Rong in 1220. Although the chronicles do not say that King Jayvarman VII was King Botum Soryavong who ceded Sukhadaya to Siam, according to KVS, Botum Soryavong was Jayavarman VII because Sukhodaya declared its independence in 1220 which was during the reign of Jayavarman VII who "died in 1220".



2. The year 1350 was not the year of the founding of the State of Siam, but according to Keng Vansak, it was the year the Siamese first attacked Angkor;



3. Having had enough of the former kings' unopposed caprice including treating Cambodia as their own and doing whatever they wanted with it, Ta Trasok Pha-em (Pnhea Chey, or the Sweet cucumber man) dared to oppose this and "eliminated all the Varman royals".



4. When pressed for sources for these assertions and other assertions about King Jayavarman VII being a Cham, a destroyer of Cambodia etc, he claimed that [the French scholar George Coedes'] documents critical of Jayavarman VII (which would have supported his assertions) were removed from the Buddhist Institute Library and destroyed by his former student Mr. Leang Ap An:

Isnin, 28 Jun 2010

ILMU PERANG DALAM MASYARAKAT MELAYU: Bahagian 2


Silat Dalam Historiografi Tradisional Melayu Sebagai Ilmu Peperangan

Seni silat seperti yang telah diketahui kebiasaannya dikaitkan dengan kepahlawanan dan keberanian seseorang pendekar. Antara tokoh hebat dalam ilmu tersebut adalah Hang Tuah lima bersaudara. Saya akan melihat hikayat Hang Tuah sebagai sebuah sumber dalam perbincangan mengenai ilmu persilatan. Hal ini kerana dalam hikayat ini terdapatnya penyataan mengenai ilmu peperangan yang berkaitan rapat ataupun sememangnya sama dengan silat walaupun perkataan silat itu sendiri tidak pernah tercatat. Berkemungkinan istilah silat itu sendiri diperkenalkan pada abad yang lebih awal seperti abad ke 17 hingga 20 Masihi. Dalam hikayat ini pengarangnya tidak pernah menyatakan silat jenis apakah yang dipelajari oleh Hang Tuah. Cuma yang disebut adalah mengenai ilmu-ilmu tertentu yang berkaitan dengan pertahanan diri dan pertempuran seperti ilmu perajurit, ilmu hulubalang dan ilmu isyarat hulubalang serta ilmu firasat.



Perguruan silat oleh Hang Tuah berlaku dalam dua peringkat. Peringkat pertama menurut hikayat Hang Tuah ialah di Bentan, beliau telah berguru dengan sang aria putera. Peringkat kedua pula ialah dengan Sang Persanta Nala di Majapahit. Perguruan silat peringkat pertama adalah setelah kejayaan beliau dan empat saudaranya menewaskan sekumpulan lanun. Hang Tuah telah mengajak empat saudaranya berguru kepada ahli pertapaan sang aria putera dari majapahit. Petikan daripada hikayat ini ada menyebutkan yang berbunyi:



Maka Hang Tuah pun berkata pada hang kasturi dan segala sahabatnya, “hai saudaraku keempat. Baiklah kelima marilah kita berguru ada seorang ia bertapa sang aria putera namanya, adapun kita ini pada fikiran orang tua-tua akan menjadi hulubalang di Tanah Melayu, maka kata hang jebat dan hang kasturi, hang lekir dan hang lekiu, baiklah”.





Ini menunjukkan bahawa mereka berlima bersetuju untuk menuntut ilmu kepahlawanan dan pertahanan diri. Pada peringkat ini Hang Tuah dan saudaranya telah diajarkan sang aria putera ilmu isyarat hulubalang, ilmu firasat dan ilmu perajurit. Tidak terdapat ayat atau perkataan yang menyatakan mengenai silat. Namun begitu berkemungkinan besar ilmu perajurit dan ilmu isyarat hulubalang itulah ilmu pertahanan diri dan peperangan atau silat, dan ilmu firasat itu adalah ilmu kebatinan. Sudah menjadi kebiasaan kepada ahli-ahli pertapaan pada zaman dahulu untuk mempunyai ilmu kebatinan dan supra-natural seperti dapat meramal perkara-perkara yang akan berlaku. Terdapat petikan di dalam Hikayat Hang Tuah yang mengesahkan mengenai perkara ini iaitu:



Setelah sudah maka kata sang aria putra, “apa kehendak cucu kelima telah ku ketahui.. adapaun cucuku kelima ini akan diperhamba raja dan jadi pegawai besar di tanah Melayu, tetapi banyak orang-orang besar sakit hati lagi dengki akan cucuku; maka ditunjukkan kepada Hang Tuah katanya tidak mengapa kerana cucuku orang benar, ketiga cucu akan digelar Raja”.



Namun begitu ilmu persilatan yang diperoleh daripada sang aria putera adalah belum mencukupi dan masih ada lagi ilmu yang lebih tinggi kedudukannya. Oleh itu Sang Aria Putra telah berpesan kepada Hang Tuah supaya berguru dengan Sang Persanta Nala sekiranya Hang Tuah berangkat ke majapahit. Sang persanta Nala adalah saudara tua kepada Sang Aria Putra. Beliau adalah seorang pertapa di Gunung Wiranan Pura. Ilmu perajuritnya dan ilmu isyarat hulubalangnya adalah lebih tinggi daripada adiknya. Ini disebabkan sebahagian besar hidupnya dihabiskan dengan pertapaan. Petikan berikut menyatakan mengenai hal tersebut;



“Setelah sudah, maka sang aria ptra pun berpesan kepada Hang Tuah, “hai cucuku, jika engkau pergi ke majapahit kelak, jangan tidak engkau berguru kepada saudaraku bernama sang persanta nala itu, banyak tahunya daripada ku”.

Di dalam dunia Melayu, seorang yang mahir dalam ilmu peperangan atau pertarungan adalah digelar sebagai pendekar. Untuk mencapai tahap pendekar seseorang itu haruslah menghadapi ujian yang amat payah. Sebagai contohnya Hang Tuah tidak terkecuali dalam hal ini. Hang Tuah telah menghadapi ujian pertamanya setelah tamat berguru dengan Sang Aria Putra iaitu terpaksa menghadapi seorang yang Amuk dan mengganas secara membabi buta di pasar dengan bersenjatakan Keris. Menurut hikayat Hang Tuah, beliau telah menyerang Hang Tuah dengan beberapa tikaman namun setiap tikaman itu Berjaya disalahkan atau dielakkan oleh Hang Tuah dengan berkesan hasil daripada pelajarannya dengan Sang Aria Putra mengenai ilmu perajurit dan hulubalang. Hang Tuah dikatakan tidak tergopoh-gapah dalam menyerang dan akhirnya Berjaya membunuh si pengamuk dengan sebilah kapak. Seperti dalam petikan dalam hikayat Hang Tuah yang berikut:

“Maka orang mengamuk itu pun datanglah ke hadapan Hang Tuah serta ditikamnya dada Hang Tuah, maka Hang Tuah pun melompat menyalahkan tikamannya orang itu, maka salalah tikaman. Maka Hang Tuah pun melompat maka diparangnya kepala orang itu dengan kapak, kena, belah dua, lalu larilah ia, maka orang mengamuk itu pun rebahlah lalu mati.”



Melalui petikan di atas beberapa pengajaran mengenai ilmu pertempuran dan bela diri dapat diperhatikan. Salah satunya ialah ketika berhadapan dengan musuh seorang pendekar Melayu itu haruslah berhati-hati dan tidak tergopoh-gapah dalam membuat serangan balas. Hal ini mempunyai kaitan rapat dengan falsafah seni bela diri Melayu yakni silat yang menekankan penggunaan akal fikiran dan mengutamakan pergerakan mempertahankan diri atau Self Defence daripada pergerakan menyerang. Ilmu hulubalang atau silat ini juga digunakan oleh Hang Tuah dan hang jebat untuk mematahkan lima orang pengamuk yang ingin membunuh Bendahara paduka raja. Selain itu teks hikayat Hang Tuah juga ada memaparkan beberapa lagi peristiwa pertarungan penting yang menunjukkan bahawa masyarakat Melayu pada zaman dahulu telah mempunyai satu set ilmu atau seni pertahanan dan peperangan yang sama hebatnya dengan seni peperangan bangsa-bangsa utama lain seperti cina dan India. Ada maklumat daripada seorang pengkaji yang mengatakan bahawa Hang Tuah juga pernah mengalahkan Ninja dan Samurai upahan kerajaan Siam Ayuthhaya. Pada ketika itu Hang Tuah menjadi duta kerajaan Melaka ke Siam. Hang Tuah berjaya mengelak tetakan dan libasan pedang samurai dengan mudah malahan berjaya mencederakan mereka dan ada yang terputus telinga terkena penangan keris lok 21 sempena Melaka milik Hang Tuah. 




 


Antaranya ialah pertarungan di antara Hang Tuah dengan Taming Sari di Majapahit. Dalam pertarungan ini dapat dilihat bahawa ketangkasan dan kegagahan bukanlah aspek utama dalam ilmu bela diri dan pertarungan Melayu. Mengikut Hikayat Hang Tuah, apabila Hang Tuah mengetahui bahawa taming sari mempunyai ilmu kebal maka Hang Tuah telah menggunakan kepintaran akalnya untuk menukar Keris milik Taming Sari dengan kerisnya yang di ketahui sebagai punca kekebalan Taming Sari. Akhirnya Taming sari kalah dan mati.


Selain itu apa yang menarik mengenai ilmu kepahlawanan dan peperangan Melayu pada zaman dahulu adalah ianya tidak diajarkan kepada umum dan dianggap sebagai ilmu yang sangat eksklusif untuk golongan yang terpilih sahaja dan oleh kerana itulah tidak ramai yang mengetahui mengenai asal usul sebenarnya ilmu persilatan atau peperangan Melayu kerana banyak maklumat hanya disimpan oleh si pemiliknya sahaja dan rahsia tersebut dijaga dengan ketat sehingga anak cucu mereka. Hikayat Hang Tuah ada menyatakan mengenai hal ini iaitu dalam pesanan Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah:



“Ya anakku, ada suatu pesanku pada anak-anakku, adapun ilmu yang ku ajarkan kepadamu ini jangan kau ajarkan pada barang siapa, jikalau anak mu pun sekali jangan kau ajarkan, jikalau diajarkan maka datanglah kebinasaan ke atas dirimu, maka kata laksamana. Pada bicara hambamu yang ilmu dan syarat tuanku itu jangankan kepada anak cucu hambamu, tiadalah hambamu persembahkan. Jikalau dibuangkan oleh duli yang dipertuan hamba pun relalah.”



Daripada petikan di atas dilihat bahawa sememangnya ilmu persilatan, pertempuran, peperangan atau apa-apa ilmu yang berkaitan dengan seni peperangan adalah ilmu yang dipandang tinggi darjatnya dan hanya golongan tertentu sahaja yang dibenarkan mempelajarinya. Malahan Hang Tuah sendiri dilarang oleh Sang pertapa daripada mengajarkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari, kepada anaknya. Keselektifan dalam membenarkan seseorang mempelajari ilmu ini adalah juga menunjukkan bahawa pakar ilmu peperangan Melayu pada zaman dahulu mempunyai pemikiran yang terkedepan mengenai konsekuensi yang bakal berlaku sekiranya ilmu tersebut diajarkan kepada orang yang tidak sepatutnya, dan ini terlihat dengan kata-kata Sang pertapa yang mengatakan bahawa bencana akan menimpa jika ilmu itu diajarkan kepada orang lain.
 
 
bibliografi;
Hikayat Hang Tuah,
Sulalatus Salatin,
Kajian Persendirian.

Ahad, 27 Jun 2010

ILMU PERANG DALAM MASYARAKAT MELAYU: Bahagian 1

Tamadun Melayu mempunyai keunikan yang tersendiri yang mana tidak terdapat di tamadun-tamadun barat. Walaupun kepulauan Melayu dekat dengan tamadun yang besar dan hebat seperti China, dan India namun demikian tidak kesemua aspek kehidupan masyarakatnya dipengaruhi daripada kedua-dua buah tamadun ini dan perkara ini termasuklah dalam hal-hal berkaitan ilmu peperangan. Tamadun Melayu sejak sebelum kedatangan para pengembara dan pedagang dari India dan China yang membawa cara hidup, teknologi dan agama mereka lagi telah mempunyai kebudayaan, cara hidup dan tradisi local genius mereka yang tersendiri. Hal ini diakui sendiri oleh para pengembara dan pedagang daripada India dan China yang datang pada awal era kegemilangan tamadun Melayu.

Sebelum membincangkan lebih jauh mengenai ilmu peperangan masyarakat Melayu, adalah patut sekiranya diperjelaskan mengenai apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai Melayu dan tamadun Melayu itu. Melayu yang dimaksudkan di sini adalah dalam konteks yang lebih luas iaitu merangkumi kawasan geografi meliputi seluruh kepulauan Melayu atau Nusantara iaitu semenanjung tanah Melayu, Sumatera, Kalimantan, kepulauan Jawa, Maluku, Filipina, selatan Thailand, kepulauan Andaman selatan Kemboja, selatan Vietnam sehinggalah ke Madagaskar. Rumpun Melayu adalah terdiri daripada kategori rumpun Austronesia atau Malayo-polinesia. Karakteristik yang paling ketara yang terdapat dalam rumpun ini adalah persamaan daripada segi budaya dan rumpun bahasa mereka. Alfred Russel Wallace, mengkategorikan kaum Melayu sebagai antara kaum terpenting di kepulauan Melayu atau Nusantara. Beliau menganggap kaum Melayu sebagai The Most Civilized dan paling banyak membuat perhubungan dengan orang-orang Eropah dan mendapat tempat dalam sejarah dunia.

Menurut beliau lagi apa yang boleh dikategorikan sebagai Melayu sebenar adalah terbahagi kepada 4 kumpulan iaitu Melayu yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan sepanjang pantat timur, selatan dan barat pulau Borneo. Kumpulan kedua ialah suku Melayu Jawa yang tinggal di kepulauan Jawa, sebahagain daripada selatan Sumatra, Lombok, bali, dan Madura. Kumpulan ketiga pula adalah suku Melayu Bugis yang tinggal di kepulalaun Sulawesi dan Sumbawa. Manakala suku yang keempat yang dikatakan sebagai the four great race of Malay ialah suku Tagalas yang terdapat di kepulauan Filipina.Ini termasuklah suku Maranau atau Maguindanau yang terdapat di selatannya. Suku kaum seperti batak, Dayak, dan jakun dianggap sebagai puak Melayu yang tidak bertamadun atau savage. Kenyataan yang dibuat oleh beliau ini adalah sesuatu yang amat menarik. Beliau mengakui bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang bertamadun dan mempunyai tempat dalam sejarah. Sebagai sebuah bangsa yang bertamadun dan mempunyai sejarah yang panjang adalah mustahil sekiranya bangsa ini tidak mempunyai tradisi keilmuan dalam konteks ilmu perang dan ketenteraan.

Walaupun masyarakat Melayu telah terjajah sejak 1511 lagi dengan silih berganti oleh Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan kemudian Inggeris semula, namun ini bukan berati ia sebuah bangsa yang senantiasa mengalami kekalahan di dalam peperangan dan memiliki aktiviti peperangan yang tidak baik. Sejarah bangsa Melayu telah membuktikan bahawa mahupun dalam pra-kolonial, era penjajahan dan pemerintahan yang silih berganti diwarnakan sebelum dan selepasnya dengan banyak peristiwa-peristiwa konflik bersenjata di peringkat setempat ataupun antarabangsa. Bagi membincangkan mengenai ilmu perang melayu, tidak lengkap jika kita tidak menyentuh mengenai silat. Namun begitu dalam artikel ini saya tidak akan menyentuh panjang lebar kerana telah banyak blog-blog yang  khusus menceritakan tentang silat baik inggeris, melayu atau indonesia sehinggakan ia menjadi agak klise. oleh itu saya menyentuh hal-hal penting sahaja.

Silat: Seni Mempertahankan Diri Bangsa Melayu.

Perkataan silat adalah lebih masyhur digunakan di seluruh Malaysia dan juga Brunei. Sebutan selain daripada itu turut digunakan mengikut sesuatu daerah yang berlainan dan membawa makna yang lebih khusus. Misalnya perkataan ‘Gayung’ secara umumnya digunakan oleh masyarakat Melayu di daerah utara semenanjung Tanah Melayu di mana perkataan silat itu digugurkan dan hanya gayung disebut. Perkataan Gayung secara khususnya bermaksud amalan kerohanian yang terdapat dalam silat. Perkataan ‘Pencak’ pula lebih lumrah digunakan di Indonesia khususnya dalam masyarakat Jawa. Dipercayai bahawa pencak adalah daripada perkataan Panca atau Manca dalam sebutan orang Melayu Minangkabau yang membawa makna pelajaran silat Langkah atau Sembilan. Silat adalah satu seni tempur yang di dalamnya terdapat teknik serang dan bela diri sama ada dengan senjata atau tanpa senjata. Perkataan ‘Kali atau Basilat’ pula digunakan oleh masyarakat Melayu Filipina yang mengembangkan kemahiran senjata tongkat dari kayu atau rotan.

Satu teori menyatakan bahawa perkataan silat itu sendiri berasal dari kata silek dari bahasa Minangkabau. Silek adalah salah satu komponen untuk menyembahkan tarian rakyat yakni randai Minangkabau disertai dengan bakaba atau pereka cerita dan saluang jo dendang iaitu lagu dan seruling. Merujuk pada buku Filsafat dan Silsilah Aliran-Aliran Silat Minangkabau, maka dapat diketahui bahawa pengasas ilmu Silat Minangkabau adalah Datuak Suri Dirajo yang dianggarkan wujud pada tahun 1119 Masehi di daerah Pariangan, Padang panjang, Minangkabau. Lebih lanjut dihuraikan oleh penulis bahawa pengawal dari Datuak Suri Dirajo ini adalah Kambiang Utan yang berasal dari Kemboja, Harimau Campo dari berasal dari Champa, Kuciang Siam datang dari daerah Siam atau Thailand dan Anjiang Mualim datang dari Parsi.

Pada umumnya perkataan Silat atau Gayung biasa digunakan oleh masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu atau Silek dan Gayuang di Sumatera, Pencak dan Maempok di Jawa Barat, Pencak di Jawa Timur dan Jawa Tengah, Mancak di Madura dan Bawean, Encak di Bali, Mpaa Sila di Dompu dan Nusa Tenggara Barat, Bermancek di Bulungan dan Kalimantan, memencak di Bugis dan Sulawesi, Akmencak di Sulu dan Sulawesi , Basilat dan Kali di Mindanau.Silat dianggarkan menyebar di kepulauan Nusantara semenjak abad ke 7 Masihi lagi , namun begitu asal permulaannya belum dapat dipastikan. Meskipun demikian, silat pada masa ini telah diakui sebagai budaya suku Melayu dalam pengertian yang luas, iaitu para penduduk daerah pesisir pulau Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu, serta berbagai kelompok etnik lainnya yang menggunakan lingua franca bahasa Melayu di berbagai daerah di pulau-pulau Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi, dan lain-lainnya juga mengembangkan sebentuk silat tradisional mereka sendiri. Dalam Bahasa Minangkabau, silat itu sama dengan silat atau silek.

Terdapat pengaruh ilmu bela diri dari China dan India dalam silat. Bahkan tidak hanya berakhir di situ sahaja. Hal ini dimaklumi kerana memang kebudayaan Melayu termasuk Silat adalah kebudayaan yang terbuka yang mana sejak awal kewujudannya lagi, kebudayaan Melayu telah beradaptasi, asimilasi dan akomodasi dengan berbagai kebudayaan yang dibawa oleh pedagang mahupun perantau dari India, Cina, Arab, Turki, dan lain-lain. Kebudayaan-kebudayaan itu kemudian berasimilasi dan beradaptasi dengan kebudayaan penduduk asli Melayu. Maka dapat disimpulkan bahawa sejarah silat itu lahir bersamaan dengan munculnya kebudayaan Melayu itu sendiri kerana ia tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Silat adalah salah satu unsur penting dalam kebudayaan Melayu. Sehinggakan, setiap daerah secara umumnya memiliki tokoh persilatan yang selalu dibangga-banggakan. Sebagai contohnya, suku Melayu terutama di Semenanjung Melaka atau Tanah Melayu amat percaya dengan legenda bahawa Hang Tuah dari abad ke-14 adalah pendekar silat yang terhebat. Hal seperti itu juga yang terjadi di Jawa, yang mengangkat Patih Gajah Mada sebagai tokoh silat dan politik hebat.

silat wujud dalam masyarakat Melayu Champa atau selatan Vietnam sekitar 2000 tahun dahulu dengan penemuan Keris tembaga di daerah tersebut dan lukisan di Candi Borobudur di Tanah Jawa. Panglima Champa kerap mendapat tempat dan dimuliakan oleh raja-raja Melayu kerana memiliki pengetahuan dalam silat dan mahir dalam ilmu perang. Dapat memperlihatkan dari aspek pengkajian akademik bahawa silat telah kukuh dalam masyarakat Melayu sejak 2000 tahun lampau. Kerajaan Funan dan Champa merupakan dua kerajaan yang berjiran dalam kelompok dan zaman yang sama. Tetapi di abad yang sama, kerajaan Champa yang berjiran dengan China kerap berperang tanpa mahu tunduk kepada China dan Annam atau Vietnam utara yang menjadi sebahagian daripada China.silat pernah diletakkan di bawah perlindungan istana untuk membentuk angkatan perang Raja. Raja-raja Melayu menggalakkan putera dan anak-anak pembesar mempelajari silat dan ilmu-ilmu lain yang sehubungan dengan keperluan perang. Pendekar yag handal diangkat mengepalai angkatan perang dan mendapat kurnia dan darjat daripada Raja. Di dalam Sejarah Melayu ada menceritakan bahawa Sultan Muhammad Shah telah memilih seorang pegawai dari Champa sebagai pegawai kanan Istana kerana orang Champa dikatakan memiliki kemahiran dan pengetahuan dalam pemerintahan negeri.


Silat bukan sahaja merupakan satu keperluan untuk mempertahankan diri, tetapi silat merupakan lambang keperibadian bangsa dan seni budaya ketamadunan Melayu yang sudah sebati dalam jatuh bangun kerajaan Melayu sepanjang zaman dan bersama-sama mengacapi pahit manis memperjuangkan dan menegakkan kedaulatan bangsa Melayu. Sehinggalah kurun ke sembilan belas, sejarah telah memperlihatkan pendidikan silat terus berkembang dan berjaya mewujudkan pemimpin dan pahlawan perang Melayu yang gigih menentang penjajah seperti Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Dato’ Sagor, Tok Janggut, Raja Haji, Mat Salleh dan sebagainya. Pada zaman komunis atau darurat pula memperlihatkan tokoh-tokoh seperti Kiai Salleh, Kiai Osman, Kiai Shamsuddin yang menubuhkan pasukan Selempang Merah, Hj Abbas dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa silat tidak ketandusan pemimpin yang terus memugar dan menanam semangat cintakan tanah air dan berjuang hingga ke titis darah yang terakhir. Kehebatan mereka mempunyai sejarah dan hubungan rapat dengan ilmu persilatan di samping ilmu-ilmu lain yang membolehkan mereka menjadi pemimpin yang berkesan dan digeruni lawan.Sekian dahulu. Nantikan sambungan kajian saya mengenai ilmu perang bangsa Melayu.



bibliografi;
A Samad Ahmad, Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu)
Sheikh Shamsuddin, The Malay Art Of Self-defense: Silat Seni Gayong
Abd. Rahman Ismail, 2008, Seni SIlat Melayu
O'Ong Maryono, Pencak Silat Merentang Waktu
dan lain-lain kajian lisan dan persendirian.

Khamis, 17 Jun 2010

BANGSA DIPLOMASI

Salam.saya amat tertarik dengan sebuah artikel yg ditulis oleh ibnu rushdy dalam blog beliau, sang tawal. artikel ini membincangkan tentang betapa hebatnya diplomasi dan tolak ansur bangsa Melayu terhadap bangsa-bangsa lain sepanjang sejarah. Berikut adalah artikel tersebut.



Melayu, Bangsa Paling Bertolak Ansur di Dunia

Mungkin tajuk di atas dianggap agak melampau oleh sesetengah pihak. Tetapi itulah hakikatnya. Dengan mengambil kira situasi di mana puak-puak chauvinist tak henti-henti mempertikaikan hak keistimewaan Bumiputera di bumi Malaysia ini, penulis memutuskan untuk menyiarkan semula jawapan hampir 40 tahun dahulu daripada dua orang mantan pemimpin komuniti Cina dan India di negara kita yang bersikap rasional mengenai sejarah dan realiti masyarakat di Malaysia.











Mantan Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, pada 30 April 1969 dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk ‘Tun Tan Answers Critics On Special Previleges’, berkata :



”The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities."



Alih bahasa :



”Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain.”



 

Mantan Presiden MIC, merangkap mantan Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom, Tun V.T. Sambanthan pula telah menyatakan di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 :





"Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do? The had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship? If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it.





And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, "We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens." And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens.As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here."



Alih bahasa :



“Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dam lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. saya tahu dan anda juga tahu.





Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan lehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara." Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."



Sumber : Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 60





Adakah kedua-dua pernyataan di atas hanyalah mereka-reka fakta? Tidak mahu terima? Lihatlah apa yang terjadi di Sri Lanka. Peperangan selama puluhan tahun akibat permusuhan antara etnik Sinhala dan Tamil baru sahaja tamat baru-baru ini. Penduduk berketurunan Rohingya (India) pula sampai ke hari ini menjadi manusia tanpa negara gara-gara tidak diiktiraf oleh Pemerintah Myanmar. Jika kita lihat di Thailand dan Indonesia pula, rakyat mereka yang berketurunan Cina telah dipaksa berasimilasi menjadi penduduk tempatan. Disebabkan itulah, nama dan bahasa mereka berubah sama sekali menjadi sama seperti penduduk tempatan. Sebagai contoh, Sondhi Limthongkul di Thailand atau Alan Budikusuma dan Ardi Wiranata di Indonesia. Pernahkah kaum Cina dan India di negara kita dipaksa menukar nama kepada yang berunsur keMelayuan atau keMalaysiaan? Atau dipaksa bertutur dalam Bahasa Melayu semata-mata. Sebaliknya, Sekolah Jenis Kebangsaan yang jelas berunsur perkauman dan menyukarkan kepada integrasi nasional itulah yang sibuk dipertahankannya.



















Kita bandingkan pula bagaimana keadaannya di Republik Rakyat China. Bukan kaum pendatang sahaja, tetapi pribumi asal pun seolah-olah merempat di bumi sendiri. Bukan pribumi yang beragama Islam seperti Uighur sahaja yang ditindas, pribumi Buddha seperti Tibet pun tidak terlepas. Kita lihat pula bagaimana sebuah parti yang dahulunya sibuk memperjuangkan kesaksamaan dan kesamarataan kerana mendakwa orang lain sebagai penindas dan tidak adil, kini telah mendapat sebuah negara dan memerintah secara kuku besi. Kita lihat senarai Kabinet Republik Singapura, Presidennya berketurunan India, Perdana Menterinya berketurunan Cina, Menteri Pembimbing (Mentor) berketurunan Cina, 2 Menteri Kanan berketurunan Cina dan India, 2 Timbalan Perdana Menteri kedua-duanya berketurunan Cina. Dan daripada keseluruhan 15 orang Menteri, hanya seorang sahaja berketurunan Melayu (buat cukup syarat, nanti nampak tak adil dan perkauman pula. Diberikan portfolio yang tak berapa penting).



Ahad, 13 Jun 2010

TAMADUN BANGSA KU DIGELAPKAN.


Salam. Posting hari ini mahu meluahkan keluhan hati. Sejak kecil lagi saya telah tertanya-tanya bagaimana munculnya bangsa yang dinamakan sebagai Melayu ini. Pernah suatu ketika, seingat saya semasa saya masih bersekolah rendah ,saya pernah bertanya kepada ayah saya, “ abah, orang Melayu ni datangnye dari mana abah”…ayah saya terdiam seketika dan kemudian dia menjawab “ dari sinilah”. Saya masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikannya lalu saya bertanya lagi…” habistu takkan orang Melayu tiba-tiba je datang abah? mana mula asal kita datang bah”…ayah saya terdiam lagi dan tak lama kemudian dia menjawab “ semua orang semenanjung ni pada asalnya datang dari Indonesia, datang berpindah ke sini lama dulu”. Saya tergamam dan berfikir sejenak ketika itu. “ habistu abah, orang Inusha ( panggilan saya dan adik saya terhadap orang indonesia dengan pelat) tu datang dari mana bah”. Soalan terakhir ini hanya dijawab dengan sedikit gelak dari ayah dan ibu saya, yang menandakan bahawa mereka tidak tahu menjawabnya…namun saya tidak dapat ingat apa jawapan yang diberi ayah saya letika itu.



Persoalan ini terus bermain dalam benak fikiran saya sehinggalah hari ini, dan persoalan ini jugalah yang telah menyebabkan saya memilih bidang sejarah untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Ya.. bidang ini terlalu banyak prejudisnya terutama dikalangan orang Melayu. Apabila saya menyuarakan hajat saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sejarah , soalan pertama yang ditanya ialah “ apa kerja nanti…nanti jadi apa ye…cikgu ke? Cikgu jela kot” Ada juga yang senyum sinis dan mengatakan “ kerja gali-gali tanah macam Indiana Jones ke hehe”. Malahan guru-guru saya sendiri berasa pelik mengapa saya mahu mengambil bidang sejarah tulin dan bukan bidang sejarah pendidikan kerana menurut mereka susah nak dapat kerja.



Ya, saya akui, bidang ini bukanlah bidang yang popular dikalangan pemodal-pemodal korporat mahupun jabatan kerajaan di negara ini. Bidang ini dianggap remeh dan kurang penting! Jika di Amerika dan Britain bidang ini adalah diantara bidang yang paling berprestij di universiti-universiti awam dan swasta. Sayangnya tidak disini, di negaraku yang permai dan bertuah ini. Pemimpin dan rakyatnya sama-sama buta sejarah atau sengaja membutakan diri untuk tidak belajar dari sejarah.



Namun tidak guna saya mengeluh, kerana untuk mengubah pesepsi masyarakat yang telah di brain wash sejak seratus tahun dahulu adalah amat sukar dan memerlukan usaha yang berterusan. Masyarakat Melayu di Malaysia terutamanya telah mengalami inferioriti komplex yang amat teruk sejak awal abad ke 20. Mereka merasakan diri mereka hina dan tidak setanding dengan bangsa-bangsa barat. Namun ini semua bukan salah mereka sendiri. Mereka telah didogmakan dengan pelbagai fahaman barat yang meresap masuk dalam jiwa melalui sistem pendidikan barat. Mereka hilang jati diri. Malahan sejarah mereka sendiri dituluis oleh orang barat. Usaha Tun Mahathir untuk cuba menaikkan semangat bangsa Melayu dengan tulisan beliau, The Malay Dilema juga tidak berjaya memecahkah inferioriti komplex tersebut. Malahan ada pihak yang menyatakan bvahawa tulisan beliau ini menjunamkan lagi semangat bangsa Melayu.



Bayangkanlah unsur-unsur negatif yang boleh dan telah dimasukkan oleh para sarjana barat ini dalam penulisan sejarah masayarakat tempatan. Sejarah Melayu itu sendiri di terjemah di kaji dan di selidiki dengan panjang lebar oleh R.O Winsted yang juga salah seorang daripada hamba illuminati dan ahli Masonic. Oleh sebab itulah ada pihak yang cuba mengatakan bahawa Teks Sejarah Melayu itu adalah sebuah fabrikasi dan bukan teks asal yang ditulis Tun Sri Lanang. Wallah hu a’lam. Namun yang pastinya golongan masonic illuminati ini sebenarnya telah lama bertapak di semenanjung tanah Melayu ini. Dan berkemungkinan besar sejarah negara ini juga adalah hasil daripada fabrikasi yang direncanakan oleh THH.



Bagi saya mudah sahaja untuk menaikkan semangat bangsa Melayu ini. Rahsianya ialah dengan kita kembali semula kepada SEJARAH…ya , SEJARAH. Tidak adal jalan lain lagi untuk kita lakukan melainkan kita bangkitkan semula sejarah bangsa yang hilang ataupun cuba disorok oleh pihak-pihak tertentu. Kita bangunkan semula jabatan-jabatan sejarah ( bukannya hapuskan jabatan sejarah dan camtumkannya dengan jabatan lain macam sebuah universiti awam disini). Kita lengkapkan dan perkemaskan semula buku-buku teks sejarah di sekolah rendah dan menengah dan saya rasa patut diadakan matapelajaran sejarah sejak tadika lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.



Sebagai permulaan, saya rasa kita harus menyediakan lebih maklumat mengenai sejarah Kerajaan Agung Melayu Srivijaya. Saya lihat buku-buku teks sekolah menengah yang ada sekarang tidak memberikan maklumat yang tepat dan terperinci mengenai Kerajaan Agung ini. Malahan seingat saya, semasa saya bersekolah dahulu tidak sampai 3 mukasurat dalam buku teks sejarah yang membicarakan mengenai Kerajaan Srivijaya. Malahan semakin lama semakin sedikit maklumat mengenai kerajaan ini setelah beberapa kali buku teks sejarah KBSM disemak semula. Menurut ibu dan bapa saya, semasa mereka bersekolah dahulu, mereka bukan sahaja perlu mempelajari mengenai Kerajaan Srivijaya malahan Kerajaan-kerajaan Melayu purba yang lain di Seluruh Nusantara. Saya rasa ada pihak yang sengaja mahu melenyapkan maklumat mengenai kegemilangan bangsa Melayu silam.



Mereka tidak mahu anak Melayu bangkit menongkah arus sekular illuminati dan kembali kepada jati diri Melayu Islam Beraja yang akan menggagalkan rancangan mereka untuk perang akhir zaman! Boleh jadi juga ini adalah hasil daripada tekanan pihak tertentu yang mahu Sejarah Srivijaya tidak disebut-sebut di Malaysia kerana ia  dikatakan sebagai sejarah Indonesia dan bukan sejarah Malaysia. Mereka cuba mendogmakan generasi akan datang yang disebut sebagai generasi SATU MALAYSIA bahawa Srivijaya adalah Kerajaan Hindu di Indonesia dan tidak ada kaitan dengan Malaysia sama sekali. Menurut golongan ini, sejarah Malaysia bermula hanya di Melaka! Subhanallah, sungguh dalam gerakan THH dalam merosakkan bangsa-bangsa dunia yang dianggap mereka sebagai Goyyim ini. Semoga Allah S.W.T memusnahkan mereka dan sekutu-sekutu mereka dengan azab yang dasyat. Sekian. wallah hua’lam.


Ahad, 6 Jun 2010

Dimana Sebenarnya?

Salam. Tergerak dihati saya untuk menulis mengenai topik ini. saya anggap topik ini adalah satu topik yang sangat menarik kerana ia adalah sesuatu yang masih menjadi misteri. Dimanakah sebenarnya terletak ibu kota kerajaan Srivijaya yang maju dan megah itu? dimana?... Persoalan yang tak pernah terjawab tanpa sebarang keraguan. Sehingga hari ini ramai cendekiawan cuba untuk membuat andaian dan telahan berdasarkan bukti yang mereka jumpai. Ramai yang mengatakan bahawa srivijaya atau pusat pemerintahannya terletak di palembang Sumatera ,Indonesia. ada juga pihak yang membuat andaian malahan tuntutan bahawa srivijaya itu berada di selatan thiland iaitu di chaiya. Ada juga yang dengan pasti mengatakan bahawa zabaj atau srivijaya seperti yang diperkatakan oleh pengembara china, india dan Arab tersebut terletak di selatan filipina yang kaya dengan emas.

Namun demikian ,walaupun mereka mengemukakan bukti-bukti mereka  tetapi ianya masih belum cukup kukuh. Malahan saya sebenarnya kurang setuju untuk mengatakan bahawa srivijaya itu berada di palembang. Hal ini kerana tidak ada bukti konkrit yang menunjukkan bahawa terdapatnya sebuah kerajan besar yang amat maju dan makmur pernah wujud di kawasan tersebut. Setakat ini para arkeologi hanya menemukan serpihan-serpihan tembikar sahaja dan kebanyakan daripada serpihan tersebut adalah lebih baru iaitu pada zaman selepas kejatuhan srivijaya. Tidak ada satupun bangunan atau candi dan kuil-kuil besar yang suatu ketika dahulu mendominasi pusat pemerintahan srivijaya berjaya ditemui.

Hal ini adalah amat mustahil. Jika benar srivijaya adalah sebuah empayar yang kaya raya, sudah pasti ia mampu untuk membina kuil-kuil besar seperti yang telah dibinanya di pulau jawa iaitu perambanan dan borobudur. tetapi mengapa bukan di pusat pemerintahannya? mengapa tidak ada tinggalan kota atau istana batu sepertimana tinggalan-tinggalan purba yang lain di Angkor dan Ayitthaya?Semua persolalan ini telah meyakinkan saya lagi bahawa sebenarnya pusat pemerintahan srivijaya bukan di palembang atau di sumatera tetapi di Semenanjung dan kawasan yang lebih tepat ialah di lembah bujang.

Mengapa saya berkat demikian? kerana lembah bujang adalah salah satu daripada kompleks kerajaan purba yang terbesar di Asia Tenggara malahan paling tua. Adalah tidak mustahil bahawa kedah tua sebenarnya adalah ibu kota Srivijaya atau mungkin juga pernah menjadi ibu kotanya sebelum berpindah ke suatu tempat lain. walaupun ahli-ahli sejarah dan arkelologi indonesia mengemukakan prasasti-prasasti yang mereka jumpai di Sumatera sebagai bukti srivijaya wujud , namun prasasti tersebut tidak dapat mengesahkan dengan tepat bahawa ianya terletak di sana. Malahan hanya parasasti-prasasti tersebut sahaja yang dapat dijadikan bukti dan tiada bukti lain.

Berlainan dengan lembah bujang, walaupun kurang bukti bertulis atau prasasti namun, bukti dari segi monumen dan tapak kota serta istana dan relau purba atau tempat melebur besi secara besar-besaran yang dijumpai baru-baru ini membuktikan bahawa kedah tua bukan sembarangan kerajaan malahan ianya sebuah kerajaan yang kaya, kuat dan makmur. Jika tidak, masakan mereka boleh membina banyak candi dan kota. Jumpaan manik di kawasan lembah bujang juga adalah lebih banyak daripada di tempat-tempat lain. Hal ini membuktikan kawasan ini sering dikunjungi oleh pedagang asing sepertimana yang dicatatkan oleh para pengembara dari china, Arab dan India mengenai Srivijaya. Berkemungkinan suatu hari nanti para arkeologis tempatan akan dapat menjumpai tinggalan istana maharaja zabaj dan universiti dimana I-ching mempelajari bahasa saskrit dan ajaran buddha di lembah bujang dan bukan di palembang. Namun ini hanya pandangan dan analisis daripada kajian secara rawak. Kajian yang lebih mendalam harus dibuat oleh para cendekiawan tempatan untuk mengesahkan perkara ini. wallahua'lam

Semangat Baru.

Salam. Setelah membaca artikel terbaru daripada Srikandi dari blog mistisfile saya berasa bersemangat semula untuk menulis. Sebelum ini semangat saya semakin pudar kerana kebebalan dan kebabelan orang-orang Melayu sendiri. Apa yang paling menyedihkan saya ialah terdapat ramai orang Melayu yang telah terpengaruh dengan blog sejarahnegarakedah yang sangat menyimpang dari realiti sebenar. Blog ini cuba memperlekehkan kehebatan dan penglibatan bangsa Melayu dalam menyumbangkan ketamadunannya kepada dunia.




Blog ini seolah-olah mengatakan bahawa bangsa Melayu itu tidak wujud dan yang wujud hanya siam. Telah saya katakan sebelum ini bahawa saya telah mengikuti blog tersebut agak lama, malahan saya adalah pengikut yang terawal blog tersebut beberapa tahun dahulu dan saya masak benar dengan cara penulisan anai anai untuk kepentingan propaganda siam Ayuthianya.



Subhanallah… sesungguhnya fakta-fakta yang diberinya boleh menyebabkan orang yang tidak tahu sejarah akan terpedaya dan percaya seratus-peratus. Saya bercakap demikian kerana saya juga terpedaya dengan dakyah beliau hampir setahun. Namun berkat usaha membuat kaji selidik dan rujuk banding maka saya berjaya keluar. Saya pernah bertanyakan banyak soalan kepada beliau dan beliau menjawabnya dengan cara yang langsung tidak ilmiah dan tidak berfakta. Malahan saya pernah menjerat beliau dengan soalan palsu berserta fakta palsu yang saya buat-buat namun beliau mengiakan fakta palsu tersebut dan terus mengaitkannya dengan siam Ayuthia. Maka sejak dari itu saya telah bebas dari belenggu Sejarahnegarakedah.



Namun kesedihan dan kerunsingan tetap berlegar di dalam hati saya. Apakah nasib rakyat Malaysia terutamanya Melayu yang membaca blog yang ditulis beliau. Saya jadi takut bila memikirkannya. Hal ini kerana saya tahu bahawa beberapa orang besar kerajaan negeri adalah peminat setianya. Jika ada sokongan orang besar-besar maka publisiti mereka akan semakin meningkat. Maka ramailah pakcik-pakcik dan makcik-makcik serta pelajar yang akan terpedaya, tertipu dan terlena dengan dendangan sejarah realiti Kedah Pasai Ma. Ramai yang akan mengaku siam dan bukan Melayu kedah yang agung dan mempunyai tamadun sendiri di lembah bujang. Ramai yang akan merendah diri dan mengatakan bahawa bangsa Melayu hanya bangsa pinggiran dan ramai yang menjadi semakin buta dan tuli.



Saya selitkan di sini keratan daripada artikel yang di tulis srikandi dalam blog mistisfile untuk tatapan bersama bagi membuka mata dan minda kita bahawa bangsa Melayu bukan bangsa pinggiran dan bukan bangsa yang tiada tamadun. Malahan bangsa Melayu , tamadunnya melangkaui dunia Melayu itu sendiri. Artikel ini juga membuktikan bahawa bahasa Melayu adalah salah satu daripada bahasa elit yang tertua di Asia yang digunakan oleh bangsa Melayu. Dan istilah bangsa Melayu itu bukan dicipta oleh British atau Belanda tetapi telah wujud sejak beribu tahun lamanya.



Satu fakta yang memang tidak diketahui oleh Melayu Malaysia yang dungu;bahawa sejarah Srivijaya mereka cuba dipecahkan sekeping demi sekeping dan dituntut oleh pelbagai negara.Thailand mendakwa Srivijaya bermula di Ligor.Kemboja mendakwa Srivijaya adalah dinasti raja-raja Khmer dahulukala.Sarjana India mendakwa Srivijaya dimulakan oleh anak raja India atau orang-orang Malayalam,Indonesia mendakwa Srivijaya bermula di Palembang dan Siam Ayutthaya mendakwa Srivijaya dimulakan oleh keturunan mereka.Mengapa banyak orang cuba menuntut hak mereka ke atas Srivijaya?






INI KERANA SRIVIJAYA ADALAH SATU-SATUNYA EMPAYAR YANG PALING EFFEKTIF,YANG BENAR-BENAR ADA DALAM SEJARAH ASIA TENGGARA SETAKAT INI.






Srivijaya adalah satu-satunya kerajaan yang bertindak sebagai empayar yang memiliki sistem 'federation'.Maksudnya semua kerajaan dan tanah di Asia Tenggara tunduk dan bernaung di bawah raja-raja Melayu Srivijaya,untuk bersama-sama menyertai perdagangan maritim yang dibuka oleh Srivijaya.Bukan konsep imperialisme dari Barat.Tetapi konsep 'perdagangan maritim' yang benar-benar memeningkan ramai sarjana Eropah bagaimana orang Melayu boleh membina empayar bukan semutlaknya di atas penguasaan tentera dan peperangan tetapi lebih kepada hegemoni perdagangan dan prestij.






Mengapa paling effektif?Kerana budaya dan bahasa Malayo-Polinesian yang berkembang dari Madagaskar sehingga ke Kepulauan Pasifik,pelbagai prasasti dan batu bersurat,binaan candi-candi seperti Borobudur yang merupakan antara 'Wonders' di Asia Tenggara,catatan dan bukti dari sarjana asing,penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca sehinggalah ke hari ini (Malaysia,Indonesia,Brunei) dan penguasaan wilayah oleh kaum-kaum Malayo-Polinesian adalah bukti paling nyata kewujudan empayar ini.Walaupun banyak bangsa dan negara cuba menuntut hak mereka terhadap Srivijaya,namun mereka tidak mampu menafikan hakikat paling penting ini.Apakah hakikat itu?






BAHAWA RAJA-RAJA SRIVIJAYA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA MEREKA.






Raja-raja Srivijaya menuliskan dengan megah kerajaan mereka pada prasasti-prasasti dalam bahasa Melayu Tua.Jangan haraplah mereka mahu menggunakan bahasa Siam Ayutthaya kerana ketika itu nenek moyang raja Naresuan ataupun Traikolanat masih di alam arwah lagi dan bangsa mereka masih berada di Nanchao,Shan atau Yunnan.Tulisan Siam pun tiada lagi dan bahasa Thai pun mungkin masih tiada dan kaum-kaum di Shan dan Nanchao kemungkinan berbahasa Sino-Tibetan seperti Hokkien dan lain-lain.






Sebab itu 'pride' Kemelayuan itu masih ada setidak-tidaknya masih tertinggal pada raja-raja Melayu.

Khamis, 3 Jun 2010

Melayu dalam erti kata yang lebih luas.


Mindanao ialah pulau ke-19 terbesar di dunia. Ia adalah pulau Melayu. Apa yang dimaksudkan dengan Melayu di sini dalam erti kata yang luas.




Ia juga merujuk kepada Kepulauan Melayu yang meliputi negara-negara Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Bukan itu saja, ia juga meliputi Thailand Selatan, Timor Leste, malah Papua New Guinea.



Thailand Selatan adalah jelas Melayu kerana di situlah warisan keultanan Pattani yang kini berbentuk empat wilayah Melayu iaitu Yala, Narathiwat, Pattani dan Songkhla. Nama Melayu Songkhla ialah Singgora.



Seperti mana Phuket adalah Bukit. Kemelayuan mereka tidak dipertikaikan walaupun sudah banyak penduduk Melayu di situ hanya mampu berbahasa Thai. Iaitu di samping kedaulatan Thailand ke atas empat wilayah itu diterima oleh orang Melayu sendiri.



Jadi, siapakah mereka? Adakah mereka itu orang Thai atau orang Melayu. Atau orang Thai keturunan Melayu. Atau orang Melayu Thai. Jati diri menjadi tanda tanya.



Maka dalam hal ini, apakah yang dimaksudkan dengan Melayu? Banyak pertikaian dan pendapat tentang perjara ini. Bagaimanapun penulis mempunyai pandangan yang tentunya tidak semestinya dipersetujui oleh orang lain.



Banyak definisi tentang Melayu. Ada definisi sempit. Ada definisi longgar. Di Malaysia takrif Melayu adalah sempit iaitu seseorang Melayu mesti beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengikut budaya Melayu.



Tetapi jika dilihat bahawa definisi di Malaysia itu tidak wajar dilihat sebagai sempit kerana seseorang itu tidak perlu berdarah keturunan Melayu. Cukup sekadar dengan tiga syarat itu. Paling penting ialah dia mesti beragama Islam.



Maknanya, di Malaysia, gen tidak penting bagi menentukan Melayu. Yang penting adalah faktor KEBERSAMAAN iaitu agama, bahasa dan budaya. Jika takrif ini dikenakan ke atas Melayu Thai, maka mereka tidak layak untuk dipanggil Melayu.



Ini kerana mereka sudah tidak berbahasa Melayu terutamanya di sekitar Phuket. Justeru takrif Melayu yang dipakai di Malaysia tidak sesuai untuk digunakan di Thailand.



Namun begitu, kemelayuan Melayu Thai tidak dapat dipertikaikan walaupun mereka tidak berbahasa Melayu. Ini kerana mereka sememangnya mewarisi Kesultanan Pattani yang jelas merupakan kerajaan Melayu.



Maka empat wilayah Melayu Thailand itu adalah sebahagian daripada kepulauan Melayu. Sejarah menjadi ciri penting bagi jati diri Melayu.



Begitu juga dengan Melayu Champa di Vietnam dan Kemboja. Mereka juga orang Melayu. Tetapi wilayah mereka sudah tidak dianggap sebagai sebahagian daripada kepulauan Melayu walaupun Champa merupakan kerajaan Melayu paling awal, baik semasa mereka beragama Hindu-Buddha mahupun setelah memeluk Islam.



Begitu juga Melayu di Sri Lanka, Madagascar, Surinam dan Afrika Selatan. Mereka adalah melayu tetapi tentunya tanah mereka bukan sebahagian daripada kepulauan Melayu. Walaupun Madagascar, umpamanya pada keseluruhannya didiami oleh bangsa Malagasy yang merupakan sebahagian daripada rumpun Melayu.



Justeru, untuk memudahkan definisi melayu, biarlah dihadkan kepada kepulauan melayu. Sesiapa yang tinggal dalam kepulauan Melayu, maka dianggap sebagai Melayu.



Ini termasuklah Timor Leste dan Papua New Guinea. Dari segi bangsa, Timor Leste bukanlah berbangsa Melayu dalam erti kata yang difahami umum. Walaupun mereka pernah menjadi sebahagian daripada Indonesia.



Tetapi bangsa di Timor Leste adalah serupa saja dengan penduduk di Timor Barat yang merupakan sebahagian daripada Indonesia. Ini kerana Timor Leste, yang dahulunya dikenali sebagai Timor Timur berkongsi pulau dengan Timor Barat. Dan pulau ini adalah sebahagian daripada kepulauan Melayu.



Begitu juga dengan Papua New Guinea. Penduduknya bukan berbangsa Melayu. Tetapi mereka adalah serumpun dengan penduduk di Papua, dahulunya dikenalis sebagai Irian Jaya. Sebelum itu Irian jaya dikenali sebagai Irian Barat.



Sebelum itu ia adalah Papua Barat. Maknanya papua New Guinea itu adalah Papua Timur. Kedua-duanya adalah dalam pulau Papua, dan Papua adalah sebahgian daripada kepulauan Melayu.



Maka, kepulauan Melayu merujuk kepada semua pulau-pulau di Asia Tenggara. Tetapi tentunya ia tidak termasuk Australia, New Zealand dan kepulauan Polynesia, walaupun penduduk aslinya seperti Aborigin, Maori, Polynesia termasuk Hawaii merupakan serumpun besar bukan saja orang Papua tetapi juga Melayu. Termasuk kategori ini ialah orang peribumi di pulau Taiwan.



Tetapi apabila disebut kepulauan Melayu, ia juga termasuk dua wilayah yang bukannya pulau. Ia hanyalah semenanjung dan dari segi geografi, ia adalah sebahagian daripada Yanah Besar Asia Tenggara.



Dua wilayah itu ialah Semenanjung Malaysia dan Thailand Selatan, atau nama lamanya Tanah Melayu dan Pattani. Atau Pattani itu adalah sebahagian daripada Tanah Melayu. Kelantan pun pernah merupakan sebahagian daripada kesultanan Pattani.



Jadi, walaupun kerajaan pertama Melayu bermula di Champa di Tanah Besar Asia Tenggara tetapi nama Melayu bermula dari Sungai Melayu di Sumatera.



Kerajaan Sri Wijaya yang bermula di Palembang mewarisi kerajaan Champa dan lain-lain kerajaan sezaman dengannya untuk memantapkan jati diri Melayu. Kemudian ia diwarisi oleh kerajaan Melaka di semenanjung dan beberapa kerajaan di pulau Jawa.



Maka Jawa juga dikenali sebagai Jawi. Sementara Jawi disamakan juga dengan Melayu, maka akhirnya Melayu-Jawa menjadi satu identiti yang membentuk kepulauan Melayu.



Kerajaan Majapahit menamakan pulau-pulau di luar Jawa termasuk semenanjung Tanah melayu sebagai Nusantara. Tetapi hakikatnya Jawa-Nusantara ini adalah kepulauan Melayu.



Terdapat beratus-ratus pulau di kepulauan Melayu, Maka dari segi geografi, pulau-pulau yang besar ialah Sumatera, Borneo, Jawa, Mindanao, Luzon, Sulawesi dan Papua.



Rangkaian pulau kecil pula ialah Nusa Tenggara, Timor, Maluku dan Visaya. Sementara semenanjung ialah Tanah Melayu dalam erti kata meliputi Pattani.



Justeru, Mindanao adalah salah sebuah pulau besar dalam Nusantara. Penduduknya adalah orang Melayu yang pada zaman ini tidak disebut sebagai Melayu.



Walaupun mereka tidak berbahasa Melayu tetapi bahasa mereka adalah sebahagian daripada rumpun Melayu. Mereka beragama Islam dan berbudaya rumpun Melayu. Tetapi mereka dipanggil Moro.


bibliografi;
Dasch kelantanis