Sabtu, 27 Jun 2009

Rahsia Bangsa Yang Hilang bhg 7




Sambungan.....Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi dari sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat,pada masa yang sama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi,mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih,membina negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dan tebal,membina organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju.Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang berpenghuni.

Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk lama,hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka. Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka. Mereka masih mengamalkan penindasan ekonomi kepada bangsa lain yang memerintah mereka secara licik seperti pengamalan riba dan penipuan dalam perniagaan. Menurut kitab mereka perbuatan ini adalah haram jika di lakukan di kalangan mereka tetapi harus di lakukan kepada bangsa lain. Oleh keranan itulah bangsa mereka senantiasa di benci oleh bangsa-bangsa lain sehinggalah sekarang.

Bangsa Yahudi sentiasa menjadi bangsa hamba di bawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti.Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikan hamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki dan tangan mereka.Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi.Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon.


Disinilah bermulanya amalan 'Babilonian Magic' yang menjadi asas Sihir Gematria,Necronomicon,Kultus Pentagram,Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis .Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka.Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual.Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan misteri.Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti.Mereka gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih berganti.Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim,tidak banyak diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri.


Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah,si wanita misteri ini.Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai 'patriarch' (gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja.Tambahan pula Keturah telah melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.*Keturah di khemah sebelah kanan bersama-sama 6 anaknya.Diambil dari teks Yahudi kuno.Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia.Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu.


Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka.Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.( jika anda fikirkan dengan lebih mendalam sebenarnya filem ini ada mesej tersembunyi di dalamnya walaupun ianya dikatakan sebagai filem fiksyen sepenuhnya, namun sebenarnya ada rahsia yag hendak disampaikan oleh pembikin filem tersebut yang hanya dapat di tangkap oleh orang yang berfikiran jauh sahaja).

Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana. Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah tepat ke arah kiblat.Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Tidak percaya?Cuba anda imaginasikan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.(kenyataan ini masih lagi teori, namun demikian tidak ada salahnya jika kita yakin bahawa zaman seperti ini pernah wujud dengan kuasa Allah) Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.Hal ini adalah bertepatan dengan ctatan seorang ahli sejarah yunani iaitu Herodotus yang pernah menulis mengenai sebuah tamadun yang amat maju pada zaman dahulu. Dikatakan bahawa teknologi tamadun ini melangkaui masanya. Terdapat alat-alatan berteknologi canggih dan kapal yang boleh terbang!

Tamadun itu dikatakan musnah setelah penduduknya ingkar kepada ajaran tuhan dan bersikap sombong. Nama yang di bverikan kepada tamadun itu ialah ATLANTIS! YA ATLANTIS, saya pasti ramai yang pernah mendengar nama ini melalui movie kartoon yang pernah di tayangkan beberapa tahun dahulu. Namun demikian tahukan anda sebenarnya tamadun ini wujud? Herodotus dikatakan telah memperolehi data dan maklumat mengenai tamadiun ini melalui seorang paderi agama mesir purba yang menemuinya daripada sebuah catatan hieroglyph purba yang telah dilupakan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tamadun ini insyaallah saya akan nukilkan penulisan mengenainya suatu ketika nanti.

Tetapi adakah semua teknologi dan pencapaian sains itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK...TIDAK SAMA SEKALI.Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia,haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.......bersambung

Rahsia Bangsa Yang Hilang bhg 6


Kita teruskan dengan persoalan mengenai keturah. Dari pada mana sebenarnya keturah ini berasal? Dan bagaimana di boleh menjadi isteri kepada nabi Ibrahim.sebenarnya dari perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa agung penakluk seperti Chaldea,Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria, Akkadia, Assyria, Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah.Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi,dibuli dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai 'raksasa','orang gasar(barbarian)','kaum yang ganas' dan sebagainya.


Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat 'kaum yang ganas' di dalam Palestin dan mereka sanggup mengeluarkan kata-kata,"Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami menunggu di sini" Perlu diingat,akibat trauma dengan sejarah kelam bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah,rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana mereka telah mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim ( perlu diingatkan disini bahawa kedua-dua kitab lama ini telah dipesongkan sedikit-sebanyak oleh orang mereka sendiri dan jika anda ingin merujuknya haruslah mencari kitab yang asli atau paling hampir dengannya seperti Barnabas dan kitab kristian Coptic serta kitab yang disimpan di Arkib Vatican yang disorok selamam beribu tahun oleh mereka).


Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang di Mekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir .Namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak.Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik?TIDAK SAMA SEKALI.Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul,sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.


Sebab itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja disebut gundik,malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan 'gundik Firaun'.Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya .

Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah,perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati.Akibat rasa bersalah yang teramat sangat,maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai 'kifarat' dan hadiah kepada Nabi Ibrahim.Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka.Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja.

Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut sebagai Yahudi.Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi.Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah Ramses II di zaman Nabi Musa.


Ramai ulama berpendapatn sejak zaman ini lagi agama yang di bawa oleh Nabi Ibrahim adalah agama Islam yang kita anuti hari ini. Wallahua’lam.dalam Alquran ada disebut:"Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim;


patutkah kamu berdegil sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?....Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian".(Ali Imran: 65 - 68)


Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra' yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam.Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin dan Yahudza.


Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi Yusuf,yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz bermaksud raja).Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi Daud......bersambuang

Jumaat, 26 Jun 2009

Rahsia Bangsa Yang Hilang bhg 5


"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."

(Genesis 25:6 New International Version)


Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.Bangsa rahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah seperti yang diketahui oleh kebanyakan dari kita di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.Bangsa ini,yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman yang satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian pada zaman dahulu katanya.Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini,perlulah dicari sejarah panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu.Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah,bahasa dan personaliti bangsa ini.Faktor yang menjadi sumber TERAHSIA bangsa misteri ini.


Terdapat tred atau sifat yang tersembunyi di dalam setiap orang Melayu yang kenal dirinya,asal-usulnya dan siapa dirinya yang sebenar.'Melayu' adalah bangsa misteri yang dimaksudkan,telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun dahulu,serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah 'The Promised Land' seperti yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.


Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim a.s mempunyai tiga orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri bongsu Nabi Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai 'unknown nationality'.Persoalannya,"Siapakah Keturah ini?"...........bersambung

Rahsia Bangsa Yang Hilang bhg 4


Sambungan...........Ini baru kepada konspirasi di dunia Melayu,belum lagi misteri yang berjalan di seluruh dunia.Sesungguhnya Iblis Laknatullah tidak bermain-main apabila menyatakan mahu menyesatkan anak Adam dan begitu berdendam dengan Nabi Adam.Dia akan menjalankan pelbagai strategi dan fitnah untuk membawa manusia jauh dari hidayah Allah s.w.t.Jangan terlampau takjub dengan kehebatan Amerika dan Eropah.Jangan terlampau rendah diri dengan bangsa Cina yang kaya dengan wang dan harta.Berusahalah membaiki kehidupan di dunia dan akhirat mengikut panduan dan ajaran Islam.Jika terasa orang Cina atau orang putih kaya dan hebat,ingatlah bahawa mereka juga adalah patsies peliharaan Illuminati penyembah Syaitan yang rupa-rupanya amat-amat memerhatikan dan bimbang dengan anda wahai orang-orang Islam

Mereka tidak bimbang dengan orang Cina kafir yang banyak duit,atau orang Jepun, Korea dan Eropah yang dibiarkan bermain-main dengan mainan-mainan (harta,perempuan,kereta,perniagaan,banglo). Tetapi mereka teramat bimbang jika orang-oranmg Islam khususnya orang-orang Melayu memanjangkan tangan mencapai AlQuran lantas terbaca ayat-ayat mengenai hukum dan prinsip kenegaraan seperti hukum Hudud dan Qisas.Harta dan wang yang teramat banyak berada di tangan para penganut ajaran Iblis bukannya di tangan orang-orang Amerika,Cina atau Jepun yang menjadi kuli bergaji bagi pihak The Hidden Hand.Fahamilah apa yang cuba disampaikan.


Anda tidak akan terkeliru lagi dan sesat.Anda sudah mengetahui apa yang mereka mahukan dari anda.BERFIKIRLAH DEMI KEBENARAN.Kerana kebenaran itu datangnya dari pemikiran yang sihat.Tidak rugi jika anda tinggalkan sebentar kerja-kerja dunia anda itu dan berfikir sebentar mengapakah sesuatu senario itu berlaku.Tanyalah diri sendiri,siapakah aku,dari mana aku dan ke mana aku?


Apakah yang anda semua rasa setelah membaca kata alu-aluan daripada penyelidik bebas ini. Sudah pasti anda lagi tertanya-tanya dan pada masa yang sama berkobar-kobar untuk mengetahui maklumat selanjutnya. Tunggu…takkan lari gunung dikejar walaupun mungkin ia akan ditarah oleh pihak yang mempunyai kuasa dan wang…huh. Namun demikian apa yang saya dan juga penyelidik tersebut tekankan ialah supaya anda semua berfikir dan terus berfikir tanpa lalai sejenak pun. Maklumat yang diberikan adalah tidak bermakna jika anda tidak berfikir dan hanya menerima semuanya bulat-bulat seperti orang bodoh. Ingatlah wahai kawan sesungguhnya kebodohan itu telah menjadi sumpahan palsu bagi bangsa kita oleh itu janganlah anda menjadikan ianya sebagai kenyataan yang tidak dapat dibalikkan semula…huh.......tunggu entri seterusnya dalam masa yang terdekat.

Khamis, 25 Jun 2009

Rahsia Bangsa Yang Hilang bhg 3


Sambungan.........Anehnya pihak Barat seperti Inggeris tidaklah membunuh orang-orang Melayu sepenuhnya walaupun seganas Portugis dan Sepanyol yang lebih kejam dari bangsa Inggeris (kecuali yang menentang mereka) seperti yang berlaku di Filipina dan negara-negara Amerika Selatan yang terhapus terus budaya dan bahasa mereka akibat pemaksaan budaya yang ganas dari para penjajah mereka.Ini menunjukkan bangsa Melayu adalah bangsa yang mempunyai budaya dan tamadun tinggi setanding dengan bangsa Cina dan India malah lebih hebat kerana mampu bertahan walaupun lebih kecil dari populasi bangsa Cina dan India.Hanya karya-karya besar bertahap diraja yang disimpan oleh golongan bangsawan dan diraja sahaja yang terselamat seperti Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) serta kitab-kitab agama.Apabila bukti bertulis tiada atau kurang mengenai orang Melayu maka JARUM SETERUSNYA DICUCUK oleh para orientalis Barat.Tugas para imperialis sudah selesai,tiba pula tugas para orientalis menyerang Kepulauan Melayu dengan pemikiran dan tusukan pena mereka.Mereka pun membuat kajian dan tesis tentang teori Melayu sama ada asal-usul Melayu,budaya dan bahasa mereka.Kajian mereka meleret-leret sehingga ke tahap pemikiran Melayu dan keupayaan mereka sampaikan menyamakan mereka dengan golongan orang gua dan orang asli di hutan-hutan (ini bukan untuk menghina orang asli tetapi kenyataan Barat yang bias).Para sarjana Melayu pun mengambil kajian mereka dan bermulalah proses inferiority complex yang tidak berkesudahan.Mereka pun percaya bahawa mereka adalah orang gua dan paling hebat pun berasal dari etnik Cina dari Yunnan.


Mereka pun percaya bahawa budaya mereka dan tulisan mereka dicedok dari India semata padahal siapakah orang-orang yang yang mengajarkan bahasa elit India iaitu bahasa Sanskrit kepada orang-orang kasta rendah Tamil dan Dravidia di India.Bukan semua orang India memahami bahasa Sanskrit,samalah seperti menyangka orang Tamil dapat memahami bahasa Hindustan dan faham apa yang Shah Rukh Khan dan Preity Zinta tuturkan dalam filem-filem mereka.Hindustan,Benggali dan Tamil adalah kaum yang berbeza di India.Malah nak menggunakan bahasa Sanskrit pun dibeza-bezakan mengikut kasta.Orang-orang Sudra atau berkasta Parya yang mendengar bacaan Veda dalam bahasa Sanskrit dihukum telinga mereka disiram timah panas.Jika mereka cuba membaca Veda,lidah mereka akan dipotong (rujuk Gotama Smarti).Jadi bagaimana pendeta Melayu dapat membaca dan mendengar kitab Veda sewenang-wenangnya.Sesungguhnya bangsa Melayu adalah BERKASTA TINGGI dalam pandangan komuniti Hindu purbakala.Ada yang berkasta Brahma atau Ksyatria.Ajaran Buddha dan Hindu berasal dari India tetapi mengapa kitab Tripitaka ditulis dalam bahasa Pali manakala kitab Veda ditulis dalam bahasa Sanskrit?Ini menunjukkan terdapat pelbagai bahasa di dalam benua kecil India dan ini merupakan perkara normal dan biasa.Adakah benar-benar Sanskrit itu bahasa pertuturan orang India Purbakala?


Sebenarnya bahasa Sanskrit adalah bahasa elit yang hanya ditutur dalam istana atau kuil-kuil.Bahasa Sanskrit bukanlah bahasa asal Benua Kecil India.Hari ini berapa kerat orang India yang faham bahasa purba ini?Bahasa ini kini mengalami kepupusan.Jadi siapakah yang empunya bahasa ini sebenarnya.Kita akan mengetahui jika mengkaji bahasa-bahasa Sumeria dan Babylon Purba dan persamaannya dengan bahasa misteri Sanskrit ini.Aha...apa yang terjadi DI ANTARA BANGSA MELAYU DAN YAHUDI DI UR DAN NEGARAKOTA SUMERIA-CHALDEA YANG LAIN BERIBU-RIBU TAHUN DAHULU??.Jawab soalan ini sebelum mahu menulis sejarah Melayu yang kononnya setakat bermula dari Empayar Melaka........bersambung

Selasa, 23 Jun 2009

Rahsia Bangsa Yang Hilang bhg 2


sambungan....... Yang tinggal adalah MELAYU YANG PENUH PERASAAN 'INFERIOR' terhadap bangsanya sendiri.Menganggap bangsa sendiri adalah kolot dan agama Islam adalah jumud padahal bangsanya adalah ahli pengembara dan pelaut terbaik dunia.Apabila berbincang mengenai kehebatan bangsa Melayu adn kerajaannya,asyik-asyik terhenti pada Empayar Melayu Melaka.Benarkah bangsa Melayu mampu membina Empayar dan menjadi pengurus pemerintahan bermula dari era Melaka?Bagaimana dengan sebelum itu?Logikkah orang-orang Melayu yang duduk dikampung-kampung dipinggir-pinggir hutan,tiba-tiba menjadi pengurus sebuah empayar dan pelabuhan antarabangsa paling strategik dan terkaya di dunia?Sehinggakan para pedagang yang mahu berurusan di pelabuhan Melaka wajib mempelajari bahasa Melayu untuk berbincang dengan syahbandar-syahbandar Melayu dan berniaga dengan pedagang lain.


Tahukah anda jumlah kapal yang berlabuh di pelabuhan Melaka pada satu-satu masa? Jumlahnya beratus-ratus!!Ini bukan main-main kerana sumber-sumber Portugis dan Sepanyol yang tersimpan rapi di perpustakaan-perpustakaan Eropah yang menyebutnya begitu. Jika mahu mengetahui keupayaan sebenar bangsa Melayu,kita harus mengkaji manuskrip pengembara Eropah di universiti-universiti Eropah seperti di Leiden dan surat-surat serta dokumen-dokumen para pengurus,pegawai dan bangsawan Melayu dahulukala ketika itu.Bukannya hanya membaca hasil kajian atau tesis para pengkaji sejarah Melayu dari Barat kemudian mengganggap tamadun Melayu setakat bermula dari zaman Melaka sahaja.


Malangnya semua manuskrip itu tidak terdapat di sini.Semuanya hilang dibawa ke Eropah dalam satu operasi pembersihan fakta sejarah Melayu besar-besaran ketika penjajahan Barat (rujuk Munsyi Abdullah).Jadi apa yang tinggal di sini hanyalah buku-buku teks sekolah yang berasaskan kajian pembohongan para orientalis Barat serta ulasan dari sarjana Melayu pemalas yang hanya mengkompilasikan hasil kajian Barat.Jadi yang tertera adalah zaman Batu seperti Paleolitik,Mesolitik dan litik-litik lainnya kemudian terus ke tajuk Empayar Melaka seterusnya zaman Penjajahan.Hanya itukah sejarah bangsa Melayu????


Padahal kapal perang Melayu ketika zaman Melaka dan Acheh lebih besar dari kapal induk Portugis malah lebih pantas dan hebat dari kapal The Black Pearl dalam filem Pirates The Caribbean dan orang Melayu mampu mentadbir sebuah pelabuhan yang lebih kaya dari Port Royal.Ini belum lagi masuk bab empayar Melayu lain seperti Srivijaya dan Majapahit.INILAH RAHSIA PENJAJAHAN BARAT KE ATAS UMAT MELAYU.Ketika kaum Islam lain seperti Arab,Bosnia atau Chechen menghadapi kaedah penghapusan etnik yang ganas,tetapi lain pula dengan bangsa Melayu.Pihak Barat tidak mengejar-ngejar orang Melayu untuk dihapuskan tetapi memburu manuskrip-manuskrip berharga,surat-surat cinta Melayu dan perutusan diraja untuk disimpan (bukan pula untuk dibakar atau dimusnahkan,pelikkan taktik Illuminati ini?).......bersambung

Isnin, 22 Jun 2009

Rahsia Bangsa Yang Hilang


Di bawah ini adalah kata alu-aluan daripada Editor MistisFiles.Beliau adalah ketua pengarang merangkap Pemegang Rahsia Terutama dan mempunyai beberapa akses elit di bahagian-bahagian sulit di Arkib MistisFiles. Beliau menggunakan codename 'Lodgekeeper'. Disamping tugasnya sebagai Penjaga Kunci Ruangan Rahsia (The Secret Chamber),Lodgekeeper juga bertanggungjawab menyelia penyelidikan di sebelah rantau Asia khususnya di sebelah Asia Tenggara.Ingat,siapa Lodgekeeper itu tidaklah begitu penting,yang paling penting adalah ilmunya dan mesej yang ingin disampaikannya.Oleh itu diharap kawan-kawan yang seangkatan dengan saya bersedia untuk menerima satu tamparan yang pada saya agak hebat apabila membaca entri ini, kerana apa yang anda sangka betul selama ini berkemungkinan besar salah sama-sekali dan anda harus bersedia mengubah persepsi anda mengenai bangsa anda. Oleh kerana artikelnya terlalu panjang, jadi saya telah mengeditnya dan hanya mengambil maklumat yang berkaitan dengan blog saya sahaja.



Adakah orang-orang Melayu benar-benar berasal dari Yunnan? Anda percaya penipuan orientalis ini?Atau kita sekadar orang-orang dari zaman Paleolitik yang beransur-ansur maju di Tanah Melayu ini?Dari orang gua bercawat hinggalah pandai bercucuk tanam? Segala teori Barat mengenai kedatangan orang Melayu dari Yunnan adalah salah sama sekali?Apa pandangan anda jika saya katakan sejarah Melayu cuba ditulis oleh para orientalis untuk menutup satu rahsia yang terpenting bangsa kita?Dunia ini penuh dengan konspirasi.Jika anda mempunyai sumber wang yang banyak,pengikut yang ramai dan kuasa politik yang tak terbatas,agaknya apa yang anda mahu buat?Ada manusia biasa seperti anda yang mempunyai sumber-sumber hebat seperti itu.Dan impiannya ialah untuk mencorakkan dunia mengikut kehendaknya.Dan mangsanya adalah anda.


Jika anda tidak mahu mengambil tahu keadaan dunia disekeliling anda,jangan salahkan Tuhan jika tiba-tiba ada orang yang datang ke rumah anda dan memerintahkan anda sekeluarga berbaris di dalam rumah sambil mata ditutup dan tangan diiikat ke leher.Selepas itu terdengar jeritan anak perempuan anda,namun anda hanya mampu mendengar tangisannya sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa.Rumah anda diselongkar,anak perempuan dan isteri anda dirogol dan anda dipaksa meliwat anak lelaki anda.Bagaimana?Apa perasaan anda?Itulah yang terjadi kepada orang-orang Arab Islam di Iraq dan Palestin bahkan di merata dunia.Tidak mustahil ia akan berlaku di sini.Jika anda rasa Israel terlalu jauh nun di belah-belah Arab sana, amatlah tersilap sama sekali.


Pangkalan Israel terbesar ada di hujung semenanjung Malaysia.Hamba-hamba elitnya adalah orang-orang Cina berfahaman Zionis dan pengikut Illuminati (Keluarga Li adalah salah satu keturunan Illuminati penyembah Iblis).Melayu Islam adalah musuh 'Most Wanted' yang perlu dihapuskan sama sekali.Malah adakalanya lebih berharga dari Pak-pak Arab yang berjaya dilekakan dengan membawa mereka berseronok di Syurga Seks Thailand.Aha...mereka cuma tunggu masa sahaja untuk mencucukkan jarumnya.Beberapa perancangan mereka sudah berjaya dan berjalan lancar.Antaranya menghasilkan para pemimpin Melayu yang bencikan Islam.Memecah belahkan orang-orang Melayu.Lihat sajalah politik Melayu kini.Betapa risaunya mereka jika muzakarah antara Pas dan Umno benar-benar terjadi......bersambung

The Lost Tribe Malayu



Salam saya ucapkan kepada semua. Mulai daripada hari ini saya terpaksa menghentikan terlebih dahulu entri mengenai senjata Melayu lama kerana ada entri yang pada saya lebih penting kepada anda semua bakal saya keluarkan. Entri yang saya maksudkan masih lagi berkenaan kehebatan sejarah bangsa Melayu namun kali ini saya akan mengupas mengenai siapakah sebenarnya bangsa Melayu itu dan apakah peranan yang telah dan bakal dimainkan oleh bangsa yang dianggap pemalas ini dan apakah rahsia di sebalik kekeliruan, kecelaruan dan kekaburan mengenai asal-usul bangsa ini.


Saya pasti anda tidak sabar-saber menunggu entri yang saya akan nukilkan dalam blog ini dan saya harap agar anda sedia memberi komentar sepanjang topik ini diperbincangkan. Untuk pengetahuan anda entri ini bakal mengubah persepsi anda mengenai Bangsa Melayu secara total pada pendapat saya. Mungkin pada mulanya anda akan merasa ragu-ragu, namun bagi anda yang beragama islam dan terutamanya berketurunan rumpun Melayu, dalil-dalil daripada kitab-kitab lama seperti Al quran, Taurat, Injil dan Zabur akan diketengahkan berserta dengan dalil sejarah yang terbukti benar. Sekian buat masa ini dan jangan lupa untuk melawat blog ini sedikit masa lagi.

Sabtu, 20 Jun 2009

Rencong: My Weapon Of Choice














Rencong atau Rincong atau Rintjoeng adalah senjata pusaka bagi rakyat Aceh dan merupakan simbol keberanian, keperkasaan, pertahanan diri dan kepahlawanan aceh dari abad ke abad.Menurut salah satu sumber Rencong telah dikenal pada awal Islam Kesultanan di abad ke-13.Aceh sebagai sebuah kekuatan tentera terpenting di dunia Melayu dengan persenjataan yang lengkap. Kerana hubungan internasional dengan dunia barat, bentuk rencong juga mulai mengikuti perkembangannya, terutama Turki dan anak benua India.

Rencong juga mempunyai kesamaan dengan blade yang dipakai oleh prajurit Turki di masa Sultan Mahmud kerajaan Ottoman Turki dan juga Mughal scimitar dengan gaya rapiers dan daggers yang di ikat pinggang.Di masa lalu, simbolisme Islam dari rencong telah dihubungkan dengan Perang Suci atau jihad. Dengan kekuatan senjata ditangan dan keyakinan pada kuasa Allah. Rencong seperti memiliki kekuatan yang ghaib sehingga masyarakat Aceh sangat terkenal dengan pepatah :

"Tatob ngon reuncong jeuet Ion peu-ubat, nyang saket yang tapansie Haba."

Di masa Aceh mengusir Portugis dari seluruh tanah sumatra dan tanah Melaka serta masa penjajahan Belanda rencong merupakan senjata yang membunuh disamping pedang dan bedil yang digunakan di medan perang, tidak hanya oleh para Sultan,Laksamana,Pang, Pang sagoe, Uleebalang,Teuku,Teungku Agam,Sayed,HabibCut Ampon ,Cut Abang , namun juga oleh Teungku Inong,Syarifah,Cut Kak, Cut Adoe,Cut Putroe, dan Cut Nyak. Senjata ini diselipkan di pinggang depan setiap lelaki dan wanita perkasa Aceh sebagai tanda Keperkasaan dan ketinggian martabat, sekaligus simbol pertahanan diri, keberanian, kebesaran, dan kepahlawanan ketika melawan penjajah Belanda.



Dalam perjuangan dan pertempuran melawan Portugis dan Belanda, sejarah mencatat nama-nama besar pahlawan-pahlawan dan srikandi Aceh, seperti Tgk Umar,Panglim Polem,Teungku Chik Ditiro, Laksamana Malahayati,Pocut Meurah Intan, Pocut Baren, Cut Nyak Dhien, Cut Meutia, dan Teungku Fakinah yang tidak melepaskan rencong dari pinggangnya.Rencong memiliki makna filosofi religius dan keislaman, Gagangnya yang berbetuk huruf Arab diambil dari padanan kata Bismillah. Padanan kata itu boleh dilihat pada hulu yang melekuk kemudian menebal pada bagian sikunya. Hulu rencong berbentuk huruf BA, Hulu tempat genggaman merupakan aksara SIN, bilah yang menurun ke bawah pada pangkal besi dekat gagangnya merupakan aksara MIM, Pangkal besi bilan dekat gdengan hulu yang menyerupai lajur-lajur besi dari pangkal hulu hingga dekat hujungnya melambangkan aksara LAM ,Bagian bawah sarung memiliki bentuk huruf HA, sehingga keseluruhan hurup "BA, SIN, MIM, LAM, HA", susunan huruf yang terbaca membentuk kalimat Bismillah.Ini merupakan lambang yang memperlihatkan karakteristik masyarakat Aceh yang sangat berpegang teguh pada kemuliaan ajaran Islam.

Jumaat, 19 Jun 2009

Forumer Buta Sejarah


Salam Blogging. Hari ini saya ingin meluahkan kekesalan saya terhadap sesuatu perkara. Saya berasa kurang senang dan boleh juga dikatakan marah kepada seorang Forumer dari sebuah Forum yang saya ikuti di alam Maya ini yang pada saya bersikap agak kurang hajar. Apa yang menyebabkan saya marah ialah kenyataannya yang tidak mengambil kira sensitiviti orang lain terutamanya orang Melayu. Sewaktu Forumers lain sedang memperbincangkan mengenai sejarah bangsa Melayu, si Forumer kurang hajar ini telah mengeluarkan kenyataan berikut:



"end in 30 seconds? sure bo? i see that fella tarik sarong oso wasted so much time already.move few step, tarik sarong..move another few step ..tarik sarong lagi in my mind la i was thinking back ...how the British soldiers react when they first came to Tanah Melayu . Did they watch the whole show till the end before shooting them off ..or straight away shoot them"



Anda dapat lihat bahawa si Forumer ini sedang memperlekehkan silat Melayu dan seolah-olah mengatakan bahawa orang Melayu itu bodoh sangat sehinggakan ketika berhadapan dengan musuh akan ditembak ketika mahu membuka langkah silat. Nampaknya Forumer tersebut langsung tidak mengetahui tentang silat dan peranan yang dimainkan silat dalam melawan penjajah bangsa...huh. Kenyataan beliau juga adalah satu penghinaan bagi bangsa kita dan silat Melayu itu sendiri. Orang Melayu bukan begitu bodoh untuk mencampak diri mereka kepada kehancuran. Sudah saya katakan sebelum ini bahawa orang Melayu sejak dahulu lagi sudah mengenal senjata api, mustahil mereka akan menalakan badan mereka sewenang-wenangnya di hadapan muncung senapang...kecualilah jika mereka ada ilmu kebal.



Anda semua fikirlah sendiri agaknya seramai mana lagi rakyat Malaysia yang akan mengeluarkan kenyataan bodoh seperti Forumer tersebut apabila tidak lama lagi berkemungkinan besar matapelajaran sejarah tidak lagi diwajibkan di sekolah Menengah jika cadangan menteri pelajaran kita untuk mengurangkan subjek teras terlaksana...siot!

Rabu, 17 Jun 2009

Pemuras: Beautiful But Deadly







Salam sejarah kepada semua. Nah, hari ini adalah hari yang agak gembira bagi saya kerana saya dapat menulis mengenai salah satu senjata yang paling saya kagumi iaitu Pemuras. Saya tahu pasti ramai diantara anda yang tidak tahu apakah itu Pemuras. Sekali dengar seolah-olah seperti sejenis alat untuk memasak atau alat penyeksaan, betul tak? Sebenarnya Pemuras atau dalam bahasa Inggeris ianya dikenali sebagai Blunderbuss adalah sejenis bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang kembang di muncung ( macam senapang gajah dalam cerita cartoon) dan digunakan bersama peluru timah hitam atau lead.

Pemuras merupakan bentuk awal senapang patah atau pistol yang digunakan bagi ketenteraan dan kegunaan pertahanan. Selain itu istilah Terakul turut digunakan bagi menggambarkan Pemuras yang bentuk seakan pistol  yang sedikit lebih kecil daripada pemuras. Terakol juga turut dipanggil dengan istilah dragoon. Perbezaan Pemuras denga Terakol ialah pada muncung mulutya. Terakol tidak melebar atau besar pada bahagian muncungnya. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular . Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket. Malahan orang Melayu pernah menggelarkan zaman sebelum kedatangan kolonial British sebagai zaman Keris dan Pemuras.

Pemuras kebiasaannya juga digunakan sebagai alat kebesaran diraja kerana ia sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru. Ia juga lebih ringan dan pendek daripada Istinggar. Jadi Sememamngnya ia gemar digunakan oleh para lanun dan perompak pada zaman dahulu. Begitulah sedikit sebanyak maklumat mengenai senjata yang dinamakan Pemuras dan Terakol, yang merupakan senjata api kegunaan nenek-moyang kita, Sekian.

Selasa, 16 Jun 2009

ISTINGGAR: Malay Flintlock Musket.








Salam blogging saya ucapkan. Hari ini saya akan membincangkan mengenai satu lagi senjata api Melayu yang amat terkenal pada zaman dahulu iaitu istinggar. Seperti juga rentaka, hari ini istinggar hampir tidak diketahui langsung oleh generasi muda. Dipercayai istinggar telah mula digunakan pada zaman Melayu Melaka lagi dan ianya adalah diantara senjata yang dirampas selepas Portugis berjaya menawan Melaka. Mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakah rupanya istinggar. Sebenarnya Istinggar juga dikenali sebagai Flintlock Musket dalam bahasa Inggeris dan saya rasa anda pasti pernah mendengar mengenai The Three Muskertiers kan? Muskertiers itu sebenarnya adalah nama pasukan penembak diraja tentera Perancis pada zaman dahulu. :)




Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya. Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Hikayat ini menunjukkan bahawa sememangnya orang Melayu sudah pandai menggunakan senjata api seperti istinggar dalam peperangan dan tidak hanya bergantung kepada keris,tombak,lembing dan parang semata-mata seperti yang dikatakan oleh orientalis barat.




Senjata ini dipercayai diperkenalkan oleh saudagar dari Timur Tengah dan Turki. Hal ini kerana daripada kajian yang telah dibuat oleh sejarahwan dalam teknik pembuatan Istinggar di alam Melayu terutama dalam masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat, didapati bahawa teknik yang digunakan untuk menghasilkan larasnya adalah sama seperti teknik penghasilan laras senjata api Turki. Laras ini dihasilkan dengan menggelung sebatang besi leper yang panas mengelilingi sebatang besi silinder dan memukulnya sehingga besi menjadi laras. Teknik seperti ini unik bagi tamadun Islam di Asia barat serta Turki dan tidak digunakan dalam penghasilan senjata api dari Barat.

Namun ada yang berpendapat bahawa, senjata api yang dikatakan sebagai Muskets atau Istinggar yang digunakan di Zaman Kesultanan Melaka berkemungkinan besar bukanlah sama seperti Muskets yang digunakan oleh orang Sepanyol, Inggeris dan Belanda dalam kurun-kurun yang lebih lewat seperti di kurun ke 16 dan 17 kemudiannya. Senjata zaman Melaka ini mungkin boleh disamakan dengan sejenis senjata yang dinamakan sebagai serpentin. Tetapi pada pendapat saya, semasa Portugis menguasai Melaka, Matchlock Gun atau Istinggar kancing api dalam erti kata yang sebenar telah pun digunakan dan ianya masih digunakan oleh tentera kerajaan-kerajaan Melayu lain sehinggalah penghujung abad ke-17 apabila sejenis senjata api yang lebih baik buatannya dari Belanda iaitu Flintlock Muskets atau schnapp-hahn (senapang) mula diperkenalkan.

Terdapat juga sumber yang menyatakan bahawa Istinggar yang dirampas dari Melaka telah dijual semula kepada orang-orang Jepun. Maklumat ini mungkin ada kebenarannya kerana setelah Portugis berjaya menawan Melaka mereka mula giat menjalankan hubungan dagang dengan negara Jepun, dan sejarah Jepun juga ada menyatakan bahawa orang Portugis ada menjual senjata api kepada mereka.

Selain itu, di sebuah Muzium di Belanda, terdapat sebuah Matchlock yang dilabel sebagai Matchlock Melaka  yang sangat halus buatannya dan mempunyai ukiran sepuhan emas. Ternyata orang Melayu sudah tahu menghasilkan Istinggar seperti Matchlock gun lebih awal dari yang kita jangka, dan mungkin juga lebih awal dari zaman kegemilangan Kesultanan Melaka itu sendiri. Wallah hu a'lam.


Isnin, 15 Jun 2009

LELA RENTAKA: Senjata Melayu Taraf Antarabangsa







Salam blogging. Saya amat pasti bahawa ramai diantara anak-anak muda di luar sana tidak mengetahui malahan tidak pernah mendengar langsung mengenai Lela dan Rentaka, atau disebut Lantakas dalam bahasa Inggerisnya. Namun demikian senjata Melayu yang satu ini mempunyai sejarah yang panjang dalam perjuangan melawan penjajah bangsa. Boleh dikatakan Selain keris, Lela dan Rentaka adalah salah satu jenis senjata bangsa kita yang paling terkenal di kalangan orang barat sejak awal kedatangan mereka lagi.

Kebiasaannya Lela atau Rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.

Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama di dunia. Lela dan Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih senjata ini juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran dan ia boleh dibawa kemana sahaja tanpa mengira bentuk muka bumi.

Lela dan Rentaka juga sering diletakkan di bucu-bucu kubu dan juga dilengkapkan dalam kenaikan perahu atau kapal semasa bertempur. Dalam Hikayat Aceh yang menyatakan tentang sebuah peristiwa pada tahun 1570, ada menyebut mengenai kelengkapan armada laut kerajaan Aceh, Pedir dan Daya. Dinyatakan bahawa Geliung Diraja atau Ghurab Istana kerajaan-kerajaan ini dilengkapi dengan 10 pucuk meriam, 50 pucuk Lela, 120 cecorong dan beratus-ratus Istinggar. 

Pahlawan Moro dan Sulu adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat Lela dan Rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan Lela Rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, Lela dan Rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar Lela dan Rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan Lela dan Rentaka juga banyak namun tidak sebanyak di Kepulauan Sulu dan Borneo.

Selain itu, satu lagi senjata api dalam keluarga meriam dikenali sebagai Ekor Lotong yang mempunyai saiz kecil dan hampir serupa dengan Lela. Tetapi yang membezakannya hanyalah dari segi bentuk dekorasi yang terdapat padanya. Ekor Lotong ini mempunyai pemegang atau pelaras yang ditiru daripada Ekor Lotong (sejenis monyet) yang sebenar. Hiasan pada badan Ekor Lotong ini adalah sama seperti yang terdapat pada Lela dan dekorasinya agak unik dan menarik. Ia juga dihiasi dengan bentuk-bentuk geometri dan termasuklah hiasan pucuk rebung.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda pada kurun tersebut. Pada hari ini di Malaysia dan Indonesia pembuatan Lela dan Rentaka sudah pupus, namun demikian di Filipina dan wilayah orang Sulu serta di Negara Brunei Darussalam masih ada orang-orang yang boleh membuat Lela dan Rentaka warisan nenek moyang mereka terdahulu. Sekian.

Sabtu, 13 Jun 2009

SEJARAH REALITI VS SEJARAH BUKU TEKS


Aduh...aduh...dilema lama bertaut kembali. Yang mana manikam dan yang mana jauhari, yang mana kaca dan yang mana permata. Mungkin anda tertanya-tanya apa yang saya perkatakan ini. Sebenarnya apa yang menyebabkan saya berada dalam dilema sekrang ini ialah persoalan mengenai Sejarah Realiti dan Sejarah buku teks..hemmm. Mungkin ramai diantara anda yang meminati sejarah sudah tahu mengenai perkara ini dan turut mengalami dilema seperti saya sekarang.


Sebenarnya sewaktu isu ini mula-mula diketengahkan jika tidak silap saya sekitar tahun 2006/2007, saya adalah diantara orang terawal yang menjadi pengikut setia blog kontroversi Sejarah Realiti Negara Kedah Pasai Ma. Hampir setiap hari saya akan membuka blog tersebut bagi membaca posting terbaru penulis si anai-anai yang menyegat tu. Semakin hari saya menjadi semakin ketagih untuk mengetahui apakah maklumat terbaru yang di ketengahkan oleh Tuanku Nai Long Kasim mengenai sejarah yang dikatakan sebagai sejarah realiti sebenar negara dan bangsa kita. Namun setelah hampir setahun saya mengikuti perkembangan blog tersebut saya menjadi semakin keliru dan bukan semakin jelas mengenai sejarah sebenar negara kita. Hal ini kerana semakin hari penulisan si anai-anai menjadi semakin kurang logik dan mempunyai unsur membanggakan diri dan keturunannya. Saya terus membaca dan membaca di samping mengkaji dan terus mengkaji.


Buku demi buku telah dibaca, yang inggeris yang melayu yang belanda yang portugis semua saya baca. Web demi web saya buka dan baca, seorang demi seorang pensyarah saya tanya namun saya tetap keliru dan semakin keliru. Ada maklumat yang disampaikan oleh si anai-anai sememangnya amat mengagumkan saya dan ada pula maklumat yang amat meragukan. Tidaklah saya katakan yang saya tidak bersetuju 100% tentang apa yang diperkatakan oleh beliau, namun sesetengahnya memang agak lucu terutama mengenai nama-nama tempat di Malaysia dan di dunia ini yang sesetengahnya dikatakan berasal daripada perkataan Siam seperti Australia, Albania dan banyak lagi. Apabila ada yang bertanya mengenai perkara ini, apa yang dijawab beliau ialah, penjajah telah berjaya mempengaruhi minda kita supaya mempercayai sejarah yang ditulis oleh orientalis berbanding sejarah realiti...betul ke?...takkan la sampai ke tahap itu sekali usaha yang dilakukan penjajah untuk mengaburi mata kita mengenai sejarah kita sendiri.


Dah tak ada kerja lain ke depa nak buat, sampai nama tempat pun nak sorok? Entahlah...saya serahkan semuanya kepada anda untuk memikirkanya, sejarah realiti atau sejarah buku teks. Apa yang pasti saya akui bahawa si anai-anai memang seorang yang amat berani dalam usahanya untuk menegakkan kebenaran. Namun sebagai seorang hamba Allah kita harus sedar bahawa yang lebih mengetahui kebenaran itu adalah diriNYA yang maha kuasa.


Senjata Api Melayu.







Sejak beberapa hari yang lalu entry saya sering membincangkan tentang teknologi senjata api Melayu dan Metallurgy Melayu dan mungkin ada yang tertanya-tanya, " mana gambar meriam dan senjata apinya" Nah... mulai entri ini saya akan sertakan maklumat mengenai jenis-jenis senjata api Melayu dan gambar-gambarnya sekali, jadi diharap anda semua berpuas hati.


Bagi memulakan bicara mengenai meriam, saya rasa seelok-eloknya saya membincangkan mengenai meriam yang boleh dikatakan paling terkenal dalam masyarakat kita iaitu Seri Patani dan 2 buah adiknya. Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu pattani pada waktu itu iaitu Raja biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.


Selepas kejatuhan
Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.


Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani. Melihat kepada Meriam Seri Pattani ini, saya rasa anda akan merasa lebih yakin bahawa sememangnya bangsa Melayu bukanlah sebuah bangsa yang lemah dan tidak berpengatahuan dalam teknologi senjata api.









Metallurgy Melayu: Bukti Teknologi Melayu




Mungkin ramai daripada anda yang pernah dengar dengan ayat sinis yang mengatakan bahawa orang melayu tidak mampu membuat sebatang jarumpun pada masa dahulu. Sememangnya orang yang mengungkap ayat tersebut adalah orang Melayu sendiri! Adakah orang kita memang bodoh dalam ilmu metallurgy atau ilmu besi?


Jawapannya sudah terjawab sekarang apabila para ahli arkeologi kita telah menemui tapak tinggalan relau purba atau tempat melebur besi yang berusia lebih daripada seribu tahun di sungai merbok kedah. Hal ini dapat meyanggah pendapat yang mengatakan bahawa bangsa kita tidak mempunyai pengetahuan dalam teknologi metal pada masa dahulu. Disini saya serta kan laporan sebuah akhbar tempatan mengenai penemuan tapak tersebut.


MERBOK - Dua buah tapak prasejarah yang dipercayai digunakan sebagai tapak penempatan dan tapak kilang melebur besi yang terawal ditemui di Sungai Batu, Lembah Bujang di sini baru-baru ini.


Penemuan kedua-dua tapak itu yang terletak kira-kira satu kilometer (km) antara satu sama lain di lencongan Merbok itu menguatkan lagi dakwaan bahawa kawasan Lembah Bujang adalah antara kawasan penempatan yang tertua di dunia.


Ia ditemui sekumpulan penyelidik Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1 Februari lalu.


Menurut Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, kedua-dua tapak itu ditemui ketika sekumpulan penyelidik yang diketuai Pengarah PPAG, Prof. Madya Mokhtar Saidin menjalankan kerja-kerja pemetaan untuk penyediaan pelan pembangunan Taman Warisan Lembah Bujang.


"Kami menemui lebih kurang 30 bukit kecil mound di sekitar kawasan seluas tiga kilometer persegi yang dijangka mempunyai kepelbagaian fungsi seperti pusat kediaman atau pemerintahan.


"Hasil ekskavasi (penggalian) ke atas dua tapak itu mendapati salah satunya mempunyai batu-bata berstruktur bangunan manakala satu lagi mendedahkan fungsinya sebagai kilang melebur besi," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Menurutnya, penemuan kedua-dua tapak berkenaan dianggap penting kerana ia mungkin dapat merungkai persoalan berhubung usia sebenar peradaban Lembah Bujang.

Khamis, 11 Jun 2009

PERANG MELAKA-PORTUGIS










Sejak di sekolah rendah kita diajar tentang kekalahan empayar Melayu Melaka ke tangan bangsa Portugis pada tahun 1511. Tidakkah anda tertanya-tanya mengapa begitu mudah empayar sebesar dan segagah itu telah tumbang, seolah-olah tiada langsung perlawanan. Buku-buku rujukan sekolah hanya memberitahu bahawa sebab utama kekalahan kita ialah persenjataan yang tidak seimbang. Kononnya bangsa kita hanya berjuang dengan keris, pedang dan lembing sahaja. Tambahan lagi kononnya Melaka tiada senjata mariam dan senjata api jika adapun ianya tidak setanding dengan Portugis. Betapa bebalnya orang melayu yang yang tidak mengenal mariam dan senjata api. ini antara tektik penjajah mahu meracuni bangsa Melayu, kononnya lemah, tidak berpengetahuan dan bodoh.

Masakan tidak! sebuah empayar yang besar dan sangat terkenal bukan sahaja di Asia malahan seluruh dunia tidak mengenali senjata api? Sedangkan bangsa pertama yang diketahui mencipta bahan bakar senjata api ialah bangsa Cina dan bangsa Cina telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan Kawasan Nusantara sejak awal kewujudan tamadun mereka lagi. Manakala bangsa Arab yang terkenal membangunkan senjata api yang diambil teknologinya dari China itu juga diketahui umum sudah menjalankan dan perdagangan dengan Kerajaan-kerajaan Nusantara sejak sebelum Kelahiran nabi Muhammad lagi. Mana mungkin kerajaan yang di kagumi oleh orang-orang eropah yang mengatakan bahawa Melaka lebih kaya daripada Venice tidak mempunyai maklumat atau pengetahuan langsung mengenai senjata api. itu tidak masuk akal!

Sebenarnya persoalan ini sudah lama bermain di minda saya, seingat saya ialah sejak saya sekolah rendah lagi. Jika anda masih ingat di sekolah rendah kita diajar oleh guru bahawa Melaka kalah hanya kepada 1300 orang tentera Portugis sedangkan Melaka mempunyai lebih daripada 20 000 tentera termasuk tentera upahan dari seluruh pelusuk Asia. Sewaktu di sekolah menegah pula saya pernah bertanya kepada salah seorang guru sejarah, bagaimana Melaka boleh kalah, dan jawapanya ialah keranan orang Melayu zaman itu tidak ada pengetahuan dan tiada senjata api maka dengan mudah Portugis mengalahkan kita...bagi saya jawapan itu amat jahil bagi seorang guru! Maaf jika saya kurang hajar disini tetapi sememangnya kebanyakan guru sejarah di Malaysia ini sebenarnya agak buta sejarah rupanya. Mungkin mereka hanya mengajar sejarah kerana terpaksa dan tidak kisah samaada fakta sejarah itu benar atau salah, bak kata pepatah bagai melepaskan batuk di tangga.

Seorang lagi guru sewaktu saya berada dalam tingkatan enam pernah mengatakan bahawa betapa bodoh dan jakunnya orang Melayu pada zaman Melaka, kerana sewaktu Portugis menyerang dengan meriam mereka, orang Melayu Melaka amat terperanjat dan mengaggap orang Portugis menggunakan sihir. Menurut beliau lagi, beliau membaca kisah tersebut di dalam hikayat Hang Tuah. Bagi saya, Hikayat Hang Tuah bukanlah sebuah karya sejarah yang mutlak kerana ia adalah karya historical -fictif. Kebanyakan daripada isi kandungan Hikayat tersebuat adalah mitos dan lebih kepada sebuah karya satera dan bukan karya sejarah. Malahan sebenarnya ilmu masyarakat melaka mengenai senjata api adalah setanding dengan orang barat. hal ini dapat dibuktikan dengan catatan Portugis sewaktu berlakunya perang melaka. Menurut catatan ini selepas Melaka berjaya ditawan, tentera Portugis telah berjaya merampas lebih kurang 3000 pucuk senjata api yang berupa meriam, lantakas, istinggar dan bermacam-macam lagi. Alfonso de Albuquerque juga dikatakan telah merampas sebuah meriam yang sangat besar serta mengagumkan dan meriam ini telah diberikan sebagai hadiah kepada raja kerajaan india yang telah membantu Portugis dalam serangan ke atas Melaka.


Persoalan yang timbul dan perlu dikaji amat banyak. adakah cara berperang masyarakat Melayu zaman itu betul-betul barbarian? kalau cara barbarian, bagaimana dapat mewujudkan empayar yang sekuat itu sehingga diakui oleh negara China dan dapat mengalahkan serangan Siam (Thai). Ingin saya beritahu disini bahawa Pada zaman Dinasti Ming China, Maharaja China telah menerima kedatangan sultan Melaka iaitu sultan Muzaffar Syah dan melayan baginda dan seluruh ahli rombongan mereka demgan layanan yang amat grand. selain itu catatan China juga ada menyatakan bahawa Maharaja China menghadiahkan cop mohor,Jubah Kuning Maharaja dan Payung Obor-obor sebagai tanda menerima kedaulatan Melaka dan Sultannya. Sultan Melaka juga dihantar pulang dengan hadiah yang berupa sutera, emas perak dan sebagainya.

Hal ini menunjukkan bahawa Kerajaan Melayu Melaka pada waktu itu adalah sebuah kerajaan yang amat penting, kaya dan bertamadun. Jika tidak masakan kerajaan China sanggup melayan sebuah kerajaan dan bangsa yang dikatakan barat sebagai tidak bertamadun dan barbarian. Seperti yang kita tahu, Maharaja China mempunyai pandangan yang amat berbeza dan rigid dalam membezakan diantara sebuah bangsa bertamadun dan bangsa barbarian, malahan orang eropah pada zaman dinasti Qing dinggap sebagai bangsa yang tidak bertamadun malahan Kerajaan China tidak membenarkan sebarang hubungan dengan mereka. Selain itu Melaka juga adalah tanah naungan kerajaan Turki Uthmaniah diakui sebagai penguasa sebelah timur, juga bertindak sebagai penyebar agama Islam. dikatakan kerajaan turki ada mengirim bantuan, tetapi sayang dihancurkan di lautan sebelum sampai ke Melaka!


terlalu banyak rahsia bekas kerajaan silam yang telah dan masih perlu dicari demi membuktikan bahawa ummat Melayu Nusantara adalah bangsa yang amat hebat di zaman silam. bangsa Melayu adalah satu bangsa yang amat mahir dengan dunia pelayaran dan amat pandai bermain dengan lautan. Bangsa Melayu memiliki kapal besar yang mampu belayar di lautan lepas. bangsa Melayu cukup mahir dengan ilmu di lautan seperti rahsia penentuan utara, selatan, timur dan barat. begitu juga dengan rahsia tiupan angin.


Kini sebahagian anak-anak Melayu seolah-olah telah diracun bahawa yang lebih moden, lebih hebat, lebih bijak adalah orang Inggeris si bangsa penjajah. Kononnya segala macam ilmu pengetahuan adalah berasal dari sana dan kononnya kalau menguasai bahasa Inggeris menujukkan kebijaksanaan. Bahasa Melayu dan tulisan jawi makin kurang diketahui dan makin terpinggir . Pendek kata kita bukan lagi memperkasa bahasa Melayu kita malah telah memperkosanya apabila kita mencampur adukkan bahasa Melayu dengan bahasa inggeris!

Insyaallah perbincangan mengenai kegemilangan Melaka dan keupayaan bangsa Melayu dalam ilmu peperangan akan dibincangkan dalam topik yang lain kemudian. Masih banyak lagi yang tidak diketahui oleh masyarakat Melayu dan bukan Melayu di luar sana mengenai kehebatan bangsa Melayu dalam ilmu perang. sekian buat masa ini.

Rabu, 10 Jun 2009

KEHEBATAN TEKNOLOGI MELAYU

Tahukah anda bahawa bangsa Melayu juga mempunyai tradisi ilmu sains dan teknologi yang hebat. Walaupun tidak sehebat Cina atau yunani dan Arab namun bangsa kita juga harus berbangga kerana orang Melayu dahulu kala sudah mempunyai kemahiran dalam sains dan teknologi yang sekaligus menggambarkan bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang bertamadun. Tradisi keilmuan Melayu purba ini telah dapat di ketahui melalui peninggalan manuskrip-manuskrip jawi lama tulisan tangan dari seluruh Nusantara.

Hasil daripada pengumpulan yang telah dibuat oleh pihak berwajib dari Malaysia dan Indonesia maka dapat dikumpulkan manuskrip tulisan melayu jawi lama kepada 10 bidang keilmuwan. Bidang-bidang itu ialah bidang: asal kajadian alam, manusia dan makhluk lain; astronomi; fara‘id ; matematik, perubatan; ramalan & taabir; sains hayat; sains fizik; tasawuf dan falsafah ; dan teknologi/kejuruteraan. Manuskrip yang tersimpan di luar Alam Melayu pula di dapati ada 1455 buah di Belanda, 617 buah di U.K, 135 buah di Jerman Barat, 205 buah di Perancis dan 13 buah di Library of Congress AS. Semua manuskrip di luar Alam Melayu ini juga dapat dikelaskan kepada bidang-bidang yang sema seperti yang di Alam Melayu itu.manuskrip yang paling banyak ialah bidang ramalan dan taabir, diikuti oleh tasawuf dan falsafah, perubatan, sains hayat, dan asala kejadian. Bidang-bidang lain itu amatlah sedikit.


SAINS MELAYU

Tidak ada catatan tentang sains Melayu asal pada masa dahulu dalam bentuk tulisan jawi atau Melayu kuno.Dengan Penghinduan pada abad pertama, sains dari India dikembangkan di Kedah dan Palembang .I Tsing mencatatkan kira-kira 1,000 sarjana melakukan kajian di Palembang ketika beliau sampai di sana untuk mempelajari Sanskrit pada abad ke-7. Dengan kedatangan Islam, sains Islam dikembangkan di sini terutama al-kimia (pandai keris?), perubatan dan astronomi (falak) Ahli sains Melayu terakhir yg diketahui mengajar al-kimia dan perubatan ialah Sheikh Wan Ahmad al-Fatani pada hujung abad ke-19 M dan cetakan akhir buku tibbnya pada tahun 50-an ada tersimpan di perpustakaan DBP.

TEKNOLOGI MELAYU

Ahli teknologi Melayu dikenali sebagai tukang; atau pandai yg dikhaskan untuk tukang besi atau pembuat keris yg dikatakan mempunyai ilmu mistik .Pandai keris mengetahui besi Kharsani dan besi ini merupakan logam yg diketahui oleh ahli al-kimia Islam yang juga bergelar hakim bermakna bijak bistari Bukti sejarah menyatakan keris terbaik hanya timbul pada zaman Islam dan besar kemungkinan teknologi pembuatannya datang dari tanah Besar Islam berdasarkan peristilahan pandai dan hakim itu, dan cara membuatnya dengan menempa beberapa lapis besi seperti pedang Damsyik Tukang Melayu percaya setiap benda yg dibuatnya mempunyai tertibnya sendiri yg menentukan prestasinya. Penertiban mengikut kitaran 4 akan tetapi 2,5,6,7,& 8 juga digunakan untuk pembuatan artefak tertentu


Selain teknologi besi bangsa Melayu juga sangat terkenal dengan Kehebatan mereka dalam sains maritim terutamanya pembuatan jong dan kapal. Jong merupakan kapal besar Melayu yg diketahui dibina sejak abad pertama hingga abad ke-15 , akan tetapi kapal ini dipercayai dicipta jauh lebih awal .Pada gendang gangsa tinggalan zaman gangsa (sebelum 2,000 ) di Nusantara, terdapat ukiran kapal primitif yg menunjukkan kemudi birai, dan dinding berjahit .Bangkai jong dijumpai di Pontian, Kuan Luk Pat, Thailand, Butuan, Filipina & Zaytun dekat Hong Kong .Ukiran di Borobudur menunjukkan Jong mempunyai lunas, dua linggi tinggi, dinding terjahit berlapis, dua kemudi birai, dua tiang layar, layar segiempat serta layar linggi depan dan pengapung .Panjang Jong antara 50 - 80 m dan merupakan kapal terbesar yg merentas lautan di Nusantara

Catatan Cina abad ke-8 menunjukkan jong dari Kun Lun (Nusantara) memuatkan lebih drpd 1000 orang dan muatan seberat 200 hingga 1000 ton. Kapal sebesar ini hanya boleh diselenggarakan oleh kuasa laut yg besar seperti dua kerajaan Melayu, Sri Vijaya dan Melaka dan digunakan untuk berperang . Dengan tertakluknya Melaka, jong juga turut hilang.Namun Muzeum Negeri Terengganu mempamerkan dua buah perahu besar Terengganu (awal abad ke-20) yg menunjukkan penyerapan ciri-ciri Barat/luar seperti layar cucur (jib), layar gap, kemudi bontot, dan penggunaan paku Seorang warga Perancis yg diselamatkan drpd kapal karam hampir 100 thn lalu mengajar tukang bot Terengganu memasukkan ciri-ciri ini.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa kelautan yang amat handal, malahan ada di kalangan para sarjana mempercayai bahawa kehandalan para pelayar Melayu dalam sains maritim menyebabkan khidmat mereka sering digunakan oleh pengembara dari Cina,India,Arab malahan Eropah. Dikatakan juga bahawa pelayar Melayu telah membantu usaha Magellan dalam ekspedisinya mengelilingi dunia. Insyaallah sedikit masa lagi saya akan memperincikan mengenai kehebatan pelayar Melayu ini.

Selasa, 9 Jun 2009

BAJU MELAYU OH BAJU MELAYU...





Kini pakaian tradisional kaum lelaki Melayu yakni baju Melayu sudah berusia lebih kurang 700 tahun. Ini dikira sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444) , memberi titah, ' di larang memakai cara Atas Angin (Arab termasuk China) , cara Keling....' (Sejarah Melayu). Sebaliknya apabila baginda menunaikan fardu solat Hari Raya, baginda menyarung baju Melayu (dipakai cara sarung, lengkap destar. Tiba di masjid barulah baginda mengena jubah (pakaian Atas Angin). Dalam teks Hikayat Hang Tuah pula diperikan memakai Cara Melayu = termasuk segala peralatan pakaian kebesaran diraja ditambah dengan tingkah laku sopan yang selaras dengan pegangan Islam. Dalam sejarah melayu juga dikatakan bahawa baju melayu yang di pakai oleh rakyat melaka singkat dan sendat, tetapi seorang pembesar melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah baju melayu seperti sekarang. Persoalannya kenapa baju kurung Cekak Musang berhias lima butir kancing atau butang? Dua butir bertindih di cekak leher, dan diikuti dengan tiga butir di bahgian bawah (belahan).

Menurut seorang bekas budayaawan dari UKM, dari segi entnografi sosiobudaya kancing itulah lambang keharmonian rumah tangga masyarakat melayu. Dua butir bertindih di bahagian atas ibarat kerukunan diantara pasangan suami isteri = ayah ibu. Tiga butir di bawahnya melambangkan tiga orang anak mereka = sulung, tengah dan bungsu. Ini sekadar pandangan umum. Kalau anak mereka hanya satu atau lebih lima orang maka tujuh butir lah butangnya, atau sebutir seperti baju Melayu Teluk Belanga?

Sebenarnya bukan begitu. Menurut Azah Aziz (Mak Engku),
Tujuh butir untuk kalangan bangsawan atau raja di istana!
Dalam hal ini kita juga harus merujuk kepada sistem nombor, yang juga wujud dalam rekabentuk keris = berlok 3 - 11. Lok 11 ialah milik Sultan = pemerintah termasuk Ratu, lok 9 (Cik Siti Wan Kembang), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja. Begitu juga tangga rumah Melayu dikira berurutan 3-9 mata. Bumbung perabung Masjid Kampung Laut 3-5 tinggat. Kajian seni rupa Melayu harus lagi merujuk kepada filsafat Nakula. Nah, disini dapat kita lihat bahawa betapa berilmu dan berseninya bangsa melayu yang sering dikatakan pelupa ini. Siapa kata orang melayu bukan bangsa filosuf. Walaupun karya filosufi kita tidak dicatatkan dengan tinta atau di cetak ia tidak bermakna kita buta falsafah.

Dalam Islam semua nombor hanya di kira dari 1- 9. Dalam kiraan ilmu keislamanan kita boleh merujuk langsung kepada 5 = rukun Islam, atau 6 Rukun Iman. Jadi setujukah anda dengan jumlah butir baju Melayu Cekak Musang mengira jumlah 5 sesuai dengan pegangan kita, Rukun Islam. Insya Allah sesuai dengan fahaman kita terutama dalam konsep Dakwah yang paling sederhana, " Salah satu pokok da'wah itu ialah 'HUSNUL JIWARI - iaitu pergaulan yang baik dengan tetangga dekat . Inilah yang dihurai oleh Prof Dr HAMKA . Sekarang anda buatlah kesimpulan samaada anda masih lagi merasakan bangsa kita tidak setanding atau sehebat bangsa lain. Adakah benar seperti apa yang dikatakan oleh orientalis barat bahawa orang Melayu hanya memakai cawat dan ada yang bertelanjang. Jadi jika anda terserempak dengan seseorang di sekitar Kuala Lumpur dengan berbaju Melayu cekak musang atau teluk Belanga, janganlah anda memandang lekeh atau menghina. Berkemungkinan besar orang itu adalah saya kerana baju melayu adalah pakaian harian saya.